keratan akhbar utusan malaysia lampiran

26
Keratan Akhbar Utusan Malaysia Perbanyakkan filem berunsur keIslaman Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SELEPAS Revolusi Islam di Iran pada 1979, tidak banyak filem cereka, dokumentari apatah lagi filem animasi yang diterbitkan oleh para pembikin filem di negara tersebut. Bagaimanapun, sistem politik dan pemerintahan Islam sejak era Ayatollah Khomeni itu tidak menghalang para karyawan perfileman di sana untuk turun ke gelanggang penerbitan filem. Sebagai contohnya, hari ini Iran menerbitkan tidak kurang 70 buah filem setahun di mana sekitar 30 daripadanya boleh dikatakan berkualiti dan mampu diangkat hingga ke luar negara. Kekurangan dari sudut teknologi dan kewangan nampaknya tidak menghalang negara itu dalam melahirkan ramai pembikin filem yang mampu menerobos nama mereka hingga berjaya di peringkat antarabangsa. Majid Majidi, anak kelahiran Teheran merupakan antara sebilangan pengarah filem Iran yang berjaya mencipta nama, sekali gus mengetengahkan tema, genre dan gaya arahannya yang dikagumi serta diiktiraf hingga ke dunia perfileman Hollywood. Filem-filem arahan beliau seperti The Color of Paradise, Children of Heaven dan Baduk bukan sahaja diiktiraf di negaranya, tetapi turut memenangi pelbagai anugerah di festival- festival filem antarabangsa di merata-rata tempat. Menariknya, pengarah berusia 48 tahun ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri dalam menghasilkan filem-filem ‘berjiwa besar’ sesuai dengan latar belakang negara di bawah pemerintahan Islam yang diwakilinya itu. Sebagai pengarah yang berpandangan jauh, apatah lagi banyak dipengaruhi oleh sosiobudaya di negaranya, Majid amat mengutamakan nilai-nilai moral serta kemanusiaan berteraskan Islam dalam filem-filem arahannya. Menurut Majid, filem-filem bertemakan kemanusiaan yang disulami falsafah, puisi-puisi lama berunsurkan keislaman, bersandarkan Utusan Malaysia 12/12/07

Upload: onlymee-jaa

Post on 25-Jun-2015

451 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Keratan Akhbar Utusan Malaysia

Perbanyakkan filem berunsur keIslaman

Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN)

SELEPAS Revolusi Islam di Iran pada 1979, tidak banyak filem cereka, dokumentari apatah lagi filem animasi yang diterbitkan oleh para pembikin filem di negara tersebut.

Bagaimanapun, sistem politik dan pemerintahan Islam sejak era Ayatollah Khomeni itu tidak menghalang para karyawan perfileman di sana untuk turun ke gelanggang penerbitan filem.

Sebagai contohnya, hari ini Iran menerbitkan tidak kurang 70 buah filem setahun di mana sekitar 30 daripadanya boleh dikatakan berkualiti dan mampu diangkat hingga ke luar negara.

Kekurangan dari sudut teknologi dan kewangan nampaknya tidak menghalang negara itu dalam melahirkan ramai pembikin filem yang mampu menerobos nama mereka hingga berjaya di peringkat antarabangsa.

Majid Majidi, anak kelahiran Teheran merupakan antara sebilangan pengarah filem Iran yang berjaya mencipta nama, sekali gus mengetengahkan tema, genre dan gaya arahannya yang dikagumi serta diiktiraf hingga ke dunia perfileman Hollywood.

Filem-filem arahan beliau seperti The Color of Paradise, Children of Heaven dan Baduk bukan sahaja diiktiraf di negaranya, tetapi turut memenangi pelbagai anugerah di festival-festival filem antarabangsa di merata-rata tempat.

Menariknya, pengarah berusia 48 tahun ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri dalam menghasilkan filem-filem ‘berjiwa besar’ sesuai dengan latar belakang negara di bawah pemerintahan Islam yang diwakilinya itu.

Sebagai pengarah yang berpandangan jauh, apatah lagi banyak dipengaruhi oleh sosiobudaya di negaranya, Majid amat mengutamakan nilai-nilai moral serta kemanusiaan berteraskan Islam dalam filem-filem arahannya.

Menurut Majid, filem-filem bertemakan kemanusiaan yang disulami falsafah, puisi-puisi lama berunsurkan keislaman, bersandarkan hadis dan al-Quran patut diberi penekanan oleh para pembikin dari negara-negara Islam.

“Biasanya filem yang bagus, juga menggunakan tema yang bagus. Filem berunsur kemanusiaan berteraskan Islam merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menyebarkan kefahaman tentang agama yang suci ini.

“Malah, filem yang mempunyai nilai moral yang baik cukup berkesan dan ia boleh diterima oleh para penonton walau di mana-mana juga,” katanya pada satu ceramah anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia di Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Utusan Malaysia 12/12/07

Page 2: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Dalam hal itu, Majid menyeru supaya lebih ramai pembikin filem Islam menerbitkan filem-filem yang berunsurkan keislaman bukan sahaja untuk pasaran di negara masing-masing, tetapi juga disebarluaskan di luar negara.

Selain memartabatkan kesucian agama Islam, jelas beliau, filem-filem sedemikian juga mampu untuk mengekang dakyah Barat yang ‘menyerang’ dunia Islam menerusi medium perfileman sejak kebelakangan ini.

Saranan Majid itu patut diberi perhatian termasuklah para pembikin filem kita agar mereka juga tidak lupa soal tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam karya-karya nukilan mereka.

Justeru, cadangan untuk menganjurkan Festival Filem Islam Antarabangsa di Kelantan baru-baru ini merupakan suatu pendekatan yang positif dalam menyemarakkan lagi saranan Majid itu.

Ini kerana, sudah sampai masanya kita memperbanyakkan filem-filem yang mengetengahkan unsur-unsur keislaman dan kemanusiaan yang murni supaya ia seimbang dengan banyak filem ‘tanpa jiwa’ yang diedarkan di pasaran akhir- akhir ini.

Page 3: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Mansor Puteh jadikan Malaysia pusat filem Islam

SAYA percaya ramai yang akan tertanya-tanya kenapa Mansor Puteh menjadi tetamu saya minggu ini. Biar apa sahaja tanggapan, saya percaya temu bual ini memberi peluang kepada saya untuk mengenali lebih dekat personaliti pengkritik filem yang lantang dan tidak berkompromi dengan hampir seluruh pembikin filem negara ini.

Mansor cuba menjadi manusia yang jujur kerana itu dia lantang. Tapi kejujuran itu diterima oleh pembikin filem tempatan sebagai suatu yang mengguris perasaan mereka. Mansor tidak pernah rasa bersalah atau terkilan kalau ada yang terguris. Katanya, dia pula akan terguris kalau memuji pada yang tidak sepatutnya dipuji.

