persepsi mahasiswa tahun akhir fakulti · pdf filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti...

27
PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM NOR SAKINAH BINTI MAT ARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungkiet

Post on 07-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI

JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

NOR SAKINAH BINTI MAT ARIF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di
Page 3: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di
Page 4: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP

PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

NOR SAKINAH BINTI MAT ARIF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………….

Nama Penulis : NOR SAKINAH BINTI MAT ARIF

Tarikh :

9/.03/ 2004

Page 6: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

iii

DEDIKASI

Ku Abadikan Karya Ini Istimewa Untuk………………

Bonda dan Ayahanda Yang Paling Ku Kagumi,

Jutaan Terima Kasih Ku Ucapkan Atas Lautan Kasih Sayang

Dan Pengorbanan Kalian Yang Tidak Ternilai Harganya.

Ku Titipkan Doa Moga Kalian Berdua Sentiasa Berada Di Bawah Lembayung Kerahmatan Allah.

Semua Ahli Keluarga Yang Disayangi,

Khusus Untuk Nenek, Semua Kekanda, Bapa Saudara Dan Anak-anak Buah Ku….

Ribuan Terima Kasih Ku Ungkapkan Di Atas Dorongan yang Kalian Berikan Untukku Dalam Mengharungi

Wadah Perjuangan Ini. Sesungguhnya Perhatian Dan Nasihat Kalian Ku Jadikan Azimat Terbaik Dalam

Merealisasikan Impian Mencapai Sebuah Kejayaan

Ku Iringi Doa Moga Ikatan Kekeluargaan Kita Semakin Erat Dan Kukuh..

Tuan Pensyarah Yang Dihormati,

Sekalung Penghargaan Atas Nasihat Dan Tunjuk Ajar Yang Diberikan.

Jasa Dan Baktimu Ku Kenang Sepanjang Hayat.

Ku Mohon Doa Moga Dikau Dipanjangkan Usia Dan Diberkati Allah.

Para Pendidik Yang Disanjungi,

Setinggi-tinggi Ucapan Terima Kasih Di Atas Curahan ilmu Yang Diberikan.

Akan Ku Pergunakan Ilmu Yang Dicurahkan Ini Kepada Anak-anak Didikku.

Ku Doakan Moga Allah Membalas Segala Budi Baik Yang Ditaburkan Selama Ini.

Satu-satunya Bakal Suami Yang Dicintai,

Gugusan Terima kasih Ku Lakarkan Untukmu Kerana Sudi Memahami Diri Ini

Dan Tidak Jemu Mendorongku Demi Mencapai Sebuah Kejayaan.

Dikaulah Inspirasi Dan Teman Abadiku.

Ku Sisipkan Doa Moga Kehidupan Yang Bakal Kita Lalui Dihiasi Dengan Kasih Sayang Dan Kerahmatan Allah .

Teman-teman Yang Dikasihi,

Ku Luahkan Ucapan Terima Kasih Buat Kalian Semua

Kerana Sudi Berkongsi Suka Dan Duka Dalam Meniti Perjuangan Ilmu Ini.

Akan Ku Abadikan Kenangan Kita Bersama Di Bumi UTM Sebagai Memori Terindah Dalam Kamus Hidupku.

Ku Selitkan Doa Moga Kalian Mendapat Kejayaan Dan Keredhaan Allah.

Ya Allah……

Redhamu Adalah Impian Ku,

Maka Berkatilah Kehidupan Kami Semua Di Dunia Dan Akhirat.

Page 7: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

iv

PENGHARGAAN

بسم اهللا الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga Baginda,

para sahabat dan mereka yang mengikutinya sehingga akhir zaman. Syukur ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini bagi melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian

Islam).

Sekalung penghargaan dan kasih sayang dihulurkan buat kedua ayahanda dan

bonda serta seluruh ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan galakan sedari

awal pengajian hingga kini. Doa kalian adalah penguat semangat untuk ku

meneruskan perjuangan di medan ilmu ini.

