v vitex: herba untuk kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/vac.pdf · sejarah telah...

27
1 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Upload: lylien

Post on 13-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

1 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Page 2: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

2 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

PERHATIAN!! Ebook Percuma ini merupakan edaran asal yang boleh dimuat turun

daripada Laman Fanpage www.facebook.com/rahsiamudahhamil. Jika

anda telah mendapatkan salinan ini daripada sumber yang lain, anda

dinasihatkan mendaftarkan di Fanpage tersebut supaya:

Anda akan menerima newsletter yang merupakan tip-tip percuma dan info-info terkini terus ke emel anda.

Mudah untuk kami hubungi anda jika terdapat update terbaru

ebook ini.

Mendapat diskaun khas bagi sebarang produk yang dikeluarkan dimasa akan datang yang hanya dibuka untuk pendaftar ‘mailing list’ kami.

Daftar di sini:

http://www.facebook.com/rahsiamudahhamil

Page 3: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

3 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

HAKCIPTA TERPELIHARA

[Anda TIDAK BOLEH] mengeluar ulang mana-mana bahagian

rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan

dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam

bentuk tulisan atau secara lisan daripada penulis dan penerbit

www.MudahHamil.com

[Anda TIDAK BOLEH] menjual ebook ini untuk mendapat

sebarang keuntungan.

[Anda TIDAK BOLEH] mengedar ebook ini secara spam atau apa-

apa cara yang tidak beretika dan salah disisi undang-undang.

[Anda TIDAK BOLEH] mengubahsuai mana-mana kandungan

dalam report ini.

WALAUBAGAIMANAPUN

[Anda BOLEH] mengedarkan ebook ini secara PERCUMA kepada

sesiapa sahaja.

[Anda BOLEH] menjadikan ebook ini sebagai BONUS bagi mana-

mana produk yang anda jual dengan kebenaran penulis/penerbit.

Page 4: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

4 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Penafian

Segala maklumat yang terkandung dalam ebook ini adalah untuk tujuan pengetahuan

dan maklumat semata-mata. Ia tidak bertujuan untuk sebarang diagnosis atau

rawatan. Sebarang maklumat yang terkandung dalam report ini perlu dirujuk dengan

lebih lanjut dengan mana-mana doktor. Segala kandungan dalam ebook ini bukanlah

nasihat rasmi atau menepati 100% daripada apa yang dinyatakan. Ia bergantung

kepada usaha yang dilakukan, masa, keadaan dan faktor-faktor lain yang

mempengaruhi hasil daripada kaedah yang dicadangkan. Penulis sedaya upaya

menyampaikan maklumat yang tepat, namun jika ada kesalahan atau maklumat yang

sudah tidak relevan, ia adalah diluar jangkauan penulis. Ebook ini tidak bertujuan

untuk menggantikan khidmat nasihat dan konsultansi oleh doktor. Oleh itu, sebarang

gangguan kesihatan, kesan sampingan, komplikasi, kerugian baik dalam jangkamasa

pendek atau jangkamasa panjang kesan daripada kaedah-kaedah yang dicadangkan

dalam report ini adalah diluar tanggungjawab penulis

Disusun oleh

B.Sc. (Hons) Genetics, Universiti Malaya

B.Sc. (Hons) Food Science, Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 5: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

5 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Isi Kandungan

Pendahuluan……………………………………………………………6

1.0 Apa Itu Vitex…………………………………………………….7

2.0 Vitex & Keseimbangan Hormon Reproduktif…………………..8

3.0 Bagaimana Vitex Membantu Meningkatkan Kesuburan……….10

4.0 Kajian-kajian Klinikal Tentang Vitex………………………… 12

5.0 Bagaimana Cara Pengambilan Vitex……………………………13

6.0 Produk-produk Yang Mengandungi Vitex…………………….. 14

7.0 Di Mana Ingin Mendapatkannya……………………………… 21

Penutup………………………………………………………………..22

Lampiran 1; Apa Itu Fasa Luteal………………………………………24

Lampiran 2; Apa Itu Antioksidan……………………………………...26

Page 6: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

6 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Pendahuluan

Adalah dianggarkan 50% daripada kes-kes pasangan yang sukar hamil adalah disebabkan oleh

masalah ketidaksuburan atau kemandulan wanita. Masalah-masalah ketidaksuburan yang

paling biasa dihadapi adalah melibatkan gangguan dalam proses ovulasi. Masalah ini sangat

berkaitrapat dengan ketidakseimbangan hormon-hormon reproduktif seseorang wanita.

