kesan penggunaan educational … · 3.5 instrumen kajian 47 3.5.1 group embedded figures test...

45
KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL MULTIFUNCTIONAL PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER KIT TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR YANG BERBEZA GAYA KOGNITIF NOORLIN RAWAIDA BINTI MOHD ISA Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JULAI 2012

Upload: dinhdiep

Post on 27-May-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL MULTIFUNCTIONAL

PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER KIT TERHADAP PENCAPAIAN

PELAJAR YANG BERBEZA GAYA KOGNITIF

NOORLIN RAWAIDA BINTI MOHD ISA

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JULAI 2012

Page 2: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

v

ABSTRAK

Penggunaan kit pembelajaran merupakan salah satu ABBM di dalam proses P&P

bagi membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Kajian ini

bertujuan untuk melihat kesan penggunaan Educational Multifunctional

Programmable Logic Controller Kit terhadap pencapaian pelajar yang berbeza gaya

kognitif (Field Independent & Field Dependent). Reka bentuk kajian yang digunakan

adalah kuasi-eksperimental. Kajian ini di jalankan di dua buah ILP iaitu ILP Pasir

Gudang dan ILP Bukit Katil. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan pelajar

iaitu kumpulan rawatan (pelajar dari ILP Pasir Gudang) dan kumpulan kawalan

(pelajar dari ILP Bukit Katil) yang masing-masing mempunyai 29 orang dan 26

orang. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian pasca, ujian GEFT,

kit pembelajaran E.M.P.L.C.K. dan borang soal selidik. Data-data yang diperolehi di

analisis menggunakan statistik deskriptif seperti skor min dan frekuensi dan ujian -t

untuk menguji hipotesis pada aras 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan di antara pelajar

kumpulan rawatan iaitu kumpulan yang menggunakan kit pembelajaran dan

kumpulan kawalan iaitu kumpulan yang menggunakan kaedah konvensional. Kedua,

terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan bagi tahap pencapaian

pelajar di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam kalangan pelajar

FD, tetapi tiada perbezaan yang signifikan bagi kumpulan kawalan dan kumpulan

rawatan di kalangan pelajar FI. Akhir sekali, terdapat perbezaan yang signifikan bagi

pelajar yang memiliki gaya kognitif FI dan FD. Kit pembelajaran meliputi empat

elemen iaitu mudah digunakan (min=4.146), kesesuaian reka bentuk kit (min=4.11),

membantu mempelajari topik (min=4.25) dan motivasi (min=4.136).

Kesimpulannya, kit pembelajaran berpotensi dalam meningkatkan pencapaian pelajar

serta memberi manfaat kepada pelajar yang berbeza gaya kognitif (FI-FD).

Page 3: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

vi

ABSTRACT

Learning kit usage is one of the teaching aids in the process of learning to help

students understand the subject more effectively. The purpose of this study is to

examine the effectiveness of using Educational Multifunctional Programmable Logic

Controller Kit on the achievement of student with different cognitive styles (Field

Independent & Field Dependent). The quasi-experimental methodology was used in

this study. This study was conducted at ILP Pasir Gudang and ILP Bukit Katil. The

study samples consisted of two groups of students that are divided into treatment

(students from ILP Pasir Gudang) and control (students from ILP Bukit Katil)

groups, which respectively have 29 people and 26 people. This study involved GEFT

test, pre and post test, E.M.P.L.C.K. learning kits and questionnaires as a instrument.

Data collected was analyze using descriptive statistic such as mean score and

frequency and Independent t-test is used to test the hypothesis at the level of 0.05.

Finding shows that there is a significant difference in mean score between students of

the treatment groups that using E.M.P.L.C.K.in teaching and learning and the control

group that using the conventional method. Secondly, there is a significant difference

in mean score gains between the control and treatment groups among FD students,

but there is no significant difference for the control and treatment groups among FI

students. Lastly, there is a significant difference between the two cognitive styles of

FI and FD students. Leaning kit includes four elements that is easy to use

(mean=4.146), the suitability of the design kit (mean=4.11), help to learn in topic

(mean=4.25) and motivation (mean=4.136). As a conclusion, the kit has the potential

in enhancing the students’ achievement and give benefit to students with different

cognitive styles (FI and FD).

Page 4: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

KANDUNGAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Tujuan kajian 8

1.5 Objektif kajian 8

1.6 Persoalan kajian 9

1.7 Hipotesis kajian 9

1.8 Kepentingan kajian 11

1.9 Skop kajian 12

1.10 Kerangka konsep kajian 12

1.11 Definisi istilah 14

vii

Page 5: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

1.11.1 Pengajaran 14

1.11.2 Pembelajaran 14

1.11.3 Alat bahan bantu mengajar (ABBM) 15

1.11.4 Kit pengajaran dan pembelajaran 15

1.11.5 Pembelajaran konvensional 15

1.11.6 Gaya kognitif 16

1.11.7 Gaya kognitif Field Independent (FI) 16

1.11.8 Gaya kognitif Field Dependent (FD) 16

1.11.9 Programmable Logic Controller (PLC) 17

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Model-model kajian 18

2.2.1 Model kajian Witkin, Moore, Goodenough,

dan Cox (1977)

19

2.2.2 Model kajian Derussy dan Futch (1971) 21

2.2.3 Model kajian Saracho dan Spodek (1981) 22

2.2.4 Model kajian Dunn dan Dunn (1978) 23

2.3 Definisi gaya kognitif 26

2.3.1 Ciri-ciri gaya kognitif FI - FD 27

2.3.2 Proses pengajaran dan pembelajaran gaya

kognitif FI dan FD

30

2.4 Alat bahan bantu mengajar (ABBM) 32

2.4.1 Keberkesanan penggunaan alat bahan bantu

mengajar

33

2.4.2 Kepentingan kit pembelajaran sebagai ABBM 34

2.4.3 Kit Educational Multifunctional

Programmable Logic Controller sebagai

ABBM

36

2.5 Kajian-kajian lepas 37

2.6 Latar belakang mata pelajaran yang dikaji 39

2.7 Institusi yang dikaji 39

2.7.1 Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang 40

2.7.2 Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil 40

viii

Page 6: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

2.8 Rumusan 41

BAB 3 METODOLOGI 42

3.1 Pengenalan 42

3.2 Reka bentuk kajian 42

3.2.1 Reka bentuk kuasi eksperimental 44

3.3 Populasi dan sampel 46

3.4 Lokasi kajian 46

3.5 Instrumen kajian 47

3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47

3.5.2 Ujian pra – pasca 48

3.5.3 Ujian pasca (Ketekalan) 49

3.5.4 Borang soal selidik 50

3.6 Rawatan kajian 51

3.6.1 Reka bentuk kit 51

3.6.2 Fungsi kit 53

3.6.3 Kebolehfungsian kit 54

3.7 Kesahan instrumen 56

3.8 Kebolehpercayaan instrumen 56

3.8.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 57

3.8.2 Ujian pra - pasca 58

3.8.3 Soal selidik 59

3.9 Prosedur kajian 59

3.10 Kaedah analisis data 62

3.11 Andaian kajian 63

3.12 Rumusan 64

BAB 4 ANALISIS DATA 65

4.1 Pengenalan 65

4.2 Analisis data 66

4.3 Penentuan gaya kognitif pelajar 67

4.4 Perbezaan pencapaian ujian pra antara pelajar

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

67

ix

Page 7: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

4.5 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara

pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

68

4.6 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara

pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

dalam kalangan pelajar Field Independent (FI)

71

4.7 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara

pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD)

73

4.8 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara

pelajar Field Independent (FI) dengan Field

Dependent (FD)

75

4.9 Skor min bagi penilaian pelajar terhadap elemen-

elemen di dalam kit pembelajaran E.M.P.L.C.K

76

4.9.1 Kemudahan penggunaan 78

4.9.2 Kesesuaian reka bentuk kit 79

4.9.3 Membantu mempelajari topik 81

4.9.4 Motivasi 82

4.10 Rumusan 83

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 84

5.1 Ringkasan 84

5.2 Rumusan kajian 85

5.2.1 Rumusan analisis faktor gaya kognitif pelajar 85

5.2.2 Rumusan persoalan kajian 86

5.3 Perbincangan 88

5.3.1 Faktor gaya kognitif Field Independent (FI)

dan Field Dependent (FD)

89

5.3.2 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di

antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan

89

5.3.3 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di

antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan dalam kalangan pelajar Field

Independent (FI)

91

x

Page 8: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

RUJUKAN 103

LAMPIRAN 110

5.3.4 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di

antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan dalam kalangan pelajar Field