Tidak dilupakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat penyelia yang

dihormati, Dr. Hussin bin Salamon atas segala jasa dan budi baik dalam memberikan

tunjuk ajar serta bimbingan hingga sempurnanya kajian ini. Turut dihargai kepada

semua pensyarah dan staf PPIPS serta para responden yang banyak membantu dalam

menghasilkan projek ini.

Seterusnya buat teman-teman seperjuangan dan individu-individu tertentu

yang banyak memberi sokongan.Terima kasih diucapkan atas kesudian berkongsi

idea serta memberi komitmen yang baik kepada saya dalam menjayakan kajian ini.

Sesungguhnya kehadiran kalian banyak memberi inspirasi untuk ku meniti

kehidupan di medan ilmu yang penuh pancaroba ini.

Sebagai kalam terakhir, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini sama ada secara langsung atau tidak

langsung. Ku iringi doa dan harapan moga Allah merestui perjalanan hidup kalian di

dunia dan akhirat.

Page 8: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi

mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai

Johor terhadap personaliti lelaki lembut di UTM. Seramai 180 orang responden telah

dipilih dari kalangan mahasiswa tahun akhir secara rawak dari pelbagai kursus yang

terdapat di Fakulti Pendidikan. Satu set soal selidik yang mengandungi 43 item

dibina dan dibahagi kepada empat bahagian. Bahagian A terdiri daripada soalan yang

berkaitan dengan latar belakang responden, manakala pada bahagian B pula soalan

berkenaan persepsi mahasiswa terhadap personaliti lelaki lembut. Seterusnya

bahagian C adalah soalan yang berkaitan dengan persepsi responden tentang tahap

penerimaan masyarakat kampus terhadap lelaki lembut. Pada bahagian D pula

diutarakan tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi gejala

lelaki lembut. Hasil dapatan soal selidik yang diedar telah dianalisis dengan

menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) Version 11.0 bagi

mendapatkan jumlah kekerapan, min dan peratusan. Hasil daripada kajian ini

mendapati bahawa sebilangan besar responden bersetuju dengan ciri-ciri personaliti

lelaki lembut yang dikemukakan oleh penyelidik. Namun begitu, kebanyakan

responden menyatakan bahawa tahap penerimaan masyarakat kampus terhadap lelaki

lembut berada pada tahap yang sederhana. Sementara itu, sebahagian besar

responden bersetuju dengan cadangan yang dikemukan oleh penyelidik berkenaan

cara untuk mengatasi gejala lelaki lembut. Di akhir kajian ini, penyelidik telah

mengutarakan beberapa cadangan untuk mengatasi gejala lelaki lembut untuk

dijadikan panduan kepada pihak-pihak tertentu. Di samping itu, cadangan kajian

lanjutan juga turut dikemukakan bagi para pengkaji masa akan datang meneruskan

kajian.

Page 9: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

vi

ABSTRACT

The main purpose of this research is to identify the perceptions of final year

undergraduate students of the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia

Skudai Johor on the issue concerning the personality of transsexual or “Lelaki

lembut” in UTM. A number of 180 respondents were chosen randomly among the

final year undergraduate students of the many courses of the Faculty of Education. A

set of questionnaire contains 43 items were formed divided into four different

sections. Section contains questions concerning respondents’ background, whereas

section B contains questions concerning their perceptions on the personality of

transsexual. The next section, section C contains questions concerning their

perception on the level of acceptance of the campus society on this group. Section D

contains some of the actions that could be taken to overcome this problem. The data

collected is analyzed by using SPSS (Statistical Package For Social Science)

Version 11.0 to obtain the amount of frequency, mean and percentages. From this

research, it is discovered that most of the respondents agreed with the characteristics

of the personality of transsexual that had been suggested by the researcher. Although

so, most of them stated that the level of acceptance of the campus society is quite

moderate. Meanwhile, a big number of respondents agreed with the suggestions

made by the researcher concerning methods to overcome this problem. The

researcher has proposed a few suggestions to be implemented by acting parties in

overcoming the problem. A few topics are being suggested for further research in the

near future.

