utusan malaysia selasa 3 ogos 2010 …ww1.utusan.com.my/utusan/special/t_anjungilmu/pg3ogos1.pdf ·...

1
Oleh IRMAN HASHIM Gambar AZLAN BAHRUM INSTITUT al-Quran (IQ) Terengganu di Padang Midin, Kuala Terengganu merupakan satu manifestasi kerajaan negeri dalam usaha bersepadu untuk melahirkan seramai mung- kin generasi Ulul Albab yang berpegang kepada asas kukuh al-Quran dalam segenap bidang kehidupan. Ia dilakukan atas kesedaran bahawa semakin jauhnya umat Islam dari al-Quran akan semakin menjejaskan kesejahteraan hidup walaupun mereka mungkin berjaya dalam pelbagai lapangan. Ini kerana umat Islam mudah terjerumus dalam kancah sosial dengan tipisnya benteng pertahanan diri. IQ Terengganu adalah kesimbungan dari- pada pelbagai usaha awal ter- masuk program celik al-Quran di bawah Yayasan Islam Terengganu, Sekolah Menengah Imtiaz di bawah Yayasan Terengganu, Kelab Ulul Albab di bawah Jabatan Pelajaran Negeri. Menyorot rentetan sejarah- nya ia bermula dengan nama Ma’had Tahfiz Padang Midin pada tahun 1984 dan setelah melalui proses perkembangan ia dinaik taraf dan dijenamakan dengan nama IQ Terengganu pada 2007 dengan pendekatan pengurusan lebih terancang serta sasaran lebih tinggi. Ramai yang masih tidak menyedari ten- tang keistimewaan di pusat penga- jian ini selain beranggapan ia sebagai gedung melahirkan imam- iman masjid, tidak lebih daripada itu. Di sini, pelajar yang diasuh menjadi ilmuan Islam, hafiz dan hafizah, disediakan dengan kemu- dahan penginapan, makan minum percuma di samping pemberian biasasiswa dan lepasan sijil IQ dapat memilih untuk melanjutkan pengajian seperti Jordan, Arab Saudi, Mahgribi dan Mesir. Pengarah IQ, Dr. Ahmad Bazli Shafie memberitahu Utusan Malaysia, perubahan yang dilakukan mem- beri isyarat bahawa dalam masa beberapa tahun akan datang, IQ Terengganu perlu bergerak pantas. Ia ke arah usaha untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi (IPT) dalam bidang pengajian al-Quran dan juga al-Sunnah. Langkah itu sekali gus bagi menjadikan- nya sebagai pusat rujukan terkenal tentang al-Quran sesuai dengan cita-cita untuk mela- hirkan masyarakat Ulul Albab yang bersifat Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik. Tentunya kelak, calon yang akan memasu- ki IQ Terengganu dengan kelulusan akade- mik yang cemerlang serta hafaz al-Quran akan menjadi syarat biasa kelak. Menurut beliau, cadangan untuk menaik taraf IQ kepada status IPT kini telah dikemu- kakan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 yang memerlukan peruntukan kira-kira RM200 juta. “Berdasarkan rancangan awal, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah, Khazan Che Mat sebelum ini memberitahu, kampus baru dicadangkan dibangunkan di Cendering,” ujarnya. Beliau menjelaskan, kini seramai 249 pelajar sedang mengikuti pengajian dalam dua peringkat kursus yang ditawarkan di IQ iaitu 187 orang mengikuti sijil Syahadah dan 62 lagi diploma Tahfiz Wal Qiraat. “Mereka yang berminat mengikut Sijil Syahadah boleh memulakannya selepas men- duduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala bagi jurusan diploma itu pula lepa- san Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya. Menurut beliau tempoh pengajian adalah antara tiga dan empat tahun, meliputi tajwid, qiraat, taranum, tafsir dan bahasa al- Quran,” jelasnya. Beliau memberitahu, pihaknya sedang mengkaji untuk memperkenalkan kursus- kursus baru di peringkat diploma bersesuai- an, seiring dengan tuntutan semasa. “Sebagai persediaan, pensyarah-pensyarah IQ juga kini digalakkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan sedang mencari pensyarah-pensyarah berwibawa serta bersesuaian untuk mengajar di sini,” ujarnya. Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya kini menaik taraf kemudahan di kampus termasuk pembinaan dua blok bangunan untuk menempatkan 16 kelas baru. Sejajar dengan kewujudannya di tengah masyarakat, beliau berkata, IQ juga menawar- kan kelas al-Quran untuk membantu masyar- akat setempat meningkatkan pemahaman dan pembacaan. “Kami juga ada menerima jemputan untuk mengadakan kelas-kelas al-Quran dari- pada pelbagai pihak,” ujarnya. Perjalanan IQ Terengganu ternyata masih jauh dan bagi mencapai matlamatkan, ia perlu merangka sendiri model yang diperlu- kannya. MUKA 8 UTUSAN MALAYSIA SELASA 3 OGOS 2010 Oleh KAMARUDIN MAT AKIB REPLIKA Batu Bersurat yang menghiasi bulatan Ladang di tengah pusat bandar Kuala Terengganu bukan sekadar simbol tentang Terengganu, negeri pertama meneri- ma kedatangan Islam yang menjadi asas perkembangan di negara ini. Ia juga dilihat sebagai simbol ter- hadap usaha-usaha kerajaan untuk terus menyemarakkan Islam, agama indah penuh kesederhanaan yang menawarkan kesejahteran kepada umatnya. Manifestasi terhadap usaha itu bukan sekadar laungan tetapi boleh dihayati dalam pelbagai lapangan kehidupan termasuklah menyedia- kan kemudahan bagi rakyat di wilayah Pantai Timur ini menu- naikan haji melalui penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah. Bermula dengan penerbangan sulung pesawat Boeing 747-400 yang membawa 353 jemaah haji dari Terengganu, Kelantan dan Pahang terus ke Jeddah tanggal 13 November 2008, kini negeri ini bakal memiliki Kompleks Tabung Haji Terengganu. Dengan kemudahan yang sedang dibangunkan, ia membolehkan ramai bakal jemaah haji menggu- nakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) untuk terus berangkat ke Tanah Suci tanpa perlu ke Kuala Lumpur dan menunggu lebih lama. Seri Paduka Baginda Yang di-Per- tuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, selaku ketua agama negeri ini telah berkenan berangkat meras- mikan majlis pecah tanah projek tersebut pada 18 Mei lalu. Kompleks Tabung Haji bertaraf tiga bintang itu dibangunkan di kawasan seluas 3.2 hektar dengan kos sebanyak RM69.3 juta dan dijangka siap pertengahan tahun 2012. Bangunan yang dibina berham- piran LTSM ini mengandungi 182 bilik, dewan bankuet serbaguna, restoran, kolam renang tertutup untuk wanita, taman air kanak-kanak serta beberapa kemudahan lain. Kompleks tersebut juga bakal dilengkapi dengan dewan ketibaan khas untuk jemaah haji, tempat pen- daftaran dan Imigresen, tempat pemeriksaan bagasi serta dewan ber- lepas. Bangunan yang bakal menjadi satu lagi mercu tanda Bandar raya Kuala Terengganu, akan digunakan untuk operasi penerbangan haji bagi jemaah dari Pantai Timur terus ke Jeddah dan Madinah, tanpa perlu melalui Lapangan Terbang Antara- bangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kerajaan negeri menyediakan tanah di Gong Badak kepada Tabung Haji untuk dibangunkan kompleks berkenaan yang bukan saja memberi kemudahan kepada bakal jemaah haji tempatan, juga bakal menjadi pemangkin baru ekonomi negeri ini. Pastinya, banyak peluang peker- jaan dapat disediakan apabila kom- pleks itu mula beroperasi dan penia- ga makanan, minuman dan pelbagai produk tempatan dapat memasarkan barangan mereka apabila kompleks berkenaan dikunjungi pengunjung, khususnya bila tiba musim haji. Di samping itu, bagi mengembang- kan bidang keilmuan di Terengganu yang menjadi teras ke arah kekuatan umat, negeri terawal sebagai pusat perkembangan Islam, kerajaan negeri telah menawarkan tempat di Tasik Kenyir untuk dibangunkan sebagai kampus cawangan Universiti Utara Malaysia (UUM). Tawaran tersebut dikemukakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, kepada Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Ahmad berkata, tawaran itu dibuat selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu dan melahirkan ramai cendikiawan Islam yang mampu merubah ekonomi umat Islam. Bagi memastikan kecemerlangan ilmu di kalangan generasi akan datang dengan asuhan jiwa Islam, kerajaan negeri pimpinan Ahmad memberi tumpuan di peringkat pra- sekolah lagi. Tahun ini, hampir RM1 