urusan nikah

19
Izin Pejabat Agama Sebaik-baiknya, pasangan yang ingin kahwin di Thailand atas apa-apa sebab (termasuk tak mendapat izin wali atau poligami tanpa kebenaran dari isteri) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk nikah di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing. Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami (jika ingin berpoligami tapi tak mendapat izin isteri), mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya. Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti. Denda Nikah di Thailand Sebaliknya, sekiranya berkahwin di Siam tanpa kebenaran Pejabat Agama, pasangan yang berkahwin itu boleh dikenakan denda dan dipenjara bagi kesalahan-kesalahan seperti Pernikahan diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali) Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua- duanya sekali) Mendaftarkan nikah selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)

Upload: zqemma

Post on 17-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nIKAH

TRANSCRIPT

Page 1: uRUSAN nIKAH

Izin Pejabat Agama

Sebaik-baiknya, pasangan yang ingin kahwin di Thailand atas apa-apa sebab (termasuk tak mendapat izin wali atau poligami tanpa kebenaran dari isteri) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk nikah di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing. Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami (jika ingin berpoligami tapi tak mendapat izin isteri), mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya.

Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.

Denda Nikah di Thailand

Sebaliknya, sekiranya berkahwin di Siam tanpa kebenaran Pejabat Agama, pasangan yang berkahwin itu boleh dikenakan denda dan dipenjara bagi kesalahan-kesalahan seperti

Pernikahan diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)

Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)

Mendaftarkan nikah selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)

Mendaftarkan Nikah Siam

Pendaftaran nikah Siam (atau lain-lain negara) hanya boleh dibuat setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah. Selagi Mahkamah Syariah tidak memberi pengesahan, pernikahan itu tak boleh didaftarkan di Malaysia dan pasangan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang syariah Malaysia sebagai pasangan yang telah berkahwin. Kesannya agak berat. Contohnya, anak yang lahir melalui perkahwinan ini akan menghadapi kesukaran untuk didaftarkan dengan JPN dan susah untuk mendapatkan surat beranak. Selain itu, apa-apa masalah dalam perkahwinan ini tak boleh dibawa ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah.

Pendaftaran nikah di Malaysia nanti akan memerlukan dokumen yang cukup untuk meyakinkan hakim bahawa pernikahan di Siam itu adalah sah. Surat nikah, surat dari Majlis Agama Songkhla dan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla

Page 2: uRUSAN nIKAH

adalah diantara dokumen penting untuk membuktikan bahawa pernikahan itu adalah sah.

Daftar Nikah Asing - Proses dan Dokumen

Kes yang tidak melibatkan poligami akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah.

Kes yang melibatkan poligami tanpa kebenaran akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah. Pasangan mungkin perlu melantik peguam syariah.

Sila lihat halaman berikut untuk maklumat lanjut:

Penjelasan JAWI tentang pengesahan, denda dan pendaftaran Nikah Asing

JAWI: Soalan Lazim Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga

Selangor: Senarai dokumen sokongan Permohonan Pendaftaran Nikah Asing http://nikah-siam.sukasamasuka.net/daftar-nikah.html

Berkahwin Tanpa Mematuhi Prosedur Undang-Undang Boleh Dikenakan Penalti

(Pelaku adalah pesalah Jenayah Syariah)

Page 3: uRUSAN nIKAH

Oleh : Tuan Musa Awang

Keutuhan sesebuah institusi perkahwinan adalah bertitik tolak daripada punca dan unsur

perkahwinan itu sendiri. Jika baik caranya, Insya-Allah akan baiklah juga kesudahannya.

Islam sebagai suatu cara hidup yang komprehensif yang merangkumi semua urusan

kehidupan manusia termasuklah perkahwinan dan perceraian menitikberatkan soal asas

dalam membina sebuah institusi rumahtangga. Oleh sebab itu, undang-undang

dikanunkan bagi mana-mana perbuatan orang Islam di Malaysia yang berkahwin tanpa

menurut prosedur undang-undang adalah suatu kesalahan jenayah Syariah.

