@untoldbonus_pengurusan_kewangan

Upload: khairi-arahman

Post on 30-May-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    1/37

    PengurusanKewangan.com

    Penulis: Zaidi Ismail (UrusInsan.Net) & Warga UrusInsan.

    Bonus Rahsia:Bonus ini disediakan untuk kemudahan umum dalam lebih

    memahami penggunaan OD dan kembali kepada asas kewangan yang

    kukuh. Ingatlah, walaupun 1000 tahun yang berlalu, asas kewangan

    tidak pernah berubah. Berikut adalah beberapa petikan yang pernah

    dibincangkan satu ketika dahulu. Moga bermanfaat.

    p/s- Ini hanya pendapat dan perbincangan tidak semestinya tepat!

    Anda perlu kaji ianya sesuai untuk anda atau tidak. Harap maklum.

    RAHSIAKAN BONUS INI

    TERPULANG KEPADA PEMBELI UNTUK MEMBUAT PILIHAN!

    TUJUANNYA ADALAH UNTUK MELIHAT ADAKAH MEREKA

    SANGGUP MEMBERI KOMITMEN UNTUK MENGELUARKAN

    WANG BAGI MEMBANTU PENGURUSAN KEWANGAN

    MEREKA SENDIRI???

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    2/37

    1) Akaun Overdraft & Simpanan Biasa

    Saya nak bertanya tentang akaun overdraft dan akaun simpanan

    biasa. Mengikut kefahaman saya, semua wang masuk dan keluar

    sebaiknya diuruskan melalui akaun overdraft. Soalan pertama, bolehtak sekiranya saya menggunakan akaun simpanan biasa sebagai

    platform saya. Saya memasukkan modal/simpanan awal sebanyak

    rm11k dan semua pendapatan saya masukkan ke dalam akaun

    simpanan. Wang keluar bulanan, simpanan dan pelaburan saya

    ambil dari akaun ini. Adakah cara saya ini berkesan dan berbaloi?

    Soalan kedua, jika baki akaun overdraft tidak boleh kurang dari 50%,

    adakah baki akaun simpanan juga perlu dikekalkan sebegitu supayaianya stabil? Secara ringkasnya, saya hendak membandingkan

    penggunaan akaun mana yg lebih berfaedah dan menguntungkan

    sebagai alat dlm menguruskan kewangan saya.

    JAWAPAN:

    Pertama overdraft atau OD yg diperbincangkan adalah OD/ASB yakni

    OD yg didapati dari cagaran ASB. OD

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    3/37

    ASB Loan

    ASB Loan, soalan common yg sering saya terima, Ianya tergantung

    kepada keadaan, matlamat dan objektif kewangan anda.

    Contoh 1 :Jika anda tidak mempunyai sebarang simpanan di ASB pada waktu

    ini, Loan ASB amat merugikan. Anda boleh membuat pengiraan

    sendiri @ boleh didapati forum-forum lain dan di Internet.

    Contoh 2 :

    Jika anda telah mempunyai simpanan ASB = Nilai loan ASB yg akan

    anda ambil (dan tujuan anda adalah untuk Fast Track simpanan

    anda) maka ini boleh menguntungkan anda (dgn syarat bayaranbulanan anda adalah lebih rendah dari nilai simpanan bulanan anda.

    Ini kerana anda tidak perlu membayar bayaran bulanan loan ASB

    tersebut.

    Contoh 3

    Jika anda telah mencagarkan Sijil ASB anda untuk mendapatkan

    OD/ASB, serta telah menggunakan OD/ASB anda, perlu diingat

    bahawa anda mempunyai komitment terhadap OD anda, menambah

    Loan ASB mungkin membebankan anda, ini kerana anda mungkin

    belum mahir menggunakan OD anda.

    Setelah penstrukturan semula kewangan anda dengan menggunakan

    OD/ASB, anda seharusnya mempunyai nilai simpanan yg boleh anda

    lakukan ke ASB anda semula, oleh itu besar kemungkinan anda tidak

    memerlukan loan ASB tersebut.

    Dividen ASB

    Saya nak bertanyakan tentang RM57K dalam OD. kalau kita gunakan

    OD tersebut tanpa di top-up, adakah bonus/dividen ASB akan dikira

    berdasarkan balance OD ataupun 57K?

    JAWAPAN:

    Bonus/dividen ASB dikira berdasarkan nilai sijil ASB yang digunakan

    semasa anda memohon OD.

    3

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    4/37

    Penggunaan OD

    Katakanlah saya buat OD about 15K. Saya gunakan untuk bayar

    rumah 1K/month. Saya gunakan OD tersebut untuk 10month

    payment w/o top-up the OD, saya simpan kat ASB 1K/month . Biladah cukup 10K saya convert ke sijil dan saya gunakan utk top-up my

    OD. Adakah ini kaedah betul utk tingkatkan simpanan ataupun top-

    up OD yg digunakan setiap bulan, selebihnya simpan kat ASB?

    JAWAPAN:

    Pertama dividen + Bonus ASB dikira dari jumlah keseluruhan

    simpanan ASB, itu termasuk Sijil ASB dan juga simpanan setiapbulan.

    Kedua, tiada sebab untuk Top Up OD jika kita menggunakannya 50%

    dari nilai OD dan selebihnya adalah untuk kegunaan kecemasan.

    Kecemasan disini dikira yg membabitkan nyawa sahaja. Selain

    daripada itu bukan dikira kecemasan.

    Ketiga, OD digunakan sebagai ganti wang sendiri atau leverage dari

    menggunakan wang kita sendiri yg mana sepatutnya disimpan bagi

    meningkatkan pendapatan dari dividen + Bonus (cashflow) atau dari

    hasil pelaburan (Capital Growth).

    Keempat, oleh kerana kesemua pendapatan sekeluarga dimasukkan

    ke OD, tiada sebab kenapa OD kita akan susut mendadak kecuali

    terlebih guna atau boros dalam kegunaan OD kita.

    Kelima - OD hanya tools atau alat kewangan, ianya bukan

    penyelesaian kepada masalah atau matlamat kewangan kita, oleh itu

    demi mencapai matlamat kewangan kita, pelbagai alat kewangan lain

    perlu digabungkan dan ini memerlukan konsep serta kreativiti dalam

    mengurus kewangan.

    4

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    5/37

    Pengalaman Memohon OD

    Sesiapa yang nak bermula buat OD guna Sijil ASB, meh aku

    ceritakan sikit cara-cara dia

    (aku pun mula2-mula tak tau sangat tapi dah 2 kali buat)

    1) Pergi Kaunter Utama PNB kat sebelah Tabung Haji tu. Kat sini je yg

    boleh buat sijil...Tempat lain memang tak boleh Aku dah tanya...

    2) Dalam tu, ada Kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Kalau nak tanya

    apa-apa kat sini la tempat nya Citer la kat dia apa tujuan korang

    nak berurusan....Jangan segan2...Kalau tak diorang pun boring..

    sebab kerja tak ade pulak...3) Sijil sekeping 10K...klu ada 30k..buat la 3 keping...lagi kecik lagi

    bagus..itu yang aku belajar .. sebab senang nak tebus ke hangus

    ke..hehehehe ...so isi la 2 keping borang kalau 20k...

    sekeping kena caj RM2.

    4) Dah selesai isi borang tu... pergi ambik nombot kat kaunter

    khidmat pelanggan tadi tu...

    5) Bila kena panggil, serahkan borang tu. Nanti dia tanya nak buat

    2 keping ke...takpun kita cakap terus je saya nak buat 2 keping sijil.

    Pro active skit la... Hehehe... Lepas tu tunggu jap...

