warisan kebangsaan 2015

86
2015 WARISAN KEBANGSAAN

Upload: others

Post on 22-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WARISAN KEBANGSAAN 2015

2015WARISAN KEBANGSAAN

Page 2: WARISAN KEBANGSAAN 2015

WARISAN KEBANGSAAN 2015

NO ISBN : 978-983-3862-35-1

Diterbitkan oleh :Jabatan Warisan Negara, 2015

©Hakcipta terpelihara.

Tidak dibenarkan mencetak semula, mengeluarkan mana-mana bahagian dalam buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, mekanikal, termasuk fotokopi dan rakaman atau dengan apa jua cara sebelum mendapat izin bertulis daripada Jabatan Warisan Negara.

Page 3: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

53

TAPAK WARISAN: 4 BANGUNAN/MONUMEN

TAPAK WARISAN: ARKEOLOGI 9

OBJEK WARISAN KETARA 15

OBJEK WARISAN: 33 BAHASA DAN PERSURATAN

OBJEK WARISAN: BUSANA, TEKSTIL, 36 SENI HIAS DIRI DAN KRAF1

PERMAINAN TRADISI 49 DAN PERTAHANAN DIRI

OBJEK WARISAN: 57 SENI PERSEMBAHAN

OBJEK WARISAN: ADAT 60

OBJEK WARISAN: MAKANAN 64

ORANG HIDUP 86

KANDUNGANCoNTENTS

1234

5

6

789

10

Page 4: WARISAN KEBANGSAAN 2015

TAPAK WARISAN: BANGUNAN/ MoNUMEN

4

Page 5: WARISAN KEBANGSAAN 2015

Bangunan PejaBat Daerah Dan tanah Larut, Matang Dan SeLaMaSEjARAh pembangunan bandar Taiping bermula dengan penghijrahan masyarakat daripada pelbagai bangsa ke bandar ini pada penghujung abad ke-19 kerana tarikan aktiviti perlombongan bijih timah dan kewujudan ladang getah di Tanah Melayu. Kemasukan pelbagai etnik dan ras telah memperkenalkan pelbagai bentuk seni bina di kawasan Taiping terutama di pusat bandar.

Pada tahun 1895, pembinaan bangunan pejabat kerajaan yang baru telah dimulakan untuk menggantikan bangunan lama pejabat daerah yang dibina pada tahun 1883. Bangunan baru ini dibina mengikut rekabentuk bangunan Victoria dengan memuatkan sebuah Dewan Majlis Orang Ramai, Pejabat untuk Sekretariat, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Audit, Pejabat Pendidikan serta Jabatan Perhutanan. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1897 dan mula beroperasi pada tahun 1898. Hari ini, bangunan tersebut adalah premis Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama yang terletak di Taiping, Perak.

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

55

Page 6: WARISAN KEBANGSAAN 2015

MaSjiD SuLtan aLauDDinMASjId ini diasaskan oleh Almarhum Sultan (Sir) Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa Sultan Selangor kelima pada tahun 1918 dan siap sepenuhnya pada 1925. Terletak di mukim Bandar, Jugra dalam daerah Kuala Langat. Juga dikenali sebagai Masjid Bandar atau Masjid Alauddin.

Reka bentuk masjid ini menampilkan ciri-ciri reka bentuk Timur Tengah dengan pengaruh seni bina Moghul yang dapat dilihat pada bahagian kubah masjid . Perkara menarik tentang masjid ini ialah ruang terbuka seperti yang terdapat di masjid-masjid di Timur Tengah. Ia juga dikatakan menerima pengaruh seni bina Kerajaan Deli di Medan, Sumatera Utara yang dapat dilihat pada ukiran-ukiran kayu yang menjadi hiasan sebahagian dinding dan syiling di bahagian dalam masjid. Ciri-ciri lain yang menarik tentang masjid ini adalah pada tiang seri dan seni ukir dinding serta mimbarnya yang unik kerana diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi serta tahan lama.

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

6

Page 7: WARISAN KEBANGSAAN 2015

MaSjiD hiLiranMASjId Hiliran yang terletak kira-kira 3 km dari Bandar Kuala Terengganu merupakan salah sebuah masjid tertua di Negeri Terengganu Masjid ini juga dikenali dengan nama Masjid Haji Mat Kaya. Beliaulah yang membiayai pembinaan masjid ini pada tahun 1925.

Sejarah awal Sekolah Menengah Agama Khairiah bermula di masjid ini. Sekolah Menengah Agama Khairiah diasaskan pada 8 September 1942 di beranda Masjid Hiliran.

Majlis perasmiannya telah dilakukan oleh DYMM Sultan Sulaiman pada hari Jumaaat 5hb. Mac 1943.

Keunikan masjid ini kerana atapnya berbeza dengan reka bentuk utama masjid di rantau nusantara yang berunsur potong bawah (kubah), sebaliknya ia berasaskan bentuk bumbung limas potong perak iaitu salah satu seni bina Melayu terkenal.

Keunikan lain yang terdapat di Masjid Hiliran ini ialah kewujudan sebuah perigi yang dikenali sebagai Telaga Mandi Gajah Putih yang dipercayai dibina semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Pembinaan telaga ini dikatakan bertujuan untuk memandikan Gajah Putih kepunyaan Sultan Zainal Abidin III yang telah dihadiahkan oleh Raja Siam, Raja Chulalongkorn sebagai tanda persahabatan.

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

57

Page 8: WARISAN KEBANGSAAN 2015

MuziuM negaraTApAK bangunan Muzium Negara ini merupakan bekas bangnan Muzium Selangor yang dibina pada tahun 1906. Namun, semasa Perang Dunia II, bahagian kanan Muzium Selangor ini musnah terkena bom. Setelah perang tamat, Muzium Selangor terpaksa diruntuhkan. Menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan agar sebuah Muzium Negara dibina bagi menempatkan khazanah warisan sejarah, kebudayaan serta spesimen flora dan fauna negara.

Arkitek Ho Kok Hoe telah menghasilkan reka bentuk bangunan Muzium Negara ini berdasarkan bentuk seni bina istana raja-raja Melayu dan dihiasi dengan motif Melayu. Ia mula dibina pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada 31 Ogos 1963. Fasad hadapan kiri dan kanan bangunan ini dihiasi dengan mural yang diperbuat daripada kaca mozek Itali. Mural ini menggambarkan penceritaan tentang sejarah dan kebudayaan masyarakat Malaysia. Bahagian lantai dewan tengah bangunan ini dihiasi dengan jubin khas sumbangan kerajaan Pakistan.

Pihak UNESCO turut membantu dengan menghantar beberapa pakar permuziuman dari beberapa buah muzium terkenal dunia bagi memberi khidmat nasihat. Muzium Negara dirasmikan pembukaannya pada 31 Ogos 1963 oleh Yang di Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

8

Page 9: WARISAN KEBANGSAAN 2015

TAPAK WARISAN:ARKEoLoGI

9

Page 10: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

10

KOta jOhOr LaMaKoTA Johor Lama juga dikenali sebagai Kota Batu. Kota ini telah dibina dengan arahan Sultan Alauddin Riayat Syah II iaitu putera kepada Sultan Mahmud Syah I , Sultan Melaka terakhir. Melaka kecundang di tangan Portugis pada tahun 1511. Setelah Sultan Mahmud Syah I mangkat pada tahun1528, putera baginda ditabalkan menjadi Sultan dikenali sebagai Sultan Alauddin Riayat Syah II lalu berpindah ke Johor dari Kampar dan mendirikan Kota Johor Lama.

Pada masa pemerintahan baginda, beberapa pucuk meriam yang siap dengan pengawal-pengawal ditempatkan di tembok kota yang terletak di hujung Kota Batu tersebut, kerana kedudukannya yang strategik dalam pertahanan yang dapat memantau laluan kapal dari arah hulu dan hilir Sungai Johor. Tebing sungainya yang tinggi dan curam serta kedudukan sebuah lagi kota yang dikenali sebagai Kota Budak atau Kota Kubu berhampiran memberi kelebihan Kota Johor Lama memperkukuhkan lagi pemantauan dan keselamatan pertahanannya.

Kota Johor Lama dapat bertahan selama 24 tahun walaupun menghadapi beberapa serangan daripada Portugis, namun akhirnya pada tahun 1564 semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah II, serangan tentera Acheh telah berjaya merobohkan pertahanannya.

Page 11: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

511

MegaLitiK PengKaLan KeMPaSKAjIAN dan penyelidikan arkeologi megalitik di Semenanjung Malaysia pertama kali dilakukan oleh I.H.N Evans di tapak Pengkalan Kempas pada tahun 1919. Terdapat sekitar 15 batu granit sementara tiga menhir utama serta batu laterit dalam keadaan berselerakan, condong dan rebah. Sewaktu ekskavasi dijalankan telah ditemui seramik glaze danbiru-putih, seladon, kaca pelbagai warna, alat batu dan syiling. Lapisan tanah tidak menunjukkan sebarang kesan gangguan sementara kesan pembakaran turut ditemui. Secara keseluruhan pentarikhan relatif tapak ini adalah sekitar abad 14-15 M.

Morfologi Megalitik yang wujud di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan dapat dibahagi kepada dua aspek utama, iaitu pertama, Megalitik yang mempunyai bentuk kemudi, sudu (payung) dan pedang (keris). Kedua, pola hias atau estetika pada batu ini dapat dibahagikan kepada dua unsur iaitu; alam dan binatang yang diwakili hidupan langit, air dan daratan. Sementara pahatan figura binatang adalah imej burung

merak yang sedang mengembangkan sayapnya, kuda, (batu tegak kemudi), ular dan gajah (batu tegak pedang / keris). Hiasan binatang air pula seperti ikan / katak (batu tegak kemudi), hiasan yang bersifat tumbuhan pula adalah suluran bunga (batu tegak kemudi).

Kesemua imej ini asasnya dapat dikaitkan dengan kepimpinan yang diwujudkan dalam bentuk perlambangan dan jelas menunjukkan bagaimana pola hias ini mempunyai hubungan dengan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan. Pada waktu yang sama terdapat juga pola hias yang mewakili zaman berlainan berdasarkan kepada ragam hias seninya, sebagai contoh pada batu hidup berbentuk pedang terdapat hiasan yang mewakili zaman Klasik iaitu kala. la dalam pengertian ikonografi berperanan sebagai pengusir dan mengawal daripada gangguan kuasa jahat. Pada bahagian atasnya pula mempunyai kalimah Allah yang jelas menunjukkan penerimaan Islam telah dikenali oleh masyarakat semasa pembuatannya dengan tidak melepaskan unsur-unsur sebelumnya. Justeru, keberadaan batu hidup, kuburan Syeikh Ahmad Majnun berhampiran dan batu bersurat menggambarkan peranan tempat tersebut yang sakral.

Page 12: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

12

PuLau KaLuMPangTApAK ini terletak di kawasan paya bakau di Pulau Kalumpang. Penyelidikan pertamanya dijalankan oleh I.H.N. Evans dalam tahun 1920an dan 1930an. Tapak ini dipercayai tinggalan masyarakat zaman protosejarah. Penyelidik lain seperti Quaritch-Wales (1936), Sieveking (1955), Dr. Gibson Hill (1956) dan Peacock, Lord Medway, Alastair Lamb serta isterinya Venice Lamb dalam tahun 1963. Pada tahun 1987, penyelidikan dan ekskavasi arkeologi telah dilaksanakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dengan kerjasama jabatan lain di peringkat negeri serta Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artifak yang pernah dilaporkan oleh Evans melalui ekskavasi yang dijalankan ialah perahu tebuk, tulang manusia, pecahan tembikar, manik dari batu akid, kaca dan carnelian. Artifak berunsurkan kepercayaan Hindu juga dijumpai antaranya ialah

cincin emas berukiran Dewa Visnu di atas garuda dan gambar cop mohor dalam tulisan Pallava, Sanskrit. Jumpaan ini merupakan bukti akan kewujudan petempatan maritim masyarakat zaman proto-sejarah di kepulauan ini dan ianya terletak di perairan lalulan perdagangan antarabangsa suatu ketika dahulu dan pelabuhan di mana pedagang mendapatkan air bersih dan makanan.

Jumpaan beribu-ribu manik kaca Indo-Pasifik dan bahan mentahnya menunjukkan bahawa tapak ini merupakan salah satu tapak yang menghasilkan manik kaca Indo-Pasifik manakala jumpaan beibu-ribu serpihan tembikar tanah juga menunjukkan masyarakat tempatan menghasilkan tembikar tanah untuk diperdagangkan ke kawasan pedalaman. Berdasarkan kepada pentarikhan mutlak, tapak ini sudah pun diduduki oleh masyarakat pesisir pantai sejak 200 SM. Masyarakat Pulau Kelumpang juga merupakan pelayar dan pedagang yang hebat berdasarkan jumpaan ekofak berupa tulang ikan hasil tangkapan laut dalam.

Page 13: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

513

gua teLuK KeLaWarGuA Teluk Kelawar terletak dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak. Gua ini berada pada kedudukan latitude 5˚ 07. 44’ utara dan longitud timur, dengan ketinggian 76 meter di atas aras laut. Tapak ini telah mula dijalankan penyelidikan oleh USM sejak tahun 1990. Hasil kajian mendedahkan tapak Gua Teluk Kelawar telah digunakan daripada sekitar 11,000 hingga 2,000 tahun dahulu melalui bukti alat batu dan sisa makanan Paleolitik Akhir. Tapak ini kini menjadi tapak kajian utama bagi kajian kesinambungan Paleolitik akhir ke Neolitik.

Pada lapisan >10,000 tahun dahulu ditemui alat batu dan sisa makanan. Bahan alat batunya terdiri daripada pebel sungai dan batu kapur. Pada lapisan 8,000 tahun dahulu ditemui pengkebumian rangka manusia Holosen. Tapak ini telah memberikan bukti aktiviti Pleistosen Akhir dan Awal Holosen di Lembah Lenggong.