Page 10: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

Page 11: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

viii

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Persepsi 9

1.8.2 Mahasiswa 10

1.8.3 Personaliti 10

1.8.4 Lelaki Lembut 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Fenomena Kewujudan Lelaki Lembut 13

2.3 Perbezaan Antara Lelaki Lembut, Mak Nyah 14

dan Khunsa

2.3.1 Lelaki Lembut 14

2.3.2 Mak Nyah 16

2.3.3 Khunsa 17

2.4 Dilema Yang Dihadapi Oleh Lelaki Lembut 18

2.4.1 Dilema Dalam Menentukan Identiti 18

2.4.2 Dilema Dalam Menunaikan 19

Tanggungjawab Agama

2.4.3 Dilema Dalam Penerimaan Keluarga 20

2.4.4 Dilema Dalam Penerimaan Masyarakat 20

2.5 Faktor-faktor Berlaku Perubahan Personaliti 21

2.5.1 Kurang Didikan Agama 21

2.5.2 Peranan Ibu Bapa 22

2.5.3 Pengaruh Persekitaran 23

2.5.4 Pengaruh Rakan Siswa 24

2.5.5 Pengaruh Baka 24

2.6 Persepsi Masyarakat Terhadap Lelaki Lembut 25

2.6.1 Persepsi Positif 25

2.6.2 Persepsi Negatif 27

Page 12: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

ix

2.7 Lelaki Lembut Dari Sudut Perspektif Islam 27

2.7.1 Mengubah Cara Berpakaian 28

2.7.2 Pembedahan Anggota 29

2.8 Kesan Kewujudan Lelaki Lembut 30

2.9 Langkah-Langkah Untuk Mengatasi 31

Gejala Lelaki Lembut

2.9.1 Peranan Masyarakat Umum 32

2.9.2 Peranan Masyarakat Kampus 33

2.10 Sorotan Kajian Lepas 35

2.11 Kesimpulan 36

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.2.1 Kajian Perpustakaan 38

3.2.2 Kajian Lapangan 39

3.2.2.1 Tempat Kajian 39

3.2.2.2 Populasi dan Sampel Kajian 40

3.2.2.3 Instrumen Kajian 40

3.2.2.4 Prosedur Kajian 41

3.2.2.5 Kajian Rintis 42

3.2.2.6 Analisis Data 43

3.3 Kesimpulan 44

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 45

4.2 Cara Penganalisisan 45

Page 13: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

x

4.3 Bahagian A : Latar Belakang Responden 47

4.4 Rumusan Latar Belakang Responden 49

4.5 Bahagian B : Persepsi Mahasiswa Terhadap 50

Personaliti Lelaki Lembut

4.5.1 Fesyen Pakaian 50

4.5.2 Solekan 52

4.5.3 Cara Bercakap 54

4.5.4 Cara Berjalan 56

4.5.5 Cara Bergaul 58

4.6 Bahagian C : Persepsi Mahasiswa Tentang 60

Tahap Penerimaan Masyarakat Kampus

Terhadap Lelaki Lembut

4.6.1 Pihak Pentadbiran Universiti 60

4.6.2 Pensyarah 62

4.6.3 Rakan Siswa 65

4.7 Bahagian D : Persepsi Mahasiswa Terhadap 67

Langkah Mengatasi Gejala Lelaki Lembut

4.7.1 Pendidikan dan Penghayatan Agama 67

4.7.2 Peranan Pihak Pentadbiran Universiti 70

4.7.3 Peranan Ibu Bapa 72

4.7.4 Peranan Rakan Siswa 74

4.8 Kesimpulan 76

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan 77

5.2.1 Bahagian A : Maklumat Latar Belakang 78

Responden

Page 14: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

xi

5.2.2 Bahagian B : Persepsi Mahasiswa 79

Terhadap Personaliti Lelaki Lembut

5.2.2.1 Fesyen Pakaian 79

5.2.2.2 Solekan 81

5.2.2.3 Cara Bercakap 82

5.2.2.4 Cara Berjalan 83

5.2.2.5 Cara Bergaul 84

5.2.3 Bahagian C : Persepsi Mahasiswa Tentang 85

Tahap Penerimaan Masyarakat Kampus

Terhadap Lelaki Lembut.