Dependent (FD)

92

5.3.5 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di

antara pelajar Field Independent (FI) dengan

pelajar Field Dependent (FD)

93

5.3.6 Elemen-elemen dalam kit pembelajaran

E.M.P.L.C.K yang membantu pemahaman

dalam proses pembelajaran

95

5.4 Model perkaitan di kaedah pengajaran dan

pembelajaran dengan gaya kognitif pelajar

97

5.5 Cadangan 99

5.6 Cadangan kajian lanjutan 101

5.7 Penutup 102

xi

Page 9: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

SENARAI JADUAL

2.1 Perbezaan gaya kognitif FI – FD (Witkin. Moore,

Goodenough & Cox, 1977: Yahaya, A. et al., 2005)

20

2.2 Pilihan pendidikan dan pekerjaan oleh individu FD dan FI 22

2.3 Perbezaan antara individu FD dan individu FI

(Saracho dan Spondek, 1981)

23

2.4 Ringkasan ciri-ciri FI – FD dari tiga aspek berlainan

(Town, 2003)

29

2.5 Perbezaan gaya kognitif FI-FD dalam proses pengajaran

(Sigel, & Brodzinky, 1997: Yahaya, A. et al., 2005)

31

2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam proses pembelajaran

(Willerman,1979: Yahaya, A. et al., 2005).

32

3.1 Reka bentuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan 43

3.2 Aktiviti penilaian sebenar 44

3.3 Taburan responden mengikut kumpulan 46

3.4 Pengelasan pelajar FI dan FD mengikut skor 48

3.5 Reka bentuk kaedah ujian pra-pasca (Chua, 2006) 49

3.6 Skala likert 51

3.7 Kod sistem robotik dan PLC 54

3.8 Tafsiran skor Cronbach’s Alpha (Mohd Najib, 1999) 57

3.9 Indeks diskriminasi dan aras diskriminasi piawai (Mok, 1994) 58

3.10 Indeks kesukaran dan aras kesukaran piawai

(Mok, 1994)

58

3.11 Interpretasi skor min 62

3.12 Kaedah penganalisisan data 63

xii

Page 10: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

4.1 Taburan skor ujian GEFT bagi kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan

67

4.2: Ujian kesejenisan ANOVA skor ujian pra bagi kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan

68

4.3 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian

pelajar bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

69

4.4 Ujian Kolmogorov-Smirnov bagi kumpulan rawatan dan

kawalan

70

4.5 Analisis peningkatan pencapaian pelajar kumpulan kawalan

dan rawatan

70

4.6 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian

pelajar bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam

kalangan pelajar FI

71

4.7 Analisis peningkatan pencapaian kumpulan kawalan dan

rawatan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI)

72

4.8 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian

pelajar bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam

kalangan pelajar FD

73

4.9 Analisis peningkatan pencapaian kumpulan kawalan dan

rawatan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD)

74

4.10 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian

pelajar FI dan FD

75

4.11 Analisis peningkatan pencapaian pelajar Field Independent

(FI) dan Field Dependent (FD)

76

4.12 Skor min bagi penilaian elemen-elemen di dalam kit

pembelajaran

77

4.13 Taburan responden mengikut peratusan dan min bagi elemen

kemudahan penggunaan

78

4.14 Taburan responden mengikut peratusan dan min bagi elemen

kesesuaian reka bentuk kit

80

4.15 Taburan responden mengikut peratusan dan min bagi elemen

membantu mempelajari topik.

81

xiii

Page 11: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

4.16 Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan

piawai bagi elemen motivasi

82

xiv

Page 12: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

SENARAI RAJAH

1.1 Model Learning Pyramid 5

1.2 Purata pencapaian program latihan di ILP bagi tahun 2005 6

1.3 Kerangka konsep kajian 13

3.1 Rekabentuk kuasi-eksperimental ujian pra-pasca kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan

45

3.2 Educational Multifunctional Programmable Logic Controller

Kit

51

3.3 Pemindahan pengaturcaraan komputer (Cx Programmer) ke

kit pembelajaran E.M.P.L.C.K

56

3.4 Penunjuk apabila suis ditekan 56

3.5 Carta alir prosedur kajian 61

5.1 Model perkaitan antara kaedah p&p dengan pelajar yang

berbeza gaya kognitif (FI-FD)

98

xv

Page 13: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

SENARAI SINGKATAN

ABBM - Alat Bahan Bantu Mengajar

E.M.P.L.C.K - Educational Multifunctional Programmable Controller Kit

FD - Field Dependent

FI - Field Independent

ILJTM - Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia

ILP - Institut Perindustrian Latihan

GEFT - Group Embedded Figures Test

NC - Normally Closed

NO - Normally Open

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PLC - Programmable Logic Controller

SPSS - Statistical Package Social Science

xvi

Page 14: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

SENARAI LAMPIRAN

A Gantt chart projek sarjana 110

B Ujian GEFT 112

C Jadual penentuan ujian 118

D Ujian pra Programmable Logic Controller 119

E Ujian pasca Programmable Logic Controller 126

F Cadangan skema jawapan 133

G Lembaran kerja Educational Multifunctional Programmable

Controller Kit

141

H Borang soal selidik 159

I Kajian rintis ujian GEFT 163

J Kajian rintis analisis item ujian pra-pasca 164

K Kajian rintis soal selidik 167

L Pengesahan instrumen 168

M Surat kebenaran menjalankan kajian 174

xvii

Page 15: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan sesuatu perkara asas yang perlu di pandang berat oleh

sesebuah negara dalam usaha menyediakan generasi muda yang berwibawa dan

berdaya saing untuk berdepan dengan cabaran globalisasi. Pendidikan merupakan

satu proses menyampaikan atau penyampaian sesuatu ilmu. Ini dapat dilakukan

dengan menggunakan kaedah dan cara yang teratur di mana pendidik menyediakan

satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bersesuaian dan dipercayai

berkesan bagi membolehkan pelajar menerima pembelajaran dan mencapai objektif

yang telah ditetapkan setelah sesi pembelajaran. (Abdul Khalil, 2011).

Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai keunikan dan kaedah

pengurusannya yang tersendiri. Salah satu daripada bidang pendidikan yang

diperkenalkan oleh kerajaan adalah bidang pendidikan teknik dan vokasional.

Bidang ini diperkenalkan melalui Laporan Rahman Talib untuk mewujudkan pelajar

yang berpengetahuan, berkemahiran, dan berketrampilan sebagai penyumbang

perkembangan ekonomi dan pendidikan negara (Mok, 2000). Pendidikan teknik dan

vokasional dihasratkan memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai

kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja

dalam bidang industri Negara. Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam bidang

teknik dan vokasional adalah sama dengan bidang pendidikan biasa selain

mementingkan kemahiran.

Page 16: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

Kebanyakan kemahiran-kemahiran memerlukan teknologi yang tinggi

mengikut peredaran zaman. Walau bagaimanapun, kebanyakan kaedah pengajaran

teknik dan vokasional yang digunakan di institut pendidikan teknik dan vokasional

masih mengamalkan pendekatan pembelajaran secara tradisional iaitu pembelajaran

di dalam kelas yang tidak melibatkan aktiviti hands on dan berorientasikan

peperiksaan. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai perlu diaplikasikan secara

menyeluruh bagi bertepatan dengan perubahan zaman dan teknologi, di samping

dapat mengatasi masalah tersebut. Kepelbagaian teknik pengajaran perlu dikuasai

oleh para pensyarah dalam memenuhi gaya pembelajaran pelajar sekali gus dapat

meningkatkan kemahiran generik pelajar seperti kemahiran menyelesaikan masalah,

bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi, lebih bertanggungjawab dan

aktif terhadap pembelajaran dan menjadikan mereka lebih berdikari. Maka, di sinilah

perlunya penggunaan ABBM sebagai alat sokongan dalam proses P&P. ABBM perlu

disesuaikan mengikut peredaran zaman. Pensyarah atau guru perlu mempelbagaikan

teknik pengajaran bersesuaian dengan perkembangan teknologi terkini. Ia akan

menarik minat yang mendalam dan penguasaan pelajar terhadap pembelajaran

tersebut. Oleh itu, penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

adalah penting dan wajar kerana ia membantu meningkatkan tahap kognitif pelajar.

