utusan malaysia_8 jan 2014- ke arah kesaksamaan hak kanak-kanak

1
MUKA 26 UTUSAN MALAYSIA RABU 8 JANUARI 2014 Dalam Negeri KEPRIHATINAN Malaysia terhadap perkembangan optimum kanak-kanak dapat dilihat dalam pelbagai dasar dan pro- gram sosioekonomi yang dilaksanakan ber- tujuan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sensitif terhadap keper- luan kanak-kanak di negara ini. Dalam hal ini, pelbagai undang-undang telah digubal dengan matlamat untuk melindungi dan menjaga kebajikan kanak- kanak. Antaranya ialah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (Pindaan 1988), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Akta Pendidikan 1996, Akta Kanak-Kanak 2001, dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010). Selain itu, Malaysia juga mengambil pel- bagai langkah untuk memastikan dasar dan program berkaitan kanak-kanak yang dilak- sanakan adalah sejajar dengan Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995. Dalam memastikan usaha yang berte- rusan bagi meningkatkan lagi kesejahte- raan kanak-kanak di Malaysia, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Tabung Kanak-kanak Bangsa- Bangsa Bersatu (UNICEF) telah melancar- kan profil statistik kanak-kanak di Malaysia bertajuk ‘Profil Kanak-kanak Di Malaysia: Pelaksanaan Hak Kanak-kanak Dengan Kesaksamaan’ pada 11 Disember 2013. Ia adalah kompilasi pertama seum- pamanya yang pernah diterbitkan di Malaysia. Penerbitan ini mengumpulkan maklumat sedia ada berkaitan kanak-kanak yang diperoleh daripada pelbagai sumber penerbitan bagi memberi penilaian menye- luruh mengenai keadaan kanak-kanak di Malaysia. Penerbitan ini adalah bertepatan dengan permulaan penyediaan rancangan pemba- ngunan lima tahun negara seterusnya iaitu Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020). Ia mengandungi analisis terhadap indikator utama berkaitan kanak-kanak bagi menilai status pelaksanaan hak kanak-kanak di Malaysia serta mengenal pasti ketidaksa- maan yang wujud di negara ini. Konvensyen yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995 menyediakan rangka kerja yang merangkumi semua aspek kehidupan kanak-kanak seperti hak mendapatkan tahap kehidupan yang baik, hak kelangsungan hidup dan kesihatan, hak perkembangan dan pendidikan, hak penjagaan dan perlindungan serta hak menyuarakan pendapat dan pandangan. Profil demografi bagi 9.5 juta kanak- kanak di Malaysia (2010) menunjukkan per- bezaan bilangan kanak-kanak yang tinggal di setiap negeri - daripada 1,645,000 kanak- kanak di Selangor dan 1,255,000 kanak- kanak di Sabah berbanding hanya 78,000 kanak-kanak di Perlis, 30,000 kanak-kanak di Wilayah Persekutuan Labuan dan 24,000 kanak-kanak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia juga menunjukkan kepelba- gaian etnik dalam kalangan kanak-kanak yang terdiri daripada bangsa Melayu seba- nyak 55.2 peratus, Cina 18.4 peratus, Bumiputera 13.9 peratus, India 6.2 peratus, Bukan Warganegara Malaysia 5.4 peratus dan lain-lain kaum 0.8 peratus. Intervensi dasar bagi menangani jurang ini perlu dilaksanakan dengan mengambil kira profil sosioekonomi kanak-kanak, kelangsungan hidup dan kesihatan, pendi- dikan dan perkembangan serta penjagaan dan perlindungan. Antara ciri-ciri utama profil pelbagai dimensi bagi kanak-kanak di Malaysia dinyatakan seperti di bawah. Tahap kehidupan yang mencukupi Taraf hidup kanak-kanak telah mening- kat secara mendadak di antara tahun 1989 dan 2007. Kemiskinan kanak-kanak (kanak- kanak di bawah umur 15 tahun) telah berkurangan daripada 29.3 peratus kepada 9.4 peratus dalam tempoh tersebut. Namun begitu, hakikatnya kanak-kanak masih kekal terjejas berikutan kadar kemiskinan keseluruhan pada tahun 2007 adalah kurang daripada separuh kadar kemiskinan kanak-kanak. Perbezaan ketara dapat dilihat dalam kalangan kumpulan etnik yang berlainan dengan 25.6 peratus kanak-kanak Orang Asli dan 33.3 peratus kanak-kanak lain (yang sebahagian besarnya terdiri daripada bukan warganegara Malaysia), hidup dalam kemiskinan pada tahun 2007 seperti ditun- jukkan di dalam Carta 1. Pada tahun yang sama, bilangan kanak-kanak miskin terting- gi direkodkan di Sabah manakala bilangan terendah adalah di Selangor. Bukti-bukti yang ada menunjukkan ter- dapat perbezaan ketara dalam kalangan kanak-kanak daripada latar belakang yang berlainan. Memandangkan cara kanak- kanak terjejas oleh kemiskinan adalah ber- beza daripada orang dewasa maka adalah penting anggaran kemiskinan kanak-kanak disedia