juta akan dibelanjakan bagi membuka 10 kelas mengaji al-Quran secara intensif untuk kanak-kanak tabika di negeri ini. Sebelum ini, kerajaan negeri membelanjakan RM3.2 juta bagi membuka 300 kelas yang sama di seluruh negeri. Tahun lalu, seramai 4,622 kanak- kanak berusia lima hingga enam tahun berjaya khatam al-Quran man- akala berpuluh-puluh orang hafal surah Yaasin. Komitmen kerajaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mengikuti Program Pintar al-Quran itu merupakan tanggungjawab untuk meningkatkan syiar Islam di negeri ini. Dari segi bantuan untuk golongan miskin pula, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sejumlah RM17 juta telah diagihkan kepada golongan fakir dan miskin, menggu- nakan hasil wang zakat yang dikumpul Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Beribu-ribu fakir miskin dan mereka yang tidak bernasib baik lagi akan menerima pemberian mereka daripada Maidam, sepanjang Rama- dan ini bagi persiapan menyambut hari lebaran. Pada masa sama, Maidam akan turut memberi bantuan kepada sau- dara baru dan pelajar yang melan- jutkan pelajaran di luar negara, tetapi tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak, bagi meringankan beban mereka mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang ilmu dengan peruntukan yang begitu besar. Pelajar-pelajar yang cemerlang di semua peringkat peperiksaan utama diberi penghargaan dengan ganjaran yang telah dirintis sekian lama untuk mendorong mereka terus berjaya. Bagaimanapun, ia tidak akan membawa faedah yang maksimum ke arah menjana generasi ilmuan jika rakyat dan penduduk tempatan masih bertelagah sesama sendiri. Tambahan pula, sesetengah pen- duduk mudah terikut-ikut dengan saranan pihak tertentu agar memben- ci dan menolak usaha kerajaan yang sentiasa menghulurkan kemudahan bantuan untuk memakmurkan kehidupan rakyat. Sikap seumpama ini tidak sepatut- nya berlaku kerana Islam sendiri menun- tut umatnya supaya sentiasa berteri- ma kasih dan berbuat baik kepada mereka yang membantu kita. Islam melarang keras umatnya memaki-hamun sesama sendiri, apa- tah lagi ‘mengigit’ tangan yang mem- beri kita makanan pada setiap masa. Justeru, sudah tiba masanya rakyat Terengganu menolak golongan yang menghasut masyarakat supaya benci membenci sesama Islam dan menuduh orang lain tidak Islam hanya kerana kepentingan mengejar kuasa politik. Rakyat Terengganu perlu bersatu hati mendokong usaha kerajaan untuk menguatkan ummah dan seter- usnya merangka lebih banyak pro- gram bagi meningkatkan syiar Islam di bumi Darul Iman yang bertuah ini. Menyemarakkan syiar Islam IQ Terengganu menapak ke arah IPT AHMAD BAZLI SHAFIE IQ ditubuhkan sebagai usaha bersepadu untuk melahirkan lebih ramai generasi Ulul Albab. SESI pembelajaran di Institut al-Quran. PENOLONG Setiausaha Agihan Zakat Maidam, Yaacob Abdullah (kanan) menyerahkan mesin pengisar lada kepada seorang peniaga kecil, Siti Meriam Hamzah di Kuala Terengganu. AHMAD Said (tengah) bersalaman dengan peserta-peserta qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang mana Terengganu menjadi tuan rumah penganjuran pertandingan itu dua tahun lepas. SEBAHAGIAN daripada 2,660 kanak-kanak prasekolah membacakan ayat-ayat al-Quran pada majlis khatam Program Pintar al-Quran Kanak-Kanak Tadika peringkat Negeri Terengganu 2008 sempena Hari Nuzul al-Quran di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) melihat reka bentuk model Kompleks Tabung Haji Kuala Terengganu sambil diterangkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail di majlis pecah tanah di Gong Badak, Kuala Terengganu pada Mei lalu. Kompleks Tabung Haji Terengganu bakal menjadi satu lagi mercu tanda Bandaraya Kuala Terengganu, akan digunakan untuk operasi penerbangan haji bagi jemaah dari Pantai Timur terus ke Jeddah dan Madinah, tanpa perlu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Upload: phungdieu

