upsr bm sjk kertas 1 set 3

11
SULIT 021 / 031 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 50 minit 021 / 031 JABATAN PELAJARAN PERAK ______________________________________________________ UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2005 “LEARNING TO SCORE” SET 3 BAHASA MELAYU Kertas 1 Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. 2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak. 021 / 031 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SULIT

Upload: thanesh

Post on 12-Jun-2015

937 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

SULIT 021 / 031 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 50 minit

021 / 031

JABATAN PELAJARAN PERAK ______________________________________________________

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2005 “LEARNING TO SCORE”

SET 3

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. 2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak.

1halaman LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

021 / 031 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SULIT

Page 2: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

halaman

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A,B dan C atau empat pilihan jawapan A,B,C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian,tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 dan Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1 Sivam menjemput Kamal dan Rani ke rumahnya. _______________ makan kuih

bersama- sama. A Dia B Kamu C Mereka D Beliau 2 Kuih yang dihidangkan oleh Sivam itu _______________ belaka. A lazat-lazat B manis-manis C bagus-bagus D bulat-bulat Soalan 3 hingga Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

2LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

Page 3: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

halaman

3 Pasu bunga kesayangan Nabilah ________________ kerana dilanggar oleh Si Comel. A dijatuh B menjatuh C terjatuh 4 Nabilah sangat marah ________________ mengejar kucing itu. A kerana B sambil C tetapi D lalu 5 Kucing itu berlari dengan _______________ untuk menyelamatkan diri. A pantas B kencang C deras Soalan 6 dan Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 6 Kim Seng menerima se_______________ surat daripada kawannya yang tinggal di Sabah. A helai B keping C pucuk D naskhah 7 Surat itu dihantar oleh posmen ________________ hari Isnin yang lalu. A di B ke C pada D hingga

3LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

Page 4: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

halaman

Soalan 8 dan Soalan 9 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 8 Kelihatan _______________ orang pesakit sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. A beberapa B seluruh C segala 9 Pesakit itu menunggu giliran dengan sabar _______________ berdoa agar penyakit mereka dapat diubati. A walaupun B malahan C tetapi D sambil Soalan 10 dan Soalan 11 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

10 Emak _______________ adik bubur nasi pada setiap pagi dan petang. A menyuapkan B memberikan C menjamukan D menyediakan

4LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

Page 5: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

halaman

11 Adik tertidur kerana _________________. A kekenyangan B dikenyangkan C mengenyangkan 12 ________________ adalah salah satu kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan di negara kita A Pasar tani B Taman tasik C Pasar raya D Tandas awam 13 Ikhmal disayangi oleh rakan-rakannya kerana dia _________________ . A ringan mulut B ringan tulang C ringan tangan D ringan badan Soalan 14 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6 14 Swee Kim sangat ________________ apabila terlihat seekor tikus di dalam biliknya. A takut B marah C terkejut

5LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

Page 6: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

halaman

Soalan 15 dan Soalan 16 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

15 Nelayan itu sedang menebar _______________ jala untuk menangkap ikan. A sepucuk B serawan C selembar D sebidang 16 Mereka turun ke laut sejak awal pagi lagi dengan menaiki sebuah ____________ . A perahu B kapal C rakit Soalan 17 berdasarkan Gambar 8 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

Gambar 8 17 Saleena menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur. A mengelap B menyusun C membilas D membasuh

6LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

Page 7: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

halaman

Soalan 18 berdasarkan Gambar 9 Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

Gambar 9 18 Kek yang dimasak oleh ibu, besar dan berbau harum. A molek B wangi C hapak Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 10 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.