Gaya kognitif merupakan satu dimensi personaliti yang mempengaruhi sikap,

nilai dan interaksi sosial seseorang individu (Yahaya et al., 2005). Setiap individu

adalah berbeza dari segi kecerdasan atau kecerdikan dan ini mempengaruhi tahap

pembelajaran seseorang. Perbezaan inilah yang dinamakan sebagai gaya kognitif di

mana ia berkaitan dengan cara seseorang individu itu menerima maklumat daripada

persekitarannya. Selain itu gaya kognitif juga boleh dirujuk sebagai cara individu

memproses maklumat. Gaya kognitif juga menunjukkan perbezaan dalam

memproses dan mengurus maklumat serta bertindak balas pada rangsangan

persekitaran. Contohnya sesetengah individu bertindak balas begitu cepat dalam

beberapa situasi dan ada juga yang bertindak perlahan walaupun mempunyai

pengetahuan yang sama terhadap sesuatu perkara. (Yahaya et al., 2005).

Perbezaan gaya kognitif seseorang pelajar dikatakan amat mempengaruhi

pembelajaran individu itu sendiri. Ini terbukti melalui kajian yang dilakukan oleh

Riding dan Rayner (2000), iaitu prestasi pembelajaran seseorang individu seolah-

olah dipengaruhi oleh interaksi antara gaya kognitif pelajar dan cara bagaimana

bahan pembelajaran distrukturkan, mod persembahan dan jenis isi kandungan. Maka

2

Page 17: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

gaya kognitif seseorang pelajar berkait rapat dengan cara bagaimana seseorang guru

itu menyampaikan pengajaran mereka dan bagaimana para pelajar menerima

maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada bentuk lain. Parkinson &

Redmond (2002) mengatakan bahawa gaya kognitif juga merupakan pendorong atau

faktor bagi kejayaan dalam pendidikan seseorang individu yang bergelar pelajar.

Dalam bidang teknik dan vokasional pula, pengajaran dan pembelajaran berbantu

teknologi terutamanya kit pembelajaran ini banyak membantu pelajar dapat

mempelajari dalam perkara-perkara yang abstrak dan susah untuk difahami secara

bacaan semata-mata dan terutamanya bagi pelajar yang mempunyai ciri-ciri gaya

kognitif Field Dependent. Penggunaan perkakas atau peralatan juga membolehkan

pelajar mudah mengingati subjek-subjek yang abstrak terutama subjek-subjek dalam

bidang teknik dan vokasional.

Institut Latihan Perindustrian merupakan salah satu institusi yang

menawarkan subjek-subjek dalam bidang teknik dan vokasional. ILP juga adalah

salah sebuah institut kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM),

Kementerian Sumber Manusia yang ditubuhkan bagi mengendalikan latihan

vokasional secara formal. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, negara perlulah

mengembangkan kepakaran dalam industri sedia ada serta melahirkan pakar dalam

pelbagai sektor. Melalui pendidikan teknik dan vokasional (PTV), pelajar yang

mempunyai kemahiran diharap dapat memenuhi permintaan sektor perindustrian

yang memerlukan tenaga mahir dengan segera untuk bersaing di dalam dunia yang

giat membangun ini. Dalam melahirkan pelajar yang serba berkemahiran, kurikulum

ILP adalah meliputi segala kegiatan yang mengandungi unsur-unsur perkembangan

nilai yang mampu membantu proses pembentukan diri dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek bersesuaiam dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selaras dengan FPK, sistem pendidikan di Malaysia perlu menekankan kepentingan

memahami perbezaan di kalangan individu-individu dalam usaha meningkatkan hasil

pembelajaran. Salah satu ciri perbezaan yang ada pada setiap individu terutamanya

bagi pelajar adalah dari sudut gaya kognitif.

3

Page 18: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

1.2 Latar belakang masalah

Pembelajaran teknik dan vokasional adalah berbeza dengan pembelajaran di bidang

lain. Pembelajaran teknik dan vokasional memerlukan pemahaman yang mendalam

terutamanya dalam pengaplikasiannya apabila berhadapan dengan objek sebenar.

Selain itu pengajarannya turut memakan tempoh masa yang panjang untuk

menerangkan konsep sebenar kepada pelajar terutamanya pelajar yang baru

mengenali subjek teknikal tersebut. Kaedah yang lama digunakan oleh guru dengan

menggunakan papan hitam adalah membosankan dan kurang efektif untuk memberi

pemahaman kepada pelajar (Yahaya, 2006).

Pada masa kini, perkembangan pemikiran pelajar adalah terhad di mana

mereka perlu melihat perkara yang mereka pelajari di hadapan mata mereka semasa

proses pembelajaran berlaku. Bagi pelajar teknik dan vokasional, kemahiran adalah

faktor penting yang perlu diberi perhatian. Dalam konteks ini, peningkatan teknologi

yang semakin canggih memerlukan seseorang individu tersebut mengetahui dan

seterusnya memahami dengan lebih mendalam sesuatu kemahiran. Para pelajar

banyak didedahkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara teori

berbanding dengan amali terutamanya bagi pelajar aliran teknik dan vokasional.

Dalam konteks kajian ini, kuliah secara tradisional adalah tidak cukup untuk

pelajar yang berpencapaian sederhana ke rendah atau pelajar yang mempunyai

kemahiran penyelesaian masalah sederhana ke rendah untuk memahami konsep

pengaturcaraan yang cuba disampaikan oleh pensyarah atau guru-guru mereka.

Selain itu juga, pelajar kurang berkebolehan untuk membaca kod aturcara seterusnya

tidak memahami perlaksanaan kod aturcara yang telah diberikan. Kelebihan

memahami sesuatu kod aturcara akan memberikan kelebihan kepada pelajar tersebut

untuk mengesan suatu ralat logik yang terdapat dalam keratan kod aturcara yang

diberi.

Di samping itu, penggunaan masa yang agak terhad semasa proses pengajaran

dan pembelajaran di institusi pendidikan turut mempengaruhi proses penguasaan

pelajar terhadap isi pelajaran tersebut. Pensyarah pula dikehendaki menghabiskan isi

pelajaran bagi sesuatu topik mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Ini secara

tidak langsung menyukarkan para pelajar memahami keseluruhan isi pelajaran dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan terutama bagi pelajar yang mempunyai tahap

4

Page 19: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

pencapaian akademik yang agak lemah atau sederhana (Abdullah & Muda, 2007).

Oleh yang demikian bahan sokongan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

adalah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar memahami isi

kandungan pembelajaran dan terlibat secara aktif bukannya sekadar menerima

daripada guru sahaja.

Bahan sokongan seperti Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dapat menarik

minat pelajar untuk belajar dan seterusnya dapat menentukan kejayaan mereka dalam

pelajaran. Alat bahan bantu mengajar tidak terhad kepada buku-buku teks, papan

tulis, dan gambar-gambar sahaja tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ismail, 2002). Penggunaan ABBM yang

efektif dapat merangsang minda dan minat pelajar bahkan ia juga memberi peluang

kepada pelajar untuk menggunakan alat-alat tersebut sebagai kemahiran dan

pengalaman baru serta dapat meningkatkan aspek kognitif dan psikomotor untuk

lebih mudah memahami isi kandungan pengajaran yang diajar secara teori.

Rajah 1.1: Model Learning Pyramid

Rajah 1.1 menunjukkan model Learning Pyramid yang menunjukkan kadar purata

seseorang individu itu dapat mengingati sesuatu yang telah dipelajarinya selepas 24

jam. Berdasarkan rajah tersebut, jelas menunjukkan bahawa pelajar yang aktif adalah

pelajar yang melakukan aktiviti kinestatik di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Amalan seperti melakukan aktiviti dengan sendiri menunjukkan kadar

peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 75% untuk mengingati sesuatu pembelajaran

yang telah dipelajari. Amalan ini berkait rapat dengan penggunaan alat bahan bantu

5

Page 20: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

mengajar (ABBM) seperti kit pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran dan

secara tidak langsung prestasi pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka juga

dapat dipertingkatkan. Selain itu, faktor perbezaan bagi setiap individu juga perlu

diambil kira. Antaranya adalah dari sudut gaya kognitif seseorang individu.

Aspek kognitif berkait rapat dengan daya ingatan bagi seseorang manusia itu

terutamanya bagi yang bergelar pelajar. Menurut Ismail (2002), menyatakan bahawa

daya ingatan seseorang dapat menyimpan hanya 20% daripada pembacaan, 30%

daripada pendengaran, 40% daripada penglihatan, 50% daripada sebutan sendiri,

60% daripada apa yang dibuat dan 90% daripada pembacaan, pendengaran,

penglihatan, sebutan dan perbuatan sendiri dengan melakukannya secara serentak.

