set 2_bm 2016_format upsr baharu

27
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 1

Upload: ahmad-fuad

Post on 10-Jul-2016

70 views

Category:

Documents

15 download

TRANSCRIPT

Page 1: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

BAHASA MELAYU

PEMAHAMAN

1

Page 2: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN MASA: 1 JAM 15 MINIT

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

BAHAGIAN A (20 markah)

1. “Apa sahaja titah tuanku akan _______________ laksanakan,” kata Hang Tuah kepada Sultan Mahmud Syah.A patik B hamba C baginda D tuan hamba

2. Sultan Ahmad raja yang adil. ____________ disayangi oleh rakyat jelata.A Beta B Patik C Tuanku D Baginda

3. Kai Lun sekeluarga sudah berpindah ke Taman Harmoni sejak bulan _______________.A silam B lalu C sementara D segera

4. Encik Lim datang ______________ ke pejabat untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.A lampau B lambat C lama D awal

5. Boon Seng ________________ terbahak-bahak semasa menonton cerita lawak itu.A meraung B ketawa C senyum D menangis

6. Dedaun pokok itu ___________________ apabila ditiup angin.A berkasihan B berjauhan C berkilauan D berterbangan

7. Sujata mendapat tempat ________________ dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia di sekolahnya.A kedua B berdua C kedua-dua D dua

8. _______________jenis baju kurung tradisional dipamerkan di dewan itu.A Para B Seluruh C Pelbagai D segala

2

Page 3: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Ibu _____________ butang pada alat kawalan jauh untuk mematikan televisyen. A memicit B menekan C mengusik D mencucuk

10. Hubungan Jason dan Rasul menjadi _______________ apabila Rasul berpindah ke Kuala Lumpur.

A hampir B rapat C renggang D jauh

11. Perut Jii yang kembung itu berasa ______________ selepas disapu dengan minyak angin oleh kakaknya.

A sedap B tenteram C bahagia D selesa

12. Dinding rumah papan itu dipenuhi dengan sarang _____________________.A lelabi B rerama C lelabah D kekura

13. Kedengaran ________________ penonton di tepi padang yang menyokong pasukan masing-masing.

A sorak-sorai C riuh-rendahB hingar-bingar D porak-peranda

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Kerusi baharu itu diangkat oleh Kamal ke kelas Zahid.

A Zahid mengangkat kerusi itu ke kelas baharu Kamal. B Kamal mengangkat kerusi baharu itu ke kelas Zahid. C Zahid mengangkat kerusi baharu itu ke kelas Kamal. D Kamal mengangkat kerusi itu ke kelas baharu Zahid.

15. “Sidai pakaian ini, Farah,” kata ibunya. A Farah menyuruh ibunya menyidai pakaian itu. B Ibu menyuruh Farah menyidai pakaian itu. C Ibunya berkata sidai pakaian ini, Farah. D Farah menyidai pakaian ibunya.

3

Page 4: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

Pilih ayat yang betul.16. A Murid-murid membeli makanan di waktu rehat. B Banyak murid-murid menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah. C Jimmy ialah murid yang terpaling tinggi sekali di sekolahnya. D Pejabat pos dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.

Soalan 17 hingga 20Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Catur ialah sejenis permainan yang berbentuk pertempuran antara dua buah kerajaan. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan buah catur. Setiap pemain mempunyai enam belas buah catur yang berbeza-beza darjatnya dalam sesebuah kerajaan. Ada raja, pemaisuri, askar dan sebagainya.

Buah-buah catur ini digerakkan oleh pemain catur di atas papan. Setiap corak pergerakan berbeza mengikut darjat. Papan catur mempunyai 64 petak seperti permainan dam.

Permainan ini diperkenalkan dari benua India ke Nusantara India pada kira-kira 1400 tahun lalu. Pada masa itu, permainan ini dikenali sebagai “caturangga” yang bermaksud empat pasukan.

Pemain catur dalam masyarakat Melayu kuno amat disegani. Permainan ini mencerminkan darjat atau kedudukan seseorang pemain dalam masyarakat pada masa itu.