Gambar 10

19 Chin Foh dan adiknya kesejukan semasa berada di puncak Genting semalam. A kekeringan B kedinginan C kepanasan 20 Mereka menggigil kesejukan kerana pakaian mereka nipis dan jarang. A keras B tebal C lembut D pendek

7LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

Page 8: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

halaman

Soalan 21 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan 21 Atlet-atlet kita sudah bersedia di padang. A Mengapakah atlet kita ke padang? B Siapakah yang membawa atlet kita ke padang? C Di manakah atlet-atlet kita? D Apakah yang dibuat oleh atlet-atlet kita di padang? Soalan 22 Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan. 22 Apakah hobi kamu? A Saya suka mengumpul pelbagai jenis mata wang. B Album setem koleksi saya hampir sepuluh buah. C Kakak saya suka menanam pokok bunga. D Hobi saya dan Salmi tidak sama. Soalan 23 hingga Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 23 Jamali menyusun buku-buku latihan dengan kemas dan rapi di dalam rak buku. A Buku-buku Jamali susun dengan kemas dan rapi di dalam rak buku. B Buku-buku disusun rapi di dalam rak buku oleh Jamali. C Buku-buku latihan disusun dengan kemas dan rapi oleh Jamali di dalam rak buku. 24 “Jangan buang sampah di merata-rata tempat,” pesan kakak kepada adik. A Kakak berpesan kepada adik supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat. B Kakak menyuruh adik membuang sampah di merata-rata tempat. C Kakak menegah adik mengotorkan kawasan rumah. D Kakak menghendaki adik mematuhi arahannya. 25 Encik Kamal bertanya kepada saya sama ada saya yang menyimpan kunci almari itu. A “Kamukah yang mengunci almari ini?” tanya Encik Kamal. B “Kunci almari ini ada pada kamukah?” tanya Encik Kamal. C “Di mana kamu simpan kunci almari ini?” tanya Encik Kamal. D “Berikan saya kunci almari ini,” kata Encik Kamal. Soalan 26 hingga Soalan 28 Pilih ayat yang betul 26 A Encik Loh mencuci sabitnya sehingga tajam. B Rumah di tepi sawah itu adalah rumah Farhan. C Cuci pinggan dan mangkuk sehingga kemas. D Bapa menghadiahi Aiman sebuah basikal.

8LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

Page 9: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

halaman

27 A Karangan itu ditulis oleh kami. B Bilik darjah itu dibersihkan oleh mereka. C Sajak ini mereka tulis. 28 A Bapa balik jam lima petang. B Amin meletakkan pasu bunga itu atas meja. C Semua tetamu dijemput naik ke rumah. Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul. 29 I Simpan wang ini baik-baik. II Rumah saya terletak berhampiran satu simpan. III Cik Amira suka simpan rambut panjang. IV Jangan simpan perasaan dendam dalam hati. A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 30 I Kepala Harun benjol terhantuk batu. II Murid yang keras kepala itu dihukum oleh guru. III Kepala kampung sedang bermesyuarat dengan anak buahnya. IV Beg plastik itu disangkut pada kepala tangga. A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan berita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. BALIK PULAU, 28 April – Semangat gotong-royong memang baik diamalkan. Tradisi bekerjasama dan gotong-royong dalam melaksanakan sesuatu kerja masih diteruskan walaupun tidak sehebat zaman dahulu. Lebih kurang tiga ratus orang penduduk tempatan dan dibantu oleh sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Malaysia serta beberapa kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mengadakan gotong-royong. Mereka membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan orang Islam di sini. Aktiviti gotong-royong ini turut dihadiri oleh beberapa pemimpin masyarakat tempatan. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Shariff Omar. Menurut Datuk Shariff, sikap kerjasama dan gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan. Selain dapat mencantik dan membersihkan kawasan, amalan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat.

9LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

Page 10: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

halaman

31 Di manakah gotong-royong itu diadakan? A Bandar Balik Pulau B Masjid dan tanah perkuburan Islam di Balik Pulau C Berhampiran rumah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang D Di kawasan sekitar Universiti Sains Malaysia 32 Amalan bergotong-royong telah bermula sejak A zaman dahulu B zaman sekarang C beberapa tahun lalu 33 Siapakah yang merasmikan aktiviti gotong-royong itu? A Penduduk tempatan B Pemimpin masyarakat tempatan C Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang D Mahasiswa Universiti Sains Malaysia 34 Kebaikan bergotong-royong adalah seperti berikut, kecuali A melariskan jualan B mengeluarkan peluh C berjumpa dengan pemimpin masyarakat D mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat 35 Perkataan mengeratkan dalam petikan bermaksud A menyatukan B memperkuatkan C merapatkan D mencantumkan Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Misah sibuk menyediakan sarapan di dapur. Bau pulut kukus berlaukkan ikan kering bakar sungguh menyelerakan. Kedua-dua ibu bapanya pagi-pagi lagi sudah keluar bekerja.Adik-adiknya pula masih tidur.Kebetulan cuti sekolah baru saja bermula. “Jaafar! Jamil! Johan! Cepat bangun!” laung Misah. Seketika kemudian, suasana pagi yang sunyi sepi bertukar menjadi riuh-rendah dengan suara adik-adiknya. Mereka duduk bersila menghadap sarapan. “Makan elok-elok. Jangan berebut-rebut,” kata Misah.Misah menggeleng - gelengkan kepala melihat telatah adik-adiknya yang berumur antara tujuh hingga sepuluh tahun itu. “Baik, Kak Long ,” jawab adik-adiknya serentak. Selepas itu, Misah mengemas ruang tamu.Di luar rumah,hujan turun dengan lebatnya. Sejak empat hari lalu, hujan turun mencurah-curah tanpa henti.Menurut ayahnya pagi tadi,air sungai hampir mencecah tebing.

“Jaga adik kamu baik-baik. Jangan biarkan mereka bermain di luar rumah. Bahaya!” Misah teringat akan pesanan ibunya pula. Misah terus bergegas ke dapur.Malangnya,ketiga-tiga adiknya tiada di situ.Misah menjenguk pula ke dalam bilik.“Ke mana pula mereka?” Misah berbisik. Di luar rumah, kilat sabung-menyabung. Misah memanggil nama adik-adiknya berulang-ulang.Namun,panggilannya tidak bersahut. Hatinya mula berasa bimbang. Misah menjenggukkan kepala keluar tingkap. Kelihatan bapa saudaranya, Pak Ngah berlarian di tengah hujan dalam keadaan cemas. “Kenapa Pak Ngah?” tanya Misah. “Tebing sungai runtuh. Air sungai melimpah,” jawab Pak Ngah.

10LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.

Page 11: Upsr Bm Sjk Kertas 1 Set 3

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 3

halaman

Tanpa membuang masa,Misah terus mencapai sekaki payung. Dia meredah hujan lebat itu untuk mencari adik-adiknya. Arahnya ke sungai yang berhampiran kerana di situlah adik-adiknya selalu bermain. “Misah,jaga adik-adik kamu!” Dalam curahan hujan itu, ada dua orang pemuda yang dikenalinya. Di sisi mereka, berdiri ketiga-tiga adiknya. Tidak terkira betapa leganya Misah melihat mereka. 36 Mengapakah Misah melarang adik-adiknya berebut-rebut ketika makan? A untuk mengelak daripada tercekik . B untuk menyemai sikap bertolak-ansur C untuk mengeratkan hubungan antara mereka D untuk mengelakkan makanan itu tertumpah 37 Kata yang sama maksudnya dengan bersahut ialah…………. A berteriak B berhubung C berjawab D bersambung 38 Bagaimanakah perasaan Misah apabila menyedari adik-adiknya tiada di rumah? A gelisah B kecewa C takut D sedih 39 Apakah yang difikirkan oleh Misah apabila mendapati adik-adiknya tiada di rumah? A Kedua-dua ibu bapanya akan memarahinya. B Adik-adiknya bermain di sungai yang berhampiran C Dia terpaksa meredah hujan untuk mencari adik-adiknya. D Adik-adiknya bersembunyi di bawah rumah 40 Semua nilai murni yang berikut tergambar dalam cerita kecuali….. A bertanggungjawab B tabah menghadapi dugaan C tolong-menolong D kasih sayang dalam keluarga

11LEARNING TO SCORE 2005 Jabatan Pelajaran Perak.