Saya percaya, temu bual saya dengan beliau minggu ini juga pasti membuatkan karyawan filem berkecil hati. Jangan salahkan saya kerana itu kenyataan yang terpacul daripada mulut Mansor.

Mansor seorang idealis. Impiannya untuk membangun dan menganjakkan paradigma filem tempatan sangat besar. Tapi banyak pula kata, impiannya tidak masuk akal.

Minggu ini beliau mengutarakan cadangan mewujudkan Malaysia sebagai pusat filem dan televisyen dunia Islam.

Jangan mencebik bibir dulu. Baca hingga selesai. Mungkin ada rasionalnya kerana Malaysia bukan asing lagi sebagai negara Islam yang maju, stabil dan proaktif.

DEAN: Saya difahamkan saudara sudah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan untuk mewujudkan Malaysia sebagai pusat perkembangan filem dan televisyen dalam dunia Islam. Boleh jelaskan mengenai perkembangan itu?

MANSOR: Memang benar. Saya sudah mengemukakan kertas cadangan itu kepada pihak kerajaan dan kertas kerja itu juga sudah dipanjangkan kepada agensi-agensi terbabit. Tapi agensi itu bukanlah Finas mahupun Kementerian Penerangan.

Saya percaya pusat berkenaan boleh menjana pulangan berjumlah yang besar kepada negara.

Selama ini, kita hanya melihat Barat khususnya Hollywood yang memancing perhatian kita kepada perkembangan filem dan televisyen. Kita banyak meminjam dari Hollywood dan kita lupa bahawa kita juga ada kekuatan untuk menjadi seperti mereka.

Saranan saya ini adalah semata-mata kerana mahu melihat karyawan Malaysia boleh berada pada kedudukan mereka.

Namun Barat telah lama mendominasi dan sudah tentu itu mengambil masa yang lama untuk direalisasikan. Apa komen saudara?

Benar. Tetapi dalam hal ini, jangan kisahkan sangat soal sejarah dominasi Barat. Kita singkap hal ini dari perspektif dunia Islam, kita tidak ada semua itu. Padahal realitinya kita memiliki falsafah, kita ada perjuangan dan kita ada karya seni kita sendiri.

Utusan Malaysia 4/01/2004

Page 4: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Kita harus melihat bahawa dunia filem dan media elektronik adalah saluran untuk merapatkan ummah.

Apa faedah utama yang boleh dinikmati oleh karyawan kita daripada cadangan saudara ini?

Kita dapat memberi peluang kepada karyawan filem untuk menghasilkan filem dengan sekecil-kecil RM10 juta. Ketika itu barulah kita layak digelar sebagai pembikin filem. Sekarang ini, semua filem tempatan hampir sama tarafnya dengan telefilem dan tidak ada apa yang boleh kita banggakan sangat.

Dari mana tercetusnya idea untuk menjadikan Malaysia pusat perkembangan filem dan televisyen dunia Islam?

Melalui pengalaman saya merantau sehingga ke-33 buah negara di seluruh dunia serta menyertai pelbagai festival filem. Saya melihat ada potensi yang baik untuk Malaysia dijadikan pusat berkenaan. Dalam dunia Islam, belum ada mana-mana negara yang menonjol menubuhkan pusat berkenaan sedangkan negara-negara seperti Iran, Indonesia, Mesir, Malaysia, Bangladesh dan lain-lain mempunyai industri filem dan televisyen yang besar.

Apa matlamat asal gagasan idea saudara ini?

Paling utama saya mahu menaikkan imej Islam yang sudah sedikit tercemar selain mahu merapatkan ummah. Barat sudah banyak memberikan pemahaman yang kabur kepada masyarakat dunia mengenai Islam. Kerana itu saya melihat pentingnya pusat sebegini diwujudkan di sini.

Sudah tentu merealisasikan pusat ini juga memerlukan gabungan agensi tertentu khususnya yang berkaitan dengan industri perfileman dan media elektronik.

Dalam kertas cadangan itu, saya mencadangkan agar kerajaan menggabungkan sahaja E-Village, Filem Negara Malaysia (FNM), Finas dan juga RTM jika mahu melihat usaha berkenaan berjaya. E-Village, FNM dan Finas harus digabungkan terlebih dahulu dan RTM pula saya melihat betapa stesen berkenaan harus dikembangkan sehingga ke peringkat global.

Kita mahu melihat orang-orang kita terlibat dalam industri pembuatan sepenuhnya dan kita harus buktikan kepada masyarakat dunia bahawa kita boleh menjadi seperti Barat.

Filem dan televisyen merupakan medium paling penting untuk gabungkan ummah dan untuk masa depan pula, kewujudan pusat ini penting untuk kita mendedahkan generasi akan datang mengenai kepentingan sejarah dunia Islam.

Adakah saudara cuba memberitahu bahawa peranan filem dan media elektronik Barat harus dinafikan oleh masyarakat di negara-negara Islam?

Sebenarnya saya melihat bahawa sudah sampai masanya untuk kerajaan ambil usaha untuk mengubah industri filem dan televisyen. Semua orang tahu bahawa pawagam yang menayangkan filem-filem Barat boleh memecahbelahkan umat melalui ideologi mereka.

Selain daripada itu, mereka juga guna pawagam untuk meningkatkan ekonomi negara mereka. Contohnya di Amerika Syarikat (AS), industri filem menyumbang kepada kedudukan keenam dalam menjana ekonomi negaranya.

Page 5: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Kita sudah lama membantu memajukan Hollywood, Bollywood dan Hong Kong. Sekarang, masanya untuk kita tolong diri sendiri.

Penggiat filem kita tertanya-tanya kenapa saudara hanya bercakap tetapi tidak membuat filem?

Bukan saya tidak hendak tetapi saya ada pendekatan saya sendiri. Rasionalnya mudah sahaja, sebagai pemikir dan pengkritik filem, tidak semestinya saya kena buat filem. Ketika di AS dahulu, pensyarah saya seorang pengkritik filem yang disegani ramai. Pembikin filem di sana tidak pula marah kepadanya hanya kerana dia mengkritik filem.

Untuk pengetahuan semua, saya mempunyai hampir 30 skrip yang telah dihasilkan dari dahulu sampai sekarang, tetapi semuanya menggunakan format Hollywood dan sukar untuk saya realisasikannya di sini.

Kalau untuk merealisasikannya di sini sekalipun, saya bercadang untuk mendapatkan geran daripada kerajaan untuk buat filem.

Kalau sudah begitu, bukankah lebih baik saudara terus menetap sahaja di sana dan menjadi pembikin filem?

