Download - UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
PEMBANGUNAN SISTEM PEMARKAHAN DALAM TALIAN BAGI
PROJEK REKACIPTA SUBJEK PENGAJIAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MOHD.NAZRI BIN RAMLI
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
(HURUF BESAR)
EN.ROSNI ZAMUDDIN SHAH B.SIDEK
28,JLN.AZAM 13,TAMAN SRI LAMBAK, 86000, KLUANG, JOHOR
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PEMBANGUNAN SISTEM PEMARKAHAN DALAM TALIAN BAGI
PROJEK REKACIPTA SUBJEK PENGAJIAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
MOHD.NAZRI BIN RAMLI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal ).”
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penyelia : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH B. SIDEK
Tarikh : ...............................................................
iii
PENGAKUAN
”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan ................................................................................
Nama Penulis ................................................................................ MOHD. NAZRI BIN RAMLI
Tarikh ................................................................................ 9 APRIL 2009
iv
DEDIKASI
KHAS BUAT
Ayahanda dan Bonda
Ramli bin Maon
Pon bte Md. Kadar
Sekalung Terima Kasih
En. Rosni Zamuddin Shah b. Sidek
Pensyarah Penyelia
Pensyarah-pensyarah
Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Kluang
Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi
Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Pontian
Sahabat-sahabat
Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita
Terima kasih, Amin
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dipermudahkan dalam
segala urusan pembikinan thesis ini. Selawat dan salam buat junjungan rasul kita,
Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, ulama’ dan pejuang-pejuang Islam secara
keseluruhannya. Jutaan penghargaan dicuapkan kepada Penyelia Projek Sarjana
Muda saya iaitu En. Rosni Zamuddin Shah bin Sidek, yang banyak memberikan
bimbingan dan panduan dalam menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada Tuan
Haji Ahmad Fauzi bin Haji Ridzuan yang banyak memberi maklumat yang
dikehendaki dalam tesis ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa tercinta yang banyak memberikan dorongan
dan semangat dalam setiap masa. Penghargaan turut dikalungkan kepada rakan-rakan
seperjuangan 4 SPJ yang sama-sama menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Semoga
Allah memberkati apa yang kamu lakukan. Sekian Terima Kasih
vi
ABSTRAK
Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian sistem
pemarkahan dalam talian bagi Projek Rekacipta Subjek Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal Sekolah Menengah Teknik dalam membantu mempercepatkan proses
pemarkahan di mana skop utama ialah kepada keputusan kerja kursus pelajar dalam
sesebuah sekolah yang mengambil aliran Kejuruteraan Mekanikal. Sistem ini
dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Dreamweaver CS3 dan MySQL
sebagai perisian utama. Asas kajian Projek Sarjana Muda ini adalah untuk membantu
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan
terutamanya di peringkat sekolah. Sistem yang dibangunkan ini akan dapat
membantu pihak pengurusan sekolah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
dalam meningkatkan prestasi dalam pengurusan markah secara lebih efisien. Hal ini
kerana penggunaan sistem ini dapat mengurangkan beban pengulangan data dan
menjimatkan masa. Dengan adanya sistem permarkahan dalam talian ini,diharapkan
ia dapat membantu kepada penyelidikan masa hadapan untuk meningkatkan sistem
ini untuk kegunaan semua sekolah yang menawarkan aliran Kejuruteraan Mekanikal.