Post on 09-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTUSAN MALAYSIA SELASA 3 OGOS 2010 …ww1.utusan.com.my/utusan/special/T_AnjungIlmu/pg3Ogos1.pdf · pengajian al-Quran dan juga al-Sunnah. Langkah itu sekali gus bagi menjadikan-nya

Oleh IRMAN HASHIMGambar AZLAN BAHRUM

INSTITUT al-Quran (IQ) Terengganu di Padang Midin, Kuala Terengganu merupakan satu manifestasi kerajaan negeri dalam usaha bersepadu untuk melahirkan seramai mung-kin generasi Ulul Albab yang berpegang kepada asas kukuh al-Quran dalam sege nap bidang kehidupan.

Ia dilakukan atas kesedaran bahawa semakin jauhnya umat Islam dari al-Quran akan semakin menjejaskan kesejahteraan hidup walaupun mereka mungkin berjaya dalam pelbagai lapangan.

Ini kerana umat Islam mudah terjerumus dalam kancah sosial dengan tipisnya benteng pertahanan diri.

IQ Terengganu adalah kesimbungan dari-

pada pelbagai usaha awal ter-masuk program celik al-Quran di bawah Yayasan I s lam Terengganu, Sekolah Mene ngah Imtiaz di bawah Yayasan Terengganu, Kelab Ulul Albab di bawah Jabatan Pelajaran Negeri.

Menyorot rentetan sejarah-nya ia bermula dengan nama Ma’had Tahfiz Padang Midin pada tahun 1984 dan setelah melalui proses perkembangan ia dinaik taraf dan dijenamakan dengan nama IQ Tereng ganu pada 2007 dengan pendekatan pengurusan lebih terancang serta sasaran lebih tinggi.

Ramai yang masih tidak menyedari ten-

tang keistimewaan di pusat penga-jian ini selain beranggapan ia sebagai gedung melahirkan imam-iman masjid, tidak lebih daripada itu.

Di sini, pelajar yang diasuh menjadi ilmuan Islam, hafiz dan hafizah, disediakan dengan kemu-dahan penginapan, makan minum percuma di samping pemberian biasasiswa dan lepasan sijil IQ dapat memilih untuk melanjutkan pengajian seperti Jordan, Arab Saudi, Mahgribi dan Mesir.

Pengarah IQ, Dr. Ahmad Bazli Shaf ie memberitahu Utusan

Malaysia, perubahan yang dilakukan mem-beri isyarat bahawa dalam masa beberapa tahun akan datang, IQ Terengganu perlu bergerak pantas.

Ia ke arah usaha untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi (IPT) dalam bidang pengajian al-Quran dan juga al-Sunnah.

Langkah itu sekali gus bagi menjadikan-nya sebagai pusat rujukan terkenal tentang al-Quran sesuai dengan cita-cita untuk mela-hirkan masyarakat Ulul Albab yang bersifat Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik.

Tentunya kelak, calon yang akan memasu-ki IQ Terengganu dengan kelulusan akade-mik yang cemerlang serta hafaz al-Quran akan menjadi syarat biasa kelak.

Menurut beliau, cadangan untuk menaik taraf IQ kepada status IPT kini telah dikemu-kakan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 yang memerlukan peruntukan kira-kira RM200 juta.

“Berdasarkan rancangan awal, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah, Khazan Che Mat sebelum ini memberitahu, kampus baru dicadangkan dibangunkan di Cendering,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, kini seramai 249 pelajar sedang mengikuti pengajian dalam

dua peringkat kursus yang ditawarkan di IQ iaitu 187 orang mengikuti sijil Syahadah dan 62 lagi diploma Tahfiz Wal Qiraat.

“Mereka yang berminat mengikut Sijil Syahadah boleh memulakannya selepas men-du duki Penilaian Menengah Rendah (PMR) ma nakala bagi jurusan diploma itu pula lepa-san Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata nya.

Menurut beliau tempoh pengajian adalah antara tiga dan empat tahun, meliputi tajwid, qiraat, taranum, tafsir dan bahasa al-Quran,” jelasnya.

Beliau memberitahu, pihaknya sedang mengkaji untuk memperkenalkan kursus-kursus baru di peringkat diploma berse suai-an, seiring dengan tuntutan semasa.

“Sebagai persediaan, pensyarah-pensyarah IQ juga kini digalakkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan sedang

mencari pensyarah-pensyarah berwibawa serta bersesuaian untuk mengajar di sini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya kini menaik taraf kemudahan di kampus termasuk pembinaan dua blok bangunan untuk menempatkan 16 kelas baru.