    5) Tak sampai 10 minit, sijil tu pun siap la...semak betul-betul nama ,

    No kad pengenalan & No Akaun kita kat sijil tu... Kalau dah puashati,

    Boleh la pergi RHB yang terdekat dengan tempat korang..

    Di RHB:

    1) Pergi jumpa Personal Banker dia yang duduk kat meja luar kaunter

    2) Cakap kat diorang nak apply OD gunakan sijil ASB.

    3) Isi borang dan hantar terus. (Mintak salinan sijil kita tu)

    4) Tanya kat banker tu, bila boleh dapat...Lain tempat lain pula

    stylenya.

    5

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    6/37

    Pengiraan Bayaran OD

    Saya nak tanya, macam mana pengiraan bayaran untuk OD?

    Contohnya:

    Dalam OD ada RM 10Klepas tu kita pakai RM 3500, Balance RM 6500

    Berapa bank akan charge? Sebab bank akan charge berdasarkan

    daily interest. Mesti Banyak nak kena bayar...

    Masih tak faham..

    JAWAPAN:

    Sebagai contoh - RHB bank - kadar faedah (BLR +0.25%).Kadar Faedah / 365 hari (setahun) X kegunaan X jumlah hari guna.

    7% / 365 hari X RM3500 X 30 hari = RM20.13

    Kalau mahal gak tak tahu laa kan.

    PS : Kadar faedah diatas tidak di kompaun, ini bermakna pengguna

    tidak dikenakan kadar faedah yg digandakan, ianya akan dipotong

    terus dari akaun semasa anda selepas 30 hari. sebab tu pengguna

    OD tak perasan pun RM20 tu, sebab dah tolak terus kdari akaun.

    Senang kira macam nie je , setiap RM1000 yg digunakan selama 30

    hari (sebulan) pengguna dikenakan kadar faedah RM6, kalau berbelas

    ribu, sendiri mau ingat laa. Kalau susah sangat tengok je statement

    yg dihantar tiap-tiap buat, patikan anda simpan dan failkan

    statement anda, simpan minima selama setahun sebelum

    dilupuskan.

    Selamat menggunakan kemudahan yang ada dengan betul dan

    semoga anda mencapai matlamat kewangan anda.

    6

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    7/37

    PERINGATAN DAN PANDUAN

    OD/ASB hanyalah satu alat kewangan, tidak lebih dari itu dan

    jangan salah guna dan buat hutang baru pulak atau menjadi borosatau ingat boleh guna OD beli kereta BMW pulak ... yang penting

    simpanan, lebih banyak simpanan, lebih banyak pendapatan

    tahunan kita dan lebih kurang jumlah hutang yg dibayar setiap

    tahun. Simpanan yang tinggi juga boleh digunakan sebagai modal

    untuk memiliki harta dan kekayaan.

    Harta ialah sesuatu yg memberikan pendapatan (income), kalau adatanah atau rumah sekalipun tapi tak bagi kita pendapatan / income

    itu beban namanya sebab kita kena keluar duit perbelanjaan untuk

    tanah dan rumah tersebut, maka ianya adalah beban. Beban ini

    harus ditukar ke harta yang memberikan pendapatan.

    Kalau nak beli kereta buat teksi, itu saya sokong sebab teksi boleh

    menjana pendapatan, tapi kalau nak beli BMW dan Mercedes sebab

    nak rasa seronok , boleh tunjuk kat org dan tambah hutang, orang

    bodoh je buat kerja macam tu, susah senang kita sendiri yg tanggung

    bukan orang lain.

    Arwah ibu saya pernah pesan kat saya, jangan perasan yang orang

    lain bercakap tentang kita sebab besar kemungkinan mereka sedang

    bercakap tentang diri mereka sendiri.

    7

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    8/37

    Sila lihat gambarajah diatas. Secara ringkas,

    penstrukturan semula kewangan peribadi adalah seperti berikut:-

    1. Jangan menggunakan OD lebih dari 50% dari nilainya,

    ingat anda juga perlukan wang kecemasan.

    2. Selesaikan hutang yang paling tinggi interest (along, kad kredit,

    pinjaman pengguna dan diikuti oleh pinjaman interest rendah).

    Dengan kata lain hutang yg tidak memberi pulangan dahulu. Jika

    anda menggunakan kad kredit, pastikan anda guna kad kredit yg

    tidak ada interest yakni Islamik Credit Card atau Caj Kad. pastikan

    anda membayar nilai penuh yg anda guna pada kad tersebut setiap

    bulan.

    3. Kalau OD anda tidak cukup untuk menyelesaikan semua hutang,

    bersabar, selesaikan yang paling kritikal dan diikuti dengan yang

    kurang kritikal. Jika ada hutang yg boleh dipindahkan (defer) maka,

    lakukannya untuk meminjam masa, pastikan anda membayar hutang

    anda bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil keatas

    anda.

    8

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    9/37

    4. Bayaran bulanan hutang yg kini tidak perlu dibayar selepas

    diselesaikan oleh OD haruslah mula disimpan ke ASB semula, ingat,

    lebih banyak anda simpan, lebih byk pendapatan tahunan anda utk

    membantu anda membayar hutang-hutang lain pula.

    5. Berbelanja berhemah, lakukan bayaran bulanan sebanyak

    mungkin secara automatik dan jangan berbelanja melebihi

    pendapatan, anda gagal lakukan ini, segala matlamat kewangan anda

    akan gagal, pusing la dok tang mana pun, anda tetap akan

    menambah hutang jika masih berbelanja melebihi pendapatan.

    SAVE , SAVE, SAVE dan SAVE sebanyak yg mungkin, maksimumkan

    ASB anda dahulu sebelum memikirkan untuk melabur di tempat lain

    pula.

    9

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    10/37

    TAK TAHU GUNA KAD KREDIT

    Kalau tak ada kad kredit dan tak tahu guna kad kredit, saranan saya

    ialah jgn guna. Kalau nak guna belajar dulu.

    Cara guna kad kredit amat mudah.

    1. Bayar full amaun sebelum Due Date ikut statement bulanan.

    2. Guna kad kredit dari masa Statement Date hingga ke Due Date.

    3. Jangan guna kad kredit antara waktu Due Date dan Statement

    Date (ini juga dikenali sebagai waktu bertenang atau cooling off

    period) utk mengelak dari dikenakan finance charges.

    4. Jangan bayar minimum payment, ALWAYS PAY FULLuntuk mengelakkan dikenakan interest.

    5. Interest FREE period adalah antara statement date dan due date

    (20 hari)

    Kalau pening, tak faham, lebih baik jangan guna kad kredit.

    Caj Kad Al-Rajhi.

    1. Bayar Full amount sebelum due date ikut statement bulanan.

    2. Guna antara statement date dan due date.

    3. Tiada cooling off period.

    4. Jika tidak membuat bayaran penuh kad akan digantunmg

    penggunaan.

    5. Interest FREE period 55 Hari

    Sekali lagi, kalau tak faham lebih baik jangan guna caj kad.

    PS : Anda tak boleh tambah pendapatan dari kad kredit atau Caj Kad

    (sebab ianya duit pinjam yg kena bayar balik dalam masa 20 hari

    atau 55 hari bergantung jenis kad), anda hanya boleh mengurangkan

    kadar faedah jika kad kredit atau caj kad digunakan bersama dgn OD

    anda (bg mengurangkan interest OD anda)

    10

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    11/37

    MODAL TANPA HUTANG

    Budget bulanan saya dan isteri ada lebihan dlm RM500 untuk saving.