Saya pernah terfikir suatu ketika dahulu kerana saya punya ramai kawan yang terlibat dalam industri perfileman di Hollywood. Bahkan, rakan sekuliah saya memenangi oskar untuk anugerah skrip terbaik bagi filem Philadelphia.

Tetapi apabila difikirkan semula bukan senang untuk hidup di sana. Lagipun saya fikir sekembali saya dari AS, akan ada peluang atau dijemput oleh mana-mana pihak untuk saya terlibat dalam industri ini secara langsung. Malangnya peluang itu tidak ada.

Sekarang ini, saya senang dengan penglibatan saya sebagai pengkritik filem dan diundang membentang kertas kerja.

Kenapa saudara tidak menggunakan rangkaian yang saudara ada untuk menghasilkan filem di sana?

Sebenarnya saya sudah berurusan dengan pihak di Hollywood sejak tujuh bulan lalu. Saya gembira kerana pihak di sana berminat untuk menjalin kerjasama dengan saya. Mengikut rancangan saya mahu mengarahkan filem Malaysian Snow. Ia mengisahkan pelajar Malaysia yang belajar di AS.

Saya memilih untuk mengetengahkan hero yang terdiri daripada pelakon yang berasal dari Malaysia yang lahir sebagai albino dan heroinnya pula saya memilih untuk mengetengahkan gadis dari puak Red Indian.

Dalam filem ini saya mahu mengangkat imej orang Melayu Islam. Saya tidak fikir untuk mengetengahkan pelakon-pelakon filem Malaysia terkenal kerana mereka mungkin tidak boleh menghayati watak berkenaan.

Saudara begitu lantang mengkritik karyawan filem, apakah majoriti pembikin filem di Malaysia tidak bagus pada kaca mata saudara?

Saya berani katakan 95 peratus pembikin filem di negara ini tidak maju dalam industri filem tanah air. Kita mempunyai masalah jurang intelek. Itu yang menjadi masalah dalam industri perfileman tanah air berbanding dengan negara-negara jiran kita sendiri.

Page 6: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Tidakkah saudara terfikir kenyataan ini akan mengguris perasaan sebilangan besar pembikin filem kita?

Kalau siapa yang melenting, dia yang terasa agaknya. Kita harus mengakui jurang itu begitu besar sangat dan saya ingin menyeru pembikin-pembikin filem supaya mendalami ilmu perfileman. Jangan hanya fikirkan soal keuntungan tetapi melupakan tanggungjawab memartabatkan karya.

Page 7: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Cinta di lingkungan adab

Ini adalah sebuah filem remaja. Ini juga sebuah filem cinta. Apabila remaja dan cinta disatukan, tentu ada yang beranggapan filem remaja ini kelangsungan keremehan dan berbasa basi dengan ayat-ayat cinta (baca: dialog) yang memualkan, klise dan paling tidak romantis. Persepsi penonton daripada pengalaman mereka menonton filem kita dan persepsi mererka tentang filem remaja sebenarnya tidak boleh dipersalahkan. Banyak filem cinta remaja kita kering falsafah hidup, tidak dibentuk atas landasan moral dan jauh sekali menjulang laras perjuangannya.

Ada beberapa resensi sebelum ini menganggap Ayat-Ayat Cinta arahan Hanung Bramantyo sebuah filem dakwah. Tidak kurang juga yang menjenamakan Ayat-Ayat Cinta sebagai filem agama. Biar pun pelbagai label diberikan yang pasti Ayat-Ayat Cinta sebuah filem percintaan remaja bergerak di landasan moral, isi cerita mengambil iktibar daripada beberapa ayat Al-Quran, hadis dan juga kisah Nabi Yusof dan Zulaikha. Label sama ada filem dakwah atau filem Islam tidak penting kerana filem yang membawa saranan ke arah kebaikan tentulah satu dakwah.

Filem Ayat-Ayat Cinta diadaptasi dari novel judul yang sama. Novel karya Habiburrahman El Shirazy ini telah memecah rekod jualan novel di Indonesia empat tahun lalu. Penulis yang merupakan lulusan Universiti Al Azhar, di Kaherah membina Ayat-Ayat Cinta mengenai sebuah komuniti Indonesia di Kaherah. Kata orang, cinta tidak mengenal siapa, maka latar Kaherah yang terkenal dengan Al Azhar menjadi lanskap cinta remaja. Kerana cinta tidak mengenal siapa dan di mana, cinta dalam lingkungan adab Arab dan lingkaran Islam menjadi begitu unik. Tetapi percayalah, tanpa aksi seperti Romeo dan Juliet, kesan romantis filem ini tertusuk hingga ke dasar jiwa.

Maka kalau ada yang berkata, keperluan sebuah filem percintaan remaja mesti ada ramuan yang menerobos tembok adab dan agama, jangan percaya sama sekali dengan kenyataan mereka. Buktinya Ayat-Ayat Cinta dibina dengan lakon yang sangat terkawal gerak gerinya terutama melibatkan lelaki dan wanita. Apa lagi dengan watak-watak wanita yang penuh tertib, nuansa romantis tetap menyala seumpama biasan cahaya mentari di atas permukaan Sungai Nil yang membelah Mesir.

Ayat-Ayat Cinta berkisar tentang Fahri (Fedi Nuril) seorang pelajar Universiti Al Azhar bersama rakan-rakannya dari Indonesia di sebuah kawasan kediaman kelas rendah di Mesir. Fahri dibangunkan sebagai anak muda Islam yang hidup di atas landasan pekerti terpuji. Ini membuatkan empat gadis, Maria (Rianti) yang beragama Kristian, Nurul (Melanie Putra), Noura (Zaskia) dan Aisha (Caussa Putri) keturunan Turki warga Jerman. Tetapi Fahri dijodohkan dengan Aisha, gadis yang pertama kali ditemui dalam trem.

Perkahwinan Fahri dengan Aisha mengecewakan ketiga-tiga yang lain. Di sinilah bergeraknya konflik filem ini. Maria yang tidak ada pegangan Islam terus dilanda tekanan jiwa yang serius sementara Noura memfitnah Fahri memperkosanya hingga hampir mengakibat Fahri dihukum mati. Tetapi Nurul gadis yang kuat pegangan Islamnya menerima kenyataan bahawa dia tiada jodoh dengan Fahri. Konflik bermula apabila seorang demi seorang nama gadis itu muncul dalam perkahwinan Fahri, ini membuatkan Aisha cemburu. Perkenalan yang terlalu singkat dengan Fahri

Utusan Malaysia 29/06/2008

Page 8: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

membuatkan Aisha mengesyaki Fahri memang mempunyai hubungan cinta dengan ketiga-tiga gadis itu.