Kaedah perubatan moden ada menawarkan rawatan-rawatan khusus bagi mengatasi masalah

ini. Namun kadar kejayaannya tidaklah 100%. Sebahagian daripada pesakit-pesakit ini tidak

menunjukkan sebarang perubahan terhadap rawatan-rawatan tersebut. Kaedah-kaedah

rawatan moden mungkin mempunyai kesan sampingan terhadap pesakit dalam keadaan-

keadaan tertentu. Selain itu, kos yang terpaksa ditanggung adalah diluar kemampuan

kebanyakan orang.

Oleh itu, sebahagian daripada mereka beralih kepada rawatan alternatif yang berasaskan

herba bagi mencuba nasib. Pada kebiasaannya, kaedah-kaedah rawatan alternatif ini sering

dipandang rendah. Namun sejak akhir-akhir ini, para penyelidik mula membuka mata terhadap

herba-herba tradisional ini.

Di US, National Center for Complementary and Alternative Medicine at the National Institutes

of Health telah membelanjakan sekitar USD 33juta bagi menanggung kos kajian terhadap

rawatan-rawatan herba sepanjang tahun 2005. Sebelum itu, pada tahun 2004, the National

Cancer Institute telah membelanjakan hampir USD 89juta bagi menampung kos kajian

terhadap beberapa jenis terapi tradisional.(1)

Pada tahun 2006, Novartis International AG melaporkan bahawa mereka telah melaburkan

lebih USD 100 juta terhadap kajian perubatan tradisional di Shanghai. (Pada tahun 2010,

Novartis adalah merupakan syarikat faramaseutikal yang menduduki tangga kedua jualan

tertinggi di US dengan jumlah jualan produk sebanyak USD46 billion)(2),(3)

Page 7: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

7 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

WHO sendiri telah mengeluarkan belanja yang besar bagi mengeluarkan dana kepada makmal-

makmal yang membuat penyelidikan herba-herba tradisional. (4)

Kajian demi kajian yang dilakukan berjaya membuktikan keberkesanan kaedah-kaedah

rawatan berasaskan herba ini. Tidak ketinggalan juga kajian-kajian terhadap herba-herba yang

khusus bagi merawat masalah-masalah berkaitan dengan kesuburan. Salah satu herba

tersebut adalah Vitex.

1.0) Apa Itu Vitex

Botanical name: Vitex agnus-castus

Common name: Chasteberry, chaste tree berry, monk's pepper

Part(s) used: Berries

Vitex Agnus-Castus atau Chasteberry adalah tumbuhan yang berasal dari selatan Eropah dan

kawasan sekitar Mediterranean.

Ia telah digunakan sejak berkurun lamanya oleh wanita yang mempunyai hormon yang tidak

seimbang, kitaran haid yang tidak tetap dan simptom-simptom menopaus(putus haid).

Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat.

Penggunaannya telah dikesan sejak zaman Greek purba lagi. Ahli-Ahli perubatan Amerika

terdahulu menggunakan Vitex untuk merangsang penyusuan dan bagi melancarkan haid.

Page 8: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

8 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Ketika populariti Vitex sebagai makanan tambahan untuk kesuburan mula berkembang di

Amerika Utara, wanita Eropah telahpun menggunakan Vitex ini sejak lebih 60 tahun lalu untuk

mengawal kitaran haid dan bagi menambahkan lagi peluang untuk mengandung. Pada awal

tahun 80-an, barulah sains klinikal moden menemui bukti bagi mengesahkan bahawa

keseimbangan kandungan dalam Vitex dapat meningkatkan kesuburan. Kajian-kajian ini

disusuli dengan beberapa kajian lain yang secara umumnya menunjukkan bahawa Vitex dapat

menormalkan kesan kitaran haid bulanan serta dapat seimbangkan hormon-hormon yang

terlibat bagi proses ovulasi dan kekerapan haid. Lebih dari itu didapati Vitex juga dapat

menambahkan atau mempercepatkan peluang untuk hamil.