    Mohon pandangan rakan2, sekiranya saya bercadang mengambil PL

    untuk membuat platform OD/ASB, yang mana lebih wajar;1. buat loan di mana monthly repayment cover dlm RM500

    2. buat loan di mana monthly repayment cover less than RM500

    3. buat loan semaksima mungkin

    p/s: saving saya ketika ini hanya ada RM2500 setelah digunakan utk

    kecemasan pada awal tahun..

    JAWAPAN:

    Jika anda boleh savings RM500 sebulan, adalah lebih baik jika anda

    terus menyimpan seperti biasa bagi menghasilkan modal tanpa

    hutang (500 X 18 bulan = 9k), dalam masa 18 bulan anda akan

    mempunyai modal untuk dijadikan sebagai ASAS ditambah dengan

    simpanan yg sedia ada (9k + 2.7K = 11.7K).

    Jika anda mempunyai pilihan untuk membuat simpanan, jangan

    berhutang untuk menyimpan, anda akan rugi dalam jangka masa

    panjang kelak. seperti juga perniagaan, modal perniagaan yg baik

    adalah dari modal sendiri bukan dari modal pinjaman. Kita

    meminjam @ leverage untuk membesarkan perniagaan bukan untuk

    memmulakan perniagaan. Begitu juga dengan simpanan. Jangan

    guna duit hutang untuk dijadikan simpanan.

    Teruskan simpanan anda, tiada salahnya. Jangan gelojoh dan jangan

    tamak, anda perlu bersyukur kerana anda boleh menyimpan RM500

    setiap bulan tidak seperti kebanyakan orang yg langsung tidak mahu

    menyimpan demi masa depan mereka sendiri.

    11

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    12/37

    MENGAPA ASB DAN OD?

    Saya kira semua dah tahu kenapa / mengapa kita guna OD/ASB

    sebagai pelantar asas kepada pengurusan kewangan (Kalau ada toolsyg lebih baik, saya akan guna yg lebih baik dari OD/ASB). Untuk

    orang Melayu khasnya dan golongan bumiputera Amnya, ASB adalah

    merupakan satu alat mendatangkan pendapatan. Biarpun ianya

    digelar sebagai alat pelaburan tapi jika diperhatikan betul2, ASB

    tidak memberikan peningkatan modal (capital gain). Kita beli RM1

    dan bila jual unit saham ASB masih pada keadaan RM1, tidak seperti

    amanah saham yg lain yg memberikan peningkatan modal (capitalgain), beli RM1 dan pada keadaan tertentu boleh jual RM1.20

    misalnya, keuntungan adalah pada peningkatan modal dan dividen

    diberikan dalam bentuk unit percuma, tidak seperti ASB.

    Fikir-fikirkanlah.

    Dengan kata lain, gomen nak kasi duit free kat orang melayu tapi

    orang melayu masih nak buang duit pergi labur kat internet atau kat

    tempat-tempat yang tak sepatutnya, hanya kerana tamak dan orang

    tamak selalu rugi. selepas lepas ini saya harap takda lagi yg tanya

    sebab apa OD/ASB digunakan.

    Antara sebab asas kepada OD/ASB dipilih sebagai tool dan pelantar

    asas adalah kerana :-

    1. Preservation of Capital ( pengekalan modal) yakni wang asal

    didalam ASB dijamin dan tidak akan susut.

    2. ASB memberikan pendapatan dalam bentuk dividen + bonus dari

    modal asal dalam ASB dan pendapatan ini digunakan untuk

    membayar kadar faedah yg dikenakan keatas OD , pembelian

    barangan pengguna, kad kredit, kenderaan, rumah dan lain-lain lagi.

    12

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    13/37

    3. OD/ASB memberikan kemudahan penggunaan wang ASB tanpa

    perlu mengeluarkan modal asal ASB. Mana nak jumpa boleh guna

    waktu yg sama dapat pendapatan dari penggunaan.

    4. Penambahan wang simpanan ASB boleh dilakukan bila-bila masa

    biarpun ASB tersebut telah ditukar ke OD/ASB.

    5. Simpanan terjamin dan mempunyai nilai tukaran / leverage seperti

    OD, takda tools lain yg menyamainya dan lebih murah berbanding

    OD/ASB.

    6. Nilai capping simpanan yg tinggi (sekitar RMN200K seorang tanpa

    compounding).

    7. Kita guna OD sebab OD cuma kenakan charge keatas jumlah yang

    digunakan sahaja bukan jumlah OD yang diberikan tidak seperti

    pinjaman yang mengenakan kadar faedah keatas keseluruhan

    pinjaman tidak kira kita menggunaknnya atau tidak.

    Penggunaan OD/ASB bergantung kepada keadaan semasa, kadar

    faedah, pulangan dan keperluan individu terbabit.

    OD/ASB hanyalah tools atau alat kewangan, ianya bukan

    penyelesaian kepada masalah kewangan. Penyelesaian kewangan

    bermula dari minda kita , kemudian diikuti oleh sikap dan seterusnya

    perbuatan kita. Kebebasan kewangan ialah satu proses yg boleh

    dilakukan oleh sesiapa dan pada bila-bila masa.

    13

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    14/37

    SESUAI ATAU TIDAK?

    Cuma nak mintak pandangan, aku sendiri tak ada banyak hutang

    sangat dan setiap bulan bayar tak pernah miss dan ada la sedikit

    simpanan yang dikredit terus dari gaji ke tabung haji.Orang macam aku nie perlu ke buat OD/ASB??? Sebab aku dok cari

    jalan untuk menambah tabungan, itu belum clear lagi dan belum

    nampak jalan.

    JAWAPAN

    Saya tak tau nak cakap perlu ke tidak...Hanya anda yang kenal diri

    anda. Nak senang carik jalan senang... yang penting tentukanMATLAMAT! Contoh ko nak pi penang.. ko pikir dulu.. matlamat

    penang... nak pi sana berapa hari... untuk ape.. tetapkan semua tu

    dulu... Lepas tu barulah pikir naik bas.. kereta.. motor.. kapal

    terbang.. naik sampan.. dan pastikan jalan yang ko pilih utk pegi

    penang tu tak menyusahkan ko... dan sesuai dgn keadaan semasa

    tu...

    Sama jugak dgn kewangan.. kalau target menyimpan... macam mane

    nak menyimpan... basic simpanan mestilah belanja kurang dari

    pendapatan.. baru boleh simpan... atau pun guna OD/ASB utk

    simpanan atau belanja.... dalam kata lain pakai duit ASB dalam masa

    yang sama enjoy 8% dividen tahunan sebab duit ASB tadi dah tukar

    jadi sijil.. pastu Apply OD untuk digunakan bagi perbelanjaan

    (belanja mesti kurang dari pendapatan) ... gaji bulan tu semua sekali

    boleh masuk ASB (utk mereka yg tak de komitmen bayaran

    bulanan)... yg ade bayaran bulanan utk tempoh yg lama.. tolak dulu

    bayaran tu.. lepas tu baru masukkan dlm simpanan...

    ni bukan la gambaran 100%... tapi lebih kurang macam nie la yang

    aku buat sekarang... +/- income lebihan dari pendapatan lain.

    14

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    15/37

    APAKAH PENGURUSAN KEWANGAN YANG BETUL?

    Sebenarnya tiada satu jenis pengurusan kewangan yang betul,

    semuanya betul dan semuanya salah. Apa yg terlalu banyak

    difokuskan ialah tools @ alat kewangan yakni produk kewangan. Bagisaya, apa yang penting adalah MATLAMAT dan FAHAM DIRI

    SENDIRI. Ingat! Proses merancang serta mengurus kewangan adalah

    bersifat individu, ini kerana keperluan kewangan setiap individu

    adalah berbeza (unik) sifatnya.

    Hati-hatilah jangan yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.