5.2.3.1 Pihak Pentadbiran Universiti 85

5.2.3.2 Pensyarah 87

5.2.3.3 Rakan Siswa 88

5.2.4 Bahagian D : Persepsi Mahasiswa Tentang 90

Langkah Untuk Mengatasi Gejala

Lelaki Lembut.

5.2.4.1 Pendidikan dan Penghayatan 90

Agama

5.2.4.2 Peranan Pihak Pentadbiran 91

Universiti

5.2.4.3 Peranan Ibu Bapa 93

5.2.4.4 Peranan Rakan Siswa 95

5.3 Rumusan 97

5.3.1 Rumusan Bahagian B 97

5.3.2 Rumusan Bahagian C 98

5.3.3 Rumusan Bahagian D 99

5.4 Cadangan 100

5.4.1 Pihak Kerajaan Pusat 100

5.4.2 Kementerian Pendidikan Malaysia 101

5.4.3 Media Massa dan Media Elektronik 101

Page 15: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

xii

5.4.4 Mahasiswa 102

5.5 Kajian Lanjutan 103

5.6 Penutup 104

SENARAI RUJUKAN 105

LAMPIRAN A-C 109-118

Page 16: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Tahap Skor Min 43

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Umur 47

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Agama 47

4.3.4 Taburan Responden Mengikut Status 49

4.5.1 Taburan Skor Bagi Item 1-3 Mengenai 50

Persepsi Mahasiswa Terhadap Lelaki

Lembut Dari Sudut Fesyen Pakaian

4.5.2 Taburan Skor Bagi Item 4-6 Mengenai 52

Persepsi Mahasiswa Terhadap Lelaki

Lembut Dari Sudut Solekan

4.5.3 Taburan Skor Bagi Item 7-9 Mengenai 54

Persepsi Mahasiswa Terhadap Lelaki

Lembut Dari Segi Cara Bercakap

4.5.4 Taburan Skor Bagi Item 10-12 Mengenai 56

Persepsi Mahasiswa Terhadap Lelaki

Lembut Dari Segi Cara Berjalan

4.5.5 Taburan Skor Bagi Item 13-15 Mengenai 58

Persepsi Mahasiswa Terhadap Lelaki

Lembut Dari Segi Cara Bergaul

4.6.1 Taburan Skor Bagi Item 16-19 Mengenai 60

Persepsi Mahasiswa Tentang Tahap

Penerimaan Pihak Pentadbiran Universiti

Terhadap Lelaki Lembut

Page 17: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

xiv

4.6.2 Taburan Skor Bagi Item 20-23 Mengenai 62

Persepsi Mahasiswa Tentang Tahap

Penerimaan Pensyarah Terhadap Lelaki Lembut

4.6.3 Taburan Skor Bagi Item 24-27 Mengenai 65

Persepsi Mahasiswa Tentang Tahap

Penerimaan Rakan Siswa Terhadap Lelaki Lembut

4.7.1 Taburan Skor Bagi Item 28-31 Mengenai 67

Persepsi Mahasiswa Terhadap Langkah

Mengatasi Gejala Lelaki Lembut Dari Segi

Peranan Pendidikan dan Penghayatan Agama

4.7.2 Taburan Skor Bagi Item 32-35 Mengenai 70

Persepsi Mahasiswa Terhadap Langkah

Mengatasi Gejala Lelaki Lembut Dari Segi

Peranan Pihak Pentadbiran Universiti

4.7.3 Taburan Skor Bagi Item 36-39 Mengenai 72

Persepsi Mahasiswa Terhadap Langkah

Mengatasi Gejala Lelaki Lembut Dari Segi

Peranan Ibu Bapa

4.7.4 Taburan Skor Bagi Item 40-43 Mengenai 74

Persepsi Mahasiswa Terhadap Langkah

Mengatasi Gejala Lelaki Lembut Dari Segi

Peranan Rakan Siswa

Page 18: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.3.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 48