vii
ABSTRACT
This project is aims to develop an online grading system for innovation
project in Mechanical Engineering Subject. This system can helps school to manage
student marks whereas its main scope is the result for the workcourse that has been
given to the Mechanical Engineering Student in school. This system was developed
by using Adobe Dreamweaver CS3 and MySQL as their main software. The main
objective for this project is to help the Education Ministry to increase the quality of
our education system especially in school. This system also can help the school
management and Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) to increase
their efficiency in marking management. This is because with this system, it will
reduce the repetition of data and time usage. With this system, hope that will help the
future researchs to increase this system usage to all school that offer Mechanical
Engineering Course.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN 1-7
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Skop Projek 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Penutup 7
BAB 2 KAJIAN LITERATURE 8-23
2.1 Pengenalan 8
2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia 9
ix
2.3 Penilaian dan Pengukuran 13
2.4 Sistem Maklumat 14
2.5 Sejarah Internet dan Web 15
2.5.1 Perkembangan Internet di Malaysia 18
2.5.2 Komponen Asas Internet 21
2.5.2.1 Komputer Peribadi 21
2.5.2.2 Modem 22
2.5.2.3 Pembekal Servis Internet (ISP) 22
2.5.3 Konsep Asas Internet 22
2.5.3.1 World Wide Web (WWW) 23
2.5.3.2 Pelayan Web 23
2.5.3.3 Hyper-Text Markup Language 24
2.5.3.4 Hyper-Text Transfer Protocol 24
2.5.3.5 Web Browser 25
2.6 Aplikasi dan Perisian Pembangunan Web 25
2.6.1 Adobe Dreamweaver CS3 25
2.6.2 Apache HTTP Server 26
2.7 Teknologi Pembangunan Pangkalan Data 26
2.7.1 MySQL 27
2.8 Kajian Lepas 27
2.8.1 Keupayaan sistem yang terhad 27
2.8.2 Sistem offline 28
2.8.3 Penyelenggaraan 28
2.8.4 Masa memindah turun yang lama 29
2.9 Penutup 29
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN 31-43
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk kajian 32
3.2.1 Fasa-fasa rekabentuk berorientasikan objek 33
3.3 Kaedah pembangunan projek 36
3.4 Keperluan perisian dan perkakasan 37
3.4.1 Spesifikasi perkakasan keras 37
3.4.2 Spesifikasi perisian 38
x
3.4.2.1 Justifikasi perisian 39
3.5 Perancangan Kerja 42
3.6 Penutup 43
BAB IV REKABENTUK & PERLAKSANAAN SISTEM 44-82
4.1 Pengenalan 44
4.2 Rekabentuk Sistem 45
4.3 Rekabentuk Logikal 45
4.3.1 Kes Guna 45
4.3.2 Jujukan 47
4.3.3 Hubungan Entiti 51
4.3.4 Carta Hirarki Sistem 51
4.4 Rekabentuk Fizikal 55
4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 55
4.6 Rekabentuk Antara Muka 65
4.6.1 Menu Log Masuk 66
4.6.2 Menu Admin 67
4.6.3 Menu Guru Subjek 70
4.7 Rekabentuk Input dan Output 82
4.8 Penutup 82
BAB V PENGUJIAN SISTEM 83-95
5.1 Pengenalan 83
5.2 Kaedah Pengujian 84
5.3 Pengujian Oleh Pembangun 84
5.3.1 Pengujian Sistem 85
5.3.2 Pengujian Pangkalan Data 85
5.3.3 Pengujian Aturcara 86
5.3.4 Pengujian Input 89
5.3.5 Pengujian Output 89
5.3.6 Pengujian Antaramuka 90
5.4 Pengujian Pengguna 91
5.5 Hasil Penilaian Pengguna 94
5.6 Cadangan dan Komen Pengguna 94
xi
5.7 Penutup 95
BAB VII PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 96-102
6.1 Pengenalan 96
6.2 Perbincangan 97
6.2.1 Antaramuka Sistem 97
6.2.2 Fungsi Sistem 98
6.2.3 Hasil Keluaran Sistem 98
6.2.4 Tindakbalas Sistem 99
6.2.5 Sekuriti dan Kawalan 99
6.3 Kelebihan Sistem 100
6.4 Kekurangan Sistem 100
6.5 Kekangan 101
6.5 Cadangan Pembaikan 102
6.6 Kesimpulan dan Penutup 102
RUJUKAN 103-105
LAMPIRAN 106
xii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN MAKSUD ARPANET Advance Research Project Agency Network
ASP Active Server Page
