uppm soalan.pemahaman

16
SULIT Soalan 1 – 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Dengan __________ pelan yang diberikan oleh rakannya, Azman memberanikan diri untuk ke pejabat pertanian di tengah bandar. A berasaskan B berdasarkan C berpandukan D berlandaskan 2 _______________ dia berusaha dengan bersungguh-sungguh pencapaiannya dalam pelajaran telah meningkat. A Sekiranya B Semenjak C Sementara D Seandainya 3 Ayah dan abang ketawa ...................................apabila menonton rancangan Maharaja Lawak yang melucukan itu. A berderai-derai B bersorak-sorak C bersahut-sahut D berdekah-dekah 011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT 2

Upload: hishamuddin-salim

Post on 01-Dec-2014

2.419 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Uppm soalan.pemahaman

SULIT

Soalan 1 – 19

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Dengan __________ pelan yang diberikan oleh rakannya, Azman memberanikan diri untuk ke pejabat pertanian di tengah bandar.

A berasaskanB berdasarkanC berpandukanD berlandaskan

2 _______________ dia berusaha dengan bersungguh-sungguh pencapaiannya dalam pelajaran telah meningkat.

A SekiranyaB Semenjak C SementaraD Seandainya

3 Ayah dan abang ketawa ...................................apabila menonton rancangan Maharaja Lawak yang melucukan itu.

A berderai-deraiB bersorak-sorakC bersahut-sahutD berdekah-dekah

4 ____________ masalah yang dihadapi oleh Kamisah __________ tinggal di kota itu ialah masalah pengangkutan.

A Ataupun ... adalahB Antara ... semasaC Di antara ... ketikaD Maka ... manakala

5 Tanah sawah di kampung itu ___________ akibat musim kemarau yang berpanjangan.

011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

2

Page 2: Uppm soalan.pemahaman

SULITA meretakB merekahC memecah D mengeras

6 “Sebelum itu, ___________ ingin memohon ampun sekiranya kata-kata ini akan menimbulkan __________ tuanku,” kata Tuan Puteri Mayang Sari kepada suaminya.

A adinda ... kemurkaanB adinda ... kedurjanaanCD

kakanda ... kedukaan kakanda … kemasyghulan

7 “Masukkan kuih yang tidak habis dimakan ke dalam balang semula supaya tidak _______,” kata Nurin kepada adiknya.

A basiB lemauC lembutD hangit

8 Polis telah ______________ sesiapa yang terlibat dalam akiviti pengedaran dadah di kawasan perumahan itu.

A mengenal pastiB memeras ugutC mengambil alihD mencampur aduk

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Lima __________ petai berharga RM3.50 dan harganya hampir sama dengan __________ buah tembikai.

A papan ... sebijiB ikat ... sebilahC keping ... sebakulD tangkai ... sepotong

10 Barisan pertahanan pasukan mereka _______________ menyebabkan pasukan mereka kalah teruk dalam perlawanan bola baling itu.

011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

3

Page 3: Uppm soalan.pemahaman

SULITA huru-haraB kacau-bilauC kucar-kacirD lintang-pukang

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Puan Siti berjaga setiap malam untuk ____________ baju-baju tempahan pelanggan

sebelum hari raya.

A menyiapkanB melangsaikanC menghabiskanD menyelesaikan

12 Pelajar-pelajar Tahun 6 sekolah itu memperoleh banyak manfaat ________ ceramah motivasi yang disampaikan ____________ pakar motivasi itu.

A dari ... olehB dari ... untukC daripada ... olehD daripada ... kepada

13 Pemaju perumahan diwajibkan menyediakan ____________ yang lengkap sebelum rumah boleh diduduki.

A prasaranaB prasyaratC pramasaD prabayar

14 _________ masyarakat orang Asli yang tinggal di pergunungan itu tidak pandai berbahasa Melayu.

