ifolio.ukm.my · web viewsebagai satu badan kepimpinan mahasiswa yang tertinggi dalam fakulti sains...

31
MENARA IMPIAN 2013 FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 20 & 21 DISEMBER 2013 LAPORAN MENARA IMPIAN 2013 TARIKH 20 & 21 DISEMBER 2013 LOKASI MELAKA ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PMFSSK) DENGAN KERJASAMA KOLEJ MATRIKULASI MELAKA “MERINTIH KEPERITAN MENGGAPAI KEJAYAAN”

Upload: phunganh

Post on 29-May-2018

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

LAPORAN

MENARA IMPIAN 2013

TARIKH

20 & 21 DISEMBER 2013

LOKASI

MELAKA

ANJURAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

(PMFSSK) DENGAN KERJASAMA KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

“MERINTIH KEPERITAN MENGGAPAI KEJAYAAN”

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

STRUKTUR ORGANISASI MENARA IMPIAN 2013

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sebagai satu badan kepimpinan mahasiswa yang tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan atau PMFSSK sesi 2012/2013 berbesar hati ingin menganjurkan Program Menara Impian 2013. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan yang khusus kepada pelajar Matrikulasi yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi tentang suasana pembelajaran di universiti dan memberi galakan serta motivasi bagi mereka untuk berusaha mencapai kejayaan dalam peperiksaan semester program matrikulasi (PSPM). Saya ditugaskan sebagai ahlijawatankuasa program. Tugas saya adalah merancang segala aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan di KMM. Dan saya selaku ketua bagi LDK kreatif dan inovatif bertanggungjawab memberi arahan kepada para peserta dan berkomunikasi dengan peserta.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan atau ringkasnya PMFSSK merupakan badan kepimpinan pelajar tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Dahulunya, PMFSSK bergelar PRISSMA dan telah ditukar ke PMFSSK pada sesi kepimpinan 2008/2009, bertujuan membentuk imej baru kepada persatuan tersebut.

2.2 Menyedari betapa pentingnya program berteraskan pemantapan akademik dan pembentukan sahsiah diri dijalankan secara berterusan khususnya kepada para pelajar, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK) telah mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan satu program iaitu Program Menara Impian 2013 yang merupakan salah satu program yang diadakan bertujuan untuk membantu para pelajar sekolah untuk membentuk dan menanamkan keyakinan kepada mereka secara amnya dan secara khususnya untuk membantu mereka memperolehi kejayaan di dalam PSPM dengan memberi mereka pendedahan awal kepada suasana dan persekitaran pembelajaran di dalam kampus universiti.

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

3.0 MATLAMAT 3.1 Meningkatkan motivasi diri bagi para pelajar sebelum peperiksaan PSPM. 3.2 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan potensi diri yang perlu diperbaiki atau dikembangkan. 3. 3 Memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang hala tuju mereka selepas peperiksaan. 3.4 Mewujudkan satu ikatan perhubungan dan kerjasama yang kuat dan utuh di antara pihak persatuan dengan pihak sekolah. 3.5 Mendedahkan kepada para pelajar tentang budaya dan gaya belajar di universiti.

4.0 OBJEKTIF 4.1 Membantu para peserta mengikis sikap-sikap negatif yang wujud dalam diri mereka yang menjadi penghalang bagi mencapai kejayaan. 4.2 Meningkatkan motivasi diri dan minat untuk mendalami ilmu pengetahuan. 4.3 Merapatkan jurang perhubungan di antara golongan pelajar dengan golongan mahasiswa 4.4 Memperkenalkan UKM sebagai sebuah universiti pilihan. 4.5 Membentuk sahsiah dan keperibadian yang unggul dalam diri pelajar. 4.6 Membentuk budaya dan semangat kesukarelaan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa . 4.7 Membangunkan belia dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah demi kecemerlangan dan membentuk sahsiah yang baik dalam kalangan peserta.

5.0 TARIKH & HARI

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 20 & 21 DISEMBER 2013 ( JUMAAT - SABTU )

6.0 TEMA

“Merintih Keperitan Menggapai Kejayaan”

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

7.0 ANJURAN

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (PMFSSK)Sesi 2012/2013, Universiti Kebangsaan Malaysia.