Page 14: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

14

gua hariMau TApAK Arkeologi Gua Harimau terletak di Lenggong, Perak. Gua Harimau mula diekskavasi oleh Williams-Hunt dalam tahun 1951. Beliau telah menemui satu rangka kanak-kanak, beliung, tembikar dan sisa makanan. Pentarikhan radiokarbon yang pertama di Malaysia telah dijalnkan di tapak ini dan menunjukkan usia 3,450 ± 150 BP. Kajian lanjutan telah dijalankan oleh USM sejak 1987 dan menemui bukti pengkebumian daripada 4,920 ± 270 BP hingga 1,760 ± 95 BP.

Kepentingan tapak arkeologi Gua Harimau adalah penemuan kebudayaan zaman gangsa yang terawal di Malaysia. Ekskavasi arkeologi telah menemui pengkebumian yang merangkumi dua zaman budaya, iaitu budaya Neolitik dan Gangsa. Sekurang-kurangnya 12 rangka manusia ditemui dalam posisi lunjur dengan barangan kiriman yang terdiri daripada kapak gangsa dan acuannya, tembikar tanah, alat batu dan pemukul kulit kayu, barangan hiasan seperti gelang cengkerang dan batu, anting dan kalong cengkerang, manik kaca, dan sisa makanan tulang haiwan dan siput sungai. Tapak ini berfungsi sebagai tapak pengkebumian

zaman Neolitik dan Gangsa. Ekskavasi di Gua Harimau telah juga menemui artifak kapak

gangsa yang lengkap dengan acuanya yang ditemui buat pertama kali dalam keadaan tidak terganggu. Artifak gangsa umumnya diperbuat dengan mengggabungkan tiga jenis logam iaitu tembaga, timah dan plumbum. Bukti arkeologi pertama tentang gangsa di Malaysia ini diperolehi pada satu ekskavasi pada tahun 1988. Penemuan sebuah kapak gangsa tersebut serta acuan tembikar yang digunakan untuk menghasilkannya dijumpai pada satu pengebumian yang dipertarikhkan sekitar 3,500-4,000 tahun dahulu di dalam Gua Harimau. Ini menunjukkan kemungkinan adanya industri gangsa asli di Malaysia dan tidak terhad di negara Thai sahaja seperti yang dianggap sebelum ini.

Tapak ini juga menghasilkan pelbagai jenis tembikar tanah prasejarah yang lengkap serta perhiasan prasejarah seperti kalong dan anting siput, gelang cengkerang dan batu. Kajian saintifik yang dijalankan atas rangka manusia dan tembikar mencadangkan bahawa masyarakat prasejarah Gua Harimau mempunyai persamaan dan hubungan dengan populasi manusia zaman Neolitik yang mendiami tapak Gua Cha di Kelantan dan Ban Kao di Thailand.

Page 15: WARISAN KEBANGSAAN 2015

oBJEK WARISAN KETARA

15

Page 16: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

16

Duit SyiLing eMaS KuPang (BuLat) Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah II (1571-1597), Johor (WS 765)

Duit SyiLing eMaS Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (1718-1722), Johor (WS 4676)

Duit SyiLing eMaS KuPang (Segi LaPan)Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Abdul Jalil Riayat Shah II (1571-1597), Johor (WS 766)

Duit tiMah ayaM jantan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azlin Mu’adzam Shah II (1710-1773), Kedah (WS 4393)

Page 17: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

517

Duit SyiLing eMaS KuPang Zaman PemerintahanSultan Alaudin Riayat Shah III (1597-1615), Johor (WS 20)

Duit SyiLing PeraK SuKu Penjuru Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677), Johor (WS 3724)

Duit SyiLing teMBaga tarra Zaman PemerintahanSultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661-1687), Kedah (WS 9865)

Duit SyiLing eMaS KuPang Zaman PemerintahanSultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661-1687), Kedah (WS 321)

Page 18: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

18

Duit SyiLing PeraK Satu Penjuru Zaman PemerintahanSultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760), Johor (WS 8994)

Duit SyiLing PeraK SuKu Penjuru Zaman Pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760), Johor (WS 8995)

Duit SyiLing eMaS MaS Zaman PemerintahanSultan Mahmud Shah II (1685-1699), Johor (WS 9433)

Duit taMPang Pahang 1/16 DOLar 1235 hijrah (1898) Zaman Pemerintahan Bendahara Sewa Raja Tun Ali (1806-1857) (CRI 84.210)

Page 19: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

519

Duit SyiLing eMaS MaS Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677), Johor (WS 13)

Duit SyiLing tiMah PitiS Zaman Pemerintahan Sultan Ibrahim Shah (1782-1826), Selangor (WS 3727)

Duit SyiLing tiMah Setengah PitiS Zaman Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1459), Melaka (5051)

Page 20: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

20

LuKiSan MeMetiK Daun teMBaKau Di KeLantan, DatuK MOhD hOeSSien enaS (1962) (BSLn1962.021)

pelukis : Mohd hoessien Enas, datuk (1924-1995)Tahun : 1962Media : Cat minyak atas kanvasSaiz : 96.5 x 122 smpemilik : Lembaga pembangunan Seni Visual Negara Kod perolehan : BSLN1962.021Berusia : 53 tahunKategori : Seni halus (Catan)

• MohdHoesseinEnaslahirpadatahun1924danmendapatpendidikan di Dutch Middle School, Indonesia. Beliau merupakan pelukis self-taught. Beliau merupakan perintis dan menjadi

pengerusi dalam pertubuhan Angkatan Pelukis Se-Malaysia (A.P.S). Secara holistik, karyanya lebih kepada merakam budaya dan sosial masyarakat sehingga menjadi karya ikonik negara.

• Karyainidihasilkanpadatahun1962inimenggambarkanpermandangan waktu siang dengan tiga gadis Melayu tempatan di sebuah ladang tembakau. Wajah tiga orang jelitawan gadis ini menampakkan ekspresi muka yang manis dengan lirikan senyuman. Manakala pakaian figuratif ini adalah berkain batik yang menjadi identiti tempatan.

• Penggunaan media yang terdapat dalam karya inidikawal untuk memberi penegasan dari subjek figuratif sehingga landskap di belakangnya. Penekanan terhadap subjek yang menonjol dengan pembentukan tona pada pakaian jelas kelihatan. Tekstur pada corak kain batik serta daun tembakau lebih memberi impak dan membezakan dari sudut pembahagian antara latar hadapan, tengah dan belakang.

Page 21: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

521

LuKiSan MeMBaKar SeMut, DzuLKifLi BuyOng (1967) (BSLn1967.002)

pelukis : dzulkifli Buyong (1948-2004)Tahun : 1967Media : pastel atas kertasSaiz : 58.5 x 100 smpemilik : Lembaga pembangunan Seni Visual Negara Kod perolehan : BSLN1967.002Berusia : 48 tahunKategori : Seni halus (Karya atas kertas)

• DzulkifliBuyongadalahpelukiskelahiranKualaLumpurdan dilahirkan pada tahun 1948. Digelar ‘anak berbakat luar biasa’ ketika menuntut di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Mendapat bimbingan awal daripada Patrick Ng Kah Onn (Wednesday Art

Group) dan sering berpameran di dalam dan luar negara. Karya-karyanya banyak mengekspresikan dunia kanak-kanak yang murni dan menawan kepada alam kanak-kanak Malaysia.

• Karya ini dihasilkan pada tahun 1967 denganpenggunaan media pastel atas kertas. Subjek utamanya adalah sekumpulan kanak-kanak yang sedang membakar semut. Kenakalan dan keriangan mereka digambarkan dengan membakar akhbar. Selain itu, reaksi alam dapat dilihat dengan wujudnya api dari tindakbalas mancis terhadap surat khabar dan semut yang sedang menghurung kaki kanak-kanak perempuan itu.

• Antara elemen yang terdapat dalam karya ini ialahdari dari segi garisan yang terhasil daripada warna pastel yang mewujudkan bentuk. Bentuk yang dihasilkan bukanlah mengikut kadar banding sebenar manusia, namun pengolahannya mampu mewujudkan harmoni yang terdapat dalam karya ini. Walaupun ruang yang wujud mendatar, namun terdapat pengaplikasian tona untuk memberi bentuk yang lebih jelas.

Page 22: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

22

LuKiSan the great MaLaySian LanDScaPe, reDza PiyaDaSa (1972) (BSLn1973.002)

pelukis : Redza piyadasa (1939-2007)Tahun : 1972Media : Akrilik dan campuran atas kanvasSaiz : 178.5 x 129.5 smpemilik : Lembaga pembangunan Seni Visual NegaraKod perolehan : BSLN1973.002Kategori : Seni halus (Catan)Berusia : 43 tahun

• RedzaPiyadasadilahirkanpadatahun1939diKuantan,Pahang. Beliau mendapat pendidikan seni Hornsey College of Art, di

London, England dan Art Department of the University of Hawaii di Manoa. Hasil karyanya telah membawa namanya di serantau dunia dan memberi kesan besar dalam perkembangan seni Malaysia.

• Penggunaanmediumdidalamkaryainibukanlahsecaratotal kerana konsepnya ialah catan dalam catan. Penggunaan objek seperti bingkai, cangkuk, tali, zip dan teks turut terkandung. Tiga imej yang membentuk tiga tahap proses catan secara menegak dilihat dari permulaan, pertengahan dan siap sepenuhnya.

• Dari sudut komposisi, pengolahan yang berbentukminimal dapat dilihat dengan pembingkaian setiap visual. Penggunaan muka taip (typography) juga memberi pergerakan yang dinamik terhadap karyanya. Gaya minimal dari sudut warna juga dilihat apabila keseluruhan warna putih menjadi warna dominasi dan warna hijau dan merah jambu dipadankan dengan berbentuk segi empat. Imej proses catan ini juga kontras tetapi masih berada dalam konsep minimal.

Page 23: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

523

LuKiSan uMPan, SyeD ahMaD jaMaL (1959) (BSLn1959.018)

pelukis : Syed Ahmad jamal, datuk (1929-2011)Tahun : 1959Media : Cat minyak atas masonit bodSaiz : 123 x 152.5 smpemilik : Lembaga pembangunan Seni Visual NegaraKod perolehan : BSLN1959.018Kategori : Seni halus (Catan)Berusia 56 tahun

• SyedAhmadJamaldilahirkanpadatahun1929dantelahmenerima pendidikan seni yang kebanyakkannya berpusat di Amerika Syarikat. Penglibatannya dalam pameran begitu progresif dan telah mencorakkan senario seni negara ke tahap berdaya

saing. Beliau juga merupakan seniman yang pertama mendapat Anugerah Seni Negara pada tahun 1995 daripada kerajaan dalam bidang Seni Halus. Hasil karyanya juga membentuk banyak sejarah dari segi dunia seni halus dari era perintis sehingga kontemporari.

• Umpan merupakan judul bagi karya ini denganmenggunakan media cat minyak atas papan masonit. Pengolahan karya ini berbentuk abstrak yang mempunyai ekspresi kendiri yang bukannya dikawal secara keseluruhan tetapi terhasil daripada pengamatan kreativiti. Warna yang dipadankan juga merupakan eksplorasi pelukis yang memantapkan gaya abstraknya.

• Penggunaan garisan dalam karya ini merupakandominasi bentukan yang terhasil dengan kepelbagaian saiz garisan serta warna yang dipadankan. Unsur pengulangan dalam setiap lekuk garisan mewujudkan harmoni dalam setiap komposisi. Kepelbagaian warna yang disusun juga menjadikan salah satu pergerakan yang dinamik dan berputar di setiap penjuru karya. Ruang yang kosong memberi nafas dan menjadikan karya seimbang walaupun secara asimetrikal.

Page 24: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

24

LuKiSan PeManDangan Laut Pantai tiMur, franK SWettenhaM (1885) (BSLn1999.060)

pelukis : Frank SwettenhamTahun : 1885Media : Cat air atas kertasSaiz : 10.9 x 13.6 smpemilik : Lembaga pembangunan Seni Visual Negara

Kategori : Seni halus (Karya atas kertas)Kod perolehan : BSLN1999.060Berusia : 130 tahun

• Frank Swettenham atau Sir FrankAthelstane Swettenham dilahirkan pada tahun 1850 merupakan mantan Residen Jeneral pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS).

• Menerusi karya cat air ini, komposisiterhadap subjek dan landskap begitu seimbang apabila kapal itu berada di pusat tengah. Selain itu dominasi dan juga kadar banding subjek (kapal) juga dikawal untuk menjaga sifat landskap yang merangkumi latar hadapan, tengah dan belakang.

Page 25: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

525

BeDuK MaSjiD KaMPung huLu, MeLaKa

pemilik : pengerusi, Masjid Kampung hulu, Melaka dimensi : panjang : 174 cm Lebar : 51/42 cm Tinggi : 123 cm ukurlilit : 160/151 cm diameter : 80/75.5 cm Berat : 65 kg

BEduK ini telah wujud dan digunakan semasa zaman pemerintahan Belanda di Tanah Melayu lagi. Beduk ini masih digunakan hingga sekarang oleh penduduk setempat yang dianggap sebagai istimewa kerana banyak membantu

mengingatkan mereka mengenai waktu berbuka puasa, bersahur dan imsak sepanjang bulan Ramadan. Suatu waktu dahulu, beduk ini digunakan juga untuk memberi isyarat masuknya waktu solat dan mewar-warkan kematian ahli kariah masjid. Rentak pukulan juga berbeza iaitu sayup-sayup bagi menandakan kematian sementara masuknya waktu beribadat pula, bunyinya lebih kuat dan laju.

Kulit yang digunakan untuk menjadi penutup hadapan beduk ini diperbuat daripada kulit kambing. Kulit tersebut ditukar dalam jangka masa tiga hingga empat tahun jika kulit tersebut koyak atau rosak lebih awal. Manakala kayu yang digunakan untuk membuat beduk ini tidak dapat dipastikan tetapi jenis kayu yang keras (susah pecah) dan berurat. Kulit kambing yang sudah dikeringkan akan disematkan di hujung kayu yang sedia dipasang pelilit dan ditegangkan dengan menggunakan kayu baji. Setelah itu beduk yang sudah dipasangkan kulit kambing akan dijemur sehingga ia cukup tegang dan boleh dipalu.

