· web viewjakarta: yayasan soko guru. dicatatkan oleh sejarahwan portugis bagaimana...

18
1 PERTENTANGAN ISLAM DAN KRISTIAN DALAM SEJARAH DAKWAH DI ALAM MELAYU Oleh Team Penyelidik Di Bawah Tajaan Muzium Abu Bakar, Pekan, Pahang Rahimin Affandi Abdul Rahim, Ahmad Farid Abd Jalal Siti Maimunah Hj. Kahal, Muhamad Sayuti Mansor, Abd Halim Ismail,Huzaimah Ismail, Mohd Ikhlas Roslee & Ahnaf Said Pengenalan Peta hubungan antara Islam dan barat di Alam Melayu agak buruk kerana faktor perang Salib yang berlaku di Eropah dan kemudiannya reputasi perang salib ini turut diperpanjangkan ke Alam Melayu. Di zaman moden ini, sejarah hitam ini telah menimbulkan teori Clash Of Civilization yang dibawa oleh Samuel Hutington yang kemudiannya berlanjutan dengan munculnya isu Islamipobia (kebencian terhadap Islam). 1 Kajian ini akan menghuraikan bagaimana hubungan Islam dan Barat serta gerakan Kristian di Alam Melayu memang bermasalah daripada awal kedatangan kuasa barat di Alam Melayu. Ianya bakal di bahagikan kepada dua zaman yang berbeza; era Aceh - pembentukan asas pertentangan: 1400-1874 dan era penjajahan kuasa barat di Tanah Melayu : 1874-1957. Zaman Aceh - Pembentukan Asas Pertentangan: 1400-1874 Usaha dakwah mubaligh awal di Alam Melayu memang disebabkan oleh semangat Perang Salib. Hal ini juga diakui oleh pihak portugis yang menganggap usaha penjajahan mereka ke kawasan Alam Melayu kerana faktor penyebaran agama kristian di bawah slogan Glory, Gold dan God. Di peringkat global pada masa itu, iaitu pada era pasca perang salib, masyarakat dunia dan bangsa memaklumi terdapat dua blok kuasa besar dunia berasaskan kekuatan agama dan ketenteraan. Ia terdiri dari blok Islam dan bukan Islam (diwakili oleh Portugis/ Kristian yang memang memusuhi blok Islam). Di kalangan blok Islam pula, ia terdiri daripada beberapa blok ; (i) Turki yang memegang status khalifah Islam dan kuasa ketenteraan; 2 (ii) Mughal dan Saljuk yang juga memiliki kuasa ketenteraan yang kuat; (iii) Timur Tengah menjadi pusat keilmuan Islam dan (iv) blok Alam Melayu (periperal) 3 yang memerlukan naungan daripada blok i,ii dan iii. Contohnya, isu penjajahan Portugis di Melaka telah dibincangkan secara meluas oleh pemimpin umat Islam dalam musim haji di Mekah. Dari segi strategik, kesemua blok Islam ini memahami kepentingan perpaduan ummah Islam yang membabitkan; 1 S. Huntington (1993), “ The Clash Of Civilizations?, Dalam Foreign Affairs, Summer 1993, h. 25, 31-32 dan 39 2 A.C.S. Peacock (2015), The Economic Relationship Between The Ottoman Empire and Southeast Asia in The Seventeenth Century, Proceedings Of The British Academy; From Anatolia To Aceh, Ottoman, Turks and Southeast Asia, Oxford: Oxford University Press, h. 63-87. 3 Shaharil Talib (1997), The Asiatic Archipelago: History Beyond Boundaries, JATI, bil. 3, h. 132-135.

Upload: vanngoc

Post on 13-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

1

PERTENTANGAN ISLAM DAN KRISTIAN DALAM SEJARAH DAKWAH DI ALAM MELAYU

OlehTeam Penyelidik Di Bawah TajaanMuzium Abu Bakar, Pekan, Pahang

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Ahmad Farid Abd Jalal Siti Maimunah Hj. Kahal, Muhamad Sayuti Mansor,

Abd Halim Ismail,Huzaimah Ismail, Mohd Ikhlas Roslee & Ahnaf Said

Pengenalan

Peta hubungan antara Islam dan barat di Alam Melayu agak buruk kerana faktor perang Salib yang berlaku di Eropah dan kemudiannya reputasi perang salib ini turut diperpanjangkan ke Alam Melayu. Di zaman moden ini, sejarah hitam ini telah menimbulkan teori Clash Of Civilization yang dibawa oleh Samuel Hutington yang kemudiannya berlanjutan dengan munculnya isu Islamipobia (kebencian terhadap Islam).1

Kajian ini akan menghuraikan bagaimana hubungan Islam dan Barat serta gerakan Kristian di Alam Melayu memang bermasalah daripada awal kedatangan kuasa barat di Alam Melayu. Ianya bakal di bahagikan kepada dua zaman yang berbeza; era Aceh - pembentukan asas pertentangan: 1400-1874 dan era penjajahan kuasa barat di Tanah Melayu : 1874-1957.

Zaman Aceh - Pembentukan Asas Pertentangan: 1400-1874

Usaha dakwah mubaligh awal di Alam Melayu memang disebabkan oleh semangat Perang Salib. Hal ini juga diakui oleh pihak portugis yang menganggap usaha penjajahan mereka ke kawasan Alam Melayu kerana faktor penyebaran agama kristian di bawah slogan Glory, Gold dan God.

Di peringkat global pada masa itu, iaitu pada era pasca perang salib, masyarakat dunia dan bangsa memaklumi terdapat dua blok kuasa besar dunia berasaskan kekuatan agama dan ketenteraan. Ia terdiri dari blok Islam dan bukan Islam (diwakili oleh Portugis/ Kristian yang memang memusuhi blok Islam). Di kalangan blok Islam pula, ia terdiri daripada beberapa blok ; (i) Turki yang memegang status khalifah Islam dan kuasa ketenteraan;2 (ii) Mughal dan Saljuk yang juga memiliki kuasa ketenteraan yang kuat; (iii) Timur Tengah menjadi pusat keilmuan Islam dan (iv) blok Alam Melayu (periperal)3 yang memerlukan naungan daripada blok i,ii dan iii. Contohnya, isu penjajahan Portugis di Melaka telah dibincangkan secara meluas oleh pemimpin umat Islam dalam musim haji di Mekah.

Dari segi strategik, kesemua blok Islam ini memahami kepentingan perpaduan ummah Islam yang membabitkan;

Pertama, kepentingan menguasai jalan perdagangan laut dan darat di antara Lautan Hindi dan Laut Merah. Lebih penting lagi, Alam Melayu memang dimaklumi memiliki potensi bahan mentah yang sangat diperlukan oleh masyarakat dunia pada masa itu. Hal ini disahkan dengan fakta kawasan Alam Melayu menjadi pusat utama dikunjungi kapal asing untuk

1 S. Huntington (1993), “ The Clash Of Civilizations?, Dalam Foreign Affairs, Summer 1993, h. 25, 31-32 dan 392 A.C.S. Peacock (2015), The Economic Relationship Between The Ottoman Empire and Southeast Asia in The Seventeenth Century, Proceedings Of The British Academy; From Anatolia To Aceh, Ottoman, Turks and Southeast Asia, Oxford: Oxford University Press, h. 63-87.3 Shaharil Talib (1997), The Asiatic Archipelago: History Beyond Boundaries, JATI, bil. 3, h. 132-135.