BPTV Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
HSPDA High-Speed Downlink Packet Access
HTML Hyper-text Markup Language
HTTP Hyper-text Transfer Protocol
ICT Information and Communication Technology
ISP Internet Service Provider
LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia
MIMOS Microelectronic System
PCMCIA Personal Computer Memory Card International
Association
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PTV Pendidikan Teknikal dan Vokasional
RANGKOM Rangkaian Komputer Malaysia
SLK Sekolah Lanjutan Kampung
SMV Sekolah Menengah Vokasional
SPAJ Sistem Pendidikan Aneka Jurusan
TCP/IP Transmission Control Protocol/Internet Protocol
WWW World Wide Web
UML Unified Modeling Language
URL Universal Resources Locater
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Data db_profile 56
4.2 Data Tbl_login 56
4.3 Data Tbl_nprofile 57
4.4 Data db_tkluang 57
4.5 Data db_tkota 58
4.4 Data db_tpont 59
4.7 Data Tbl_pelajar 59
4.8 Data Tbl_item1 60
4.9 Data Tbl_item2 61
4.10 Data Tbl_item3 62
4.11 Data Tbl_item4 63
4.12 Data Tbl_item5 64
4.13 Data Tbl_item6 65
5.1 Kes Ujian Bagi Pengujian Input 89
5.2 Pengujian Antaramuka 90
5.3 Hasil Penilaian Pengguna Terhadap Sistem
Rcmarks 92
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Kes Guna Admin 46
4.2 Kes Guna Guru Matapelajaran Sekolah 47
4.3 Jujukan Senario Log Masuk Admin 48
4.4 Jujukan Senario Log Masuk Guru Subjek PKM 48
4.5 Jujukan Senario Admin Mendaftar dan
Mengemaskini Profil Sekolah 49
4.6 Jujukan Senario Guru Subjek PKM mendaftar
markah calon 50
4.7 Jujukan Senario Guru Subjek PKM mengemaskini
maklumat calon 50
4.8 Carta Alir Umum bagi Sistem Pemarkahan 52
4.9 Carta Alir bagi Admin 53
4.10 Carta Alir bagi Guru Subjek 54
4.11 Rekabentuk Antara Muka Log Masuk 66
4.12 Rekabentuk Antaramuka Menu Admin 67
4.13 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Sekolah 68
4.14 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Paparan
Senarai Sekolah 69
4.15 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pemberitahuan 71
4.16 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Menu Pilihan Sekolah 72
4.17 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran
Maklumat Calon 73
xv
4.18 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah
Item Kemahiran Amali 74
4.19 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah
Item Komunikasi Kejuruteraan 75
4.20 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah
Item Kemahiran Mereka Bentuk 76
4.21 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah
Item Kemahiran Menyiasat 77
4.22 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah
Item Kemahiran Mengorganisasi 78
4.23 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Pendaftaran Markah
Item Kemahiran Mentaksir 79
4.24 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Paparan
Senarai Calon 80
4.25 Rekabentuk Antaramuka Sub-Menu Kemaskini
Maklumat Calon 81
5.1 Keratan Aturcara Kawalan Kandungan Rekod 86
5.2 Keratan Aturcara Simpan Data 87
5.3 Keratan Aturcara Mengambil Data 88
5.4 Graf Penilaian Pengguna Sistem Rcmarks 93
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Permohonan Pengujian 105
B Rajah Hubungan Entiti (ERD) 110
C Soal Selidik 111
D Soalan Temubual 118
E Jawapan Soalan Temubual 119
BAB 1
PENGENALAN
Bab ini menghuraikan mengenai senario yang menyentuh aspek kajian serta latar
belakang dan pernyataan masalah mengenai kajian yang dijalankan. Soalan kajian turut
dijelaskan untuk menerangkan apa yang ingin diketahui oleh penyelidik serta harapan
daripada hasil kajian melalui kesignifikanan kajian. Selain itu batasan kajian turut
dibincangkan bagi menjelaskan mengenai skop dapatan kajian dan andaian-andaian
yang mengimpak kepada dapatan kajian yang dijalankan.