    Pengurusan kewangan bukanlah produk kewangan (tak kira laproduk kewangan apa sekalipun), pengurusan kewangan adalah

    objektif serta proses kewangan. Jika anda (sesiapa shj) terlalu fokus

    pada tools (sebagai contoh misalnya ambil PL dan kemudiannya buat

    modal OD/ASB) saya kira ianya hanyalah penyelesaian sementara

    selagi individu terbabit tidak faham konsep,

    falsafah serta proses merancang dan mengurus kewangan yang pasti

    Individu terbabit akan ditimpa masalah kewangan semula.

    Bagi saya ini adalah salah induestri kewangan di negara ini, apa yg

    berlaku ialah mereka terlalu fokus untuk menjual produk kewangan

    mereka (dari produk perbankkan, insurans dan lain2) sehingga

    membuatkan masyarakat umum tidak sedar akan kejahilan mereka

    dalam mengurus kewangan. Tiada pendidikan kewangan diberikan,

    apa yg ada hanyalah iklan yang menyuruh orang ramai membeli

    produk mereka. Akhrnya masyarakat umum (95%) hanyalah

    pengguna produk kewangan dan bukannya mengurus kewangan

    mereka.

    Saya tingalkan satu soalan, tanya diri anda. Apa itu penstabilan

    kewangan? Setelah anda memilih atau menggunakan tools kewangan,

    tidak kira apa tools sekalipun, bagaimana anda sukat kestabilan

    kewangan anda? Fikir-fikirkan. Kejahilan menunjukkan kebodohan.

    15

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    16/37

    Perbezaan ASB dan Unit Trust.

    Apakah perbezaan pelaburan yg dibuat antara ASB dan Unit Trust

    (UT) yang terdapat di Malaysia? Apa kelebihan jika kita menggunkan

    tools spt OD/ASB berbanding OD/UT? Mungkin ASB lebih stabil danjuga sebaliknya. Tetapi kadang-kadang UT ini memberikan

    keuntungan yang tinggi.

    JAWAPAN:

    ASB diwujudkan sebagai sumber pendapatan kepada pencarum

    (sebab tu beli RM1 dan jual pun RM1) manakala UT pula adalah

    merupakan satu pelaburan modal (contoh beli RM0.5, jual RM1).

    Perbezaan ketara antara keduanya selain daripada jaminan kerajaan

    (beli RM1, jual RM1) dalam apa jua keadaan hatta ekonomi merudum

    sekalipun, memberikan kestabilan kepada ASB.

    Manakala UT komersil pula tiada jaminan pada modal asal (kecuali

    beberapa UT terbaru yg berada dipasaran) , sebagai conton UT PB

    takda jaminan modal, jadi terdapat kemungknan kerugian dari segi

    modal (beli RM0.5 , jual RM0.1).

    Antara perbezaan lain ialah bagaimana ASB dan UT komersil di

    strukturkan, oleh kerana ASB memberikan pendapatan dari melalui

    Dividen + Bonus (mempunyai cara pengiraannya yg tersendiri)

    manakala peningkatan modal UT pula melalui jumlah bilangan UT yg

    boleh di translasikan melalui penjualan UT tersebut dan disamping

    unit percuma yang diberikan (disini diperlukan pengiraan Dollar Cost

    Averaging), untuk menikmati hasil peningkatan modal hanya melalui

    penjualan unit UT tidak seperti ASB.

    16

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    17/37

    Antara perbezaan lain ialah kos pengendalian unit amanah tersebut,

    pendapatan dari ASB dikecualikan dari cukai, kos pengendalian akan

    dikenakan diakhir tahun dan telah ditolak dan kita mendapat

    pendapatan bersih setelah itu, dgn kata lain PNB akan pastikankeuntungan, tiada komisyen kepada agen dan sebagainya, dengan

    kata lain kita memaksimakan setiap RM1 yg dilaburkan. Manakala

    UT komersil pula melibatkan komisyen kepada agen (Cuba tanya

    agen berapa komisyen dia???), kos pengendalian tinggi oleh Fund

    Managers (syarikat UT) dan dikenakan cukai setelah penjualan

    (Sila semak undang-undang cukai anda), dgn kata lain setiap RM1 yg

    dilaburkan bukan RM1 sebenar, mungkin dari RM1 hanya 80 sensahaja yg dilaburkan sebab nak kena bayar banyak kos berkaitan.

    Tidak dinafikan bahawa ada UT yg memberikan pulangan yg tinggi

    (8 hingga 15% dan ada setinggi 20%) akan tetapi untuk menikmati

    keuntungan tersebut anda perlu menjual unit anda, ini bermakna

    setiap kali anda menjual unit anda, anda kehilangan potensi "Capital

    Gain" dari "Dollar Cost Averaging" anda.

    Secara ringkas, terdapat banyak perbezaan lain diantara ASB dan UT

    dan begitu juga perbezaan antara OD/ASB dengan OD/UT atau OD/

    ASB dengan OD/Hartanah, semuanya bergantung dengan

    keperluan / objektif kewangan anda (semua ini hanyalah tools / alat

    kewangan) macam spannar , screwdriver , tukul besi , paku dan

    sebagainya, setiap satu ada fungsinya sendiri, jika tersalah akan

    memakan diri. Bagi saya , kos adalah merupakan kriteria penting

    dalam memilih satu-satu tools kewangan , ini termasuk juga

    komplikasi dan pemaksimaan penggunaan disamping penghasilan

    pendapatan dari tools yg digunakan, semua ini perlu

    dipertimbangkan sebelum memilih sesuatu tools dan yg paling

    penting ialah pemahaman terhadap penggunaan (never get involved

    dalam sesutu perkara yg anda tidak faham) , ambil masa belajar ,

    adalah lebih baik tidak buat sesuatu, dari membuat sesuatu yg salah.

    17

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    18/37

    Biasanya saya akan sarankan sebagai individu bumiputera untuk

    memaksimakan ASBnya dahulu sebelum mula melabur di UT.

    Individu terbabit juga perlu diversify (mempelbagaikan) pelaburannya

    seperti penuhkan ASB, UT (tidak lebih dari 20% dari pelaburan),hartanah (tidak lebih dari 30%) , Saham (tidak lebih dari 20%) , Equiti

    syarikat / perniagaan (tidak lebih dari 15%) , pelaburan eksotik (tidak

    lebih dari 15%) dan mempunyai simpanan tunai sebanyak setahun

    pendapatan. Semua ini bergantung kepada objektif kewangan anda,

    tiada satu jalan terbaik, setiap dari kita adalah unik dari segi

    keperluan dan kehendak.

    Kesimpulan :-

    ASB - Bagi pendapatan manakala

    UT - Bagi peningkatan modal

    Saya akan ikut cara Warrent Buffet jika dilihat dari sudut pelaburan.

    ASB - Saya akan cuba penuhkan secepat mungklin (lagi cepat ianya

    penuh, lebih banyak pendapatan saya (free money) - paling lama 15

    tahun utk penuhkan ASB.

    UT - Untuk Capital Gain - saya akan guna kaedah "buy and keep",

    jangka masa panjang (20 hingga 25 tahun).

    Dgn kata lain, jika saya akan abiskan masa 10 hingga 15 tahun

    pertama utk penuhkan ASB , kemudian mula melabur di UT untuk

    20 hingga 25 tahun akan datang (kemudian jual utk persaraan) dan

    pindahkan wang keuntungan kepada tools yg lebih stabil untuk

    mendapatkan pendapatan persaraan (tabung amanah dll). Itu kalau

    saya, org lain saya tak tahu.