Page 26: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

26

taKhta rencana (nO. PenDaftaran: Mz (Kn) 328:82)

pemilik : Lembaga Muzium Negeri SembilanNo. pendaftaran : MZ (KN) 328:82

TAKhTA Rencana adalah sejenis kenderaan yang digunakan dalam Istiadat Pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

yang baru selepas kemangkatan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sebelumnya. Kenderaan ini digunakan apabila ia melibatkan Majlis Adat Istiadat Diraja seperti Pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Istiadat Bersiram dan Istiadat Kemangkatan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Ia daripada 60% besi dan 40% kayu dan terhasil sepenuhnya dengan buatan tangan daripada tukang yang mahir. Asas binaan diperbuat daripada besi untuk menampung keseluruhan berat Takhta Rencana tersebut. Empat buah tayar dan gandar telah dipasang bagi melancarkan perjalanan dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada.

Page 27: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

527

aMBer Merit PiLaBATu arang atau coal adalah salah satu punca bahan api fosil yang telah dilombong secara industri di rantau ini mulai tahun 1847 di Labuan, tahun 1906 di Silimpodon dan tahun 1913 di Batu Arang, sebelum bermulanya industri pengeluaran cecair dan gas petroleum pada awal abad ke dua puluh. Kini kebanyakan perlombongan arang batu bertumpu kepada lombong arang batu di Sarawak Tengah.

Lombong arang batu Merit Pila di Kapit, Sarawak Tengah merupakan lombong batu batu terbesar di Malaysia, ketika ini

membekalkan lebih 50% sumber arang batu negara. Arang batu ini ditemui di dalam batuan Formasi Nyalau berusia 20-24 juta tahun.

Seperkara yang menarik adalah kehadiran banyak amber atau damar pokok terfosil dalam longgokan batu arang di Merit Pila. Amber berasal daripada perkataan Arab ‘anbar’ dan longgokan amber dikenali sebagai amberite. Ketulan amber paling besar ditemui di Merit Pila seberat 70kg yang kini telah dipecah tiga dan disimpan di tiga buah muzium berasingan, iaitu di Muzium Geologi Kuching, Muzium Geologi Ipoh dan Muzium Stuttgart. Ketulan Amber Merit Pila ini dipercayai merupakan ketulan amber terbesar pernah dijumpai di dunia.

Page 28: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

28

KaSiterit SiMPang PuLaidALAM singkapan sejarah awal pembangunan Semenanjung Tanah Melayu, bijih timah telah memainkan peranan utama sebagai sumber komoditi asas yang meningkatkan ekonomi negara dan ekonomi rakyat. Industri perlombongan bijih timah bermula seawal tahun 1820an dengan kemasukan pelombong daripada Negeri China ke Negeri Perak. Pada pertengahan abad ke dua puluh, Lembah Kinta merupakan pengeluar utama bijih timah dunia. Timah atau Stannum (Sn) adalah salah satu unsur logam dan mineral bijih timah utama yang di lombong di serata dunia merupakan mineral kassiterit atau Cassiterite (SNO2). Selain terkandung dalam mineral kassiterit, unsur timah juga kadangkala ditemui dalam mineral sulfida Stannit atau Stannite (Cu2FeSnS4), dalam mineral silikat Malayait atau Malayaite (CaSnO[SiO4]) atau

sekali sekala bijih timah boleh wujud sebagai mineral unsur asli Stannum (Sn).

Di Lembah Kinta kebanyakan bijih timah dilombong sebagai longgokan bijih timah plaser iaitu butiran atau pecahan kecil bijih timah yang terperangkap di bahagian dasar longgokan pasir. Namun demikian terdapat beberapa syarikat yang mengusahakan lombong bijih timah primer iaitu pada lod bijih timah di dalam batuan keras. Mineral kasiterit di dalam lod ini lazimnya bersaiz lebih besar dan lebih berat.

Sampel bijih timah seberat 87 kilogram ini merupakan salah satu sampel bijih timah terbesar di dunia. Sampel ini ditemui di dalam sebuah lod bijih di Keramat Pulai, berhampiran Ipoh. Kasiterit ini merupakan warisan mineral terbesar di dunia dan terpenting dalam sejarah industri perlombongan bijih timah di Malaysia.

Page 29: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

529

SerPentinit POS BrOOKedETIK terpenting dalam sejarah geologi Malaysia adalah peristiwa penggabungan dua blok (kepingan) tektonik iaitu Blok Sibumasu dan Blok Malaya Timur yang telah membentuk Semenanjung Malaysia dan Banjaran Titiwangsa sekitar 220 juta tahun lalu (Late Triassic). Sehingga ke usia 290 juta tahun lalu (Early Permian) Blok Sibumasu yang diwakili oleh negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia masih merupakan sebahagian daripada Superbenua Gondwana beriklim sejuk dipisahkan oleh Lautan PaleoTethys yang berkelebaran ribuan kilometer daripada Blok Malaya Timur yang sudah berada di kawasan tropika.

Sekitar 290 juta tahun lalu Lautan MesoTethys terbentuk memisahkan Blok Sibumasu daripada Gondwanaland dan menolak blok ini ke arah Blok Malaya Timur. Pergerakan ini menyebabkan Lautan PaleoTethys menjadi semakin sempit serta cetek dan akhirnya pertembungan awal berlaku antara Blok Sibumasu dan Blok Malaya Timur sekitar 260 juta tahun lalu (Late Permian). Pertembungan ini berlangsung selama lebih 40 juta tahun. Akibat pertembungan ini, pelbagai jenis batuan pelbagai usia yang mewakili ribuan kilometer dasar Lautan PaleoTethys terhimpit – tersesar, terlipat dan termetamorf meninggalkan satu jalur selebar hanya 10-30km yang terkenal di rantau ini sebagai Zon Sutura Bentong-Raub.

Garis Sutura Bentung-Raub adalah sebahagian daripada jalur pertembungan kerak bumi rantau yang dapat dikesan mulai di barat daya China, melalui Myanmar, Thailand dan Semenanjung Malaysia sebelum berakhir di Sumatra. Dalam zon sutura ini pelbagai bukti kerak lautan termetamorf ditemui, di antaranya yang terpenting adalah penemuan serpentinit dan rijang (chert) yang boleh memberi tafsiran asalan laut dalam. Dalam hal ini serpentinit ditafsirkan terhasil daripada proses metamorfisme terhadap batuan volkano laut dalam.

Beberapa longgokan serpentinit telah direkodkan di sepanjang Zon Sutura Bentong-Raub, antara yang utama termasuklah serpentinit Pos Brooke (Mukim Lojing, Gua Musang, Kelantan), Cheroh (Daerah Raub, Pahang) dan Bukit Rokan (Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan). Serpentinite (Mg3Si2O5(OH)4) merupakan semi-precious stone berwarna hijau kekuningan hingga hijau gelap dan seringkali wujud sebagai varieti Antigorite, Lizardite dan Chrysotile. Serpentinit dalam Zon Sutura Bentong-Raub mempunyai nilai ekonomi yang rendah kerana kehadiran terlalu banyak retakan di dalamnya.

Walaubagaimanapun kewujudan serpentinit merupakan objek warisan terpenting daripada sekian banyak batuan lain dalam Zon Sutura Bentong-Raub yang membuktikan berlakunya pertembungan antara Blok Sibumasu dan Blok Malaya Timur dalam lipatan sejarah bumi.

Page 30: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

30

DiaMiKtit gLaSier SaMuDera Dengan StruKtur Batu jatuh, LangKaWidALAM lipatan sejarah geologi, Semenanjung Malaysia ditafsirkan terbentuk hasil pertembungan dua buah blok (kepingan) tektonik yang mempunyai asalan berbeza. Bahagian barat Semenanjung Malaysia dikaitkan dengan Blok China Selatan-Burma-Malaya-Sumatra (SIBUMASU) yang berasal dari pecahan Superbenua Gondwanaland di Hemisfera Selatan, manakala bahagian timur Semenanjung Malaysia adalah sebahagian daripada blok Indochina.

Pada zaman Karbon Akhir (Late Carboniferous) – Perm Awal (Early Permian) bumi mengalami penyejukan global hinggakan sebahagian besar Superbenua Gondwanaland diliputi glasier

tebal. Ketika bumi kembali panas sebahagian glasier mencair dan glasier terapung menjatuhkan batu yang terperangkap di dasarnya ke dasar laut. Hasilnya terbentuk batuan sedimen berbutir halus mengandungi bungkah batuan asing pelbagai asalan, saiz dan bentuk yang dinamakan diamiktit glasier samudera (marine glacial diamictite) dengan fitur unik yang dinamakan struktur batu jatuh (dropstone).

Kehadiran batuan begini dalam Formasi Singa di kepulauan Langkawi menjadi bukti kukuh bahawa bahagian barat Semenanjung Malaysia adalah sebahagian daripada Gondwanaland. Diamiktit asalan glasier berusia Perm Awal (~290 juta tahun) daripada Pulau Intan ini umpamanya mengandungi pelbagai bungkah batuan berusia lebih tua termasuk bungkah granit yang ditafsirkan berasal daripada induk Superbenua Gondwanaland, kerana granit belum pernah terbentuk di bumi Malaysia sebelum usia tersebut.

Page 31: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

531

fOSiL POKOK Kayu POS BeLaupENEMuAN fosil kayu terpetri (pterified wood) adalah sesuatu yang luar biasa apatah lagi bila fosil ini ditemui dalam batuan yang sangat tua sehingga ~275 juta tahun lalu (akhir Perm Awal). Tambah menarik lagi fosil paku-pakis berpokok Araucarioxylon ini ditemui dalam Zon Sutura Bentong-Raub.

Walaupun teori banyak menyatakan bahawa pertembungan antara Blok Sibumasu dan Blok Malaya Timur bermula pada masa Perm Akhir (~260 juta tahun) dan berakhir pada masa Trias Akhir (~220 juta tahun), namun penemuan fosil pokok ini menunjukkan bahawa bahawa

Lautan PaleoTethys sudah mula mencetek dan membentuk pulau-pulau kecil yang dipenuhi pelbagai flora dan fauna lebih awal daripada itu. Batuan sedimen daratan di salah satu pulau ini direkodkan sebagai Gunung Ayam yang dapat kita lihat pada hari ini. Akibat pertembungan dua blok tektonik ini semua batuan yang terbentuk dalam Lautan PaleoTethys terkumpul bersama dalam Zon Sutura Bentong-Raub. Di antaranya termasuklah batuan volkanik dan rijang laut dalam, batu pasir, syal dan batu kapur laut cetek serta batu pasir dan konglomerat daratan.

Fosil pokok kayu Araucarioxylon Pos Belau ini merupakan warisan fosil amat penting dalam merekodkan sejarah pembentukan bumi Semenanjung Malaysia.

Page 32: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

32

fOSiL Daun Paya PeDaLApISAN fosil daun Paya Peda, Terengganu adalah lapisan fosil berusia Karbon Akhir (~315 juta tahun) yang paling tebal dengan himpunan flora paling kaya di Malaysia. Fosil-fosil daun pelbagai spesies ini merupakan bukti pengkolonian tanah daratan terbesar dan tertua di Malaysia. Usia lapisan tebal fosil daun ini lebih tua daripada fosil flora Bukit Dendong (Perm Akhir), manakala fosil flora paling tua berusia Karbon Awal semuanya terawet dalam batuan sedimen lautan.

Di antara genera utama fosil flora Paya Peda adalah daun Gigantopteris, Tingia, Cordaites, Archaeopteris, Taeniopteris,

Neuropteris dan Sphenophyllum yang menunjukkan perspektif flora benua Cathaysia. Selain limpahan fosil daun turut ditemui di Paya Peda adalah fosil batang Lepidodendron dan Sigillaria serta fosil akar pokok Stigmaria. Himpunan fosil flora ini membuktikan bahawa Blok Malaya Timur adalah sebahagian daripada Blok China Selatan dan Blok Indochina.

Ini juga membuktikan bahawa tanah daratan tertua di Malaysia terbentuk di Negeri Terengganu, kira-kira seratus juta tahun sebelum Semenanjung Malaysia terbentuk. Himpunan fosil flora Paya Peda ini merupakan warisan fosil amat penting dalam sejarah pembentukan tanah daratan paling tua di Malaysia.

Page 33: WARISAN KEBANGSAAN 2015

oBJEK WARISAN: BAHASA DAN PERSURATAN

33

Page 34: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

34

cerita raKyat hiKayat PeLanDuK jenaKa @ cerita Sang KanciL SASTERA rakyat ini dipercayai telah wujud sejak turun-temurun dan manuskrip terawal yang dikesan adalah pada 1645M (versi Bahasa Inggeris) tersimpan dalam koleksi Perpustakaan Perancis. Tajuk yang sama pernah dilaporkan oleh G.H. Werndly dalam daftar berjudul Maleische Sparaakkunst yang ditulis di Tanah Melayu dan diterbitkan pada 1736. Ia merupakan cerita bersiri dan mempunyai kaitan dengan setiap siri.

Beberapa versi yang diterbitkan telah memberikan tajuk yang agak berbeza pada siri cerita pelanduk ini. Antaranya diterbitkan oleh H.C. Klinkert pada 1885 yang mempunyai 10 buah cerita iaitu:

1. Pelanduk Mendamaikan Harimau Dengan Kambing

2. Pelanduk Membunuh Raksasa

3. Beruang Tertakluk4. Kera Tidak Mahu Tunduk5. Singa Menyerah Diri6. Gajah Mengaku Kalah Kepada Pelanduk7. Buaya Ditundukkan Dengan Tuba8. Pelanduk Minum Air Sungai Sampai Habis9. Binatang-Binatang Pergi Mencari Ikan10. Peperangan Antara Semut Dengan Gajah

Naskhah terbitan 1893 hanya memuatkan 7 siri dengan sedikit perbezaan pada tajuk tertentu. Walaupun mempunyai perbezaan, namun dari sudut penceritaannya masih mempunyai persamaan. Watak utamanya, pelanduk mempunyai kuasa, kekuatan dan kebijaksanaan yang dapat menyelesaikan beberapa permasalahan di kalangan haiwan sehingga dia dilantik menjadi ‘Syah Alam di Rimba’. Kini banyak kisah tersebut dibukukan sama ada secara bersiri atau berasingan malah telah diterbitkan dalam bentuk animasi.

