up204tatat4 f.doc

9
Soalan 21 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisi di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 21. ______________________ yang bersuara merdu itu berkahwin dengan putera raja. A Biduan C Seniwati B Seniman D Biduanita 22. Sultan Perak telah berangkat dengan diiringi oleh pembesar-pembesar___________. A dia C nya B beliau D baginda 23. Kapal terbang itu telah selamat ___________________ di lapangan terbang. A turun C mendarat B sampai D berhenti 24. Pak Din telah ____________________ daripada berkhidmat di jabatan kerajaan. A bersara C berhenti B berpisah D berehat 25. Orang itu didakwa kerana_____________________undang- undang jalan raya. A mengelak C mengubah B melanggar D menyimpan 26. Para pelajar dilarang_____________________dinding sekolah. A melukis C menconteng B bersandar D memegang 27. Swee Lai tinggal dengan datuknya ________________ lima tahun dahulu. A sejak C daripada B hingga D bermula

Upload: supian72

Post on 23-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UP204TATAT4 F.doc

Soalan 21 hingga Soalan 30Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisi di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

21. ______________________ yang bersuara merdu itu berkahwin dengan putera raja. A Biduan C Seniwati B Seniman D Biduanita

22. Sultan Perak telah berangkat dengan diiringi oleh pembesar-pembesar___________. A dia C nya B beliau D baginda

23. Kapal terbang itu telah selamat ___________________ di lapangan terbang. A turun C mendarat B sampai D berhenti

24. Pak Din telah ____________________ daripada berkhidmat di jabatan kerajaan. A bersara C berhenti B berpisah D berehat

25. Orang itu didakwa kerana_____________________undang-undang jalan raya. A mengelak C mengubah B melanggar D menyimpan

26. Para pelajar dilarang_____________________dinding sekolah. A melukis C menconteng B bersandar D memegang

27. Swee Lai tinggal dengan datuknya ________________ lima tahun dahulu. A sejak C daripada B hingga D bermula

28. Kami terpaksa __________________________ hutan rimba itu untuk mencari jalan________________________. A merempuh , pergi C mencari , balik B menyusup , betul D meredah , keluar

29. Kakak baru membeli __________________ tikar dan beberapa ________________ mangkuk. A segulung , biji C sekeping , buah B seikat , butir D sebidang , bekas

30. Ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri,tembakan lima _______________ meriam telah dilepaskan sebanyak tiga puluh ___________________. A pucuk , letus C pucuk , das B bentuk , kali D butir , dentum

Page 2: UP204TATAT4 F.doc

Soalan 31 hingga Soalan 33Pilih perkataan yang sama erti dengan perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

31. Novel karya beliau dipamerkan semasa Pesta Buku Peringkat Kebangsaan. A diletakkan C ditunjukkan B dipaparkan D disimpankan

32. Saya sering menemuinya ketika pergi ke sekolah pada waktu pagi. A tidak C biasa B kerap D saban

33. Nenek menggobek sirih dengan menggunakan alat tembaga. A memamah C mengunyah B melumatkan D menggilis

Soalan 34 dan Soalan 35Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.

34. Bolehkah anda beritahu saya pasukan yang manakah menjadi juara dalam pertandingan bola sepak itu? A Sudah tentulah pasukan Bendahara yang menjadi juara. B Pasukan Bendahara yang menjadi juara dalam pertandingan bola sepak. C Pasukan yang menjuarai pertandingan bola sepak ialah Bendahara. D Juara pertandingan bola sepak itu ialah pasukan Bendahara.

35. Berapa lamakah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Bagan Lalang? A Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Bagan Lalang mengambil masa selama dua jam setengah. B Jalan menuju ke Pantai Bagan Lalang sangat teruk. C Banyak kereta akan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan. D Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Bagan Lalang lebih kurang empat puluh kilometer.

Soalan 36 hingga Soalan 38Pilih peribahasa yang sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

36. Orang yang ___________________ memang sukar menerima nasihat daripada orang lain. A bulat hati C buta hati B besar hati D batu api

37. Mereka bekerja bagai _________________________________ untuk membersihkan kawasan itu. A rusa masuk kampung C aur dengan tebing B embun di hujung rumput D ayam berak kapur

Page 3: UP204TATAT4 F.doc

38. Suasana di pasar itu riuh rendah seperti _______________________________. A anak ayam kelihatan induk. C anjing menyalak bukit. B bertih direndang. D melepaskan batuk di tangga.

Soalan 39 dan Soalan 40.Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

39. A “Amboi,cantik sungguh seluar yang kamu pakai ini!Di manakah kamu membelinya?”kata Shukri kepada Chandran. B “Amboi,cantik sungguh seluar yang kamu pakai ini,di manakah kamu membelinya?”kata Shukri kepada Chandran. C “Amboi,cantik sungguh seluar yang kamu pakai ini!Di manakah kamu membelinya?”Kata Shukri kepada Chandran. D “Amboi! Cantik sungguh seluar yang kamu pakai ini.Di manakah kamu membelinya?”kata Shukri kepada Chandran.