Page 2: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

2

mendapatkan bahan mentah yang diperlukan oleh masyarakat dunia. Banyak kapal-kapal Eropah dilaporkan datang berdagang di Alam Melayu, khususnya di Aceh.4

Bagi blok kristian khusus portugis, Alam Melayu perlu dikuasai demi untuk penyebaran agama kristian dan mendapatkan hasil buminya yang kaya untuk kepentingan portugis. Hal ini boleh dilihat daripada usaha portugis menakluki melaka dan diikuti dengan kawasan lain. Hal ini dinyatakan sendiri oleh pentadbir Portugis di Asia, Jorange  de  Lamos (1585); andainya Aceh dan Alam Melayu berjaya dijajah nescaya Portugis akan menguasai jalan dagang dunia;

"Sumatra   is  such  a  wonderful   thing,  and  contains  such  great  riches,   that   I  dare to affirm (according to what many experienced old men related, whom I overheard when they  were  conversing  with   the  viceroy  of   India)   that   it  could  well  be considered as   the  equal  of  England,  of  which   the  scriptures  speak  so  highly.” Tegasnya lagi, “The  conquest  of  Atjeh  would  give   the  Spanish-Portuguese Crown the economic resourses where with to destroy not only ‘the Heresiarchs and  their  followers’, but  to recover all Christian territory lost to the Muslims (including Jerusalem), and to overthrow the Ottoman Empire.”5

Kedua, kepentingan memberi bantuan ketenteraan kepada sesama blok Islam dan kesepakatan menyebar dan menerbitkan karya ilmu Islam daripada kesemua blok ini. Sejarah mencatatkan bagaimana karya-karya Islam daripada pelbagai blok tersebar dan diterbitkan di kawasan tertentu dalam blok-blok ini; Istanbul, Bombay, Alam Melayu, Mesir dan Mekah.6

Pada masa ini, kuasa Aceh dan turki memang telah memainkan usaha logistik dalam memperjuangkan agenda politik Islam.

Peranan kerajaan Aceh.Aceh adalah kuasa besar Islam yang mampu menghalang perkembangan agama

Kristian yang menjadi agenda utama penjajah Portugis. Ia semakin ketara selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis. Pemerintah Aceh dalam paparan sarjana barat digambarkan sebagai kerajaan yang ganas dan suka menumpahkan darah orang barat yang berbeza agama.7 Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis. Catatan sejarah Portugis menerangkan bahawa pihak Portugis beberapa kali cuba untuk mengelakkan peperangan secara baik, kerana matlamat mereka adalah untuk menjalankan perdagangan dengan kerajaan lain di Alam Melayu.

Mereka juga menggambarkan secara berlebihan berkenaan kehebatan tentera Portugis berbanding dengan tentera Aceh. Kerajaan Aceh dikatakan berusaha memonopoli sumber rempah di Alam Melayu dengan menyerang dan memusnahkan ladang lada hitam di kawasan lain. Aceh juga dikatakan suka menyerang kawasan lain untuk memperluaskan kuasa dan diikuti dengan dasar membawa balik tawanan perang ke Aceh untuk dijadikan hamba dan gundik.8 Hamba-hamba ini dikatakan dizalimi oleh masyarakat Aceh. Masyarakat Aceh dikatakan mempunyai ramai hamba dan gundik untuk kepentingan pembesar Aceh.9 Sarjana

4 Mohammad Hannan Hassan (2014), Islamic Legal Thought and Practices Of Seventeenth Century Aceh: Treating The Other, Tesis Phd untuk Institute Of Islamic Studies, Mcgill University, h. 61-63.5 C.R. Boxer (1969), A Note on Portuguese Reactions to The Revival of The Red Sea Spice Trade and The Rise Of Atjeh, 1540-1600, Journal Of Southeast Asian History, v. 10, no. 3, 424.6 Md. Sidin Ahmad Ishak (2000), The Malays in The Middle East, Kuala Lumpur, h. 26-34.7 Snouck Hurgronje (1985), Aceh di Mata Kolonialis, Terjemahan Ng Singarimbun Daripada Buku The Achenese, Jakarta: Yayasan Soko Guru.8 William Gervase Clarence Smith (2007), Enunuchs and Concubines in The History Of Islamic Southeast Asia, Manusya: Journal Of Humanities, Special Issue no. 14.9 Ingrid Saroda Mitrasing (2011), The Age Of Aceh and The Evolution Of Kingship 1599-1641, Tesis Ph.D Untuk University Of Leiden, h. 232-256.

Page 3: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

3

barat juga melalui catatan pengembara asing telah menggambarkan Aceh mengamalkan sistem undang-undang hudud yang sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.10

Sekiranya Aceh tidak mengambil langkah proaktif ini, besar kemungkinan masyarakat Alam Melayu akan menganggap perkembangan agama Kristian sebagai perkara biasa. Lebih penting lagi penjajah Portugis dicatatkan dalam sejarah sebagai bangsa yang suka menggunakan kaedah kekerasan terhadap masyarakat Islam. Selain itu, mereka juga kerap menggunakan kaedah tipu muslihat dalam penyebaran agama Kristian. Hasil usaha Aceh ini memang terbukti berjaya menghalang perkembangan agama Kristian dan mengekalkan dominasi Islam di Alam Melayu.11

Setelah dilakukan analisa yang lebih mendalam, ternyata usaha Aceh ini dibuat berasaskan beberapa sebab utama iaitu;12 1. Serangan dilakukan ke atas negeri lain adalah bertujuan menghukum negeri terbabit yang

bersepakat dengan kuasa Portugis. Dakwaan tawanan ditindas adalah tidak benar kerana ramai daripada tawanan perang ini diterima menjadi warga terpenting di Aceh, contohnya Raja Iskandar Thani, Puteri Kamelia dan Tun Seri Lanang. Raja Iskandar Thani asalnya adalah anak raja Pahang yang ditawan dan dilantik menjadi pengganti Raja Iskandar Muda. Begitu juga halnya dengan Puteri Kamelia, tawanan daripada Pahang telah menjadi isteri Raja Iskandar Muda yang sah. Beliau kemudiannya bertanggungjawab menjadi penasihat di istana yang membentuk badan mesyuarat negara bagi mendengar masalah masyarakat awam. Kepentingannya terbukti dalam Hadis Maja yang digunakan di Aceh, suatu formula tentang bagaimana pemerintahan negara perlu dilakukan. Masyarakat Aceh menjadi masyarakat kosmopolitan dan sehingga kini kesannya masih dapat dilihat.

2. Strategi Politik Membesan yang diamalkan oleh Aceh dapat memastikan kuasa politik Alam Melayu dapat dijalankan dalam bentuk yang sistematik sesuai dengan realiti Alam Melayu. Strategi Politik Membesan yang diamalkan oleh kerajaan Aceh penuh hikmah dalam membentuk kekeluargaan yang berasaskan semangat ukhuwah Islam. Apa yang dilakukan melalui taktik ini adalah Aceh berusaha mengahwinkan raja dan keturunan raja daripada Pahang, Kedah dan Perak; sebagai kaedah untuk merapatkan hubungan atas dasar ukhuwah Islam dengan keluarga diraja negeri-negeri Melayu. Bukan hanya hubungan terjalin, malah taktik ini juga bakal meraih simpati dan sokongan daripada masyarakat awam yang sememangnya bergantung kepada keluarga diraja terbabit. Di Alam Melayu, taktik penyebaran Islam berjaya dilakukan melalui institusi perkahwinan. Ia lebih bersifat alami kerana perkahwinan akan mewujudkan dan menggabungkan dua keluarga besar yang berbeza untuk tujuan yang lebih besar, meninggikan agama Islam.

Aceh mewujudkan jalinan ukhuwah Islam sesama umat Islam Alam Melayu. Ia seperti menyediakan tapak yang kondusif untuk perkembangan Islam. Usaha Aceh memerangi kuasa penjajah Portugis dan merapatkan hubungan dengan negeri Melayu telah berjaya mewujudkan ikatan persaudaraan Melayu Islam (the Allied Malay Nationalism) berasaskan hubungan antara kerajaan Aceh, Minangkabau, Tanah Melayu dan Banjarmasin. Walaupun kesemua lokasi ini agak besar dan jauh tetapi usaha ke arah mewujudkan perpaduan ini sentiasa dilakukan.13

Usaha Aceh ini dianggap seperti pagar yang menjaga kawasan ummah Islam daripada pencerobohan kuasa kafir. Hal ini turut didokong dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai

10 Jajat Burhanudin (2014), The Dutch Colonial Policy on Islam: Reading The Intellectual Journey Of Snouck Hurgronje, Al-Jami'ah: Journal Of Islamic Studies, v. 52, no. 1, h. 25-58.11 Charles Tisdall (1916), “Ideas of Mohammedan Malaya”, dalam The Missionary Review of The World, v. xxxiv, h. 348-349M.12 M. Dien Madjid (2012), Knitting Togetherness among The Allied Malay: Aceh-Minangkabau-The Malay Peninsula, Tawarikh: International Journal For Historical Studies, v. 4(1), h. 1-17.13 Ibid

Page 4: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

4

Lingua Franca di antara kerajaan Melayu dan lebih penting lagi ianya menjadi alat terpenting bagi perkembangan keilmuaan dan intelektual Islam pada abad ke 17.14

