taman warisan melayu

16
GALLERY GUIDE 16 Oktober 2016 – 25 Jun 2017 Galeri 1 dan 2 TAMAN WARISAN MELAYU MERAKAMKAN KEMODENAN MELAYU 1920-an – 1960-an

Upload: lyliem

Post on 21-Jan-2017

272 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

GALLERY GUIDE

16 Oktober 2016 25 Jun 2017Galeri 1 dan 2

TAMAN WARISAN MELAYU

MERAKAMKAN KEMODENAN MELAYU

1920-an 1960-an

1

Mereka Utusan: Merakamkan Kemodenan Melayu1920-an 1960-anMereka/mrek/ Kata kerja1. Mencipta sesuatu

Utusan/utusn/

Kata nama1. Bahan berita2. Pihak yang menyampaikan berita

Mereka Utusan memberikan gambaran yang mendalam tentang pembangunan kemodenan dan identiti Melayu melalui bahasa iklan dan kartun editorial yang dihasilkan sepanjang tahun-tahun 1920-an 1960-an. Melalui rencana-rencana ini, kemodenan dan identiti Melayu dibayangkan dan dibincangkan secara serentak di zaman penjajahan Malaya dan Singapura semasa negara-negara ini di tengah-tengah perkembangan sejarah penting dalam abad ke-20.

Pertubuhan syarikat-syarikat penerbitan Melayu di merata Negeri-Negeri Selat begitu meningkat pada zaman 1920-an. Walaupun sejarah pencetakan Melayu ketika itu amat berkait rapat dengan penghasilan kitab-kitab agama, industri penerbitan juga memainkan peranan penting dalam bidang politik, perdagangan dan hiburan di Negeri-Negeri Selat dan semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-20. Perkembangan ini lebih terserlah di bidang politik di mana penerbitan akhbar dan majalah ketika itu banyak didorong oleh pelbagai gerakan nasionalis pada zaman 1920-an. Liputan dan ulasan yang meluas mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku banyak mencergaskan masyarakat Melayu ketika itu.

Lantas, akhbar dan majalah telah mereka sebuah ruang untuk liputan dan perkembangan bahan-bahan berita seperti ini. Dengan sedemikian, mereka berusaha untuk memupuk suatu generasi pembaca, penulis dan pengguna yang moden.

MERAKAMKAN KEMODENAN MELAYU

1920-an 1960-an

1

2

1 5

2

3

4

GALERI 1

1. Permulaan sebuah Industri Akhbar-akhbar Melayu yang diterbitkan pada akhir abad ke-19 mencerminkan pengiktirafan awal nilai mereka sebagai penanda dan pengaruh terhadap pemikiran sosial dan politik. Peranan pusat-pusat kesusasteraan dan penerbitan bagi dunia Melayu-Islam semakin diambil alih oleh Negeri-Negeri Selat. Ini dirangsang pula oleh kadar kecelikhurufan yang kian meningkat di kalangan masyarakat Melayu serta penggunaan teknologi percetakan yang semakin berkembang.

2. Berita-berita Terkini Mesin cetak yang diperkenalkan oleh beberapa persatuan mubaligh Kristian berbangsa Inggeris dan Belanda pada abad ke 19 telah memberi banyak manfaat kepada penerbitan-penerbitan awal. Pada mulanya, mesin-mesin ini hanya digunakan oleh segelintir syarikat-syarikat penerbitan. Makanya, penerbitan-penerbitan Melayu awal ini telah menetapkan standard bagi penulisan bahasa Melayu, termasuk cara bagaimana bahasa Melayu dieja.

3. Menetapkan StandardPelbagai format rencana seperti kuiz dan ruang surat-menyurat telah diperkenalkan pada tahun 1920-an 1930-an yang membolehkan lebih banyak penyertaan dari para pembaca.

Format yang berbagai-bagai ini bukan sahaja mencerminkan kerancakan idea-idea yang terdapat dalam akhbar dan majalah tersebut, tetapi ia juga mencerminkan keinginan penerbit untuk menarik hati para pembaca yang berbeza-beza.

4. Genre dan CitarasaTidak lama selepas Perang Dunia II dan menjelang tahun 1950-an, terdapat perubahan dalam genre-genre majalah. Sementara majalah-majalah awal menyentuh isu-isu agama atau hal ehwal semasa, edisi majalah yang kemudiannya pula menawarkan bahan bacaan yang lebih pelbagai termasuk ulasan filem, satira politik dan juga erotika.