Page 35: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

535

PeriBahaSa

LATAR BELAKANG :MENuRuT Dewan Bahasa dan Pustaka, Peribahasa sinonim dengan bidalan, ibarat, kiasan, pematah, pepatah, perbahasan, tamsil, bahasa, ungkapan, mamang, perumpamaan, metafora, analogy, hiperbola, ucapan,ujar-ujaran. Peribahasa adalah salah satu bentuk bahasa kiasan orang Melayu yang melambangkan kekayaan khazanah perbendahaaraan warisan budaya bangsa dan menjadi perlambangan ketinggian intelektualan dan adab bangsa Melayu dalam berkomunikasi. Melalui peribahasa, bangsa Melayu menyampaikan satu maksud atau kehendak berupa nasihat, pedoman, petua dan teguran secara berhemah kepada seseorang. Pada kebiasaannya, perilaku dan sifat alam sekeliling, tumbuh-tumbuhan dan binatang akan dicermati dan digubah dalam bentuk ungkapan yang indah dan disampaikan kepada orang yang berkenaan supaya sedap didengar dan tidak menyinggung perasaannya.

Peribahasa ialah frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus. Ia boleh membawa pengertian selapis ataupun dua lapis. Ia meliputi Simpulan Bahasa, Perumpamaan, Bidalan, Pepatah dan Perbilangan. i. Simpulan Bahasa: terbentuk daripada frasa yang

mengandungi satu, dua atau tiga perkataan. Ia membawa maksud lain daripada makna asas dalam frasa berkenaan. Oleh itu, ia mempunyai makna dua lapis yang tersurat dan tersirat.

Contoh: ‘kaki bangku’ bermaksud tidak pandai bermain bolaii. perumpamaan: ungkapan yang mempunyai makna kiasan.

Oleh itu ia mengandungi dua lapis makna, yang tersurat dan tersirat.

Contoh: ‘seperti telur di hujung tanduk’ membawa maksud kedudukan atau nyawa seseorang yang dalam bahaya

iii. Bidalan: terbentuk daripada sebaris ayat yang berpatah dua. Ia sama seperti Pepatah. Cuma yang membezakannya ialah maksud iaitu bidalan mengandungi nasihat, pengajaran dan tauladan sementara pepatah menyatakan tentang hukum dan adat. Ia mempunyai makna selapis.

Contoh: ‘Sehari selembar benar, lama-lama menjadi kain’ membawa maksud kerja yang sedikit tetapi jika dibuat dengan tekun dan berterusan akan membuahkan hasil yang besar.

iv. pepatah : terbentuk daripada sebaris ayat yang berpatah dua. Ia juga disebut pepatah-petitih yang mengungkapkan tentang hukum, peraturan, undang-undang dan adat. Ia mempunyai makna selapis.

Contoh: ‘Ada tangga, nak panjat tiang’ membawa maksud ada cara senang tetapi hendak memilih cara yang susah

v. perbilangan: iaitu pepatah yang lebih daripada sebaris. Apabila menuturkannya seseorang seperti membilang-bilang perkataan tersebut. Ia mempunyai makna selapis. Perbilangan merujuk kepada pernyataan mengenai hukum dan adat.

Contoh: Yang buta penghembus lesung Yang pekak pelepas bedil Yang lumpuh penghuni rumah Yang kuat pembawa beban Yang bingung disuruh-suruh Yang cerdik lawan berunding

Page 36: WARISAN KEBANGSAAN 2015

36

oBJEK WARISAN: BUSANA, TEKSTIL, SENI HIAS DIRI DAN KRAF

36

Page 37: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

537

Baju Kurung ceKaK MuSangBAju Ini berbentuk seperti baju Melayu Teluk Belanga, yang berbeza hanya pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang mempunyai kolar tinggi selebar satu jari atau lebih kurang 2.5 sentimeter (sm).

Baju Melayu Cekak Musang pada masa dahulu disebut ‘baju wan’, berasal dari Telok Belanga. Semasa beliau ke istana, maka, raja telah melihat dan berkenan akan pakaian itu, lantas raja menetapkan agar anaknya dan orang-orang besar sahaja yang boleh memakainya.

Bahagian leher baju kurung cekak musang dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau sembilan butir butang dengan bahagian leher ini tidak dijahit tulang belut halus. Koceknya masih tiga walaupun baju ini dipakai berdagang luar atau berdagang dalam. Seluarnya Seluar Potong Cina dan bertongkah.

Baju teLuK BeLangaBAju Teluk Belanga ini sinonim dengan rupa bentuknya yang labuh, longgar dan menutupi seluruh tubuh badan si pemakai. Potongan baju ini dipakai oleh lelaki dan perempuan namun terdapat beberapa perbezaan yang ketara jika dihalusi pada potongan dan cara pemakaiannya bagi kesesuaian si pemakai.

Baju lelaki labuhnya sehingga di bawah punggung, dijahit tulang belut dan mempunyai tiga poket. Seluarnya dari jenis Seluar Potong Cina dan bertongkah. Ia dipakai dengan kain sarung atau kain samping sama ada dagang luar atau dagang dalam. Manakala baju perempuan pula labuh sehingga paras bawah lutut, dijahit tulang belut dan berpoket satu. Ia dipadankan dengan kain sarung “ikatan ombak mengalun”.

Persamaan yang ketara dapat dilihat pada baju Teluk Belanga lelaki dan perempuan adalah pada lubang tebuk bulat pada leher baju yang dikemaskan dengan jahitan tulang belut. Pada pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu “rumah kancing” dengan jahitan “tulang belut” atau “insang pari”. Semua sambungan baju yang terdiri daripada badan, lengan, kekek dan pesak dijahit sembat halus dengan warna benang yang sama dengan warna baju.

Page 38: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

38

Puteri LiMau Purut (Puteri PeraK)GAyA pemakaian ini telah dikekalkan menjadi tradisi golongan istana di Negeri Perak. Pakaian ini menggabungkan pola baju wanita Acheh iaitu berbentuk tunik, berleher cekak musang, berseluar panjang dan bersamping. Reka bentuk asasnya adalah terdiri daripada baju berlengan panjang mencerut di hujung pergelangan tangannya. Warnanya merah kesumba, hitam atau berwarna kuning bagi anak raja yang diserikan dengan kancing merak mengigal di leher atau perhiasan emas di dadanya serta bertutup ketat.

Seluarnya pula diperbuat daripada sutera hitam bersulam tekat di kaki atau bersongket emas penuh dengan potongan ‘tapak itik’ di kaki seluarnya. Kain sarung tenun sutera berkotak-kotak dijadikan samping labuh atau kain songket dagang luar, berpakaian benang emas. Dipakai selendang panjang cindai atau kain limar melilit bahu melampai hingga ke bawah.

BuSana ciK Siti Wan KeMBangBuSANA ini merupakan pakaian raja perempuan yang memerintah Negeri Kelantan pada abad ke-17. Ia diberi nama sempena nama baginda iaitu Cik Siti Wan Kembang.

Busana ini menggabungkan sehelai kain sarung dan dua helai kain punca potong. Di mana kain sarung tersebut menggunakan kain limar songket corak teluk berantai yang diikat di sekeliling pinggang. Manakala dua helai kain punca potong pula terdiri daripada kain limar lepas berbunga halus yang dijadikan sebagai kain kemban jantan untuk menutup dada dan sehelai lagi kain limar dijadikan selendang bagi menutup bahu dan dada hingga ke paras lutut. Selendang limar berukuran antara tujuh hingga sembilan hasta iaitu 2.5 meter.

Selain itu, busana ini juga dilengkapi dengan perhiasan diri seperti petam yang terletak di atas dahi, sunting dan bunga goyang di kepala, dokoh, gelang, tali pinggang dan pending serta keris panjang yang melambangkan kuasa sebagai ratu yang memerintah kerajaan.

Page 39: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

539

Baju riau PahangpAKAIAN tradisi di negeri Pahang pada asasnya sama seperti pakaian di negeri-negeri yang dibawah kuasa Kerajaan Melayu Johor – Riau (Johor, Pahang, Terengganu). Menurut kajian Puan Zubaidah Sual, baju ini diilhamkan oleh Tengku Ampuan Mariam, puteri Sultan Ahmad Al-Muazam Shah. Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Badrul Alam Shah (Sultan Terengganu). Baginda amat terkenal sebagai seorang budayawan istana yang berminat dengan kesenian. Banyak koleksi Baju Riau Pahang yang terkumpul berasal dari Terengganu dan Pahang.

Baju ini jenis baju Tradisi Agung Melayu yang paling rumit dan istimewa potonganya. Leher bajunya berbentuk seperti leher baju kurung cekak musang. Baju ini dipakai dengan cara menyarung baju dari lengan seperti memakai baju kebaya dan bahagian hadapan bajunya dikancing dengan butang sejumlah lima, tujuh atau sembilan butir. Bahagian di atas pinggang baju ini mengecil sedikit sebelum mengembang ke bahagian bawah. Ciri ini dihasilkan dengan mengadakan kekek gantung dan pesak kembang di bahagian rusuk baju itu. Baju ini berlengan panjang serta besar dan berkekek gantung di bahagian bawah ketiak. Baju ini dipakai dengn kain yang diikat secara ‘ombak beralun” atau tangkap dihadapan.

Baju Kurung KeDahpAKAIAN yang terkenal di Negeri Kedah ini diperbuat daripada kain kapas berbunga kecil atau kain nipis yang jarang dan keras. Baju ini dipakai oleh kaum wanita dan boleh disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan. Baju Kedah ini sering dipadankan dengan kain batik sarung atau kain pelikat. Namun begitu, padanan baju ini dengan kain batik sarung ikatan tindih kasih dan motif kepalanya di hadapan amat sesuai serta lebih manis dipandang. Manakala bagi golongan bangsawan, Baju Kedah diberi hiasan bersulam tekat kelingkan atau benang berwarna dan dipadankan dengan kain sarung bertenun.

Potongan Baju Kedah sangat ringkas, dibuat longgar dan agak singkat berbanding baju kurung biasa iaitu anggaran paras bawah punggung sahaja. Baju ini tidak berpesak dan tiada berkekek. Bahagian lengan baju pula dibuat tidak terlalu panjang di mana ukurannya adalah sehingga seinci dari paras bawah siku atau lebih dikenali sebagai lengan tiga suku. Manakala potongan asal leher baju ini berbentuk bujur sireh.

Page 40: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

40

teLePuKTELEpuK ialah suatu karya seni memperhias kain dengan serbuk berwarna emas yang amat unik sekali. Berdasarkan sastera lama, telepuk bermakna bunga atau lain-lain yang dibuat daripada emas hiasan yang menghiasi kain sarung dan kain ikat kepala. Seni telepuk adalah proses menekap hiasan bunga menggunakan perada emas kepada kain benang halus. Cara menghias kain ini menggunakan kepingan atau perada emas (serbuk berwarna emas) yang dilekatkan ke atas kain untuk diberikan motif. Corak perada emas kelihatan lebih kemilau jika kain itu digerus terlebih dahulu. Bahan dan peralatan yang diperlukan untuk kerja menelepuk seperti kain tenun atau batik yang telah digerus, gam arab, blok kayu (blok bunga) sudip buluh dan perada / kepingan nipis emas atau perak.

Biasanya telepuk digunakan bagi menghias kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar bagi perempuan dan samping ataupun kain persegi bagi lelaki yang dijadikan tengkolok atau setanjak terutama ketika istiadat perkahwinan. Kain telepuk perlu disimpan dan dijaga dengan baik supaya ia tidak mudah rosak.

Kain tenun Pahang DirajaTENuN Pahang merupakan pakaian rasmi pembesar-pembesar Negeri Pahang. Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan kain tenunan Pahang kepada penduduk negeri Pahang, khasnya penduduk di daerah Pekan ialah Tuk Tuam atau Keraing Aji. Beliau berketurunan Bugis dan bermaustautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang.

Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Ragam hias yang sederhana tetapi sangat unik kain ini dapat dilihat pada jalur-jalur atau petak-petak yang kadangkala diselitkan benang emas atau perak. Terdapat beberapa corak tradisional seperti corak melintang, memanjang, kain beragi, corak rawa, corak Bugis dan corak Muar.

Page 41: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

541

Kain LiMarKAIN Limar adalah tenunan warisan yang dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat ganda atau ikat celup. Benang pakan atau loseng diikat dan dihias terlebih dahulu bagi menghasilkan corak dan kemudiannya dicelupkan ke dalam pewarna. Warna-warna seperti hijau, merah, jingga dan ungu adalah warna asas bagi penghasilan kain limar ini.

Kombinasi motif tempatan dan arab seperti tumbuh-tumbuhan dan kaligrafi sering menjadi ragam hias kain limar. Di bahagian kepala kain biasanya dihias dengan motif pucuk rebung. Manakala badan kain pula dihiasi dengan corak bunga renek (kecil), corak bunga bertabur atau corak bunga penuh.

Kain limar ini biasanya dijadikan kain panjang, selendang, bengkung dan kain lepas. Pada masa dahulu kain ini digunakan oleh golongan bangsawan terutamanya bagi upacara perkahwinan, menyambut kelahiran dan kematian. Selain itu, kain ini pernah menjadi pakaian khas wanita istana pada zaman pemerintahan Cik Siti Wan Kembang sekitar abad ke-17.

inai ( inai MeLayu )INAI dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.

Masyarakat dulu kala menggunakan inai pada kuku tangan dan kaki sebagai perhiasan kerana inai mempunyai haruman bau asli selain digunakan untuk perubatan.

Selain digunakan untuk mewarnakan kuku, inai juga digunakan untuk merawat masalah cekam kuku dan menghitamkan rambut. Bagi menghasilkan warna yang cantik, daun inai akan dicampurkan dengan sedikit gambir dan sedikit air, digiling atau ditumbuk sehingga lumat.

Page 42: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

42

MOtif - MOtif teKtiL MeLayuMoTIF-MoTIF Tekstil Melayu merupakan rangkai kata, idea atau reka corak yang menampakkan fungsi sebagai hiasan pada fabrik yang melibatkan unsur reka bentuk seperti garisan, ruang dan bentuk yang dihasilkan menggunakan warna sebagai manipulasi bagi mencapai kesan visual yang diinginkan sehingga terjadinya konfigurasi motif pada fabrik yang turut memberi kesan fizikal dan juga psikologi kepada pemakai.

Dalam menghasilkan interpretasi, corak yang disusun dengan kepelbagaian boleh dikategori kepada bentuk realistik, gayaan, abstrak dan geometri.