Penggunaan kit pembelajaran dapat memenuhi ciri yang keenam daya ingatan

seseorang dapat menyimpan iaitu 90% kerana pelajar dapat mengalami sendiri

pembelajaran tersebut (A. Karim et al., 2005).

Pencapaian kandungan program latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP)

yang merangkumi silibus (isi kandungan) yang digunakan, contoh –contoh yang

berkaitan dengan sukatan pelajaran, peralatan yang berkaitan seperti mesin dan

sebagainya. Selain daripada itu, penekanan terhadap teori dan amali juga merupakan

sebahagian daripada kandungan program latihan. Pencapaian ini menerangkan

tentang tahap pencapaian para pelajar di ILP yang masih berada pada tahap yang

sederhana iaitu pada aras minimum kerana pihak ILJTM telah menetapkan sasaran

7.0 bagi memenuhi kriteria minimum prestasi yang diperlukan. Hal ini dibuktikan

dengan rajah pencapaian pelajar di bawah.

Rajah 1.2 : Purata pencapaian program latihan di ILP bagi tahun 2005

6

Page 21: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

1.3 Pernyataan masalah

Pelajar sukar untuk memahami penerangan pensyarah tentang sesuatu isi pelajaran

yang memerlukan kemahiran dan kreativiti pelajar untuk berfikir di mana pensyarah

jarang menggunakan alat bantu mengajar dan hanya melibatkan kaedah ‘chalk and

talk’. Kaedah ini perlu digantikan dengan kaedah yang lain. Contohnya penggunaan

bahan bantu mengajar yang berteknologi (Daud et al., 2006; Ting & Woo, 2005;

Ishak, 2002). Pengaturcaraan PLC adalah sesuatu yang abstrak dan sukar untuk

difahami oleh pelajar. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengaturcaraan

melibatkan keupayaan kognitif yang lebih tinggi. Faktor kognitif memainkan

peranan yang penting di dalam kebolehan dalam membina sesebuah aturcara.

(Marjuni, Macintyre, 2006; Mancy dan Reid, 2004; Jenkins, 2002; White dan

Sivitanides, 2002; Hudak. 1990)

Ada kalanya kaedah pengajaran yang dirasakan sesuai masih tidak mampu

meningkatkan pencapaian kesemua pelajar. Ini adalah berikutan perbezaan individu

kepelbagaian menerima maklumat yang cuba disampaikan akibat daripada gaya

kognitif yang berbeza-beza di antara pelajar. Kewujudan perbezaan individu di

kalangan pelajar merupakan salah satu faktor penyebab kepada kesulitan pelajar

menerima sesuatu pembelajaran kerana penguasaan pembelajaran sangat

mementingkan aspek perbezaan individu. Pelajar perlu mengulangi pelajaran

beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Oleh itu, waktu

pembelajaran fleksibel mengikut kemampuan pelajar diperlukan (Yusof et al., 2005.;

A. Karim et al., 2005; Noordin, 1996; Gainen & Locatelli, 1995)

Justeru itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan kit

pembelajaran Educational Multifunctional Programmable Logic Controller Kit

terhadap tahap pencapaian pelajar bagi subjek Programmable Logic Controller dan

pelajar yang berbeza gaya kognitif. Gaya kognitif yang akan dikaji ialah Field

Independent dan Field Dependent kerana menurut kajian, ciri-ciri gaya kognitif Field

Independent dan Field Dependent memainkan peranan di dalam pendidikan yang

berasaskan teknologi (Mancy dan Reid, 2004; Hansen, 1995)

7

Page 22: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

1.4 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan

Educational Multifunctional Programmable Logic Controller Kit (E.M.P.L.C.K)

terhadap peningkatan pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi mata pelajaran

Programmable Logic Controller dalam kalangan pelajar yang bergaya kognitif Field

Independent (FI) dan Field Dependent (FD)

1.5 Objektif kajian

Objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam

peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan.

ii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam

peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI).

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam

peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan

kawalan kumpulan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD).

iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam

peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan

pelajar Field Dependent (FD).

v. Mengenal pasti tahap penilaian pelajar terhadap elemen-elemen (kemudahan

penggunaan, kesesuaian reka bentuk kit, membantu mempelajari topik dan

motivasi) yang terdapat pada E.M.P.L.C.K yang membantu pemahaman

dalam proses pembelajaran.

8

Page 23: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

1.6 Persoalan kajian

Persoalan ini adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap persoalan kajian

seperti berikut:

i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian

pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian

pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam

kalangan pelajar Field Independent (FI)?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian

pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam

kalangan pelajar Field Dependent (FD)?

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian

pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan pelajar Field

Dependent (FD)?

v. Sejauh manakah tahap penilaian pelajar terhadap elemen-elemen (kemudahan

penggunaan, kesesuaian reka bentuk kit, membantu mempelajari topik dan

motivasi) yang terdapat pada E.M.P.L.C.K membantu pemahaman dalam

proses pembelajaran?

1.7 Hipotesis kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa hipotesis nul dan hipotesis alternatif telah dibuat

oleh penyelidik untuk membuat penjelasan terhadap keputusan kajian yang berkaitan

dengan semua persoalan kajian yang diperolehi. Tujuan hipotesis dibuat adalah untuk

menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkait rapat dengan aspek perbezaan di

antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji.

9

Page 24: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

Di antara hipotesis nul (HO) adalah seperti berikut:

HO1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian

pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

HO2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian

pencapaian pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam

kalangan pelajar Field Independent (FI)

HO3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian

pencapaian pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam

kalangan pelajar Field Dependent (FD)

HO4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian

pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan pelajar Field

Dependent (FD)

Di antara hipotesis alternatif (Ha) adalah seperti berikut:

Ha1 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di

antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Ha2 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian

pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan

pelajar Field Independent (FI)

Ha3 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian

pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan

pelajar Field Dependent (FD)

Ha4 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di

antara pelajar Field Independent (FI) dengan pelajar Field Dependent (FD)

10

Page 25: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

1.8 Kepentingan kajian

Adalah menjadi harapan agar segala maklumat yang diperoleh daripada kajian ini

dapat dijadikan panduan kepada beberapa pihak yang berkenaan. Penggunaan

Educational Multifuctional Programmable Logic Controller Kit dapat memberi

manfaat kepada para pelajar yang menggunakannya. Pelajar yang belajar

menggunakan kit pembelajaran ini dapat berinteraksi dengan objek dan perkara-

perkara dalam topik tersebut akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar

berupaya membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberikan

serta menjadikan kit ini sebagai sistem latihan. Selain itu, ia dapat membantu pelajar

memahami dan meningkatkan lagi kefahaman dengan jelas tentang sesuatu topik

yang dipelajari. Penggunaan kit pembelajaran ini mampu menjadi daya penarik untuk

pelajar terus belajar dan menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Pelajar dapat

mempraktikkan pembelajaran berasaskan teori kepada amali. Ini mampu menjadikan

sesuatu pembelajaran itu sentiasa diingati. Dengan penggunaan kit ini dapat memberi

pengalaman sebenar yang boleh merangsang aktiviti sendiri di kalangan pelajar dan

menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperoleh melalui bahan-bahan

lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Kesan daripada

penggunaan kit ini juga mampu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dan

memotivasikan mereka untuk terus belajar.

Pensyarah dapat memainkan peranan sebagai fasilitator yang akan merancang

dan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Pensyarah juga berpeluang

menjadi pembimbing yang akan membantu pelajar menyedari kerelevanan isi

pelajaran yang dipelajari dalam kehidupan mereka. Selain itu, pensyarah dapat

mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya

dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Dengan adanya kit pembelajaran ini, dapat

memudahkan tugas pensyarah dalam menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar

yang berbeza gaya kognitif. Para pensyarah dapat menjalankan aktiviti pengajaran

yang pelbagai dan dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan alam realiti.

Selain itu, pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar akan wujud dan pensyarah

hanya menjadi perangsang pemikiran dan minda pelajar. Hasil kajian ini dapat

dijadikan panduan kepada pensyarah-pensyarah di Institut Latihan Perindustrian

(ILP) dalam mempertingkatkan kemahiran mengajar semasa di dalam kelas.

