usaha-usaha mengelakkan kejadian tanah runtuh

Upload: cwnorani

Post on 04-Jun-2018

242 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Usaha-Usaha Mengelakkan Kejadian Tanah Runtuh

    1/4

    Usaha-usaha mengelakkan kejadian tanah runtuh

    Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 dan kejadiantanah runtuh yang meragut nyawa anak-anak yatim di Hulu Langat, merupakan duaperistiwa yang banyak mengalirkan air mata rakyat Malaysia. Peristiwa ini menuntutmasyarakat membenamkan mata fikir dalam akal yang waras untuk mencaripenyelesaian bukan hanya polemik di media-media dan menuding jari berbalahsesama sendiri terhadap peristiwa yang terjadi. Secara implisitnya, ketidakprihatinanmasyarakat negara ini merupakan punca kemurkaan alam kepada kita. Justeru,adalah wajar semua pihak membuka mata serta mengorak langkah bagimengelakkan kejadian ini. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukanuntuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di Negara ini?

    Usaha pertama untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara ini ialahkerajaan menanam semula pokok-pokok di cerun bukit terutama di kawasan yangtelah dibangunkan. Usaha murni tersebut merupakan langkah terbaik untuk

    menjaga cerun-cerun dan kawasan yang dibangunkan daripada terdedah kepadarisiko kejadian tanah runtuh. Usaha tersebut juga dapat menguatkan tanah yangtelah melalui proses pembangunan. Memang tidak dapat dinafikan bahawapembangunan yang dijalankan menyebabkan banyak pokok yang ditebang dan bukitditarah atas nama pembangunan. Hutan rimba dan bukit-bukau merupakan pasakkepada ekosistem bumi. Pembalakan dan penebangan hutan tanpa kawalan telahmelonggarkan ikatan tekstur tanah, menjadikan cerun longgar dan rebah. DiMalaysia, hujan lebat yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit menjadilonggar dan menggelongsor. Oleh itu, pokok-pokok besar yang berakar dalam dantanaman tutup bumi perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan pembangunan

    yang terdedah kepada cuaca dan hujan lebat. Hal ini dapat membantu menyekatpergerakan tanah daripada dibawa aliran air bawah tanah yang menggelonsorkancerun yang tidak stabil. Usaha menanam kembali pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan, dapat memampatkan kembali kelonggaran tanah akibat pembangunan.Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kondominium Highland Tower dan Bukit

    Antarabangsa misalnya, masih lagi menjadi igauan rakyat akibat tidakmempedulikan cerun yang lemah berhampiran dengan kediaman. Jelasnya, untukmengelakkan kejadian tanah runtuh, kerajaan perlulah menanam semula pokok-pokok di cerun-cerun bukit.

    Usaha kedua yang dapat dilakukan untuk mengelakkan kejadian tanahruntuh ialah kerajaan membina sistem perparitan yang terancang. Sistem perparitan

    yang terancang penting untuk membolehkan air hujan dari cerun bukit mengalirdengan baik dan terus ke longkang atau sungai dan laut. Air tidak akan bertakung disesuatu kawasan sehingga menyebabkan berlakunya banjir. Keadaan ini secara tidaklangsung boleh mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh. Sistemperparitan yang dibina dapat berfungsi sebagai benteng yang kukuh di lereng bukit.Sistem perparitan yang terancang dapat memadatkan struktur tanah di lereng bukit.Sekiranya, tidak ada sistem perparitan dibina di lereng bukit, hujan lebat yang turun

    di kawasan bukit akan menyebabkan air bertakung dan menyerap di kawasan lerengbukit melalui tanah sehingga struktur tanah menjadi longgar dan tidak kukuh. Halini boleh mengundang padah seperti berlakunya banjir kilat, hakisan tanah dan

    tanah runtuh. Rakyat Malaysia tidak pernah melupakan peristiwa yang berlaku diPos Dipang, Perak yang mengorbankan begitu banyak nyawa akibat banjir lumpur.

    http://cikgu-hasanah.blogspot.com/2012/12/kertas-1-bahagian-usaha-usaha_10.htmlhttp://cikgu-hasanah.blogspot.com/2012/12/kertas-1-bahagian-usaha-usaha_10.html

    2/4

    Kawasan tanah tinggi yang dibangunkan pembangunan sangat berisiko dengankejadian tanah runtuh dan aliran lumpur. Oleh itu. jelaslah pembinaan sistemperparitan yang terancang dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh.