Makna dialog kebanyakannya berlapis-lapis. Menggunakan alam sebagai perlambangan untuk menguatkan lagi maksud pengucapan. Misalnya ucap Maria kepada Fahri, “Jodoh itu seperti Sungai Nil dan Mesir, tidak ada Nil tidak ada Mesir dan tidak ada peradaban.”

Fragmen yang diangkat daripada kisah Nabi Yusof dan Zulaikha iaitu Fahri difitnah oleh Noura yang sangat mencintai Fahri dibina dengan baik. Semasa dalam tahanan, fragmen ini ditekankan menerusi dialog rakan banduan Fahri bahawa relung berduri yang dilaluinya adalah cabaran daripada Tuhan. Katanya, “Islam adalah sabar dan ikhlas. Tuhan mengujimu.”

Di Indonesia, Ayat-Ayat Cinta mencipta fenomena seperti filem Ada Apa Dengan Cinta beberapa tahun lalu. Ini membuktikan penonton remaja bukanlah semuanya malas berfikir tentang keindahan artistik dan kemulusan isi sesebuah filem cinta. Filem ini dipercayai akan mencipta fenomena di negara ini. Kalau ini berlaku, filem-filem remaja kita tidak boleh lagi berfikiran singkat, nipis idealisme dan digerakkan di atas landasan yang antimoral. Maka filem kita mesti berubah untuk bercerita tentang cinta tanpa memperagakan “aksi cinta” atas alasan keperluan cerita.

Nuansa Islam sangat terasa sekalipun ini sebuah filem cinta remaja. Bukan kerana Ayat-Ayat Cinta mengambil latar Kaherah, sebuah kota terkenal dengan institusi intelektual Islam terunggul, Al Azhar. Nuansa Islam terasa sangat mendalam apabila muzik latarnya seperti nasyid, memanfaatkan selawat sebagai korus yang menarik dan dialog yang dibina dengan teliti. Pasukan kreatif terutama pengarah seni, pengarah fotografi dan pereka set kelihatan sangat bersungguh-sungguh untuk memberi tenaga artistik kepada filem ini. Hasilnya Ayat-Ayat Cinta terasa keindahan cinta daripada persembahan artistiknya. Walaupun tidak banyak adegan di luar (exterior) yang memungkinkan memanfaatkan alam kecuali di pinggir Sungai Nil dan beberapa lokasi di Kaherah, pembinaan adegan dalaman dibuat dengan begitu teliti.

Bagaimana pun Ayat-Ayat Cinta tidak dikawal struktur pembinaan dramatiknya dengan baik. Maka tidak hairanlah kalau filem ini kelihatan hilang kawalan. Masalah utama filem ini bukanlah memilih pendekatan melodrama. Tetapi momentum dramatik terlalu perlahan apabila graf kemuncak filem ini iaitu pembebasan Fahri daripada hukuman mati bukan penamatnya. Barangkali kerana terlalu setia dengan novel, filem ini dilanjutkan lagi dan momentum drama telah menurun dan penonton akan hilang tumpuan.

Pembinaan watak juga terlalu kabur, selain Fahri, tidak ada watak lain yang dibina dengan baik hingga menyakinkan penonton. Semuanya terawang-awang tanpa perwatakan yang boleh berdiri sendiri sebagai pembawa cerita. Cuma watak Maria agak terkawal dan diberi pembinaan yang khusus. Watak Maria penting sebagai mewakili persepsi bukan Islam terhadap Islam.

Sinematografi dihasilkan dengan baik sekali. Ada keinginan yang besar untuk memperkasakan artistik daripada pemilihan syot, gerak kamera dan penyuntingan. Tempo penyuntingan banyak menyelamatkan momentum dramatik filem ini. Bagaimanapun keseluruhannya, Ayat-Ayat Cinta adalah filem yang penuh keindahan sekaligus membawa remaja berpijak pada landas moral dan nilai pekerti dalam melayari cinta. Ini kerana cinta tidak pernah memusuhi hidup tetapi perlu di landasan yang betul. Nampaknya filem Ayat-Ayat Cinta mengangkat intelektual remaja. Filem remaja kita bagaimana pula?

Page 9: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Kenapa Festival Filem Islam menyepi?

Oleh : Dr. Mohd. Hilmi b. [email protected]

PADA 5 Disember 2007 lalu, khalayak seni dan filem tanah air dikejutkan dengan penampilan bertudung pelakon jelita dan popular Maya Karin dalam dialog yang dianjurkan oleh kerajaan Kelantan yang bertajuk Sinema Majid Majidi: Moral dan Kemanusiaan.

Dialog tersebut diadakan sempena Mini Fest Kelantan 2007 yang julung-julung kali diadakan oleh kerajaan negeri, malah kali pertama diadakan negara ini dalam konteks festival filem Islam.

Namun, festival yang diharapkan oleh ramai pihak agar menjadi acara tahunan kerajaan negeri Kelantan sebagai salah satu produk pelancongan bagi negeri itu nampaknya sudah tersisih dalam perancangan exco kerajaan negeri, termasuk dalam belanjawan yang telah dibentangkan baru-baru ini. Lalu timbullah kata-kata sinis yang menuduh bahawa penganjuran festival filem tersebut lebih kepada gimik politik pihak-pihak tertentu dalam kerajaan negeri Kelantan, atau dengan kata lain politik "hangat-hangat tahi ayam".

Walau bagaimanapun, sebelum kita membicarakan sebab-sebab kegagalan kerajaan negeri Kelantan ini, kita seharusnya terlebih dahulu jelas tentang apa yang dikatakan filem Islam itu sendiri. Apabila membicarakan Islam dalam filem, sudah semestinya aspek yang paling utama ialah persoalan halal dan haram, selain daripada dakwah menyuruh melakukan kebaikan, menjauhkan dan meninggalkan maksiat, mengkritik kezaliman, rasuah, dan kepincangan sosial, dan seruan supaya mendekatkan diri kepada Allah.

Oleh itu, filem yang islamik seharusnya filem yang tidak mengandungi adegan-adegan yang tidak sepatutnya seperti berpelukan antara pelakon lelaki dan wanita, pendedahan aurat yang keterlaluan, penonjolan aktiviti-aktiviti maksiat secara terang-terangan, aksi-aksi ganas yang melampau, dan mengandungi elemen-elemen khurafat dan syirik. Termasuk dalam konteks ini juga ialah filem-filem yang mengandungi unsur-unsur komedi dan lawak jenaka yang kosong, mencarut, membodohkan, dan komedi yang kotor dan jijik.

