universiti teknologi malaysia · ralat paralaks 2.3 cara ... 2.6 contah penggunaan skala vernier 26...

24
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN FIZIK SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya NORHANISA BINTI MD.AMIR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 3562, JLN. JABBAR, BENTENG PM. DR. HJ SHAHAROM BIN NOORDIN 84150, PARIT JAWA, Nama Penyelia MUAR, JOHOR Tarikh: 2 MEI 2008 Tarikh: 2 MEI 2008

Upload: trandang

Post on 07-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN FIZIK

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya NORHANISA BINTI MD.AMIR

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 3562, JLN. JABBAR, BENTENG PM. DR. HJ SHAHAROM BIN NOORDIN 84150, PARIT JAWA, Nama Penyelia MUAR, JOHOR Tarikh: 2 MEI 2008 Tarikh: 2 MEI 2008

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :………………………………………………

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM BIN

NOORDIN

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM KALANGAN

PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN FIZIK

NORHANISA BINTI MD.AMIR

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

iv

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :………………………………….

Nama Penulis : NORHANISA BINTI MD.AMIR

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

v

DEDIKASI

Buat mak dan ayah,

Iringan doa yang tidak putus-putus dan nasihat yang berharga dari mak dan ayah

akan sentiasa menjadi bekalan dalam menempuh hidup yang penuh cabaran

Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan,

Jasa yang mak ayah taburkan hanya mampu dibalas olehNYA dan

akan ku kenang sehingga akhir hayatku

Buat adik beradik yang dikasihi,

Along, Angah dan Adik,

Terima kasih di atas sokongan dan nasihat yang diberi,

Kasih sayang dan keprihatinan kalian semua akan sentiasa

ku ingati sepanjang hayatku

Buat teman seperjuangan,

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan nasihat

yang diberikan sepanjang persahabatan kita,

Akanku ingati setiap detik pahit dan indah yang kita lalui bersama-sama,

Teruskanlah usahamu kerana sesungguhnya perjuangan kita masih belum tiba nokhtahnya

Akhir sekali

Buat insan teristimewa,

Terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang sentiasa menjadi

azimat perjuanganku disini

Ku berdoa agar segala impian yang kita bina akan tercapai

dengan izin Allah S.W.T

Semoga perhubungan kita sentiasa diredhai dan dirahmati

PENGHARGAAN

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

vi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat

dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para

sahabat. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia,

petunjuk dan keizinanNYA maka dapatlah saya menyiapkan kajian ini mengikut

perancangan yang telah direncanakan

Sekalung doa dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Prof. Madya

Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin selaku pembimbing projek di atas bimbingan, tunjuk

ajar dan nasihat yang sangat bermanfaat. Jasa dan pengorbanan yang telah

dicurahkan hanya mampu dibalas olehNYA.

Jutaan terima kasih juga buat pelajar tahun empat program pendidikan Fizik

di atas kerjasama yang diberikan sepanjang penyelidikan dijalankan. Kerjasama, idea

dan kritikan membina yang diberikan akan tetap disanjung dan saya kenang

sepanjang hayat.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia yang banyak menyediakan kemudahan bagi

memudahkan pencarian maklumat dan juga sumber-sumber dalam menyempurnakan

kajian saya ini. Juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan penyelidikan ini secara langsung atau tidak langsung.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

vii

ABSTRAK

Tahap kefahaman dalam kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar telah

mendapat perhatian ramai para penyelidik. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik

ini adalah untuk menentukan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam

kalangan pelajar tahun empat Universiti Teknologi Malaysia yang sedang mengikuti

program pengajian Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik). Terdapat tiga pembolehubah bebas

dalam kajian ini iaitu jantina, program pengajian dan pencapaian Purata Nilai Gred

