untuk perniagaan kecil dan sederhana – satu keputusan … · malaysia ialah mudah.my,...

6
Bil. 44/2014 64 Pengenalan Perdagangan Elektronik atau lebih dikenali sebagai e-commerce (electronic commerce) merupakan satu terma yang merujuk kepada perdagangan atau urusan perniagaan yang dijalankan menggunakan medium elektronik. Ia merangkumi pelbagai interaksi secara elektronik yang menghubungkan antara sesuatu organisasi perniagaan dengan jaringan perniagaan atas dan bawah (upstream & downstream partners). Upstream & downstream partners membawa maksud semua jaringan perniagaan yang melibatkan pengilang, pembekal, pemborong, ejen dan akhir sekali pengguna. Pelbagai teknologi boleh dan telah diguna pakai sebagai medium perhubungan dalam e-commerce. Ia meliputi dan melibatkan proses-proses mempercepatkan urusan, hubungan dalaman, Internet, pertukaran maklumat dan data, pemindahan wang secara elektronik, e-mel, keselamatan, pengurusan dokumen dan banyak lagi. Antara pelbagai jenis teknologi yang telah dan sedang digunakan, Internet tidak dapat dinafikan merupakan teknologi ataupun medium yang paling diberikan perhatian dan menjadi fokus dalam kebanyakan pengurusan perniagaan e-commerce hari ini. Internet atau khususnya World Wide Web (WWW) secara relatifnya menjadi satu medium yang cukup berkesan sebagai medium komersial dan pemasaran e-commerce. Potensi Internet dan WWW dalam e-commerce Peningkatan dalam penggunaan Internet dan WWW hari ini telah membawa kepada bertambahnya jumlah pengguna dan organisasi mengambil bahagian dalam pasaran secara dalam talian di seluruh dunia. Kekuatan Internet sebagai medium komersial memaksa golongan usahawan untuk tidak ketinggalan melakukan pelbagai Nor Aslamiah Ali Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) cara serta kaedah baru pemasaran dalam menjalankan perniagaan dengan pelanggan mereka yang berpotensi. Justeru, didapati semakin ramai golongan usahawan menyedari betapa pentingnya Internet sebagai medium komersial untuk strategi pemasaran perniagaan secara dalam talian. Maka, setiap pemilik perniagaan sedar bahawa mereka mesti terlibat secara aktif untuk tidak ketinggalan dengan perubahan persekitaran teknologi ini (Ricciuti, 1995). Dengan potensi yang cukup besar, teknologi Internet terutamanya WWW dalam e-commerce dapat membantu perniagaan berskala kecil dan sederhana termasuklah perniagaan koperasi bagi mengeksploitasi kelebihan yang ada dalam mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka. Oleh itu, melalui perkhidmatan Internet (WWW) ini, boleh dimanfaatkan oleh syarikat perniagaan kecil dan sederhana (SKS) kerana ia merupakan satu pembangunan komersial yang paling menjadi tumpuan. WWW adalah satu persekitaran hypermedia yang tersebar luas di Internet. Maklumat yang terdapat dalam WWW berada dalam jaringan pelayan (server) di seluruh dunia yang saling berhubung, dan ini membenarkan penggunanya untuk mencari dan mendapatkan apa juga maklumat dengan hanya satu klik hyperlink. WWW membenarkan perkongsian maklumat dari serata dunia dan ini menjadikannya sebagai satu saluran yang cukup efisien bagi pengiklanan, pemasaran malahan pengagihan secara terus bagi sesetengah produk dan perkhidmatan. Peluang dan ruang yang cukup luas ini seharusnya diambil kesempatan oleh pemilik perniagaan kecil termasuk perniagaan koperasi bagi mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka. Mereka tidak seharusnya hanya kekal dalam bentuk perniagaan konvensional dan tradisional jika benar-benar serius untuk melonjakkan e-commerce dan laman WEB Untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana – Satu Keputusan Bijak?