Sejajar dengan kewujudannya di tengah masyarakat, beliau berkata, IQ juga menawar-kan kelas al-Quran untuk membantu masyar-akat setempat meningkatkan pemahaman dan pembacaan.

“Kami juga ada menerima jemputan untuk mengadakan kelas-kelas al-Quran dari-pada pelbagai pihak,” ujarnya.

Perjalanan IQ Terengganu ternyata masih jauh dan bagi mencapai matlamatkan, ia perlu merangka sendiri model yang diperlu-kannya.

MUKA 8 • UTUSAN MALAYSIA SELASA 3 OGOS 2010

Oleh KAMARUDIN MAT AKIB

REPLIKA Batu Bersurat yang menghiasi bulatan Ladang di tengah pusat bandar Kuala Terengganu bukan sekadar simbol tentang Terengganu, negeri pertama meneri-ma kedatangan Islam yang menjadi asas perkembangan di negara ini.

Ia juga dilihat sebagai simbol ter-hadap usaha-usaha kerajaan untuk terus menyemarakkan Islam, agama indah penuh kesederhanaan yang menawarkan kesejahteran kepada umatnya.

Manifestasi terhadap usaha itu bukan sekadar laungan tetapi boleh dihayati dalam pelbagai lapangan kehidupan termasuklah menyedia-kan kemudahan bagi rakyat di wilayah Pantai Timur ini menu-naikan haji melalui penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah.

Bermula dengan penerbangan sulung pesawat Boeing 747-400 yang membawa 353 jemaah haji dari Terengganu, Kelantan dan Pahang terus ke Jeddah tanggal 13 November 2008, kini negeri ini bakal memiliki Kompleks Tabung Haji Terengganu.

Dengan kemudahan yang sedang dibangunkan, ia membolehkan ramai bakal jemaah haji menggu-nakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) untuk terus berangkat ke Tanah Suci tanpa perlu ke Kuala Lumpur dan menunggu

lebih lama. Seri Paduka Baginda Yang di-Per-

tuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, selaku ketua agama negeri ini telah berkenan berangkat meras-mikan majlis pecah tanah projek tersebut pada 18 Mei lalu.

Kompleks Tabung Haji bertaraf tiga bintang itu dibangunkan di kawasan seluas 3.2 hektar dengan kos sebanyak RM69.3 juta dan dijangka siap pertengahan tahun 2012.

Bangunan yang dibina berham-piran LTSM ini mengandungi 182 bilik, dewan bankuet serbaguna, restoran, kolam renang tertutup untuk wanita, taman air kanak-kanak serta beberapa kemudahan lain.

Kompleks tersebut juga bakal dilengkapi dengan dewan ketibaan khas untuk jemaah haji, tempat pen-daftaran dan Imigresen, tempat pemeriksaan bagasi serta dewan ber-lepas.

Bangunan yang bakal menjadi satu lagi mercu tanda Bandar raya Kuala Terengganu, akan digunakan untuk operasi penerbangan haji bagi jemaah dari Pantai Timur terus ke Jeddah dan Madinah, tanpa perlu melalui Lapangan Terbang Antara-bangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kerajaan negeri menyediakan tanah di Gong Badak kepada Tabung Haji untuk dibangunkan kompleks berkenaan yang bukan saja memberi kemudahan kepada bakal jemaah

haji tempatan, juga bakal menjadi pemangkin baru ekonomi negeri ini.

Pastinya, banyak peluang peker-jaan dapat disediakan apabila kom-pleks itu mula beroperasi dan penia-ga makanan, minuman dan pelbagai produk tempatan dapat memasarkan barangan mereka apabila kompleks berkenaan dikunjungi pengunjung, khususnya bila tiba musim haji.

Di samping itu, bagi mengembang-kan bidang keilmuan di Terengganu yang menjadi teras ke arah kekuatan umat, negeri terawal sebagai pusat perkembangan Islam, kerajaan negeri telah menawarkan tempat di Tasik Kenyir untuk dibangunkan sebagai kampus cawangan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tawaran tersebut dikemukakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, kepada Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Ahmad berkata, tawaran itu dibuat selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu dan melahirkan ramai cendikiawan Islam yang mampu merubah ekonomi umat Islam.