Keseluruhan. Seramai 44 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada dua program

pengajian yang puratanya berumur dalam 23 tahun terlibat sebagai responden dalam

kajian ini. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan dan alat kajian yang

digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif yang

mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Kebolehpercayaan alat kajian ini

ialah α = .65. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim

digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhan, tahap kefahaman

kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tahun empat adalah baik. Dapatan

kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar merentas

jantina dan program pengajian iaitu masing-masing berada pada tahap baik. Namun

begitu, terdapat perbezaan tahap kefahaman merentasi Purata Nilai Gred

Keseluruhan iaitu tahap kefahaman pelajar dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan

2.00 hingga 3.66 adalah baik manakala pelajar dengan Purata Nilai Gred

Keseluruhan kurang daripada 2.00 berada pada tahap lemah. Berdasarkan keputusan

kajian yang diperolehi, usaha-usaha perlu dibuat bagi mempertingkatkan lagi

kemahiran pelajar tahun empat terhadap kemahiran manipulatif. Usaha ini adalah

sebagai langkah untuk membentuk budaya saintifik dalam kalangan guru.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

viii

ABSTRACT

The level of understanding in scientific skills among students has attracted

many researchers. The purpose of this study is to find out the level of understanding

of the manipulative skills among fourth year students at Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai taking Bachelor of Science with Education (Physics) and Bachelor

of Science and Computer with Education (Physics). There were three independent

variables in this study which are gender, program of study and Cumulative Point

Average. Forty-four (male and female) students were involved in this study with

overall aged of 23 years old. The method used in this study was observation and the

instrument used was “Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif”

that contained 40 multiple choice items. The reliability value of this research is α =

.65. Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were

used in analyzing the data. Overall, the level of understanding in manipulative skills

among fourth year students was at good level. The result also shows that there were

no differences between students in their level of understanding in manipulative skills

for all genders and courses, which can be classified as a good level. Nevertheless,

there were differences in the level of understanding of manipulative skills between

Cumulative Point Average, which can be classified as good for students with

Cumulative Point Averaged 2.00 to 3.66 and low for students with Cumulative Point

Averaged less than 2.00. Based on the acquired result, actions should be taken into

consideration to enhance the manipulative skills among fourth year students, in order

to create scientific culture among science teachers.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PERAKUAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

1. PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Kelemahan dalam Peperiksaan Fizik 3

Sijil Pelajaran Malaysia

1.2.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif 5

Yang Lemah

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

x

1.2.3 Cara Pembelajaran Fizik Secara Hafalan 6

1.2.4 Kelemahan Pengajaran Guru 6

1.3 Peryataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rangka Kerja Konsep 9

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Skop Kajian 13

1.9 Andaian Kajian 13

1.10 Batasan Kajian 14

1.11 Takrifan 15

1.11.1 Tahap Kefahaman 15

1.11.2 Kemahiran Manipulatif 15

1.11.3 Peralatan Sains 17

1.11.4 Pengendalian Peralatan Sains 17

1.11.5 Penyimpanan Peralatan Sains 18

1.12 Rumusan 19

2. SOROTAN PENULISAN 20

2.1 Pendahuluan 20

2.2 Teori-teori Kemahiran Manipulatif 20

2.2.1 Pengendalian Peralatan Sains 22

2.2.1.1 Ammeter 22

2.2.1.2 Angkup vernier 24

2.2.1.3 Termometer 27

2.2.2 Penyimpanan Peralatan Sains 29

2.2.2.1 Elektrik/Elektronik 31

2.2.2.2 Haba 33

2.2.2.3 Cahaya 34

2.2.3 Kepentingan Kemahiran Manipulatif 35

2.2.4 Langkah Penguasaan 39

2.3 Kajian Berkenaan Kemahiran Manipulatif 43

Dalam Negara

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

xi

2.4 Kajian Berkenaan Kemahiran Manipulatif 47

Luar Negara

2.5 Rumusan 53

3. PENGKAEDAHAN 54

3.1 Pendahuluan 54

3.2 Reka bentuk Kajian 54

3.3 Sumber Data 55

3.4 Alat Kajian 55

3.5 Tatacara Kajian 58

3.5.1 Kajian Rintis 59

3.5.1 Kajian Sebenar 59

3.6 Analisis Data 60

3.7 Rumusan 63

4. DAPATAN KAJIAN 64

4.0 Pendahuluan 64

4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif 65

4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif 67

Merentas Jantina

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif 69

Merentas Program Pengajian

4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif 71

Merentas PNGK

4.5 Rumusan 74

5. KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 75

5.0 Pendahuluan 75

5.2 Ringkasan 75

5.3 Kesimpulan 77

5.4 Perbincangan 78

5.4.1 Tahap kefahaman Kemahiran Manipulatif 78

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

xii

Secara Keseluruhan

5.4.2 Tahap kefahaman Kemahiran Manipulatif 82

Merentas Jantina

5.4.3 Tahap kefahaman Kemahiran Manipulatif 84

Merentas Program Pengajian

5.4.4 Tahap kefahaman Kemahiran Manipulatif 87

Merentas PNGK

5.5 Implikasi 89

5.6 Cadangan 95

5.7 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 98

5.8 Rumusan 100

RUJUKAN 101

LAMPIRAN 105

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

xiii

SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT

1.1 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata 4

Pelajaran Fizik

3.1 Bilangan Responden Mengikut Program 55

3.2 Item-item kemahiran manipulatif 59

mengikut aspek yang dinilai

3.3 Pemeringkatan Tahap Kefahaman 60

Kemahiran Manipulatif

3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman 61

Bagi Setiap Kemahiran

4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 65

Kemahiran Manipulatif

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 67

Kemahiran Manipulatif Merentas Jantina

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 69

Kemahiran Manipulatif Merentas Program

Pengajian

4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 71

Kemahiran Manipulatif Merentas PNGK

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep Kajian 10

2.1 Ammeter 23

2.2 Jalur cermin pada ammeter untuk mengelakkan 23

ralat paralaks

2.3 Cara menyambung ammeter dalam litar 24

2.4 Angkup Vernier 24

2.5 Skala angkup vernier 25

2.6 Contah penggunaan skala vernier 26

2.7 Contoh cara membaca angkup vernier 26

2.8 Termometer rintangan 27

2.9 Termometer termogandingan 28

2.10 Termometer merkuri 28

2.11 Kedudukan mata semasa membaca termometer 29

2.12 Rak dan kabinet yang terdapat di makmal 30

2.13 Pengelasan peralatan sains mengikut bahagian 31

2.14 Laci untuk menyimpan peralatan elektrik yang 31

kecil

2.15 Penyimpanan ammeter 32

2.16 Penyimpanan pak kuasa 32

2.17 Penyimpanan magnet 33

2.18 Penyimpanan termometer 35

2.19 Penyimpanan kanta, prisma dan bongkah kaca 35

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

xv

2.20 Tolok Skru Mikrometer 36

2.21 Bacaan tolok skru mikrometer 36

2.22 Susunan alat radas 38

3.1 Aspek-aspek kemahiran pengendalian peralatan 57

sains yang dinilai

3.2 Aspek-aspek penyimpanan peralatan sains yang dinilai 57

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

xvi

SENARAI SINGKATAN

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Fizik)

SPP - Ijazah sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan (Fizik)

UPTKKM - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran

Manipulatif

KS - Kemahiran Saintifik

KM - Kemahiran Manipulatif

KPS - Kemahiran Proses sains

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Malaysia kini sedang mengorak langkah ke arah mencapai taraf negara maju

menjelang tahun 2020 seperti yang telah termaktub di dalam ‘Wawasan 2020’ yang

diinspirasikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru, ianya memerlukan negara kita untuk maju dalam semua aspek ekonomi,

sosial, rohani, psikologi dan budaya tetapi masih mengikut acuan Malaysia. Salah

satu cabaran yang harus ditangani bagi merealisasikan ‘Wawasan 2020’ menyentuh

secara khusus kepentingan sains dan teknologi iaitu mewujudkan masyarakat

saintifik dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh serta menjadi

penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi di masa hadapan. Dalam

memenuhi cabaran ini, wujud keperluan yang agak mendesak bagi menyediakan

masyarakat yang celik sains yang kreatif dan berketerampilan dalam sains dan

teknologi.

