perutusan ydp - mdkl.gov.my · allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, majlis daerah ......

20

Upload: vuongnhu

Post on 14-Mar-2019

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,
Page 2: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

PERUTUSAN YDPYang Berbahagia,Tuan Mohamad Zain bin A Hamid, SIS.,PPT.

A ssalamualaikum wbt.

Penerbitan buletin ini dikhususkan kepada pembaca Sektor Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negara dan edaran secara percuma.

Segala tulisan, ilustrasi dan foto dalam buletin ini adalah hak milik penerbit dan tidak dibenarkan disiarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penerbit.

Diterbitkan oleh:

Unit Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Daerah Kuala Langat

Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 3187 2825 / 2732 / 8957 / 1743 Faks : 03 3187 9304 E-mel : [email protected] , [email protected]

Laman Sesawang : www.mdkl.gov.my

SIDANG REDAKSI

Pertama sekali saya ingin menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah Kuala Langat telah berjaya mengharungi cabaran serta tugasan sepanjang tahun 2017 dengan penuh gemilang serta membanggakan.

Secara jujurnya, saya amat berbangga dan berterima kasih kepada semua warga MDKL yang telah memerah keringat serta memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat dapat direalisasikan sehingga berjaya menempa nama dengan anugerah-anugerah seperti Johan bagi Pertandingan Pantai angkat Bagi Tahun 2016 ( Pantai Kelanang) Pengiktirafan Malaysia Book Of Record sempena Penganjuran Morib Retromania Grand gathering 2017, Pengiktirafan 5 Bintang Penggredan Sistem Penarafan Bintang Pihak BerkuasaTempatan (SPB-PBT) Tahun 2017 , Persijilan ISO Versi MS ISO 9001:2015, Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Prihatin Majlis Daerah Sempena Bulan Kebajikan 2017, dan Anugerah 5 Bintang Malaysia Government Portal and Websites Assesment 2016

Saya percaya dengan kerjasama secara kolektif dan usaha yang progressif daripada semua pegawai dan kakitangan telah pun diterjemahkan melalui pencapaian serta anugerah yang telah diraih ini dapat diteruskan dalam menjamin peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan terbaik.

PENAUNGTUAN MOHAMAD ZAIN BIN A HAMID, SIS.,PPT.YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT

PENASIHATENCIK MOHD YASIN BIN ALWI, AIS.TIMBALAN YANG DIPERTUAMAJLIS DAERAH KUALA LANGAT

KETUA PENGARANGENCIK MOHAMMAD KAMAL BIN MOHD RAMLAN

PENGARANGENCIK MOHD SHAUKI BIN JAMALUDIN

PENOLONG PENGARANGENCIK NORHISHAM BIN OTHMANENCIK MOHAMAD AZAMUDDIN BIN ARISENCIK SAMSUL BIN ZAINUNENCIK MOHAMAD HAFIZAN BIN MAT SAID

JURUFOTOENCIK NORHISHAM BIN OTHMANENCIK SAMSUL BIN ZAINUNENCIK MUHAMMAD NAFIS ASYRAF BIN RAMLIENCIK AHMAD AZAMUDDIN BIN MD ARIS

Page 3: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,
Page 4: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Pada 14 Oktober 2017 telah diadakan Program Pembersihan Pantai Negeri Selangor di Pantai Morib, Kuala Langat yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna, Negeri Selangor, Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Perancangan Pembangunan (LA21) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) serta agensi-agensi yang lain

Program ini dilaksanakan diempat buah pantai lain di Negeri Selangor . Pantai yang telibat dalam program ini adalah Pantai Remis, Kuala Selangor, Pantai Bagan Lalang, Sepang, Pantai Tanjung Harapan, Klang dan Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Simbolik pelancaran telah diadakan di Pantai Morib yang telah disempurnakan oleh YAM. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah mencemar duli merasmikan Program Pembersihan Pantai Negeri Selangor dan Karnival Budaya dan Lestari Alam Sekitar Peringkat Daerah Kuala Langat.