17. Apakah yang dimaksudkan dengan permainan catur? A Permainan berbentuk pertempuran B Permainan yang berdarjat C Permainan orang India D Permainan bangsawan

18. Bagaimanakah corak pergerakan buah catur dalam permainan catur? A Pergerakan mengikut darjat B Pergerakan melawan arus C Pergerakan menyilang D Pergerakan bebas

19. Permainan catur sama dengan permainan dam dari segi________________. A bilangan buah catur B darjat dan kedudukan C jumlah petak papan catur D sejenis permainan tradisional

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Permainan ini diperkenalkan dari benua India pada tahun1400. B Permainan ini mencerminkan kedudukan seseorang pemain. C Permainan catur memerlukan 64 buah catur. D Pemain catur dikenali sebagai “caturangga”.

4

Page 5: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

Bahagian B( 30 markah )

Soalan 21Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

Pagi ini kelas Ai Ling mengadakan lawatan ke pameran kraf tangan. Cikgu Amin mengarahkan

______________________ murid Tahun 5U berkumpul di tapak perhimpunan. Mereka menaiki

bas menuju ke pameran. Setibanya di sana, Cikgu Amin menyuruh murid-murid beratur

mengikut kumpulan _________________________________. _____________________

kumpulan diketuai oleh seorang guru pengiring. Murid-murid melihat pameran dengan gembira.

Sebelum pulang, Ai Ling sempat membeli ________________ bakul rotan untuk ibu dan

kakaknya.

(4 markah)

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat

tanya:_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Jawapan: Ya, benar. Saya akan berpindah ke sekolah baharu pada bulan hadapan.

(2 markah)b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah. Sultan Mansor Syah : Beta mahu persiapan rapi dibuat untuk menyambut kepulangan anakanda beta Datuk Panglima Awang:___________________________________________________ ______________________________________________________

(2 markah)

5

para dua segala banyakketiga-tiga semua setiap masing-masing

Page 6: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_____________________________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pemandangan sekitar tempat tinggal saya semakin kabur sejak beberapa hari lalu. Rupa-rupanya, jerebu telah melanda negara ini. Masalah jerebu ini berpunca daripada tiupan angin yang membawa asap kebakaran hutan yang berlaku di negara jiran.

Banyak sekolah termasuk sekolah saya terpaksa ditutup. Semua murid disarankan untuk duduk di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti luar. Jika tiada urusan penting, kita dinasihati agar tidak keluar rumah. Perkara ini penting untuk menjaga kesihatan diri. Disebabkan masalah jerebu yang semakin meruncing, kita disarankan memakai topeng muka untuk menutup hidung dan mulut jika terpaksa keluar dari rumah.

Selain itu, kita juga digalakkan minum air kosong dengan kuantiti yang banyak dan mencuci anggota badan yang terdedah. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Tanpa diduga, pada petang itu hujan turun dengan lebat. Keadaan jerebu semakin beransur pulih. Kualiti udara juga menjadi semakin bersih. Inilah pengalaman yang saya lalui ketika jerebu.

a. Sekolah terpaksa ditutup kerana _________________________________________.(1 markah)

b. Nyatakan dua cara untuk menjaga kesihatan semasa berlakunya jerebu,

__________________________________________________________________________

( 2 markah)

6

Page 7: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

(2 markah)

7

Jerebu baik untuk kesihatan manusia.

Fungsi topeng muka ialah untuk mengelakkan hidung dan mulut tersedut udara yang kotor.

Aktiviti luar wajarlah dikurangkan untuk mengelakkan gangguan kesihatan.

Jerebu tidak akan pulih walaupun hujan turun dengan lebat.

Betul

Salah

Page 8: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

Soalan 24Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap sekolah mempunyai peraturan yang telah ditetapkan untuk dipatuhi oleh semua murid. Peraturan ini diwujudkan bagi mendisiplinkan murid agar mempunyai nilai-nilai moral pada setiap masa.

Selain peraturan sekolah, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak mereka. Ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka datang ke sekolah pada masa yang ditetapkan, memakai pakaian seragam sekolah dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Guru-guru pula mempunyai tanggungjawab dalam menangani disiplin murid-murid di sekolah. Di samping itu, guru-guru juga perlu menunjukkan contoh yang terbaik agar menjadi ikutan murid-murid. Guru perlu mengelakkan diri daripada melanggar disiplin sekolah.