Langkah pertama ke arah mewujudkan masyarakat yang celik sains adalah

melalui penerapan mata pelajaran Sains dan Teknologi secara khusus dalam

pendidikan di sekolah. Mata pelajaran Sains dan Teknologi yang terdapat di sekolah

khususnya mata pelajaran Fizik memberi asas pendidikan kepada pelajar untuk

melanjutkan pelajaran dalam bidang yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran

sains dan teknologi. Ini telah menjadi cabaran kepada guru sebagai pelaksana

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

2

kurikulum sains di sekolah dalam melatih bakal-bakal saintis atau “mensainskan”

masyarakat menerusi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.

“Kurikulum sains di negara memberi penekanan terhadap kaedah inkuiri dan

penyelesaian masalah seperti melakukan aktiviti yang berorientasikan uji kaji dan

kegiatan amali (Abu Hassan, 2004).” Sehubungan dengan ini, pelajar perlu

didedahkan dengan pengetahuan mengenai KS bagi membolehkan mereka

mempelajarai sains secara bersistem dan berkesan. “Melalui pendekatan KS, pelajar

akan berpeluang merancang dan seterusnya menyelesaikan sesuatu masalah dengan

sendiri dan dapat melihat dengan jelas perkaitan serta kepentingan pengetahuan sains

yang dipelajari dengan kehidupan seharian (Abu Hassan, 2004).” “Selain daripada

itu, penerapan KS melalui pendidikan formal di Malaysia mampu menjana elemen

Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) di kalangan pelajar (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2001).”

Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua komponen iaitu kemahiran proses

sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM). “Kemahiran proses sains dikenali

sebagai kemahiran kognitif manakala kemahiran manipulatif dikenali sebagai

kemahiran psikomotor (Zol Azlan, 2000).” Komponen KS khususnya KM

merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh pelajar semasa menjalankan

uji kaji di dalam makmal Fizik. “Penguasaan terhadap KM akan memberi

pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam penggunaan dan pengendalian

peralatan sains yang cekap untuk menjalankan uji kaji dengan berkesan (Abu

Hasssan, 2004).”

Matlamat negara untuk menjadi negara industri dan negara yang maju seiring

dengan perkembangan sains dan teknologi memerlukan rakyatnya yang bukan sahaja

boleh menggunakan malah boleh menyumbangkan penghasilan teknologi melalui

penyelidikan yang dilakukan. Oleh itu, pelajar perlulah diberikan pengukuhan

terhadap KM sejak peringkat sekolah dalam usaha untuk melahirkan tenaga mahir

yang terlibat dalam penyelidikan dan penciptaan teknologi yang boleh menyumbang

kepada kemajuan negara.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

3

1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan merupakan suatu wahana dalam mencapai Wawasan 2020.

Komuniti sekolah yang celik sains akan memastikan pembentukan masyarakat yang

saintifik dan progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh pada masa kelak.

Dengan itu, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah hendaklah dirancang

dengan teliti dalam usaha membentuk pelajar yang saintifik. Pembelajaran

berunsurkan sains berbeza daripada pembelajaran lain-lain disiplin. “Pelajar tidak

akan dapat memahami sains semata-mata dengan mentelaah dan memerhati

persekitaran sebaliknya mereka harus melakukan aktiviti saintifik secara sistematik

(Abu Hassan, 2004).”