    18

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    19/37

    Pertanyaan Tentang Insuran

    Saya sendiri belum lagi memilki apa-apa insurance kerana kewangan

    agak tight sedikit. Walau bagaimanapun saya dah ada Takaful Siswa

    untuk 2 orang anak saya yang berusia 3 tahun dan 2 tahun, dalamRM60 sebulan. Saya nak tanya pandangan tentang takaful mana satu

    yang patut saya fikirkan. Saya pening tak tahu nak pilih yang mana

    satu sebab terlampau banyak produk insurans sekarang. Matlamat

    saya untuk mendapat perlindungan sekeluarga sekiranya berlaku

    kemalangan atau kematian

    JAWAPAN:Pertama sekali, saya bukanlah seorang agen insurance dan saya

    tidak jual apa-apa jenis insurance, apa yg bakal dipaparkan hanyalah

    merupakan pendapat serta saranan saya sahaja.

    Sebelum kita lihat apa keperluan perlindungan anda (insurance).

    Apakah objektif kewangan anda? Jika saudara memerlukan pindahan

    risiko kerana takut jika sesuatu berlaku kepada anda (kemalangan,

    sakit dan kematian) maka saudara perlu membuat plan melindungi

    bukan sahaja diri anda malah keluarga anda bg membolehkan

    mereka meneruskan hidup biarpun tanpa perlu anda menyumbang

    dari segi kewangan (tugas ini diambil alih oleh pihak ketiga -

    Insurance / takaful).

    Manakala jika objektif anda adalah untuk memberikan anak-anak

    anda peluang pendidikan (bantuan kewangan pendidikan) maka

    insurance / takaful bukanlah alat kewangan yg sesuai. Ini kerana

    insurance / takaful tidak memberikan pulangan yg tinggi (mana anda

    tahu berapa banyak yg diperlukan untuk menyediakan kos

    pendidikan mereka kelak? anda mungkin ambil "coverage" RM50K

    untuk 15 tahun akan datang untuk "cover" kos pengajian mereka,

    apa berlaku jika mereka memerlukan lebih dari itu? apa berlaku jika

    setelah lebih 10 tahun membayar premium insurance terbabit anda

    19

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    20/37

    kita mendapati bahawa anda tidak lagi mampu untuk membayar

    premium insurance tersebut? atau secara tiba-tiba anda memerlukan

    wang setelah sekian lama membayar premium, bolehkah anda

    mengeluarkannya dari insurance / takaful anda?

    Sila teliti dan fikirkan antara dua objektif diatas, yg mana satu

    objektif utama anda? objektif satu , dua atau kedua-duanya?

    Jika objektif pertama anda adalah perlindungan berikut adalah

    pendapat saya :-

    1. Rule of Thumb - Jumlah coverage anda adalah 5 tahunpendapatan tahunan anda. Walaubagaimanapun anda boleh bermula

    dengan perlahan-lahan, tidak perlu coverage yg terlalu besar pada

    mulanya, bermulalah dengan premium yg kecil dahulu mengikut

    kesesuaian kondisi kewangan anda.

    2. Premium untuk insuran tidak perlu besar (semuanya bergantung

    kepada coverage serta objektif anda). Pemindahan risiko dan

    perlindungan adalah kunci utama. Jika saya ditempat anda, saya

    akan fokus pada perlindungan kemalangan serta kesihatan

    (hospitalization), faedah kematian telahpun termaktub. Oleh itu PA

    (kemalangan) serta Health Insurance (termasuk hospitalisasi) adalah

    insurance yg akan saya ambil. Life Insurance atau Insurance hayat

    tidak diperlukan.

    3. Bergantung kepada siapa majikan anda / isteri , jika kedua-

    duanya pekerja swasta, memang disarankan ambil perlindungan

    insurance / takaful. Tapi kalau salah seorang merupakan bekerja di

    perkhidmatan awam / badan berkanun / Syarikat GLC (yg sudah ada

    perlindungan). Maka perlindungan tambahan tidak perlu kecuali

    anda rasakan perlu dan setelah di teliti anda boleh "double claim.

    Kalau tidak buang masa je bayar premiums akhirnya samaada tak

    boleh claim dari majikan atau dari syarikut insurance / takaful.

    20

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    21/37

    Jika objektif anda adalah yg kedua - Tabungan Pendidikan.

    1. Saya akan fokus pada simpanan (penuhkan ASB anda suami danisteri)

    2. Mula menabung minima RM50 sebulan di SSPN (Skim Simpanan

    Pendidikan National) Kenapa la "org kita" tak nak guna kemudahan

    yg telah disediakan. Cari juga yg susah dan menyusahkan diri.

    Antara kelebihan/keistimewaan SSPN yang boleh didapati adalah: -

    a. Penerima manfaat/anak akan diberi keutamaan untuk

    mendapatkan pinjaman pendidikan daripada PTPTN apabila mereka

    diterima masuk ke IPT.

    b. Manfaat perlindungan takaful/insurans dan khairat/pampasan

    kematian diberi secara percuma kepada pendeposit yang layak;

    c. Kadar keuntungan atau dividen yang sekurang-kurangnya setara

    dengan kadar pasaran;

    d. Dividen/keuntungan SSPN akan dikecualikan daripada cukai

    pendapatan;

    e. Semua simpanan adalah dijamin oleh Kerajaan (tertakluk kepada

    pindaan Akta 566); dan

    f. Pendeposit yang layak akan ditawarkan insentif kewangan dalam

    bentuk geran sepadan atau matching grant yang bersamaan dengan

    jumlah simpanan.

    Jika anda mempunyai kedua-dua objektif, maka anda perlu

    melaksanakan kedua-dua saranan yg telah diketengahkan.

    21

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    22/37

    Jika saya berada ditempat anda,

    Berikut adalah langkah yang akan saya ambil.

    1. Menilai semual objektif kewangan (senaraikan objektif kewangan ygdiingini) serta menyenaraikan tindakan yg bakal diambil.

    2. Menstrukturkan semula kewangan (meletak priority ditempatnya

    dan diikuti perkaran yg kurang priority sebagai tindakan terakhir),

    "Do one thing at a time and take action".

    3. Cuba melupuskan hutang atau mengurangkan jumlah hutang yg

    ada serta meningkatkan aliran tunai positif secepat mungkin.

    4. Menstruktukan semula insurance / takarul yg ada mengikutobjektif serta keperluan yg betul (gunakan tools yg betul pada

    tempatnya).

    5. Membuat simpanan tetap setiap bulan

    6. Menstabilkan aliran tunai serta situasi kewangan secepat mungkin

    (tidak buat hutang baru atau menambah perbelanjaan bulanan).

    7. Mula belajar dgn aggresive perancangan kewangan peribadi melalui

    pergaulan, seminar, pembacaan dan sebagainya . "Get Educated in

    Personal Finance".

    Akhir kata, saya tidak akan endorse mana-mana syarikat kewangan,

    insurance dan sebagainya. Ini kerana setiap dari kita saya percaya

    boleh buat keputusan sendiri berdsarkan fakta bukan fantasi atau

    "sales pitch" dari penjual yg hanya cuba menjual produk yg kita tidak

    perlukan.

    Sesiapun agen insurance / takaful anda, pastikan mereka adalah yg

    jujur. Tanya mereka tentang komisyen yg mereka terima bagi setiap

    skim insurance yg cuba mereka jual pada anda, biar mereka sertakan

    bersama bukti. Tanya juga peratusan yang diambil oleh syarikat

    insurance dari setiap wang premium yang anda bayar dan perapa

    peratus sebenarnya dari wang premium tersebut digunakan untuk

    melindungi anda. Carilah mereka yg telus dan ikhlas dengan anda.