    Selain itu, pembangunan yang terancang juga merupakan usaha yang dapatdilakukan untuk mengurangkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Kerajaan perlu

    mendepani persaingan pembangunan dengan strategik dan bijak. Tindakan strategikdan sistematik terhadap pembangunan adalah sangat mustahak dipraktikkan bagimemastikan pembangunan tidak mengundang padah. Pembangunan terancangmestilah bersifat mesra rakyat, mengambil kira keselamatan dan kesejahteraanrakyat. Memang pembangunan tidak dapat dihentikan, tetapi pembangunan perludirancang sebaik-baiknya untuk mengurangkan fenomena yang membawa bencanakepada pelestarian alam dan manusia. Pembangunan seperti perumahan,perladangan dan pelancongan perlu dirancang dengan teliti demi keselamatan dalam

    jangka panjang. Kawasan ladang di lereng bukit perlu dibina teres selain menyusunatur tanaman dan laluan untuk menyelamatkan cerun. Kerajaan atau pemaju

    perumahan perlu mengkaji keutuhan tanah di lereng bukit dari semasa ke semasauntuk mengelakkan kejadian tanah runtuh yang tidak diingini berlaku. Kerajaan jugaperlu menetapkan junlah kuota untuk melaksanakan pembangunan di lereng-lereng

    bukit. Selain itu, pihak-pihak tertentu seperti pemaju perumahan perlumewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan untuk bertindak pantas apabila mengesantanda-tanda pergerakan cerun berlaku. Perancangan pembangunan perlu melihatsimbiosis alam dengan projek yang bakal dibangunkan. Jelasnya, Pembangunan yangterancang dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti tanah runtuh.

    Akhirnya sekali, penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan bagimengelak kejadian yang boleh meragut nyawa. Penguatkuasaan yang tegas dapatmencegah sesetengah pihak yang melaksanakan projek pembangunan seperti

    melepaskan batuk di tangga. Penguatkuasaan tanpa pilih bulu dapat mencegahperbuatan yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan perlu mengawal aktivitipembalakan dan penebangan hutan di negara kita. Dalam hal ini, kerajaan perlumengehadkan jumlah lesen yang diluluskan untuk penebangan hutan. Hanya pokok

    yang telah cukup tua sahaja dibenarkan untuk ditebang Lesen dan konsesipembalakan perlu disemak semula. Kelulusan Sijil Menduduki Kediaman danpembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun perlu diberi perhatian wajar olehkementerian yang berkaitan. Mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkanharuslah dikenakan hukuman yang setimpal seperti hukuman penjara atau denda

    yang tinggi sebagai pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan tersebut. Penetapan

    akta seperti Akta Pembangunan, Akta Tanah, dan Akta Perhutanan dapat menjagahak dan menyelematkan situasi genting. Jelasnya, penguatkuasaan yang tegas dapatmemberi kesan kepada pihak yang mementingkan keuntungan tanpa menghiraukankebajikan sosial.

    Kesimpulannya, rakyat Malaysia masih mempunyai ruang usaha dan ikhtiaruntuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Usaha semua pihak amat diharapkanagar kejadian tanah runtuh ini dapat dielakkan. Setiap langkah keselamatan danperaturan tidak boleh dipandang enteng kerana sikap tersebut boleh mengundangpadah. Rakyat Malaysia diharapkan dapat merenung kata-kata Chief Seattle bahawakita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek monyang kita, sebaliknya kitameminjamnya dari cucu cicit kita. Oleh itu , kita perlu menjaga sesuatu yang kitapinjam agar kita dapat memulangkan dengan keadaan yang masih baik.

    3/4

    4/4