8.0 TEMPAT & PENGANGKUTAN

Program dicadangkan untuk diadakan di:

8.1 : Tempat penginapan : Kolej Matrikulasi Melaka 8.2 : Tempat program : Kolej Matrikulasi Melaka 8.3 : Pengangkutan : Bas UKM

9.0 CADANGAN PERASMI

9.1 Ybhg En. Idris bin Ismail (Ketua Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka)

10.0 SASARAN PESERTA

80 pelajar Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

11.0 PEMBIMBING/FASILITATOR

60 orang Fasilitator dan urus setia dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Semua Fasilitator akan mengikuti kursus persediaan untuk memastikan keberkesanan program)

12.0 STRUKTUR ORGANISASISila Rujuk Lampiran A

13.0 ATURCARA PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran B

14.0 ANGGARAN BELANJAWANSila Rujuk Lampiran C

15.0 PERINCIAN PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran D

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat mesyuarat, sila hubungi:

Nurul Zuraini Binti Mohd Zaini ShahriKetua Pengarah Menara Impian 2013Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel. Bimbit : 017-3225594

Email : [email protected]

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

17.0 HURAIAN PENILAIAN

Peserta KMM merasa gembira dengan kehadiran pelajar-pelajar UKM dan program Menara Impian

yang dianjurkan oleh para pelajar UKM. Dan mereka merasa aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh

pelajar UKM berfaedah dan bersesuaian dngan mereka. Tugas saya adalah sebagai ahlijawatankuasa

program yang merancangkan semua program yang bakal dijalankan. Selain itu, saya juga selaku

ketua fasilitator bagi LDK kreatif dan inovatif. Saya bertanggungjawab keatas para peserta mengenai

arahan-arahan LDK yang perlu mereka patuhi sepanjang LDK tersebut.

18.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Kami berjaya meningkatkan motivasi diri bagi para pelajar sebelum peperiksaan PSPM dan kami

juga dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan potensi diri yang perlu diperbaiki atau

dikembangkan oleh setiap pelajar matrikulasi Melaka. Kami juga berjaya memberi pendedahan

awal kepada para pelajar tentang hala tuju mereka selepas peperiksaan PSPM . Selain itu,dapat

mewujudkan satu ikatan perhubungan dan kerjasama yang kuat dan utuh di antara pihak persatuan

dengan pihak matrikulasi. Kami dapat mendedahkan kepada para pelajar tentang budaya dan gaya

belajar di universiti

19.0 KEMAJUAN/MASALAH

5.1 Sewktu perasmian agak lari sedikit tentatif program memandangkan ada VIP yang tidak dapat hadir. Cuma berlaku kekeliruan sedikit disitu.

5.2  Tidak berjaya mendapatkn apa-apa dana.

5.3 Dapat berkomunikasi dan bersosial dengan baik dengan para peserta dari kolej matrikulasi Melaka.

5.4 Dapat memberi arahan komunikasi dengan mudah dan jelas kepada para peserta matrikulasi tersebut.

5.5 Dapat memberi kerjasama yang baik antara satu sama lain.

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

20.0 CADANGAN

6.1 Membuat persiapan yang lebih teratur dan rapi sebelum menjalankan program.6.2 Penambahbaikan dari aspek jumlah peserta. Program kami pada kali ini telah disertai

oleh 80 orang yang merupakan jumlah yang agak kecil dan ini menyebabkan aktiviti yang

dirancang tidak dapat dilakukan dengan sempurna misalnya aktiviti Latihan dalam kumpulan

yang jaraknya sepatutnya lebih jauh lagi dan sebagainya

6.3 Penambahbaikan yang kedua yang dapat dilakukan ialah dengan memperbanyakkan

kemudahan penginapan untuk pelajar UKM.

6.4 Selain itu, dapat menambahbaikan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah dan tidak

membosankan.

21.0 PENUTUP

Bersyukur kehadrat Illahi kerana semua mahasiswa/i FSSK (peserta) dapat memberi komitmen yang sepenuhnya agar program ini mencapai objektif yang diinginkan seterusnya menaikkan nama fakulti dan universiti selaras dengan visi dan misi UKM yang ingin melahirkan mahasiswa/i yang serba boleh bukan sahaja di peringkat universiti malah di peringkat yang lebih tinggi. Aktiviti yang dijalankan sepanjang di Matrikulasi Melaka berjalan dengan lancar. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan oleh Pihak Projek 1M4U Outreach Centre dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar yang banyak memberi sumber kewangan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“MEMBINA MAHASISWA CEMERLANG”

“MERINTIH KEPERITAN MENGGAPAI KEJAYAAN”

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI MENARA IMPIAN 2013

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penaung Y. Bhg Prof. Tan Sri Dato’ Seri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

Pengerusi Y.Bhg Prof. Ir. Dr. Othman A Karim Timbalan

Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Penasihat IProf. Madya Dr. Tg. Norizan Tg. Mohd Maasum

Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM), UKM

Penyelia Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali

Ketua Pengarah Nurul Zuraini binti Mohd Zaini Shahri (A139963)

FSSK/2

Timbalan Pengarah Muhammad Faiq bin Mazlan (A141599)

FSSK/2

SetiausahaNurul Safinas binti Mohd Hanafiah (A141813)

FSSK/2

Bendahari Masyita binti Mohd Hadi (A141089)