Seterusnya, semua warga pendidik perlu bekerjasama untuk membentuk disiplin murid-murid secara berterusan. Laporkan segala kegiatan negatif murid-murid kepada pihak sekolah. Pihak sekolah pula perlu memberikan denda yang setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan.

a. Perkataan contoh dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan ________________________________________________________________________________________________________________________________________________.

(1 markah)

b. Apakah tujuan peraturan sekolah diwujudkan?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(2 markah)

c. Apakah peranan guru dalam membentuk disiplin murid?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(2 markah)

d. Adakah anda mematuhi peraturan sekolah? Mengapa?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

8

Page 9: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

(3 markah)

Soalan 25

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Ikan sembilang di dalam kolam,Ada juga si ikan sepat;

Pagi-pagi pergi bersenam,Agar badan sihat dan kuat.

Ikan bakar rasanya enak,Dicicah dengan sambal belacan;

Kurangkan makan makanan berlemak,Banyakkan makan buah-buahan.

Pagi-pagi berdayung sampan,Tangkap ikan gunakan pukat;

Makanan bergula cuba elakkan,Tiada penyakit badan pun sihat.

Hati-hati memasang jerat,Hendak menangkap si ayam hutan;

Ikan dan daging banyak khasiat, Perlu dijadikan sajian harian.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(2 markah)

b. Mengapakah ikan dan daging perlu dijadikan sajian?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(1 markah)

9

Page 10: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

c. Tandakan (√ ) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.

(1 markah)

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(3 markah)

-------------------KERTAS SOALAN TAMAT----------------------

10

Sentiasa mengamalkan makan buah-buahan

Makanan bergula jangan diabaikan

Kurangkan makan makanan berlemak,Banyakkan makan buah-buahan.

Page 11: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

BAHASA MELAYU

PENULISAN

11

Page 12: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

BAHASA MELAYU PENULISAN

1 JAM 15 MINIT

Bahagian A

[10 markah]

[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan suasana gotong royong dan persiapan menyambut Hari Raya.

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.

1. ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

12

Page 13: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

3. ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

4. ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

5. ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Bahagian B

[15 markah]

[Masa dicadangkan : 25 minit]

Gambar di bawah menunjukkan kegunaan pokok kelapa.

Tulis ulasan tentang kegunaan pokok kelapa berdasarkan gambar.

Panjang ulasan anda antara 50 -80 patah perkataan.

13

10

Page 14: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

Bahagian B______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

14

Page 15: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Bahagian C

[25 markah]

[Masa dicadangkan : 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk pulang ke rumah.

Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah. Tiba-tiba....

Mulakan cerita anda dengan Tiba-tiba..

Soalan 2

Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Guru. Sebagai ketua murid kamu dikehendaki

menyampaikan ucapan sempena Hari Guru tersebut. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

15

15

Page 16: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

16

Page 17: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

17

Page 18: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

18

Page 19: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

______________________________________________________________________________

-------------------KERTAS SOALAN TAMAT----------------------

SKEMA JAWAPAN

( PEMAHAMAN )

19

25

Page 20: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

JAWAPAN PEMAHAMAN

BAHAGIAN A

1. A 6. D 11. D 16. D

2. D 7. A 12. C 17. A

3. B 8. C 13. A 18. A

4. D 9. B 14. B 19. C

5. B 10.C 15. B 20. C

BAHAGIAN B

21. Semua - Masing-masing - setiap - dua

22. A) Adakah kamu akan berpindah ke sekolah baharu pada bulan hadapan.

B) Baiklah tuanku.Patik akan menjunjung titah tuanku.

C) - berat sama dipikul ringan sama dijinjing

- bagai aur dengan tebing

23. A) jerebu

B) - duduk dalam rumah

- kurangkan aktiviti luar

- memakai topeng

- minum air kosong

24. A) teladan

B) peraturan diwujudkan bagi mendisiplinkan murid

C) guru perlu menunjukkan contoh yang baik dan mengelakkan diri daripada

melanggar disiplin sekolah.

20

Page 21: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

D) Ya, saya mematuhi peraturan sekolah untuk mendisiplinkan diri saya.