1.2.1 Kelemahan dalam Peperiksaan Fizik Sijil Pelajaran Malaysia

Tahap pencapaian pelajar berkenaan kemahiran saintifik dapat dinilai melalui

keputusan peperiksaan Fizik. Ini adalah kerana soalan-soalan di dalam peperiksaan

mengandungi elemen-elemen yang menguji kefahaman pelajar berkenaan kemahiran

saintifik. Berikut merupakan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) bagi mata pelajaran Fizik untuk Sek. Men. Teknik Johor Bahru bagi tahun

2006.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

4

Jadual 1.1: Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik 2006

Gred Bilangan Peratusan (%)

1A 10 3.57

2A 16 5.71

3B 38 13.57

4B 58 20.71

5C 70 25.00

6C 52 18.57

7D 32 11.43

8E 4 1.43

9G 0 0.00

(Sumber : Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu)

Analisis keputusan SPM dalam mata pelajaran Fizik menunjukkan kurang

daripada 10.00 % pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dan lebih daripada

10.00% pelajar mencapai keputusan yang lemah dalam mata pelajaran Fizik. Hal ini

amat membimbangkan dan sepatutnya tidak berlaku di sekolah teknik yang

merupakan sekolah aliran sains yang memberikan tumpuan kepada penguasaan

kemahiran tertentu untuk melakukan aktiviti yang berorientasikan uji kaji dan

kegiatan amali. “Sehubungan dengan itu, para pelajar perlu mempunyai pengetahuan

yang baik dalam aspek KS bagi membolehkan mereka mempelajari Fizik secara

bersistem dan berkesan (Abu Hassan, 2004).”

Soalan-soalan berkaitan KS yang diuji di dalam peperiksaan berkisar terhadap

elemen-elemen KS khususnya KM yang diterapkan menerusi sesi amali Fizik di

dalam makmal. Kelemahan pelajar menjawab soalan dalam peperiksaan

menunjukkan kurangnya kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap KM. Hal ini

terjadi adalah disebabkan oleh kurangnya keberkesanan dan penekanan diberikan

oleh guru terhadap KM sewaktu menjalankan sesi amali di dalam makmal. Oleh itu,

penekanan kepada KM perlu ditingkatkan bagi memastikan keputusan yang lebih

baik dapat diperolehi.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

5

1.2.2 Kefahaman Kemahiran Manipulatif yang Lemah Di dalam mempelajari Fizik, sikap dan minat sangat mempengaruhi

pencapaian seorang pelajar. Ini adalah kerana sikap dan minat membentuk kesediaan

mental dan Fizikal pelajar dalam mempelajari Sains. Tidak dapat dinafikan juga

bahawa masih terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa Fizik itu merupakan

bidang ilmu yang susah dipelajari. “Tanggapan-tanggapan ini adalah disebabkan

oleh lemahnya budaya Fizik di dalam diri dan tiada kesedaran yang menyeluruh

mengenai Fizik itu sendiri (Zol Azlan, 2000).”

Salah satu kaedah membudayakan Fizik di sekolah ialah melalui pengukuhan KS

di dalam P&P Fizik. “Proses P&P Fizik yang berteraskan pembelajaran menerusi

pengalaman sendiri akan memberikan peluang kepada pelajar belajar dan

memperkembangkan KS secara inkuiri (Abu Hassan, 2004).” Berdasarkan

keputusan peperiksaan SPM, dapat disimpulkan bahawa masih ramai pelajar yang

lemah dalam menguasai istilah Fizik dan KS khususnya KM. Laporan Prestasi SPM

2003 telah mengenal pasti beberapa kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran

manipulatif seperti:

i. Membuat kejituan pengukuran yang salah

ii. Tidak melakukan eksperimen makmal dengan alat yang sesuai.

iii. Tidak menyatakan alat yang mencukupi dalam menjalankan eksperimen.

(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003)

Kelemahan pelajar dalam KM menunjukkan pelajar tidak menguasai aspek–

aspek seperti pengendalian dan penggunaan peralatan sains di dalam makmal.