Upload: lydung

Post on 26-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana – Satu Keputusan … · Malaysia ialah mudah.my, lelong.com.my, lazada.com. my dan beberapa lagi. Hari ini, penggunaan jaringan ... marketing

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

Bil. 44/201464

Pengenalan

Perdagangan Elektronik atau lebih dikenali sebagai e-commerce (electronic commerce) merupakan satu terma yang merujuk kepada perdagangan atau urusan perniagaan yang dijalankan menggunakan medium elektronik. Ia merangkumi pelbagai interaksi secara elektronik yang menghubungkan antara sesuatu organisasi perniagaan dengan jaringan perniagaan atas dan bawah (upstream & downstream partners). Upstream & downstream partners membawa maksud semua jaringan perniagaan yang melibatkan pengilang, pembekal, pemborong, ejen dan akhir sekali pengguna.

Pelbagai teknologi boleh dan telah diguna pakai sebagai medium perhubungan dalam e-commerce. Ia meliputi dan melibatkan proses-proses mempercepatkan urusan, hubungan dalaman, Internet, pertukaran maklumat dan data, pemindahan wang secara elektronik, e-mel, keselamatan, pengurusan dokumen dan banyak lagi. Antara pelbagai jenis teknologi yang telah dan sedang digunakan, Internet tidak dapat dinafikan merupakan teknologi ataupun medium yang paling diberikan perhatian dan menjadi fokus dalam kebanyakan pengurusan perniagaan e-commerce hari ini. Internet atau khususnya World Wide Web (WWW) secara relatifnya menjadi satu medium yang cukup berkesan sebagai medium komersial dan pemasaran e-commerce.

Potensi Internet dan WWW dalam e-commerce

Peningkatan dalam penggunaan Internet dan WWW hari ini telah membawa kepada bertambahnya jumlah pengguna dan organisasi mengambil bahagian dalam pasaran secara dalam talian di seluruh dunia. Kekuatan Internet sebagai medium komersial memaksa golongan usahawan untuk tidak ketinggalan melakukan pelbagai

Nor Aslamiah AliPusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

cara serta kaedah baru pemasaran dalam menjalankan perniagaan dengan pelanggan mereka yang berpotensi.

Justeru, didapati semakin ramai golongan usahawan menyedari betapa pentingnya Internet sebagai medium komersial untuk strategi pemasaran perniagaan secara dalam talian. Maka, setiap pemilik perniagaan sedar bahawa mereka mesti terlibat secara aktif untuk tidak ketinggalan dengan perubahan persekitaran teknologi ini (Ricciuti, 1995). Dengan potensi yang cukup besar, teknologi Internet terutamanya WWW dalam e-commerce dapat membantu perniagaan berskala kecil dan sederhana termasuklah perniagaan koperasi bagi mengeksploitasi kelebihan yang ada dalam mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka.

Oleh itu, melalui perkhidmatan Internet (WWW) ini, boleh dimanfaatkan oleh syarikat perniagaan kecil dan sederhana (SKS) kerana ia merupakan satu pembangunan komersial yang paling menjadi tumpuan. WWW adalah satu persekitaran hypermedia yang tersebar luas di Internet. Maklumat yang terdapat dalam WWW berada dalam jaringan pelayan (server) di seluruh dunia yang saling berhubung, dan ini membenarkan penggunanya untuk mencari dan mendapatkan apa juga maklumat dengan hanya satu klik hyperlink. WWW membenarkan perkongsian maklumat dari serata dunia dan ini menjadikannya sebagai satu saluran yang cukup efisien bagi pengiklanan, pemasaran malahan pengagihan secara terus bagi sesetengah produk dan perkhidmatan. Peluang dan ruang yang cukup luas ini seharusnya diambil kesempatan oleh pemilik perniagaan kecil termasuk perniagaan koperasi bagi mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka. Mereka tidak seharusnya hanya kekal dalam bentuk perniagaan konvensional dan tradisional jika benar-benar serius untuk melonjakkan

e-commerce dan laman WEB Untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana – Satu Keputusan Bijak?

Page 2: Untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana – Satu Keputusan … · Malaysia ialah mudah.my, lelong.com.my, lazada.com. my dan beberapa lagi. Hari ini, penggunaan jaringan ... marketing

Bil. 44/2014 65

perniagaan mereka setanding pesaing-pesaing yang lebih besar.

