usaha kerajaan membantu golongan pedalaman

3
Terangkan usaha-usaha yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan yang berada di pedalaman a. Pendidikan Pendidikan merupakan permulaan kebudayaan sesuatu tempatan. Budaya perlu disemai antara golongan yang berada di pedalaman dahulu agar dapat meningkatkan keinginan untuk mencapai kesempurnaan diri. b. Pembangunan infrastruktur Pembangunan infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, klinik, kedai, bekalan air dan elektrik dan sebagainya boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan ini. Pembangunan di kawasan pedalaman akan menjalinkan hubungan dengan kawasan bandar agar kemudahan- kemudahan yang lebih sempurna dapat dinikmati oleh penduduk pedalaman. Pembangunan infrastruktur juga dapat menarik pelaburan untuk melabur di kawasan pedalaman. Dengan adanya pelaburan, maka ekonomi tempatan akan dibangunkan dan taraf kehidupan kawasan tersebut juga dapat ditingkatkan. c. Penyediaan kemudahan kontrak kepada golongan yang berada di pedalaman Kerajaan boleh mengagihkan kontrak-kontrak kerja kepada golongan yang berada di pedalaman. Dengan peluang pekerjaan disediakan, maka taraf ekonomi dan taraf kehidupan tempatan akan ditingkatkan. Namun begitu, kontrak perlu ditandatangani bagi memberi peluang pekerjaan dalam tempoh sementara sahaja. Kerajaan tidak akan membantu sepanjang hidup mereka, maka membantu pada permulaan sahaja, akhirnya golongan yang berada di pedalaman haruslah menyara hidup sendiri selepas kontrak tamat. Nyatakan faktor-faktor ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. a. Jurang bandar dan luar bandar Jurang bandar dan luar bandar merupakan ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutamanya di kawasan pedalaman. b. Kadar ketersampaian

Upload: wong-ling-jie

Post on 25-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Usaha kerajaan Membantu golongan pedalaman

TRANSCRIPT

Page 1: Usaha kerajaan Membantu golongan pedalaman

Terangkan usaha-usaha yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu

golongan yang berada di pedalaman

a. Pendidikan

Pendidikan merupakan permulaan kebudayaan sesuatu tempatan. Budaya perlu

disemai antara golongan yang berada di pedalaman dahulu agar dapat

meningkatkan keinginan untuk mencapai kesempurnaan diri.

b. Pembangunan infrastruktur

Pembangunan infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, klinik, kedai, bekalan air

dan elektrik dan sebagainya boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu

golongan ini. Pembangunan di kawasan pedalaman akan menjalinkan hubungan

dengan kawasan bandar agar kemudahan-kemudahan yang lebih sempurna

dapat dinikmati oleh penduduk pedalaman. Pembangunan infrastruktur juga

dapat menarik pelaburan untuk melabur di kawasan pedalaman. Dengan adanya

pelaburan, maka ekonomi tempatan akan dibangunkan dan taraf kehidupan

kawasan tersebut juga dapat ditingkatkan.

c. Penyediaan kemudahan kontrak kepada golongan yang berada di pedalaman

Kerajaan boleh mengagihkan kontrak-kontrak kerja kepada golongan yang

berada di pedalaman. Dengan peluang pekerjaan disediakan, maka taraf

ekonomi dan taraf kehidupan tempatan akan ditingkatkan. Namun begitu,

kontrak perlu ditandatangani bagi memberi peluang pekerjaan dalam tempoh

sementara sahaja. Kerajaan tidak akan membantu sepanjang hidup mereka,

maka membantu pada permulaan sahaja, akhirnya golongan yang berada di

pedalaman haruslah menyara hidup sendiri selepas kontrak tamat.

Nyatakan faktor-faktor ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.

a. Jurang bandar dan luar bandar

Jurang bandar dan luar bandar merupakan ketidaksamarataan daripada segi

penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutamanya di kawasan

pedalaman.

b. Kadar ketersampaian

Masalah ketersampaian yang rendah dibangkitkan kerana jarak yang jauh antara

penempatan rumah kediaman dengan sekolah begitu besar. Murid yang

Page 2: Usaha kerajaan Membantu golongan pedalaman

menghadapi masalah tersebut terpaksa membangun lebih awal untuk membuat

persiapan.

c. Jenis sekolah

Jenis sekolah termasuk sekolah kerajaan atau sekolah swasta. Sekolah

kebangsaan mempunyai sistem pendidikan yang agak berbeza dengan sekolah

swasta. Sekolah swasta mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan tidak

mengikut penuh dasar pendidikan di Malaysia. Di sinilah terwujud jurang

pendidikan.

d. Kurang kemudahan kepada murid bekeperluan khas di sesetengah tempat

Segelintir murid bekeperluan khas tidak dapat menerima pendidikan yang formal

di sekolah kerana tiada guru yang profesion untuk melayani golongan ini.

Terdapat juga segelintir ibu bapa yang mementingkan diri sendiri mengurung

anak mereka di rumah disebabkan mempunyai tanggapan bahawa anak

berperangai aneh akan memalukan mereka. Adalah malangnya melayani anak

mereka macam ini

e. Jantina

Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan pelajaran diutamakan untuk

golongan lelaki. Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima

pendidikan pada ketika itu. Namun, golongan wanita juga menceburi diri dalam

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada dekad ini. Peningkatan

pencapaian dalam pendidikan formal telah mempengaruhi kadar penglibatan

guna tenaga.

f. Taraf sosioekonomi

Taraf sosioekonomi yang berbeza juga menyumbang kepada faktor ini.

Perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan murid dan

kemiskinan telah memberi impak yang serius dan mengakibatkan jurang peluang

menerima pendidikan yang sempurna menjadi semakin ketara.

g. Tahap keupayaan murid

Tahap keupayaan murid yang berbeza merujuk kepada kesulitan untuk

menguasai 3M (Membaca, mengira dan menulis), kegagalan mencapai standard

minimum dan murid berisiko tinggi untuk cicir dairpada sistem pendidikan.

Ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia menyebabkan perbezaan prestasi dan

pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran

Page 3: Usaha kerajaan Membantu golongan pedalaman

murid. Impak ketaksamaan pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak

seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara golongan pedalaman dan

golongan bandar. Secara umumya, pembangunan kawasan pedalaman adalah amat

penting agar masyarakat kawasan pedalaman tidak terpinggir dan ketinggalan

berbanding masyarakat bandar. Ini penting untuk menjamin masa depan generasi

penduduk kawasan pedalaman. Kerjasama antara semua pihak turut penting agar

pembangunan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dan pembangunan yang

dilakukan adalah secara berterusan.