Motif-motif yang dihasilkan melibatkan dua gaya iaitu gaya organik dan gaya geometri. Gaya geometri adalah gaya garisan atau bentuk segi empat, jalur melintang dan jalur memanjang.

Motif yang dihasilkan mengikut beberapa susunan diklasifikasikan mengikut susunan satu atau berganda yang mempu menghasilkan corak yang berfungsi sebagai hiasan pada tekstil. Ia bukanlah suatu penghasilan yang baharu tetapi telah digunakan sejak zaman pra-sejarah lagi oleh masyarakat primitif.

Alam semulajadi merupakan pilihan utama dan tidak asing bagi masyarakat Melayu. Keadaan persekitaran hutan hujan tropika menjadikan tumbuh-tumbuhan begitu penting sekali di dalam kehidupan orang Melayu kerana ia turut digunakan dalam kehidupan sehari-hari.

uKiran Kayu MeLayuKAyu dilihat sebagai sumber alam yang mudah diukir dan tahan lama sehingga mencecah beratus-ratus tahun. Antara kayu yang menjadi pilihan seperti cengal, merbau, kempas dan lain-lain. Dikatakan sejarah ukiran Melayu telah dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan hiasan di istana-istana.

Ukiran-ukiran kediaman ini sangat masyhur di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. Selain itu, ukiran-ukiran ini dapat juga dikesan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah-rumah, masjid, pintu gerbang, pada alatan muzik, perabot, peralatan memasak, pengangkutan seperti sampan, perahu, kereta kuda atau pedati lembu.

Alatan yang biasanya digunakan seperti gergaji, pahat, tukul besi dan ketam. Manakala dari segi motif ukiran, kadang kalanya terdapat lebih dari satu motif ukiran (gabungan motif-motif ukiran). Antara jenis motif yang popular seperti motif makhluk (hidup), motif kosmos dan angkasa, motif geometri , motif kaligrafi dan motif tumbuh-tumbuhan

Page 43: WARISAN KEBANGSAAN 2015

PERMAINAN TRADISI DAN PERTAHANAN DIRI

43

Page 44: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

44

LuMBa KerBaupERMAINAN Lumba Kerbau merupakan permainan tradisi masyarakat Sabah dan Sarawak terutamanya kaum Melayu Brunei, Lun Bawang, Dusun, Bajau dan Bisaya. Pertandingan ini diadakan pada pesta tertentu antaranya ialah Pesta Lawas dan Pesta Babulang yang dianjurkan setiap tahun.

Pada waktu dahulu Lumba Kerbau diadakan di kampung-kampung oleh para pesawah sebagai hiburan selepas penat mengerjakan sawah-bendang. Dengan itu kerbau yang membajak sawah digunakan untuk berlumba dalam permainan tradisi pesawah di Kota Belut dan beberapa kawasan di utara Sabah dan kekal sehingga kini. Di Sarawak Pesta Lumba Kerbau telah

diperkenalkan pada tahun 1970-an.Hanya kerbau jantan yang berumur satu tahun ke

atas layak bertanding dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerbau bersaiz besar dan kerbau bersaiz kecil.

Di antara peraturan Lumba Kerbau ialah kerbau yang berhenti lebih dari masa 30 minit atau menyimpang tersasar dari laluan yang ditetapkan ketika bertanding dianggap batal penyertaannya. Penunggang yang jatuh dibenarkan naik semula ke belakang kerbau dan meneruskan perlumbaan. Para penunggang tidak ada pelana yang dipasang pada belakang kerbau. Mereka hanya dibekalkan tali yang diikat pada kepala untuk mengawal kerbau. Disini kecekapan penunggang diuji dalam mengendalikan kerbau mereka.

Page 45: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

545

tariK uPihTARIK Upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah atau pangkal daun pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.

Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Salah seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih. Upih ini boleh dinaiki seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Permainan upih ini seronok jika diadakan pertandingan atau perlumbaan. Kebiasaannya, yang lebih tua atau besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.

Page 46: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

46

MenyuMPitSuMpIT adalah merupakan alat tradisional bagi kaum pribumi di Negeri Sarawak, Sabah, Kepulauan Borneo dan Orang Asli di Semenanjung untuk memburu binatang liar di hutan belantara pada masa dahulu untuk meneruskan hidup. Sumpit juga digunakan untuk menentang musuh ketika berlaku peperangan pada zaman dahulu.

Alat sumpit ini berbeza cara pembuatannya di antara pribumi di Sarawak, Sabah dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Bagi Kaum pribumi Sabah dan Sarawak, sumpit diperbuat daripada pelbagai bahan termasuklah nibong, buluh, gentian kaca dan sebagainya. Kini, menyumpit bukan sahaja masih

digunakan sebagai salah satu kaedah memburu secara tradisional bagi sesetangah kaum Orang Asli dan Etnik-etnik pribumi Sabah dan Sarawak malah ianya di kembangkan dengan di wujudkan pertandingan sukan menyumpit dan telah menjadi salah satu sukan tradisi di Sarawak dan disertai semua kaum termasuk kaum Melayu dan Cina

Nama Lain Sumpit Mengikut Etnik SarawakKaum: Nama Mengikut etnik:Iban NyumpitBidayuh NyupotKayan NyeputKenyah NgalaputKelabit NeputLun Bawang Ngepu

Page 47: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

547

raMPanauSuKAN Rampanau merupakan salah satu Sukan Rakyat yang popular dikalangan masyarakat Dusun terutama di Daerah Tambunan, Keningau, Ranau dan beberapa lagi daerah di Sabah. Sukan Rampanau atau berjalan dengan menggunakan cangkungan juga merupakan kaedah untuk menyeberang sungai atau parit atau berjalan pada kawasan yang becak pada zaman dahulu.

Sukan Rampanau ini juga berbeza panggilannya mengikut sesuatu daerah, ada dikalangan beberapa daerah menyebutnya Rampanau dan ada juga yang menyebutnya Minsurukud. Sukan Rampanau ini kini hanya dapat kita saksikan pada keramaian Pesta Kaamatan. Pemain Rampanau ini akan menaiki batang buluh yang direka khas sebagai kasut tinggi dan direka dengan berbagai - bagai ketinggian mengikut selera pemainnya. Permainan ini memerlukan keseimbangan badan. Rampanau ini selalunya diperbuat daripada dahan sagu, kayu keras dan 2 batang bambu. Namun ia berbeza di setiap daerah, contohnya, di daerah Tambunan keseluruhan Rampanau ini diperbuat dari buluh.

Page 48: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

48

cari cucu pERMAINAN Mencari Cucu merupakan permainan laman. Di dalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi ‘nenek’. Bagi menentukan ‘nenek’, maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan ‘nenek’. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta. Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan di antara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.

Nyanyian ;Nenek, nenek,

si bongkok tiga.Siang mengantuk,

malam berjaga.Mencari cucu

dimana berada.Nenek kahwin

dengan anak raja.

Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.

Nyanyian ;Cucu, cucu

tak dapat lari.Nenek tua

banyak sakti.Sekarang neneknak cari ganti.

Siapa yang kena,dia menjadi.

Setelah selesai dendangan nenek, cucu-cucu akan duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

Page 49: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

549

SeLOtOP/ PiStOL BuLuhSELoTop atau caplong atau pistol buluh ialah sejenis permainan tradisional yang diperbuat daripada buluh padi. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu tempat mengisi peluru dan pencucuhnya dan buah Cenerai pula digunakan sebagai peluru.

Cara-cara membuat Selotop ialah dengan memotong buluh padi untuk mengambil ruas yang panjang dan lurus sepanjang 30sm. Manakala penjolok pula adalah dibuat daripada buluh betong yang diraut sampai kecil dan seterusnya dipasangkan kepada pemegang atau kepala yang juga diperbuat daripada buluh. Untuk memasukkan peluru buah Cenerai, buah Cenerai perlu diketuk dengan pemegang Selotop. Buah mesti lebih besar dari lubang pada buluh tu. Apabila peluru telah dimasukkan, tekan penjolok dengan cepat maka peluru akan keluar diikuti dengan bunyi yang kuat.

Permainan akan dimulakan dengan mengadakan undian bagi menentukan pasukan musuh atau askar dan selepas itu bermulalah peperangan atau permainan. Antara peraturan permainan ini ialah pemain dilarang memakai baju untuk memudahkan kesan tembakan dilihat bagi menentukan pemain yang mati sekaligus menentukan pasukan yang kalah.

Page 50: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

50

LaStiKLASTIK merupakan salah satu permainan tradisional tembak-menembak. Lastik yang telah siap boleh digunakan untuk memburu atau untuk permainan menembak tin/botol kosong. Pelurunya pula menggunakan batu kecil atau biji buah kelapa sawit yang telah kering. Cara memainnya pula adalah dengan meletakkan peluru pada lapik, pegang dengan tangan kiri, kemudian tangan kanan memegang pemegang “Y”. Tangan perlu diluruskan kearah objek dan tarik lapik kearah pipi kiri, jangan terlalu hampir dengan mata kiri atau pipi, takut tali getah putus dan terkena pipi. Teknik ini dinamakan bidikan, dan setelah yakin arah yang tepat kearah objek, lepaskan cengkaman pada

lapik dan peluru akan melulu mengenai sasaran.Peralatan ini biasanya dibuat sendiri oleh

kanak-kanak dengan menggunakan anak-anak pokok kayu yang bercabang berbentuk “Y” antaranya dahan jambu batu atau dahan kayu senduduk. Lapik kulit pula biasanya menggunakan lidah kasut kulit terbuang atau tali pinggang kulit terbuang. Lidah kasut adalah bahagian hadapan kasut yang ditutupi dengan tali kasut. Lebih kurang 7cm dan lebarnya antar 3cm atau 4cm. Pada bahagian hujung segi empat lapik tersebut dibuat 2 lubang kecil kira-kira 1cm untuk membolehkan tali getah dimasukkan. Tali pengikat lastik ini pula menggunakan getah bulat yang akan diikat pada pemegang “Y” dengan kuat agar ianya tidak tercabut ketika lastik ditarik, begitu juga ikatan pada lapik kulit.

Page 51: WARISAN KEBANGSAAN 2015

oBJEK WARISAN: SENI PERSEMBAHAN

51

Page 52: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

52

jiKey (teater tradisional Kedah & Perlis)jIKEy merupakan satu bentuk seni teater tradisional Melayu yang telah wujud sejak 1950an lagi di utara semenanjung Malaysia iaitu Langkawi, Kedah dan Perlis. Teater tradisional ini turut dipengaruhi oleh elemen teater tradisional melayu yang lain seperti Mak Yong, Mek Mulung dan Menora. Jikey dipercayai bermula melalui nyanyian zikir sebelum dikembangkan menjadi sebuah persembahan yang lengkap yang dinamakan Jikey. Elemen persembahan tetaer tradisional ini merangkumi aspek lokanan melalui dialog improvisasi dan lawak, muzik, nyanyian dan gerak tarian.

Persembahan Jikey biasanya diadakan pada sebelah malam dan jika ceritanya agak panjang ianya boleh berlanjutan hingga ke tiga malam. Persembahan Jikey tidak sunyi dengan improvisasi sewaktu berdialog, lakuan fizikal, nyanyian dan tarian. Tirai digunakan dalam setiap persembahan Jikey. Lakonan bukan sahaja dihadapan tirai malah dibelakang tirai juga. Di zaman kegemilangannya, terdapat tiga (3) tirai yang berbeza warna. Warna-warna merah sebagai penyeri persembahan. Warna hitam melambangkan malam dan tirai putih berfungsi sebagai istana raja dan sebagainya.

nOBat (Muzik istana) NoBAT berasal dari Negara Parsi, iaitu sejenis kumpulan muzik tradisional yang masih diwarisi turun temurun sehingga kini. Nobat telah berkembang ke Negara-negara Islam seperti Sepanyol, Utara Afrika, India dan juga Alam Melayu. Alat muzik Nobat dijadikan sebagai hak kepunyaan Raja-Raja di Alam Melayu. Oleh yang demikian, golongan istana menjadikan Nobat ini sebagai alat kebesaran dan kemuliaan mereka.

Menurut sejarah Melayu, Raja Bentan merupakan Raja yang pertama dari golongan istana yang memainkan Nobat. Raja Bentan telah belayar ke Timur Tengah dan membawa balik satu orchestra yang mengandungi 3 gendang besar dan satu tropet panjang yang dikenali sebagai Nobat. Disinilah bermulanya muzik Nobat ke Alam Melayu.

Nobat sebenarnya merupakan sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan pada masa-masa tertentu oleh orang-orang tertentu iaitu orang-orang Nobat. Ia dimainkan khas untuk majlis-majlis Raja atau Sultan dan menjadi kemuliaan serta kebesaran Raja-Raja dahulu sehingga sekarang.

Nobat merujuk kepada gendang besar yang dipalu pada waktu tertentu. Selain itu, Nobat juga didefinisikan sebagai sekumpulan Pancaragam Melayu yang biasanya dimainkan ketika Raja ditabal. Perkataan Nobat dikatakan berasal dari perkataan Parsi “Naubat” yang membawa erti sembilan alat dan sesetengah pula berpendapat ia berasal dari bahasa Sanskrit “Nao-bat” yang membawa maksud penggabungan sembilan alat muzik. Berdasarkan dari penegrtian ini, boleh dibuat kesimpulan bahawa Nobat membawa maksud sembilan alat-alat bunyian yang dimainkan untuk upacara-upacara yang berkaitan dalam lingkungan istana sahaja

• Duaserunai-bunyiberlagudanbunyiselurus• Nahara• Nafiri• Gong• Duagendangbesar• Duacheng-cheng-satukecildansatubesar

Page 53: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

553

tarian Piring (tarian tradisional negeri Sembilan)TARIAN PIRING atau Tarian Piriang merupakan sebuah seni tarian yang asalnya dibawa oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari daerah Bukit Tinggi, Sumatra Barat, Indonesia. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan oleh penduduk Negeri Sembilan malahan ia telah diterima sebagai amalan budaya masyarakat Minang dan Melayu Negeri Sembilan.

Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh taklempong dan saluang. Bagi menambah unsur-unsur estetika, magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka. Penonton akan berasa ngeri dan kagum apabila kaca-kaca pecah dan ntajam itu dipijak sambil terus menari.