Laman Web e-commerce

Di Internet, laman web e-commerce ataupun juga dikenali sebagai online store merupakan kedai versi Internet yang sama seperti kedai biasa yang berada di sekeliling kita. Laman ini menawarkan jualan terus melalui katalog elektronik atau sesetengahnya dengan cara yang lebih inovatif. Pelanggan boleh memesan barangan atau perkhidmatan dengan mengisi borang pesanan yang disediakan menggunakan e-mel atau kini lebih mudah dengan khidmat mesej peribadi secara terus dengan pengendali atau penjual. Kaedah-kaedah ini memberikan peluang yang cukup besar bagi peniaga dalam talian untuk mempelbagaikan pengalaman membeli belah pelanggan di samping meningkatkan hubungan dua hala peniaga dan pelanggan. Beberapa contoh online store seperti onebabyworld.com (barangan dan keperluan bayi), delimahome.com.my (perabut), ilhansports.weebly.com (t-shirt, jersi dan barangan sukan) dan shoehouze.com (kasut).

Satu lagi jenis laman web e-commerce dirujuk sebagai cybermall atau gedung membeli- belah. Di muka hadapan e-commerce jenis ini biasanya mempunyai banyak kategori barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pengendali biasanya akan mengenakan caj tertentu kepada peniaga yang mengiklankan barangan mereka di sini. Pengiklanan percuma juga kadangkala dibenarkan, namun biasanya kurang dikedepankan. Contoh e-commerce cybermall yang agak popular di Malaysia ialah mudah.my, lelong.com.my, lazada.com.my dan beberapa lagi. Hari ini, penggunaan jaringan media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya telah merancakkan kaedah dalam transaksi perniagaan dalam talian.

Namun demikian, terdapat perbezaan cita rasa antara pembelian secara dalam talian dan luar talian Masalah utama dalam laman-laman e-commerce ialah pelanggan hanya menggunakan deria mata sahaja berbanding dengan pengalaman membeli-belah secara “real life” yang menggunakan pelbagai deria yang ada seperti rasa, hidu, dengar serta mencuba jika perlu. Didapati, masih ramai pelanggan lebih selesa membelek buku katalog berkilat yang besar atau membeli-belah di gedung yang sebenar. Selain itu, isu-isu keselamatan membeli belah secara dalam talian juga perlu dititikberatkan yang mengehadkan penerimaan pelanggan terhadap kaedah-kaedah pemasaran yang dijalankan. Kekangan yang dihadapi semasa melayari Internet juga kadangkala

menjadi punca pelanggan merasakan membeli-belah secara dalam talian amat mengecewakan dan membuang masa.

Biarpun mempunyai kekangan, kajian pasaran e-commerce di Malaysia pada 2012 oleh OpenMind Resouces(http://openmindsresources.com) mendapati penerimaan e-commerce di Malaysia amat menggalakkan. Kajian terhadap 300 responden (yang dipilih secara rawak dan tinggal di Kuala Lumpur) mendapati 65 peratus daripada mereka melakukan pembelian secara dalam talian. Manakala tujuh peratus pula melayari Internet lebih 10 jam sehari dan 29 peratus sekurang-kurangnya 1-2 jam sehari. Golongan berumur 18-26 tahun adalah golongan terbesar dengan 73 peratus melakukan pembelian secara dalam talian. Masalah-masalah seperti yang dinyatakan di atas bukanlah alasan bagi syarikat-syarikat perniagaan kecil untuk takut dan mengabaikan kelebihan yang tersedia yang boleh dimanfaatkan. Saban hari, beribu-ribu laman web baru muncul di seluruh dunia dan sebahagiannya adalah laman-laman web yang berorientasikan perniagaan. Sama ada ia dibina oleh sebuah syarikat atau pun orang perseorangan. Ini jelas menjadi bukti yang langkah memiliki sebuah laman web perniagaan bagi sesuatu perniagaan bukan satu langkah ke belakang.