1.1 Pengenalan
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) dalam sistem
pendidikan di Malaysia sentiasa berkembang dengan pesat seiring. Bermula dengan
penubuhan Microelectronic Systems (MIMOS) pada petengahan 1980-an, memacu lagi
pembangunan dan penggunaan teknologi ICT dalam dunia pendidikan. Pembinaan
2
perisian komputer yang pertama bagi kegunaan para pendidik pada masa itu iaitu
COMIL, seterusnya menjana kepada pembangunan aplikasi multimedia dan web yang
lain seperti Cikgu.net, Bijak.net dan sebagainya.
Dalam menuju ke arah Wawasan 2020, enam cabaran telah digariskan bagi
menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara yang benar-benar maju mengikut
acuan sendiri. Salah satu daripada cabaran yang telah digariskan adalah mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang
tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
hadapan.(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004).
Bagi memenuhi keperluan cabaran ini, rakyat Malaysia perlu didedahkan kepada
pengetahuan ICT sejak dari sekolah lagi. Untuk itu, satu Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan(PIPP) telah dilancarkan pada 16 Januari 2007 bagi melaksanakan dan
merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf
dunia. 6 pendekatan telah digariskan bagi merealisasikan pelan ini dan salah satu
daripadanya adalah merapatkan jurang pendidikan. Antara jurang-jurang pendidikan
yang telah digariskan adalah jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang sosio-
ekonomi, jurang bandar dan luar bandar, jurang antara pelajar normal dan berkeperluan
khas dan yang terakhir sekali adalah jurang digital.
Bagi merapatkan jurang digital ini, banyak perancangan kemudahan dan
infrastruktur ICT yang bakal dibangunkan di sekolah sebagai contoh kemudahan internet
tanpa wayar, komputer riba bagi setiap guru, pembelajaran maya di dalam kelas dan
banyak lagi.
3
Selaras dengan hasrat pihak kementerian ini, satu sistem pemarkahan dalam
talian berasaskan rubrik bagi Projek Rekacipta Subjek Mekanikal, Sijil Pelajaran
Malaysia(SPM) dibangunkan dan seterusnya membantu pihak guru dan pentadbiran
sekolah dalam memudahkan pengurusan sistem pemarkahan yang dihantar kepada pihak
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan teknologi ICT yang semakin pesat dalam arena pendidikan zaman
sekarang ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Penggunaan aplikasi seperti electronic
learning (e-learning), teleconference, sidang video melalui internet telah banyak
digunakan dalam bidang pendidikan ini. Namun begitu, pengintergrasian teknologi-
teknologi ICT ini dalam bidang pendidikan masih ada kelemahannya.
Sekiranya ditinjau dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia pada
masa sekarang ini, terdapat banyak aplikasi pembelajaran dan pengajaran dalam ICT
yang telah dibangunkan oleh pihak swasta atau kerajaan sendiri. Antara aplikasi yang
terdapat dan sering digunakan seperti Portal Pendidikan Utusan, eLearning dan
sebagainya.
Namun begitu, setiap pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan perlulah
dinilai dan diukur. Menurut Batchelor, J.A (1990), penilaian adalah satu aras ukur kualiti
pengajaran yang disampaikan oleh seseorang pendidik satu dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran. Sekiranya ditinjau di sekolah, sesi penilaian dan pengukuran masih lagi
berkonsepkan tradisional di mana guru masih lagi menggunakan boring bagi mengisi
4
markah pelajar-pelajarnya. Rekod ini kemudian dinilai dan dicetak seterusnya diberikan
kepada ibu bapa pada Hari Terbuka Sekolah.
Penggunaan konsep seperti ini sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan
teknologi ICT pada masa sekarang ini. Simpanan rekod seperti ini boleh menimbulkan
berbagai-bagai masalah seperti hilang, rosak dan sebagainya. Sekiranya hal seperti ini
berlaku, ia tentunya akan menimbulkan satu masalah yang besar kepada Transformasi
Pendidikan yang bakal dijalankan pada tahun 2010 nanti. Menurut Kementerian
Pelajaran Malaysia (2008) dalam Transformasi Pendidikan 2010, pelajar akan dinilai
berasaskan sekolah bagi mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan
peperiksaan. Menerusi sistem itu lagi, penilaian pelajar dibuat secara berterusan
berdasarkan prestasi mulai Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dalam pelbagai aspek
selain peperiksaan.