5. Wang, Jualan dan KeuntunganAspek komersial penerbitan di Negeri-Negeri Selat sering diabaikan oleh kebanyakan penerbit dan penyunting pada masa itu. Pada awal zaman penerbitan, editorial dan berita semasa membentuk sebahagian besar daripada kandungan keseluruhan majalah berbanding dengan iklan. Secara beransur-ansur, kesedaran mengenai kepentingan asas-asas perniagaan yang kukuh telah membuat syarikat penerbitan dan para penyunting mengkaji semula strategi perniagaan mereka dan mula memikat para pengiklan tempatan dan adakalanya, pengiklan antarabangsa.

Gallery 1 Map

Gallery 1 Map

3

GALERI 2

6. Zaman PembaharuanIsu-isu bahasa dan reformisme agama menandakan bermulanya pandangan baru dalam kandungan akhbar dan majalah Melayu seperti Saudara, Qalam, Sinaran dan banyak lagi. Rukun agama, mesej-mesej reformis dan perbincangan tentang kemajuan teknologi menyokong keprihatinan sosio-budaya yang lebih luas sepanjang empat dekad antara akhir Perang Dunia I dan kemerdekaan Malaya daripada belenggu penjajah.

7. Kebun BahasaMenjelang abad ke-20, identiti Melayu tidak lagi dilihat hanya daripada sudut keIslaman dan terdapat hujah-hujah supaya identiti Melayu dilihat daripada perspektif yang lebih setempat atau berhaluan semenanjung. Perbincangan tentang identiti Melayu ini melangkaui ruangan-ruangan pendapat yang penuh bersemangat dan terhasil dalam bentuk kartun editorial dan berita yang berunsur sindiran dalam tahun 1930-an, serta iklan-iklan yang bertujuan untuk mempengaruhi gaya hidup masyarakat setempat melalui pengenalan produk-produk baru dan juga asing.

Gallery 2 Map

6

79

8

10

Mari Sembahyang untuk Kanak-Kanak Lelaki s. 1950s | Singapura | Penerbit: Qalam Press | Koleksi Taman Warisan Melayu, Lembaga Warisan Negara

4

GALERI 28. Kekaburan VisiDari tahun 1940-an, akhbar dan majalah yang berunsur keagamaan serta yang lebih sekular mula menghasilkan kandungan editorial untuk dan tentang kaum wanita. Ini termasuklah ruangan berkenaan fesyen, pengurusan rumah tangga dan hak-hak wanita. Perkembangan ini adalah selaras dengan keterlihatan wanita Melayu yang lebih ketara dalam lingkungan awam pada masa itu, sebahagiannya disebabkan oleh pergerakan hak wanita yang baru muncul di Negeri-Negeri Selat. 9. Pengguna yang Bergerak Balas Akhbar dan majalah menyediakan ruang yang dinamik untuk menyokong perusahaan, barangan dan perkhidmatan milik Melayu. Dengan itu, iklan-iklan menyediakan dua fungsi penting: memudahkan kewangan akhbar dan majalah untuk terus bertahan serta menyemai rasa jati diri dan identiti moden di kalangan masyarakat Melayu.

10. Cetakan DihentiMenjelang tahun 1960-an dan awal 1970-an, semakin banyak syarikat penerbitan tempatan terpaksa menghentikan operasi ataupun berpindah oleh kerana beberapa sebab. Ini termasuklah persaingan sengit, kos pengeluaran yang lebih rendah di Semenanjung Tanah Melayu, bilangan pembaca yang berkurangan serta undang-undang penapisan yang lebih ketat. Di antara penerbit-penerbit yang kekal di Singapura, suatu bentuk editorial yang baru kian muncul dengan tumpuan kepada hal ehwal umum manakala kartun-kartun pula bergantung kepada jenaka pencerapan dan tema keharmonian kaum dan sosial.

Sebuah iklan Bedak Cahaya Bulans. 1960s | Singapura | Koleksi Taman Warisan Melayu,Lembaga Warisan Negara

5

KARYA TUGASAN ARTIS

vertical submarinevertical submarine merupakan sebuah kolektif seni dari Singapura dengan hasil karya seperti pemasangan seni, lakaran dan lukisan yang melibatkan teks, penceritaan dan jenaka. Pada tahun 2009, mereka telah mempersembahkan satu pameran di Muzium Seni Singapura sebagai sebahagian daripada pameran Bakat Muda Presiden. Sejak itu, mereka telah menjayakan beberapa projek di Sepanyol, Taiwan, Hong Kong, Korea, Filipina, Bandar Raya Mexico, Australia dan Jerman. Mereka juga telah memenangi beberapa buah anugerah termasuk Hadiah Celeste 2011 (Pemasangan Seni), Anugerah Residensi Artis Credit Suisse 2009 dan Anugerah Bakat Muda Presiden 2009.