FSSK/2

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

SEKRETARIAT

Ketua Urus Setia Nur Jannah binti Hasanal Azhari (A140422)

FSSK/2

Timb. Ketua Urus SetiaSiti Khadijah binti Mohd Ali (A1424145)

FSSK/2

Pengarah JamuanSiti Mahirah binti Rosli (A141697)

FSSK/2

Timb. Pengarah Jamuan Alimatul Saadiah binti Ab Wahab (A141603)

FSSK/2

Pengarah Program & Perhubungan Awam Rullnizam Al Hafiz bin Rusman (A145208)

FSSK/1

Timb. Pengarah Program & Perhubungan AwamWan Muhammad Hafiz bin Wan Izanatar (A140520)

FSSK/2

Pengarah Logistik & Tugas-tugas Khas Muhammad Fauzi bin Che Sa (A141302)

FSSK/2

Timb. Pengarah Logistik & Tugas-tugas Khas Norul Atikah binti Othman (A140400)

FSSK/2

Pengarah Penerbitan & Publisiti

Timbalan Pengarah Penerbitan & Publisiti Nur Fatin Adillah binti Harun (A145195) FSSK/1

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

Pengarah Pemasaran Muhammad Helmy bin Sabtu (A145489) FSSK/1

Timbalan Pemasaran Norahadiah Sakinah binti Zainal (A145183)

FSSK/1

Pengarah Sijil & CenderamataNur Salwanie binti Mohamad Rohadi (A140951)

FSSK/2

Timb. Pengarah Sijil & CenderamataSiti Zaharah binti Othman (A141831)

FSSK/2

Pengarah Kebajikan Mohd Arif bin Mohd Kamal Rosnan (A139596)

FSSK/2

Timb. Pengarah Kebajikan Muhammad Zulfika bin Md Azmi (A140709)

FSSK/2

Pengarah KeselamatanMohamad Aidi Azhar B Mat Yasin (A139971)

FSSK/2Timbalan Pengarah Keselamatan

Muhammad Shaffiq bin Ramlan (A145103) FSSK/1

Pengarah Sukan & Rekreasi Mohd Syahril Syariful Albi bin Mad Nayan

FSSK/2

Timb. Pengarah Sukan & Rekreasi Nor Shuhada binti Ahmad Senawi (A140794)

FSSK/2

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM MENARA IMPIAN 2013

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

20 DISEMBER 2013/ JUMAAT* 12.00 pm - Bertolak dari UKM ke Kolej Matrikulasi Melaka 2.00 pm - Ketibaan peserta di Kolej Matrikulasi Melaka3.00 pm - Pendaftaran peserta (Check-In)3.30 pm - Perasmian Pembukaan Program oleh Ybhg En. Idris bin Ismail (Ketua Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka)2.30pm - LDK 1 (Ice-breaking & Cheers)3.00pm - Ceramah 1: Pengenalan UKM dan kursus-kursus yang

ditawarkan oleh Prof Madya Dr. Mostafa Kamal Mokhtar adalah Timbalan Dekan Prasiswazah dan Hubungan Alumni di FSSK)

5.00pm - Solat Asar/ Minum Petang/Riadah7.00pm - Rehat / Solat Maghrib - Bulatan Ukhwah 8.00pm - Makan Malam8.30pm - Solat Isyak9.00pm - LDK 2 (Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa)10.30pm - Minum malam11.00pm - Bersurai

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

21 DISEMBER 2013 / SABTU *

5.00am - Solat Subuh / Tazkirah / Slot Kerohanian6.00am - Riadah pagi7.30am - Sarapan pagi8.00am - LDK 3 Study Case 10.00am - LDK 4 Public Speaking12.00pm - Makan Tengahari1.30pm - Solat Zohor2.30pm - LDK 5 Pemecah Minda Kreatif5.30pm - Solat Asar7.00pm - Rehat/ Solat Maghrib8.00pm - Makan malam8.30pm - LDK 6 Inovatif dan Kreatif10.00pm - LDK 7 Kosong Minda11.00pm - Refleksi 12.00am - Minum Malam/Bersurai

DISEMBER 2013/ AHAD *

6.00am - Solat Subuh Berjemaah / Tazkirah / Slot Kerohanian 7.00am - Sarapan pagi 8.00am - Bertolak ke Taman Botani 10.00am - Jungle Trekking 12.00am - Makan Tengahari 1.00pm - Solat Zohor 2.00pm - Kayak 4.00pm - Refleksi Program 4.30pm - Solat Asar 5.00pm - Pulang ke UKM

* Tertakluk kepada perubahan

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN MENARA IMPIAN 2013

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Bil Perkara (RM)1 . Bayaran Ceramah

Pengenalan UKM dan kursus-kursus yang ditawarkan

Oleh Prof Madya Dr. Mostafa Kamal Mokhtar adalah Timbalan

Dekan Prasiswazah dan Hubungan Alumni di FSSK

200

200

2. Jamuan Fasilitator, VIP, Urus Setia

Pakej 2 hari 1 malam (RM45 x 60 orang)