11

Page 26: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

Kajian ini juga berguna kepada pihak institusi khasnya untuk memberi

penekanan kepada beberapa ciri-ciri utama bagi setiap aspek mengoptimumkan

penggunaan ABBM seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Seterusnya, kajian ini

juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan pensyarah-pensyarah,

pelajar dan pihak institusi tentang betapa pentingnya penggunaan kit pembelajaran

untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Hasil kajian ini diharapkan dapat

memberi gambaran dengan jelas serta dapat dijadikan garis panduan yang berguna

kepada semua pihak untuk meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran

serta mutu perkhidmatan dengan berbekalkan kemudahan dan kecanggihan teknologi

yang ada bagi memastikan tahap keberkesanan dan kompetensi dapat dipertingkatkan

lagi dari semasa ke semasa bagi manfaat pada masa hadapan. Selain itu, kajian ini

adalah diharapkan dapat meningkatkan prestasi pencapaian institusi dan menjadi

pemangkin untuk meningkatkan lagi kredibiliti institusi di mata masyarakat.

1.9 Skop kajian

Kajian ini tertumpu kepada kesan penggunaan E.M.P.L.C.K terhadap pelajar di

Institusi Latihan Perindustrian dan mengambil kira gaya kognitif pelajar iaitu Field

Independent (FI) dan Field Dependent (FD). Penggunaan E.M.P.L.C.K ini khas

kepada pelajar yang mengikuti kursus Teknologi Elektronik Industri dan mengambil

subjek Programmable Logic Controller (PLC).

1.10 Kerangka konsep kajian

Rajah 1.3 menunjukkan kerangka konsep kajian yang telah di adaptasi dari Madar et

al., 2009; Saracho dan Spodek, 1981; Dunn dan Dunn, 1978; Witkin et al., 1977;

Derussy dan Futch, 1971. Kerangka konsep dalam kajian ini menerangkan perkaitan

di antara ciri-ciri pelajar yang dibezakan melalui gaya kognitif dengan penggunaan

dua kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Satu kaedah pembelajaran

menggunakan kit pembelajaran manakala satu kaedah lagi adalah secara

12

Page 27: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

Bersifat global

Mudah terpengaruh

dengan kritikan

Perlukan arahan untuk

selesaikan masalah

Perlukan struktur maklumat

diri

konvensional. Pelajar dibahagikan mengikut kategori gaya kognitif sama ada field

independent (FI) atau field dependent (FD) untuk mengenal pasti hasil pembelajaran

mereka yang dinilai melalui skor peningkatan pencapaian ujian pra-pasca setelah

menggunakan kit pembelajaran sebagai salah satu medium pembelajaran.

Rajah 1.3: Kerangka konsep kajian

(Adaptasi dari Madar et al., 2009; Saracho dan Spodek, 1981; Dunn dan Dunn, 1978;

Witkin et al., 1977; Derussy dan Futch, 1971)

13

Pelajar

Jenis Kognitif

Bersifat analisis

Kurang terpengaruh dengan

kritikan

Selesaikan masalah tanpa

arahan

Mempunyai matlamat diri

Field Dependent

(FD)

Field Independent

(FI)

P&P menggunakan Kit

Pembelajaran

P & P secara

Konvensional

Prestasi pencapaian pelajar di dalam ujian pra-

pasca Programmable Logic Controller

Page 28: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

1.11 Definisi Istilah

Dalam kajian yang dijalankan ini terdapat beberapa istilah yang telah digunakan

untuk menggambarkan maksud kajian. Antara istilah yang telah digunakan adalah :

1.11.1 Pengajaran

Pengajaran merupakan suatu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan

tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Guru-guru perlulah

merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa kepada perubahan-

perubahan yang diingini (Mohd Yasin, 2008). Dalam kajian ini pengajaran adalah

merujuk kepada proses komunikasi atau interaksi yang berlaku sama ada secara

formal atau tidak formal di antara pelajar dengan pensyarah melalui kit

pembelajaran.

1.11.2 Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses perubahan tingkah laku atau perubahan ke atas sifat

seseorang manusia kesan daripada pengalaman melalui sistem pendidikan.

Pembelajaran adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan dua pihak iaitu

pelajar dan juga persekitaran belajar. Di pihak pelajar perlu ada kesanggupan,

motivasi dan keupayaan untuk belajar dalam keadaan persekitaran sosial dan

akademik yang sesuai serta instruksi yang berkesan kepada pelajar (Yusof et al.,

2005).

14

Page 29: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

1.11.3 Alat bahan bantu mengajar (ABBM)

ABBM merupakan bahan yang digunakan oleh pengajar semasa mengajar. Bahan-

bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas, spesimen, benda

maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transparensi dan projektor

(Mok, 2001). Dalam kajian ini, kit pembelajaran merupakan ABBM yang dapat

memudahkan pengajaran pensyarah kerana tidak memerlukan penerangan yang

panjang tentang pengajaran yang diajar di samping menjimatkan masa pensyarah

serta dapat merangsang minat pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku.

1.11.4 Kit pengajaran dan pembelajaran

Kit pembelajaran berperanan sebagai alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar

untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran (Ishak et al., 2009).

Kit dalam kajian ini bermaksud suatu reka bentuk ABBM yang direka dan diletakkan

dalam sebuah kotak mudah alih sebagai kemudahan untuk para pensyarah dan pelajar

melakukan aktiviti hands-on.

1.11.5 Pembelajaran konvensional

Menurut Yusof et al. (2005), pembelajaran berdasarkan kaedah ‘chalk and talk’ atau

pembelajaran konvensional merupakan proses pembelajaran yang biasa digunakan

oleh pendidik di institusi pendidikan. Pembelajaran jenis ini hanya berpusatkan guru.

Guru hanya memberi penerangan dan memberi tugasan dan ujian sebagai penilaian

tahap pencapaian pelajar.

15

Page 30: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

1.11.6 Gaya kognitif

Gaya kognitif berkait rapat dengan psikologi kognitif di mana ia merupakan suatu

pendekatan yang memerlukan eksperimen. Ia bertujuan untuk memahami bagaimana

manusia menyusun dan melaksanakan aktiviti mental yang melibatkan proses

perolehan, penyusunan, perwakilan, penyimpanan, pengambil kembali dan

penggunaan membolehkan manusia memahami dan menyelesaikan masalah demi

menyesuaikan diri dengan tuntutan alam sekitar yang berubah dan merancang bagi

menghadapi masa akan datang (Yahaya et al., 2005)

1.11.7 Gaya kognitif Field Independent (FI)

Individu yang cenderung memisahkan suatu perkara kepada perkara-perkara yang

kecil daripada keseluruhannya. Ini membolehkan individu itu menganalisis

komponen-komponen kecil. Individu FI tidak cenderung pada aktiviti pertalian sosial

dan mereka melakukan dengan baik dalam matematik dan serius dalam melakukan

aktiviti menganalisis secara analitis (Yahaya et al., 2005)

1.11.8 Gaya kognitif Field Dependent (FD)

Individu Field Dependence (FD) cenderung melihat satu elemen daripada gambaran

keseluruhan. Individu FD suka memfokuskan pada satu aspek dalam satu situasi,

menggambarkan secara global, boleh bekerja dengan baik secara berkumpulan,

mempunyai memori yang baik dalam informasi sosial dan gemar pada subjek

kesusasteraan dan sejarah (Yahaya et al., 2005).

16

Page 31: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

1.11.9 Programmable Logic Controller (PLC)

PLC adalah sejenis pengawal yang terdiri daripada satu mikropemproses bersama

dengan satu unit masukan dan satu unit keluaran. Aturcara kemudian ditulis dan

dijalankan oleh pemproses PLC untuk membaca isyarat daripada unit masukan iaitu

pengesan dan kemudian mengawal unit keluaran seperti motor, lampu dan lain-lain

bergantung kepada aturcara yang ditulis (Frank, 2005)

17

Page 32: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian Literatur merupakan satu tinjauan yang menyeluruh mengenai satu topik yang

spesifik atau berkaitan dengan sesuatu kajian. Di dalam bab ini akan menyentuh

dengan lebih mendalam berkaitan model kajian, teori-teori yang berkaitan, latar

belakang mata pelajaran yang hendak dikaji dan institusi yang terlibat di dalam

kajian ini. Seterusnya, kajian-kajian lepas dijadikan bahan rujukan dalam

menghasilkan penulisan di dalam bab ini.