(7)

Di Malaysia, bidang kuasa Mahkamah Syariah sama ada melibatkan urusan kekeluargaan

atau jenayah Syariah tertentu berdasarkan peruntukan di dalam Jadual Kesembilan

Senarai Dua Perlembagaan Persekutuan. Dengan adanya peruntukan tersebut, badan

perundangan negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang mengawal

kehidupan tertentu orang Islam seperti urusan kekeluargaan, beberapa jenayah yang

berkaitan dengan akhlak dan moral orang Islam dan beberapa perkara lain.

(6)

Walaubagaimanapun, ruang lingkup bidangkuasa Mahkamah Syariah ke atas kesalahan

jenayah Syariah secara khusus adalah sangat sempit dan kuasa menghukumnya adalah

sangat rendah, berdasarkan peruntukan di dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa

Jenayah) (Pindaan) 1984. Akta ini memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk

menjatuhkan hukuman penjara maksimum selama tiga tahun, denda tidak melebihi lima

ribu ringgit dan rotan sehingga enam sebatan. Sebelum ini perbincangan telah diadakan

Page 4: uRUSAN nIKAH

untuk memberi kuasa yang lebih besar, namun perbincangan itu kelihatan sepi kembali,

dengan tidak menampakkan potensi untuk merealisasikannya.

(8)

Berkahwin atau terlibat dalam upacara perkahwinan tanpa mematuhi perosedur undang-

undang adalah kesalahan menurut undang-undang Syariah dan boleh dikenakan penalti,

samada penalti yang berbentuk jenayah Syariah atau penalti yang membawa kepada

tindakan mal ; dan penalti tidak boleh daftar perkahwinan tersebut. Seksyen 36 dibaca

bersama Seksyen 28 dan Seksyen 32 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

memperuntukkan bahawa seseorang yang tidak dilantik oleh DYMM Sultan tidak boleh

menyimpan daftar atau rekod sesuatu perkahwinan atau mengeluarkan apa-apa dokumen

perakuan perkahwinan (Surat Nikah dsbg). Jika dia berbuat demikian dia boleh

dikenakan denda tidak melebihi RM500.00, penjara maksimum 3 bulan atau kedua-

duanya bagi kesalahan kali pertama. Bagi kesalahan berikut boleh didenda tidak melebihi

RM1000.00, penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.

(10)

Seseorang yang melakukan apa-apa kekerasan atau ugutan untuk memaksa seseorang

berkahwin bertentang dengan kemahuan orang itu atau jika bertindak menghalang

seseorang lelaki beurmur 18 tahun atau seseorang perempuan berumur 16 tahun dari

berkahwin adalah melakukan kesalahan yang hendaklah dihukum denda tidak melebihi

RM1000.00, penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya (Seksyen 37). Seseorang

yang membuat pernyataan palsu untuk berkahwin boleh didenda tidak melebihi

RM2000.00, penjara maksimum setahun atau kedua-duanya (Seksyen 38). Seseorang

Page 5: uRUSAN nIKAH

yang menjalankan akadnikah sedangkan dia tidak diberi kuasa menjalankannya juga

adalah suatu kesalahan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1000.00, penjara

maksimum 6 bulan atau kedua-duanya (Seksyen 39 dan 40). Seksyen 124 Enakmen yang

sama memperuntukkan hukuman kepada seseorang suami yang berpoligami tanpa

kebenaran Mahkamah iaitu dengan denda tidak melebihi RM1000.00, penjara maksimum

6 bulan atau kedua-duanya.

(12)

Dalam kes Muhamad Mat Diah lwn Pendakwa Syarie Kelantan di mana perayu telah

diruduh, disabitkan dan dihukum di aatas 4 pertuduhan di bawah seksyen 99 dan 100(1)

(a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan kerana mengakadnikahkan

pasangan yang berkahwin tanpa diberi kuasa untuk berbuat demikian dan perkahwinan

tersebut tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu. Perayu mengemukakan pembelaan

alibi antara lainnya dengan menunjukkan passportnya bahawa beliau telah pergi ke

Thailand sehari sebelum kejadian dan kembali sehari selepas kejadian. Mahkamah

memutuskan bahawa Mahkamah boleh menerima passport sebagai dokumen kerajaan.