Perasmi (RM5 x 1 orang)

60 pelajar UKM (26 x 2 hari)

3 orang VIP

5

138015

13953. Alatan

Program & Publisiti 300 300

4. Cenderamata

Perasmi (RM 20.00 x 1 orang)

VIP (RM15.00 x 3 orang)

Sumbangan Matrik Melaka

20

60100

180

5 Rencam 10001000

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN3075

LAMPIRAN D

PERINCIAN TENTATIF PROGRAM MENARA IMPIAN 2013

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LDK 1 (ICE - BREAKING & CHEERS)

Setiap peserta akan berada dalam kumpulan masing-masing dan diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing. Selain itu, peserta juga perlu membuat sorakan semangat kumpulan mereka untuk membentuk identiti kumpulan mereka. Mereka perlu mengingati sorakan kumpulan sehingga program tamat. Tujuan utama LDK ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama di bawah satu kumpulan dan merapatkan silaturrahim tanpa membezakan bangsa, kaum dan agama.

CERAMAH 1: PENGENALAN UKM & KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

Mereka akan diberikan penerangan mengenai Universiti Kebangsaan Malaysdiberikan panduan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di UKM terutamanya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Hal ini akan memberikan semangat dan pengetahuan kepada para pelajar agar dapat memilih kursus yang tepat semasa pemilihan IPT nanti. Penerangan mengenai UKM dan kursus-kursus ini akan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Mostafa Kamal Mokhtar adalah Timbalan Dekan Prasiswazah dan Hubungan Alumni di FSSK.

LDK 2 : SENYUM ITU INDAH

Peserta akan membuat bulatan besar. Mereka perlu memberikan alasan yang positif kenapa mereka suka berkawan dengan rakan di sebelah. Alasan yang diberikan perlu secara spontan dan tidak memilih kawan yang rapat dengan mereka. Fasilitator akan memainkan peranan untuk bersoal jawab dengan alasan yang diberikan oleh peserta.

LDK 3 : STUDY CASE

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

Study case ini bermaksud peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan tersebut akan diberikan tajuk berdasarkan kepada situasi yang akan dilakonkan tanpa memberikan jalan penyelesaian akan kes yang dihadapi. Setiap situasi yang akan dilakonkan ini merupakan situasi yang akan mereka hadapi di suatu hari kelak. Tujuan slot ini diadakan supaya peserta dapat memanipulasi akan apa yang mereka lakonkan untuk di jadikan persediaan bagi mereka di masa hadapan. Selain itu, slot ini juga ingin memupuk sifat berani dan bersedia bagi menghadapi cabaran yang akan dihadapi.

LDK 4 :PUBLIC SPEAKING

Peserta akan diberikan isu semasa yang berlaku di negara kita mahupun di luar negara. Mereka akan mengupas dan membincangkan mengenai isu tersebut di samping dapat memupuk semangat keberanian dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Peserta saling bertukar pandangan dan idea dalam mengupas isu yang dibincangkan, di samping mampu belajar kemahiran membina karekter diri yang berketrampilan.

LDK 5 : PEMECAH MINDA KREATIF

Slot ini bertujuan untuk memupuk semangat berkumpulan dan mengasuh bakat kepimpinan dalam diri peserta, mereka akan diberi satu permainan berbentuk menguji minda kreatif mereka. Mereka diasah untuk menggunakan ketajaman minda dan kebijaksanaan dalam mencari jalan penyelesaiaan. Oleh itu, permainan ini bukan semata-mata permainan, tetapi ini akan mengajar peserta seribu erti akan semangat persahabatan dalam pasukan.

LDK 6 : INOVATIF DAN KREATIF

Peserta akan diberikan kain rentang putih, marker pen, berus air untuk membuat meural berdasarkan dan tema yang dipilih. Peserta akan membentangkan meural mereka di hadapan kumpulan mereka dan mengemukakan apa simboliknya meural yang dilukis, penggunaan warna mahupun logo yang direka dan keupayaan mereka mencipta sebuah meural yang bukan sahaja kreatif dan menarik, bahkan mempunyai unsur-unsur pendidikan atau moral yang terkandung di dalam meural yang dipamerkan.

LDK 7 : KOSONG MINDA

Slot ini bertujuan untuk memberi peserta peluang untuk mereka luahkan apa masalah yang mereka hadapi, tujuannya untuk memberikan mereka satu penghargaan apabila suara mereka

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

akan didengari dan diberikan jalan penyelesaian berdasarkan pengalaman setiap masalah yang dihadapi.

GAMBAR

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013

MENARA IMPIAN 2013FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA20 & 21 DISEMBER 2013