Aceh mempunyai hubungan yang kuat dengan kerajaan Ottoman, menjadi pembantu melawan kuasa penjajah dan bertindak sebagai penaung kepada kapal yang membawa jemaah haji Alam Melayu.15 Hasilnya, seperti mana dijelaskan dalam catatan Abdullah Munsyi, keadaan kapal jemaah haji Alam Melayu yang dahulunya penuh dengan kesulitan telah menjadi semakin baik dan terjamin.16 Dasar hubungan Aceh-Ottoman ini menyumbang kepada kewujudan masyarakat jawi di Haramayn (ulamak dan pelajar Melayu yang mendalami dan menyebarkan ajaran Islam).17 Masyarakat jawi ini kemudiannya menyumbang kepada wujudnya jalinan intelektual antara Alam Melayu dengan Haramyn. Ia secara langsung telah mempercepatkan pemerkasaan world-view dan keilmuaan Islam di Alam Melayu dalam bentuk yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Gabungan Aceh dan Turki: Pan- Islamism

Berasaskan kesedaran ukhuwah Islam, ideologi pan-Islamism memberi manfaat terbesar kepada pembangunan Islam di Alam Melayu. Sebelum gagasan pan-Islamism ini diperkenalkan secara utuh oleh Jamaluddin Afghani di awal abad 19, ia telahpun diamalkan oleh Aceh dan kerajaan Ottoman sejak abad ke-16 lagi.18 Pada masa kerajaan Ottoman memperjuangkan idea pan-Islamism di barat, pihak Aceh telah terlebih dahulu menyedari gagasan perpaduan ini yang disusuli dengan pelbagai usaha mewujudkan hubungan diplomatik dengan kuasa Ottoman. Dalam usaha melawan kuasa barat di Alam Melayu, Aceh menganggap adalah penting untuk memperkukuhkan kerajaannya sebagai kuasa penyatu ummah Islam di Alam Melayu dan seterusnya perlu menjalinkan hubungan dengan kuasa Islam di barat.19

Gagasan Pan-Islamism20 ini dianggap sebagai model perpaduan yang praktikal antara ummah Islam di dua benua berbeza (timur dan barat) yang wujud sejak awal lagi. Antara intipati gagasan ini;21

1. Ummah Islam sedunia perlu mengakui dan memberi baiah kepada Ottoman sebagai khalifah umat Islam. Ia merupakan sumber perpaduan dan autoriti bagi negara umat Islam lain. Atas dasar itu, umat Islam sedunia (Timur Tengah, barat dan timur) perlu bersatu sesuai dengan kehendak dan konsep ummah.

2. Ummah Islam perlu sama-sama menghulurkan bantuan sekiranya umat Islam kawasan lain ditimpa masalah.

3. Ummah Islam di kawasan berbeza perlu memastikan kekuatan kuasa ketenteraan dan mengekalkan dominasi umat Islam dalam perdagangan dunia membabitkan Lautan Hindi dan Laut Merah.

14 Amirul Hadi (2004), Islam and State In Sumatera: a Study Of Seventeenth Aceh, Leiden: E.J.Brill.15 Ermy Azziaty Rozali (2014), Aceh-Ottoman Relation In Bustan A-Salatin, Mediterranean Journal Of Social Science, v. 5,no. 29, h. 93-99.16 Abdullah Munsyi (1981), Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan Dan Judah, Disusun Oleh Kassim Ahmad, Kuala Lumpur : Fajar Bakti, h. 94.17 Azra Ayumardi (2015), The Significance Of Southeast Asia (The Jawah World) for Global Islamic Studies: Historical and Comparative Perspectives, Dalam Kyoto Bulletin Of Islamic Area Studies, v. 8, h. 69-87.18 Norman Itzkowitz (1972), Ottoman Empire And Islamic Tradition, New York : Alfred A. Knof.19 Anthony Reid (1969), The Contest For North Sumatera, Atjeh, The Netherlands And Britain, 1858-1898, Kuala Lumpur : University Malaya Press.20 R. James Ferguson (2008), Contemporary Political Mobilisation Of The Caliphate: The Clash of Propaganda and Discontent, The Bulletin Of The Centre For East-West Cultural and Economic Studies, v. 8, no. 1, h. 1-27.21 Mehmet Ozay (2011), The Sultanate of Aceh Darussalam As a Constructive Power, International Journal Of Humanities and Social Science, v. 1, no. 11, h. 274-283.

Page 5: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

5

4. Hubungan diplomatik antara kuasa besar Islam di barat (Ottoman) sentiasa perlu diperkuatkan.

5. Paling penting, kuasa Ottoman perlu memainkan peranan menjaga kedaulatan dan kebajikan umat Islam sedunia, menaungi Haramyn, menjamin keselamatan kapal dagang dan jemaah haji Islam di sekitar Lautan Hindi dan menjadi punca autoriti bagi kerajaan umat Islam lain.22

Sejarah hubungan diplomatik antara Aceh dan kuasa Ottoman dimulakan oleh Sultan Muhayyat Syah yang telah menjalinkan hubungan atas idealism Pan-Islamism. Secara kronologinya, hubungan ini berjalan secara mutual dalam beberapa bentuk;

Pertama, kuasa Ottoman menghantar armada dan pakar ketenteraan untuk membantu pedagang Islam dan kerajaan Aceh daripada gangguan Portugis di sepanjang kawasan Lautan Hindi dan Lautan Merah.23 Hasilnya, kegiatan perdagangan saudagar kawasan Alam Melayu dan India dengan kawasan mediteranean telah berjaya dipertingkatkan.1. Pada tahun 1537 Sultan Sulaiman (1520-1566) memerintahkan gabenornya di Mesir,

Sulaiman Pasha menyediakan tentera untuk menghancurkan armada Portugis di Lautan Hindi. Armada Ottoman ini sampai ke Aceh untuk membantu Aceh memerangi Aru, Batak dan Portugis.24

2. Kuasa Ottoman telah menghantar pakar tentera dan pakar membuat senjata dan meriam ke Aceh. Pada tahun 1562 Aceh telah menghantar rombongan delegasi ke Istanbul memohon bantuan dan pada tahun 1564 bantuan Ottoman sampai ke Aceh. Pada tahun 1566 utusan Aceh (Sultan Aluadin Kahar) sampai di Turki memaklumkan dan mengucapkan terima kasih dengan bantuan Turki yang berupa 8 orang pakar meriam Turki. Sultan Alaudin Kahar turut memohon bantuan untuk menaungi saudagar dan jemaah haji yang melalui kawasan Lautan Hindi.25

3. Pada tahun 1567 Sultan Selim 11 memperluaskan armada Turki di Lautan Hindi, sebanyak 15 armada Turki yang turut diarah ke Aceh.

Kedua, bantuan Ottoman Turki ini telah menaikkan semangat kerajaan Islam di Alam Melayu memerangi Portugis;1. Pada tahun 1568, 1570 dan 1573 Aceh menggunakan peralatan tentera Turki memerangi

Portugis di Melaka.2. Pada tahun-tahun yang sama Aceh telah berpakat dengan sultan Islam di Bijapur,

Colconda, Bidar dan Ahmad nagar menyerang Portugis di Goa.26

3. Pada tahun 1570an, Sultan Bab Ullah di Ternate dengan bantuan Kesultanan Demak telah berjaya menghalau keluar Portugis daripada kawasan kepulauan Maluku.27

4. Sekitar abad ke 16, kerajaan Islam Button dan Minangkabau telah berjaya diasaskan hasil daripada bantuan kuasa Ottoman. Dilaporkan keturunan Turki menjadi pengasas kepada kedua kesultanan terbabit.28

5. Pada tahun 1855, Sultan Taha Safiuddin penguasa Jambi dan Palembang memohon Turki mengistiharkan kawasan Jambi dan Palembang sebagai jajahan Turki.