Filem Bohsia contohnya mempunyai mesej yang amat baik, iaitu mengajak kaum remaja khususnya supaya menjauhkan aktiviti lumba haram, penagihan dadah, pelacuran, dan gejala-gejala sosial lain yang tidak sihat. Namun filem ini tidak boleh dianggap bersifat islamik kerana turut menonjolkan aktiviti lumba haram secara yang keterlaluan, penampilan pelakon wanitanya dengan pakaian yang sangat menjolok mata, interaksi antara pelakon lelaki dan wanita yang tidak menepati hukum syarak, dan banyak lagi yang tidak perlu dijelaskan di sini.

Satu adegan filem Bohsia.

Utusan Malaysia 17/01/2010

Page 10: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Lalu, ramai juga yang bertanya, kalau itu tidak boleh dan ini tidak boleh, macam mana nak buat filem? Takkan semua filem mesti berunsurkan dakwah seperti Syukur 21 dan Ayat-Ayat Cinta? Kalau begini, industri filem kita akan menjadi malap? Macam mana pelakon, pengarah, dan penggiat filem nak cari makan? Dan seribu satu lagi persoalan yang lebih bersifat pesimistik, curiga, dan menampakkan ketidakyakinan mereka untuk mengubah wajah filem kita sekarang ini. Malah, soalan-soalan yang dikemukakan kadang-kadang boleh membawa kepada keingkaran terhadap hukum Allah dan penolakan agama dalam filem.

Justeru itu, di sinilah peri pentingnya festival filem Islam dianjurkan dan dihidupkan kembali dalam bentuk yang lebih segar, meyakinkan, dan melibatkan lebih banyak pihak. Melalui festival filem ini, forum-forum dan seminar-seminar boleh diadakan dan semua pihak boleh memberikan pandangan bagi mencari dan merangka bentuk filem yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Islam, termasuklah pandangan daripada pengarah Iran tersohor Majid Majidi.

Setelah kata putus dicapai, rasanya tidak sukar bagi pengarah yang kreatif untuk menghasilkan filem-filem yang dimaksudkan. Bagi menghasilkan filem yang mengisah-kan tentang kehidupan junjungan Nabi Muhammad s.a.w. misalnya, pengarah filem tersebut mestilah mengambil kira dan menghormati pandangan jumhur ulama yang mengharamkan penonjolan watak Nabi Muhammad s.a.w. secara visual. Lalu bagaimanakah filem tersebut boleh dihasilkan?

Pengarah

Bagi pengarah yang tidak mahu berfikir panjang, mereka akan segera angkat tangan, tetapi tidak bagi pengarah yang betul-betul berjiwa seni. Bagi mereka, banyak kaedah yang boleh digunakan, dan kesannya kepada penonton masih tetap sama. Lalu terciptalah kaedah pergerakan kamera bagi menggambarkan pergerakan Nabi Muhammad s.a.w. Kisah hidup Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat dan isteri baginda pula diceritakan melalui perbualan orang ramai sesama mereka. Maka, di manakah susahnya?

Justeru itu, rasanya tidaklah sukar sangat untuk mencari alternatif bagi babak-babak yang boleh menimbulkan kontroversi seperti babak berpeluk-pelukan antara lelaki dan perempuan, babak suami isteri di atas ranjang, aksi pembunuhan dan pergaduhan yang ekstrem, dan babak gejala sosial yang mengghairahkan. Apatah lagi babak-babak picisan seperti mandi di dalam bilik air, wanita yang menggoyangkan punggung dan menonjolkan buah dada, lawak slapstick murahan, dan sebagainya.

Pada hemat saya, kegagalan kerajaan Kelantan menganjurkan festival filem Islam secara tahunan adalah disebabkan kekangan kewangan yang meruncing, khususnya bagi tujuan menganjurkan festival filem dalam skala yang lebih besar. Oleh itu, sokongan daripada badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan seperti Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), dan lain-lain amatlah diperlukan, termasuklah kerjasama daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Sokongan yang diberikan pastinya bukan sahaja dalam bentuk bantuan kewangan dan penajaan daripada syarikat korporat semata-mata, tetapi yang lebih penting daripada itu ialah penyertaan filem-filem tempatan yang dikira menepati ciri-ciri sebuah filem Islam. Lupakan dahulu soal politik kerana penganjuran festival filem ini bukannya untuk mencari siapa yang menang dan siapa pula yang kalah dan salah. Yang menang

Page 11: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

adalah kita semua yang cintakan seni yang bermoral, bermaruah, dinamik, dan yang paling penting, seni yang membawa kita kepada ketaqwaan dan diredai oleh Allah s.w.t.

Oleh itu, apabila Maya Karin bertudung semasa dialog sempena Mini Fest Kelantan 2007, perkara tersebut tidak sepatutnya dilihat dari sudut gimik politik yang sempit semata-mata, tetapi perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh, iaitu manifestasi kepada keperluan lonjakan paradigma baru dalam dunia perfileman tanah air.

Page 12: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Bersatu popularkan genre Islam

Oleh ABD. AZIZ [email protected]

KESEDARAN dan usaha bagi menitip elemen-elemen tentang ajaran Islam sudah lama ada dalam filem-filem Melayu sejak era tahun 1940-an sehinggalah kini.

Biarpun bukan 100 peratus berstatus filem Islam, tetapi unsur-unsur pengajaran yang ada di dalamnya selaras dengan ajaran Islam serta mudah pula dititip oleh para penonton.

Bukan setakat negara ini, malah negara-negara lain seperti Iran, Indonesia dan negara-negara Timur Tengah juga telah lama mempunyai kesedaran ke arah itu.

Namun, kesedaran sahaja belum memadai jika tiada usaha berterusan dan serius bagi memartabatkan elemen-elemen Islam yang lebih tulin di sebalik sesebuah filem.

Pengarah dan pengkritik filem tempatan, Mansor Puteh berpendapat, sudah sampai masanya negara-negara Islam yang aktif menerbitkan filem bersatu mempopularkan genre sedemikian.

Katanya, suatu badan filem khas yang boleh menggabungkan kerjasama antara negara-negara Islam harus diwujudkan agar pemasaran filem Islam mudah dijalankan.

"Sudah sampai masanya kita (negara-negara Islam) bersatu mewujudkan sebuah badan khas yang boleh digunakan untuk kepentingan industri filem masing-masing pada masa depan.

"Contohnya dengan bekerjasama menerbitkan filem Islam, menayangkan di negara masing-masing dan mengedarkannya sehinggalah di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Sarjana Perfileman dari Universiti Columbia, New York, Amerika Syarikat ini mencetuskan ideanya pada forum Minggu Filem Roh Ramadan Aswara 2010 di Aswara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Forum anjuran Aswara itu bertujuan menampilkan hasil kerja para pelajar perfileman terutamanya filem-filem yang berunsurkan keislaman sempena tibanya bulan Ramadan baru-baru ini.