    22

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    23/37

    INGAT !!! Anda yg patut didahulukan bukan mereka. Mereka perlu

    "SERVE ANDA" bukan sebaliknya. Dapatkan maklumat lengkap

    berkenaaan dgn setiap skim yg ditawarkan dan buat perbandingan yg

    jelas berpandukan objektif asal kewangan anda.

    APA ERTI ALAT KEWANGAN? (TOOLS)

    Seperti pandangan sebelum ini, apa sahaja "TOOLS" yg bersesuaian

    boleh digunakan untuk mencapai objektif kewangan kita. Kalau anda

    rasa UT/OD boleh digunakan silakan, tiada siapa yg menghalang.

    Begitu juga 'Clean OD" , Term Loan + OD , FLexi Homeloan , OD/ASB

    , simpanan , Hartanah malah hutang dengan along pun boleh kalau

    nak, dengan syarat "TOOLS" tersebut memberikan pulangan dan

    tidak menyusahkan diri kita.

    Bagi saya "TOOLS" kurang penting , yg penting adalah OBJEKTIF

    kewangan kita, selagi kita tidak tahu apa sebenarnya objektif

    kewangan kita selagi itulah kebanyakan dari kita sibuk mencari

    "TOOLS" yg kononnya boleh menyelamatkan kita atau mungkin

    seperti ramai orang mencari "TOOLS" yg boleh menjadikan mereka

    kaya. Sekali lagi kita bermimpi, "TOOLS" kewangan tidak boleh

    menjadikan anda kaya.

    Saya ingin nyatakan disini bahawa tiada satu "TOOLS" pun yg akan

    menyelamatkan masalah kewangan anda atau menjadikan anda kaya

    dan sebagainya. Perancangan kewangan adalah satu proses dan

    untuk berjaya dalam kewangan peribadi, kita harus faham proses

    tersebut. "TOOLS" yg digunakan hanyalah sebahagian daripada

    proses tersebut.

    23

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    24/37

    Prosesnya mudah.

    1. Tetapkan Objektif Kewangan dan kemudian rancang bagaimana

    untuk mencapainya.

    2. Lupuskan semua hutang yg tidak memberi pulangan3. Kurangkan Perbelanjaan dan Tingkatkan simpanan

    4. Stabilkan kewangan

    5. Tingkatkan Harta yang memberikan pulangan

    6. Lindungi Diri dan Harta

    7. Bebas Kewangan

    8. Ulang Proses Diatas.

    Rasanya dalam merealisasikan setiap proses diatas tiada satu

    "TOOLS" pun yg disebut.

    24

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    25/37

    SIMPANAN ASAS PENGURUSAN KEWANGAN!

    Bercerita pasal simpanan, ramai yg bertanya macm mana saya boleh

    menyimpan / melabur 70% daripada pendapatan saya.

    Perseolannya disini ialah bukan macam mana tapi bila ianya

    bermula. Ianya bermula ketika saya berumur 12 tahun ketika saya

    mahu membeli basikal untuk saya kesekolah. Ketika itu saya kenal

    nilai wang. Saya mula menyimpan wang hasil dari belanja sekolah

    dan hasil jualan karipap dan nasi lemak disekolah.

    Persoalan pokok yg patut ditanya pada diri sendiri ialah bukan nilai ,

    jumlah atau mcm mana utk menyimpan tapi dah mula menyimpan

    ke belum?

    Tak guna asyik tanya macam mana sedangkan tidak mula

    menyimpan RM10 sebulan sekalipun, inikan pula nak tanya mcm

    mana nak menyimpan RM1K atau RM10K sebulan. Persoalannya

    ialah kenapa tak mula menyimpan? Biarpun hanya RM10 sebulan.

    Kenapa tidak bermula? Apa yg anda tunggu? Dari RM10 sebulan

    setelah 3 bulan ianya akan menjadi satu rutin ... Lepas itu anda anda

    mula cuba menyimpan RM20 sebulan sehingga ianya menjadi rutin.

    Lepas itu RM50 sebulan, RM100 sebulan, RM300 sebulan, RM500

    sebulan dan 5 tahun kemudian anda dapati anda menyimpan RM1K

    sebulan dan selama anda menyimpan selama 5 tahun anda mungkin

    telah mengumpul lebih RM10K. Fenomena ini dikenali sebagai

    "Conditioning" atau kebiasaan ... Bagi saya menyimpan 70% daripada

    pendapatan saya adalah perkara biasa. Bagi saya kalau tidak boleh

    menyimpan itu luar biasa kerana saya telah belajar mula menyimpan

    sejak dari berumur 12 tahun.

    Itu bermakna saya sudah belajar menyimpan selama 20 tahun.

    25

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    26/37

    Sama juga seperti mengumpul hutang, bila dah biasa berhutang,

    mula-mula RM10 pinjam kawan naik jadi RM50, lepas tu pinjam

    RM100 lepas tu pinjam dari kad kredit RM200, lepas tu tambah

    RM400 naik jadi RM1K , naik jadi RM2k , hutang along RM5K danseterusnya. Sebab tu ada orang tak boleh tidor malam dengan lena

    sebab berhutang. Tapi yang mana dah biasa atau "condition" dalam

    keadaan berhutang, biarpun bernilai jutaan ringgit, dia boleh tidor

    bukan sahaja dalam keadaan lena malah kuat berdengkur.

    Sama seperti pertanyaan bagaimana hendak menguruskan badan.

    Persoalannya ialah bukan bagaimana tapi sudah bermula ataubelum? Dah mula bersenam atau belum ... Dah mula makan sarapan

    yang berkhasiat atau belum ..Dah mula kurangkan makan siang dan

    malam atau belum? Kalau itu pun belum, macam mana anda masih

    sibuk bertanya bagaimana caranya nak kuruskan badan. Ini kerana

    anda tahu caranya cuma anda yang tidak mahu bermula. Terpulang!

    MATLAMAT KEWANGAN?

    Pastikan setiap sesuatu yg kita buat dengan duit kita tuh, kita kene

    tanye diri kita soalan2 berikut:

    1. Untuk apa aku simpan? Kenapa tak guna je?

    2. Kenapa nak belanja? Ape faedahnye?

    3. Kenapa bagus simpan kat situ? Kenapa tak simpan kat tempat

    lain?

    4. Siapa yang untung? Aku ke dia?

    Pelbagai lagi persoalan mudah yang boleh menduga akal dan diri kita

    sendiri... Semoga berjaya!

    26

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    27/37

    MASALAH NAK BERKAHWIN?

    Saya ini baru bertunang dan nak kena buat simpanan perkahwinan,

    gaji bulanan saya RM 1500 dan saya baru nak belajar menyimpan diASB. Katakan la saya dapat simpan RM900 sebulan maka dalam

    setahun saya dapat simpan RM 900 x 12 = RM 10, 800

    Boleh ke saya buat OD untuk simpanan ASB. Lepas tu gunakan duit

    OD tu utk perkahwinan saya. Kiranya simpanan ASB tu tak terusik

    dan kita masih leh dapat dividen kan? Untuk pengetahuan juga,

    tunang saya tidak mempunyai gaji yang lumayan. Kebanyakan

    gajinyer diberi kepada keluarga kerana masalah kewangan.So, masalah hantaran dipikul oleh saya seorang.

    JAWAPAN:

    Anda boleh menyimpan RM900 sebulan, apa yang susahnya?

    RM900 X 10 bulan = RM9K

    RM900 X 20 bulan = RM18K

    RM900 X 30 bulan = RM27K

    Maka pilih sahaja berapa lama yang perlu untuk menyimpan supaya

    cukup untuk matlamat kewangan anda. Jangan ambil sikap

    "dah nak terberak baru nak buat tandas"

    Anda cuma perlukan masa, takkan dah tak tahan sangat nak

    menikah kot? Kalau tunang anda dah tak sabar nak kahwin, suruh

    dia cari duit bantu anda, kalau dating boleh sama-sama , makan

    boleh sama-sama esok lusa "tidur" pun bersama takan tak boleh cari

    duit bersama?? Logik kan?