MOJOKODilahirkan di Iran, dibesarkan di Hong Kong dan meraih pendidikan di Eropah, Mojoko (juga dikenali sebagai Steve Lawler) telah menghadiri residensi seni FABRICA yang ternama di Treviso, Itali Utara pada tahun 2001. Melancarkan kerjaya reka bentuk interaktifnya di Diesel, beliau berjaya dalam industri kreatif sebagai seorang artis, pereka, pengarah seni dan pengarah kreatif. Beliau juga merupakan pengasas Majalah, Galeri & Studio Kult, dan karya-karya beliau meneroka perihal yang lama dan bersejarah, di samping media baru seperti pengaturcaraan komputer, arca digital, lukisan dan seni cetak.

Imej Ihsan: vertical submarine

Imej Ihsan: Mojoko

6

Mengenali Tulisan Jawi dan Menulis dalam Jawi oleh HAZWORKS*

Ketahui tentang sejarah tulisan Jawi dalam bengkel yang dibahagikan kepada dua bahagian ini. Anda juga berpeluang untuk membaca dan menulis dalam Jawi serta menghasilkan sebuah kaligrafi Jawi buatan sendiri di atas kanvas.

Penguasaan Bahasa Melayu asas diperlukan untuk bengkel ini.

BENGKELSeni Percetakan: Bengkel Percetakan Huruf-huruf (Letterpress) oleh TYPESETTINGSG*

Anda berpeluang untuk menggunakan sendiri pencetak cetakan huruf di bawah bimbingan Yao Yu, pemilik Typesettingsg dan hasilkan sebuah beg khas buatan anda dengan pelbagai jenis cetak kayu lama!Imej Ihsan: Typesettingsg

Imej Ihsan: SUPERSEGAK

Mengenali Tulisan Jawi: Sabtu, 22 Oktober 2016

Menulis dalam Jawi: Sabtu, 29 Oktober 2016

10.00pg 12.30tghAuditorium TWM

S$20/sesiS$30 untuk dua sesi

Daftar melalui malayheritagecentre.peatix.com atau hubungi 6391 0450 untuk maklumat lanjut.

Sabtu, 5 November 2016

10.00pg 12.30tghAuditorium TWM

S$20/peserta, daftar melalui malayheritagecentre.peatix.com atau hubungi 6391 0450 untuk maklumat lanjut.

7

BENGKELPondok Pop-up Percetakan Saring untuk Keluarga oleh SUPERSEGAK

Mari meneliti perkakas-perkakas dan alat-alat yang digunakan dalam percetakan saring dan hasilkan sebanyak tiga keping poskad yang diilhamkan daripada kulit majalah pameran ini.

Seni Percetakan: Bengkel Cetakan Saring oleh Institut Tyler Print Singapura*

Ketahui lebih lanjut lagi tentang seni percetakan saring di bengkel yang dianjurkan oleh Institut Tyler Print Singapura dan hasilkan cetakan edisi terhad anda sendiri.

Seni Percetakan: Bengkel Cetakan Ukiran Benam (Dry Point)oleh Institut Tyler Print Singapura*

Ketahui lebih lanjut tentang cetakan ukiran benam di bengkel ini yang dianjurkan oleh Institut Tyler Print Singapura dan bawa pulang cetakan yang diilhamkan daripada pameran ini.

Imej Ihsan: Institut Tyler Print Singapura

Pendaftaran diperlukan untuk semua program yang dikenakan bayaran. Lawati www.tamanwarisan.org.sgatau emel kami di [email protected] untuk maklumat lanjut dan terkini.

*Program-program yang dikenakan bayaran

Sabtu, 29 Oktober 2016

2.00ptg 5.00ptg Kawasan Halaman 1

Percuma, pendaftaran tidak diperlukan

Sabtu, Februari 2017

10.00pg 12.30tghAuditorium TWM

S$20/peserta, daftar melalui malayheritagecentre.peatix.com atau hubungi 6391 0450 untuk maklumat lanjut.

Sabtu, Mei 2017

10.00pg 12.30tghAuditorium TWM

S$20/peserta, daftar melalui malayheritagecentre.peatix.com atau hubungi 6391 0450 untuk maklumat lanjut.