dan diterbitkan secara berkala untuk digunakan dalam perancangan dan pelaksanaan program-program pembasmi- an kemiskinan khusus untuk kanak-kanak. Dalam usaha untuk mengurangkan bila- ngan kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan, pelbagai strategi telah diran- cang dan dilaksanakan oleh Kerajaan. Hasilnya, hak kanak-kanak untuk keselama- tan sosial telah meningkat dengan ketara di antara tahun 2005 dan 2011 di mana bilan- gan kanak-kanak yang menerima Bantuan Kanak-kanak yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meningkat lebih daripada lima kali ganda bagi tempoh tersebut. Purata jumlah bantuan tahunan bagi hampir 100,000 kanak-kanak adalah seba- nyak RM3,194 juta pada tahun 2011. Bagi menilai keberkesanan dan kecekapan ban- tuan ini maka analisis lanjut berkaitan jum- lah kanak-kanak yang memerlukan bantu- an dan aspek keperluan yang dirangkumi oleh bantuan tersebut perlu dilaksanakan. Hidup dan kesihatan asas Malaysia kini mencapai kemajuan yang mengagumkan dalam kelangsungan hidup kanak-kanak berbanding negara-negara per- industrian lain di mana bagi kadar kematian kanak-kanak, Malaysia mencatat kadar kematian bayi dan kadar kematian di bawah umur lima tahun masing-masing sebanyak 6.8 dan 8.5 kematian bagi setiap 1,000 kela- hiran pada tahun 2010. Anggaran semasa juga menunjukkan kadar tersebut dikekalkan pada tahap yang rendah. Dalam hal ini, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Milenium Ke-4 pada tahun 2015 iaitu mengurangkan sebanyak dua per- tiga kadar kematian di bawah lima tahun di antara tahun 1990 dan 2015. Profil ini juga menunjukkan purata nasional tidak dapat memperlihatkan jurang ketara yang wujud di setiap negeri dan di antara kumpulan etnik. Sebagai con- toh, risiko kematian bayi yang baru lahir di Kelantan sebelum mencapai umur lima tahun adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada risiko kematian bayi yang baru lahir di Kuala Lumpur pada tahun 2009 manakala risiko kematian seorang bayi Melayu yang baru lahir sebelum mencapai umur satu tahun adalah dua kali ganda ber- banding risiko kematian bayi Cina yang baru lahir pada umur yang sama pada tahun 2010. Daripada sudut jantina, kanak-kanak lelaki menghadapi risiko kematian pada usia muda yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak perempuan. Bagi menangani risiko ini, for- mat baharu bagi kajian kematian kanak- kanak di bawah umur lima tahun telah diperkenalkan pada bulan Januari 2013. Selain itu, nutrisi kanak-kanak juga menunjukkan penambahbaikan dari sema- sa ke semasa. Dalam hal ini, berat-untuk- umur, atau dikenali juga sebagai kurang berat badan, adalah proksi yang baik bagi menilai kekurangan nutrisi makanan dalam kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh faktor-faktor kronik serta akut. Bilangan kanak-kanak di bawah lima tahun yang mengalami kurang berat badan (sederhana dan teruk) pada tahun 2010 ialah 4.6 peratus yang merupakan satu per- tiga daripada bilangan pada tahun 2000. Namun begitu, Profil ini turut menunjuk- kan terdapat perbezaan data yang ketara di peringkat negeri. Contohnya di Sarawak, terdapat kira-kira 10 peratus kanak-kanak di bawah lima tahun yang mengalami kekurangan nutrisi makanan pada tahun 2010. Bagi menangani isu ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Pemakanan Malaysia (2006-2015), menetapkan matlamat untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan pemakanan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan nega- ra selaras dengan Wawasan 2020. Untuk mengatasi perbezaan ketara di peringkat negeri serta status kekurangan zat makanan kanak-kanak dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah terutamanya kanak-kanak Orang Asli di kawasan pedala- man serta kanak-kanak di kawasan terpencil di Sarawak maka Program Pemulihan seperti Bakul Makanan telah diperluaskan kepada Program Pemakanan Komuniti (CFP). CFP terdiri daripada Rancangan Pemakanan Tambahan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada enam tahun, Ready-to-Use Therapeutic Food (RUTF); Program Kesihatan Masyarakat dan Program Pemerkasaan Orang Asli. Kemudahan penjagaan kesihatan yang lengkap dan mudah diakses serta adanya doktor yang berkelayakan adalah penting dalam menyediakan bantuan perubatan yang berkualiti dan bertepatan kepada kanak-kanak. Dalam hal ini, data yang diperoleh juga menunjukkan bahawa terda- pat perbezaan di antara negeri mengenai akses kepada kemudahan kesihatan dan