Pembangunan perisian ICT bagi penilaian dan pengukuran prestasi pelajar di
sekolah merupakan satu langkah yang tepat bagi mengatasi masalah ini. Kewujudan
kemudahan Internet pada masa sekarang ini menambahkan lagi kelebihan yang terdapat
sekiranya perisian ini dibangunkan kerana ianya memudahkan para guru, pelajar dan ibu
bapa mengakses sistem ini di mana dan pada bila-bila masa.
Bagi membangunkan sesuatu sistem berasaskan talian, web dinamik adalah salah
satu kaedah yang disarankan. Menurut Jamaluddin Nasir (2004), web dinamik adalah
halaman yang berkeupayaan dalam menghasilkan data atau masukan maklumat dari
pengguna, dan seterusnya menyimpan atau memaparkannya kembali kepada pengguna.
Kelebihan yang ada pada web dinamik ini menyebabkan ia bersesuaian dalam konsep
pembinaan sistem pengukuran dan penilaian dalam talian. Selain itu, kelebihan yang
terdapat dalam sistem ini juga memberikan kelebihan jangka panjang dalam
pembangunan pendidikan di negara kita ini.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Setelah ditinjau di sekolah, pemarkahan bagi Projek Rekacipta subjek Mekanikal
Sijil Pelajaran Malaysia masih lagi menggunakan konsep tradisional di mana guru
menilai projek pelajar dan kemudian mengisi markah di dalam boring yang disediakan.
Terdapat juga beberapa orang guru mengambil insiatif sendiri di mana mereka
membangunkan sistem pemarkahan berasaskan Microsoft Excel dan Microsoft Access
bertindak sebagai pangkalan data. Namun begitu, sistem ini tidak digunakan di dalam
talian seterusnya menyukarkan pihak sekolah dan guru-guru lain mengakses sistem
tersebut.
Selaras dengan itu, satu sistem pemarkahan dalam talian berasaskan rubric bagi
Projek Rekacipta Subjek Mekanikal, Sijil Pelajarn Malaysia dibangunkan bagi
menampung ketiadaan dan kekurangan sistem pemarkahan yang sedia ada. Kelebihan
sistem ini yang boleh diuruskan dan bervariasi membolehkan semua sekolah Teknik dan
Vokasional menggunakan sistem yang sama.
1.4 Objektif Kajian
Objektif yang telah digariskan dalam kajian ini adalah
i. Membangunkan sistem pemarkahan dalam talian bagi pendaftaran
markah pelajar Projek Rekacipta Subjek Mekanikal Sijil Pelajaran
Malaysia
6
ii. Mendapatkan maklum balas sekolah terhadap pembangunan sistem
pemarkahan dalam talian.
iii. Menguji keberkesanan sistem pemarkahan ini terhadap sekolah.
1.5 Skop Projek
Skop projek dan kajian ini adalah membangunkan sistem pemarkahan yang
mampu mengurus, menyimpan dan menganalisis markah-markah yang diperolehi oleh
para pelajar. Sistem pemarkahan dalam talian ini hanya dibangunkan bagi Projek
Rekacipta Subjek Mekanikal Sijil Pelajaran Malaysia dan diaplikasikan di dua buah
Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional yang berlainan daerah. Sistem ini
kemudiannya akan dinilai dan dan diuji oleh pihak sekolah.
1.7 Kepentingan Kajian
Dari kajian yang dijalankan, diharapkan hasil kajian dapat membantu pihak
sekolah dalam menguruskan sistem pemarkahan pelajar dengan lebih sistematik dan
efisien. Selain itu, sistem ini juga dapat membantu meringankan beban guru dengan
dilengkapi sistem analisis dan pengiraan markah bagi setiap item yang dimahukan.
Dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada seperti 3G, WiMAX, dan
berabagai-bagi lagi, sistem ini dapat diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila