majlis pelancaran program perkesankan … kesihatan/fokus kesihatan okt2015.pdf · kepulangan...

Download MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PERKESANKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan Okt2015.pdf · Kepulangan Rombongan Bi’thah Haji Perubatan Tahun 2015 ... strategik dan inisiatif yang lebih

If you can't read please download the document

Upload: ngokhanh

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • Majlis Pelancaran Program Perkesankan Pemeriksaan Kesihatan (3PK) 2015 telah diadakan di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan pada 20 Oktober 2015. Program Pemeriksaan Kesihatan adalah program penyaringan untuk mengesan dan mencegah penyakit-penyakit kronik seperti penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi pada peringkat awal yang mana ianya dikendalikan oleh jururawat-jururawat yang terlatih.

    Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

    www.moh.gov.bn OKTOBER 2015 BILANGAN 172

    MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PERKESANKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN (3PK) 2015

    Majlis Pelancaran Program Pasar Raya Sihat di Supa Save, Gadong

    Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sijil Bagi Kursus Orientasi Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Yang Baru Berkhidmat Di Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 2015

    Aktiviti Kesedaran Kanser Payudara 2015

    Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 dan Kepulangan Rombongan Bithah Haji Perubatan Tahun 2015

    Berita ms.9 Aktiviti Kesihatan ms.12Berita ms.8Berita ms.3

    Bersambung ke muka surat 2

    Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof, Menteri Kesihatan.

    Program ini dibukakan kepada warganegara dan penduduk tetap di Negara Brunei Darussalam yang berusia 40 tahun ke atas dan tidak mempunyai perjanjian berterusan (follow-up appointment) penyakit kronik di pusat/klinik kesihatan atau klinik pakar di hospital.

    Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan orang ramai yang berkelayakan untuk mengikuti program pemeriksaan kesihatan di samping untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan pemeriksaan kesihatan; menyebarluaskan informasi mengenai penyakit-penyakit tidak berjangkit

  • 2 FOKUSKesihatan Oktober 2015 Bilangan 172

    BERITADari muka surat 1

    dan meningkatkan accessibility perkhidmatan program tersebut.

    Pada majlis ini, satu sesi forum kesihatan yang dipengerusikan (Moderator) oleh Yang Mulia Dr. Awang Zainal Ariffin bin Haji Awang Yahya, Pengarah Umum, Kementerian Kesihatan, dengan ahli-ahli panel forum terdiri daripada:

    Panel 1 Yang Mulia Dr. Hajah Norhayati binti Haji Md. Kassim (Ketua Pusat Promosi Kesihatan) dengan topiknya Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit;

    Panel 2 Yang Mulia Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad (Timbalan Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali) dengan topiknya Pencegahan Awal Kesihatan dari Perspektif Islam;

    Panel 3 Yang Mulia Dayang Cathrina binti Haji Md Sigie Al-Islam (Pegawai Jururawat) dengan topiknya Program Pemeriksaan Kesihatan.

    Selain forum, booth pendaftaran bagi Program 3PK dan pameran mengenai program pemeriksaan kesihatan juga diadakan. Sejak program ini dilancarkan pada 11 Mei 2013 oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, ianya telah dilaksanakan di semua Pusat-Pusat Kesihatan secara berperingkat-peringkat dan kini ianya akan dilaratkan ke semua Kementerian-Kementerian Kerajaan di negara ini.

    Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr. Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan.

  • 3FOKUSKesihatanOktober 2015Bilangan 172

    BERITAPROGRAM PASAR RAYA SIHAT DI SUPA SAVE, GADONG

    Kementerian Kesihatan telah melancarkan Program Pasar Raya Sihat dengan kerjasama Pasar Raya Supa Save, Beribi Gadong.

    Majlis Pelancaran program ini dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dr. Awang Zainal Ariffin bin Haji Awang Yahya, Pengarah Umum Kementerian Kesihatan. Acara ini diadakan di Pasar Raya Supa Save, Beribi Gadong pada 31 Oktober 2015.

    Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkasa orang ramai untuk membuat pilihan makanan dan minuman sihat. Pada masa yang sama, ianya juga menggalakkan industri permakanan dan pasar raya tempatan untuk membekalkan dan menyediakan produk makanan/minuman alternatif atau produk makanan/minuman yang diiktiraf sebagai pilihan sihat.

    Permakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit. Kajiselidik Kebangsaan Status Kesihatan dan Permakanan 2009 - 2011, menunjukkan bahawa obesiti, diabetis dan tekanan darah tinggi semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan di Negara kita. Penyakit-penyakit ini boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Berpandukan definasi healthy setting yang disarankan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pasar raya merupakan salah sebuah setting atau persekitaran strategik yang amat relevan digunakan bagi mempengaruhi tingkahlaku orang ramai di mana ianya boleh mendorong perubahan tingkahlaku para pelanggan dalam menggalakkan pembelian produk makanan dan minuman sihat.

    Program Pasar Raya Sihat kali ini merupakan program kali ketiga yang dilancarkan di negara ini. Program Pasar Raya Sihat yang pertama telah dilancarkan di Gedung Pasar Raya Hua Ho Cawangan Manggis pada 21 Oktober 2014 di Mall Manggis dan kedua di Gedung Pasar Raya Giant, Tasik Rimba pada 11 April 2015.

    Program ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh Pusat Promosi Kesihatan dengan

    kerjasama beberapa buah syarikat dan agensi yang berkepentingan. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuklah pemeriksaan kesihatan percuma; lawatan sambil belajar membaca label makanan dan mengenali penempatan produk makanan sihat; pameran makanan dan minuman sihat; kuiz kesihatan mengenai membaca label; jualan barangan yang mendorong amalan cara hidup sihat.

    Dengan adanya program seperti ini, ianya diharap akan membuka peluang bagi orang ramai untuk meningkatkan pengetahuan dan kecenderungan kepada pilihan bijak dan sihat. Kementerian Kesihatan juga berharap program ini akan dapat dilaratkan kepada pasar raya pasar raya yang lain di negara ini selaras dengan matlamat BruMAP-NCD 2013-2018 bagi melibatkan pelbagai sektor dalam langkah bersama untuk mengurangkan kadar penyakit tidak berjangkit di negara ini dan sekaligus merealisasikan Wawasan 2035 Kementerian Kesihatan iaitu Bersama Ke Arah Warga Sihat.

  • 4 FOKUSKesihatan Oktober 2015 Bilangan 172

    1. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah Subanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan izinNya jua kita dapat bersama-sama menghadiri Majlis Pelancaran Program Perkesankan Pemeriksaan Kesihatan atau 3PK. Selawat serta salam ke atas junjungan

    IntI SarI tekS Ucapan MenterI keSIhatan OktOber 2015

    umbi dan semua lapisan masyarakat hendaklah bersama-sama bertanggunjawab, komited dan bertindak sekarang. Jika tidak, risiko dan akibat penyakit-penyakit kronik dan tidak berjangkit ini akan terus menular dan menjadi bebanan yang berat bukan sahaja lebih dirasai oleh pesakit itu sendiri malahan juga kepada keluarga serta mengakibatkan peningkatan kos penjagaan dan rawatan kesihatan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semakin meningkat dan sekaligus mendatangkan impak negatif terhadap perkembangan sosio-ekonomi negara. Misalnya, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan telah membelanjakan lebih $30.6 juta bagi membiayai perbelanjaan ubat-ubatan sahaja bagi rawatan penyakit-penyakit tidak berjangkit pada tahun kewangan 2014/2015. Manakala kos rawatan dialisis bagi pesakit-pesakit buah pingang pada setiap tahun misalnya pada tahun 2014 saja dianggarkan berjumlah $15.1 juta. Di samping itu kita bayangkan kepada pesakit-pesakit yang diserang penyakit strok atau berkeadaan koma, atau keadaan sebilangan penghidap penyakit diabetis terpaksa dipotong sebahagian daripada anggota kaki (amputation). Manakala mereka yang menghidap penyakit buah pinggang terpaksa menjalani rawatan dialisis sebanyak 3 kali dalam seminggu iaitu 4 jam pada setiap rawatan dialisis. Saya pecaya dan penuh berkeyakinan, kita tidak mahu meliat kita sendiri dan ahli keluarga kita dan sahabat handai mengalami keadaan kehidupan sedemikian. Apakah kita akan membiarkan perkara sedemikian berlaku di masa akan datang. Dari itu marilah kita bertindak sekarang bagi menghindarkan sebarang risiko dan yang boleh memudaratkan kesihatan sebelum menjadi satu penyesalan atau penderitaan yang mungkin dialami pada masa akan datang.

    5. Menyedari akan hakikat kesan negatif yang signifikan terhadap penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti yang dijelaskan tadi, maka Kementerian Kesihatan telah mengambil pelbagai langkah strategik dan inisiatif yang lebih komprehensif khususnya dalam memperkenalkan Pelan Tindakan Multi-Sektoral Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit 2013-2018 yang lebih dikenali sebagai Bru-MAP NCD 2013-2018. Pelan strategi ini adalah dihasratkan untuk memperkesankan lagi pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit melalui kaedah mewujudkan persekitaran yang sihat; mengurangkan faktor-faktor risiko; dan pengurusan yang efektif dan terbaik yang melibatkan tindakan secara multi-sektoral yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, sektor Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan Masyarakat.

    Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

    6. Di samping itu, Kementerian Kesihatan telah menyediakan Pelan Induk Sistem dan Infrustruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam (2015-2035) sebagai peta jalan dan panduan perancangan dan perlaksanaan pelan-pelan tindakan, strategi sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi masa jangka pendek, sederhana dan panjang. Di antara lain, Pelan Induk ini juga mengenalpasti pelbagai inisiatif dalam menangani cabaran dan memperkesankan lagi pengawalan dan pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit secara lebih kos efektif. Ini termasuklah juga inisiatif Whole of Government Initiative to address NCDs yang bertujuan untuk menambah struktur dan momentum dalam konsep Health in All Policies.

    besar kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, kaum keluarga dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

    Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

    2. Marilah kita bersama-sama merenung dan mengongsikan scenario penyakit-penyakit tidak berjangkit dan negative impak penyakit-penyakit berkenaan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Seperti kita sedia maklum, penyebab utama kematian di Negara Brunei Darussalam ialah akibat daripada penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti penyakit-penyakit kanser, jantung, diabetis, kardio vascular dan strok. Hasil dapatan kajian Kementerian Kesihatan telah menunjukkan tren penyakit-penyakit tersebut terus meningkat dari setahun ke setahun misalnya saja pada tahun 2014, jumlah mereka yang meninggal dunia akibat penyakit kronik dan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang dimaksudkan ialah seramai 833 orang iaitu 56.7% kematian daripada jumlah keseluruhan kematian seramai 1,470 orang di negara ini. Ini termasuklah juga penyakit buah pinggang yang merupakan komplikasi akibat penyakit-penyakit tidak berjangkit tersebut yang tidak terkawal dengan sebaik-baiknya yang mana sehingga Disember tahun 2014 seramai 698 orang telah menjalani rawatan dialisis di pusat dialisis di negara ini.

    3. Hasil daripada kajian-kajian yang dilaksanakan termasuk dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah terbukti menunjukkan faktor-faktor risiko yang menyebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit buah pinggang ialah seperti obesiti, permakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, kurang kegiatan fizikal, tekanan darah tinggi, paras gula yang tinggi dan merokok. Manakala hasil dapatan daripada Kaji Selidik Kebangsaan Status Kesihatan dan Permakanan di negara ini di kalangan orang dewasa pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa faktor-faktor risiko yang menyebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit adalah sangat membimbangkan seperti kadar berat badan yang berlebihan dan obesiti 60.6%, kurang melakukan kegiatan fizikal 45.3%, tekanan darah tinggi 35.1% dan paras gula yang tinggi 12.5%. Daripada hasil kajian faktor-faktor risiko tersebut menunjukkan bahawa jika tidak ada sebarang kawalan dan mendapatkan rawatan lebih awal dan segera, mereka yang dalam kategori ini akan menghadapi penyakit-penyakit tidak berjangkit.

    4. Senario yang saya nyatakan tadi adalah amat merisaukan dan ianya lebih membuka mata kita semua supaya mengambil tindakan segera denga tegas dan serius dalam menangani cabaran ini. Dalam menangani isu ini bukan sahaja semata-mata dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Kesihatan malahan sektor bukan kesihatan seperti agensi-agensi Kerajaan lain, sektor swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs), pemimpin-pemimpin peringkat akar

    Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

    MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PERKESANKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN (3PK) 2015

    20 OKTOBER 2015

  • 5FOKUSKesihatanOktober 2015Bilangan 172

    7. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan telah juga mengambil inisiatif dengan mengwujudkan Perkhidmatan Klinik Pemeriksaan Kesihatan (Health Screening Clinic) di semua pusat-pusat kesihatan di seluruh negara yang difokuskan kepada kumpulan-kumpulan vulnerable yang berumur 40 tahun ke atas di kalangan warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang dilancarkan pada tahun 2013 di Pusat Kesihatan Sungai Liang. Perkhidmatan Klinik Pemeriksaan Kesihatan ini adalah semata-mata bertujuan bagi mempastikan keadaan kesihatan mereka yang berkenaan sentiasa terjamin dan bagi pengesanan awal faktor-faktor risiko penyakit-penyakit tidak berjangkit yang mana jika dapat dikesan awal membolehkan intervensi atau rawatan segera dilaksanakan sebelum ianya menjadi semakin kronik dan kompleks. Walaubagaimanapun, adalah sangat mendukacitakan sambutan bagi perkhidmatan ini adalah tidak menggalakkan di mana kurang daripada seribu orang telah menjalani pemeriksaan.

    Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

    8. Memandangkan pendekatan pemeriksaan kesihatan (Health Screening) adalah kaedah yang diiktiraf sangat berkesan dan kos efektif dalam menangani penyakit-penyakit tidak berjangkit dan setelah Kementerian ini merebiunya serta dalam usaha peningkatan keberkesanan program pemeriksaan tersebut, satu pembaharuan program telah diperkenalkan yang dinamakan Program Perkesankan Pemeriksaan Kesihatan iaitu lebih dikenali 3PK merupakan program yang dihasratkan akan meningkatkan lagi keberkesanan pemeriksaan kesihatan melalui beberapa pendekatan iaitu salah satu daripadanya ialah Jerayawara 3PK yang akan diadakan di setiap Kementerian-Kementerian. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan, menyebarluaskan informasi mengenai penyakit-penyakit tidak berjangkit serta impaknya dan seterusnya memudahkan accessibility kepada perkhidmatan pemeriksaan. Semasa jerayawara tersebut, pihak Kementerian Kesihatan akan mengenalpasti Pegawai-Pegawai dan Kakitangan di Kementerian-Kementerian masing-masing yang berumur 40 tahun ke atas untuk mengikuti program berkenaan. Peserta-peserta program akan menjalani pemeriksaan yang cukup lengkap termasuk berat badan, indeks jisim badan [Body Mass Index, (BMI)], pengambilan paras gula darah dan paras kolesterol berpuasa secara on the spot iaitu dipanggil jua Point of Care Test (POCT). Oleh itu, kerjasama padu daripada Kementerian-Kementerian yang terlibat adalah mustahak dan sangat diharapkan bagi mempastikan Program Perkesankan Pemeriksaan Kesihatan ini berjaya dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

    9. Selain daripada mengadakan Jerayawara di Kementerian-Kementerian, dalam pada masa yang sama pihak Swasta dan NGOs serta orang ramai adalah sangat dialu-alukan untuk menyertai program pemeriksaan yang telah disediakan di pusat-pusat kesihatan di negara ini. Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada orang ramai khususnya di kalangan pemimpin akar umbi termasuk Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung supaya sama-sama menggalakkan masyarakt setempat untuk datang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan (health screening) yang mana ianya diberikan secara percuma kepada rakyat dan penduduk negara ini bagi mendukung usaha untuk memperkesankan lagi langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negara ini.

    10. Apa yang ingin sekali lagi saya tekankan bahawa mengikut kajian adalah terbukti dan juga sebagaimana saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) BAHAWA PENYAKIT-

    PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT YANG SEBENARNYA BOLEH DICEGAH DAN DIKAWAL. Oleh yang demikian, apa yang paling mustahak ialah kesedaran dan komitmen setiap individu sendiri untuk mengubah mindset dan sikap supaya sentiasa mengamalkan dan membudayakan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. Saranan ini haruslah juga disampaikan dan diamalkan di kalangan rakan-rakan kita, ahli keluarga, masyarakat setempat dan seluruh rakyat dan penduduk di negara ini.

    11. Dalam kesempatan ini, orang ramai adalah disarankan untuk menggunakan dan memanfaatkan dengan sebaik-baiknya kemudahan-kemudahan kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam termasuk Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan dan juga melibatkan diri dalam apa jua aktiviti dan program promosi kesihatan yang diadakan. Seterusnya, saya juga ingin mengingatkan dalam keadaan di mana pesakit telah dikesan menghidap penyakit tidak berjangkit mereka hendaklah sentiasa mematuhi nasihat dan arahan profesional kesihatan di samping mengamalkan cara hidup sihat secara berterusan. Yang sangat mustahak untuk diikuti ialah supaya memakan ubat secara teratur mengikut preskripsi yang diberikan oleh Doktor. Dalam pada itu, saya ingin mengingatkan kepada orang ramai khususnya penghidap penyakit-penyakit tidak berjangkit supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang menjanjikan boleh menyembuhkan penyakit sehingga mengabaikan pengambilan ubat-ubatan yang telah diberikan oleh Doktor, Pakar dan Pegawai-Pegawai Profesional yang mana boleh mendatangkan risiko dan komplikasi.

    12. Pada kesimpulannya, kesihatan adalah satu nikmat yang sangat tinggi nilainya yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala yang kita sewajarnya penuh tanggungjawab dan sentiasa prihatin lagi komited sepenuhnya tentang betapa pentingnya hal ehwal kesihatan kita dengan mendisiplinkan diri kita sendiri, keluarga serta semua lapisan masyarakat di Negara ini supaya membudayakan amalan cara hidup sihat untuk dijadikan sebagai kehidupan seharian. Dengan beradanya kita dalam keadaan yang sihat walafiat sepanjang hayat akan membolehkan kita memenuhi hajat-hajat dan tugas-tugas harian dengan baik, seperti mencari ilmu pengetahuan, menjalankan pekerjaan dan tanggungjawab serta menunaikan amal ibadat dengan sempurna. Ini sudah setentunya akan menjadi rakyat dan penduduk yang aktif, produktif dan sekaligus dapat menyumbang kepada sosio-ekonomi negara.

    13. Syukur Alhamdulillah, dengan adanya Program 3PK ini Insya Allah dengan berkat kerjasasama dan sifat bertanggungjawab kita semua akan dapat memberi impak yang positif lagi signifikan kepada usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan dalam kita bersama-sama mengambil langkah pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negara ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Penganjur dan mereka yang terlibat dalam menjayakan Program 3PK. Saya berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala atas khidmat bakti dan usaha yang diungkayahkan ini akan mendapat rahmat dan pahala daripada Allah Subhanahu Wataala.

    14. Dengan mendahului kalimah serta bertawakal kehadrat Allah Subahanahu Wataala dan selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam, saya dengan sukacitanya melancarkan Program Perkesankan Pemeriksaan Kesihatan dan Video Promosi 3PK.

    IntI SarI tekS Ucapan MenterI keSIhatan OktOber 2015

    Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

  • 6 FOKUSKesihatan Oktober 2015 Bilangan 172

    AKTIVITI BULAN OKTOBER 2015KUNJUNGAN MUHIBBAH MENTERI NEGARA SINGAPURA, BAGI

    PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN DAN KESIHATAN TUAN YANG TERUTAMA CHEE HONG TAT KEPADA YANG BERHORMAT MENTERI

    KESIHATAN PADA 7 OKTOBER 2015.

    MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PASAR RAYA SIHAT PADA 31 OKTOBER 2015 BERTEMPAT DI PASAR RAYA SUPA SAVE BERIBI, GADONG.

  • 7FOKUSKesihatanOktober 2015Bilangan 172

    BERITAAKTIVITI BULAN OKTOBER 2015SEKITAR MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PERKESANKAN PEMERIKSAAN

    KESIHATAN (3PK) 2015 PADA 20 OKTOBER 2015 DI DEwAN AL-AfIAH, KEMENTERIAN KESIHATAN

    LAwATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN KE BANGUNAN STOR PERUBATAN NEGARA PADA 13 OKTOBER 2015 BERTEMPAT DI KG. MADARAS, MUKIM GADONG A.

  • 8 FOKUSKesihatan Oktober 2015 Bilangan 172

    BERITAMAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI KURSUS

    ORIENTASI BAGI PEGAwAI-PEGAwAI TEMPATAN YANG BARU BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN KESIHATAN BAGI TAHUN 2015

    Kursus Orientasi dan Induksi bagi Pegawai-Pegawai Tempatan yang baru berkhidmat di Kementerian Kesihatan bagi Tahun 2015 telah diadakan pada 29 Ogos hingga 14 September 2015 yang lalu. Pada 9 Oktober 2015, Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sijil bagi kursus berkenaan diadakan di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada peserta kursus ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

    Seramai 40 orang pegawai-pegawai telah menghadiri kursus ini, yang terdiri daripada pakar/pegawai baru yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan. Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang kursus yang diadakan

    selama 17 hari ini yang mana para peserta kursus diberikan taklimat-taklimat dan penerangan daripada Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, aktiviti lain seperti Team Building dan Community Diagnosis juga diadakan bagi menanamkan sikap kerjasama berpasukan di samping memberikan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan supaya lebih menyedari keadaan pesakit-pesakit yang tinggal di luar Bandar, yang mana mencabar inisiatif kebolehan berkomunikasi dan membuat perancangan strategik dan juga menguji kemampuan para peserta membuat keputusan mengimplementasi dan membina inisiatif kerja berpasukan untuk mencapai matlamat pasukan masing-masing.

  • 9FOKUSKesihatanOktober 2015Bilangan 172

    Kementerian Kesihatan telah mengadakan Aktiviti Kesedaran Kanser Payudara 2015 pada 30 Oktober 2015 di Bangunan Pusat Promosi Kesihatan. Aktiviti tersebut yang diadakan bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, meliputi sebuah taklimat motivasi yang disampaikan oleh wakil daripada The Brunei Cancer Centre (TBCC), kaunseling mengenai penjagaan payudara dan juga demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara atau Breast Screening Examination (BSE). Para peserta juga berpeluang untuk menyaksikan pameran mengenai kanser payudara dan juga menyertai kegiatan fizikal beramai-ramai Zumba Pink. Tema kempen pada tahun ini adalah Kesihatan Awda Di Tangan Sendiri / Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa .

    Aktiviti Kesedaran Kanser Payudara 2015 ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berterusan mengenai kanser payudara dan langkah-langkah pencegahan serta pengesanan awal kepada kaum wanita, daripada semua lapisan masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Kejadian (atau insidens) kanser payudara adalah yang tertinggi di antara semua jenis kanser di Negara ini. Dari tahun 2004 hingga 2013, iaitu 10 tahun kebelakangan ini, seramai 542 orang wanita telah didapati menghidapi kanser payudara dan 120 orang telah meninggal dunia akibat penyakit ini.

    Bulan Kesedaran Kanser Payudara dianjurkan setiap bulan Oktober di seluruh dunia dan bermatlamat untuk menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan:

    1. Pencegahan Kanser Payudara di kalangan wanita melalui pendidikan kesihatan mengenai faktor-faktor risiko dan pemeriksaan payudara sendiri (BSE);

    2. Pengesanan dan rawatan awal melalui pemeriksaan secara berkala dan BSE; dan

    3. Memberi sokongan moral bagi mereka yang menghidapi kanser payudara termasuk penjagaan paliatif bagi penyakit ini.

    BERITAAKTIVITI KESEDARAN KANSER PAYUDARA 2015

    Usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara adalah penting sebagai langkah awal pencegahan kanser payudara di kalangan masyarakat, khususnya di kalangan wanita dalam kumpulan umur alam pekerjaan. Daftar Kanser Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah mendapati 81% atau 438 wanita yang menghidapi penyakit ini adalah berumur dalam lingkungan 35 hingga 64 tahun. Pada masa yang sama, usaha-usaha tersebut juga diharap akan dapat meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran di kalangan masyarakat umum, termasuk golongan lelaki dan para suami, mengenai kanser payudara dan isu-isu yang berkaitan dengannya, dan justeru itu diharap akan dapat mengwujudkan persekitaran sosial yang suportif dalam masyarakat.

  • 10 FOKUSKesihatan Oktober 2015 Bilangan 172

    INFO KESIHATANELECTRONIC CIGARETTE

    BUKAN SEBAGAI PENGGANTI

    Salah satu daripada kartrij didapati mengandungi bahan toksik antibeku iaitu diethylene glycol.

    Alat ini mengeluarkan nitrosamines iaitu bahan yang menyebabkan penyakit kanser.

    Selain itu ianya juga mengeluarkan bahan cemar yang berbahaya.

    FDA juga telah melakukan kajian ke atas beberapa electronic cigarette di mana proses kawalan kualiti yang dijalankan untuk pembuatan alat tersebut tidak menepati piawaian tertentu.

    Isu-isu yang membimbangkan:

    E-cigarette boleh meningkatkan ketagihan nikotin di kalangan orang muda.

    E l e c t r o n i c c i g a r e t t e berpotensi untuk menarik perokok baru terutamanya di kalangan remaja dengan perisa buah dan gula-gula.

    E-cigarette mungkin mengandungi bahan yang merbahaya kepada manusia.

    Pengguna tidak mengetahui samada alat ini adalah selamat untuk tujuan penggunaannya (membantu berhenti merokok) dan tidak mengetahui dos nikotin serta berapa banyak kimia yang merbahaya mereka sedut ketika menggunakan alat ini.

    Anggapan yang salah:

    Pembuat dan pengedar electronic cigarette menyatakan bahawa penggunaan alat mereka lebih selamat daripada rokok biasa. Sesetengahnya mengatakan produk tersebut boleh menolong untuk berhenti merokok.

    Akan tetapi FDA tidak bersetuju dengan kedua-dua tuntutan mereka. Ini adalah disebabkan electronic cigarettes boleh dianggap sebagai alat penghantaran dadah (nikotin) yang tidak diketahui keselamatannya. Selain itu, keselamatan alat tersebut dalam membantu berhenti merokok belum diketahui.

    Apa dia Electronic Cigarette?

    Electronic Cigarette adalah sejenis alat yang menggunakan bateri untuk menyedut wap daripada cecair yang mengandungi nikotin atau tidak mengandungi nikotin. Ianya berfungsi tanpa pengeluaran asap akan tetapi wap yang berperisa.

    Electronic Cigarette berbentuk seperti sebatang rokok. Kebanyakkannya alat tersebut dapat digunakan semula dengan cara menukar kartrij.

    Apa dia Electronic Cigarette?

    A. L E D B. B a t e r i C. Atomizer (pemanas) D. Kartrij

    Bagaimana Electronic Cigarette berfungsi?

    Bagi model yang automatik, apabila pengguna menghisap melalui alat ini, aliran udara akan menyebabkan atomizer atau pemanas untuk menukar cecair yang berperisa di dalam kartrij menjadi wap.

    Bagi model yang manual, pengguna hendaklah menekan butang untuk atomizer atau pemanas mengeluarkan wap.

    LED iaitu bahagian hujung alat ini akan menyala sebagai tanda penggunan.

    Apakah kandungan Electronic Cigarette?

    Food and Drug Administration (FDA) telah membuat kajian ke atas 2 jenis electronic cigarette di mana hasilnya adalah seperti berikut:

    Semua kartrij yang dilabel tidak mengandungi nikotin sebenarnya mengandungi nikotin kecuali satu.

    Manakala kartrij yang dilabel m e n g a n d u n g i n i k o t i n mengandungi jumlah nikotin yang berbeza.

    PersekitaranBebas

    Asap RokokWujudkan dan Nikmati100% PERSEKITARAN BEBAS ASAP TEMBAKAU

  • 11FOKUSKesihatanOktober 2015Bilangan 172

    Nama & Jawatan Kursus / Mesyuarat / Bengkel / SeminarDr Chong Pui Lin 54th Annual Espe Meeting Improving Patient Care: A Pluridisciplinary Dialogue, Spain (1 3 Oktober 2015)

    Dyg Ervina binti Haji EmranDyg Zainab binti Awang Mohamed

    Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Peringkat Pertengahan (EDPMMO) Kali Ke-23, Tahun 2015, Universiti Brunei Darussalam, Brunei (1 Oktober 26 November 2015)

    Dr Zuraini binti Awang IbrahimDayangku Noorlailawati binti Pengiran Haji Yusof 33

    rd World Congress of Endourology and SWL, United Kingdom (1 4 Oktober 2015)

    Dr Anas Naomi binti Dato Paduka Haji Harun ASEAN Pacific Stroke Conference (APSC), Malaysia (2 4 Oktober 2015)

    Awang Nur Azim bin Awang Haji Mat Nor Safety Assessment of Cosmetics, Indonesia (2 8 Oktober 2015)

    Dayang Suhana binti Awang Damon Women in Leadership (Group 2), Brunei (5 7 Oktober 2015)

    Dr Nazar Luqman Bilgrami The Alfred ICU & Perfusion Adult ECMO and Cannulation Course, Australia (6 9 Oktober 2015)

    Dayang Siti Munawwarah binti Awang Tarif Better Training for Safer Food Workshop on Food Labelling and Nutrition ASEAN, Vientiane LAO PDR (12 16 Oktober 2015)

    Dr Muhd Nurhasanuddin bin Abdullah Kelali British Geriatrics Society Autumn Meeting, United Kingdom (14 16 Oktober 2015)

    Dr Ang Swee Hui Ultrasound Life Support, Critical Care and Emergency Procedure Course, Singapura (16 17 Oktober 2015)

    Dr Sambandamurthy Sankara Kumar Center of Excellence Liver Workshop, Korea (16 17 Oktober 2015)

    Dyg Hajah Roshima binti Haji KamalDr Liew Yin Ping / Awg Haji Md Saidi bin Awg IsmailAwg Haji Md Al-Amin bin Awg Haji Jamain

    Program Penempatan, Singapura (19 23 Oktober 2015)

    Mak Sheu Mey / Awg Md Huzaimi bin Awg Haji RosliAwg Sabtudin bin Awg TupokAwg Othman bin Awg Haji Hashim

    Supply, Delivery, Installation, Testing & Commissioning (132) Units of Infusion Pump; Supply, Delivery, Installation, Testing & Commissioning (309) Units of Infusion Pump, Singapura (21 22 Oktober 2015)

    Dr Hajah Mawarni binti Haji Abd Hamid 10th Asia Pacific Regional Conference on Child Abuse and Neglect (APCCAN 2015), Malaysia (24 28 Oktober 2015)

    Dr Hajah Noorainun binti Haji Md YusofDk Dr Hajah Roserahayu binti Pg Haji Idros 2

    nd Asia Pacific B-Cell Malingnancies Meeting, Hongkong (24 25 Oktober 2015)

    Dyg Fahimahtul Aqilah binti Haji Murni Fundamentals and Applications and Workshop & Mass Spec 2015 Conference, Singapura (26 29 Oktober 2015)

    Dr Fung En Ching Dyg Nur Ahlina binti Awg Haji Abdul GhaniDyg Marharaini binti Awg Haji Abu Hanafiah

    Operator Training and Pathologist Forum, Malaysia (27 29 Oktober 2015)

    Dyg Suryani binti Awg Haji TaminDyg Siti Khairani binti Awg Haji Ramli ILSI Sea Region Symposium on Sugar & Sweeteners Science, Singapura (27 28 Oktober 2015)

    Awg Kamaludin bin Awg Md Yassin Sixth Asia Pacific Workshop on Multisectoral Collaboration for the Prevention and Control of Zoonoses, Japan (28 30 Oktober 2015)

    Dr Haji Md Syafiq bin Abdullah / Dr Tan Lian Tat Dr Ghazala Bilgrami Kafeel / Dr Anand Jalihal

    3rd Annual Conference of The Asia Pacific Neuroendocrine Tumour Society (APNETS), Malaysia (30 - 31 Oktober 2015)

    DARI MEJA PENTADBIRANpegawaI-pegawaI yang MenghadIrI kUrSUS / perSIdangan / MeSyUarat / SeMInar

    pegawaI dan kakItangan yang barU berkhIdMat

    pegawaI dan kakItangan berSara

    Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas Nama & Jawatan Tarikh Melapor BertugasDr Ameena ParvenPegawai Perubatan Gred 1 3 Oktober 2015

    Dr Syed Nadeem NaquiPegawai Perubatan Gred 2 12 Oktober 2015

    Dr Zakhir Rahman bin Ab Gaffor ShabiyullaPegawai Perubatan Gred 2

    5 Oktober 2015

    Dr Muhammad Khubaib ArifPegawai Perubatan Gred 2 12 Oktober 2015

    Dr Rashid Abdullah Masud KhanPegawai Perubatan Gred 1 20 Oktober 2015

    Dr Kazi Mosabber AkhterPegawai Perubatan Gred 2 12 Oktober 2015

    Dr Kanwal ZiaPegawai Perubatan Kanan Gred 2 21 Oktober 2015

    Nama & Jawatan Tarikh Bersara Nama & Jawatan Tarikh BersaraAwang Haji Md Alinor bin Awang AbdullahPenyelia Pejabat 2 Oktober 2015

    Awang Haji Md Jaidi bin Awang Haji Md TahirKetua Atendan Hospital 27 Oktober 2015

    Awang Haji Kariya bin Awang TuahPengawas Tingkat 2 4 Oktober 2015 Dayang Fatimah binti Awang Haji Mohamed

    Pembantu Makmal Kanan 27 Oktober 2015Awang Sudin bin Awang Haji AlimPenyelenggara Stor Tingkat 2 17 Oktober 2015

    Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

  • 12 FOKUSKesihatan Oktober 2015 Bilangan 172

    AKTIVITI KESIHATAN

    Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 berserta meraikan Kepulangan Rombongan Bithah Haji Perubatan bagi Tahun 2015 telah diadakan pada 17 Oktober 2015 bertempat di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan hadir selaku Tetamu Kehormat.

    Di antara aturcara majlis ialah penyampaian sijil penghargaan kepada 20 orang kakitangan perubatan yang telah menyertai rombongan Bithah Haji Perubatan yang terdiri daripada 6 orang doktor, 14 orang Jururawat dan kakitangan bantuan yang diketuai oleh Yang Mulia Dr Haji Zulhilmi bin Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan

    Dato Seri Setia Haji Abdullah, Pemangku Pakar Penjagaan Kesihatan Asasi.

    Ceramah Khas juga diadakan yang bertajuk Kesihatan Menyumbang Pembangunan Dari Persepektif Islam yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, calon PHD dalam Pengajian Islam dan Isu-Isu Semasa Pusat Pengajian Islam Sultan Omar Ali Saifuddien, Universiti Brunei Darussalam.

    SAMBUTAN AwAL TAHUN HIJRAH 1437 DAN KEPULANGAN ROMBONGAN BITHAH HAJI PERUBATAN TAHUN 2015