22 Mehmet Ozay (2013), Preliminary Thoughts Upon The Policies Of The Ottoman State in The 16 Century Indian Ocean, World Journal Of Islamic History And Civilization, v.3 (1), h. 9-20. 23 Azyumardi Azra (2004), Jaringan Ulama Timur Tengah dengan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII, Edisi Revisi, Jakarta: Prenada Media, h. 27-38.24Anthony Reid (2004), An Indonesian Frontier: Acehnese and Others Histories Of Sumatera, Singapore: University of Singapore Press, h. 74-78. 25 Naimur Rahman Farooqi (1986), Mughal-Ottoman Relations: A Study Of Political and Diplomatic Relations Between Mughal India and Ottoman Empire, 1556-1748, Tesis Phd Untuk University Of Wisconsin, h. 267-268.26 Vincent Smith (1958), The Oxford History Of India, Oxford, h. 298-299.27 Restu Gunawan (1999), Ternate Sebagai Bandar Jalur Sutra, Jakarta: Ilham Bangun Karya, h.59-60.28 W. Marsden (1783), The History Of Sumatera, London: Thomas Paine & Sons, h. 272 dan 283.

Page 6: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

6

Ketiga, hubungan dengan Turki telah menggalakkan migrasi masyarakat Arab ke Alam Melayu. Di sekitar tahun 1840an beribu orang Arab daripada Hadharalmaut berhijrah ke Alam Melayu, kebanyakannya adalah golongan Habib yang terkenal sebagai pendakwah yang memesatkan usaha dakwah di Alam Melayu. Lebih penting lagi, golongan Arab ini telah membentuk persatuan khusus yang menyokong penuh kuasa Turki.29

Keempat, hubungan ini antara lainnya berjaya menggerunkan kuasa penjajah barat daripada menzalimi umat Islam di Alam Melayu. Terdapat beberapa fakta yang boleh membuktikan realiti ini, antaranya;1. Setiausaha general Portugis di Goa, Jorange De Lemos pada tahun 1585 melaporkan

kepada pihak Lisbon tentang kebimbangannya terhadap hubungan erat antara Aceh dengan kuasa Ottoman di Lautan Hindi dan Lautan Merah, di mana kapal dagang Aceh dibenarkan untuk memakai bendera Ottoman. Beliau kemudiannya memohon bantuan daripada pihak Lisbon untuk memperkuatkan armada tentera Portugis di sebelah timur.30

2. Pihak Turki telah melantik kaunselor Turki di Alam Melayu. Sehingga tahun 1904, sebanyak 8 orang kaunselor telah dilantik. Ianya berperanan untuk menerima aduan kezaliman dasar penjajah Belanda dan British, mengedarkan mashaf al-Quran rasmi dan menerbitkan karya-karya Islam. Kaunselor ini juga berperanan untuk melaporkan situasi umat Islam Alam Melayu kepada beberapa akhbar berbahasa Arab di Timur Tengah. Antaranya adalah Akhbar Al-Malumat di Istanbul dan Thamarat Al-Funun di Beirut.31 Pihak penjajah Belanda dan British sangat tidak menyenangi dasar kuasa Ottoman ini yang mendapat sokongan penuh daripada pelbagai NGO Islam di Alam Melayu.32

Kesimpulannya, sejak awal lagi masyarakat Alam Melayu memahami bahawa kuasa portugis- kristian adalah merupakan musuh utama masyarakat Alam Melayu. Hal ini diakui sendiri oleh mubaligh kristian bahawa Tanah Melayu adalah kawasan gelap untuk agama kristian.

Era Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu : 1874-1957

Zaman Pertembungan Dan Dominasi Kuasa Barat-Kristian

Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa pihak kolonial British menganut faham sekularisme dan dikatakan skeptik pada agama kristian. Namun begitu, dilihat kepada hubungan erat antara Mubaligh Kristian dengan pihak kolonial British, terbukti pandangan ini tidak tepat. Sebaliknya kedua belah pihak sama-sama berkongsi musuh iaitu Islam. Terpenting sekali, banyak dasar pihak kolonial menjurus kepada pendekatan yang menganggap Islam sebagai musuh utama mereka. Pihak kolonial di atas dorongan kolonialisme telah membangun ilmu kolonial.

British dan Ilmu KolonialIlmu kolonial adalah ilmu yang dihasilkan oleh sarjana-pentadbir British di Tanah

Melayu. Ia mengandungi serba serbi maklumat tentang masyarakat tanah jajahan bagi tujuan pengawalan dan pemantauan yang sepatutnya. Ia berupa pelbagai kajian yang membabitkan

29 Ermy Azziaty Rozali (2012), Sayid Muhammad Al-Saqoff in Johore-Ottoman Sovereign Relation, Advances In Natural and Applied Sciences, v. 6(6), h. 893-897.30 Azyumardi Azra (2004), Jaringan Ulama Timur Tengah dengan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII, Edisi Revisi, Jakarta: Prenada Media, h. 44-45.31 Saim Kayadibi (2011), Islamization Of The Southeast Asia: The Role Of Turks, in Ottoman Connections To The Malay World: Islam, Law and Society, Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, 1-31.32 Snouck Hurgronje (1994), Nasehat-Nasehat C. Snouck Hurgronje Semasa Kepegawaiannya Kepada Pemerintah Hindia Belanda; 1889-1936, Jakarta: INIS, h. 1691 dan 1740.

Page 7: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

7

latar belakang manusia Alam Melayu dalam bentuk laporan, hasil bancian, jurnal ilmiah, catatan peribadi, bibliograpi dan manuskrip. Hal ini ditegaskan oleh Knaap33 ; In order to rule the colonies properly, the kolonial power of the time were of the opinion that they needed not only a strong army and navy and a well-trained civil service, but also scholarly and practical knowledge of the indigenous society. Scholarly interest in the colonies can thus be interpreted as an offspring of the process of kolonial state formation. During the nineteenth and early twentieth centuries, in England and France as well as in the Netherlands, all sorts of journals came into being to disseminate knowledge about the colonies. Few of these journals survived the wave of decolonization after the Second World War. In the Netherlands only two survived, Bijdragen and (Nieuwe) West-Indische Gids, founded in 1919. The other well-known journal on Southeast Asia from this period that is still in etidakistence is the Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, founded in 1878.

Dari petikan di atas, kita dapat mengetahui bahawa usaha pengumpulan semua perkara membabitkan masyarakat dan Alam Melayu sebenarnya bermatlamatkan untuk memahami dan membentuk ilmu tentang masyarakat Melayu, yang dijadikan asas atau alat untuk menguasai mentality masyarakat Melayu. Ia berasaskan dasar dan epistemologi (falsafah, pendekatan, metodologi dan tafsiran) yang dilakukan oleh sarjana penjajah kolonial British tentang masyarakat Tanah jajahan.

Ilmu kolonial lebih tepat lagi adalah tergolong dalam disiplin orientalism, iaitu ilmu yang mengkaji ruang fizikal dan abstrak/pemikiran masyarakat bukan Barat. Orientalis ialah sekelompok ilmuan mengkaji Islam dari sudut pandang mereka. Mereka mengkaji ‘Timur’ secara budaya bahkan ideologi, sebagai suatu bentuk wacana dengan dokongan institusi, kosa kata, keilmuan, imajinasi, doktrin, bahkan birokrasi kolonial dan gaya kolonial.34 Mereka mendakwa kajian itu dilakukan demi nilai ilmiah murni tanpa ada maksud dan tujuan yang lain. Namun begitu, pandangan metodologi orientalis mengandung pelbagai bentuk konfrontasi terhadap kebudayaan tertentu. Ia dikonstruk khusus untuk membezakan antara kedua masyarakat tadi tanpa mengambilkira persetujuan masyarakat timur.