MeK MuLungMEK MULUNG merupakan teater tradisional yang terdapat di negeri Kedah. Mek Mulung merupakan sebuah seni persembahan yang menggabungkan unsur lakonan, tarian serta muzik. Ia merupakan sebuah teater tradisional Melayu yang masih aktif bergiat di Kampung Wang Tepus, Kedah.

Persembahan Mek Mulung dilakukan sewaktu temasya perkahwinan atau keramaian dan juga sebagai ritual untuk mengingati semangat nenek moyang. Persembahan kesenian ini dimainkan oleh watak-watak seperti seorang raja, permaisuri, penari perempuan, ahli muzik dan peran. Kumpulan persembahan ini terdiri daripada 12 hingga 20 orang pemain serta pemuzik. Disamping menyelitkan unsur-unsur magis, mitos, sejarah asal usul dan sebagainya, persembahan juga lebih mudah difahami dengan menghayati jalan ceritanya. Peran memainkan peranan penting di dalam Mek Mulung. Telatah dan jenaka peranlah yang menjadi tarikan. Kebiasaannya persembahan dimulakan dengan upacara ritual “buka panggung” dengan membakar kemenyan dan bacaan mentera untuk memujuk dan memuja semangat Mek Mulung selain memohon restu bagi pemain juga penonton. Di hujung persembahan, diadakan tarian yang ringkas dan bomoh akan menghadiahkan jampi serapah sebagai tanda kesyukuran kepada semua semangat yang menjayakan majlis itu.

Page 54: WARISAN KEBANGSAAN 2015

oBJEK WARISAN: ADAT

54

Page 55: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

555

aDat iStiaDat PertaBaLan Seri PaDuKa BaginDa yang Di-Pertuan agOngpERTABALAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diadakan di Balairong Seri, Istana Negara sejak Yang di-Pertuan Agong yang ke-7.

Ianya terbahagi kepada beberapa tahap iaitu dimulakan dengan persiapan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong ke Balairong Seri dengan diiringi oleh juruiring-juruinring beginda dan Dang Perwara serta panglima-panglima yang membawa Alat-alat Kebesaran Diraja. Susunan Istiadat Pertabalan ini adalah seperti berikut :-

• KetibaanSeriPadukaBaginda• PermulaanIstidatPertabalan• WatikahPengisytiharan• PenyerahanKerisKerajaan• PenyerahanWatikahIkrar

• UcapanTahniahdanikrarTaatSetiaKerajaan dan Rakyat Malaysia

• TitahUcapanYangdi-PertuanAgong• PembacaanDoa• PenerimaanAl-Quran• IstiadatPertabalanTamat• KeberangkatanBaginda

Upacara Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu hari yang dinamakan sebagai “Hari Kolar”. Maka, Kolar harus dipakai bagi semua penerima Darjah Kebesaran. Apabila memakai Kolar Darjah Kebesaran, selempang bagi Darjah Kebesaran yang sama tidak harus dipakai. Walau bagaimanapun, Selempang dari Darjah Kebesaran yang lain boleh dipakai. Hanya satu Kolar sahaja yang boleh dipakai dan ianya dipakai dikedua-dua bahu dan terletak sama panjang dari depan ke belakang dengan lencana terletak pada dada. Dalam kes pemakaian formal atau beruniform, Kolar seharusnya dipakai melalui jerumbai. Kolar tidak perlu dipakai ketika Santapan Diraja.

Page 56: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

56

aDat PerKahWinan MeLayuAdAT perkahwinan bagi masyarakat Melayu biasanya dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan adat merisik, meminang, memanggil dan seterusnya adat perkahwinan.

A) AdAT MERISIKMerupakan permulaan adat perkahwinan yang juga proses

awal untuk menentukan calon gadis bakal tunang seseorang teruna.

B) AdAT MEMINANGMengikut masyarakat Melayu, meminang bermaksud

menghantar tanda dengan menyarung cincin tanda ke jari manis gadis sekali gus menunjukkan kesediaan gadis itu menerima lamaran pemuda itu. Meminang disempurnakan dengan membawa tepak sirih yang lengkap, diisi dengan daun sirih yang elok, kapur, gambir, bunga cengkih dan pinang yang telah dikacip untuk dipersembahkan kepada keluarga si gadis.

C) AdAT MEMANGGIL

Adat memanggil atau menjemput penting dilakukan sebelum melangsungkan adat perkahwinan. Adat memanggil merupakan interaksi sosial masyarakat Melayu untuk memberitahu sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga, dan seluruh masyarakat kampung berkenaan tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan. Cara jemputan yang digunakan oleh penduduk kampung tersebut ialah dengan dua cara iaitu jemputan mulut dan jemputan kad.

d) AdAT pERKAhWINANMerupakan upacara kemuncak bagi pasangan pengantin

yang disatukan, mereka disahkan menjadi suami isteri mengikut hukum syarak dan saluran adat. Dalam adat perkahwinan, pengantin akan melalui empat proses, iaitu:-

i. Akad Nikahii. Adat Membatalkan Air Sembahyangiii. Adat Bersandingiv. Adat Menziarah

Page 57: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

557

aDat BerPantang SeLePaS BerSaLin MaSyaraKat MeLayuMASyARAKAT Melayu biasanya mengamalkan tempoh berpantang antara 40 hingga 44 hari malah ada juga sampai 100 hari. Hal ini berkait rapat dalam amalan Islam kerana tempoh nifas sehingga 40 hari dan maksimum 60 hari. Amalan berpantang dalam masyarakat Melayu adalah bertujuan untuk mengembalikan bentuk badan dan kecergasan diri wanita tersebut.

Penjagaan masyarakat Melayu semasa berpantang dilakukan untuk membantu memulihkan keadaan si ibu yang keletihan dan lemah semasa melahirkan bayi. Justeru, amalan turun temurun seperti berurut, bertungku, berbengkung, mandian herba, bertangas dan minum air akar kayu serta memakan jamu masih diamalkan masyarakat Melayu hingga kini.

Page 58: WARISAN KEBANGSAAN 2015

oBJEK WARISAN: MAKANAN

58

Page 59: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

559

naSi MinyaKNASI minyak merupakan makan berasaskan beras yang dimasak bersama bawang, rempah ratus, kismis, biji gajus dan susu cair. Makanan ini tidak lengkap sekiranya tidak dimasukkan minyak sapi iaitu memberi kesan minyak kepada nasi yang dimasak. Untuk menaikkan wangi nasi minyak, daun pandan dimasukkan selain rempah ratus turut memberi bau yang tersendiri kepada masakan tersebut.

Bahan-bahan: Beras, minyak sapi, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, air, daun pandan, susu cair, garam, biji gajus, kismis, bawang goreng

PuLut Durian/ naSi Santan MAKANAN ini berasaskan beras pulut yang dikukus setelah direndam selama 3 jam. Hidangan berasaskan pulut dan durian ini perlu disertakan santan, gula dan sedikit garam. Daun pandan hanya bahan sampingan untuk mendapatkan baunya.

Bahan-bahan : Beras pulut, pati santan, air, daun pandan, garam, buah durian, gula.

Page 60: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

60

KeLuPiS MAKANAN tradisi ini dibungkus di dalam daun sirik atau daun pisang. Bahan utama masakan ini adalah berasaskan beras pulut yang digaul bersama kelapa parut dan sedikit garam untuk perasanya. Bungkusan-bungkusan ini dimasak melalui kaedah mengukus.

Bahan-bahan : Beras pulut, kelapa parut, garam, daun sirik atau daun pisang untuk membungkus

naSi DaLaM BuLuh SEjENIS nasi yang dimasak di dalam buluh. Beras terlebih dahulu dibersihkan seperti biasa sebelum dibungkus di dalam daun lerek (bong) atau bemban. Membungkus beras menggunakan cara balutan yang sama untuk membuat lepat. Setiap bungkusan mengandungi kira-kira segengam beras dan disusun di dalam buluh sehingga penuh sebelum dimasukkan air sehingga 25 sm melebihi paras bungkusan terakhir. Untuk memasak nasi ini, setiap buluh yang siap diisi bungkusan beras dan air hendaklah dibakar seperti lemang selama 40 minit.

Bahan-Bahan : Beras, Buluh, Daun Leret /Bong Atau Daun Bemban

Page 61: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

561

SuP tuLangMAKANAN berlauk ini amat terkenal kerana rasa yang lebih enak yang dikeluarkan oleh tulang dan daging. Dimasak secara menumis bahan-bahan tertentu sebelum mereneh sehingga daging lembut dan masak. Kebiasaannya, masyarakat tempatan memilih bahagian tulang tertentu seperti tulang rusuk dan memasukkan ramuan rahsia masing-masing sebagai penaik rasa dan bau. Untuk ramuan kuah, bahan-bahan seperti serbuk sup, asam gelugur, kayu manis, serai, halia, kunyit hidup, lengkuas, lada padi/api, bawang merah, bawang putih dan air secukupnya diperlukan. Boleh ditambah kentang sebagai bahan sampingan. Sup tulang yang siap dimasak akan ditabur dengan bawang goreng dan daun saderi yang dimayang halus. Bagi menambah rasa, perahkan sedikit jus limau nipis atau limau kasturi semasa dihidang.

Bahan-Bahan : Tulang Rusuk Daging Kerbau, Asam Gelugur, Serai, Halia, Kunyit Hidup, Lengkuas, Lada Padi/Api, Bawang Merah, Bawang Putih, Minyak, Air, Bawang Merah Goreng, Daun Saderi

uBi gaDOng Parut MaSaK DaLaM BuLuh dIMASAK daripada ubi gadong yang diparut halus, garam dan gula sebagai perasa. Campurkan semua bahan-bahan ini dan masukkan ke dalam buluh. Bakar seperti lemang antara 20 hingga 30 minit. Memasak makanan berasaskan ubi gadong hendahlah dilakukan dengan pengatahuan kerana kandungan racun ubi gadong boleh memudaratkan kesihatan. Kebiasaannya ubi gadong diparut halus dan diperah jusnya untuk mengeluarkan kandungan racun. Di Pantai Timur, ubi gadong direndam di dalam air yang mengalir untuk menghilangkan kandungan alkaloidnya.

Bahan Bahan : Ubi Gadong, Buluh, Garam, Gula

Page 62: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

62

iKan reBuS KeringMASAKAN tradisi berasaskan ikan kembung ini merupakan sejenis makanan diawet. Ikan kembung direbus sehingga kering atau dikukus bersama garam dan asam keping. Jika hendak mengukus, ikan kembung perlu digaul bersama garam dan asam keping. Perap agar sebati dan kukus hingga masak. Boleh juga dimasukkan sedikit cuka sebagai tambahan. Ikan ini boleh terus dimakan semasa baru dimasak atau digoreng. Manakala ikan lengat yang disimpan lama kebiasaannya akan digoreng.

Bahan-Bahan : Ikan Kembung, Asam Keping, Garam, Air, Cuka

iKan cencaru SuMBatIKAN cencaru merupakan bahan utama untuk memasak ikan cencaru sumbat di samping rencah untuk disumbat ke dalam ikan yang dibelah belakangnya. Ramuan rencah asas untuk ikan sumbat adalah cili besar masak, garam, gula dan belacan yang ditumbuk lumat. Ikan yang siap dimasukkan rencah perlu diikat kemas supaya bahan rencah kekal di dalam ikan semasa menggoreng. Serai boleh digantikan dengan kelapa parut.

Bahan-Bahan : Ikan Cencaru, Lada Merah, Lada Api, Belacan, Bawang, Garam, Minyak Masak (Ada Yang Menambah Serai, Halia Dan Lain-Lain)

Page 63: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

563

Sayur MiDin gOrengSAyuR midin merupakan sejenis paku-pakis yang dijadikan bahan utama masakan sayur midin goreng. Dimasak bersama rencah yang ditumbuk iaitu mengandungi bawang merah, bawang putih, cili besar merah, udang kering, belacan dan garam. Makanan berasaskan ulaman ini dimasak melalui kaedah menumis dan goreng. Boleh ditambah perasa dan cili padi sebagai sampingan.

Bahan-bahan : Sayur midin, bawang merah, bawang putih, cili merah, udang kering, belacan, garam, perasa, minyak masak

MaSaK LeMaK MuMBang MuMBANG kelapa muda terkenal di dalam masakan tradisi ini. Menjadi bahan penting selain bahan-bahan untuk membuat kuah lemak. Mumbang kelapa dihiris nipis dan dimasak dalam kuah lemak daripada santan yang dimasukkan lada hitam, udang kering, ikan bilis, kunyit, daun selasih, daun kunyit dan garam.

Bahan-Bahan : Mumbang Kelapa Muda, Santan, Lada Hitam, Udang Kering, Ikan Bilis, Kunyit Hidup, Daun Selasih, Daun Kunyit, Garam.

Page 64: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

64

MaSaK LeMaK KuLat SiSir MAKANAN berasaskan kulat sisir ini terkenal sebagai makanan tradisi di kampung-kampung kerana kulat sisir mudah ditemui pada kayu yang sedang mereput terutamanya pokok getah. Kulat sisir yang telah dikering perlu direndam sebelum dicampur dengan sedikit santan, serai, asam gelugur dan bahan yang ditumbuk iaitu cili padi, bawang merah, ikan bilis, kunyit hidup dan boleh ditambah cili besar merah. Selain masak lemak, kulat sisir juga, sedap di tumis kering.

Bahan-bahan : Kulat sisir, santan, lada api, bawang merah, ikan bilis , kunyit hidup, serai, asam gelugur, garam, minyak masak.

BuBur LaMBuKBuBuR lambuk merupakan makanan berasaskan beras putih yang dimasak bersama santan, daging, beberapa jenis bahan-bahan rempah seperti halba, kulit kayu manis, bunga cengkih, jintan putih, buah pelaga dan bunga lawang. Selain itu, dimasukkan beberapa jenis daun seperti daun pandan, daun sup dan daun bawang. Setelah bubur siap dimasak bawang goreng ditabur untuk menambahkan lagi rasa dan aroma. Perkara paling penting adalah garam hendaklah dimasukkan secukupnya.