    Teman wanita saya sendiri dah 3 tahun ajak kahwin, jawapan saya

    mudah "my way or the highway" , saya kata kat dia "kalau nak

    tunggu, kalau dah tak sabar sgt cari orang lain" , saya tak emotional

    tentang benda-benda macam ni, itu saya la kan, org lain saya tak

    27

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    28/37

    tahu, saya fikir senang dan buat cara senang , saya tak suka

    menyusahkan diri saya dan juga orang lain kelak.

    Jadi saranan saya, ambil masa, kumpul duit dan tak perlu tergesa-

    gesa. Kalau nak diikutkan kalau setakat nikah RM500 pun tak abis,tapi sebab nak tunjuk kat orang kampung punya pasal, nak hantaran

    la , kenduri kendara laa , ambil gambar laa , bersanding la.. sebab tu

    RM20K pun tak cukup.

    Lagi satu, belum kahwin, tunang dah sibuk nak selesaikan masalah

    kewangan orang lain "kaum keluarga punya masalah" , diri sendiri

    tak tolong dulu, tapi sibuk nak tolong orang lain. Inilah masalah danpenyakit orang Melayu secara umum, sibuk nak bantu orang lain

    sebelum bantu diri sendiri. Saya pun tolong adik beradik jugak,

    tapi saya tolong dengan ilmu dan saya pastikan saya kaya dulu baru

    bantu yang lain.

    Tepuk dada tanya iman. dimana kedudukan anda sekarang dan

    ambil keputusan untuk ambil tindakan yang perlu, bukan ambil

    tindakan "bodo" ikut nafsu dan buat perkara ikut hati. Setakat nikah

    kahwin nie, bila-bila boleh buat, esok kalau nak pun boleh

    sebenarnya, kita saja yang buat susah sebab ikut "trend" orang lain.

    28

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    29/37

    KENAIKAN BLR?

    Bagaimana pula sekiranya BLR akan naik pada masa hadapan?Apakah penggunaan OD & ASB ini masih lagi relevan?

    JAWAPAN:

    Semuanya tergantung kepada kadar kenaikan dan juga keadaan

    semasa ketika itu. Saya tidak dapat melihat masa depan, namun jika

    kita membuat persediaan untuk menghadapinya, kita akan beradadidalam keadaan yang lebih mantap dan selesa. Semuanya

    bergantung kepada perkembangan semasa.

    Oleh kerana itu simpanan tunai beserta asset kekal amat penting

    untuk "hedge" apa juga tekanan kewangan masa hadapan. Potfolio

    individu harus diimbangi antara asset kekal dan pendapatan dari

    assets. Ini termasuklah asset kekal yang dapat memberikan kenaikan

    nilai pada kadar yang boleh di "sustain". Biarpun terdapat

    penguncupan nilai tambah pada asset kelak, namun ianya hanyalah

    percatuan atas asset kekal dan nilai sebenar asset akan pulih dalam

    jangka sederhana.

    Bagi penggunaan alat kewangan pula, ianya tergantung pada

    keadaan ketika itu dan juga "availability" yang ada ketika itu.

    Diingatkan berkali-kali bahawa bukan tools yang menyelesaikan

    masalah atau memberi masalah, semuanya tergantung kepada cara

    kita menggunakannya.

    29

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    30/37

    ADAKAH IDEA ANDA OK?

    Saya tidak akan kata OK atau TIDAK OK "IDEA" apa jua idea anda.

    Bagi saya, semuanya bermula dengan objektif atau "niat" anda buatsemua ini. Selebihnya cuma cara / kaedah / teknik sahaja.

    Seperti mana Isac Newton , Albert Einstein dan nama-nama saintis

    besar atau orang-orang terkaya didunia lain jika kita membaca

    biography (kisah hidup mereka) seperti Bill Gates atau Warrent Buffet

    bukan bermula dengan "macam mana aku nak kaya" tetapi mereka

    bermula dengan "bagaimana aku boleh membuat sesuatu" atau

    "bagaimana aku boleh mencipta sesuatu" , ianya bermula dengan

    keinginan untuk menjadi atau mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

    Isac Newton seorang pemikir berfikir bagaimana sesuatu itu berkait

    sehingga berjumpa "gravity" , manakala Einstein pula memikirkan

    "teori relativiti" sebelum berjumpa formula "e=mc2", Bill Gates hanya

    mahu mencipta sebuah mesin / perisian yang memudahkan urusan

    kerja seharian manusia sebelum menghasilkan "Microsoft" manakala

    "the Omaha Cronicles" Warrent Buffet hanya mahu mencari nilai

    tambah sebelum menjadi "pelabur professional".

    Oleh itu semuanya bermula dengan "objektif" atau "niat" sebelum

    boleh mencari formula. Kita menggunakan OD/ASB kerana mengikut

    hukum dan objektif berikut: -

    1. Rule no 1 = Never loose your money

    2. Rule no 2 = Never forget rule no 1

    OD/ASB menepati objektif tersebut. Anda kena bertanya pada diri

    sendiri apa yang cuba saudara capai = matlamat / objektif saudara

    dan apakah dengan menggunakan teknik / kaedah yang sedang

    saudara cuba ini dapat mencapai matlamat / objektif tersebut.

    30

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    31/37

    Perbincangan diatas bukanlah dari seorang penasihat dan pakar

    bertauliah. Ianya adalah pendapat peribadi, cadangan dan sarananyang difikirkan terbaik untuk dilaksanakan. Kami tidak

    bertanggungjawab jika anda mengalami kerugian dalam

    menggunakan kaedah yang disarankan. Tujuan utama pendedahan

    dan perkongsian ini dilakukan adalah untuk membuka minda dan

    jalan kepada anda dalam menetapkan matlamat supaya lebih

    mudah menguruskan kewangan anda. Mungkin ada sesetengah

    perkataan dan ayat diatas Nampak seolah-olah agak keras namunianya terbukti menyedarkan dan membuka mata yang telah

    tertutup selama ini. Semoga apa yang kami paparkan ini dapat

    membantu anda, sekurang-kurang anda tahu apa yang perlu

    dilakukan jika dalam keadaan sedemikian. Wang anda adalah hak

    anda.

    Jangan lupa keluarkan zakat kerana sumber pendapatan anda

    bukanlah 100% bersih. Semoga Berjaya!!!

    31

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    32/37

    PENAJA 1:

    Bagaimana untuk Menyimpan sehingga 140% atau lebih daripada

    Pendapatan anda.

    Adakah anda tahu bahawa jika anda tidak mempunyai sebarang

    simpanan, OD atau pinjaman peribadi, anda masih boleh menyimpan

    100% daripada perbelanjaan anda dengan menggunakan kad kredit

    dengan kadar faedah 0%?

    Ini satu kenyataan, anda boleh menggunakan kad kredit anda 0%

    interest FREE dan wang yang biasanya anda belanja akan dapatdisimpan di ASB sebagai contoh dengan kadar 8% setahun.

    Bayangkan jika perbelanjaan makan & minum, duit minyak, tol,

    roadtax kereta, insurance kereta, bayaran ansuran rumah, ansuran

    kereta dan macam-macam lagi yang boleh digunapakai oleh kad

    kredit anda kini boleh terus disimpan ke akaun simpanan atau

    pelaburan anda.