Bagaimana ilmu kolonial Dibentuk.Sebelum British campurtangan secara rasmi di Tanah Melayu iaitu selepas perjanjian

pangkor 1874, memang telah ada penjelajahan ilmiah yang dilakukan oleh beberapa orang sarjana British di kawasan Alam Melayu. Ia tercetus kerana pengaruh pemikiran saintifik yang muncul di Eropah pada abad 17 Masihi.35 Pemikiran saintifik ini dikatakan sebagai the scientific revolution ushered in the belief that things in nature were quantifiable, and its inner workings could be discovered via scientific methods36. Atas dasar itu, penjelajah British seperti Raffles, John Leyden and John Crawfurd telahpun mengkaji dan mencatat semua perkara tentang masyarakat Alam Melayu yang ditemui.37 Hasil catatan mereka ini telah menjadi rujukan utama oleh pihak British dan pembuat dasar di Eropah, sebelum mereka menjalankan apa-apa dasar tentang Alam Melayu.38 Di zaman kemudiannya, karya ketiga

33Knaap, G. (1994), One Hundred and Fisty Volumes of Bidragen, Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde. 150 Volumes of Bidragen: Abackward Glipmse and a Forward Glimpse, 150 (4): 637-652 .34 Edward W Said (1985), Orientalism, Middlesex: penguin Books, h. 2.35 Hendrik M. J. Maier (1988), In the Centre of Authority: The Malay Hikayat Merong Mahawangsa, New York: Southeast Asia Program, Cornell University, h.. 38, 43. 36 Richard S.Westfall (1992), The Scientific Revolution Of The Seventeenth Century: The Construction Of A New World View dalam The Concept of Nature: The Herbert Spencer Lectures, ed. John Torrance Oxford: Clarendon Press, h. 63-9337 Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya (1982), A History of Malaysia, London: Macmillan Press, h.115.38 Anthony Reid (2004), Understanding Melayu (Malay) as a Source of Diverse Modern Identities., in Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries, ed. Timothy P. Barnard (Singapore: Singapore

Page 8: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

8

sarjana ini telah dijadikan rujukan untuk proses pembelajaran tentang masyarakat Alam Melayu. Bahkan ia telah menjadi teks wajib bagi program latihan kadet British yang dihantar berkhidmat di koloni Alam Melayu.39

Proses pembangunan ilmu kolonial di kawasan Tanah Jajahan seperti Tanah Melayu memang menjadi polisi utama yang ditetapkan kuasa penjajah British di Britain.40 Pejabat Tanah Jajahan di London telah menetapkan dasar agar ilmu kolonial diwujudkan bagi memastikan penjajahan dapat bertahan lama. Untuk itu, mereka memerlukan korpus catatan penjelajah awal yang ditokok tambah pula dengan kajian ethnografi yang dilakukan oleh kadet ataupun sarjana-pentadbir British yang berkhidmat di Tanah Melayu. Golongan penjelajah awal ini telah bertindak sebagai pakar orientalis untuk membangun ilmu kolonial. Pakar ini akan memberikan panduan bagaimana ilmu kolonial boleh dibangunkan. Pejabat Tanah Jajahan di London perlu menerima pakai cadangan yang diberikan oleh pakar-pakar orientalis ini41. Hal ini kemudiannya telah melahirkan sejumlah sarjana-pentadbir British di Tanah Melayu. Di tangan mereka usaha pembangunan ilmu kolonial telah dijalankan mengikut agenda kolonialisme British. Untuk mengetahui matlamat utama kenapa ilmu kolonial ini dibentuk kita boleh merujuk kepada petikan di bawah;

In British Malaya and the Netherlands Indies, a large portion of this “compendia of information” was the knowledge gathered by anthropologists, historians, and linguists through this larger project of the collection and preservation of cultural heritage, which began with the work of Stamford Raffles and his contemporaries. This imperially constructed knowledge was used to both justify and maintain imperial rule by informing decisions relating to kolonial policy, and by creating characterizations of the indigenous population relating to ideas of race, gender, and social class. The use of Dutch and British imperial ethnology of Southeast Asia, reflected fundamental differences in the role of anthropology as a an official tool of empire in both colonies. The Dutch government tended to utilize anthropological knowledge in an open and official capacity through government advisors, while the influence of British studies of Malay culture tended to be more informal.42

Ia secara langsung menerangkan bahawa pengkajian semua aspek manusia dan Alam Melayu bertujuan untuk mempelajari dan seterusnya dijadikan asas untuk membentuk dasar British terus menjajah dan mengekalkan kuasa di Tanah Melayu.

Sarjana-pentadbir British yang bertugas di Tanah Melayu dikehendaki menjalankan misi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang masyarakat Tanah Jajahan untuk tujuan pentadbiran masyarakat. Sebenarnya pendekatan ini memang telah dilakukan sebelum kedatangan British. Ia memang telah dikumpulkan oleh sejarahwan Portugis,43 Belanda44 dan British.45 Raffles sebagai pengasas kajian ethnografi masyarakat Melayu telah memberi garis

University Press, h.. 295-314;39 R. J. Wilkinson (1971), Papers on Malay Subjects, Kuala Lumpur: Oxford University Press, h. 2.40 Samuel Wee Tien Wang (1991), British Strategic Interests In The Straits Of Malacca 1786-1819, Tesis Sarjana Untuk Simon Fraser University.41 Kees Groeneboer (1999), Politik Bahasa Kolonial Di Asia, Wacana, v. 1, no 2, h. 201-220.42 Matthew Schauer (2012), Custodians Of Malay Heritage: Anthropology,Education, And Imperialism In British Malaya And The Netherlands Indies 1890-1939, tesis Ph.D untuk University of Pennsylvania, h.4-6.43 Boxer, C.R. (1965), Some Portuguese Sources For Indonesian Historiography, Dalam SoedjaTanah Melayuoko (Eds), An Introduction To Indonesian Historiography, New Haven : Cornell University Press.44 Ibid 45 Barlow, H.S.(1995), Swettenham, Kuala Lumpur : Southdene Bhd, h. 1-31.

Page 9: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

9

panduan bagaimana kadet-kadet ini perlu menjalankan usaha pengumpulan data melalui beberapa langkah;46 1. Menguasai bahasa pribumi untuk membolehkan proses komunikasi dan menjalankan

program law and order di dalam masyarakat.2. Menjalankan survey ataupun kajian tinjauan bagi mengumpulkan maklumat mengenai

kehidupan sosial, alam sekitar dan segala perkara yang berkait dengan masyarakat pribumi.

3. Mengumpul maklumat statistikal melalui kaedah banci yang kemudiannya dikategorikan mengikut pembahagian yang khusus.

4. Menyimpan pelbagai bahan dan artifak yang dikutip dari survey and banci untuk dipamerkan kepada kalangan yang berminat.

5. Mengasaskan suatu sistem pengintipan dan perisikan yang dianggap perlu bagi menjamin keselamatan dan kestabilan politik pemerintahan kolonial

6. Membina suatu perpustakaan historigrafi yang dicopkan sebagai hak milik pribumi yang kemudiannya dijadikan sebagai bahan utama pengajaran kepada masyarakat.

7. Melakukan proses kajian philology terhadap koleksi historigrafi milik orang Melayu yang kemudiannya diterbitkan dalam pelbagai bentuk penerbitan ilmiah untuk tujuan rujukan pentadbir dan akademik.

Kemudiannya, semua bahan mentah yang terkumpul ini dianalisa dan dijadikan sebagai asas untuk memahami dan menguasai masyarakat tanah jajahan. Terpenting lagi, banyak dasar British di Tanah Melayu dibuat berasaskan dapatan kajian daripada bahan mentah ini. Pihak Pejabat Tanah Jajahan perlu menerimapakai nasihat yang dicadangkan oleh sarjana-pentadbir kolonial. Contoh yang paling jelas dalam soal ini adalah dasar mewajibkan penggunaan bahasa penjajah di sekolah masyarakat tanah jajahan. Hal ini telah dijalankan mengikut cadangan yang dikemukakan oleh sarjana orientalis, di Tanah Melayu dan India serta pihak Belanda di Indonesia.47

Bagaimana Pemusuhan Ilmu Kolonial Terhadap Masyarakat Islam Alam Melayu

1. Sikap Pemusuhan Intelektual Dengan Subjek Melayu-IslamMereka datang, menjajah, mengkaji dan menerapkan pendekatan Eurocentric dalam kajian

masyarakat Alam Melayu. Mereka memaparkan sewenang-wenangnya masyarakat Alam Melayu mengikut kacamata mereka tanpa mengambkkira pandangan peribumi. Apa yang dipaparkan kononnya bersifat objektif kerana mereka berkecuali (sebagai orang luar), sedangkan ia hanya agakan semata-mata yang penuh dengan bias.48

Hasil kajian ethnografi ini dikelompokkan dalam satu bahan yang dinamakan kajian tentang manusia Melayu. Hal ini seperti mana dilakukan oleh British di India. Mereka memungut melalui kajian ethnografi pelbagai amalan agama di India yang kemudiannya dikumpulkan dalam korpus khusus yang dinamakan Hinduisme. Maknanya paparan mereka tentang agama hindu bukannya mengikut falsafah hinduism sebenarnya tetapi lenih merupakan tanggapn atau khayalan mereka semata-mata.