A SegelintirB SebanyakC SetengahD Separuh

15 Cempaka memujuk adiknya yang _________________ketika mengikutnya ke kedai runcit itu.

A menarik-narik

011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

4

Page 4: Uppm soalan.pemahaman

SULITB melaung-laungC meraung-raungD melompat-lompat

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16 Penjual itu________________ ayam yang telah disiat kulitnya supaya tidak dihurungi lalat.

A melarikB menyalai C melayangD melenggang

17 Sufiah ________________ menyiapkan laporan kewangan syarikatnya.

A bolehB masih C paling D pernah

18 Anggota Bomba dan Penyelamat __________________ untuk menyelamatkan mangsatanah runtuh itu.

A bertegang leherB berkerat rotanC bergadai nyawaD bergantung ajal

19 Pelajar yang _______________ fikiran akan dapat memahami pelajaran dengan lebih cepat.

A lurusB tajamC tinggiD janggal

Soalan 20 – 21

20 Adik memamah makanan itu sebelum menelannya.Perkatan seerti bagi memamah ialah

A menyiat011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

5

Page 5: Uppm soalan.pemahaman

SULITB menggigitC mengoyakD mengunyah

21 Ibu menghampar permaidani yang baru dibeli itu di ruang tamu.Perkataan berlawan bagi menghampar ialah

A meletak B menyimpanC menggulungD membentang

Soalan 22 – 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22 I Warna kain itu luntur setelah dibasuh beberapa kali.II Air sungai menjadi luntur setelah hujan turun dengan lebat.III Pokok yang baru ditanam itu luntur apabila tidak mendapat air.IV Ingatan kepada ibunya masih tidak luntur walaupun dia tinggal berjauhan.

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

23 I Ahli keluarga mangsa dipanggil untuk mengecam mayat.II Mengecam muka penjenayah dibuat melalui lakaran lukisan.III Banyak pihak mengecam negara yang menggunakan kezaliman.IV Dia membawa diri kerana tidak tahan dengan mengecam jiran-jiran.

A I dan IIB I dan IIIC I, II dan IVD II, III dan IV

24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.Berapa jauhkah dari sini ke bandar?

A Tidak jauh. Bandar yang jauh lebih kurang 2.5 kilometer .B Tidak jauh. Lebih kurang 2.5 kilometer dari rumah saya.C Tidak jauh. Lebih kurang 2.5 kilometer sahaja ke sini.D Tidak jauh. Lebih kurang 2.5 kilometer sahaja.

25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Pemilik kedai itu sentiasa memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya.

A Bilakah pemilik kedai itu membuat pelanggannya berasa puas hati?B Bagaimanakah pemilik kedai itu menjaga hati pelanggannya?C Mengapakah pemilik kedai itu mengutamakan pelanggannya?

011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

6

Page 6: Uppm soalan.pemahaman

SULITD Siapakah yang dilayan oleh pemilik kedai itu?

Soalan 26 – 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 “Kami menerima pujian daripada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan bola jaring,” kata Lili.

A Lili memberitahu bahawa mereka mendapat pujian daripada guru besar kerana telah menjuarai pertandingan bola jaring.

B Lili menerangkan bahawa kami memberika pujian kepada guru besar kerana telah menjuarai pertandingan bola jaring.

C Lili mendapat tahu bahawa mereka mendapat pujian daripada guru besar kerana telah menjuarai pertandingan bola jaring.

D Lili menyatakan bahawa kami memberikan pujian kepada guru besar kerana telah menjuarai pertandingan bola jaring.

27 Encik Leman ingin tahu ke mana anaknya pergi semalam kerana sehari suntuk dia tidak melihat wajah anaknya itu.

A “Beritahu ayah ke manakah kamu pergi semalaman? Ayah langsung tidak melihat wajah kamu,” kata Encik Leman kepada anaknya.

B “Ke manakah kamu pergi semalam? Sepanjang hari ayah tidak melihat kamu,” kata Encik Leman kepada anaknya.