Bagaimanapun orang yang bertanggungjawab mengecap tarikh-tarikh masuk dan keluar

seperti yang tertera di dalam passport harus dipanggil sebagai saksi bagi menentukan

kesahihan tarikh keluar masuk tertuduh ke Thailand.

(10)

Sungguhpun terdapat peruntukan undang-undang yang mengenakan penalti terhadap

pesalah yang melakukan kesalahan-kesalahan yang berhubung pra-perkahwinan, masih

terdapat banyak kesalahan ini dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh mereka yang

Page 6: uRUSAN nIKAH

tidak bertanggungjawab. Masih banyak sindiket-sindiket pernikahan di luar sana yang

menjalankan aktiviti tidak kira tempat dan masa. Persoalan juga timbul adakah pelaku-

pelaku kesalahan ini tidak dibawa ke muka pengadilan, walhal terdapat peruntukan

undang-undang yang membolehkan tindakan diambil ke atas mereka. Adakah disebabkan

kadar penalti yang dikenakan amat rendah jika dibandingkan dengan kesalahan yang

dilakukan memandangkan kebanyakan mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan

tersebut mampu untuk membayar penalti yang dikenakan terhadap mereka?

(10)

Melihat kepada era modenisasi kini, Penulis berpendapat peri pentingnya informasi

perundangan kekeluargaan ini didedah dan disebarkan kepada masyarakat, bagi

membolehkan mesyarakat lebih peka terhadap implikasi yang wujud terhadap sesuatu

perkahwinan yang melanggar peruntukan undang-undnag. Secara tidak langsung

perlanggaran ini akan menjejaskan institusi kekeluargaan Islam, di mana perkahwinan

tidak boleh didaftarkan, suami akan bersikap sambil lewa dan yang lebih parah lahir

anak-anak yang tidak tahu statusnya. Adalah wajar juga dilakukan penilaian semula

terhadap bentuk penalti dan hukuman yang diperuntukan kepada Mahkamah Syariah

supaya suatu hukuman dan penalti yang bakal dikenakan dapat memberikan kesan yang

mendalam kepada pesalah-pesalah, seterusnya mencegah mereka dari mengulangi

kesalahan sama.

(10)

Page 7: uRUSAN nIKAH

BIL NO. SEKSYEN

ENAKMEN KESALAHAN PENALTI

1 36 EUUKIS Perlanggaran terhadap seksyen 32 (Daftar tidak diakui sah)

Kesalahan Pertama, denda tidak melebihi RM500.00, penjara maksimum 3 bulan atau kedu-duanya. Kesalahan seterusnya denda tidak melebihi RM1000.00, penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.

2 37 EUUKIS Gangguan terhadap perkahwinan

Denda tidak melebihi RM1000.00, penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.

3 38 EUUKIS Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan

Denda tidak melebihi RM2000.00, penjara maksimum 1tahun atau kedua-duanya

4 39 EUUKIS Akad nikah yang tidak dibenarkan

Denda tidak melebihi RM1000.00, penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.

5 40 EUUKIS Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah

Denda tidak melebihi RM1000.00, penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.

6 124 EUUKIS Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Denda tidak melebihi RM1000.00, penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.

7 126 EUUKIS Tidak membuat laporan

Denda tidak melebihi RM1000.00, penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.

http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article2.php?cid=37&aid=3847

Page 8: uRUSAN nIKAH

LAMAN UTAMA > Prosedur Permohonan Perkahwinan

PROSEDUR PERMOHONAN PERKAHWINANPerkahwinan Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur

1. Sebelum kebenaran berkahwin diberikan, seseorang itu perlu mengambil langkah-langkah berikut :

1. Mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin berharga RM 1.00 setiap satu daripada :

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam).