Bagi memastikan kecemerlangan ilmu di kalangan generasi akan datang dengan asuhan jiwa Islam, kerajaan negeri pimpinan Ahmad memberi tumpuan di peringkat pra-sekolah lagi.

Tahun ini, hampir RM1 juta akan dibelanjakan bagi membuka 10 kelas mengaji al-Quran secara intensif untuk kanak-kanak tabika di negeri ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri mem belanjakan RM3.2 juta bagi membuka 300 kelas yang sama di seluruh negeri.

Tahun lalu, seramai 4,622 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun berjaya khatam al-Quran man-akala berpuluh-puluh orang hafal surah Yaasin.

Komitmen kerajaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mengikuti Program Pintar al-Quran

itu merupakan tanggungjawab untuk meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

Dari segi bantuan untuk golongan miskin pula, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sejumlah RM17 juta telah diagihkan kepada golongan fakir dan miskin, menggu-nakan hasil wang zakat yang dikumpul Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Beribu-ribu fakir miskin dan mereka yang tidak bernasib baik lagi akan menerima pemberian mereka daripada Maidam, sepanjang Rama-dan ini bagi persiapan menyambut hari lebaran.

Pada masa sama, Maidam akan turut memberi bantuan kepada sau-dara baru dan pelajar yang melan-jutkan pelajaran di luar negara, tetapi tidak mendapat tajaan daripada

mana-mana pihak, bagi meringankan beban mereka mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang ilmu dengan peruntukan yang begitu besar.

Pelajar-pelajar yang cemerlang di semua peringkat peperiksaan utama diberi penghargaan dengan ganjaran yang telah dirintis sekian lama untuk mendorong mereka terus berjaya.

Bagaimanapun, ia tidak akan membawa faedah yang maksimum ke arah menjana generasi ilmuan jika rakyat dan penduduk tempatan masih bertelagah sesama sendiri.

Tambahan pula, sesetengah pen-duduk mudah terikut-ikut dengan saranan pihak tertentu agar memben-ci dan menolak usaha kerajaan yang sentiasa menghulurkan kemudahan bantuan untuk memakmurkan kehidupan rakyat.

Sikap seumpama ini tidak sepatut-

nya

berlaku kerana Islam sendiri menun-tut umatnya supaya sentiasa berteri-ma kasih dan berbuat baik kepada mereka yang membantu kita.

Islam melarang keras umatnya memaki-hamun sesama sendiri, apa-tah lagi ‘mengigit’ tangan yang mem-beri kita makanan pada setiap masa.

Justeru, sudah tiba masanya rakyat Terengganu menolak golongan yang menghasut masyarakat supaya benci membenci sesama Is lam dan me nuduh orang lain tidak Islam hanya kerana kepentingan mengejar kuasa politik.

Rakyat Terengganu perlu bersatu hati mendokong usaha kerajaan untuk menguatkan ummah dan seter-usnya merangka lebih banyak pro-gram bagi meningkatkan syiar Islam di bumi Darul Iman yang bertuah ini.

Menyemarakkan syiar Islam

IQ Terengganu menapak ke arah IPT

AHMAD BAZLI SHAFIE

IQ ditubuhkan sebagai usaha bersepadu untuk melahirkan lebih ramai generasi Ulul Albab.

SESI pembelajaran di Institut al-Quran.

PENOLONG Setiausaha Agihan Zakat Maidam, Yaacob Abdullah (kanan) menyerahkan mesin pengisar lada kepada seorang peniaga kecil, Siti Meriam Hamzah di Kuala Terengganu.

AHMAD Said (tengah) bersalaman dengan peserta-peserta qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang mana Terengganu menjadi tuan rumah penganjuran pertandingan itu dua tahun lepas.

SEBAHAGIAN daripada 2,660 kanak-kanak prasekolah membacakan ayat-ayat al-Quran pada majlis khatam Program Pintar al-Quran Kanak-Kanak Tadika peringkat Negeri Terengganu 2008 sempena Hari Nuzul al-Quran di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) melihat reka bentuk model Kompleks Tabung Haji Kuala Terengganu sambil diterangkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail di majlis pecah tanah di Gong Badak, Kuala Terengganu pada Mei lalu.

Kompleks Tabung Haji Terengganu bakal menjadi satu lagi mercu tanda Bandaraya Kuala Terengganu, akan digunakan untuk operasi penerbangan haji bagi jemaah dari Pantai Timur terus ke Jeddah dan Madinah, tanpa perlu melalui Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala Lumpur (KLIA)