C “Ke manakah kamu pergi sepanjang hari semalam? Wajah kamu tidak kelihatan langsung,” kata Encik Leman kepada anaknya.

D “Ayah hendak beritahu kamu ke manakah ayah pergi semalam kerana ayah tidak melihat muka kamu sepanjang hari,” kata Encik Leman kepada anaknya.

Soalan 28 – 30

Pilih ayat yang betul.

28 A Meja makan ini dibuat dari kayu jati.B Meja guru ini telah diangkat oleh saya.C Majlis persandingan pelakon itu akan berlangsung di minggu hadapan.D Dua orang adik-beradik itu berpelukan kerana mereka sudah lama tidak

011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

7

Page 7: Uppm soalan.pemahaman

SULITbertemu.

29 I Pelbagai-bagai barang yang dijual di kedai itu.II Abang kelihatan letih setelah bekerja sepanjang hari.III Banyak jalan ditutup ketika perarakan sedang berlangsung.IV Semua barang-barang yang hendak dibawa pulang ke kampung telah

disediakan.

ABCD

I dan IIII dan IIIII dan IVIII dan IV

30 I Suara penyanyi baru itu sungguh merdu sekali.II Nina ialah sepupu saya kerana ibu saya dan ibunya adik-beradik.III Program Hari Terbuka di sekolah kami adalah pada minggu hadapan.IV Di antara barang yang dibeli oleh ayah di pasar ialah sayur-sayuran dan ikan.

A I dan IIB I dan IVC 1, II dan IIID I, III dan IV

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malam itu malam Khamis. Aku dan beberapa orang kawan menghadiri kelas

tambahan di sekolah. Selesai kelas, aku terus pulang. Aku berasa sangat letih kerana petang

itu ada latihan sukan. Aku berlatih lontar peluru dan lari 100 meter. Tanpa membasuh kaki

011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

8

Page 8: Uppm soalan.pemahaman

SULITaku terus masuk ke bilik lalu baring di sisi adik.

Tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara orang berteriak. Pencuri! Pencuri! Aku bingkas

bangun dan terlihat orang berlari. Aku mengejarnya. Kemudian aku mendapati diriku telah

tersesat di tengah hutan. Suasana di situ amat menyeramkan. Kedengaran bunyi guruh di

langit. Perasaan takut menyelubungi diriku. Aku mencari jalan keluar. Tidak jauh dari situ

aku terpandang pondok buruk. Dinding pondok itu telah reput dan atapnya pula berlubang-

lubang. Hujan mulai turun. Aku mengambil keputusan untuk berteduh di pondok buruk itu.

Sedang leka memerhati keadaan sekeliling, aku tersentak apabila terdengar bunyi

ranting kayu patah seperti dipijak oleh sesuatu. Bunyi ranting-ranting patah semakin hampir.

Peluh dingin mula membasahi baju. Aku mencapai sebatang kayu yang ada di pondok itu

dan menunggu sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Bulu roma seluruh tubuhku tegak.

Sejurus kemudian, muncul seekor harimau yang besar. Harimau itu memandang ke

arahku sambil mengaum. Harimau itu menerkam aku. Sepantas kilat aku mengelak.

Harimau itu menerkam lagi. Aku perlu menyelamatkan diri. Dengan berani aku memukul

kepalanya bertubi-tubi. Bimbang dicakar, aku melompat ke arah belakang badannya dan

memeluknya sekuat hati. Harimau itu meronta-ronta hendak melepaskan diri.

Ketika itulah kedengaran suara budak meminta tolong. Aku membuka mata. Rupa-

rupanya aku sedang memeluk adikku. Dia kelemasan. Kulihat kekabu bantal berselerak di

atas katil. Mendengar jeritan adik, ayah dan ibu meluru masuk. Melihat keadaan kami,

mereka tersenyum. Aku tunduk malu.