perkhidmatan doktor yang berkelayakan. Sebagai contoh, pada tahun 2010, secara puratanya dalam kalangan semua pesakit, seorang doktor di Kuala Lumpur merawat 78 kanak-kanak yang berumur kurang dari- pada 15 tahun. Ini berbeza di Sabah di mana seorang doktor perlu merawat 532 kanak- kanak pada usia yang sama. Pada tahun 2012, semua isi rumah miskin di Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai akses kepada kemudahan kesihatan awam dalam lingkungan lima kilometer daripada tempat kediaman mereka berbanding hanya 45 peratus sahaja di Sarawak. Dalam hubungan ini, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M) pada bulan Julai tahun 2010 sebagai salah satu inisiatif yang dilaksanakan untuk menyediakan penjag- aan kesihatan yang lebih berkualiti dan mudah diakses. Konsep penggunaan bas dan perkhidma- tan bot KB1M adalah bertujuan untuk mem- beri keutamaan kepada masyarakat yang berada di luar bandar seperti di ladang- ladang, kampung-kampung tradisional dan penempatan Orang Asli. KB1M dilaksana- kan di 132 buah stesen perkhidmatan yang meliputi 269 buah kampung di enam buah negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Bagi penduduk yang tinggal jauh di kawasan pedalaman, terdapat sejumlah 222 pasukan perubatan bergerak yang terdiri daripada 104 pasukan di Semenanjung Malaysia, 21 pasukan di Sabah dan 97 di Sarawak yang akan menyediakan perkhid- matan kesihatan kepada mereka. Setakat ini, sejumlah 228 Pakar Perubatan Keluarga, 2,256 Pegawai Perubatan, 8,566 Jururawat Kesihatan, 12,841 Jururawat Masyarakat dan 3,182 Penolong Pegawai Perubatan ditempatkan di klinik-klinik di seluruh negara untuk menyediakan per- khidmatan kepada semua lapisan masya- rakat. Perkembangan awal kanak- kanak dan pendidikan Pendidikan merupakan tunjang utama kepada kemajuan pembangunan negara. Justeru itu, kerajaan telah memberi perha- tian khusus kepada perkembangan dan pendidikan prasekolah dengan pelaksanaan langkah-langkah spesifik bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat man- faat daripada program perkembangan awal kanak-kanak sedia ada. Langkah-langkah ini telah membawa kepada peningkatan kemasukan kanak- kanak ke sekolah serta penambahbaikan terhadap keadaan semasa. Secara umum- nya, pendaftaran masuk ke tadika telah meningkat sebanyak enam peratus dalam tempoh lima tahun dan mencapai 73.0 peratus pada tahun 2010. Peratusan kanak-kanak Tahun 1 yang telah menghadiri program Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah sebanyak 93.9 peratus pada tahun 2012. Enam puluh peratus dari- pada tadika di Malaysia merupakan tadika awam; di mana nisbah pelajar kepada guru adalah lebih tinggi (22 pelajar bagi setiap guru) berbanding di tadika swasta (14 pela- jar bagi setiap guru) pada tahun 2009. Malaysia berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pendidikan rendah universal menjelang tahun 2015. Bukti yang ada menunjukkan kadar penyer- taan semasa dalam institusi pendidikan kerajaan dan institusi bantuan Kerajaan adalah melebihi 96.0 peratus di peringkat sekolah rendah. Enrolmen sekolah menengah adalah lebih 91.0 peratus pada tahun 2012 manaka- la kadar peralihan daripada peringkat menengah rendah ke peringkat menengah atas adalah 97.7 peratus pada tahun yang sama. Selain itu, terdapat sebilangan kanak- kanak yang memperoleh manfaat daripada peluang-peluang pendidikan yang disedia- kan oleh sekolah-sekolah atau pusat-pusat di bawah naungan institusi selain daripada Kementerian Pendidikan. Data yang ada menunjukkan bahawa bilangan kanak-kanak berumur di antara 6 hingga 18 tahun yang menerima pendidikan adalah tinggi iaitu 79.9 peratus kadar enrol- men pada tahun 2011. Namun begitu, per- bezaan kadar enrolmen juga dapat dilihat di antara negeri. Perbezaan ini adalah di anta- ra 89.8 peratus di Selangor hingga 64.6 pe ratus di Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun yang sama. Kadar peralihan daripada pendidikan ren- dah kepada pendidikan menengah rendah dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah 96.5 peratus pada tahun 2012. Bagai- manapun, terdapat perbezaan ketara di anta- ra negeri di mana kadar peralihan sebanyak 88.5 peratus dicatatkan di Kuala Lumpur dan 82.5 peratus di Kelantan berbanding 92.6 per- atus dan 88.1 peratus masing-masing di Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam tahun 2009/10, isi rumah kaum Cina secara puratanya membelanjakan sebanyak 22.0 peratus lebih daripada isi rumah kaum India untuk