2.0) Vitex Dan Keseimbangan Hormon Reproduktif

Berdasarkan kajian, Vitex boleh membantu kawalatur hormon reproduktif wanita. Extrak

daripada buahnya didapati mengandungi flavonoids, iridoid glycosides, dan terpenoids, yang

mempengaruhi aktiviti kelenjar pituitari.

Masih ingatkah anda, apa yang diajar oleh guru Sains di bangku sekolah dahulu tentang

kelenjar pituitari? Kelenjar pituitari ini dikenali juga sebagai Kelenjar Induk(Master Gland)

kerana ia dapat merangsang kelenjar-kelenjar endokrin lain dalam proses penghasilan hormon,

termasuklah kelenjar ovari.

Kunci penting bagi seseorang wanita untuk hamil ialah ovulasi manakala kunci penting bagi proses ovulasi

adalah keseimbangan hormon reproduktif

Page 9: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

9 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Vitex akan bertindak pada hipotalamus dan kelenjar pituitari bagi penghasilan hormon

Peluteinan(LH) yang akan merencatkan penghasilan Hormon Perangsang Folikel(FSH). Oleh itu,

ia akan meningkatkan penghasilan hormon Progesteron yang penting ketika fasa luteal iaitu

setelah ovulasi berlaku. Bagi mereka yang mengalami Gangguan Fasa Luteal, peningkatan

hormon progesteron ini dapat mengembalikan Fasa Luteal kepada normal.

Vitex tidak mengandungi hormon tapi ia hanya bertindak sebagai perangsang kepada

kawalatur hormon yang seimbang bagi mendapatkan tahap kesuburan yang baik.

Page 10: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

10 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

3.0) Masalah Ketidaksuburan Yang Dikaitkan Dengan

Ketidakseimbangan Hormon

Adalah dianggarkan 50% daripada kes-kes pasangan yang tidak mempunyai anak adalah

disebabkan oleh masalah ketidaksuburan atau kemandulan wanita. Yang paling biasa dihadapi

adalah gangguan ovulasi(ovulatory disorder) iaitu suatu keadaan dimana telur tidak

dihasilkan dengan betul atau tidak dilepaskan dari folikel(uncang telur). Kebanyakan masalah

gangguan ovulasi ini berpunca daripada ketidakseimbangan hormon(hormonal imbalance)

pada seseorang wanita.

Berikut adalah penerangan secara ringkas contoh-contoh gangguan ovulasi yang dikaitkan

dengan ketidakseimbangan hormon dan bagaimana Vitex boleh membantu mengatasi

masalah-masalah ini.

(a) Gangguan Fasa Luteal(Luteal Phase Defects)

Wanita yang mengalami Gangguan Fasa Luteal tidak dapat menghasilkan hormon

Progesteron yang mencukupi ketika Fasa Luteal. Oleh itu, dinding endometrium tidak

bersedia sepenuhnya untuk proses penempelan dan pembentukan janin.

Seseorang itu dikatakan mengalami Gangguan Fasa Luteal jika fasa lutealnya menjadi

pendek dan haid akan berlaku lebih cepat setelah ovulasi. Atau lebih tepat lagi,

seseorang itu dikatakan mengalami Gangguan Fasa Luteal jika didapati fasa lutealnya

adalah 10 hari atau kurang.

# Untuk lebih jelas tentang Gangguan Fasa Luteal ini, anda boleh rujuk bahagian

Lampiran.

Page 11: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

11 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Vitex akan bertindak pada hipotalamus dan kelenjar pituitari bagi penghasilan hormon

Peluteinan(LH) yang akan merencatkan penghasilan Hormon Perangsang Folikel(FSH).

Oleh itu, ia akan meningkatkan penghasilan hormon Progesteron yang penting ketika

fasa luteal iaitu setelah ovulasi berlaku.

Tak faham?

Dalam bahasa yang mudah, dengan pengambilan vitex, ia akan meningkatkan

penghasilan hormon Progesteron yang akan memanjangkan fasa luteal bagi sesuatu

kitar haid. Oleh itu, masalah proses gangguan ovulasi akan dapat diatasi.