2.2 Model-model kajian

Proses pembelajaran akan lebih memberangsangkan dan menghasilkan kualiti

pembelajaran yang tinggi sekiranya gaya kognitif pelajar dapat disesuaikan dengan

gaya pengajaran. Dalam membincangkan mengenai gaya kognitif ini, berikut adalah

beberapa model kajian yang berkaitan dengan Field Independent (FI) dan Field

Dependent (FD) yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan. Antaranya ialah:

Page 33: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

19

2.2.1 Model kajian Witkin, Moore, Goodenough, dan Cox (1977)

Menurut Witkin et al., (1977) menyatakan bahawa terdapat dua proses dalam setiap

gaya kognitif iaitu satu yang berkaitan dengan persepsi maklumat daripada

rangsangan luaran dan yang kedua adalah berkaitan dengan cara-cara tertentu sesuatu

maklumat itu diproses oleh individu. Oleh yang demikian, Witkin dan rakan-

rakannya mentakrifkan gaya kognitif sebagai cara berfungsi kendiri yang tetap yang

ditunjukkan oleh seseorang individu dalam aktiviti-aktiviti persepsi dan

intelektualnya. Terdapat empat gaya kognitif yang penting di dalam model kajian

Witkin, Moore, Goodenough, dan Cox. Antaranya ialah:

i. Ciri yang pertama, gaya kognitif berkaitan dengan bentuk, bukan dengan

kandungan aktiviti kognitif. Gaya kognitif ini merujuk kepada perbezaan

individu dalam aspek melihat, berfikir, menyelesaikan masalah, belajar,

berhubung dengan orang lain dan sebagainya.

ii. Ciri yang kedua, gaya kognitif sebagai suatu dimensi yang meresap atau

menular. Berbeza daripada kebolehan yang lebih khusus kepada sesuatu

domain isi kandungan, gaya kognitif nampaknya merentasi semua domain.

Gaya kognitif adalah heuristik bertaraf tinggi yang mengatur dan mengawal

tingkah laku dalam pelbagai situasi yang berlainan. Dalam hal ini, gaya

kognitif menyerupai beberapa sifat personaliti.

iii. Ciri yang ketiga, gaya kognitif adalah stabil sepanjang masa. Gaya kognitif

mengembang perlahan-lahan mengikut pengalaman. Gaya kognitif tidak

boleh diubahkan dengan mudah melalui pengajaran atau latihan tertentu

tetapi boleh berubah mengikut kematangan. Misalnya, apabila kanak-kanak

mencapai kematangan umur mereka menjadi lebih Field Independent (FI)

daripada Field Dependent (FD). Walau bagaimanapun, perubahan semula

jadi ini tidak mengubahkan kedudukan relatif seorang individu dalam

kontinum tersebut (Witkin et al., 1977).

iv. Ciri yang keempat, gaya kognitif bersifat dwipola. Ciri ini penting kerana ia

membezakan konsep gaya kognitif daripada kecerdasan dan dimensi

kebolehan yang lain. Biasanya, mempunyai lebih banyak kebolehan adalah

lebih baik daripada mempunyai sedikit kebolehan. Tetapi setiap pola gaya

kognitif mempunyai nilai adaptif mengikut keadaan-keadaan tertentu. Oleh

Page 34: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

20

itu setiap pola gaya kognitif boleh dianggap positif berkaitan dengan keadaan

tersebut. Ciri gaya kognitif yang neutral ini menjadikannya kurang

mengancam daripada konsep kebolehan yang penuh dengan nilai. Tetapi

kedua-dua konstruk gaya kognitif dan kebolehan bukan hanya bertentangan

tetapi juga bertindihan. Kajian-kajian korelasi telah menunjukkan ada

sedikit perhubungan yang positif antara ukuran gaya kognitif dengan

ukuran kecerdasan seseorang.

Jadual 2.1: Perbezaan gaya kognitif FI – FD

(Witkin, Moore, Goodenough & Cox, 1977: Yahaya et al., 2005)

Individu Field Independent Individu Field Dependent

Cepat dapat mengasingkan bentuk yang mudah

daripada bentuk yang kompleks

Menghadapi kesukaran melakukan pengasingan

Boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar

belakang yang mengganggu

Tidak boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar

belakang yang mengganggu

Bersifat analisis Bersifat global

Berkemahiran membina struktur daripada suatu

yang tidak mempunyai struktur

Tidak berkemahiran membina struktur daripada

suatu yang tidak mempunyai struktur

Memerlukan masa yang singkat tanpa melakukan

banyak kesalahan

Memerlukan masa yang lebih, tetapi hanya

sedikit yang betul

Memerlukan bantuan supaya fokus pada perkara

yang melibatkan aktiviti sosial

Mempunyai kelebihan dari segi pembelajaran

sosial

Cenderung mempunyai matlamat diri dan

penguatkuasaannya

Memerlukan struktur matlamat diri dan

penguatkuasaannya

Kurang terpengaruh dengan kritikan Mudah terpengaruh dengan kritikan

Dapat menganalisis situasi dan

mengorganisasikan

Melihat secara global dan tidak mampu

mengorganisasikan

Lebih gemar menyelesaikan masalah tanpa

arahan daripada luar dan pemerhatian luar

Memerlukan arahan daripada luar untuk

menyelesaikan masalah

Page 35: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

21

Jenis FI-FD adalah bagaimana cara individu itu menghadapi persekitaran secara

global mahupun analisis. Gaya kognitif FI-FD juga turut bergantung pada karaktor

personaliti individu itu sendiri (Olstad et al., 1981). Individu FI akan dapat

membezakan sesuatu persekitaran yang kompleks dengan mudah berbanding

individu FD yang sukar untuk mengasingkan diri daripada persekitaran. Individu FD

lebih cenderung untuk menerima kewujudan sesuatu perkara berdasarkan kepada

rangka luaran manakala individu FI pula cenderung membentuk informasi daripada

rangka yang berbeza (McGee, 1979).

2.2.2 Model kajian Derussy dan Futch (1971)

Kecenderungan pelajar terhadap FD atau FI memainkan peranan dalam pilihan

bidang major, efektif dan kerjaya mereka. Pilihan ini berdasarkan kepada darjah

keperluan kemahiran kognitif yang berkaitan dengan FI-FD dalam sesuatu bidang

akademik mahupun bidang vokasional. Individu FI lebih menyukai domain-domain

yang memerlukan kemahiran analisis dan domain-domain yang ada hubungan

dengan orang lain adalah tidak penting. Antara bidang yang diminati oleh pelajar

yang bergaya FI adalah Sains Fizikal, Biologi, Matematik, Kejuruteraan dan Seni

Bina.

Sebaliknya, pelajar FD lebih gemar kepada domain-domain yang mempunyai

kandungan sosial dan melibatkan perhubungan interpersonal, tetapi tidak

mementingkan kemahiran analisis dan penyusunan. Antara bidang yang diminati

oleh pelajar FD adalah Sains Kemasyarakatan, Kaunseling, Pengajaran Sekolah

Rendah, Pengajaran Sains Kemasyarakatan, Ilmu kemanusiaan Pengurusan,

Pentadbiran dan Pemasaran (DeRussy dan Futch, 1971)

Page 36: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

22

Jadual 2.2: Pilihan pendidikan dan pekerjaan oleh individu FD dan FI

(DeRussy dan Futch, 1971)

Individu FD Individu FI

Lebih cenderung kepada kandungan sosial

Lebih cenderung kepada struktur analisis

Suka kepada hubungan interpersonal

Tidak suka kepada hubungan interpersonal

Bidang-bidang yang digemari:

i. Sains Kemasyarakatan dan

Kemanusiaan

ii. Bahasa

iii. Agama

iv. Pemasaran v. Kejururawatan

vi. Pemasaran

vii. Pengiklanan

Bidang-bidang yang digemari:

i. Matematik

ii. Fizik

iii. Kimia

iv. Biologi

v. Senibina vi. Kejuruteraan

vii. Perubatan

viii. Psikologi (Ujikaji)

2.2.3 Model Kajian Saracho dan Spodek (1981)

Menurut Amstrong dan Priola (2001), individu yang mempunyai gaya kognitif FI

lebih gemar kepada penggunaan secara analitikal dan tidak suka kepada hubungan

interpersonal. Manakala individu FD dapat membentuk tingkah laku seperti sosial-

emosi-orientasi. Ini menunjukkan bahawa individu FI lebih suka menyendiri dan

melakukan sesuatu dengan cara sendiri jika dibandingkan dengan individu FD yang

gemar menjalinkan interaksi dengan orang luar. Individu FD mudah mengikuti

aktiviti kemasyarakatan yang diadakan bagi tujuan kegiatan sosial.