pendidikan serta dua kali ganda lebih daripada isi rumah Bumiputera (Melayu dan lain-lain pen- duduk orang Asli). Purata ini juga adalah lima kali ganda ber- banding dengan purata perbelanjaan isi rumah bukan warganegara Malaysia. Oleh itu, analisis lanjut diperlukan untuk menge- nal pasti apakah faktor yang menyebabkan corak perbelanjaan ini. Identiti, penjagaan dan perlindungan Kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan dan perkhidmatan dalam menangani pelbagai isu perlindungan kanak-kanak di Malaysia. Sebagai contoh, Kerajaan menyediakan pelbagai penyele- saian untuk kanak-kanak yang kurang men- dapat penjagaan ibu bapa. Antara penyele- saian yang digunakan adalah menerusi pengambilan anak angkat dan penjagaan di Rumah Kanak-kanak. Pengambilan anak angkat menunjukkan peningkatan dengan sejumlah 1,697 permo- honan bagi pendaftaran dan pengambilan anak angkat pada tahun 2011. Sementara itu, lebih daripada 1,000 kanak-kanak telah dijaga setiap tahun di rumah kanak-kanak yang menerima ban- tuan Kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan penjagaan gantian dan meng- galakkan pertumbuhan serta per- kembangan mereka. Isu keganasan terhadap kanak-kanak merupakan salah satu masalah serius yang perlu diberi perhatian. Kes penderaan kanak-kanak telah meningkat sejak kebela- kangan ini dengan kanak-kanak perempuan yang didera adalah dua kali ganda berban- ding kanak-kanak lelaki (kes penderaan kanak-kanak lelaki yang berdaftar ialah sebanyak 1,253 berbanding kanak-kanak perempuan sebanyak 2,175 pada tahun 2011). Walau apapun sebab peningkatan dalam laporan kes penderaan kanak-kanak ini namun ia tetap menunjukkan terdapatnya keperluan mendesak bagi penggubalan dasar-dasar yang peka kepada gender yang memberi tumpuan kepada pencegahan bagi mengubah trend sedia ada. Bilangan kesalahan juvana yang didaftar- kan adalah berbeza di antara negeri seperti ditunjukkan dalam Carta 2. Perbezaan yang berlaku mungkin disebabkan oleh jumlah populasi pada peringkat umur berkenaan yang tinggal di sesebuah negeri, kadar kesalahan juvana atau kadar pendaftaran kes yang berbeza. Pada tahun 2010, purata kes kesalahan juvana yang direkodkan adalah 66.6 kes bagi setiap 100,000 kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 tahun hingga 21 tahun. Profil ini juga menunjukkan lebih ramai kanak-kanak lelaki terlibat dengan kes salah laku berbanding kanak-kanak perempuan dan kebanyakannya adalah kesalahan berkaitan dengan hartanah. Pesalah kanak-kanak yang melanggar undang-undang atau di luar kawalan ibu bapa seperti yang ditetapkan dalam Akta Kanak-kanak 2001 akan ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti (STB) yang merupakan sekolah yang didaftarkan untuk penahanan dan pemulihan kanak-kanak. Sehingga tahun 2013, terdapat sembilan STB dengan kapasiti 1,400 kanak-kanak. Daripada sembilan sekolah berkenaan, enam daripadanya adalah sekolah untuk kanak-kanak lelaki manakala tiga sekolah adalah untuk kanak-kanak perempuan. Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk laman web Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri: www.epu.gov.my. Ke arah kesaksamaan hak kanak-kanak Cara kanak-kanak terjejas oleh kemiskinan adalah berbeza daripada orang dewa- sa maka adalah penting ang- garan kemiskinan kanak-kanak disedia dan diterbitkan secara berkala untuk digunakan dalam perancangan dan pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan khusus untuk kanak-kanak KETUA Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff (kiri) bersama-sama wakil UNICEF di Malaysia Wivina Belmonte di Majlis Pelancaran Profil Kanak-Kanak Di Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya pada Disember tahun lalu. GOLONGAN dewasa perlu menjaga hak kanak-kanak perlbagai kaum. - Gambar hiasan 700 Angka mutlak 92 158 191 214 216 229 269 332 357 368 411 460 507 655 30.0 145.2 47.5 94.0 87.0 36.7 52.4 31.1 103.0 62.7 98.6 144.9 95.2 43.9 86.7 6 Per 100,000 populasi kanak-kanak berumur 10-21 tahun 600 500 400 300 200 100 0 ‘Malaysia: Jumlah kes = 4,465 ; Purata kes setiap 100,000 juvana = 66.6’ W. P Labuan Perlis W.P. Kuala Lumpur Melaka Negeri Sembilan Sarawak Kelantan Sabah Pulau Pinang Perak Pahang Terengganu Kedah Selangor Johor Peratus kanak-kanak 2007 1989 Bumiputera Lain Lain-lain Melayu India Cina 1.0 9.0 6.5 23.5 6.8 33.1 33.3 50.7 25.6 52.0 Carta 1: Kadar Kemiskinan Kanak-kanak Mengikut Kumpulan Etnik, 1989 dan 2007 ( %) Carta 2: Pesalah Juvana Mengikut Negeri, 2010