    Jika dulu anda berbelanja sebanyak RM1K misalnya, kini 100% boleh

    disimpan terus ke akaun simpanan atau pelaburan anda, oleh itu jika

    selama ini sebagai contoh anda berbelanja 40% daripada pendapatan

    anda , 10% utk simpanan dan selebihnya untuk membayar hutang,

    kini anda boleh menyimpan hampir 90% daripada pendapatan anda

    terus ke akaun simpanan atau pelaburan anda, ini bermakna jika

    pendapatan bersih anda adalah sebanyak RM 2000 sebulan, dengan

    menggunakan kaedah dan teknik anda boleh menympan sehingga

    RM1800 daripada pendapatan anda.

    Jika selama ini anda telahpun berjaya menyimpan lebih daripada

    50% daripada simpanan anda, kini anda boleh menympan atau

    melabur lebih daripada 140% daripada pendapatan anda, bunyi

    seperti pelik bukan, tapi itulah hakikatnya, tanpa ilmu serta

    32

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    33/37

    pengetahuan tentang alat kewangan / tools kewangan seperti kad

    kredit, anda pasti tidak akan dapat mengetahui kaedah serta cara

    yang betul menggunakan kad kredit utk kelebihan anda.

    Bagaimana ianya dilakukan? senang dan mudah sahaja, jangan guna

    satu belanja kad kredit anda sepertimana pihak bank mahu anda

    menggunakan kad kredit anda, anda hanya perlu guna "opposite"

    atau "bertentangan" dengan apa yang disyorkan oleh pihak bank (kad

    kredit anda). Mengikut telunjuk mereka adalah untuk mengkayakan

    mereka, anda perlu bijak dan mereka yang perlu ikut telunjuk anda,

    barulah mereka bekerja untuk anda dan seterusnya mengkayakandiri anda.

    Semua ini diterangkan didalam group "Urusinsan Millionaires Inside"

    Jumpa anda didalam forum group Millionaires Inside

    Salam

    Zaidi Ismail

    UrusInsan.Net

    33

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    34/37

    PENAJA 2:

    Menyimpan @ Melabur sehingga 2X Pendapatan Anda.

    Anda sudah tahu bagaimana untuk menyimpan sehingga 140% daripendapatan bulanan anda daripada hanya menggunakan kad kredit

    anda dengan betul. Pernahkah anda terfikir yang mana anda boleh

    menyimpan atau melabur sehingga 2X pendapatan anda, kini ramai

    telah boleh menyimpan 100% daripada pendapatan mereka, mereka

    telah master satu daripada pelbagai teknik dan kaedah membuat

    simpanan atau pelaburan.

    Bunyinya pelik dan ganjil bukan, Kini anda boleh menyimpan @

    melabur sehingga 2X pendapatan anda setiap bulan. Teknik ini

    adalah sebahagian daripada teknik "exelerated savings" atau

    kebanyakan bertanya saya macam mana nak "boost" savings mereka.

    Teknik ini adalah salah satu daripadanya.

    Tahukah anda, jika anda menggabungkan penggunaan kad kredit

    dan OD/ASB, anda boleh menyimpan sehingga 2X pendapatan anda?

    Menggunakan kad kredit dengan betul sahaja membolehkan anda

    menyimpan sehngga 140% daripada pendapatan anda dan jika

    digabungkan pula dengan OD/ASB dan dengan bantuan ASB sendiri,

    anda kini boleh menyimpan sehingga 2X pendapatan anda tanpa

    menyusutkan OD anda.

    Objektif asal penggunaan teknik ini adalah untuk memaksimakan

    ASB anda secepat mungkin (samaada RM200K utk individu atau

    RM400K utk suami isteri) ini bagi membolehkan anda mendapat

    pendapatan tahunan ASB lebih RM16K setahun utk individu atau

    RM32K setahun utk suami isteri bergantung kepada dividen + bonus

    ASB. Bayangkan jika anda mempunyai pendapatan RM2000 sebulan,

    anda kini boleh menyimpan di ASB sehingga RM4000 sebulan (dalam

    masa 4 tahun anda telah memenuhkan ASB anda sebanyak RM200K

    34

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    35/37

    @ 8 tahun utk RM400K) ini tidak diambil kira jika pendapatan anda

    bertambah setiap tahun. Ianya seperti menentang hukum alam,

    tetapi ianya masih boleh dilaksanakan jik dilakukan dengan betul.

    Sungguh menakjubkan bukan? Bagaimana ianya boleh dicapai?

    Apakah cara pelaksanaannya? Berapakah tempoh masa ianya

    dilakukan? Tanpa perlu membuat sebarang pinjaman , apa yg anda

    perlukan hanyalah kad kredit dan OD/ASB anda.

    Semua ini banyak lagi yg diterangkan didalam group

    "Urusinsan Millionaires Inside"

    Salam

    Zaidi Ismail

    UrusInsan.Net

    35

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    36/37

    PENAJA 3:

    Menyelesaikan Pinjaman Rumah anda dalam masa 5 tahun.

    Anda pasti sudah tahu bagaimana untuk menyelesaikan hutang

    rumah anda dari 30 tahun kepada hanya 15 tahun, anda juga bolehmelakukannya sendiri daripada 15 tahun kepada hampir 10 tahun

    sahaja, ianya sgt mudah.

    Tapi tahukah anda cara untuk menyelesaikan pinjaman perumahan

    anda kepada hanya 5 tahun atau kurang? bergantung kepada objektif

    kewangan anda, anda boleh menyelesaikan pinjaman perumahan

    anda kepada 5 tahun atau kurang. Baru-baru ini, abang saya sendirimengenengahkan peluang ini kepada saya.

    "Di, aku nak buat rumah kat kampung, aku perlukan RM25K untuk

    membina sebuah banglo dikampung diatas tanah sendiri, RM22K

    akan diberikan oleh kerajaan manakala selebihnya hampir RM25K

    memerlukan perbelanjaan sendiri, ada cara tak selain dari guna duit

    simpanan, tanya beliau kepada saya"

    Cabaran ini memberikan saya satu peluang untuk mencuba teknik

    yang sedang saya rencanakan. Setelah mengambil kira faktor usia

    dan pendapatan abang saya (usia 45 tahun pendapatan bersih RM

    1,700 sebulan dgn 6 orang anak). Saya mencadangkan pinjaman

    perumahan yg sedia ada dilangsaikan secepat mungkin. Setelah

    dikira , dibelek dan dengan menggunakan teknik ini, kami dapat

    membayar penuh pinjaman perumahan tersebut dalam masa kurang

    dari 2 tahun (baki pinjaman adalah sebanyak RM36K).

    Alat yg digunakan adalah KWSP2, OD/ASB dan kad kredit, baki

    terkini KWSP2 abang saya ialah sebanyak RM2K sahaja (selebihnya

    telah dikeluarkan sebelum ini). Setelah proses ini selesai kelak, abang

    saya bakal mempunyai rumah yg tiada pinjaman perumahan dan

    36

  • 8/14/2019 @UntoldBonus_Pengurusan_Kewangan

    37/37

    juga mempunyai cukup wang (RM25K) untuk membina rumah

    persaraan beliau kelak.

    Bagaimana saya dan abang saya melakukannya?

    Ikuti sambungan kisah ini di group "Urusinsan Millionaires Inside"

    Salam

    Zaidi Ismail

    UrusInsan.Net

    Lawati & Sertai Kami Secara Percuma Di:

    www.urusinsan.net

    Anda Juga Berpeluang Membuat Wang

    Dengan Affiliate Ebook Ini:

    www.pengurusankewangan.com

    http://www.urusinsan.net/http://www.pengurusankewangan.com/http://www.urusinsan.net/http://www.pengurusankewangan.com/