5.3.2 Tahap Penerimaan Masyarakat Kampus 98

Terhadap Lelaki Lembut di UTM

Page 19: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

xvi

SENARAI SINGKATAN

AS Amat Setuju

ATS Amat Tidak Setuju

IPT Institusi Pengajian Tinggi

KS Kurang Setuju

S Setuju

S.W.T Subhanahu Wa Taala

s.a.w Sallalahu alaihi wasallam

SPSS Statistical Package For Social Sciences

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 20: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 109

B Surat Kebenaran Mendapatkan Rujukan 117

dari PSZ

C Surat Akuan dari Fakulti Pendidikan 118

Page 21: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah S.W.T di muka bumi ini dengan

sebaik-baik kejadian. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah

S.W.T berbanding makhluk-makhluk yang lain.

Allah S.W.T telah menciptakan manusia di muka bumi ini kepada dua jenis iaitu

lelaki dan perempuan. Fungsi dan perwatakan kedua-duanya adalah berbeza mengikut

jantina masing-masing. Perbezaan mereka dapat dilihat menerusi cara berpakaian,

percakapan dan tingkah laku. Namun, masalah yang timbul ialah wujudnya satu

golongan yang terletak di antara keduanya. Mereka ini mempunyai rupa bentuk jantina

lelaki tetapi berasa diri mereka bukan sebagai lelaki sebenar, mereka inilah dikenali

sebagai “lelaki lembut”. Golongan lelaki lembut ini juga boleh diklasifikasikan kepada

beberapa kelompok lain yang dikenali sebagai khunsa dan mak nyah.

Fenomena lelaki lembut di kalangan masyarakat masa kini kian mendapat liputan

luas malah semakin berkembang dari semasa ke semasa. Sebilangan besar individu yang

tergolong dalam kumpulan lelaki lembut mengalami kekeliruan identiti jantina. Naluri

dan perasaan kewanitaan dalam jiwa dilampiaskan melalui cara berpakaian, bercakap,

bersolek serta berkelakuan seperti wanita.

Page 22: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

2

Sementara dari sudut keagamaan, Islam telah menggariskan panduan hidup dan

batasan-batasan tertentu kepada umatnya untuk diikuti. Sensitiviti agama tidak boleh

diketepikan kerana fitrah kejadian manusia sudah ditentukan oleh Allah bahawa jantina

seseorang manusia itu telah ditetapkan oleh-Nya. Justeru itu, pertukaran perwatakan

telah menafikan kekuasaan Allah S.W.T sebagai pencipta makhluk di muka bumi ini.

Atas dasar inilah maka mengubah jantina sebagai suatu ketetapan-Nya adalah salah di

sisi agama Islam. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang berbunyi:

الج الرن منيهبشت اململس وهيل عى اهللال ص اهللالوس رنعل : ال قاسب عنب انع

الجالر باءس النن ماتهبشتمال واءسالن ب Maksudnya : “ Dari Ibnu Abbas r.a katanya : Rasulullah S.a.w mengutuk lelaki

yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki”

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Tidak dapat dinafikan bahawa gejala lelaki lembut ini telah menjadi perkara

biasa dalam kehidupan di dunia Barat yang kini ia menular ke Asia. Malaysia

merupakan salah sebuah negara Asia yang turut dilanda masalah budaya lelaki lembut.

Berdasarkan kepada penulisan Norul Huda Abdul Halim di dalam tesisnya (2003 : 4),

beliau menyatakan bahawa di Barat golongan ini sudah mempunyai kedudukan, taraf

dan kebebasan serta hak yang sama rata seperti orang lain. Contohnya kaum mak nyah

di Barat mempunyai kebebasan untuk berpakaian seperti wanita, hak untuk menukar

jantina malah ada yang memperolehi hak untuk berkahwin dengan pasangan mereka. Di

Thailand pula pertandingan ratu mak nyah turut diadakan sebagai satu lambang

pengiktirafan kepada kewujudan golongan lelaki lembut ini.