Bahan-Bahan : Beras Putih, Air, Santan, Daun Kesum, Pucuk Paku (Pucuk Paku Paya), Daun Kunyit, Pucuk Manis, Kerisik, Garam

Page 65: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

565

BuBur naSi/ naSi air pELBAGAI cara dan hidangan bubur nasi dihasilkan. Walaupun begitu bahan asasnya adalah beras dan garam. Manakala bahan tambahan pula ialah ayam atau ikan bilis atau daging. Dimasak sama ada ditumis atau terus direbus sahaja kesemua bahan-bahan bubur. Boleh ditambah sedikit kentang atau keledek, lobak merah, bawang goreng dan sayur-sayuran.

Bahan-Bahan : Beras, santan, udang kering, serai, daun sup, daun bawang, garam, halba, bawang goreng

BuBur anaK LeBahBAhAN pejal atau ketulan bubur dihasilkan daripada tepung beras, tepung ubi, kapur sirih dan pati pandan. Manakala kuah bubur mengandungi santan, gula merah dan daun pandan. Adunan membuat pepejal bubur perlu likat dan dibentuk di dalam acuan dan tekan melalui acuan sehingga jatuh ke dalam air yang sedang mendidih di atas dapur. Keluarkan dan masukkan ke dalam kuah yang dimasak di atas dapur yang berlainan.

Bahan-Bahan : Tepung Beras, Tepung Ubi, Kapur Sirih, Air DaunPandan (Pewarna), Gula Merah, Santan, Daun Pandan

Page 66: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

66

aiS KePaLpEMBASuh mulut ini berasaskan ais yang disagat dan air gula yang dimasak bersama pewarna ros dan daun pandan. Untuk menikmati air kepal, ais sagat dikepal-kepal menjadi bulat dan disiram dengan air gula dan air nisan.

Bahan-Bahan: Pewarna Ros, Gula, Air Nisan, Daun Pandan, Ais

eMPingMAKANAN pencuci mulut ini dihasilkan daripada emping padi, gula putih, isi kelapa muda yang diparut dan sedikit garam. Semua bahan ini digaul bersama hingga sebati. Sesuaikan rasa manis dan masin secukupnya sebelum dihidang.

Bahan-bahan : Emping padi, gula putih, isi kelapa muda, garam halus

Page 67: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

567

KeK LaPiS SaraWaK KEK lapis Sarawak ini merupakan salah satu identiti makanan Negeri Sarawak yang sangat sedap. Bahan-bahan membuat kek ini adalah tepung yang dipanggil tepung hong kong, gula kastor, kuning telur, putih telur, ovelet, mentega, susu pekat dan susu cair. Kek lapis terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian dalam dan bahagian luarnya.

Bahagian dalam kek mengandungi campuran gula kastor, tepung Hong Kong, kuning telur, putih telur dan ovelet yang pukul sehingga kembang. Bahan ini dicampur pula dengan

mentega bercampur susu pekat. Bahagikan kepada tiga bahagian dan masukkan pewarna hijau, kuning dan merah masing-masing pada setiap bahagian.

Manakala bahagian luar kek pula mengandungi putih telur yang dipukul hingga kembang. Kemudian pukul ovelet, gula kastor, susu cair dan tepung Hong Kong. Kesemua campuran ini disatukan dan masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.

Bahan-Bahan:Tepung Hong Kong, Gula Kastor, Kuning Telur, Putih Telur, Ovelet, Mentega, Susu Pekat, Susu Cair, Pewarna (Hijau, Kuning Dan Merah)

Page 68: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

68

jaLa eMaS KuIh tradisional ini dihasilkan daripada kuning telur ayam atau itik dan air gula yang dimasak bersama daun pandan. Kuning telur dipukul kembang, keluarkan daun pandan dan panaskan air gula. Masukkan kuning telur yang dipukul ke dalam acuan. Bentukkan seperti jala semasa telur keluar dari acuan ke dalam air. Keluarkan dan bentukkan kuih tersebut.

Bahan-Bahan : Kuning Telur Ayam/Itik, Gula, Daun Pandan, Air, Daun Pisang (Acuan)

Kuih rOSKuIh ros, dikenali juga sebagai kuih loyang dan kuih goyang dihasilkan daripada tepung beras, tepung gandum, gula, santan dan telur. Bahan-bahan ini disatukan dan dibancuh cair untuk memudahkan celupan acuan kuih. Acuan terlebih dahulu sentiasa dipanaskan di dalam minyak sebelum dicelup ke dalam bancuhan. Semasa mencelup, acuan hendaklah tidak tenggelam sepenuhnya dan direndam seketika di dalam minyak acuan bersalut bancuhan tadi. Goyang acuan untuk mengeluarkan kuih di dalam minyak dan proses ini penting agar bentuk atau bunga kuih cantik dan menarik.

Bahan-Bahan : Tepung Beras, Gula, Santan, Telur Ayam, Tepung Gandum, Minyak Masak, Air

Page 69: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

569

Kuih KOLe KacangKuIh ini berwarna coklat dan ditabur tahi minyak di permukaannya. Dihasilkan daripada kelapa, kacang hijau digoreng dan dijadikan serbuk, gula melaka, gula pasir dan sedikit garam. Daun pandan dijadikan pewangi iaitu dicampur ke dalam santan, gula pasir dan gula melaka yang dimasak. Daun pandan dikeluarkan, tapis air gula dan masukkan tepung kacang. Masak campuran ini sehingga pekat sebelum dimasukkan ke dalam acuan.

Bahan-Bahan : Santan, Tepung Kacang Hijau, Gula Melaka, Gula Pasir, Daun Pandan, Garam, Tahi Minyak

Kuih BangKit KuIh bangkit juga dikenali sebagai kuih bakar. Dihasilkan daripada tepung sagu, tepung gandum, telur, gula dan santan kelapa serta boleh dimasukkan sedikit serbuk penaik. Untuk membuatnya, tepung sagu diayak bersama tepung gandum dan serbuk penaik kemudian masukkan gula. Telur dipukul dan masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil disebatikan. Uli sampai lembut dan halus sebelum dicanai. Terap dengan acuan bunga pecah lima dan dibakar sampai masak.

Bahan-Bahan: Telur Ayam, Gula Halus, Tepung Sagu, Tepung Gandum, Santan, Serbuk Penaik

Page 70: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

70

KaSuiKuIh ini dihasilkan daripada tepung beras, air gula, susu cair dan sedikit kapur makan. Kesemua bahan ini disatukan, masukkan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak. Kuih ini boleh ditambah gula kabung dan ia akan memberikan warna coklat kepada kuih. Kuih ini apabila siap dimasak akan ditabur dengan kelapa parut dipermukaannya dan daun pandan boleh dimasukkan semasa memasak air gula untuk mewangikan air gula tersebut.

Bahan-Bahan : Tepung Beras, Air, Gula Pasir, Gula Kabung, Kapur Makan, Daun Pandan

eMaS SejeMPut KuIh emas sejemput dihasilkan daripada kuning telur itik yang dipukul sehingga kembang. Kuning telur ini dimasak di dalam air gula. Air gula terlebih dahulu dimasak bersama bunga cengkih dan daun pandan. Kuning telur yang masak dikeluarkan dan bentukkan dengan hujung jari menjadi bentuk seperti bunga bersegi tiga.

Bahan-Bahan : Kuning Telur Itik, Gula, Air, Bunga Cengkih, Daun Pandan

Page 71: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

571

Buah tanjungKuIh buah tanjung dihasilkan daripada adunan kuning telur itik yang dipukul sehingga kembang dan tepung beras dan tepung pulut yang digoreng tanpa minyak. Adunan ini dibulat-bulat kecil dan dimasak di dalam air gula yang siap dimasak bersama daun pandan dan bunga cengkih.

Bahan-Bahan: Telur Itik, Gula Pasir, Tepung Pulut, Tepung Beras, Daun Pandan, Bunga Cengkih

tePung PeLita KuIh tepung pelita merupakan sejenis makanan tradisi yang berasaskan tepung beras, gula, santan, gula, pati daun pandan dan sedikit kapur. Kuih ini mempunyai dua lapisan iaitu bahagian bawah berwarna hijau pandan serta manis. Manakala bahagian atas berwarna putih berlemak kerana santan yang digunakan.

Bahan-Bahan : Debu Beras Jemah, Gula, Air Daun Pandan, Santan, Kapur Makan, Daun Pisang(Pembungkus)

Page 72: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

72

LOMPat tiKaM KuIh ini berasaskan tepung beras, santan, gula Melaka, gula, garam, kapur makan dan pati pandan. Untuk memasak kuih ini, bahagian pertama campurkan tepung beras, air, pati pandan dan kapur ke dalam kuali dan kacau atau adun sehingga sebati. Masak di atas api yang sederhana dan masukkan ke dalam Loyang setelah masak. Bahagian kedua, masukkan santan, tepung beras dan sedikit air di dalam bekas yang berasingan, masak dan masukkan ke dalam loyang. Untuk menghidang, potong kepada bahagian kecil dan masukkan ke dalam bekas, curahkan air manisan gula Melaka.

Bahan-Bahan : Tepung Beras, Air, Santan, Manisan (Gula) Kelapa, Gula, Daun Pandan, Garam, Kapur Makan

Kuih SiPut KuIh siput merupakan sejenis kuih tradisional yang digoreng. Dihasilkan daripada tepung gandum, tepung ubi, telur, cili, halba, marjerin, bawang, udang kering, daun kari, garam dan gula. Udang, bawang dan cili dikisar halus. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin. Setelah diadun sebati masukkan marjerin yang dicairkan. Uli sehingga menjadi doh lembut dan cubit sedikit dan bentukkan menggunakan acuan kuih tersebut.

Bahan-Bahan : Tepung Gandum, Tepung Ubi, Telur, Cili, Halba, Margerin, Bawang, Udang Kering, Daun Kari, Garam, Gula

Page 73: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

573

Pau KuIh pau merupakan sejenis kuih yang menarik. Dihasilkan daripada tepung gandum atau gunakan tepung Hong Kong, yis, gula dan boleh ditambah sedikit minyak jagung. Untuk membuatnya, tepung gandum disatukan dengan yis dan masukkan air yang dicampur sedikit gula. Adun sebati dan biarkan seketika. Manakala intinya pula berasaskan gula merah, gula putih dan kelapa parut. Bahan ini dikacau sebati di atas api yang perlahan. Apabila hampir masak, masukkan daun pandan dan dikacau rata hingga masak. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan masukkan inti di dalamnya. Letakkan di atas daun pisang yang dipotong berbentuk empat segi. Ulangi sehingga adunan habis. Biarkan selama setengah jam sebelum mengukus.

Bahan-Bahan : Doh : Tepung Gandum, Yis, Gula, Minyak Jagung, Air, Inti : Gula Merah, Gula Putih, Kelapa Parut Putih, Daun Pandan

Kuih getaS KuIh getas merupakan sejenis kuih yang digoreng sebelum disalut dengan air gula yang dimasak sehingga kering. Bahan-bahan utama kuih adalah tepung pulut, kelapa muda parut dan garam. Untuk membuatnya, satukan tepung pulut, garam dan kelapa muda parut, gaul sehingga rata. Masukkan air sedikit-sedikit sambil gaul hingga menjadi doh yang lembut dan bentukkan.

Bahan-Bahan : Tepung Pulut, Kelapa Muda Parut, Air, Garam, Minyak Masak

Page 74: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

74

Kuih KaSiDah/QaSiDah KuIh ini berasaskan tepung gandum, santan, telur, gula, minyak sapi, garam dan pewarna kuning. Untuk membuat kuih ini, tepung digoreng sehingga wangi dan kekuningan. Setelah sejuk, masukkan santan telur, daun pandan, garam dan pewarna kuning. Kacau di atas api kecil sehingga pekat, masukkan gula dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan minyak sapi dan kacau adunan sehingga rata dan lembut. Bentukkan adunan menggunakan acuan kuih dan tabur bawang goreng di atasnya.

Bahan-Bahan : Tepung Gandum, Telur Ayam, Daun Pandan, Santan, Gula, Minyak Sapi, Garam, Pewarna Kuning

Kuih inang-inangKuIh inang adalah sejenis kuih berasaskan pulut, garam dan pewarna. Pulut direndam dan dikukus bersama garam sehingga masak. Semasa pulut masih panas, gaul dengan pewarna dan dikukus lagi untuk beberapa minit. Pulut ini sedia untuk dibentuk menggunakan acuan dan ditekan pulut supaya padat. Kepingan ini perlu dijemur sehingga kering sebelum digoreng.

Bahan-Bahan : Pulut, Garam, Pewarna

Page 75: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

575

teBaLOiTEBALoI adalah merujuk kepada makanan yang dihasilkan daripada tepung sagu atau lemantak yang diadun dengan bahan-bahan lain seperti telur dan kelapa parut sebelum dibakar di dalam daun pisang.

Bahan-Bahan : Lemantak (Tepung Sagu), Telur Ayam, Kelapa Parut, Gula, Tepung Gandum, Daun Pisang(Alas Membakar)

KerePeK TERdApAT pelbagai jenis sumber makanan yang boleh dijadikan kerepek seperti kerepek ubi kayu, pisang, keladi, sukun dan lain-lain. Dihasilkan melalui kaedah menggoreng kepingan bahan berkenaan yang disagat nipis ke dalam kuali berisi minyak yang telah dipanaskan. Boleh digaul sedikit garam sebagai perasa atau kekalkan rasa asli tersebut. Inovasi dan kreativiti masyarakat pada hari ini telah mengkomersilkan makanan ini sebagai makanan kudapan yang mudah diperolehi dengan pelbagai perisa seperti pedas, kari, lada hitam dan manis.

Bahan-bahan : Ubi kayu/pisang/keladi/sukun, minyak masak, garam

Page 76: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

76

ceLOrOt CELoRoT juga dikenali sebagai selorot atau segurut. Kuih ini dihasilkan daripada tepung beras, gula apong (gula nipah), santan dan air. Semua bahan disebatikan dan dimasak menggunakan api yang kecil hingga pekat. Kemudian dimasukkan ke dalam sarung berbentuk silinder yang diperbuat daripada pucuk nipah dan dikukus hingga masak atau lebih kurang setengah jam.