Tengku Zatashah turut menyertai gotong royong membersihkan persisiran pantai dan kawasan sekitarnyabersama-sama badan NGO, wakil Jabatan-jabatan dalam Daerah, Ahli Majlis MDKL, kakitangan MDKL dan penduduk tempatan. Hadir sama, YB. Puan ElizabethWong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Selangor, YDM. Tengku Dato’ Mohamed Al Haj bin Tengku Harun, Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat, YB Tuan Hj. Hasnul bin Baharuddin, ADUN Morib, Yang Dipertua MDKL dan Pegawai Daerah Kuala Langat.

Page 5: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1439H /2017M telah diadakan pada 1 Disember 2017 bertempatdi Stadium Malawati, Shah Alam. Majlis sambutan bertemakan ‘Umat Bersatu Negeri Sejahtera’ yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor serta Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, berkenan berangkat mencemar duli merasmikan majlis tersebut. Sebelum majlis perasmian, perarakan kontinjen telah diadakan diikuti bacaan ayat suci al-Quran, persembahan nasyid, selawat dan tazkirah khas Maulidur Rasul. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi YB Dato’ Dr Ahmad Yunus bin Hairi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, YBhg. SS. Dato’ Haris bin Kasim.

Minggu Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2017 (AINS) telah diadakan pada 9 hingga 12 Oktober 2017 bertempat di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Tujuan diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi budaya inovasi dan memberi fokus dalam kalangan kakitangan awam dan masyarakat umumnya.

Sehubungan dengan itu, Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Selangor 2017 turut diadakan dalam minggu tersebut iaitu pada 12 Oktober 2017 bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali.

MDKL turut tidak ketinggalan dengan menghantar Kumpulan IRIS 2 sebagai wakil menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS ) tahun 2017.

Page 6: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Program Aspirasi Mural di Stadium Jugra telah diadakan pada 24 hingga 25 November 2017 yang telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat dengan kerjasama ATKC Sdn Bhd dan IKBN Kuala Langat. Aktiviti yang dijalankan memfokuskan kepada aktiviti gotong royong menjayakan kreativiti dan rekaan mural di sepanjang tembok Stadium Jugra. Pihak MDKL mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan keprihatinan pelajar-pelajar IKBN Daerah Kuala Langat yang telah menjayakan program ini.

Majlis Penyerahan Insentif Kontinjen Kuala Langat Sempena Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) Kali Ke-12 Tahun 2017 telah diadakan pada 27 Oktober 2017 bertempat di Dewan Kompleks Sukan MDKL. Program ini anjuran Majlis Daerah Kuala Langat bertujuan untuk penyerahan insentif yang telah dijanjikan kepada kontinjen Daerah Kuala Langat atas kejayaan dalam Kejohanan Sukan Selangor tahun 2017.Majlis penyerahan insentif telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Yang Berusaha Encik Mohd Yasin bin Alwi dan YDM Tengku Dato’ Mohamed Al Haj bin Tengku Harun, Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat.

Page 7: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Karnival Budaya dan Lestari Alam Sekitar Peringkat Daerah Kuala Langat 2017 telah diadakan bertempat di Pantai Morib. Program anjuran Jabatan Perancangan Pembangunan dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat, MDKL telah berjaya dianjurkan selama 2 hari iaitu pada 14 hingga 15 Oktober 2017. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan peraga pakaian dari bahan kitar semula yang telah menarik penyertaan dari Tadika KEMAS seluruh Daerah Kuala Langat. Aktiviti lain adalah pertandingan bola sepak, pertandin-gan mewarna, pertandingan memasak dan pameran dari agensi kerajaan dan swasta. Majlis perasmian penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Hasnul bin Baharuddin, ADUN Morib.

Pada 30 November 2017 telah diadakan Program Penanaman Flora Kawasan Paya Bakau – Ecosystem Approach To Fisheries Management Siri 1 di Pantai Kelanang yang telah dianjurkan bersama Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Majlis Daerah KualaLangat dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Aktiviti penanaman anak pokok api-api yang telah dijalankan melibatkan kira-kira 100 peserta termasuk Sukarelawan Nelayan (SUPER) dan pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat dengan anak pokok yang ditanam berjumlah 200 pokok. Program berkenaan dirasmikan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid.