40. A “Kamu akan ke Pulau Pangkor bila!Adakah pada cuti sekolah nanti?”tanya Ali. B “Kamu akan ke Pulau Pangkor bila,adakah pada cuti sekolah nanti?”tanya Ali. C “Kamu akan ke Pulau Pangkor bila?Adakah pada cuti sekolah nanti?”tanya Ali. D “Kamu akan ke Pulau Pangkor bila?adakah pada cuti sekolah nanti?”tanya Ali.

Soalan 41 dan Soalan 42Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

41. Seekor harimau yang dilihat di ladang kelapa sawit telah membimbangkan penduduk yang tinggal berhampiran. A Kemunculan seekor harimau telah membimbangkan penduduk yang tinggal di kawasan itu. B Seekor harimau telah menyebabkan penduduk di kawasan ladang kelapa sawit berasa risau. C Penduduk berasa bimbang akan kehadiran seekor harimau di ladang kelapa sawit yang berhampiran dengan kawasan mereka. D Kebimbangan dirasai oleh seekor harimau akibat melihat penduduk yabg tinggal berhampiran dengan ladang kelapa sawit.

42. Sistem layan diri di stesen minyak telah diperkenalkan di seluruh negara oleh kerajaan. A Stesen minyak telah diperkenalkan di seluruh negara oleh kerajaan. B Sistem layan diri telah diperkenalkan oleh kerajaan di seluruh negara. C Seluruh negara telah menggunakan sistem layan diri yang baru diperkenalkan. D kerajaan telah memperkenalkan sistem layan diri di stesen minyak di seluruh negara.

Page 4: UP204TATAT4 F.doc

Soalan 43 dan Soalan 44Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif yang bergaris.

43. Beberapa orang penduduk kampung telah mendirikan sebuah balai raya di tepi surau itu. A Sebuah balai raya di tepi surau itu telah didirikan oleh beberapa orang penduduk kampung. B Sebuah balai raya telah didirikan oleh beberapa orang penduduk kampung itu di tepi surau. C Sebuah balai raya telah didirikan oleh beberapa orang penduduk kampung di tepi surau itu. D Sebuah balai raya itu telah didirikan oleh beberapa orang penduduk kampung di tepi surau.

44. Anda perlu menghantar borang pertandingan itu dengan segera. A Borang pertandingan itu anda perlu hantar dengan segera. B Borang pertandingan itu perlu dihantar oleh anda dengan segera. C Borang pertandingan itu perlu anda hantar dengan segera. D Borang pertandingan anda itu perlu dihantar dengan segera.

Soalan 45 dan soalan 46Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud banyak.

45. l Kakak sedang menyusun pinggan-mangkuk di atas para. ll Kuih-muih yang dijual oleh ibu telah habis sejak pagi tadi. lll Rambutnya kusut-masai apabila ditiup angin. lV Lauk-pauk itu dihidangkan oleh kakak. A l dan lll sahaja C l dan lV sahaja B l, ll dan IV sahaja D II,III dan IV sahaja

46. I Batu-batan di kawasan air terjun itu sangat licin. II Pohon itu meliang-liuk apabila ditiup angin. III Kelihatan bintik-bintik hitam pada kainnya. IV Air kolam itu kering-kontang pada musim kemarau. A I sahaja C I dan III sahaja B I,III dan IV sahaja D I,II,III dan IV

Page 5: UP204TATAT4 F.doc

Soalan 47 dan soalan 48Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud berulang-ulang.

47. I Pakaiannya koyak-rabak akibat tersangkut pada dawai berduri. II Chandra memanggil-manggil penjual roti itu. III Adik menggosok-gosok matanya yang dimasuki habuk. IV Junaidah menggaru-garu kakinya yang gatal akibat digigit nyamuk. A III sahaja C II dan III sahaja B II,III dan IV sahaja D I,II,III dan IV

48. I Adik menangis teresak-esak setelah dirotan oleh ayah. II Bunyi telefon berdering-dering tetapi tiada sesiapa yang menjawabnya. III Saki-baki makanan itu disimpan di dalam almari. IV Aziz bersungguh-sungguh hendak berkawan dengan Gopal. A I dan II sahaja C I dan III sahaja B II dan IV sahaja D I,II dan IV sahaja.

Soalan 49.Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

49. I Sejak kecil lagi,Lily masak melukis. II Buah rambutan itu sudah masak ranum. III Cikgu Afiza asudah masak dengan perangai anak-anak muridnya. IV Fikir masak sebelum membuat keputusan. A II dan III sahaja C I,II dan III sahaja B II,III dan IV sahaja D I,II,III dan IV

Soalan 50.Pilih ayat-ayat yang betul.

50. I Ibu menjerang air di dapur. II Siapakah yang berbaju biru itu? III Tiap hari Ah Kow berjalan kaki ke sekolah. IV Suraya mendapat keputusan yang terbaik sekali di dalam kelasnya. A I sahaja C I dan II sahaja B II dan III sahaja D II ,III dam IV sahaja

Kertas soalan tamat