Kuih KetayaP KuIh ketayap juga dikenali dengan kuih teruna malang, kuih dadar dan kuih gulung. Bahan-bahan kulit adalah tepung gandum, telur, garam dan pewarna daripada air daun pandan. Bahan-bahan ini diadun sebati dan cair. Tujuan adalah untuk memudahkan dibentuk di kuali dengan melenggang adunan di sekeliling kuali yang diminyakkan menggunakan daun pandan. Jadikan bancuhan kepingan bulat dan nipis di kuali. Inti kuih adalah daripada kelapa parut, gula merah, gula pasir dan sedikit air. Boleh dimasukkan sedikit tepung gandum. Dikacau semua bahan hingga masak dan masukkan daun pandan dan dikacau bersama. Untuk membalut, ambil kepingan yang telah dimasak, letakkan di dalam bekas dan masukkan inti kelapa, kemudian digulung.

Page 77: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

577

SOLOK LaDaMAKANAN dikukus ini berasaskan cili besar yang masih hijau, isi ikan kembung, kelapa parut, telur, santan, bawang, garam dan gula. Cili besar yang dibelah dan dibuang akan menjadi kulit kepada inti yang dihasilkan daripada bawang, kelapa parut, garam dan gula yang ditumbuk lumat. Bahan yang ditumbuk lumat ini akan digaul dengan telur, isi ikan dan santan.

Bahan-Bahan: Cili Besar Hijau, Kelapa Parut, Ikan Kembung, Telur, Santan, Garam, Gula

SOLOK iKanSoLoK ikan atau sarak ikan adalah makanan berasaskan ikan kembung yang diambil isinya. Isi ikan ini akan dicampur dengan lada hitam, halia, bawang putih, bawang merah, kelapa parut, isi ikan kembung, garam dan gula. Campurkan bahan yang ditumbuk dengan telur serta hirisan daun kesum dan dikacau rata. Sumbat bahan ini ke dalam kulit ikan dan bentukkan kembali seperti seekor ikan dan digoreng sehingga masak.

Bahan-Bahan : Ikan Kembung, Kelapa Parut, Bawang Merah, Halia, Bawang Putih, Lada Hitam, Telur, Daun Kesum, Garam, Gula

Page 78: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

78

KeBeBeMAKANAN ini berasaskan buah-buahan muda atau putik seperti buah kelempong, cermai, nangka, pisang, cedung, nenas, tempurung kelapa yang masih lembut dan jambu batu. Jantung pisang juga turut dimasukkan sebagai bahan kebebe. Semua buah-buahan muda ini akan ditumbuk kasar bersama buah belimbing buluh, cili padi, belacan, garam dan gula. Juga dikenali sebagai kebaba, kebebeh dan “picut”.

nira niPahdI pantai Timur minuman ini lebih dikenali sebagai ‘Tuak’. Minuman ini berasaskan air nira yang keluar dari tandan buah pokok nipah. Minuman ini diminum segar atau sejuk.

Bahan-Bahan : Nira Nipah

Page 79: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

579

Durian duRIAN terbahagi kepada dua iaitu durian asal dan durian hibrid. Isi durian boleh dimakan mentah, dimasak atau diperam untuk dijadikan tempoyak. Untuk membuka buah durian, diterbalikkan buah tersebut, pilih dua alur pangsa secara bertentangan dibelah sedikit dari bahagian hujung buah tanpa mengenai isinya. Kemudian, dengan kedua belah tangan, masukkan semua jari kecuali jari ibu ke dalam bahagian yang dibelah, ditarik secara bertentangan untuk memisahkan kepada dua bahagian mengikut alur pangsa tadi. Kesulitan membuka bergantung pada jenisnya. Setelah dibuka, isi akan kelihatan berulas menyaluti setiap biji benih sama ada warna kekuningan, putih susu, kemerahan, oren dan sebagainya. Isi durian lebih enak jika buahnya baru gugur dari pokoknya.

reMPeyeK REMpEyEK atau disebut juga tempeyek merupakan kuih tradisional yang cukup digemari oleh masyarakat Melayu di negara ini kerana keenakan dan kerangupannya. Kuih itu turut digemari kaum lain termasuk Cina dan India. Rempeyek digemari khususnya apabila menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Kini ia juga dijadikan makanan ringan yang oleh diperolehi sepanjang masa dan dikomersilkan serta mendapat permintaan tinggi pelanggan.

Bahan-bahan: Bahan asasnya seperti kacang, tepung atau tepung beras, sedikit kapor, rempah ratus seperti ketumbar, jintan dan garam, Ikan bilis (jika suka)

Page 80: WARISAN KEBANGSAAN 2015

oRANG HIDUP

80

Page 81: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

581

MatheW ngau jau

pEMuZIK SApEMAThEW Ngau Jau dilahirkan dan dibesarkan di rumah panjang, Sungai Baram. Beliau membesar di dalam persekitaran yang kurang dipengaruhi budaya luar kerana berada jauh di pedalaman Sungai Baram iaitu di tengah-tengah Borneo. Berbekalkan bakat yang ada, beliau mewarisi pelbagai khazanah masyarakatnya iaitu Ngorek dari suku Kenyah. Masyarakatnya menjadi salah satu suku pertama yang merintis pembukaan Baram. Sejak kecil, beliau sering terdedah dengan muzik sape dan lagu-lagu tradisi membolehkan beliau menerima dan pada hari ini menjadi salah seorang pemuzik sape yang unggul atau digelar “Sape Master” di peringkat

negara dan antarabangsa. Kepakaran beliau tidak dapat dinafikan memandangkan beliau mempelajarinya sejak kecil. Beliau juga telah berguru dengan lagenda pemuzik sape iaitu Tusau Padan. Setelah kematian Tusau Pandan, beliau antara pewaris pemuzik sape terunggul ketika ini.

Beliau pernah menjadi salah seorang pemuzik sape yang dibawa khas ke Paris pada tahun 2008 untuk mempromosi muzik sape sebagai kebudayaan masyarakat Malaysia di persada antarabangsa.

Kebolehan beliau tidak terhad kepada muzik sape semata-mata, malah mampu menghasilkan alat muzik sape, menghasilkan lukisan-lukisan tradisi, menari tarian ngajat dan sebagainya. Beliau juga memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat mempelajari kesenian ini terutamanya penginap di Tuyang Longhouse homestay.

Page 82: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

82

Maznah anaK unyan

pENGGIAT ANyAMAN TRAdISIoNAL oRANG ASLIBELIAu dilahirkan pada tahun 1968. Merupakan seorang penggiat seni origami masyarakat orang asli Mah Meri di Pulau Carey iaitu suku kaum daripada pecahan bangsa Senoi. Sumbangan beliau amat besar sehingga menghidupkan kembali warisan masyarakatnya yang kian ditinggalkan. Segala usaha beliau bermula pada tahun 2003 setelah dikumpulkan beberapa orang ahli keluarga dan sahabat bagi memulakan kelas anyaman. Pada peringkat awal, mereka menghasilkan produk utama seperti tikar, bakul. beg kecil, topi, penanda buku, gelang dan sebagainya daripada daun nipah, pandan dan daun kelapa.

Pada tahun kedua, kumpulan ini telah dinamakan sebagai Tompoq Tompoh (permulaan segala usaha) yang menjadi kekuatan kepada beliau dan ahli kumpulan untuk mendapatkan pengiktirafan dan mengetengahkan hasil kraftangan masyarakat Mah Meri. Kumpulan beliau tidak terhad kepada anyaman sahaja kerana dalam masa yang sama mereka melestarikan tarian tradisi mereka iaitu mayin jo’oh. Tarian tradisi ini diwarisi sejak turun-temurun dan amat berkait rapat dengan anyaman mereka. Justeru, beliau sebagai ketua anyaman dan tarian di Kampung Sungai Bumbun sentiasa bekerja keras untuk menjamin warisan masyarakatnya akan terus diwarisi. Beliau berharap kepada masyarakatnya terutama generasi akan datang untuk meneruskan usahanya mengetengah dan memartabatkan warisan masyarakat Mah Meri. Kelangsungan tarian Jo’oh, perkahwinan, perayaan, perhiasan diri, perubatan dan sebagainya amat berkait rapat dengan seni anyaman. Justeru, tidak hairanlah suatu ketika dahulu wanita yang ingin berkahwin perlu pandai menganyam.

Page 83: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

583

raMLi Bin MahMuD

AWANG BATILRAMLI Mahmud dilahirkan pada 6 Julai 1955 di Kampung Pokok Sena, Chuping Perlis. Beliau mendapat pendidikan peringkat rendah sehingga darjah enam. Mula bergiat dalam bidang kesenian khususnya Penglipur lara sejak berumur 8 tahun hingga kini. Selain Penglipur Lara, beliau juga berkebolehan bermain beberapa alat muzik seperti gendang terinai, viola, rebana dan gong. Penglibatan beliau dalam bidang seni ini bermula pada tahun 1963 dengan bermain gendang terinai di majlis-majlis kenduri di seluruh negeri Perlis termasuk juga Thailand bersama Tok Selampit.

Di awal penglibatan beliau dalam kesenian ini, beliau sering mengadakan persembahan bersama bapa beliau yang juga merupakan Awang Batil berbakat di pelbagai peringkat dan acara. Antara acara rasmi yang pernah beliau terlibat termasuklah mengadakan persembahan gendang terinai, Muzik Asli di Dewan Sri Pinang sempena Persidangan Raja-Raja Melayu ke -112. Sekitar tahun 1993-1997, beliau juga pernah bekerja sepenuh masa dalam bidang muzik asli selama 4 tahun di Penang Culture Centre (Teluk Bahang Pulau Pinang). Pernah juga mengadakan persembahan di luar negara termasuklah di Switzerland selama 3 minggu serta ratusan lagi persembahan lain di dalam negara. Antara sumbangan beliau ialah mencipta beberapa buah lagu seperti Layang Mas, Cik Lang dan Mak Inang tua serta Canggung (Negeri Perlis). Pencapaian yang pernah beliau dapat adalah Anugerah Penggiat Seni Negeri Perlis 2002 kategori Muzik Terinai.

Page 84: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

5

84

DatO’ ariPin Bin SaiD

pENCERITA dAN dENdANGAN LAGu-LAGu RAKyATBELIAu dilahirkan pada tanggal 11 Disember 1948, di Kampung Batu Bor, Mukim Bera Temerloh, Pahang. Sejak kecil beliau sering mendengar neneknya bercerita memandangkan beliau dididik dan diasuh oleh neneknya, Zaleha binti Zainal Abidin. Sebagai seorang bidan di mukim Bera, neneknya banyak mengingati cerita-cerita, petua serta ungkapan bahasa yang menarik. Beliau juga dibantu oleh gurunya iaitu Abdullah Hashim Haji Musa untuk memperolehi bahan-bahan bacaan untuk dirujuk.

Kini, beliau merupakan satu-satunya penyanyi lagu-lagu rakyat yang mendapat banyak undangan untuk membuat persembahan di dalam dan di luar negeri.

Dari sudut penerbitan, beliau telah menghasilkan lebih 20 buah novel, antologi cerpen, puisi dan cerita rakyat. Sehingga kini, lebih daripada 200 buah cerpen dan 200 buah puisi telah dihasilkannya. Karya-karyanya tersiar di pelbagai akhbar mingguan dan majalah di tanah air seperti Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Berita Minggu, Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Budaya, Mastika, Sarina, Al-Islam, Kiblat, Majalah Sukan, Pemimpin, Sistem Pelajar dan lain-lain lagi.

Sepanjang kegiatan berkarya, Dato’ Aripin telah memenangi beberapa hadiah sastera tanah air yang dikendalikan oleh institusi dan badan-badan tertentu. Antara hadiah yang dimenanginya ialah Hadiah Cerpen Kanak-kanak, Pustaka Kelantan pada tahun 1978; Peraduan Mengarang Cerpen Islam pada tahun 1979; Peraduan Menulis Cerita Lucu Kanak-kanak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1983; Hadiah Sastera Utusan Melayu (Puisi) oleh Public Bank pada tahun 1987, pada tahun 1990 (cerpen), dan pada tahun 1991 dan 1992 (cerpen remaja). Bukunya yang berjudul Ceritera Awang Miskin terbitan penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. telah memenangi Hadiah Buku Kebangsaan pada tahun 1990 bagi kategori Klasik Remaja.

Pada 24 Oktober 1990, telah dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) sempena sambutan hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Page 85: WARISAN KEBANGSAAN 2015

SEN

AR

AI

PER

ISY

TIH

AR

AN

WA

RIS

AN

KEB

AN

GSA

AN

201

585

SaaD Bin taiB (PaK aD)

SENI pERSEMBAhAN MEK MuLuNGSAAd bin Taib atau dikenali dengan nama Pak Ad dilahirkan pada 14 Julai 1947 di Kg. Baru Wang Tepus, Jitra Kedah. Beliau mula bergiat di dalam bidang seni persembahan seawal usia 16 tahun melalui pendidikan awal daripada Allahyarham bapanya. Beliau dilantik sebagai ketua kumpulan Mek Mulung Kampung Bahru, Wang Tepus, Jitra Kedah di mana satu-satunya kumpulan yang bergiat aktif di dalam persembahan Mek Mulung. Beliau telah mendapat jolokan “guru” kerana kepakarannya dalam seni Persembahan Mek Mulung.

Di awal penglibatan beliau dalam kesenian ini, beliau sering mengadakan persembahan bersama bapa beliau dan sehingga kini beliau digelar sebagai ‘guru’ yang membimbing ahli kumpulan baru di dalam seni persembahan Mek Mulung. Maka tidak hairanlah kepakaran yang diperolehi menjadikan beliau dan kumpulan seni persembahan Mek Mulungnya sering menjadi jemputan pada acara-acara majlis besar untuk mengadakan persembahan. Kumpulannya di ikat kontrak selama 4 tahun bagi mengadakan persembahan Mek Mulung setahun sekali di negeri Pahang dan Langkawi.

pENGLIBATAN dALAM pERSEMBAhANDiundang secara kontrak oleh kerajaan negeri untuk

mengadakan persembahan Mek Mulung setiap tahun selama 4 tahun berturut-turut di Pahang dan Langkawi pada tahun 2004 – 2009.

Dijemput mengadakan persembahan di Dewan Phiharmonik Petronas dan Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) pada tahun 2002 dan 2011.

Page 86: WARISAN KEBANGSAAN 2015