Kelebihan Memiliki Laman Web e-commerce untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (SKS)

Memiliki sebuah laman web perniagaan bagi syarikat perniagaan kecil tidak boleh dianggap sebagai satu pelaburan yang sekiranya gagal akan membawa kepada jatuhnya perniagaan mereka. Pemilik perniagaan kecil seharusnya menganggap laman web mereka sebagai satu kelangsungan atau langkah seterusnya dalam usaha memperkembangkan perniagaan sedia ada. Memiliki laman web akan dapat meningkatkan daya saing mereka terhadap pesaing-pesaing yang mempunyai keupayaan kewangan yang lebih besar dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Terdapat banyak kelebihan menjalankan perniagaan secara dalam talian yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat perniagaan berskala kecil dan sederhana (SKS) termasuk koperasi. Antara faedah yang utama adalah seperti berikut (Hsieh, C. T., & Lin, B. , 1998):

Semua laman web di Internet berkedudukan

sama rata. SKS mempunyai jumlah ruang yang sama dengan syarikat besar dalam mana-mana enjin pencarian di Internet. Syarikat besar sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kelebihan dalam laman web mereka berbanding pesaing yang lebih kecil, kecuali

Page 3: Untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana – Satu Keputusan … · Malaysia ialah mudah.my, lelong.com.my, lazada.com. my dan beberapa lagi. Hari ini, penggunaan jaringan ... marketing

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

Bil. 44/201466

laman web mereka disediakan dan diselenggarakan dengan lebih baik. SKS mempunyai kebebasan yang sama dalam menjalankan pelbagai strategi dan mencuba kaedah-kaedah baru dalam memasarkan perniagaan mereka sama seperti pesaing mereka yang lebih besar. Tambahan lagi, pelanggan-pelanggan yang berpotensi bagi perniagaan kecil tidak perlu melalui lapisan-lapisan birokrasi seperti syarikat besar untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Pelanggan boleh berhubung terus dengan pemilik perniagaan itu sendiri untuk maklumat terperinci produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Internet juga boleh dikategorikan sebagai salah satu jalan yang “kurang mahal” untuk SKS memasarkan barangan dan perkhidmatan mereka secara global. Berjuta-juta orang melayari Internet setiap hari. SKS sebenarnya mempunyai peluang yang unik untuk menjangkau setiap daripada mereka melalui Internet. Maka, memandangkan Internet sebagai satu kaedah pemasaran dan pengiklanan yang murah secara relatif kepada bilangan orang yang boleh dicapai, SKS mempunyai potensi yang sama untuk mencapai jutaan orang seperti syarikat besar dari seluruh dunia.

Internet membenarkan SKS melakukan strategi

globalisasi yang efektif yang mana dalam keadaan-keadaan tertentu dengan cara biasa mungkin adanya kesukaran dan kompleksiti dalam menjalankan perniagaan di luar negara berbanding di dalam negara sendiri. Sebagai perniagaan kecil yang mempunyai kekuatan kewangan yang terhad kadangkala amat sukar untuk menembusi pasaran luar negara. Itu belum lagi melibatkan proses-proses lain yang melibatkan undang-undang dan peraturan berniaga di negara luar yang sesetengahnya cukup kompleks bagi perniagaan kecil. Internet memberikan satu capaian yang cukup berkesan dalam memperkembangkan perniagaan melepasi sempadan.

Penggunaan Internet membolehkan SKS

memastikan dan mengekalkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik kepada pelanggan dengan kos yang murah secara relatif. SKS juga dapat memastikan hubungan berterusan dengan pelanggan dalam semua aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan. Tujuh hari seminggu, 24 jam.

Internet adalah satu jalan yang menjimatkan kos

(cost effective) dalam memperkenalkan, memasarkan dan mengembangkan produk dan perkhidmatan yang disediakan dalam bentuk format multimedia.

Pemasaran produk dalam bentuk gambar, video dan sebagainya lebih menarik perhatian berbanding berbentuk teks.

Internet membenarkan SKS untuk membangun dan memperkukuhkan jaringan kolaborasi perniagaan mereka. Hal ini sebenarnya amat menarik bagi SKS memandangkan biasanya perniagaan kecil kurang mempunyai kepakaran teknikal dalam mengekalkan komunikasi dalam talian dengan rakan perniagaan mereka tetapi dalam masa yang sama amat memerlukan kepakaran tersebut. Dengan Internet, penghantaran dokumen perniagaan, proses pembayaran, testimoni perniagaan, mesyuarat atau perbincangan dengan rakan perniagaan dapat dijalankan dengan pantas dan berkesan.