Sejarah keilmuan dunia mencatatkan bagaimana sesuatu doktrin dapat bertahan lama seandainya ia memenuhi empat syarat utama; pertama, kesahihan logika dan argumen, kedua;

46 Shamsul Amri Baharuddin (1983), “ Perancangan Pembangunan Negara Selepas Merdeka 1957-1975 : Tinjauan Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Malaysia”, Dalam Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur, h. 337-339.47 Kees Groeneboer (1999), Politik Bahasa Kolonial Di Asia, Wacana, v. 1, no 2, h. 201-220.48 Özay, M. (2013). An Attempt To Understand The Driving Forces Of Historiography In The Eurocentric Perspective In Southeast Asia. İnsan & Toplum, 3(6), 271-282.

Page 10: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

10

mempunyai maklumat lengkap dalam sesuatu korpus ilmu, seperti maklumat ethnografi dan sains botani. Ketiga, menarik perhatian orang untuk dikaji dan diikuti. Keempat; mampu diterapkan terhadap kes yang dihadapi (apllicable).49

Dalam kes ilmu kolonial, keempat syarat ini memang telah dipenuhi yang menyebabkan ianya kekal hingga pada masa selepas Tanah Melayu merdeka. Hal ini berlaku kerana;1. Ilmu kolonial telah diwartakan dalam rangkaian jurnal ilmiah antarabangsa sebagai ilmu

yang objektif dan tiada apa-apa agenda bias yang tersembunyi. Ia berkait secara langsung dengan penguasaan pihak kolonial Barat (British dan Belanda) terhadap jurnal-jurnal ilmiah ini. Jurnal yang dimaksudkan adalah The Asiatic Society dan The Straits Branch of the Royal Asiatic Society.

2. Penerimaan dunia akademia bahawa kaedah kajian yang diaplikasikan dalam kajian Alam Melayu memang bersifat objektif. Hal ini ditegaskan oleh Syed Farid Al-Attas sebagai penjajahan akademik dunia Barat terhadap seluruh dunia. Semua falsafah dan teori ilmu Barat akan diikuti tanpa usul periksa.

3. Pihak British sebagai negara bekas penjajah Tanah Melayu memiliki koleksi perpustakaan historigrafi yang lengkap tentang Alam Melayu. Koleksi ini terdapat di British muzium yang menjadi rujukan utama pengkaji zaman moden.

4. Pemimpin politik dan sarjana negara bekas tanah jajahan menganggap sistem pemerintahan dan epistemologi Barat sebagai yang terbaik. Ia diteruskan tanpa usaha untuk memperbetulkan hal ini.

2. Sikap Pemusuhan Kerana Semangat Perang SalibPada dasarnya pihak kolonial telah berpegang pada semangat perang salib yang memusuhi

Islam. Ini kerana mereka menyedari bahawa Islam adalah musuh yang bakal mengagalkan usaha penjajahan. Mereka menyedari tentang bahaya Islam sebagai pemankin perjuangan menentang penjajah.

Dalam usaha pihak kolonial mengkaji semua aspek struktural masyarakat Melayu, mereka memaklumi bahawa Islam dan institusi pngajian Islam memang menjadi asas kekuatan jati diri Melayu. Bagi British dan Belanda, Islam adalah umpama racun yang perlu diawasi. Namun begitu, hal ini tidak boleh dilakukan secara terang-terangan kerana bimbang akan menjemput penentangan orang Melayu. Dua contoh boleh diberikan, antaranya;1. R.j.Wilkinson dan Winstedt dalam perancangan sekolah Melayu telah membuang subjek

sejarah Islam daripada kandungan sukatan pelajaran sekolah Melayu.50 Ia disedari bakal menimbulkan kesedaran masyarakat tentang kegemilangan Islam menguasai dunia suatu masa dahulu.51

2. sarjana -pentadbir British dan Belanda yang menjadi tokoh utama membangunkan ilmu kolonial memang terdiri daripada lulusan IPT barat yang terdedah dengan gerakan orientalism. Jadi mereka memaklumi bahawa trauma perang Salib telah menyebabkan umat Islam memusuhi kuasa barat. R.j.Wilkinson dalam kompilasi kajiannya tentang masyarakat Melayu yang dijadikan teks utama untuk latihan kadet colonial menegaskan tentang bahayanya peranan Islam bagi kuasa British.52 Begitu juga halnya dengan Snouck Hurgonje. Sebelum dilantik sebagai penasihat belanda di Indonesia, beliau pernah melakukan tesis tentang isntitusi Haji di Timur Tengah. Lagipun sarjana British dan

49 Amir Mualim (2006), Ijtihad dan Legelasi Muslim Kontemporer, Yogyakarta: UII Press, h. ix-xi.50 Arba’iyah Mohd Noor (2001), “ Pensejarahan Di Dalam Tradisi Barat Dan Melayu : Satu Perbandingan Ringkas”, Dalam (Edit) Redzuan Othman, Jendela Masa, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 26-27.51 Mehmet Ozay (2011), A Revisiting Cultural Transformation : Education System In Malaya During The Colonial Era, World Journal Of Islamic History And Civilization, v. 1 (1), h. 37-4852 Wilkinson, R.J. (1906), Malay Beliefs. Leiden: E.J. Brill, h. 19 dan 25.

Page 11: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

11

belanda (walaupun bermusuhan) telah saling berhubungan dalam menanggani Islam di kawasan jajahan masing-masing.53

Walaupun mereka sibuk mengumpulkan manuskrip Melayu-Islam, termasuk kitab jawi tetapi semuanya teruk dikritik habis-habisan oleh pihak kolonial. Pendekkata apa-apa sahaja karya Melayu yang menggunakan daya intelektual Melayu Islam akan dikritik hebat.

3. Dakwaan Kelemahan Otak Dan Pemikiran Orang MelayuOtak orang Melayu secara genetiknya dikatakan lemah dan tidak mampu berfikir

sendiri dengan baik. Mereka harus dibantu oleh British. Pandangan ini bersesuaian dengan falsafah evolution yang dibawa oleh Charles Darwin yang kuat dipegang oleh British.54 Untuk itu, british telah memperkenalkan kaedah pemikiran saintifik dalam bentuk yang sederhana dalam subjek sejarah yang diajar di sekolah Melayu. Bagi mereka, kepercayaan dan maklumat sesuatu perkara perlu bersesuaian dengan logik dan menolak semua elemen mitos. Ia dianggap tidak berguna dan tidak membantu pembentukan daya intelektual yang baik.

4. Sikap Skeptikal Terhadap karya intelektual Alam Melayu Sarjana colonial secara langsung menyatakan bahawa pemikiran orang Melayu silam

sebagai tidak saintifik. Contohnya mereka menafikan otoriti sumber sejarah tempatan Alam Melayu yang dikatakan penuh elemen feudalism dan mitos. Bagi mereka, sumber sejarah Alam Melayu merangkumi Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Aceh, Hikayat Siak, Tuhfat Al-Nafs dan sebagainya tidak mengandungi apa-apa faedah yang mengambarkan latar belakang sosio-politik-ekonomi dan intelektual masyarakat Alam Melayu.

Dalam report yang dibuat oleh Winstedt pada 1917 untuk SITC dan sekolah Melayu, beliau mencadangkan agar pengajaran sejarah Alam Melayu ditukar agar menjadi lebih saintifik. Untuk permulaannya, beliau mencadangkan digunakan buku R. J.Wilkinson yang bertajuk Papers on Malay Subjects. Hal ini akan dilakukan sehingga buku sejarah lain dihasilkan.55

Bagi Winstedt, buku teks yang saintifik mesti berasaskan kepada bukti dan logik, berbanding dengan karya sastera melayu yang dikatakan penuh dengan mitos. Sebaliknya buku teks sejarah itu perlu menggunakan sumber rujukan sampingan seperti rekord sejarah cina, Arab, portugis dan belanda. Ia juga perlu disertakan dengan data-data statistik. Hanya dengan cara ini buku teks sejarah tadi akan menjadi saintifik.

Kita boleh melihat keraguan sarjana-pentadbir kolonialdengan teks sastera Melayu daripada beberapa perkara. Apabila menilai asal usul kerajaan Melaka daripada sumber kitab sejarah melayu, Wilkinson menyatakan;

The corroborative detail that the "Malay Annals" give to an unconvincing genealogy must also be rejected as untrue. It is made up of myths...56.