8

Siri Ceramah Umum: Bahasa Bukan Basi: Mengenai Geng Indie

Ketahui lebih lanjut tentang populariti karya-karya kesusasteraan indie atau alternatif yang semakin meningkat di kalangan generasi muda di rantau ini. Bahasa Bukan Basi: Megenai Geng Indie akan membincangkan tentang kepentingan karya-karya ini dalam perkembangan sastera kontemporari Melayu.

Penceramah Faisal Tehrani, Penulis Residen, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura.

Dr Azhar Ibrahim, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura Ronasina, Penulis, Malaysia.

Ceramah akan diadakan dalam Bahasa Inggeris dan Melayu.

Sabtu, 22 Oktober 2016

2.00ptg 4.30ptg Auditorium TWM

Percuma, daftar melalui malayheritagecentre.peatix.com atau hubungi 6391 0450 untuk maklumat lanjut.

Siri Ceramah Umum: Komik Nusantara

Jejaki keindahan dunia komik dan novel grafik di ceramah ini dan ketahui lebih lanjut tentang perkembangan komik dan novel grafik di Singapura, Malaysia dan Indonesia di tengah-tengah perkembangan sosial, ekonomi dan politik terkini.

Sila kunjungi lelaman web kami di tamanwarisan.org.sg untuk maklumat lanjut.

Ceramah akan diadakan dalam Bahasa Inggeris dan Melayu.

CERAMAH

Imej Ihsan: Taman Warisan Melayu

Sempena Pameran Khas Mereka Utusan

Sempena Pesta Budaya Melayu 2016 & Pameran Khas Mereka Utusan

Sabtu, 14 Januari 2017

2.00ptg 4.30ptg Auditorium TWM

Daftar melalui malayheritagecentre.peatix.com atau hubungi 6391 0450 untuk maklumat lanjut.

9

LAWATAN DANJEJAK WARISAN

Dichetak Oleh: Jejak Warisan Penerbit dan Pencetak

Hidupkan kembali zaman kegemilangan Kampong Gelam sebagai sebuah pusat percetakan dunia Melayu yang terkenal sambil anda menjejaki sejarah industri percetakan Melayu.

Lawatan Berpandu Kurator

Ketahui lebih lanjut tentang dunia penerbitan Melayu dalam lawatan khas ini yang dikendalikan oleh kurator-kurator Mereka Utusan dan pelajari fakta-fakta yang menyeronokkan tentang artifak-artifak utama dan bagaimana pameran ini dihasilkan.

Sempena Pameran Khas Mereka Utusan

Hiboran 10 Tahun Imej Ihsan: Hiboran 10 Tahun (1946 1956) Penerbit: Abdullah Ali, The Royal Press

Sesi 1: Sabtu, 11 Mac 2017Sesi 2: Sabtu, 25 Mac 2017

11.00pg 12.30tghKawasan Kampong Gelam

Daftar melalui malayheritagecentre.peatix.com atau hubungi 6391 0450 untuk maklumat lanjut.

Sabtu, 5 November 2016dan 11 Februari 2017,2.00ptg 3.30ptg

Jumaat, 7 April 2017,7.30mlm 8.30mlm

Galeri 1 dan 2

Daftar melalui malayheritagecentre.peatix.com atau hubungi 6391 0450 untuk maklumat lanjut.

10

PENDIDIKAN

Lawatan Pendidik untuk Para Guru Sertailah lawatan khas yang disediakan untuk para pendidik oleh Taman Warisan Melayu dan pelajari cara menyesuaikan lawatan sekolah anda ke TWM dan pameran ini.

**Sesi 1 sesuai untuk pendidik sekolah rendah atas

Sesi 2 sesuai untuk pendidik sekolah menengah

Untuk kemaskini kerap tentang program baru dan yang akan datang, sila lawati tamanwarisan.org.sg.

Bengkel Kurator Cilik

Saksikan dan dekatilah artifak-artifak yang jarang dipamerkan dan alamilah aktiviti seharian sebagai seorang kurator di bengkel yang menyeronokkan ini yang dianjurkan oleh Taman Warisan Melayu.

Untuk peserta berusia 6 9 tahun

Imej Ihsan: Malay Heritage Centre

Imej Ihsan: Malay Heritage Centre

Sila lawati tamanwarisan.org.sg atau emel kepada [email protected] untuk maklumat lanjut tentang tarikh bengkel dan yuran penyertaan.