Page 8: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Tanggal 11 Disember 2017 bertempat di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang bersempena Hari Keputeraan Ke-72 DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang DipertuanNegeri Selangor telah berkenan menganugerahkan pingat kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid, Yang Dipertua MDKL manakala Encik Mohd Yasin bin Alwi, Timbalan Yang Dipertua MDKL telah dianugerahkan pingat Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS). Warga MDKL mengucapkan tahniah diatas penganugerahan tersebut. Semoga terus cemerlangberkhidmat untuk rakyat dan Negeri Selangor.

Pada 1 Oktober 2017 yang lalu bertempat di Pusat Latihan Perindustrian Pemulihan (PLPP) Bangi, bersempena Hari Kebajikan Negara 2017, Majlis Daerah Kuala Langat telah dianugerahkan “Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT Prihatin)” dalam kategori Majlis Daerah. Majlis perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pada 11 November 2017 bertempat PromenadePuteri Harbour, Johor Bahru, bersempenaSambutan Hari Perancang Bandar Sedunia & Hari Habitat Sedunia 2017 Anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Majlis Daerah Kuala Langat telah menerima Anugerah Inisiatif Kejiranan Hijau Kategori Majlis Daerah bagi ketegori Anugerah Penyediaan Laluan Basikal dan Anugerah Laluan Pejalan Kaki tahun 2017. Majlis perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Page 9: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Pada 16 Oktober 2017 satu Majlis Angkat Sumpah Kakitangan Baharu telah diadakan. Seramai 35 orang kakitangan baharu terlibat dalam majlis tersebut yang telah diadakan di Bilik Cempaka Kuning, Majlis Daerah Kuala Langat. Majlis Dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Zain bin A Hamid, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat .

Perhimpinan Bulanan MDKL Kali ke 3/2017 dan Majlis Dialog bersama YDP telah diadakan pada 26 Disember 2017 bertempat di Dewan Seri Jugra, Telok Datok. Perhimpunan telah dihoskan oleh Cawangan Pesuruhjaya Bangunan dan Cawangan Pejabat Bandar Saujana Putra. Majlis Dialog bertujuan untuk bertukar idea dan pandangan di antara kakitangan dengan pihak pengurusan.

Majlis Daerah Kuala Langat telah menganjurkan Mini Konvensyen Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) peringkat Majlis Daerah Kuala Langat pada 20 Disember 2017 bertempat di Dewan Seri Jugra, Telok Datok. Sebanyak 17 kumpulan KIK yang terdiri daripada kakitangan MDKL telah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Pelbagai projek dan idea baharu telah ditonjolkan oleh setiap kumpulan yang bertanding. Majlis Perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Mohamad Zain Bin A Hamid, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat .

Page 10: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Pada 29 November 2017 bertempat di gerai makan PLB Jenjarom, satu sesi perjumpaan khas di antara Tuan Mohamad Zain Bin A Hamid, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat diiringi Pengarah dan Penolong Pegawai Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bersama wakil Pemilik Gerai PLB Jenjarom dan wakil penduduk. Perjumpaan selama satu jam setengah itu telah berlangsung dengan jayanya bagi membincangkan isu cadangan penambahbaikan jalan utama di kawasan tersebut yang bakal melibatkan Gerai PLB MDKL dan Kuarters JKR bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di kawasan tersebut.

Program Penyerahan Tong Sampah di Kampung Baru Sg. Jarom telah diadakan pada 8 Disember 2017 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa dan Kesihatan Persekitaran dengan kerjasama MPP Zon 8. Program ini dijalankan bagi menyarankan penduduk tentang pentingnya persekitaran yang bersih dalam kehidupan dan kawasan penempatan.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Tuan Ean Yong Hian Wah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru diiringi Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Tuan Mohd Yasin bin Alwi dan Encik Tek Eng Teck Ahli Majlis merangkap pengerusi MPP Zon 8. Seramai 40 peserta gotong royong melibatkankakitangan MDKL dan penduduk Kampung. Program turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Kerajaan yang lain.