31 Ke manakah penulis pergi pada malam itu?

A Pondok burukB Kelas tambahanC Berlatih sukan D Menziarahi kawan-kawannya

32 Untuk menyelamatkan diri daripada cakaran harimau itu, penulis ...

011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

9

Page 9: Uppm soalan.pemahaman

SULITA menjerit untuk meminta tolongB memeluk badan harimau erat-eratC meronta-ronta untuk melepaskan diriD memukul kepala harimau bertubi-tubi

33 Siapakah sebenarnya yang dipukul oleh penulis?

A Bantal pelukB BadannyaC HarimauD Adiknya

34 Pilih pernyataan yant tidak benar tentang petikan.

A Penulis menjalani latihan sukan.B Penulis tidur sekatil dengan adiknya.C Ranting kayu berbunyi kerana dipijak orang.D Ibu bapa penulis mengambi berat terhadap anak-anak mereka.

35 Frasa peluh dingin dalam petikan membawa maksud penulis

A ketakutanB kesejukanC keletihanD kekeliruan

Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Nordin : Hai, kawan-kawan! Semalam saya menerima sepucuk surat daripada Zaiton,

kawan kita yang berpindah ke Johor. Dia bercerita tentang tarian zapin.

Ruzhan : Saya berpendapat bahawa tarian tradisional seperti itu sudah tidak diminati

oleh remaja sekarang.

Salina : Saya bersetuju dengan pendapat kamu, Ruzhan. Oleh itu, sesuatu usaha perlu 011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

10

Page 10: Uppm soalan.pemahaman

SULITdilakukan agar warisan budaya kita diminati oleh generasi muda.

Syukri : Budaya yang bagaimana?

Salina : Budaya yang saya maksudkan adalah seperti tarian tradisional, lagu rakyat dan

permainan tradisional.

Fauziah : Maafkan saya. Saya kurang bersetuju dengan pendapat Salina. Masa sudah

berubah, jadi biarkanlah remaja menyukai budaya moden.

Ruzhan : Saya pula menyokong pendapat Salina. Pada hemat saya, usaha perlu

dilakukan agar budaya itu tidak luput ditelan zaman.

Maznah : Betul, Ruzhan. Kepelbagaian budaya di negara kitalah yang menjadi daya

tarikan bagi pelancong luar untuk mengunjungi negara kita.

Nordin : Wah, kamu semua sungguh bijak! Lagipun, budaya sememangnya menjadi

warisan kita.

Salina : Kalau begitu, usaha perlukan dilakukan sungguh-sungguh untuk menarik

remaja meminati dan mencintai budaya kita.

36 Apakah topik utama perbualan mereka?

A Tentang tarian zapin yang telah luput.B Tentang Zaiton yang telah berpindah ke Johor.C Tentang remaja yang semakin tidak meminati warisan budaya.D Tentang permainan dan tarian tradisonal yang diceritakan oleh Zaiton

37 Apakah pendapat yang diutarakan oleh Salina?

A Tarian tradisional semakin diminati oleh generasi mudaB Usaha perlu dilakukan agar generasi muda meminati warisan budayaC Warisan budaya yang diminati generasi muda tidak dipedulikan lagi

011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

11

Page 11: Uppm soalan.pemahaman

SULITD Generasi muda perlu melakukan usaha untuk mengekalkan warisan

budaya

38 Perkataan luput dalam petikan bermaksud

A pergiB lenyapC lekangD kekal

39 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Zapin merupakan tarian tradisional yang telah lenyap.B Budaya moden perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak muda.C Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memelihara warisan budaya.D Pelancong asing datang ke negara kita untuk mempelajari warisan

budaya.

40 Yang berikut ialah cara untuk memelihara warisan budaya kecuali

A mempromosikan warisan budaya secara giatB menubuhkan kelab kebudayaan di sekolah-sekolahC membiarkan golongan muda meminati warisan moden.D menganjurkan pertandingan tarian dan permainan tradisional

KERTAS SOALAN TAMAT

011 © 2011 [Lihat halaman sebelah SULIT

12