Saranan Mansor itu ada benarnya kerana melalui kerjasama itu ia bukan sahaja mencetuskan lebih banyak persefahaman dan modal tetapi juga mutu dalam penerbitan sesebuah filem.

DR. FAISAL Tehrani (tengah) sewaktu menjadi moderator dalam forum Minggu Filem Roh Ramadan Aswara 2010 yang disertai Azmil Mustapha (kiri) dan Mansor Puteh baru-baru ini.

Utusan Malaysia 22/9/2010

Page 13: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Ini kerana, sejak kebelakangan ini ramai pembikin filem yang tidak mendapat bimbingan dan berkarya mengikut kefahaman sendiri sehingga ia tidak memberi manfaat kepada para penonton.

Adalah mendukacitakan apabila ada filem-filem Melayu yang mempopularkan budaya Barat yang bebas dan liar sehingga secara tidak langsung menjayakan lagi agenda musuh-musuh Islam.

Ia juga seolah-olah memudahkan lagi dakyah dan propaganda Barat dalam usaha mereka mempromosikan budaya, sekali gus menguasai ekonomi melalui bidang perfileman di negara ini.

"Saya juga mencadangkan agar diadakan suatu rangkaian pawagam halal yang boleh menyokong usaha ini. Apalah guna ada filem Islam tetapi tidak ada tempat yang sesuai untuk ditayangkan?

"Perkara seperti itu boleh difikirkan kerana ia ada kaitannya dengan jenama halal yang banyak diaplikasikan dalam pelbagai produk seperti makanan dan minuman," katanya.

Galakan atas penerbitan filem-filem Islam sepatutnya sudah lama dijalankan memandangkan kebanyakan penonton filem-filem Melayu adalah beragama Islam.

Sayangnya, ramai pembikin filem yang tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya tanpa disedari ghairah menampilkan adegan-adegan yang bertentangan dengan Islam.

"Ada filem yang nampak seperti Islam sedangkan hakikatnya anti Islam. Misalnya, mempopularkan budaya lumba haram di filem yang secara tidak langsung bertentangan dengan Islam," ujarnya.

Page 14: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Buat filem juga dakwah

Oleh Mohd. Radzi Mohd. ZinGambar Saiful Bahari Ashaari22/06/2010

FILEM atau drama sudah menjadi sebati dalam kehidupan seharian kita. Pengaruhnya dan kesannya melangkaui budaya, jantina, umur, status sosial dan lokasi.

Sebagai salah satu cabang seni, filem menjadi antara elemen berhibur masyarakat sejak dulu hingga kini.

Cuma, hal yang sering menjadi perdebatan adalah hiburan bagaimana yang dibenarkan dalam Islam. Demikian juga, selama mana lagi kita perlu menghasilkan filem yang stereotaip berlatar belakang persoalan cinta muda-mudi yang di luar batasan atau pun golongan korporat yang sombong dan suka berfoya-foya.

Oleh yang demikian, timbul istilah filem berunsur Islam. Ia semakin diperkatakan mutakhir ini lebih-lebih lagi disokong dengan adanya permintaan filem-filem berunsur Islam dalam pasaran.

Mantan Profesor Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Naim Ahmad berkata, pokok pengertian filem Islam adalah maksud Islam itu yang antara lainnya selamat, aman, tenteram, patuh dan bersih daripada segala sesuatu.

Oleh itu, filem Islam dan filem berunsur Islam adalah dua ungkapan yang berbeza.

Katanya, filem berunsur Islam merujuk kepada filem yang antara paparannya mengandungi beberapa unsur yang selaras dengan tuntutan Islam.

“Namun, tidak keseluruhan filem tersebut ‘islamik’. Mungkin daripada aspek naratif, dramatik, sinematografi, semiotik, aplikasi, teknikal dan kontektualnya,” kata beliau.

Dr. Naim berkata demikian dalam kertas kerja bertajuk ‘Drama/Filem Berunsur Islam’ pada Bengkel Fiqh Penyiaran di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor, kelmarin.

Dua lagi ahli panel ialah Mufti Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Pengerusi Biro Akademik dan Latihan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Syed Zulkifli Syed Masir.

Bengkel sehari anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), TV Al-Hijrah dan FDAM itu disertai oleh kira-kira 250 peserta.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim dan Pengarah ILIM, Paimuzi Yahya.

Dr. Naim berkata, asasnya filem Islam merangsang kepada keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan.

Sebahagian peserta Bengkel Fiqh Penyiaran di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor, Ahad lalu.

Utusan Malaysia 22/06/2010

Page 15: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Ia juga menganjurkan keamanan, ketenteraman, kedamaian dan kebersihan daripada segala yang negatif.

Pendek kata, jelas beliau, filem Islam membawa mesej penyerahan diri, tunduk, patuh dan bertauhid kepada Allah Yang Maha Pencipta.

“Hasil garapan inti-inti pembicaraan tentang seni dalam Islam, maka filem Islam diungkapkan sebagai sebuah hasil seni, berbentuk ‘produk halal’, pra dan pasca penerbitan dengan pengisian dan garapan bersandarkan kod etika dan nilai Islam sehinggalah kepada proses edaran, tayangan dan tontonan khalayak.

“Tujuannya menyebar dakwah, menerap nilai murni dan menegakkan amar makruf nahi mungkar,” jelas Dr. Naim.

Sementara itu, Abdul Rahman dalam mukadimah kertas kerjanya ‘Perspektif Hiburan Dalam Islam’ memberikan definisi hiburan daripada segi bahasa sebagai menenangkan jiwa daripada kesempitan.

Dalam bahasa Arab ia disebut sama ada tarfiah, tasliah, lahhu, laab dan tarwih.

Semua itu, katanya, terangkum dalam erti memasukkan kegembiraan ke dalam jiwa bagi membangkitkan kecergasan fikiran atau badan yang bukan tujuan bersungguh-sungguh.

“Hiburan diharuskan dalam Islam selagi tidak ada pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tidak melalaikan pemain dan pendengarnya daripada mengingati Allah dan lain-lain hal yang bercanggah dengan Islam,” tegas beliau.

Abdul Rahman berkata, manusia dijadikan bukan sebagai malaikat kerana manusia sifatnya ada waktu perlu kepada makan dan minum, berkahwin, mencari rezeki, berhibur dan melakukan lain-lain sifat manusia.

Fitrah manusia, katanya, memerlukan hiburan atau sesuatu yang boleh menenangkan jiwa seperti nyanyian dan selainnya.