Page 11: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Pada 19 Oktober 2017 Majlis Daerah Kuala Langat telah menerima kunjungan dari pasukan Panel Audit Sistem Penarafan Bintang Bahasa Kebangsaan Pihak Berkuasa Tempatan (SPPBK-PBT). Seramai empat orang panel yang terdiri daripada pegawai dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menilai penggunaan bahasa melayu dalam proses kerja dan dokumentasi setiap Pihak Berkuasa Tempatan. Panel Audit memaklumkan dalam sesi majlis penutup, hasil penilaian mendapati bahawa MDKL telah berjaya mencapai kriteria yang ditetapkan.

Pada 25 Oktober 2017 seramai dua orang panel penilaian dari Audit Teknikal Kesihatan Persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan ( SPBBK-PBT ) telah membuat lawatan ke Majlis Daerah Kuala Langat bagi menilai teknikal kesihatan persekitaran MDKL. Panel penilai terdiri dari pegawai dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Panel Audit memaklumkan dalam sesi majlis penutup bahawa, hasil penilaian mendapati MDKL telah dengan jayanya mencapai tahap kriteria yang ditetapkan.

Page 12: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Kejohanan lumba basikal ujian masa berpasukan Perangsang-MDKL Time Trial 2017 telah diadakan pada 19 November 2017 bertempat di Pantai Morib. Seramai 195 atlet dan peminat sukan lumba basikal daripada 39 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat bersama Clever Speda dan ditaja oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad Rangsangan Sukan Selangor (RSS) serta mendapat kerjasama dari beberapa Agensi Kerajaan lain seperti PDRM serta Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat. Kejohanan melibatkan jarak kayuhan sejauh 35 km bermula dari Pantai Morib menuju ke Jalan Tanjung Sepat Darat. Hadiah berupa trofi dan wang tunai bernilai RM1,200 bagi tempat pertama, RM800 kedua dan RM600 ketiga disampaikan oleh Pengarah Bersekutu, Perhubungan Awam Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat Perangsang Selangor, Mohd Fauzi Mohd Ghazali, Penolong Setiausaha MDKL, Miskon Karim serta Naib Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Selangor, Norazhar Sakiman.

Page 13: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Majlis Daerah Kuala Langat telah menganjurkan Kejohan Futsal MDKL 2017 pada 24 November 2017 bertempat di Dewan Kompleks Sukan MDKL . Sebanyak lima pasukan menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada kakitangan MDKL sendiri. Kejohanan menawarkan hadiah keseluruhan RM 1,200 serta hamper untuk pemenang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua KSK MDKL Encik Mohd Khairul bin Haji Darini.

Pada 29 November 2017 Jabatan Khidmat Pengurusan telah mengadakan satu sesi Dialog di antara Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bersama kakitangan gred H11 bertempat di Dewan Sri Jugra , Telok Datok. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi beberapa makluman penting berkaitan pekeliling perkhidmatan awam yang wajib diketahui bagi setiap kakitangan. Sesi taklimat telah disampaikan sendiri oleh Tuan Mohd Yasin bin Alwi Timbalan Yang Dipertua MDKL. Antara aktiviti lain adalah MDKL dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Langat telah membuat saringan air kencing kepada semua ka-kitangan yang hadir.

Pada 27 November 2017 telah diadakan Taklimat Perundangan yang mengfokuskan berkaitan proses pengeluaran notis pelbagai jabatan Majlis Daerah Kuala Langat yang melibatkan 96 orang kakitangan yang terdiri daripada pegawai sokongan 1 MDKL. Taklimat tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan serta diurusetiakan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan dan Unit Perundangan. Taklimat perundangan ini telah disampaikan oleh Tuan Mohamad Zain Bin A Hamid, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat .

Page 14: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Pada 24 dan 25 November 2017 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah menganjurkan Kursus Asas Paragliding Tahun 2017 Bersama Belia MDKL, Media dan Penulis Blog bertempat di Hotel Impian Morib dan Bukit Jugra. Seramai 40 peserta yang terdiri daripada kalangan media, penulis blog dan juga anak tempatan daerah Kuala Langat telah menamatkan latihan asas selama dua hari dengan jayanya. Sesi latihan teknikal penerbangan bagi semua peserta telah dilakukan di Bukit Jugra, Kuala Langat. Semua peserta berasa teruja dengan pengalaman kali pertama mereka mengendalikan payung dan terbang tendom paragliding.

Pada 25 Disember 2017 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah menganjurkan Santai Pancing Pantai Kelanang Tahun 2017 di Pantai Kelanang. Program adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor dan MDKL dengan kerjasamaagensi-agensi kerajaan di dalam daerah. Hanya kategori ikan terberat sahaja dipertandingkan dengan yuran penyertaan RM30 bagi satu joran. Setiap pemenang dari tempat pertama hingga ke-40 menerima hadiah wang tunai disamping hadiah cabutan bertuah. Bagi tempat pertama, pemenang membawapulang wang tunai RM7,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000, manakala bagi tempat keempat dan kelima, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM700 dan RM500. Peserta juga membawa pulang TV LED 32 inci dan hamper melalui cabutan bertuah. Penyampaian hadiah disampaikan oleh YB Tuan Haji Hasnul bin Baharuddin ADUN kawasan Morib dan YB Datuk Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Ahli Parlimen Kuala Langat.

Page 15: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Pada 29 November 2017, seramai 20 orang delegasi yang terdiri daripada Ahli Majlis dan beberapa orang pegawai Majlis Perbandaran Tawau telah berkunjung ke MDKL bagi melakukan lawatan kerja dan perbincangan berkaitan beberapa perkara berkaitan pengurusan dalam Pihak Berkuasa Tempatan kawasan masing-masing. Perkongsian ilmu ini dapat membantu Majlis Perbandaran Tawau dan MDKL meningkatkan kecekapan dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan di kawasan seliaan.

Majlis Daerah Kuala Langat telah mengadakan lawatan kerja sambil belajar ke Majlis Daerah Lipis , Pahang pada 13 Disember 2017. Seramai 16 orang delegasi MDKL telah berkunjung ke Majlis Daerah Lipis untuk mempelajari dan berkong-si pengalaman tentang pengurusan teknikal pembersihan persekitaran yang dikendalikan oleh Majlis Daerah Lipis. Selain itu, lawatan tersebut dapat memberi pendedahan dan bertukar-tukar idea berkaitan pengurusan teknikal pembersihan persekitaran disamping permasalahan utama yang dihadapi serta cara menanganinya. Kunjungan lawatan dari MDKL diketuai oleh Yang Dipertua, Tuan Mohamad Zain bin A Hamid.

Pada 27 Oktober 2017, seramai 40 orang delegasi yang terdiri daripada pelajar dan beberapa pegawai pengiring Universiti Islam Antarabangsa telah berkunjung ke Majlis Daerah Kuala Langat bagi melakukan lawatan sambil belajar. Tujuan Lawatan adalah bagi mempelajari analisis tapak untuk penyediaan pelan susun atur yang terletak di kawasan MDKL. Wakil Jabatan Perancangan Pembangunan telah membuat taklimat berkaitan peranan jabatan, perancangan dan pembangunan di kawasan MDKL serta isu-isu kawalan bangunan di kawasan MDKL.

Page 16: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Pada 10 Oktober 2017, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Kuala Langat telah melakukan Operasi Sampah Haram di Lorong Jaya Sepakat 3, Kampung Jaya Sepakat dan Jalan Perak Kiri, Kampung Bukit Changgang. Tindakan sitaan lori yang membuang sampah di kawasan pelupusan sampah haram dan tindakan notis kesalahan kepada pengendali pusat pelupusan sampah haram. Lori yang disita telah dibawa ke Pejabat Penguat kuasa dan ditahan untuk tempoh sebulan dan boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM2,000. Sitaan dilakukan mengikut UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MDKL 2007. Operasi melibatkan empat anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Pembantu Penguat kuasa Kanan.