(b) Hyperprolactinemia

Suatu keadaan dimana penghasilan prolaktin yang berlebihan oleh kelenjar pituitari

yang mengakibatkan ovulasi yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi.

Prolaktin adalah penting bagi penghasilan susu bagi wanita yang lepas bersalin tetapi

ia menghalang ovulasi. Vitex didapati dapat menghalang penghasilan hormon prolaktin

oleh Kelenjar Pituitari bagi membantu mengurangkan aras prolaktin ini.

Page 12: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

12 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

(c) PCOS

Sindrom Polycystic Ovarian(Polycystic ovarium syndrome atau PCOS) adalah suatu

keadaan dimana folikel tidak terbentuk dengan sempurna. Oleh itu, telur tidak dapat

matang. Ini adalah disebabkan oleh hormon peluteinan/luteinizing hormone(LH) yang

tidak seimbang yang mengakibatkan kepada penghasilan hormon estrogen yang

berlebihan. Simtom bagi penyakit ini adalah haid yang banyak dan kitaran haid tidak

tetap.

Dengan pengambilan Vitex, aras Progesteron akan meningkat dan kitar haid akan

kembali teratur. Ini dipercayai dapat menghalang pembentukan Sista Ovari(Ovarian

Cysts) yang dikaitkan dengan aras Estrogen yang berlebihan.

4.0) Kajian-kajian Klinikal Tentang Vitex

Kajian-kajian klinikal terkini menyokong kenyataan yang menyatakan bahawa Vitex Agnus

Castus adalah sejenis herba yang dapat memulihkan kitaran haid yang tidak tetap,

ketidakseimbangan hormon dan beberapa gangguan kesuburan biasa.

Beberapa ujian klinikal di Eropah mendapati bahawa Chasteberry memberi kesan yang baik

terhadap peningkatan kawalatur Progesteron dan kesuburan secara amnya.(Propping et al.,

1988; Milewicz et al., 1993; Gerhard et al., 1998). (5) (6) (7)

Dalam satu kajian oleh Bergmann et al., (2000), 67 wanita yang kitaran ovulasinya terganggu

dirawat menggunakan Vitex. Didapati bahawa ia dapat memperbaiki paras progesteron

dengan ketara semasa fasa luteal, mengalami ovulasi lebih awal dan dari jumlah itu 38 dari

mereka berjaya hamil. (8)

Page 13: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

13 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Dalam satu lagi kajian penting Milewicz et al., (1993), Vitex diberi kepada sekumpulan wanita

yang menghidapi Hyperprolactinaemia(wanita yang paras prolaktinnya tinggi). Penggunaan

Vitex dapat menurunkan paras prolaktin serta menormalkan paras progesteron fasa luteal

pada wanita yang mempunyai simptom yang berkaitan dengan Gangguan Fasa Luteal(Luteal

Phase Defects). Didapati bahawa, fasa luteal wanita-wanita ini semakin meningkat. (6)

Satu kajian oleh Amann et al., (1982) pula mendedahkan bahawa Vitex memberikan kesan

positif pada wanita yang mengalami Amenorrhea(tiada kitaran haid atau tiada haid). Ini

menguatkan lagi bukti keberkesanan vitex dalam mengembalikan keseimbangan hormon dan

kitaran haid yang tidak tetap. (9)

5.0) Bagaimana Cara Pengambilan Vitex

Sejak dahulu lagi, Vitex dikenali sebagai herba yang selamat untuk rawatan kesihatan. Ia tidak

mengandungi sebarang kesan sampingan. (Ciotta L et al,. 2011) (10)

Vitex boleh diambil sehingga 18 bulan secara berterusan. Namun Vitex tidak dapat

memberikan kesan dengan cepat. Ia akan mengambil masa selama beberapa bulan sebelum

dapat dilihat kesannya. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya Vitex ini diambil untuk selama

sekurang-kurangnya 3 bulan secara berterusan. Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan

bahawa wanita-wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, hanya

menunjukkan kesan setelah 3 bulan. Tempoh pengambilan boleh diteruskan sehingga 6-12

bulan. Paling lama ia boleh diambil adalah untuk selama 18 bulan. Sepanjang tempoh

pengambilan Vitex, segala bentuk ubat-ubatan atau suplemen kesuburan lain (terutamanya

Clomid) perlu dihentikan. Ataupun, sebelum anda memulakan pengambilan Vitex, tunggu

sehingga rawatan/pengambilan ubat kesuburan lain itu tamat terlebih dahulu.