Beliau menambah, hiburan adakalanya menjadi sunat jika tujuannya untuk melapangkan hati, agar selepas itu akan menimbulkan sebab-sebab yang mencergaskan dirinya untuk beribadat.

“Menghibur diri atau orang lain amat digalakkan dalam urusan agama. Apabila seseorang benar-benar terhibur dengan agama dia akan melaksanakan perintah Allah dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, antara hiburan yang paling disukai adalah nyanyian dan ia dibolehkan oleh syarak selama tidak dicampuri kata-kata kotor, lucah atau mengarah kepada perbuatan dosa.

Katanya, nyanyian tidak salah jika disertai muzik yang tidak membangkitkan nafsu.

“Bahkan dalam situasi gembira seperti hari raya, majlis perkahwinan dan akikah nyanyian dibenarkan sebagai mana hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah di mana baginda menyuruh agar dijemput seorang yang boleh menyanyikan ahlan wasahlan (selamat datang),” jelas beliau.

Page 16: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Seorang lagi ahli panel, Syed Zulkifli berkata, Islam perlu menguasai filem dan TV untuk menghasilkan filem yang mematuhi prinsip syariah kerana ia adalah medium yang penting.

Katanya, Islam juga perlu bercerita tentang apa sahaja dengan cara yang dibenarkan oleh agama.

“Kalau kita boleh membuat produk filem dan TV yang baik serta mampu menyisipkan nilai-nilai Islam di dalamnya, bahan yang kita pilih akan menjadi pilihan penonton,” katanya.

Beliau membentangkan kertas kerja ‘Melahirkan Strategi Kerja Kreatif Filem dan TV Pematuhan Syariah’.

Syed Zulkifli berkata, hal ini munasabah dicapai. Syaratnya adalah perlu meyakinkan diktator iaitu pembikin filem atau pengarahnya.

Pembikin filem memilih, memanipulasi dan menentukan apa yang harus ditonton oleh mereka yang telah membuat keputusan untuk menonton.

“Jika stesen tv yang menggelarkan diri mereka TV Islam menjadikan ciri-ciri syariah sebagai polisi penyiarannya, maka produk filem dan tv yang mematuhi syariah akan menjadi munasabah,” jelas beliau.

Mengenai kekangan melahirkan filem Islam, Syed Zulkifli berkata, kekangan menjadikan manusia lebih kreatif.

Katanya, manusia mencipta daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’ bagi menyelesaikan masalah.

Contohnya, sungai mengekang manusia untuk bergerak. Maka, manusia mencipta sampan, perahu dan jambatan untuk menyelesaikannya.

“Memanglah sukar mendapat idea tetapi itulah proses kreatif. Proses kreatif filem adalah proses penciptaan, mewujudkan perkara baru yang melibatkan imaginasi dan kebarangkalian dalam menghantar makna.

“Jika seseorang itu benar-benar kreatif, kekangan untuk menghasilkan produk filem dan TV yang mematuhi syariah akan membuatkannya sentiasa hidup dalam budaya kreatif kerana dia akan terus mencari penyelesaian setiap masa,” jelasnya.

Antara kertas kerja lain adalah ‘TV Al-Hijrah sebagai sebuah stesen Islamik’ oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV Al-Hijrah, Bukhari Che Muda dan ‘Garis Panduan Tetap’ oleh wakil Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohd. Hussain Shafie.

Buang Islamofobia pada orang filem

Utusan Malaysia 13/07/2010

Page 17: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

13/07/2010

Apakah pengertian filem Islam?

DR. NAIM: Pokok pengertian filem Islam adalah daripada pengertian Islam itu sendiri. Filem Islam dan filem berunsur Islam juga adalah dua ungkapan berbeza.

Filem berunsur Islam adalah merujuk kepada filem yang antara paparannya mengandungi beberapa unsur yang selaras dengan tuntutan Islam tetapi tidak keseluruhan filem itu Islamik.

Mungkin daripada aspek naratif, dramatik, sinematografi, semiotik, aplikasi, teknikal dan kontekstualnya.

Filem Islam adalah konsep yang memerlukan kupasan 'luaran dan dalaman', aspek ciri dan konsep lain yang berkaitan. Malah pengertian Islam itu sendiri perlu jelas agar pengertian dan 'roh' Islam itu benar-benar berada dalam filem sehingga ia dapat dianggap sebuah filem Islam.

Maka, sebagai asasnya sesebuah filem Islam itu merangsang kepada keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan. Filem yang menganjurkan keamanan, ketenteraman, kedamaian dan kebersihan daripada segala yang negatif.

Ia juga filem yang membawa mesej penyerahan diri, tunduk, patuh dan bertauhid kepada Yang Maha Pencipta.

Seorang seniman yang jujur, insya-Allah akan menemui Allah dengan seninya. Kata seorang seniman jalanan di Indonesia, seorang seniman itu ialah sufi (orang yang baik) dan seniman itu juga adalah sufi.

Justeru, sebarang bentuk seni tetapi tidak menjadikan kita baik bukanlah dinamakan seniman. Sebabnya, seniman itu mengamalkan sifat mahmudah (terpuji).

Sebuah filem Islam itu perlu ada bukan sahaja nilai seni yang tinggi tetapi dapat menembusi aspek rohani dan jiwa. Apa maksudnya?

DR. NAIM: Filem itu dibuat oleh pembikinnya. Bagaimana mahu menghasilkan filem yang bagus?

Ini memerlukan kepada kemahiran menggarap seni, kemahiran teknik dan juga kemahiran guna teknologi. Ia juga memerlukan kepada jati diri.

Namun, yang masih kurang pada dasarnya adalah ilmu pengetahuan tentang Islam. Bukan tidak ada di kalangan pembuat filem kita tetapi kurang.

Kemahiran agama ini membawa kepada tauhid tadi. Ia bersesuaian dengan yang selalu disebut oleh ulama kita asal agama adalah mengenal Allah. Inilah yang telah dihilangkan oleh masyarakat Barat.

Diiktiraf...Pengarah filem Iran, Abbas Kiarostami menunjukkan trofi yang dimenanginya pada Festival Filem Munich, Jerman 29 Jun lalu.

Page 18: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Barat tahu untuk menghilangkan kepercayaan kepada agama, akidah umat Islam ini perlu digegarkan. Sebab itu umat Islam perlu disibukkan dengan 3F iaitu food (makanan), fashion(fesyen) and fun (keseronokan).

Namun, saya melihat bukan hanya 3F tetapi 10F iaitu food (makanan), fashion (fesyen), free sex (seks bebas), feminin (wanita), film (filem), finance (wang), fantasy (fantasi), facebook, faith(tauhid) and fun (keseronokan).