Kelemahan pelajar di dalam KM boleh mempengaruhi keputusan amali Fizik yang

dijalankan dan seterusnya boleh menyumbang kepada salah faham terhadap konsep

Fizik.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

6

1.2.3 Cara Pembelajaran Fizik Secara Hafalan Ramai pelajar belajar Fizik dengan menghafal segala konsep dan rumus tanpa

fahaman.

Pelajar mengamalkan orientasi belajar menghafal, berusaha mengingat

semulatakrifan apa-apa pengetahuan, konsep, prinsip, hukum-hukum

dan teori Fizik tanpa memahaminya atau mengaitkan dengan

pengetahuan lepas dan mengaplikasikannya

(Lilia et al., 2002 :179)

Sekiranya pelajar belajar Fizik secara hafalan, mereka akan berhadapan

dengan masalah untuk menggunakan konsep Fizik untuk menyelesaikan masalah

Fizik dalam pelbagai situasi. Selain daripada itu, pelajar turut akan gagal

mengaitkan Fizik yang dipelajari dengan persekitaran kehidupan mereka dan ini

tidak dapat membantu dalam membudayakan Fizik ke dalam diri pelajar.

1.2.4 Kelemahan Pengajaran Guru “Dalam usaha memupuk KS di dalam diri pelajar, guru hendaklah merangka

aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar terlibat dengan aktif dalam proses P&P

dan ini secara langsung dapat membantu pelajar memahami dan meningkatkan minat

terhadap mata pelajaran Fizik (Yap et al., 2004).” “Akan tetapi, kebanyakan guru

gagal menguasai kemahiran saintifik dengan baik dan ini menyebabkan pembelajaran

Fizik yang berlaku di kalangan pelajar adalah secara hafalan (Abu Hassan, 2004).”

Kelemahan guru dalam membentuk sikap dan pemikiran saintifik pelajar jelas

ditunjukkan ketika menjalankan sesi amali di dalam makmal. Sistem kerja amali di

makmal Fizik amat mendukacitakan. Uji kaji yang dilakukan di sekolah lebih

berbentuk stereotaip di mana aktiviti dan bahan yang digunakan adalah seragam

dalam semua kumpulan pelajar. “Guru perlu mengubah corak P&P kerja amali

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

7

daripada mengikut apa yang tertera di dalam buku teks atau buku kerja amali ke arah

yang lebih bermakna dalam usaha mengembangkan aspek kognitif, afektif serta KS

pelajar (Abu Hassan, 2004).”

Seringkali guru mengambil remeh sesuatu uji kaji yang dilakukan tanpa

mencuba terlebih dahulu sebelum pelajar melakukan uji kaji tersebut. “Kurangnya

persediaan dalam sesuatu uji kaji menyebabkan guru kurang jelas dan tidak

menitikberatkan terhadap aspek ketelitian dan keselamatan yang berkaitan dengan uji

kaji tersebut (Abu Hassan, 2004).” “Hal ini menyebabkan pelajar lebih cenderung

melakukan uji kaji dengan berpandukan cara kerja yang sudah tersedia tanpa

mengambil kira aspek KS yang perlu dikuasai (Abu Hassan, 2004).”

1.3 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan, kajian ini

dilakukan adalah untuk mengkaji kefahaman kemahiran manipulatif bakal guru-guru

Fizik di Fakuti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

1.4 Objektif Kajian

Terdapat empat perkara yang menjadi tujuan utama kajian ini dilakukan iaitu: 1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam

kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

2. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran manipulatif merentas

jantina dalam kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · ralat paralaks 2.3 Cara ... 2.6 Contah penggunaan skala vernier 26 2.7 Contoh cara ... kecil 2.15 Penyimpanan ammeter 32

8

3. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran manipulatif merentas

program pengajian dalam kalangan pelajar tahun empat program

Pendidikan Fizik, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

4. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran manipulatif merentas

PNGK dalam kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.