Page 23: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

3

Manakala di Malaysia, fenomena lelaki lembut kian berkembang di kalangan

masyarakat. Golongan ini boleh ditemui dan dilihat di banyak tempat. Antaranya ialah di

pusat membeli belah, butik kecantikan serta di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Malahan

golongan ini juga terdiri daripada mereka yang profesional atau separa profesional

dalam beberapa bidang kerjaya yang agak baik seperti dalam bidang rekaan fesyen,

dandanan dan persolekan, runding imej dan bidang masakan.

Kewujudan pelajar lelaki bersifat keperempuanan di Institusi Pengajian Tinggi

(IPT) bukan perkara luar biasa yang baru berlaku, tetapi ia dilihat sebagai gejala yang

semakin meningkat sehingga menimbulkan kebimbangan dan menjadi perbincangan

hangat dikalangan warga kampus maupun masyarakat awam. Menurut Menteri

Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Siti Zaharah Sulaiman (Utusan

Malaysia : 12 Julai 2003) di mana beliau menyatakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

seharusnya mengambil perhatian serius terhadap peningkatan jumlah pelajar lelaki

lembut di kampus. Ini kerana kewujudan mereka boleh menimbulkan masalah sosial

yang mungkin akan menjadi ikutan kepada para pelajar lain.

Jika dilihat dari sudut kemanusiaan, kewujudan lelaki lembut ini mengundang

pelbagai spekulasi, persepsi dan penerimaan di kalangan masyarakat. Namun begitu,

golongan ini tidak harus diabaikan malah perkembangannya perlu diawasi dengan

segera. Tugas ini menjadi tanggungjawab bersama di antara anggota masyarakat dalam

menangani gejala tersebut.

Page 24: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

4

1.2 Latarbelakang Masalah

Dalam era globalisasi yang mencapai tahap kemajuan dan kemodenan yang

semakin meningkat, Malaysia turut melangkah seiring untuk mencapai sebuah negara

moden yang disegani dunia. Namun begitu, dalam menjalani arus kemodenan ini kita

dihujani dengan pelbagai masalah sosial di kalangan masyarakat. Pada masa kini kita

dikejutkan dengan satu budaya yang kian menular di kalangan remaja yang dikenali

sebagai budaya “Lelaki lembut”.

Isu lelaki lembut bukanlah satu perkara baru. Selain dari masalah status dan

identiti, kelompok lelaki lembut ini juga menganggap diri mereka menjadi mangsa

diskriminasi berikutan mereka tergolong dalam kumpulan minoriti. Bagaimanapun,

secara realitinya golongan tersebut semakin meningkat jumlahnya di Malaysia.

Budaya lelaki lembut ini bukan sahaja menjadi ikutan golongan bawahan malah

ia turut menjadi amalan kepada golongan profesional dan berpendidikan tinggi. Apa

yang dibimbangi ialah fenomena ini turut melanda warga kampus apabila golongan

lelaki lembut ini diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), masalah lelaki

lembut ini bukanlah perkara baru di kalangan pelajar. Ia dikatakan telah lama wujud dan

semakin ketara sejak kebelakangan ini. Malah pada masa kini kita mulai terdengar

suara-suara lantang yang memperjuangkan hak kesamarataan golongan ini di sisi

masyarakat sebagaimana yang dinyatakan oleh Rajmah Hasan Shirat dalam nukilannya

(Utusan Malaysia : 12 Julai 2003).

Senario ini semakin hangat apabila sebahagian kecil golongan lelaki lembut di

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menyuarakan hasrat mereka supaya lelaki lembut ini

diberi kebebasan dalam menentukan hala tuju kod etika berpakaian dan juga

penggunaan nama mengikut pilihan sendiri. Malah mereka juga turut menuntut supaya

kemudahan asas seperti tandas dan asrama di bina khusus untuk golongan tersebut.