Membicarakan hal ini, Ismail Faruqi menyebut, tidak seperti kebudayaan lain mengaitkan keindahan sebagai kemewahan, nilai intrinsik yang difahami untuk kepentingan sendiri, kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. (Islam and Culture, 1980)

Ada juga pengeluar filem yang kata niat mereka baik untuk memberi pengajaran, tetapi perlakuan di dalam filem itu yang tidak baik. Bolehkah berhujah demikian?

DR. NAIM: Menghasilkan filem pada asalnya diharuskan oleh Islam. Namun pekerjaan yang harus ini menjadi haram jika proses penghasilan dan garapan pengisiannya menyalahi hukum dan etika Islam.

Niat itu tidak bersuara atau berhuruf. Ia adalah qasad atau keazaman untuk membuat sesuatu yang lahir daripada hati.

Dalam Islam, niat mesti baik dan ikhlas kerana setiap amalan itu diukur berdasarkan niat kita. Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara.

Contohnya, niat kita baik iaitu hendak membantu fakir miskin tetapi gunakan sumber yang haram. Ini tidak dibenarkan oleh Islam.

Begitu juga kalau ceritanya bagus tetapi busana atau pakaiannya teruk sehingga menampakkan aurat, itu haram.

Sebab itu, niat ini perlu disertakan dengan lafaz bismillah. Kalau tidak, ia tiada keberkatan. Namun, permulaan lafaz bismillah itu tidak menghalalkan perlakuan salah dalam sesebuah filem.

Contohnya, membuat filem porno untuk memberi pengajaran. Dalam hal ini, orang yang membuat, merancang, mengedar, membeli dan melakonkan adegan itu semuanya berdosa. Ia seperti juga penglibatan kita dalam arak.

Bagaimanapun, orang buat filem ini lebih teruk kerana yang menontonnya juga turut berdosa. Sedangkan orang yang semata-mata melihat arak itu tidak berdosa.

Penghasilan filem ini kesannya tidak dibatasi umur, geografi dan budaya.

Jangan kita lupa, setiap kebaikan yang kita tonjolkan dalam filem itu akan menjadi amal jariah yang boleh menyumbang pahala selepas kematian kita kelak.

Begitu juga jika filem kita itu penuh dengan kemaksiatan, maka kita akan memikul dosanya selama mana ia disaksikan oleh penonton.

Negara sudah merdeka lebih 50 tahun tetapi belum nampak kemunculan filem Islam. Antara alasannya susah nak buat filem Islam, batas aurat dan sebagainya. Betulkan dakwaan ini?

Page 19: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

DR. NAIM: Segala hukum atau peraturan yang dibuat sama ada dalam agama atau adat mempunyai sebab dan tujuan.

Menghasilkan filem memang susah tetapi Allah bagi kita akal, daya kreativiti dan inovatif.

Dalam hal ini mungkin kita perlu gunakan perlambangan.

Islam itu mudah, jadi jangan susahkan perkara yang mudah dan jangan mempermudah perkara yang sukar. Kalau kita benar-benar berfikir tentang filem Islam, ia tidak susah.

Islam tidak mengehadkan orang berkarya termasuklah dalam pembikinan filem. Syaratnya jangan langgar batasan.

Manusia selalu lupa sebab itu dia kata Islam itu susah. Sebenarnya mereka terperangkap dalam isme-isme Barat.

Kita kena belajar daripada filem-filem Iran. Dalam filem Iran, tidak ada adegan pegang tangan, peluk-peluk dan tidak ada yang melanggar batasan.

Ini tidak, kebanyakan kita terpengaruh dan berkiblatkan filem dari Barat sahaja. Kita tidak mahu membuka sudut pandangan kepada filem negara-negara Islam.

Sebab itu, timbul alasan susah nak buat filem Islam. Susah itu berpunca daripada kita sendiri.

Sebabnya, adalah lebih senang untuk melanggar hukum Allah daripada berfikir bagaimana menghasilkan filem Islam.

Orang yangbercakap begini biasanya tidak faham dantidak tahu akan keindahan Islam. Apabila tidak tahu, maka kita takut melihat Islam seolah- olah masuk ke tempat 'gelap' sebab kita tidak dapat membuka cahayanya.

Apa yang berlaku, wujud Islamofobia di kalangan pengeluar filem Islam itu sendiri.

Bagi mengatasinya, semua pihak perlu terlibat. Ia mesti bermula daripada bawah. Segala keilmuan dan para ulama mesti memberi nasihat kepada orang filem daripada awal hingga akhir. Barulah, kita dapat menghasilkan filem Islam, insya-Allah.

Mereka yang sudah mendapat hidayah pula patut terus terlibat dalam industri filem supaya kita dapat mengubah dan merealisasikan hasrat ini.

Kita selalu dengar ungkapan pelakon sebagai idola. Tetapi adakalanya pelakon itu dipuja kerana kehebatannya menjiwai sesuatu watak, bukan sebab tingkahlaku semulajadinya. Soalnya, bolehkah mereka dijadikan idola?

DR. NAIM: Bagi yang benar-benar memahami seni, watak dalam filem dan kehidupan sebenar mestilah sama. Dia tidak akan hipokrit.

Jika sebaliknya, ia adalah satu penipuan kepada diri dan masyarakat.

Memanglah drama itu berpura-pura tetapi bukan sampai ke tahap tersebut. Drama adalah melakukan perkara yang benar.

Page 20: Keratan Akhbar Utusan Malaysia Lampiran

Sebab itu, kita biasa mendengar ungkapan dunia ini adalah pentas dan manusia sebagai pelakonnya.

Jika berterusan begini atau kalau filem kita sama seperti filem Barat, kita tidak akan dapat menembusi persada dunia. Kita perlu keluar daripada elemen stereotaip dan perlu ubah 360 darjah kalau mahu ke persada antarabangsa.

Saya selalu sebut, jangan kita takut rugi di dunia kerana kecundang di panggung tetapi kita perlu takut rugi di akhirat di hadapan Allah kelak.

Ada juga dakwaan seniman adalah orang yang istimewa. Justeru mereka harus bebas berkarya apa sahaja. Benarkah?

DR. NAIM: Seniman dibolehkan berkarya apa sahaja menggunakan segala kepakaran kreativiti dengan syarat mesti bersandarkan hukum.

Sebab itu dalam pepatah Melayu pun ada menyebut, "hukum adat bersandar syarak, hukum syarak bersandarkan akidah".

Realitinya, mana ada negara yang memberi kebebasan mutlak kepada rakyatnya. Amerika Syarikat sendiri pun dipantau setiap masa.

Burung yang terbang bebas pun bila tiba masanya akan hinggap di dahan pokok.

Undang-undang dan peraturan itu ada hikmahnya yang kita kena cari.