Selain itu, individu FD gemar melakukan cara luaran bagi memproses

maklumat berbanding individu FI yang melakukan melalui cara dalaman. Menurut

Paula Kay Montgomery (1991), jenis FI lawan FD juga adalah berkaitan dengan

keperibadian seseorang individu dari segi sosial intelektual dan persepsi domain

tingkah laku. Jadual 2.3 di bawah menjelaskan perbezaan antara individu FI dan

individu FD mengikut model kajian Saracho dan Spondek seperti berikut:

Page 37: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

23

Jadual 2.3: Perbezaan antara individu FD dan Individu FI

(Saracho dan Spondek, 1981)

Individu FD Individu FI

Menghadapi persekitaran secara global Menghadapi persekitaran secara analitikal

Bergantung pada persekitaran Berdikari dan tidak bergantung pada persekitaran

Menggunakan petunjuk sebagai sumber informasi Lebih berusaha sedaya upaya

Mudah berinteraksi dengan orang lain Tidak peka kepada orang lain

Melibatkan diri dengan aktiviti sosial Kurang kemahiran sosial dan dingin dengan

orang lain

Hubungan interpersonal Hubungan impersonal

Memerlukan penglibatan orang lain dalam

pemilihan pekerjaan

Memilih pekerjaan tanpa bantuan orang lain

Bergantung pada autoriti

Bebas daripada autoriti

2.2.4 Model kajian Dunn dan Dunn (1978)

Ciri-ciri pembelajaran yang berbeza memerlukan satu pendekatan pengajaran

bersepadu yang mengambil kira perbezaan individu bukan saja dari segi gaya

kognitif tetapi juga dari aspek-aspek lain. Cadangan oleh Dunn dan Dunn (1978)

dilihat sebagai alternatif yang lebih sesuai di dalam menzahirkan pendekatan

pengajaran yang bersepadu. Selain itu, Dunn dan Dunn menyatakan bahawa “If

children cannot learn the way we teach them than we must teach them the way they

learn”.

Selain itu Dunn dan Dunn (1978) juga turut menyatakan bahawa kaedah

pengajaran di dalam kelas juga seharusnya selaras dengan gaya kognitif pelajar. Oleh

itu, perlunya proses mengenal pasti gaya kognitif pelajar. Ini turut disokong oleh

Carolina dan M. Fernanda (1997) yang mengatakan bahawa gaya kognitif juga

mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar yang disebabkan oleh kecenderungan

intelek pelajar.

Page 38: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

24

Dunn dan Dunn juga telah mengenal pasti lima jenis pemboleh ubah utama di

dalam model pembelajaran iaitu alam sekitar, sosial, emosi, fisiologi dan psikologi.

Lima elemen atau rangsangan yang diketengahkan di dalam model ini sememangnya

memberikan kesan atau implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Antaranya ialah:

a) Rangsangan Persekitaran

Rangsangan persekitaran merujuk kepada elemen-elemen cahaya, bunyi, suhu dan

reka bentuk. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu memerlukan

persekitaran cahaya terang semasa belajar. Individu juga memerlukan bunyi seperti

muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh itu, mereka akan memasang radio

atau televisyen sewaktu belajar (terutamanya ketika larut malam) kerana bunyi dari

radio atau televisyen akan dapat mengatasi suasana yang sunyi itu dan dapat

memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran mereka. Seseorang individu itu

mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap suhu persekitaran. Proses

pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman

dan berhawa dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi

seseorang terganggu dan cepat berasa mengantuk dan akan menyebabkan

produktiviti seseorang berkurangan. Pelajar yang gemar belajar dalam keadaan

formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti pembelajaran mereka

seperti sebuah meja dan kerusi.

b) Rangsangan Emosional

Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi, kecekalan,

tanggungjawab dan struktur. Motivasi merupakan daya penggerak utama yang

menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak

pada masa tertentu. Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat

membantu pelajar belajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang

berbeza antara individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa

rehat yang berbeza. Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap

pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri. Arahan

Page 39: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

RUJUKAN

A. Karim, F., Sinone, R., Baharudin, J., dan Sahadan, N. (2005). Keperluan

Pembelajaran Berasaskan Multimedia Bagi Subjek Sistem Elektronik 1: Satu

Kajian Rintis di Politeknik Pasir Gudang. Seminar Pendidikan 2005,

Fakulti Pendidikan, UTM, 15 Oktober 2005.

Abdullah, N. S. (2010). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran Bersepadu Magnetik-

PLC Terhadap Kefahaman Konsep Asas Kawalan Magnet dan PLC.

Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: UTM

Abdul Khalil, M. K. (2011). Modul Pembelajaran Kendiri Berbantukan Komputer

Bagi Lukisan Isometri (Spcal-Li).Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana Muda.

Abdullah, Z & Muda, R. (2007). Pembangunan Koswer Pendidikan Berbantukan

Komputer Dengan Menggunakan Pendekatan Teori Pembelajaran

Behaviorisme Bagi Topik Kebarangkalian 1. Universiti Teknologi Malaysia:

Fakulti Pendidikan

Abu Hassan, N. (2004) Kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi

meningkatkan prestasi pelajar: satu tinjauan di KUITTHO. Kolej Universiti

Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana

Ahmad, N. (1989). Teknologi Pendidikan: Satu Pengenalan Kursus Asas Pendidikan

Sekolah Agama Terengganu. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.

Amstrong & Priola, V. (2001). Individual Difference in Cognitive Style and Their

Effect and Social Orientations of Self Managed Work Team. Small Group

Research. 32(3), 283 – 312.

Page 40: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

104

Ashaari, O. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Cetakan Pertama.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aris, B., Yahaya, N., Hj. Harun, J. & Tasir, Z. (2000). Teknologi Pendidikan Dari yang

Tradisi Kepada Yang Terkini. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Bradley, J.R. (2008). Teaching Mathematics To Elementary School Students Using a

Variety of Tools.

Canino, C. dan Cicchelli, T. (1988). Cognitive Styles, Computerized Treatments on

Mathematics Achievement and Reaction to Treatment. Journal of Educational

Computing Research. 4. 253 - 264.

Cano, J. & Metzger, S. (1995). The Relationship Between Learning Style and Levels

of Cognition of Instruction of Horticulture Teachers. Journal of Agricultural

Education, 36, 2.

Carolina, T. dan M. Fernanda, P. (1997). Field Dependence-Independence and

Academic Achievement: A Re-axamination of Their Relationship. Journal of

Educational Psychology. 67, 199-208.

Casey, S. (1993). Learning Style: An Overview of theories, models, and measures.

Educational Psychology. 24(4), 45-61.

Ch. Raja Sekhar (2001). Design of Courseware for e-Learning. Dicapai dari

http://www.cdac.in/html/pf/session4.3.pdf pada 30 januari 2012

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: McGraw Hill

(Malaysia) Sdn. Bhd.

Cohen, L. Manion, L. dan Morrison, K. (2007). Research Methods in Education (6th

Ed.). USA: Routledge.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daud, M. Y., Ahmad, M. dan Aqsha Lubis, M. (2006). Penggunaan Internet dalam

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Ab.

Halim. et al., Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban

Ummah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

DeRussy, E. A. dan Futch, E. (1971). Field Dependence-Field Independence As

Related To College Curricula. Perceptual and Motor Skills. 33, 1235 – 1237.

Dunn, R & Dunn, K (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning

Styles: A Practical Approach. Virgina: Reston Publishing.

Page 41: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

105

Emat, Y. (1993). Pendidikan Teknik dan Vokasional. Petaling Jaya: IBS Buku.

Zalina Yahya. 9 September 1996. “13 Kelemahan KBSM”. Utusan

Malaysia, Kuala Lumpur : 29.

Ford, N. & Chen, S. Y. (2001). Matching/mismatching Revisited: An Empirical Study

of Learning and Teaching Style. British Journal of Educational Technology,

32 (1), 5-22.

Frank, D. P. (2005). Programmable Logic Controller. 3rd

ed. Westerville: McGraw

Hill

Gainen, J. & P. Locatelli. (1995). Assesment for the New Curriculum: A Guide for

Profesional Accounting Programs. Accounting Education Series. Vol. 11.

Sarasota, FL: Accounting Education Change Commission and American

Accounting Association.

Gagne, F. & St Pere, F. (2002). When IQ is controlled, does motivation still predict

achievement? Intelligence, 30(1), 71 -100.

Hansen, J. W. (1995). Cognitive Styles and Technology-Based Education. Journal of

Technological Studies. 13(1), 14-23.

Hashim, R. A. dan Rajaratnam, L. (1992). Pengurusan bilik darjah. Cetakan Kedua.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hudak, P. (1990). Single-Threaded Polymorphic Lambda Calculus. In Proceedings,

Fifth Annual IEEE Symposium on Logic in Computer Science, pages 333

Ishak, N. (2002). “Expanding Traditional Classroom Through Computer

Technology: A Collaborative Learning Process”.pg 17-28.