Melalui beberapa kelebihan yang mampu dimiliki ini, seharusnya perniagaan kecil dan sederhana termasuk perniagaan dalam koperasi lebih berani untuk meneroka dan mengeksploitasi ruang yang ada. Namun begitu, ia bukanlah semudah untuk sesebuah SKS menikmati kelebihan dalam menjalankan aktiviti perniagaan di Internet. Ini kerana, pelan dan strategi yang bersesuaian perlu dirangka dan dilakukan. Tanpa pelan dan strategi yang betul, ia akan menjadi angan-angan kosong dan akhirnya laman web yang dibina “bersawang” dan menjadi laman web “syok sendiri”.

URL dan Nama Domain Laman Web

Untuk membangunkan e-commerce bagi sesebuah perniagaan, mereka perlu mengetahui istilah atau perkara yang berkaitan dengan pembangunan laman web tersebut. Bagi membangunkan e-commerce, SKS perlu memiliki alamat laman web mereka sendiri atau lebih dikenali sebagai URL (Uniform Resource Locator). URL adalah satu alamat unik yang digunakan untuk sebuah laman web dicapai di Internet. Secara ringkasnya URL terdiri daripada dua komponen utama iaitu “http” sebagai protokol pengenal pasti (protocol identifier) dan nama domain “abcd.com” sebagai nama sumber (resource name) atau lebih dikenali sebagai nama domain di mana lokasi yang menjadi hos alamat tersebut. Alamat URL lengkap biasanya dalam bentuk “http://www.abcd.com” yang mana “abcd” adalah nama laman web yang didaftarkan. Alamat ini boleh dilanggan dan didaftarkan daripada pembekal atau agen-agen domain di serata dunia. Di Malaysia, antara pembekal domain ialah www.exabytes.my, www.mynic.my, www.domainplus.com.my, www.1host.my dan www.webserver.com.my.

2

3

4

5

6

Page 4: Untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana – Satu Keputusan … · Malaysia ialah mudah.my, lelong.com.my, lazada.com. my dan beberapa lagi. Hari ini, penggunaan jaringan ... marketing

Bil. 44/2014 67

Alamat URL adalah unik dan nama domain yang dilanggan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Penting untuk mengetahui bahawa setiap alamat URL yang didaftarkan tidak melibatkan isu nama dagang (no trademark) atau pemilikan hak cipta (copyright). Pemilik perniagaan SKS boleh mendaftarkan apa sahaja alamat URL selagi alamat atau nama domain tersebut tidak pernah didaftarkan. Oleh itu, pengusaha perniagaan SKS boleh mengambil kesempatan atas nama jenama atau produk pesaing mereka yang lebih besar yang mungkin telah lebih dikenali. Ini memberikan peluang yang lebih besar bagi laman web yang baru dibangunkan dilawati lebih kerap oleh pengunjung. Maka, pemilik perniagaan disarankan memilih nama yang mudah diingati, mudah untuk ditaip dan mudah untuk dikaitkan dengan peneraju sesebuah industri dalam perniagaan.

Merangka Idea

Sebaik sahaja alamat URL yang bersesuaian dengan perniagaan diperoleh, pemilik SKS perlu menetapkan sasaran program pemasaran yang spesifik. Selain daripada itu, objektif dan visi tentang apa yang hendak dicapai juga perlu ditetapkan. Pemilik laman web juga perlu mengetahui ciri-ciri utama Internet itu bagi membolehkan sesuatu perniagaan mendapat perhatian meluas. Sesuatu projek perniagaan e-commerce juga mungkin menyebabkan keperluan masa atau perhatian khusus dan akan menjadi satu pelaburan besar bagi perniagaan kecil (Senn, 1996). Justeru, daripada pemilik perniagaan SKS bersaing secara terus dengan pesaing yang lebih besar di Internet, adalah lebih bijak dan efektif jika mereka mengenal pasti peluang-peluang pemasaran tertentu dan khusus (niche marketing). Niche marketing adalah satu kaedah pemasaran iaitu pemilik perniagaan lebih menumpukan pemasaran dalam segmen yang khusus dan kecil tetapi berpotensi besar. Seorang peniaga kecil pakaian dan aksesori wanita mungkin tidak mampu bersaing dengan gedung-gedung pakaian yang besar tetapi penumpuan pemasaran di Internet kepada produk tertentu sebagai contoh, tudung eksklusif atau aksesori tertentu akan memberikan kesan yang lebih baik. Sebagai satu strategi, niche marketing lebih menyasarkan “menjadi ikan besar dalam kolam yang kecil berbanding menjadi ikan kecil dalam kolam yang besar”. Dalam istilah pemasaran, niche marketing juga dikenali sebagai pemasaran mikro.