Galeri 2

Sesi 1: Khamis 19 Jan 2017, 3.00ptg 4.30ptg** Sesi 2: Khamis 9 Mac 2017, 3.00ptg 4.30ptg**

Galeri 1 dan 2

Percuma, daftar melalui [email protected] atau hubungi 6391 0450 untuk maklumat lanjut.

11

PENCETAK DAN PENERBIT (1920-an 1960-an)

9

8

7

32

4 5 6

1

Stadium

Aljunied

Kallang

Lavender

Bugis

Little India

Newton

City HallEsplanade

Bayfront

Marina Bay

Gardensby the Bay

FortCanning

Park

MarinaEast

Tanjong Pagar

Chinatown

Dhoby Ghaut

Bras Basah

Clarke Quay

Raffles Place

Paya LebarEunos

ECP

PIE

CTE

Bukit Timah Road

LOKASI - LOKASI1. Royal Press (745 North Bridge Road)

2. HARMY/ Al-Ahmadiah Press (101 Jalan Sultan)

3. Pustaka H.M. Ali (116 Arab Street)

4. Qalam Press (356 358 Geylang Road)

5. Melayu Raya Press (380 387 Geylang Road)

6. Waktu Press (116 Tembeling Road)

7. Muslim Publishing House (123 Serangoon Road)

8. Utusan Melayu Press (185A-B Cecil Street)

9. Geliga Publications Bureau (16 Nassim Road)

12

Taman Warisan Melayu (TWM) bertapak di bekas Istana Kampong Gelam yang telah diwartakan sebagai sebuah Monumen Negara pada tahun 2015. Institusi ini memaparkan sejarah, kebudayaan dan sumbangan masyarakat Melayu dalam konteks sejarah dan masyarakat berbilang bangsa Singapura.

Galeri-galeri pameran tetap TWM menumpu kepada sejarah Kampong Gelam dan memaparkan pelbagai artifak yang menarik daripada Koleksi Negara dan masyarakat Melayu. Melalui pameran-pameran dan acara-acaranya, TWM bermatlamat untuk menjadi tempat kunjungan yang unggul dan berkepentingan sejarah dan kebudayaan buat para pengunjung warga Singapura dan antarabangsa. TWM merupakan sebuah institusi warisan yang dikendalikan oleh Lembaga Warisan Negara.

MENGENAI TAMANWARISAN MELAYU

Bugis

MRT

Statio

n

Nicoll Highway

MRT Station

Malay HeritageCentre

JLN PISAN

GJLN KLEDEK

JLN KUBO

R

JLN KLAPA

JLN SULTAN

ALIWAL STREET

MINTO

RD.

SULTAN G

ATEBUSSO

RAH ST.BEA

CH RO

AD

BAGHD

AD STR

EET

SULTAN G

ATE

MUSC

AT STR

EET

MUSCAT STREET

ARAB STREET

HAJI LANE

BALI LANE

OPHIR ROAD

VICTO

RIA ST

REET

NORTH

BRIDG

E ROA

D SINGAPORETEXTILECENTRE

SULTANPLAZA

HISTORICCEMETERY

LANDMARKVILLAGE

SHOPPINGCENTRE

MASJIDSULTAN

PARKROYALON BEACH

ROAD

THECONCOURSE

SHOPPINGMALL

MAKLUMAT BUATPENGUNJUNG

ALAMAT85 Sultan Gate, Singapura 198501

WAKTU DIBUKASelasa - Ahad: 10.00pg 6.00ptg(Tutup pada hari Isnin)Kemasukan terakhir pada pukul 5.30ptg

Semua maklumat adalah tepat pada masa percetakan. Taman Warisan Melayu berhak untuk membuat perubahan dan pengu-bahsuaian kepada program-program tanpa memberi notis terlebih dahulu. Pandangan dan pendapat yang disuarakan oleh para penceramah, fasilitator atau artis dalam ceramah dan bengkel tidak semestinya mewakili pandangan dan pendapat Taman Warisan Melayu. Semua hak cipta terpelihara. Bahan-bahan di dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula secara sebahagian atau keseluruhan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penerbit, iaitu Muzium. Hak Cipta 2016.

Dianjurkan oleh:Sebuah Institusi Warisan

di bawah naungan: Disokong oleh: Dengan sokongan daripada:Sebuah Projek

Selaras dengan:

www.tamanwarisan.org.sg

facebook.com/malayheritage

Instagram: @malayheritage

[email protected]

+65 6391 0450

HUBUNGI KAMI