Upload: silvermus89

Post on 23-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

hak kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Utusan Malaysia_8 Jan 2014- Ke Arah Kesaksamaan Hak Kanak-kanak

MUKA 26 • UTUSAN MALAYSIA rabu 8 JANUARI 2014

Dalam Negeri

Keprihatinan Malaysia terhadap perkembangan optimum kanak-kanak dapat dilihat dalam pelbagai dasar dan pro-gram sosioekonomi yang dilaksanakan ber-tujuan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sensitif terhadap keper-luan kanak-kanak di negara ini.

Dalam hal ini, pelbagai undang-undang telah digubal dengan matlamat untuk melindungi dan menjaga kebajikan kanak-kanak. Antaranya ialah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (Pindaan 1988), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Akta Pendidikan 1996, Akta Kanak-Kanak 2001, dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010).

Selain itu, Malaysia juga mengambil pel-bagai langkah untuk memastikan dasar dan program berkaitan kanak-kanak yang dilak-sanakan adalah sejajar dengan Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995.

Dalam memastikan usaha yang berte-rusan bagi meningkatkan lagi kesejahte-raan kanak-kanak di Malaysia, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Tabung Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah melancar-kan profil statistik kanak-kanak di Malaysia bertajuk ‘Profil Kanak-kanak Di Malaysia: Pelaksanaan Hak Kanak-kanak Dengan Kesaksamaan’ pada 11 Disember 2013.

Ia adalah kompilasi pertama seum-pamanya yang pernah diterbitkan di Malaysia. Penerbitan ini mengumpulkan maklumat sedia ada berkaitan kanak-kanak yang diperoleh daripada pelbagai sumber penerbitan bagi memberi penilaian menye-luruh mengenai keadaan kanak-kanak di Malaysia.

Penerbitan ini adalah bertepatan dengan permulaan penyediaan rancangan pemba-ngunan lima tahun negara seterusnya iaitu Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020). Ia mengandungi analisis terhadap indikator utama berkaitan kanak-kanak bagi menilai status pelaksanaan hak kanak-kanak di Malaysia serta mengenal pasti ketidaksa-maan yang wujud di negara ini.

Konvensyen yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995 menyediakan rangka kerja yang merangkumi semua aspek kehidupan kanak-kanak seperti hak mendapatkan tahap kehidupan yang baik, hak kelangsungan hidup dan kesihatan, hak perkembangan dan pendidikan, hak penjagaan dan perlindungan serta hak menyuarakan pendapat dan pandangan.

Profil demografi bagi 9.5 juta kanak-kanak di Malaysia (2010) menunjukkan per-bezaan bilangan kanak-kanak yang tinggal di setiap negeri - daripada 1,645,000 kanak-kanak di Selangor dan 1,255,000 kanak-kanak di Sabah berbanding hanya 78,000 kanak-kanak di Perlis, 30,000 kanak-kanak di Wilayah Persekutuan Labuan dan 24,000 kanak-kanak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia juga menunjukkan kepelba-gaian etnik dalam kalangan kanak-kanak yang terdiri daripada bangsa Melayu seba-nyak 55.2 peratus, Cina 18.4 peratus, Bumiputera 13.9 peratus, India 6.2 peratus, Bukan Warganegara Malaysia 5.4 peratus dan lain-lain kaum 0.8 peratus.

Intervensi dasar bagi menangani jurang ini perlu dilaksanakan dengan mengambil kira profil sosioekonomi kanak-kanak, ke langsungan hidup dan kesihatan, pendi-dikan dan perkembangan serta penjagaan dan perlindungan. Antara ciri-ciri utama profil pelbagai dimensi bagi kanak-kanak di Malaysia dinyatakan seperti di bawah.

tahap kehidupan yang mencukupi

Taraf hidup kanak-kanak telah mening-kat secara mendadak di antara tahun 1989 dan 2007. Kemiskinan kanak-kanak (kanak-kanak di bawah umur 15 tahun) telah berkurangan daripada 29.3 peratus kepada 9.4 peratus dalam tempoh tersebut. Namun begitu, hakikatnya kanak-kanak masih kekal terjejas berikutan kadar kemiskinan keseluruhan pada tahun 2007 adalah kurang daripada separuh kadar kemiskinan kanak-kanak.

Perbezaan ketara dapat dilihat dalam kalangan kumpulan etnik yang berlainan dengan 25.6 peratus kanak-kanak Orang Asli dan 33.3 peratus kanak-kanak lain (yang sebahagian besarnya terdiri daripada bukan warganegara Malaysia), hidup dalam kemiskinan pada tahun 2007 seperti ditun-jukkan di dalam Carta 1. Pada tahun yang sama, bilangan kanak-kanak miskin terting-gi direkodkan di Sabah manakala bilangan terendah adalah di Selangor.

Bukti-bukti yang ada menunjukkan ter-dapat perbezaan ketara dalam kalangan kanak-kanak daripada latar belakang yang berlainan. Memandangkan cara kanak-kanak terjejas oleh kemiskinan adalah ber-beza daripada orang dewasa maka adalah

penting anggaran kemiskinan kanak-kanak disedia dan diterbitkan secara berkala untuk digunakan dalam perancangan dan pelaksanaan program-program pembasmi-an kemiskinan khusus untuk kanak-kanak.