Seterusnya, apa yang perlu dilakukan ialah membuat sedikit kajian dan mengenal pasti dengan teliti berkenaan bakal pelanggan yang berpotensi untuk perniagaan mereka. Kajian profil pelayar Internet haruslah dilihat secara teliti. Siapa yang melayari Internet, apa yang

mereka cari dan semua maklumat demografi yang relevan tentang mereka. Maklumat-maklumat ini akan dapat membantu pemilik perniagaan SKS merangka pembangunan laman web mereka dengan lebih baik. Pemilik perniagaan SKS juga perlu sentiasa peka tentang betapa dinamiknya pasaran secara dalam talian dan mampu membangunkan strategi yang realistik dalam mencapai apa yang diinginkan. Oleh itu, dua persoalan yang perlu dijawab ialah:1. Apakah maklumat produk atau perkhidmatan yang

sesuai untuk dipaparkan di Internet?

2. Bagaimana idea dan maklumat ini mahu diper-sembahkan di Internet?

Mereka Bentuk dan Membina Laman Web Perniagaan yang Menarik

Reka bentuk laman web yang baik mempengaruhi pelanggan yang akan berkunjung untuk kali ke dua dan seterusnya. Oleh itu, dalam mereka bentuk dan membina laman web perniagaan yang menarik, ia berdasarkan beberapa persoalan utama. Antaranya:1. Bagaimana laman web yang dibina berupaya membantu

mengembangkan perniagaan sedia ada?

2. Bagaimana untuk menarik pengguna Internet mengunjungi laman web yang dibina untuk kali pertama?

3. Bagaimana untuk memastikan pengunjung laman web kembali ke laman web tersebut.

Perancangan dan gambaran yang jelas dan berhati-hati dalam mereka bentuk dan membangunkan laman web akan dapat menjawab persoalan-persoalan di atas. Berikut merupakan beberapa kata kunci penting yang perlu ditetapkan dalam lakaran gambaran laman web yang bakal dibina (Dickman, 1995).

1. Penyelidikan dan perancangan tentang jenis-jenis maklumat syarikat yang akan dipaparkan kepada pengunjung web perlu dilakukan. Laman web mungkin akan dilawati oleh jutaan pengguna Internet. Ini secara tidak langsung mungkin akan menjadi satu ancaman keselamatan kepada sistem maklumat korporat syarikat. Keputusan tentang apa maklumat yang boleh diperoleh pengunjung perlu dibuat terlebih dahulu.

2. Laman web yang dibina mestilah sesuatu yang bergerak mengikut masa atau mempunyai garis masa dan bukannya laman web yang kaku (stand alone website). Ia boleh diintegrasikan dengan sistem maklumat syarikat. Ini akan membolehkan laman web itu bergerak seiring dengan perkembangan perniagaan.

Page 5: Untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana – Satu Keputusan … · Malaysia ialah mudah.my, lelong.com.my, lazada.com. my dan beberapa lagi. Hari ini, penggunaan jaringan ... marketing

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

Bil. 44/201468

3. Jadikan antara muka (interface) laman web yang mesra pengguna (user friendly). Ini bagi memastikan pengunjung boleh melayari laman ini dengan pantas dan efisien. Penggunaan grafik yang banyak dan bersaiz besar perlu dikurangkan kerana ia akan melambatkan proses loading laman web.

4. Membentuk hubungan komuniti dengan pengunjung melalui laman web. Libatkan pengunjung laman web dengan memberikan mereka peluang untuk memberi cadangan, komen, rungutan, maklum balas dan sebagainya. Beberapa aplikasi interaktif seperti ruangan perbincangan dan e-mel boleh diletakkan. Pastikan juga nombor telefon untuk dihubungi diletakkan di laman web tersebut.