Pejabat Agama Daerah berdekatan. Mengisi segala maklumat yang dikehendaki

dalam borang tersebut dengan lengkap dan sempurna serta memastikan bahawa kedua- dua pasangan yang hendak berkahwin itu tidak ada halangan dari segi syarak di samping mendapat persetujuan wali. borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.

Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.

2. Melampirkan Kembaran- Kembaran/ Perakuan- Perakuan berkaitan ( Fotostat 2 Salinan ):

Kad Pengenalan Diri Lelaki Perempuan Wali Dua Saksi (dalam borang)

Surat Akuan Mati (Duda/Balu).* Surat Akuan Mati (Wali Akrab).* Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).* Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra

Perkahwinan MBKPPI.*

Page 9: uRUSAN nIKAH

Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*

Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*

Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*

Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*

Lain - lain dokumen : 4 keping gambar berukuran pasport Sila pastikan nama Jurunikah Sediakan RM5.00 untuk bayaran

kebenaran kahwin3. Setelah berpuas hati, Pendaftar boleh memberi

kebenaran berkahwin dan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak RM5.00 bagi maksud tersebut.

* Sila kembarkan dengan sijil asal

2. Akad Nikah - Bila boleh diadakan majlis akad nikah?

o Majlis akad nikah bagi sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu boleh diadakan setelah kebenaran berkahwin diberi atau diluluskan.

2. Tempat Majlis Akad Nikah Dilangsungkan

1. Majlis akad nikah boleh diadakan hanya di dalam mukim di mana pihak perempuan itu bermastautin mengikut kehendak Enakmen Undang- Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil.12 Tahun 1985, dan wajar jika majlis akad nikah itu dapat diadakan di rumah pengantin perempuan.

2. Majlis akad nikah boleh diadakan di luar mukim perempuan bermastautin samada di Terengganu atau di negeri lain dengan kebenaran Pendaftar atau

Page 10: uRUSAN nIKAH

Hakim Syarie (mengikut mana berkenaan) bagi negeri ini atau pihak berkuasa Negeri di mana perempuan itu bermastautin jika perempuan tersebut berasal dari negeri lain

3. Upacara Majlis Akad Nikah

3. Perkahwinan adalah dipandang tinggi di dalam Islam. Oleh itu, adalah tersangat wajar majlis akad nikah dilangsungkan dengan penuh sopan bersendikan adab dan nilai- nilai yang sesuai dengan Islam.

4. Garis panduan majlis akad nikah tersebut ada dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Sila ikuti panduan tersebut apabila melangsungkan sesuatu majlis akad nikah)

4. Orang Yang Boleh Mengakad Nikah

5. Orang yang boleh mengakad nikahkan bagi sesuatu perkahwinan di negeri ini ialah :

Wali dengan kebenaran Pendaftar atau Seorang jurunikah bertauliah bagi kawasan

yang berkaitan

5. Bayaran Atas Perkhidmatan Kepada Jurunikah

o Bayaran atas perkhidmatan Jurunikah ditetapkan sebanyak RM30.00

2. Pendaftaran Perkahwinan o Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang

diadakan di negeri ini, perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen ini.

o Bagi perkahwinan dan akad nikah di luar negara yang diadakan bukan di Kedutaan hendaklah dibuat dalam masa 2 bulan selepas salah satu pihak atau kedua- dua pihak itu sampai di Malaysia.

o Bagi perkahwinan yang diakad nikahkan di Kedutaan Malaysia di luar negara pendaftaran perkahwinan hendaklah dibuat mengikut peraturan yang dipakai bagi pendaftaran perkahwinan yang diakad nikah dan didaftarkan di Terengganu seperti pada (7) di atas.

3. Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta'liq) o Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00

bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta'liq),

Page 11: uRUSAN nIKAH

Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.

4. Carta Aliran Permohonan Kahwin Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur

o Proses bagi memohon kebenaran berkahwin ini dapat dilihat seperti carta berikut. Klik Di Sini!

5. Kad Akuan Nikah o Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang

berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.00.

Perkahwinan Poligami

1. Kebenaran berpoligami hendaklah dengan kelulusan bertulis dari Hakim Syarie mengikut ketetapan seksyen 21 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil. 12 Tahun 1985. Dengan ini, pihak lelaki hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran berpoligami tersebut dari pihak Mahkamah Syariah Terengganu (sebelum mengemukakan permohonan berkahwin kepada Bahagian Undang-Unadang Pentadbiran Keluarga Islam atau Pentadbir Daerah) dan menjelaskan bayaran di Mahkamah sebanyak RM50.00 (RM25.00 untuk kebenaran berpoligami dan RM25.00 untuk surat kebenaran berpoligami).

2. Setelah surat kebenaran berpoligami diperolehi maka pihak lelaki hendaklah melampirkan surat kebenaran melampirkan surat kebenaran tersebut di dalam borang permohonan kebenaran perkahwinan.

 

 

LAMAN UTAMA > Permohonan Kad Akuan Nikah

 PERMOHONAN KAD AKUAN NIKAH

Page 12: uRUSAN nIKAH

 

Kad perakuan nikah merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah untuk menggantikan surat perakuan nikah di negeri Terengganu Darul Iman. Kad akuan ini mudah dibawa ke mana-mana oleh pasangan berkahwin sebagai bukti perkahwinan kerana saiznya yang kecil seperti kad pengenalan.

Bagi Pemohon Yang Berkahwin Sebelum Tahun 2006

Bagi pemohon yang berkahwin sebelum tahun 2006, perlu mengisi borang permohonan kad perakuan nikah pintar yang boleh didapati di Pejabat Agama Daerah berdekatan dengan anda.

Syarat-syarat Permohonan Kad Perakuan Nikah

1. Permohonan adalah sah untuk pasangan yang telah berkahwin/bernikah di Negeri Terengganu sahaja.

2. Pasangan mestilah sudah menerima surat perakuan nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah.

Dokumen yang Diperlukan

1. Satu salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.2. satu salinan surat perakuan nikah.3. Sekeping gambar berukuran pasport lelaki dan perempuan

(berlatarbelakangkan biru & bertudung bagi perempuan).4. Bayaran kad sebanyak RM33.00 (Tunai/Wang Pos-cek tidak diterima).

* Jika menghantar borang melalui pos jangan hantar wang tunai.

Suami atau isteri boleh hadir bersama atau bersendirian untuk membuat permohonan tersebut. Kad tersebut dijangka siap dalam tempoh dua (2) minggu. Suami atau isteri atau wakil yang diberi kebenaran boleh mengambil sendiri atau boleh juga memohon untuk menghantar melalui pos.

Page 13: uRUSAN nIKAH

Bagi Pemohon Yang Berkahwin Pada Tahun 2006 Dan Tahun Berikutnya  

 Bagi pasangan yang berkahwin pada tahun 2006 dan tahun berikutnya tidak perlu mengisi borang permohonan kad perakuan nikah kerana kad perakuan nikah tersebut akan dikeluarkan secara terus 2 minggu selepas tarikh pernikahan.

 

LAMAN UTAMA > Kursus Pra Perkahwinan

KURSUS PRA PERKAHWINAN

Kursus Pra Perkahwinan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) . Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.

Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Ia bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JHEAT berharap, kursus yang dianjurkan ini akan dapat membantu mengurangkan masalah-masalah rumahtangga yang dihadapi oleh umat Islam di Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

 

SYARAT & PROSEDUR MENYERTAI KURSUS PRA PERKAHWINAN & KEKELUARGAAN

Dapatkan borang permohonan kursus di Pejabat Agama Daerah yang berkenaan atau download borang permohonan di sini .

B akal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga hendaklah mengikuti kursus ini sebelum mereka membuat permohonan untuk bernikah.

Hantar borang sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh kursus yang dipilih.

Bayaran Kursus : RM 50.00   (termasuk fail, makan dan minum). Bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran kursus

Dokumen Yang Diperlukan : Salinan kad pengenalan semasa pendaftaran (jika diminta).

Page 14: uRUSAN nIKAH

Tempoh Masa Kursus : 2 hari (tiada bermalam)