Dalam usaha untuk mengurangkan bila-ngan kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan, pelbagai strategi telah diran-cang dan dilaksanakan oleh Kerajaan. Hasilnya, hak kanak-kanak untuk keselama-tan sosial telah meningkat dengan ke tara di antara tahun 2005 dan 2011 di mana bilan-gan kanak-kanak yang menerima Bantuan Kanak-kanak yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meningkat lebih daripada lima kali ganda bagi tempoh tersebut.

Purata jumlah bantuan tahunan bagi hampir 100,000 kanak-kanak adalah seba-nyak RM3,194 juta pada tahun 2011. Bagi menilai keberkesanan dan kecekapan ban-tuan ini maka analisis lanjut berkaitan jum-lah kanak-kanak yang memerlukan bantu-an dan aspek keperluan yang dirangkumi oleh bantuan tersebut perlu dilaksanakan.

hidup dan kesihatan asasMalaysia kini mencapai kemajuan yang

mengagumkan dalam kelangsungan hidup kanak-kanak berbanding negara-negara per-industrian lain di mana bagi kadar kematian kanak-kanak, Malaysia mencatat kadar kematian bayi dan kadar kematian di bawah umur lima tahun ma sing-masing sebanyak 6.8 dan 8.5 kematian bagi setiap 1,000 kela-hiran pada tahun 2010. Anggaran semasa j u g a m e n u n j u k k a n k a d a r te r s e b u t dikekalkan pada tahap yang rendah. Dalam hal ini, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sa saran Matlamat Pembangunan Milenium Ke-4 pada tahun 2015 iaitu mengurangkan sebanyak dua per-tiga kadar kematian di bawah lima tahun di antara tahun 1990 dan 2015.

Profil ini juga menunjukkan purata nasional tidak dapat memperlihatkan jurang ketara yang wujud di setiap negeri dan di antara kumpulan etnik. Sebagai con-toh, risiko kematian bayi yang baru lahir di Kelantan sebelum mencapai umur lima tahun adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada risiko kematian bayi yang baru lahir di Kuala Lumpur pada tahun 2009 manakala risiko kematian seorang bayi Melayu yang baru lahir sebelum mencapai umur satu tahun adalah dua kali ganda ber-banding risiko kematian bayi Cina yang baru lahir pada umur yang sama pada tahun 2010.

Daripada sudut jantina, kanak-kanak lelaki menghadapi risiko kematian pada usia muda yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak perempuan. Bagi menangani risiko ini, for-mat baharu bagi kajian kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun telah diperkenalkan pada bulan Januari 2013.

Selain itu, nutrisi kanak-kanak juga me nunjukkan penambahbaikan dari sema-sa ke semasa. Dalam hal ini, berat-untuk-umur, atau dikenali juga sebagai kurang berat badan, adalah proksi yang baik bagi menilai kekurangan nutrisi makanan dalam kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh faktor-faktor kronik serta akut.

Bilangan kanak-kanak di bawah lima tahun yang mengalami kurang berat badan (sederhana dan teruk) pada tahun 2010 ialah 4.6 peratus yang merupakan satu per-tiga daripada bilangan pada tahun 2000. Namun begitu, Profil ini turut menunjuk-kan terdapat perbezaan data yang ketara di peringkat negeri. Contohnya di Sarawak, terdapat kira-kira 10 peratus kanak-kanak di bawah lima tahun yang mengalami kekurangan nutrisi makanan pada tahun 2010.

Bagi menangani isu ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Pemakanan Malaysia (2006-2015), menetapkan matlamat untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan pemakanan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka me nyumbang kepada pembangunan nega-ra selaras dengan Wawasan 2020.

Untuk mengatasi perbezaan ketara di

pe ringkat negeri serta status kekurangan zat makanan kanak-kanak dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah ter utamanya kanak-kanak Orang Asli di kawasan pedala-man serta kanak-kanak di kawasan terpencil di Sarawak maka Program Pemulihan seperti Bakul Makanan telah diperluaskan kepada Program Pemakanan Komuniti (CFP). CFP terdiri daripada Rancangan Pemakanan Tambahan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada enam tahun, Ready-to-Use The rap e utic Food (RU TF); P rogram Kesihatan Masyarakat dan Program Pemerkasaan Orang Asli.

Kemudahan penjagaan kesihatan yang lengkap dan mudah diakses serta adanya doktor yang berkelayakan adalah penting dalam menyediakan bantuan perubatan yang berkualiti dan bertepatan kepada kanak-kanak. Dalam hal ini, data yang diperoleh juga menunjukkan bahawa terda-pat perbezaan di antara negeri mengenai akses kepada kemudahan kesihatan dan perkhidmatan doktor yang berkelayakan. Sebagai contoh, pada tahun 2010, secara puratanya dalam kalangan semua pesakit, seorang doktor di Kuala Lumpur merawat 78 kanak-kanak yang berumur kurang dari-pada 15 tahun. Ini berbeza di Sabah di mana seorang doktor perlu merawat 532 kanak-kanak pada usia yang sama.