5. Setiap pengunjung laman web merupakan pelanggan yang berpotensi. Maka, gunakan laman web untuk mempertingkatkan komunikasi dengan semua pihak yang berurusan dengan syarikat. Sentiasa cuba untuk memastikan pengunjung yang melawat laman web sentiasa mendapat maklumat terkini dan memberikan respons pantas untuk sebarang maklum balas yang diterima dari pengunjung.

Laman web yang baik mesti mempunyai antara muka yang menarik. Mempunyai pautan yang dinamik kepada laman web lain, perkataan yang bergerak (scrolling text), jadual, borang, sedikit animasi, bunyi dan beberapa aplikasi Java. Maklumat-maklumat asas mesti diletakkan seperti alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan orang yang boleh dihubungi . Penggunaan frames juga digalakkan untuk memastikan maklumat utama sentiasa kekal sepanjang masa di setiap halaman web anda. Walau bagaimanapun, apa jua yang hendak diletakkan dalam laman web perlu mengikut kesesuaian. Ada ketikanya beberapa perkara seperti animasi dan bunyi tidak sesuai bagi sesetengah laman web.

Menguruskan laman web

Berikut merupakan langkah dan panduan bagi pemilik perniagaan kecil dan sederhana untuk menguruskan laman web dengan lebih lancar dan bersistematik. \n Bangunkan isi kandungan yang sentiasa segar dan

selalu dikemas kini. Adalah penting laman web mempunyai satu garis masa dalam isi kandungannya. Garis masa dalam sesebuah laman web akan memberikan isyarat kepada pengunjung yang perniagaan adalah aktif. Laman web juga perlu mempunyai satu titik jualan yang unik (unique selling point) contohnya promosi terkini, peraduan, pengumuman dan sebagainya dan ia mesti sentiasa dikemas kini. Laman web yang pantas dan mudah untuk menavigasi akan memberikan sebab untuk

pengunjung berada lebih lama di laman web dan berkemungkinan akan kembali di masa akan datang.

n Perlu adanya seseorang yang biasanya dipanggil webmaster yang sentiasa menguruskan laman web setiap hari. Beliau bertanggungjawab untuk melakukan pengemaskinian dan pembaikan (troubleshoot) jika terdapat sebarang masalah ke atas kandungan laman web, pautan (link) dan sebagainya. Selain itu beliau perlu bertanggungjawab melihat jumlah trafik yang masuk, mengumpul maklum balas pengunjung, mengekalkan laman web berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa selamat sepanjang masa.

n Kata kunci yang digunakan untuk pautan dengan enjin carian juga perlu sentiasa dikemas kini. Penggunaan kata kunci yang sesuai berdasarkan garis masa laman web akan memastikan peluang untuk pelanggan yang berpotensi menjumpai dan melawan laman web tersebut. Kata kunci “promosi” yang tidak dikemas kini dengan garis masa terkini akan menyebabkan bakal pelanggan yang mungkin mencarinya di enjin carian akan menemui promosi yang kadangkala telah tamat tempoh untuk jangka masa yang lama. Ini akan memberikan gambaran yang tidak begitu baik untuk laman web.

n Program-program insentif kepada pelanggan yang kerap berurusan melalui laman web juga boleh dibuat mengikut kesesuaian. Pemberian diskaun, rebat, keahlian dan sebagainya akan dapat memberikan galakan kepada pelanggan untuk kembali berurusan di masa akan datang dan menghebahkan laman web anda kepada kenalan mereka.

Kesimpulan

Walaupun diakui Internet memberikan banyak ruang dan peluang besar yang boleh dimanfaatkan, hakikatnya masih terdapat banyak halangan dan cabaran yang mesti dihadapi bagi perniagaan berskala kecil dan sederhana (SKS). Mereka perlu mempunyai pengetahuan dan seseorang untuk mengurus laman web e-commerce. Selain masalah teknikal Internet yang biasa, masalah seperti jalur lebar (bandwidth) yang kecil, kesesakan talian dan ancaman penggodam serta lain-lain isu juga perlu diambil berat dan diteliti sebelum sesebuah syarikat perniagaan kecil menceburi perniagaan dalam talian secara serius.