Page 25: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

5

Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh Mohamed Salleh Mohamed Yasin seperti yang

dinukilkan oleh Syuhada Choo Abdullah (Berita Harian : 22 Julai 2003)

Merenung sejenak kepada mahasiswa lembut yang menghuni kampus Universiti

Teknologi Malaysia Skudai Johor seperti yang dinukilkan oleh Norul Huda Abdul Halim

dalam penulisan tesisnya (2001 : 6), terdapat sebilangan pelajar lelaki lembut yang

berpakaian kemeja T ketat mengikut potongan badan, berseluar slack dari kain jenis

lembut dengan potongan wanita, berkasut sarung ala wanita serta berambut potongan

baby doll. Di samping itu mereka juga akan meletakkan bedak asas di muka, membentuk

kening supaya lebih cantik melalui kaedah trim dan mengukir bibir agar kelihatan

menawan dengan secalit gincu. Seterusnya perilaku serta aksi-aksi yang dipamerkan

sepanjang perbualan dan pergerakan juga cukup lembut sehinggakan membuat pelajar

yang berselisih akan menoleh seketika kepada mereka dan memberikan pelbagai reaksi

yang berbeza.

Golongan lelaki lembut ini gemar bergerak secara berkumpulan yang

mempunyai perwatakan lembut dan mempunyai persamaan serta penampilan yang

hampir sama antara mereka. Namun begitu, golongan ini agak sukar untuk didekati sama

ada di dalam maupun di luar kelas. Kebanyakan mereka hanya berminat untuk

menjalinkan persahabatan dengan individu yang memenuhi citarasa mereka sahaja.

Selain itu, golongan lelaki lembut juga tidak berminat membongkarkan identiti diri,

aktiviti serta kehidupan mereka kepada orang lain. Mereka lebih suka menjalani

kehidupan seharian dengan bebas dan tidak diganggu oleh orang lain.

Rentetan dari situasi yang telah dinyatakan di atas, penyelidik berminat untuk

menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumbalas daripada mahasiswa di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) tentang persepsi mereka terhadap personaliti lelaki lembut, tahap

penerimaan masyarakat kampus dan langkah-langkah untuk mengatasi golongan

tersebut.

Page 26: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

6

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan, jelaslah

bahawa isu golongan lelaki lembut ini kian hebat diperkatakan di Institusi Pengajian

Tinggi (IPT) termasuk di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor.

Kewujudan dan perkembangan golongan lelaki lembut di Universiti Teknologi

Malaysia Skudai bukanlah perkara baru, malah jumlah keahlian mereka kian bertambah

tahun demi tahun. Golongan lelaki lembut di kalangan mahasiswa ini mengikuti

pelbagai kursus dalam bidang pengajian di UTM dan kewujudan mereka ini memberikan

pelbagai reaksi dari lapisan masyarakat kampus yang terdiri daripada mahasiswa,

pensyarah serta pihak pentadbiran universiti.

Lantaran itu penyelidik ingin membuat kajian untuk mengetahui persepsi

mahasiswa terhadap personaliti lelaki lembut dan tahap penerimaan masyarakat kampus

terhadap golongan tersebut. Di samping itu penyelidik juga ingin mengetahui apakah

persepsi mahasiswa terhadap langkah-langkah untuk mengatasi gejala lelaki lembut di

UTM.

1.4 Objektif Kajian

Dalam menghasilkan kajian ini terdapat beberapa objektif telah digariskan oleh

penyelidik, antaranya ialah:

1) Meninjau persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia Skudai Johor terhadap personaliti lelaki lembut di

UTM.

Page 27: PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI · PDF filepersepsi mahasiswa tahun akhir fakulti pendidikan, universiti teknologi malaysia skudai johor terhadap personaliti lelaki lembut di

7

2) Mengenalpasti persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor tentang tahap penerimaan

masyarakat kampus terhadap lelaki lembut di UTM.

3) Mengkaji persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia Skudai Johor mengenai langkah-langkah untuk

mengatasi gejala lelaki lembut di UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik menumpukan kepada beberapa

persoalan kajian yang perlu dijawab. Persoalan tersebut ialah:

1) Apakah persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia Skudai Johor terhadap personaliti lelaki lembut di

UTM.

2) Bagaimana persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia Skudai Johor tentang tahap penerimaan masyarakat

kampus terhadap lelaki lembut di UTM.

3) Apakah persepsi mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia Skudai Johor mengenai langkah-langkah untuk

mengatasi gejala lelaki lembut di UTM.