Pada tahun 2012, semua isi rumah miskin di P ulau P inang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai akses kepada kemudahan kesihatan awam dalam lingkungan lima kilometer daripada tempat kediaman mereka berbanding hanya 45 pe ratus sahaja di Sarawak.

Dalam hubungan ini, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M) pada bulan Julai tahun 2010 sebagai salah satu inisiatif yang dilaksanakan untuk menyediakan penjag-aan ke sihatan yang lebih berkualiti dan mudah diakses.

Konsep penggunaan bas dan perkhidma-tan bot KB1M adalah bertujuan untuk mem-beri keutamaan kepada masyarakat yang berada di luar bandar seperti di ladang-ladang, kampung-kampung tradisional dan penempatan Orang Asli. KB1M dilaksana-kan di 132 buah stesen perkhidmatan yang meliputi 269 buah kampung di enam buah negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Bagi penduduk yang tinggal jauh di kawasan pedalaman, terdapat sejumlah 222 pasukan perubatan bergerak yang terdiri daripada 104 pasukan di Semenanjung Malaysia, 21 pasukan di Sabah dan 97 di Sarawak yang akan menyediakan perkhid-matan kesihatan kepada mereka.

Setakat ini, sejumlah 228 Pakar Perubatan Keluarga, 2,256 Pegawai Perubatan, 8,566 Jururawat Kesihatan, 12,841 Jururawat Ma syarakat dan 3,182 Penolong Pegawai Per ubatan ditempatkan di klinik-klinik di seluruh negara untuk menyediakan per-khidmatan kepada semua lapisan masya-rakat.

perkembangan awal kanak-kanak dan pendidikan

Pendidikan merupakan tunjang utama kepada kemajuan pembangunan negara. Justeru itu, kerajaan telah memberi perha-tian khusus kepada perkembangan dan pendidikan prasekolah dengan pelaksanaan langkah-langkah spesifik bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat man-faat daripada program perkembangan awal kanak-kanak sedia ada.

Langkah-langkah ini telah membawa kepada peningkatan kemasukan kanak-kanak ke sekolah serta penambahbaikan terhadap keadaan semasa. Secara umum-nya, pendaftaran masuk ke tadika telah meningkat sebanyak enam peratus dalam tempoh lima tahun dan mencapai 73.0 pe ratus pada tahun 2010.

Peratusan kanak-kanak Tahun 1 yang telah menghadiri program Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah sebanyak 93.9 peratus pada tahun 2012. Enam puluh peratus dari-pada tadika di Malaysia merupakan tadika awam; di mana nisbah pelajar kepada guru adalah lebih tinggi (22 pelajar bagi setiap guru) berbanding di tadika swasta (14 pela-jar bagi setiap guru) pada tahun 2009.

Malaysia berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pendidikan rendah universal menjelang tahun 2015. Bukti yang ada menunjukkan kadar penyer-taan semasa dalam institusi pendidikan kerajaan dan institusi bantuan Kerajaan

adalah melebihi 96.0 peratus di peringkat sekolah rendah.

Enrolmen sekolah menengah adalah lebih 91.0 peratus pada tahun 2012 manaka-la kadar peralihan daripada peringkat menengah rendah ke peringkat menengah atas adalah 97.7 peratus pada tahun yang sama. Selain itu, terdapat sebilangan kanak-kanak yang memperoleh manfaat daripada peluang-peluang pendidikan yang disedia-kan oleh sekolah-sekolah atau pusat-pusat di bawah naungan institusi selain daripada Kementerian Pendidikan.

Data yang ada menunjukkan bahawa bilangan kanak-kanak berumur di antara 6 hingga 18 tahun yang menerima pendidikan adalah tinggi iaitu 79.9 peratus kadar enrol-men pada tahun 2011. Namun begitu, per-bezaan kadar enrolmen juga dapat dilihat di antara negeri. Perbezaan ini adalah di anta-ra 89.8 peratus di Selangor hingga 64.6 pe ratus di Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun yang sama.

Kadar peralihan daripada pendidikan ren-dah kepada pendidikan menengah rendah dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah 96.5 peratus pada tahun 2012. Bagai-manapun, terdapat perbezaan ketara di anta-ra negeri di mana kadar peralihan sebanyak 88.5 peratus dicatatkan di Kuala Lumpur dan 82.5 peratus di Kelantan berbanding 92.6 per-atus dan 88.1 peratus ma sing-masing di Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam tahun 2009/10, isi rumah kaum Cina secara puratanya membelanjakan sebanyak 22.0 peratus lebih daripada isi rumah kaum India untuk pendidikan serta dua kali ganda lebih daripada isi rumah Bumiputera (Melayu dan lain-lain pen-duduk orang Asli).