25. A) kita perlu bersenam setiap bagi supaya badan kita sihat dan kuat.

B) ikan dan daging perlu dijadikan sajian kerana iakn dan daging mempunyai

banyak khasiat.

C) - betul

- salah

D)kita perlu kurangkan makanan yang berlemak dan perlu makan buah-

Buahan.

------------SKEMA JAWAPAN TAMAT--------------

SKEMA JAWAPAN

( PENULISAN )

21

Page 22: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

Jawapan Penulisan

Bahagian A. Bina Ayat

1. Dua orang murid lelaki mengecat dinding kantin supaya kelihatan cantik dan ceria.

2. Seorang murid lelaki dan perempuan membersihakan longkang agar longkang itu tidak

tersumbat.

3. Seorang murid lelaki sedang menanam pokok bunga di hadapan kantin.

4. Siti menganyam ketupat untuk persediaan hari raya yang bakal menjelma.

5. Kakak Siti menyusun buku di rak supaya kelihatan bersih kemas dan teratur.

Jawapan Bahagian B.

Ulasan

Pokok kelapa dikenali sebagai pokok serbaguna. Terdapat banyak kegunaan yang

diperolehi daripada pokok kelapa.

Air yang terdapat dalam buah kelapa boleh diminum untuk menghilangkan haus.

Tempurung kelapa boleh diguakan untuk membuat pasu bunga yang boleh mencantikkan

kawasan. Selain itu, isi kelapa boleh diproses menjadi santan untuk membuat kuih dan gulai

ikan. Lidi kelapa pula digunakan untuk mecucuk sate manakala daun kelapa digunakan untuk

membuat sarung ketupat.

Kesimpulannya, kita perlu menanam pokok kelapa kerana terbukti banyak kegunaannya.

22

Page 23: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

Jawapan Bahagian C

Soalan 1

Tiba-tiba, aku terlihat ramai orang menuju ke arah perhentian bas. Aku mempercepat

langkah. Ada murid sekolah kemalangan. Hatiku berdebar-debar. Rasa-rasanya aku amat

mengenali mangsa. Aku mendekati mangsa. Tidak syak lagi murid yang terbaring di atas jalan

dengan berlumuran darah itu ialah Aliya iaitu sahabat baik aku. Aku terus memegang tangannya.

Tidak lama kemudian, ambulans pun tiba. Aku mengiringi Aliya ke hospital.Aku melihat

kepalanya berdarah dan badannya luka. Aliya segera dimasukkan ke wad kecemasan. Sementara

menunggu aku menelefon ibu bapanya.

Ketika aku sedang duduk menanti Aliya, ibu bapanya tiba. Mereka tidak dapat menahan

kesedihan. Aku menenangkan mereka. Kemudian doktor keluar dan memaklumkan keadaan

Aliya. Aliya masih tidak stabil kerana dia kehilangan banyak darah.

Tanpa disedari, aku menangis. Aku berdoa semoga Aliya selamat. Seterusnya, aku

menelefon ibu dan ayah aku memaklumkan kejadian ini. Aku meminta kebenaran untuk

menemani ibu bapa Aliya.

Setelah penat menunggu, aku tertidur. Setelah aku terjaga aku terdengar riuh rendah.

Kebanyakan saudara mara Aliya terlah berkumpul di hospital. Aku bersyukur kerana doktor

memaklumkan Aliya telah sedar dan dalam keadaan stabil.

23

Page 24: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

Jawapan Soalan 2

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Encik Ghazali bin

Husin Guru Besar SK Desa Permai, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya sebagai wakil murid, ingin mengicapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua

guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang

amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Oleh

itu marilah kita mengahrgai jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,

Guru ialah insan yang mendidik, menagsh dan membimbing kita hingga kita dapat

mencapai kejayaan. Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar

dikenang sepanjang hayat. Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal

huruf, membaca dan mengira.

Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita menstilah menghormati guru.

Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat

mereka.

Rakan sekalian,

Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.

Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru

adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

24

Page 25: SET 2_BM 2016_format UPSR baharu

Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya. Guru ibarat lilin yang membakar diri

untuk menerangi orang lain. Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami

ucapkan kerana tidak pernah jemu memdidik kami dengan sabar.

Sekian, terima kasih.