Sekiranya laman web e-commerce dibangunkan dengan baik, impaknya akan menjadi positif kepada syarikat. Namun demikian, kesannya e-mel akan mula masuk, pesanan dan pertanyaan akan mula memenuhi inbox. Deringan telefon seakan tidak mahu berhenti. Sama ada

Page 6: Untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana – Satu Keputusan … · Malaysia ialah mudah.my, lelong.com.my, lazada.com. my dan beberapa lagi. Hari ini, penggunaan jaringan ... marketing

Bil. 44/2014 69

suka atau tidak, untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik dan terkini, masa yang perlu diperuntukkan untuk ini juga akan bertambah. Perlu diingatkan dalam perniagaan dalam talian, maklum balas yang lewat mungkin akan menyebabkan jualan menurun. Walaupun pemilik perniagaan kecil boleh mengupah orang lain untuk mengendalikan e-mel dan sebagainya, ada ketikanya ia perlu dilayan sendiri oleh pemilik.

Pemilik perniagaan kecil juga haruslah sedar bahawa memiliki laman web bukan bermakna secara automatik perniagaan mereka akan dapat menjangkau jutaan pelanggan yang berpotensi. Apa yang perlu dilakukan oleh pemilik peniagaan ini ialah sentiasa mempromosikan laman web mereka melalui penglibatan kumpulan-kumpulan perbincangan, pengiklanan, pengumuman, penyenaraian dalam direktori, e-mel, pautan dengan laman-laman web yang lain dan juga membuat publisiti secara luar talian. Selain itu, menghebahkannya di laman web media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya yang semakin popular ketika ini sangat-sangat membantu. Melalui usaha-usaha ini, barulah laman web perniagaan akan mula menarik pengunjung.

Laman web juga bukanlah seperti pengiklanan kertas yang ditampal di atas pokok atau pengiklanan di televisyen dan radio yang boleh dilupakan selepas ia dilakukan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sistem e-commerce Internet sama sekali tidak membenarkan

pemilik perniagaan menggantikan pasukan jualan mereka (sales force) dengan “intelligent selling agent” (Selland, 1998). Laman web perlu sentiasa dikemas kini dan diberikan perhatian yang sepenuhnya oleh individu yang bertanggungjawab. Jika tidak, apabila pengunjung mendapati laman web tidak dikemas kini selepas sesuatu tempoh, pengunjung akan berfikir sama ada syarikat masih beroperasi atau telah pun menamatkan perniagaan.

Keputusan untuk menjalankan perniagaan e-commerce di Internet dan membina laman web sendiri bagi perniagaan kecil dan sederhana termasuk perniagaan koperasi adalah satu keputusan yang bijak jika pemilik perniagaan benar-benar tahu dan bersedia melakukan perubahan dalam mengembangkan perniagaan mereka. Dengan strategi yang betul, perancangan pembangunan laman web yang teliti dan berhati-hati, reka bentuk yang sesuai, implementasi selepas pembangunan laman web, menjaga polisi perniagaan dan sentiasa meletakkan pengguna atau bakal pengunjung laman web sebagai keutamaan, ia mampu memberikan satu keputusan yang diharapkan. Akhir sekali, Internet adalah salah satu alat untuk perniagaan kecil dan sederhana termasuklah perniagaan koperasi dapat memanfaatkan kelebihannya untuk bersaing secara efektif dengan pesaing atau syarikat yang lebih besar atas satu aras yang sama. Perlu diingatkan, di Internet ia adalah sama rata.

Rujukan

Hsieh, C. T., & Lin, B. (1998). Internet commerce for small businesses.Industrial Management & Data Systems, 98(3), 113-119.

Dholakia, R. R., & Uusitalo, O. (2002). Switching to electronic stores: consumer characteristics and the perception of shopping benefits. International Journal of Retail & Distribution Management, 30(10), 459-469.

Dickman, S. (1995). Catching customers on the Web, Inc. Technology, Summer, pp. 56-60.

Ricciuti, M. (1995). Database vendors hawk wares on the internet, Infoworld, 9 Januari , pp. 17-20

Selland, C. (1998), Electronic commerce: power to the buyer, Sales and Field Automation, January, pp. 79-86.

Senn, J. (1996). Capitalizing on electronic commerce: the role of the internet in electronic marketing, Information Systems Management, Summer, pp. 15-24.

Jan Wong. Malaysia’s Online Shopping Scene in. (2014). Dicapai dari http://www.openmindsresources.com/malaysias-online-shopping-scene-2012.