Ishak, N., Rahmat, N. R. dan Md. Noor, W. N. S., (2009). Kaedah Ulangan

Berbantukan Pelbagai Kit Pembelajaran untuk Murid Bermasalah

Pendengaran. Universiti Kebangsaan Malaysia

Ismail, M. Z. (2002). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru

– Guru Kemahiran Hidup Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

Satu Kajian Kes Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Kursus SPH Sesi 2001/2002,

UTM : Tesis Sarjana Muda.

Ismail, Z. (2002). “Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran.” Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Jayus, M. Z. (2005). Pembangunan dan Penilaian Kit Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran Hidup Elektrik dan Elektronik Sekolah Rendah. Universiti Tun

Hussein Onn: Tesis Sarjana Muda.

Page 42: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

106

Jenkins, T. (2002). On The Difficulty of Learning to Program. Proceeding of 3rd

Annual Conference of the LTSN-ICS. Loughborough, UK. Dicapai dari

http://www.ics.ltsn.ac.uk/pub/conf2002/tjenkins.pdf pada 14 September

2011.

Kailani, I. dan Rohani, M. S. (2011). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran

Bermodul(KPB) Bagi Mata Pelajaran Matematik (Sudut Dongak Dan Sudut

Tunduk) Tingkatan 4 Di Dua Buah Sekolah Menegah Kebangsaan Di Daerah

Pontian, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Kerlinger, F. N. (1979). Behavioral Research: A Conceptual Approach. New York:

Holt, Rinehart dan Winston.

Kubiszyn, T. & Bozick, G. (1996). Educational Testing and Measurement. New

York, Harper Collins.

Lau, T. K. dan Zainuddin, A. (2001). Statistik Asas UiTM. Selangor: Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Lee, F.T., & Yeap, B.H. (2003). Application of Educational Technologies for

Engaged Engineering Teaching and Learning. Malaysia: Monash University.

Liu, M. & Reed, M. R. (1994). “The Relationship Between The Learning Strategies

and Learning Styles in a Hypermedia Environment.” Computer in Human

Behavior. 1(4). 419 - 434.

Lourdasamy, A. (1998). Perbezaan Gaya Kognitif Individu Dan Implikasi Terhadap

Pendidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Macintyre, T. (2006). So doku and problem solving. Mathematics Teaching.

PreQuest Education Journals.

Madar, A. R., Mohaiyiddin, M. Z., Mustafa, M. Z. & Buntat, Y. (2009). Kesan

Penggunaan Koswer Terhadap Tahap Pencapaian Pelajar Berdasarkan

Gaya Kognitif Field Independence- Dependence. Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia & Universiti Teknologi Malaysia.

Mancy, R. dan Reid, N. (2004). Aspects of Cognitif Style and Programming. 16th

Workshop of the Psychology of Programming Interest Group. April 2004.

Carlow, Ireland.

Marjuni, M. (2006). Kawalan Motor Tiga Fasa Menggunakan PLC sebagai ABBM.

Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana Muda

Page 43: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

107

McGee, M. G. (1979). Spatial Abilities: the influences of genetic factors. In M.

potegal (Ed.), Spatial Abilities: Development and Physiological foundation

(pp. 199-222). New York: Academic Press.

McGee, M. G. (1979). Human Spatial Abilities: Psychometric Studies and

Environmental, Genetic, Hormon, and Neurological Influences.

Psychological Bulletin, 86(5), 889- 918.

Messick, S. (Ed.) (1976). Individuality in Learning. San Francisco: Jossey-Bass

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib, A. G. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.

Skudai: UTM.

Mohd Yasin, H. & Hamdan, A. R., (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar

(ABBM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik

Daerah Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah

Sarjana Muda.

Mohd Daud, S., Said Hassan, F., Abd Latiff, L., Abdullah, M.,Tawi, K. & Abd

Ghan, R. (2006). Electrical and Electronics Engineering Studies Form 5.

Mok, S. S. (1994). Pedagogi2; Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mok, S. S. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd., edisi ketujuh.

Mok S. S. (2001). Psikologi Pendidikan untuk Diploma Perguruan. Subang Jaya:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2003). Psikologi Pendidikan: Untuk Kursus Diploma Perguruan

Semester 3. Cetakan kedua. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Mundhenk, L. G. (2004). Toward An Understand of What It Means to be Student

Centered: A New Teacher’s Journey. Journal of Management Education, 28

(4).

Nader, N., Kholief, M., Tawfik, S., & Metwally, N., (2007). Mobile Knowledge

Tool-kit To Create A Paragdigm Shift in Higher Education. Egypt: College of

Computing and IT.

Noordin, S. (1996). Pengajaran Individu Menggunakan Modul Pengajaran

Kendiri di Sekolah Menengah. Jurnal Akademik: 6. 1-13.

Page 44: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

108

Olstad, Juarez, Davenport dan Haury (1981). Inhibitors to achievement in science

and mathematics by ethics minorities. Capaian maklumat pada 1 November

2011 dari http://evaluation .massey.ac.nz/lect18/lect 1800.htm.

Parkinson, A. & Redmond, J. A. (2002). The impact of Cognitive Styles and

Educational Computer Environments on Learning Performance. Dublin,

Ireland: Trinity College.

Paula Kay Montgomery (1991). Cognitive Style and The Level of Cooperation

Between The Library Media Specialist and Classroom Teacher. SLMQ 19(3).

231 – 265.

Pithers, B. (2000). Field Dependence-Field Independence and Vocational Teachers.

UTS Research Center Vocational Education and Training.

Portal BPTV (2010). Dicapai dari http://www.moe.gov.my/bptv/ pada 12 September

2011.

Riding, R. & Rayner, S. R. (2000). Cognitive Style and Learning Strategies.

London: Fulton Publishers.

Saracho, O. dan Spondek, B. (1981). Teacher’s Cognitive Styles and Their

Educational Implications. Educational Forum, 45 (2). pp: 1553-1559.

Sekaran, Uma. (1992). Research Methods For Bussines: A Skill Building Approach.

New York: Joh Wiley & Sons, Inc.

Shaari, F. R. (2002). Psikologi Kognitif Dalan Pembinaan Bahan Pengajaran

Berbantukan Komputer. Jurnal IPDA, 5: 38–44.

Shepard, R. N. (1978). The Mental Image. American Psychologist, 33(2), 125-137.

Tahar, M. S. (2008). Rekabentuk Pengajaran Kejuruteraan Menggunakan Realiti

Teknologi ( Sistem Tpu ) Satu Terjemahan Konsep Pengajaran Visual Dan

Kinestatik.. Universiti Tun Hussein Onn.

Ting, K. S. &Woo Y. L. (2005). “Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan

Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran

Penggunaan ICT”.

Town, D. A. (2003). Cognitive Styles and Learning Strategies. Dicapai daripada

http://www.monografias.com/trabajos16/learning-styles/learning-styles.shtml

pada 12 Oktober 2011.

Ward Mitchell Cates (1990). Penterjemah: Syaharom Abdullah. Panduan Amali

untuk Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 45: KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL … · 3.5 Instrumen kajian 47 3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47 3.5.2 Ujian pra – pasca 48 ... 2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam

109

Williams, V. M. (2000). The Effects of Computer Animation on The Particule Mental

Models of College Chemistry Students. Journal of Research in Science

Teaching. 32. 521 -534.

Witkin, H. A., Moore, C. A., Goodenough, D. R. dan Cox, R.W. (1971). A Manual

for Embedded Figures Test. Palo Alto: Consulting Psychologists Press.

Witkin, H. A., Moore, C.A., Goodenough, D. R. dan Cox, R.W. (1977). Field

Independent and Field Dependence Cognitive Styles and Their Educational

Implications. Review of Educational Research.

White, G. L. dan Sivitanides, M. P. (2002). A Theory Of Relationship Between

Cognitive Requirements Of Computer Programming Languages And

Programmers Cognitive Characteristics. Journal of Information Systems

Education. Dicapai dari http://findarticles.com/p/articles.

Wiserman, D. C. (1999). Research Strategies for Education. United States: ITP.

Yahaya, A., Suboh, A., Zakariya, Z., & Yahya, F. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Yusof, R., Othman, N. dan Karim, F. (2005). Strategi Pembelajaran Pengalaman

Berasaskan Model Kolb. Jurnal Pendidikan 30. 113 – 128.