Begitu juga apabila mahu mengkaji sejarah negeri Perak, beliau sekali lagi menyatakan kekecewaannya;

53 Matthew Schauer (2012), Custodians Of Malay Heritage: Anthropology, Education, And Imperialism In British Malaya And The Netherlands Indies 1890-1939, tesis Ph.D untuk University of Pennsylvania, h. 66-6854 Matthew Schauer (2012), Custodians Of Malay Heritage: Anthropology,Education, And Imperialism In British Malaya And The Netherlands Indies 1890-1939, tesis Ph.D untuk University of Pennsylvania, h. 57-58.55 Awang Had Salleh (1979), Malay Secular Education And Teacher Training In British Malaya. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 63-6556 R.J. Wilkinson (1971), [1923] A History Of The Peninsular Malays, With Chapters On Perak And Selangor.In Papers On Malay Subjects, edited by R. J. Wilkinson, selected and introduced by P. L. Burns, h. 13-151. Kuala Lumpur: Oxford University Press, h. 33; .... 1975 [1923]. A History of the Peninsular Malays, with Chapters on Perak & Selangor. New York: AMS Press , h. 20.

Page 12: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

12

It is unfortunate that repeated Achehnese invasions and some internal dissensions have left no reliable evidence of the XVI century history of Perak but only a few tangled genealogies and stories attaching to regalia and legendary graves.57

Winstedt juga telah menilai secara skeptik ketepatan fakta sejarah buku teks sususannya bertajuk Kitab Tawarikh Melayu:

It is true that some hikayats narrate events of ancient times. But they are not so useful because all the stories about gods and persons of supernatural power narrated in these hikayats seem to be nothing but tales which are merely agreeable to the ear. They are neither acceptable nor valuable in respect of historical value (nilaian tawarikh).58 Hal yang sama dilakukan oleh Winstedt apabila menilai kesahihan kitab Sejarah

Melayu:And, what is the related evidence (saksi)? It is obvious that the story narrated in the SejarahMelayu is false (salah-nya)! 59

Semua penilaian saintifik sarjana-pentadbir kolonialini kemudiannya mempengaruhi Abdul Hadi, penulis buku sejarah di SITC. Beliau telah mempersoalkan ketepatan hikayat sejarah Melayu dalam karya Hikayat Merong Maha wangsa. Katanya;60

Also in this case, we cannot depend on it [Hikayat Merong MahawangsaJ, because most [of the story] is not logical in the light of our reason (tiada munasabah pada 'akal kita).

5. Pemaksaan Konsep Sejarah Barat Di Alam Melayu.Sejarah bagi pihak kolonial adalah sejarah keagungan bangsa mereka sendiri, manakala

bangsa lain digambarkan sebagai barbarian. Contohnya, bangsa Melayu hanya menjadi objek bisu yang menunggu untuk ditonjolkan secara negatif oleh mereka. Dalam sejarah Tanah Melayu di Britain mereka hanya memaparkan peranan Francis Light sebagai tokoh utama mendapatkan Pulau Pinang.

Ringkasnya pihak kolonial berusaha untuk menghapuskan dan menghilangkan sejarah keagungan Tanah Melayu dan peranan Islam dengan pelbagai pencapaian intelektual yang membanggakan. Sebaliknya mereka membina dan mengkonstruk sejarah dan kawasan Alam Melayu mengikut perseptif mereka sendiri. Bagi mereka, sebelum kedatangan pihak kolonial sejarah Alam Melayu langsung tidak ada. Hanya mereka yang berhak membentangkan bagaimana sejarah Alam Melayu yang wujud.

Pandangan negative sarjana-pentadbir colonial ini telah diulas dengan cukup baik oleh Dr. Tantiana A. Denisova dan Hussain Othman. Keduanya telah mendedahkan mutu intelektual yang terkandung di dalam kesemua sumber sejarah Alam Melayu ini.61 Dirujuk kepada elemen epistemologi-metodologinya, ilmu kolonial telah melakukan beberapa kesilapan utama dalam menilai sember sejarah Islam tempatan, termasuklah kepada sumber ajaran Islam itu sendiri.

Pertama, sarjana british telah melakukan pemaksaan pemakaian konsep sejarah barat di dalam menilai sumber sejarah Alam Melayu. Bagi mereka, ternyata sekali world-view 57 Wilkinson 1971 [1923), h. 80; 1975 [1923), h. 8858 R.O. Winstendt, (1927) [1918] Kitab Tawarikh Melayu, fourth edition. Singapore: Fraser & Neave. h.16.59 Ibid, h. 2960 Abdul Hadi Haji Hasan, (1928a) [1925]. Sejarah 'Alam Melayu, Penggal I. Singapore: Fraser & Neave,Limited, Printers. h. 1561 Hussain Othman (2008), Conceptual Understanding Of Myths And Legends In Malay History, SARI, v. 26, h. 91-110.

Page 13: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

13

pegangannya tidak sesuai dengan konstektual Alam Melayu. Mengikut sarjana british, berpandukan falsafah racism euro-centric, mereka hanya menerima kerangka epistemologi konsep sejarah mengikut pemahaman barat yang dianggap paling betul secara mutlaknya.

Kedua, sebelum kedatangan kuasa kolonial, masyarakat Alam Melayu dianggap tidak memiliki sejarah yang jelas, kabur dan bersifat tradisional. Andainya dilakukan kajian mendalam, ia menunjukkan beberapa perkara;1. sebelum mereka datang, orang Melayu tidak bertamadun seterusnya mengajar orang

Melayu jangan mempercayai sejarah keunggulan silam. Sebaliknya ia harus dilupakan dan cukup bergantung pada British untuk membawa kemajuan.

2. kedatangan mereka adalah untuk menyelamatkan orang Melayu daripada kejahatan sendiri. Mereka ingin menunjukkan bahawa kedatangan mereka membawa maksud yang murni dan menyembunyikan niat jahat mereka ingin menjajah dan mengaut hasil bumi masyarakat Melayu. Jadi mereka menciptakan teori kejahatan sistem feudal Melayu yang menindas ahli masyarakat. Jadi, bagi menutup kejahatan sendiri mereka menuduh masyarakat Melayu yang jahat.

3. Mereka mendakwa hanya sumber catatan mereka sahaja yang bersifat objektif dan boleh dipercayai kerana sumber sejarah tempatan penuh dengan elemen mitos. Sedangkan catatan sejarah mereka penuh dengan kelemahan merangkumi; a) tidak mendalam dan dibuat secara sepintas lalu; b) sarat dengan agenda British yang hanya terhad tentang Negeri Melayu Bersekutu dalam temanya hanya berkisar soal kezaliman raja Melayu.

4. Dalam usaha menerangkan kejahatan pembesar Melayu menindas masyarakat sendiri mereka menggunakan teori barat (Marx-Kapitalis) untuk menerangkan keburukan sistem feudal Melayu. Masalahnya mana mugkin pengalaman masyarakat luar (Eropah) yang berbeza latar belakang sejarah konstektualnya disamakan dengan realiti Alam Melayu.

Mereka membahagikan sejarah kepada dua jenis, sejarah tradisional dan moden. Kononnya, hanya selepas kuasa barat datang barulah elemen sejarah moden itu timbul yang dianggap sebagai sejarah yang bermanafaat untuk dikaji. Maklumat tempatan tidak diakui kerana penuh dengan elemen mitos, sebaliknya masyarakat Alam Melayu hanya patut bergantung kepada catatan orang barat tentang masyarakat Melayu untuk mengetahui makna sejarah sebenar. Atas dasar ini, mereka mengistiharkan sejarah negeri-negeri Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang sebagai kabur dan tidak jelas.62 Lebih tepat lagi, mereka enggan mengakui sejarah tamadun Melayu Islam sebelum kedatangan kuasa kolonial. Akibatnya, sejarah tamadun Melayu tradisional dianggap tidak wujud, bahkan ditengelamkan sama sekali. Sebagai alternatifnya, andainya masyarakat Melayu ingin mengetahui sejarah mereka sendiri, mereka perlu merujuk kepada catatan sarjana kolonial.63

Catatan sejarah milik sarjana kolonial ini agak sempit yang hanya tertumpu di Negeri Melayu Bersekutu. Contohnya, sejarah negeri Melayu lain seperti Pahang dikatakan hanya bermula pada abad ke19. Ia hanya menumpukan kepada isu pergolakan politik yang penuh dengan keadaan huru hara yang memerlukan campurtangan British untuk melahirkan Law And Order di negeri terbabit. Hal ini memang diterangkan dalam catatan sarjana-pentadbir kolonial dan tali barutnya, Abdullah Munsyi.64 Lebih malang lagi, dalam kesemua catatan sejarah ini, masyarakat Melayu digambarkan sebagai masyarakat yang penuh elemen negatif dan penuh penindasan yang dilakukan oleh pembesar kepada masyarakat Melayu.65

62 W. A. Graham (1908), Kelantan : A State Of The Malay, Glasgow, h. 38; A. Rentse (1934), History Of Kelantan 1, JMBRAS, XII, pt. 2, 1934, h. 44.63 Hanapi Dolah (1983), Struktur Dan Hubungan Masyarakat Melayu Tradisional Berdasarkan Sejarah Melayu : Satu Perbincangan Teoritis, SARI, v.1(2), h. 125-13964Mohammad Saleeh Rahamad (2009), Pengaruh Barat Dalam Persuratan Awal Di Malaysia, Jurnal Pengajian Media Malaysia, v. 11, no.1, h. 113-132.65 hanapi dolah , op.cit.

Page 14: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

14

Gabungan Pihak Kolonial Dengan Gerakan Kristian Pada zaman ini dimensi pertentangan antara Islam dan barat di Tanah Melayu telah

berubah, apabila Islam terpaksa berhadapan dengan pihak kolonial dan gerakan kristian sekaligus. Pihak kolonial membuka peluang luas kepada gerakan Kristian di negeri Melayu. Terdapat banyak gereja dan sekolah missionari dibina di Pantai Barat pada abad ke 19. Namun begitu hubungan antara gerakan Kristian dengan orang Melayu tidak berkembang dengan baik kecuali usaha individu tertentu pada awal abad 19 M. Contohnya, direkodkan bahawa William Milne telah berjaya mengkristiankan orang Melayu dalam jumlah yang kecil.

Antara sebab utama penolakan orang Melayu terhadap agama Kristian; pertama, gerakan jihad anti-British dan keduanya kekuatan akidah orang Melayu. Michael Northcott telah menjadikan hubungan William Milne dan Abdullah Munshi sebagai model hubungan antara Islam dan Kristian pada awal abad ke 19 M. Namun ia tetap tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu sehingga ada pengkritik menganggap Abdulah Munshi sebagai tal ibarut Inggeris dan digelar sebagai Abdullah Paderi.

Pada umumnya, kebencian orang Melayu terhadap agama Kristian amat tinggi. Terdapat usaha Kristianisasi dijalankan oleh The 'London Missionary Society di tanah melayu, namun amat sukar bagi Kristian menembusi benteng orang Melayu seperti yang diakui oleh John Rauws yang berkata, "... many missionary societies are at work, but not as directly to the Moslems...there is no mission, however, among the heathen in Malaysia which does not come in contact with Islam,"

Beliau mencadangkan keperluan memahami budaya dan adat orang Melayu untuk memenangi hati mereka agar tertarik kepada agama Kristian. Dalam masa yang sama usaha menterjemahkan Bible ke dalam Bahasa Melayu dilakukan. Namun hubungan antara Islam dan Kristian masih tidak baik. Menurut John Ernest Mevrill bahawa Kristian harus mengkaji semula pendekatan paling sesuai kepada orang Islam. Malah missionari Kristian harus mempertimbangkan objektif kerja mereka di kalangan orang Islam sama ada hendak melakukan konversi atau hubungan.

Terdapat beberapa orang paderi kristian yang bergiat cergas dalam penyelidikan masyarakat Melayu. Ia sebagai kaedah asas untuk penyebaran agama kristian. Buktinya Francis Xavier dan shallabear telah belajar tulisan jawi untuk tujuan penyebaran dan penterjemahan bible dalam bahasa Melayu. Seperti mana halnya dilakukan oleh sarjana pentadbir pihak kolonial yang mengumpul dan mengkaji tentang masyarakat Melayu, hal yang sama telah dilakukan oleh padri kristian ini. Tetapi ia tetap gagal mengkristiankan masyarakat Melayu dalam jumlah yang besar.

Pihak kristian telah dibenarkan membuka sekolah di Tanah Melayu. Pada peringkat awalnya, keluarga Melayu tidak membenarkan anak-anak mereka memasuki sekolah ini, kerana dibimbangkan anak mereka akan dikristiankan secara sistematik.66 Ia disebabkan semangat kebencian terhadap agama Kristian yang diterapkan oleh mubaligh awal. Lagipun kebimbangan ini memang berasas, apabila dilihat kepada kesungguhan usaha yang dijalankan oleh paderi Kristian.

Mengikut laporan pihak kolonial sendiri, sebab utama masyarakat Melayu berbuat demikian kerana mendapati pengajaran Quran telah dimansuhkan. Sedangkan masyarakat Melayu mahukan pendidikan agama, termasuk subjek Quran diutamakan pada anak-anak mereka. Setelah pengajaran Quran dimsukkan dalam sekolah Melayu barulah masyarakat Melayu bersetuju menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu. 67 Hal ini secara 66T. J. Newbold, Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca, Volume One, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1971, p. 93, 171. 67W. H. Treacher, “Annual Education Report, For the Year 1893, Appendix”, Straits Settlements Annual Education Report, For the Year 1893, p. 492; H. R. Cheeseman, “Education in Malaya 1900-1941”, 1979, Kuala Lumpur, p. 126; Philip Loh Fook Seng, Seeds of Separatism, 1975, p. 13; Ven. D. D. Chelliah, A History of The

Page 15: · Web viewJakarta: Yayasan Soko Guru. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis

15

langsung menunjukkan usaha mubaligh Islam awal memang meninggalkan kesan besar kepada keluarga Melayu.

Pihak kolonial cukup teliti dalam plan mereka memberikan pendidikan pada anak Melayu. Selepas berjaya memujuk anak Melayu menghadiri sekolah Melayu, kemudiannya subjek bahasa Inggeris diperkenalkan menggunakan tulisan Rumi. Ia diajar seiring dengan tulisan jawi. 68 Kemudiannya subjek tulisan jawi ini dihapuskan dengan alasan bahawa pelajar terlalu dibebankan untuk mmpelajari dua bentuk tulisan sekaligus. 69 Bahkan sebenarnya seperti mana dicatat oleh William Roff bahawa tulisan Rumi ini mempunyai agenda pengkristianan masyarakat Melayu.70 Ia diusahakan oleh mubaligh kristian untuk memperkenalkan teks sastera Inggeris termasuk juga bible kepada masyarakat Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Wilkinson orang yang dipertanggungjawabkan menyediakan teks Malay Readers.71 Ia dipergunakan sebagai teks wajib di sekolah Melayu. Teks ini mengandungi petikan karya sejarah Melayu dan hikayat Abdullah yang mengikutnya perlu dipelajari mnggunakan tulisan Rumi, kononnya bagi wujudkan perpaduan sesama pelajar. 72

KesimpulanRumusan akhirnya, ternyata sejarah Alam Melayu diwarnai dengan pertentangan

antara Islam dan kristian. Ini bukanlah bermakna masyarakat Islam Alam Melayu memusuhi kuasa kristian tanpa bersebab. Tetapi ia dibuat demi menjaga maruah Alam Melayu sebagai kawasan Islam. Disamping itu juga masyarakat Alam Melayu memang membenci penjajah barat yang merompak hasil bumi bertuah ini. Dalam paparan rekod british kita dapat melihat elemen tersurat dan tersirat pertentangan ini yang diwarnai dengan semangat perang salib. Ia terbukti apabila perkembangan agama kristian juga berjalan seiring sejalan dengan kolonialism samada kuasa portugis, Belanda dan British sendiri.

Educational Policy, p. 64; William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, p. 76. 68E. C. Hill, Annual Educational Report, 1894, Straits Settlements Annual Reports For the Years 1894, Singapore, Printed At the Government Printing Office, 1895, p. 172. 69Report of the Committee on Malay Education Federation of Malaya, Kuala Lumpur, 1951, pp. 29, 30. 70William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, p. 51. 71William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, p. 130; Philip Loh Fook Seng, Seeds of Separatism, p. 24; Rex Stevenson, Cultivators and Administrators, p. 106; Committee on Malay Education, Report of the Committee on Malay Education Federation of Malaya, Kuala Lumpur, 1951, p. 1.72Rex Stevenson, Cultivators and Administrators, 1975, p. 109; H. R. Cheeseman, “Education in Malaya 1900-1941”, Malaysia in History, 1979, Kuala Lumpur, p. 129.