Purata ini juga adalah lima kali ganda ber-banding dengan purata perbelanjaan isi rumah bukan warganegara Malaysia. Oleh itu, analisis lanjut diperlukan untuk menge-nal pasti apakah faktor yang menyebabkan corak perbelanjaan ini.

identiti, penjagaan dan perlin dungan

Kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan dan perkhidmatan dalam menangani pelbagai isu perlindungan kanak-kanak di Malaysia. Sebagai contoh, Kerajaan menyediakan pelbagai penyele-saian untuk kanak-kanak yang kurang men-dapat penjagaan ibu bapa. Antara penyele-saian yang digunakan adalah menerusi pengambilan anak angkat dan penjagaan di Rumah Kanak-kanak.

Pengambilan anak angkat menunjukkan peningkatan dengan sejumlah 1,697 permo-honan bagi pendaftaran dan pengambilan anak angkat pada tahun 2011.

Sementara itu, lebih daripada 1,000 kanak-kanak telah dijaga setiap tahun di rumah kanak-kanak yang menerima ban-tuan Kerajaan yang bertujuan untuk menyedia kan penjagaan gantian dan meng-g a l a k k a n p e r t u m b u h a n s e r t a p e r -kembangan mereka.

Isu keganasan terhadap kanak-kanak me rupakan salah satu masalah serius yang perlu diberi perhatian. Kes penderaan kanak-kanak telah meningkat sejak kebela-kangan ini dengan kanak-kanak perempuan yang didera adalah dua kali ganda berban-ding kanak-kanak lelaki (kes penderaan kanak-kanak lelaki yang berdaftar ialah sebanyak 1,253 berbanding kanak-kanak pe rempuan sebanyak 2,175 pada tahun 2011).

Walau apapun sebab peningkatan dalam laporan kes penderaan kanak-kanak ini namun ia tetap menunjukkan terdapatnya keperluan mendesak bagi penggubalan dasar-dasar yang peka kepada gender yang memberi tumpuan kepada pencegahan bagi mengubah trend sedia ada.

Bilangan kesalahan juvana yang didaftar-kan adalah berbeza di antara negeri seperti ditunjukkan dalam Carta 2. Perbezaan yang berlaku mungkin disebabkan oleh jumlah populasi pada peringkat umur berkenaan yang tinggal di sesebuah negeri, kadar ke salahan juvana atau kadar pendaftaran kes yang berbeza.

Pada tahun 2010, purata kes kesalahan juvana yang direkodkan adalah 66.6 kes bagi setiap 100,000 kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 tahun hingga 21 tahun. Profil ini juga menunjukkan lebih ramai kanak-kanak lelaki terlibat dengan kes salah laku berbanding kanak-kanak pe rempuan dan kebanyakannya adalah ke salahan berkaitan dengan hartanah.

Pesalah kanak-kanak yang melanggar undang-undang atau di luar kawalan ibu bapa seperti yang ditetapkan dalam Akta Kanak-kanak 2001 akan ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti (STB) yang merupakan sekolah yang didaftarkan untuk penahanan dan pemulihan kanak-kanak.

Sehingga tahun 2013, terdapat sembilan STB dengan kapasiti 1,400 kanak-kanak. Daripada sembilan sekolah berkenaan, enam daripadanya adalah sekolah untuk kanak-kanak lelaki manakala tiga sekolah adalah untuk kanak-kanak perem puan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk laman web Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri: www.epu.gov.my.

Ke arah kesaksamaan hak kanak-kanakCara kanak-kanak terjejas

oleh kemiskinan adalah berbeza daripada orang dewa-sa maka adalah penting ang-garan kemiskinan kanak-kanak disedia dan diterbitkan secara berkala untuk digunakan dalam perancangan dan pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan khusus untuk kanak-kanak

KetUA Pengarah Unit Perancang ekonomi (UPe), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff (kiri) bersama-sama wakil UNICeF di Malaysia Wivina Belmonte di Majlis Pelancaran Profil Kanak-Kanak Di Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya pada Disember tahun lalu.

GoloNGAN dewasa perlu menjaga hak kanak-kanak perlbagai kaum. - Gambar hiasan

700 Angka mutlak

92

158 19

1 214

216 22

9 269 33

2 357

368 41

1 460 50

7

655

30.0

145.

2

47.5 94

.0

87.0

36.7

52.4

31.1

103.0

62.7 98

.6 144.

9

95.2

43.9 86

.7

6

Per 100,000 populasi kanak-kanak berumur 10-21 tahun

600

500

400

300

200

100

0

‘Malaysia: Jumlah kes = 4,465 ; Purata kes setiap 100,000 juvana = 66.6’

W. P Labuan

Perlis

W.P. Kuala Lumpur

Melaka

Negeri Sembila

nSarawakKelantan

SabahPulau Pinang

PerakPahang

TerengganuKedah

SelangorJohor

Peratus kanak-kanak

2007 1989

Bumiputera Lain

Lain-lain

Melayu

India

Cina 1.09.0

6.523.5

6.833.133.3

50.725.6

52.0

Carta 1: Kadar Kemiskinan Kanak-kanak Mengikut Kumpulan etnik, 1989 dan 2007 ( %)

Carta 2: Pesalah Juvana Mengikut Negeri, 2010