Pada 23 November 2017, Jabatan Pelesenan Majlis Daerah Kuala Langat telah mengadakan Operasi penutupan premis kerana gagal perbaharui lesen perniagaan 2017 yang melibatkan sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting. Operasi diketuai oleh Pengarah Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan.Tindakan arahan penutupan serta merta dilaksanakan mengikut UUK 43 (1) UUK Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pihak MDKL mendapati peniaga menjalankan perniagaan tanpa lessen dalam daerah ini.

Pada 21 November 2017, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Kuala Langat telah melakukan Ops Sita Perniagaan Premis Warganegara Asing di Bandar Saujana Putera. Satu operasi khas diketuai oleh Penolong Pegawai Penguat kuasa MDKL telah dilaksanakan membabitkan lima premis perniagaan yang dikendalikan oleh warganegara asing telah disita.Tindakan sitaan dilakukan mengikut UUK 38 (1) UUK Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007 dan UUK Kecil 57 (1) UUK Establisment Makanan MDKL 2007. Premis terbabit terdiri daripada dua unit kedai makanan dan tiga unit kedai runcit. Barang serta peralatan penyediaan makanan dan barangan runcit telah disita dalam operasi tersebut.

Page 17: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Pada 6 oktober 2017 pihak Majlis Daerah Kuala Langat telah melaksanakan operasi pusat hiburan dan rumah urut di sekitar kawasan Banting , Jenjarom dan Telok Panglima Garang. Mereka telah dikenakan tindakan dibawah UUK 3, UUK pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan (MDKL2007) kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen . seterusnya, mereka juga dikenakan Peraturan 21 (1) menjalankan aktiviti perniagaan melebihi had.

Pada 10, 12 dan 17 oktober 2017 operasi perobohan billboard telah dilaksanakan sekitar Lebuhraya Elite yang dijalankan oleh pihak Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran, Unit Perundangan dan Bahagian Hasil. Di dalam operasi tersebut sebanyak 7unit billboard telah berjaya dirobohkan. Perobohan itu dilaksanakan dibawah UUK7, UUK iklan kerana mempamerkan iklan tanpa lesen daripada MDKL.

Pihak Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Kuala Langat telah melaksanakan operasi sitaan kilang haram pada 9 November 2017 serta 5 dan 9 disember 2017. Operasi tersebut telah dijalankan di kawasan permatang pasir dan telok panglima garang.

Pada 8 november 2017, jabatan penguatkuasaan Majlis Daerah Kuala Langat telah membuat operasi sitaan peniaga durian. Peniaga tersebut telah dikenakan kesalahan dibawah UUK 3, UUK penjaja kerana menjaja tanpa lesen. Mereka juga telah dikenakan tindakan sitaan dibawah UUK 42, UUK penjaja.

Pada 8 Disember 2017, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Kuala Langat membuat operasi sitaan kenderaan terlantar dikawasan bandar sujana putra. Pemilik kenderaan tersebut telah dikenakan tindakan dibawah UUK7, UUK taman kerana meletakkan kenderaan melebihi dua tan dikawasan taman.

Page 18: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,

Seramai 10 orang anggota Skuad Pasukan Tindakan Segera ( PANTAS) Majlis Daerah Kuala Langat telah diberi penghargaan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam Malam Apresiasi Hasil dan Belanjawan Negeri Selangor pada 28 November 2017. Penghargaan dan Jamuan Makan Malam tersebut dibuat sempena menghargaai anggota yang terlibat dalam Misi Selangor Prihatin bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor ke Pulau Pinang untuk membantu mangsa banjir bermula 6 hingga 12 November 2017 yang lalu. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Datuk Seri Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor yang turut diiringi oleh YB. Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan juga Pegawai Kewangan Negeri serta Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Tuan Mohamad Zain bin A Hamid.

Page 19: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,
Page 20: PERUTUSAN YDP - mdkl.gov.my · Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Daerah ... kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) kepada Tuan Mohamad Zain bin A Hamid,