***Pengambilan Vitex hendaklah dihentikan serta merta setelah kehamilan dikesan.***

Page 14: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

14 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

6.0) Produk-produk Yang Mengandungi Vitex

Mungkin sebelum ini anda tidak pernah dengar tentang herba Vitex/Agnus Cactus ini bukan?

Setelah kami dedahkan kelebihan-kelebihan herba ini, mungkin anda tertanya-tanya, dimana

ingin mendapatkan herba Vitex ini? Yang pastinya, tumbuhan ini memang tiada di Malaysia

sebab ia adalah tumbuhan Mediteranian

Oleh itu, kami ingin mencadangkan kepada anda 2 produk yang mengandungi Vitex sebagai

salah satu bahan utamanya. Satu produk luar negara yang dipasarkaan di Malaysia dan satu

lagi produk keluaran tempatan.

(a) FertilAid For Women

FertilAid ini adalah antara produk kesuburan yang paling popular di US ketika ini. Beberapa

tahun lalu, produk ini telah mendapat liputan yang meluas melalui media-media di US.

Beberapa majalah kehamilan turut membuat review terhadap produk ini.

Page 15: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

15 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Page 16: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

16 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Jenis kapsul yang digunakan adalah ‘Vegetable Capsule’ iaitu dari sumber

tumbuhan. Ia adalah halal.

Vitex Agnus Castus

Page 17: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

17 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

FertilAid® for Women adalah suplemen kesuburan yang dirumus khusus untuk

meningkatkan kesuburan dan kesihatan reproduktif. Ia di disokong oleh pakar-pakar

kesuburan.

Ia dirumus oleh Dr Amos Grunebaum dengan formula-formula yang berasaskan herba-

herba dan vitamin-vitamin yang disokong oleh pelbagai kajian saintifik terhadap

keberkesanannya bagi meningkatkan peluang untuk hamil.

Selain daripada Vitex yang menjadi ‘kunci’ utama kepada keberkesanan FertilAid, ia juga

menggabungkan nutrien-nutrien perangsang kesuburan dengan jumlah kandungan yang

lengkap terdiri dari herba-herba, vitamin-vitamin, mineral-mineral dan antidoksidan.

Rumusan ini dapat membantu menyeimbangkan hormon-hormon reproduktif,

menggalakkan ovulasi dan meningkatkan tahap kesihatan reproduktif. (Anda boleh rujuk

lampiran untuk maklumat lanjut tentang kebaikan antioksidan terhadap kesuburan).

Anda boleh rujuk sendiri penerangan lanjut tentang kebaikan kombinasi mineral-mineral,

vitamin-vitamin dan herba-herba ini di laman FertilAid sendiri iaitu www.FertilAid.com

Jika anda kurang yakin dengan laman web tersebut kerana mungkin mereka berat sebelah

kerana ingin melariskan jualan produk mereka, kami berikan satu lagi sumber artikel yang

terbitkan oleh satu badan bebas iaitu daripada Resolve(The National Infertility

Association)(www.Resolve.org). Ia adalah satu penulisan yang ringkas dan padat tentang

bagaimana vitamin, mineral, herba dan antioksidan yang baik untuk kesuburan.

Page 18: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

18 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

The Impact of Nutrition on Fertility- Natural Alternatives

Lynn M. Westphal, MD, Mary Lake Polan, MD, PhD, MPH, Aileen Sontag Trant, PhD

Klik Link Di Bawah untuk membaca tentang kajian tersebut terus dari website Resolve.org.

http://familybuilding.resolve.org/site/PageServer?pagename=lrn_wamo_na&JServSessionI

d_form=login&printer_friendly=1

Dalam Ebook Rahsia Mudah Hamil yang diterbitkan pada tahun 2009, terdapat satu bab

khusus yang kami dedahkan bagaimana mineral-mineral dan vitamin-vitamin ini boleh

membantu meningkatkan kesuburan.

(b) Set Permata Hati

Page 19: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

19 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Set Permata Hati adalah produk keluaran tempatan yang dirumuskan berdasarkan kepada

ramuan tradisional. Produk ini dihasilkan oleh Khasiat Bumi Trading Sdn. Bhd (KT0203364-

P). Khasiat Bumi Trading adalah syarikat pembekal dan pengedar ubat ubatan tradisional

telah beroperasi semenjak lima tahun yang lalu. Bermula secara kecil-kecilan dan kini

semakin berkembang mengeluarkan produk di bawah jenama Khasiat Bumi.

Menurut pengasas produk ini, Encik Wan Azmi bin Mohd Noor dan,

Puan Wan Norhaniah Bt Wan Yacoob, sebahagian daripada bekalan bahan mentah (herba)

diambil daripada masyarakat orang asli di kawasan Jeli, Hulu Kelantan.

Set Permata Hatiku ini mengandungi 100% herba dan mendapat kelulusan daripada

Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP.

Page 20: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

20 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Set Permata Hatiku ini terdiri 1 botol kapsul Lelaki SP, 1 botol kapsul C-Hat Ceria dan 2 botol kapsul L`Hir.

Kandungan;

Lelaki SP – untuk suami

( MAL 07124654 T )

Ubi Jaga, Tongkat Ali, Haji Samat

Menambahkan tenaga lelaki Melancarkan perjalanan darah Mengekalkan kesihatan lelaki

C-Hat Ceria - untuk isteri

( MAL 08021520 T )

Terung kemar, Mas cotek, Dukung anak, Lakum (Ubi Kertas)

Kesihatan wanita Membersih dan menyuburkan rahim Menguatkan rahim untuk memastikan kandungan kukuh Melegakan keputihan dan senggugut

Kapsul L-Hir - untuk suami dan isteri

( MAL 08080420 T )

Chasteberry exstract, Lobata, Red Clover, Mas Cotek, Ginseng

Merangsang hormone testosteron dan progesteron Menstabilkan hormon wanita Menghasilkan sperma dan ovum (benih perempuan) yang berkualiti

# Kapsul L-Hir mengandungi Chasteberry extract (Vitex)

Page 21: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

21 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

7.0) Di Mana Ingin Mendapatkannya

Anda boleh dapatkan kedua-dua produk tersebut melalui pembelian online iaitu dari;

>>www.HamilShop.com<<

Anda juga boleh dapatkannya dari Fanpage

>www.facebook.com/rahsiamudahhamil<

Page 22: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

22 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

8.0) Penutup

Kaedah-kaedah rawatan yang berasaskan herba adalah dikategorikan dalam kumpulan kaedah

rawatan alternatif. Perkataan ‘alternatif’ menunjukkan bahawa ia adalah pilihan kedua setelah

kaedah pertama gagal. Dari sudut rawatan kesuburan, keutamaan harus diberi kepada kaedah-

kaedah rawatan moden. Anda dinasihatkan agar berjumpa doktor terlebih dahulu untuk

mendapatkan gambaran sebenar keadaan kesuburan anda. Setelah itu, barulah doktor akan

mencadangkan bentuk-bentuk rawatan yang sesuai.

Ramai yang berjaya hamil setelah menjalani pelbagai bentuk rawatan moden. Pastikan anda

tidak membelakangkan rawatan-rawatan moden ini. Namun anda tidak perlu putus asa jika

kaedah perubatan moden ini tidak berhasil, ataupun doktor mencadangkan bentuk rawatan

yang melibatkan kos yang di luar kemampuan kewangan anda. Apa yang kami dedahkan dalam

penulisan ini adalah merupakan satu bentuk ikhtiar yang melibatkan kos yang rendah, tiada

kesan sampingan dan selamat digunakan. Oleh itu, kami doakan agar anda berjaya dalam

segala bentuk ikhtiar yang bakal dilalui.

Ikhlas Dari,

Abu Jarir & Ummu Aisyah

www.MudahHamil.com

www.MudahHamil.com/blog

www.HamilShop.com

www.AlatKesuburan.com

www.Facebook.com/RahsiaMudahHamil

Page 23: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

23 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Rujukan

(1) White J. Public address: Overview of NCI’s TCM-related research presented at Traditional

Chinese Medicine and Cancer Research: Fostering Collaboration; Advancing the Science,

April 10, 2006. Office of Cancer Complementary and Alternative Medicine (OCCAM).

(2) Zamiska N. On the trail of ancient cures. Wall Street Journal November 15, 2006: B1, B12.

(3) Novartis eyes traditional Chinese medicine. United Press International. Available from:

http://www.upi.com/NewsTrack/view.php?StoryID=20061106-022125-5205r [accessed on 1

August 2007].

(4) WHO traditional medicine strategy 2002–2005. Geneva: WHO; 2002.

(5) Gerhard I I, Patek A, Monga B, Blank A, Gorkow C. (1998). Women with fertility disorders

benefited from V. agnus-castus obtaining more pregnancies then the placebo group. Forsch

Komplementarmed. 5(6):272-278.

(6) Milewicz A, Gejdel E, Sworen H, Sienkiewicz K, Jedrzejak J, Teucher T, Schmitz H.

(1993). Vitex agnus castus extract in the treatment of luteal phase defects due to latent

hyperprolactinemia. Results of a randomized placebo-controlled double-blind study.

Arzneimittelforschung. Jul;43(7):752-6.

(7) Propping D, Katzorke T. Treatment of corpus luteum insufficiency. (1987). Zeitschr

Allgemeinmedizin 63:932–3.

(8) Bergmann J, Luft B, Boehmann S, Runnebaum B, Gerhard I.(2000). The efficacy of the

complex medication Phyto-Hypophyson L in female, hormone-related sterility. A randomized,

placebo-controlled clinical double-blind study. Forsch Komplementarmed Klass Natureheilkd

7(4):190-9.

(9) Amman W.(1982). Favorable effect of Agnus castus (Agnolyt) on amenorrhea. ZFA

(Stuttgart). Feb 10;58(4):228-31.

(10) Ciotta L, Pagano I, Stracquadanio M, Di Leo S, Andò A, Formuso C. (2011). Psychic

aspects of the premenstrual dysphoric disorders. New therapeutic strategies: our experience with

Vitex agnus castus. Minerva Ginecol. Jun;63(3):237-45.

Page 24: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

24 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Lampiran 1: Apa Itu Fasa Luteal?

Suatu kitar haid terbahagi kepada dua fasa.

1. Fasa Folikel - Bermula dari hari pertama haid hingga ovulasi

2. Fasa Luteal - Selepas ovulasi sehingga haid berikutnya

Oleh itu, pemisah antara fasa folikel dan fasa luteal adalah haid dan ovulasi.

Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula

menghasilkan hormon progesteron. Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal. Ketika aras

progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai

persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan. Lapisan endometrium ini memainkan

peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim. Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil,

disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap

janin yang terbentuk. Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan.

Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan

runtuh, maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan

keluar sebagai darah haid.

Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO), Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari.

Fakta Penting Tentang Fasa Luteal

Fasa folikel adalah tidak tetap kerana ia bergantung kepada bila berlakunya ovulasi manakala ovulasi

pula boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti stress, pengambilan ubat-ubatan, peningkatan

aktiviti-aktiviti harian dan faktor-faktor lain. Jika proses ovulasi terganggu, maka tempoh fasa folikel

juga berubah.

Tempoh fasa luteal pula adalah sangat tetap bagi seseorang individu, jika ada perubahan pun tak lebih

dari 1 hari.

Berikut adalah suatu 'misconception' bagi seseorang wanita yang mengunakan kaedah kalendar bagi

mengira hari-hari subur iaitu mereka kira dari 'depan' iaitu dari fasa folikel sedangkan fasa folikel boleh

berubah-ubah. Sebaliknnya, pengiraan hari ovulasi dan hari-hari subur ini sepatutnya dikira dari

'belakang' atau dari fasa luteal ini.

Dengan mengambil kira fakta ini, kita boleh kesan waktu ovulasi dalam sesuatu kitar haid dengan

formula berikut:

Tempoh Kitar Haid - Tempoh Fasa Luteal.

Page 25: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

25 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Contoh:

Tempoh Kitar Haid = 28 hari

Tempoh Fasa Luteal =12 Hari

Ovulasi : 28-12=16

Oleh itu, ovulasi akan berlaku pada hari ke 16 bagi kitar haid wanita ini.

Formula inilah yang digunakan oleh mana-mana Kalendar Ovulasi bagi mengesan hari-hari subur.

Dalam ebook Rahsia Mudah Hamil, kami ada terangkan bagaimana untuk mengesan hari-hari subur

berdasarkan Kaedah Kalendar ini dengan lebih detail dengan bantuan satu gambarajah khas. Hanya

rujuk gambarajah tersebut sahaja dah boleh tahu bila hari subur tanpa perlu kira-mengira seperti di

atas.

Bagaimana Mengesan Fasa Luteal dari carta BBT?

Fasa Luteal = bermula dari Ovulasi hingga Hari pertama Haid.

Bagaimana untuk kesan tempoh fasa luteal ini melalui carta BBT? Untuk memudahkan anda, boleh

rujuk gambarajah yang kami sediakan di link berikut:

http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=CTBJk&m=1qotS2jEBZo8Nl&b=JbxWY51HEg22XP9YR28YmQ

Berdasarkan rajah di atas,

tempoh kitar haid wanita ini = 28 hari.

Ovulasi berlaku pada = hari ke 14

Tempoh fasa luteal adalah = 14 hari

Page 26: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

26 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Lampiran 2: Apa Itu Antioksidan?

Antioksidan ialah bahan biokimia semulajadi yang menjaga sel-sel badan daaripada rosak akibat tindakan radikal bebas. Antioksida ini akan memberikan electron kepada radikal bebas ini untuk meneutralkannya supaya ia menjadi tidak berbahaya kepada fungsi badan kita

Namun Radikal Bebas ini bukan sahaja terhasil daripada pengoksidaan sel melalui proses pernafasan sahaja, tetapi pelbagai factor luaran yang menggalakkan penghasilan radikal bebas ini seperti tekanan, toksin, bahan kimia, pengawet dan perisa makanan

Alam sekitar yang tercemar juga mengandungi radikal bebas. Eksperimen yang paling senang untuk membuktikan kewujudan radikal bebas dalam persekitaran adalah dengan memotong sebiji epal kepada dua bahagian. Kemudian biarkan ia terdedah selama 10 atau 15 minit.

Apa yang terjadi?

Bahagian yang terpotong akan bertukar menjadi warna perang.

Ini menunjukkan bahawa persekitaran kita mengandungi banyak radikal

bebas. Radikal bebas tersebut telah meresap dan bertindak balas dengan bahagian epal yang terpotong tersebut menjadikannya berwarna perang.

Page 27: V Vitex: Herba Untuk Kesuburan 1 - mudahhamil.commudahhamil.com/altdldpage/VAC.pdf · Sejarah telah lama menunjukkan bahawa penggunaan Vitex pada manusia adalah selamat. Penggunaannya

V

27 Vitex: Herba Untuk Kesuburan

Selain daripada radikal-radikal bebas daripada luar, terdapat perkara-perkara luaran yang boleh mengurangkan kandungan antioksidan dalam badan kita seperti merokok, ubat-ubatan moden dan sebagainya.

Ini menyebabkan badan kita kekurangan ‘penjaga’ iaitu Antioksidan yang mengawal tindakan radikal bebas ini. Tugas ‘penjaga’ ini menjadi semakin berat apabila berlaku penambahan radikal-radikal bebas dari unsure-unsur luar tadi.

Radikal-radikal bebas tadi adalah ibaratkan api dalam system badan kita. Api ini boleh merebak dan merosakkan sel-sel badan dan menyebabkan penuaan dan penyakit-penyakit tertentu.

Antioksidan mampu memadamkan api ini. Namun bekalan antioksidan dalam badan kita adalah tidak mencukupi untuk mengawal tindakan radikal-radikal bebas ini.

Oleh itu, kita perlu dapatkan bekalan antioksidan tambahan dari luar khususnya melalui makanan-makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.