universiti putra malaysia €¦psasir.upm.edu.my/1862/1/upm_johan_pidato_kemerdekaan_ipt.pdf ·...

2
. UPM Johan Pidato Kemerdekaan IPT Dr. Hou Kok Chung (tengah) menyampaikan hadiah kepada Mohd. Shamsul Salleh SERDANG, 26 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mengungguli dua pertandingan utama pidato Bahasa Melayu antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berlangsung baru-baru ini. Mohd. Shamsul Salleh dari UPM muncul Johan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia 2008 kategori Bahasa Melayu dengan menewaskan 17 pemidato IPT lain. Shamsul yang berpidato dengan tajuk “Kestabilan Ekonomi Teras Kelestarian Kemerdekaan” membawa pulang wang tunai RM 5,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan pada pertandingan yang diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. “Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Sekyen Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM dan rakan-rakan yang sentiasa menyelia latihan secara berterusan,” katanya yang merupakan pelajar Tahun Tiga Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Azali Mohamed, ketika ditemui sejurus selepas pertandingan tersebut berkata, BHEP sentiasa menggalakkan dan melaksanakan program pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar. “Aktiviti pidato merupakan salah satu medium yang boleh membantu meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar,” katanya. Dua lagi kejohanan utama debat menyusul dalam kalendar MADUM iaitu Pidato Kepemimpinan Harmoni (Peniti) dan Pidato Komoditi pada tahun ini dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan latihan pusat kepada pemidato-pemidatonya. Zamir Hamdy dan Mohd. Shamsul Salleh bergambar bersama Dr. Hou Kok Chung. “Saya dan rakan –rakan beriltizam untuk memastikan Universiti Putra Malaysia sekali lagi muncul sebagai johan dalam dua pertandingan akan datang”, kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini. Sementara itu, Mohd. Izat Jonid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapat Naib Johan dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Azri Zahier Azmi dari Universiti Malaya (UM), masing-masing membawa pulang wang tunai RM 3,000 serta RM 1,000 bersama piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan. Dalam kategori Bahasa Inggeris pula, Zamir Hamdy dari UIAM muncul Johan sementara Ashwin Charles dari Universiti Malaysia Pahang memenangi naib johan dan Firdaus Nejim Al-Asedi dari UM mendapat tempat ketiga dengan hadiah yang sama seperti kategori Bahasa Melayu. Pertandingan saringan telah dijalankan dari 15 hingga 17 Ogos yang lalu dan pertandingan akhir yang diadakan ini telah dianjurkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) dan Universiti Teknologi MARA. Pengarah pertandingan Tajul Ariffin Adam berkata sebanyak 21 IPT Awam dan Swasta dalam kedua-dua kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris iaitu kira-kira 50 pemidato mengambil bahagian pertandingan itu. Pertandingan pusingan akhir itu dinilai oleh tujuh hakim iaitu lima dari MADUM, seorang dari Yayasan Tunku Abdul Rahman dan seorang hakim jemputan sementara Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dr. Hou Kok Chung telah menyampaikan hadiah pemenang pertandingan. Sementara itu dalam Pidato Piala Belia Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada 10 Mei lalu, Shamsul turut muncul sebagai johan dengan membawa pulang piala pusingan dan hadiah wang tunai berjumlah RM3500. Tajuk Pidato beliau “Pembangunan Belia Dari Perspektif Pembangunan Aset” telah berjaya menarik perhatian hakim dan penonton menewaskan 17 peserta IPTA yang lain. . Universiti Putra Malaysia http://www.upm.edu.my/print.php?aktvt=berita&kod=200808272401723... 1 of 2 11/4/2009 10:02 AM

Upload: dinhdiep

Post on 25-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Universiti Putra Malaysia €¦psasir.upm.edu.my/1862/1/UPM_Johan_Pidato_Kemerdekaan_IPT.pdf · Tajuk Pidato beliau “Pembangunan Belia Dari Perspektif Pembangunan Aset ... Universiti

.UPM Johan Pidato Kemerdekaan IPT

Dr. Hou Kok Chung (tengah) menyampaikan hadiah kepada Mohd. Shamsul Salleh

SERDANG, 26 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mengungguli duapertandingan utama pidato Bahasa Melayu antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) yang berlangsung baru-baru ini.

Mohd. Shamsul Salleh dari UPM muncul Johan Pertandingan Pidato Kemerdekaan InstitusiPengajian Tinggi (IPT) Malaysia 2008 kategori Bahasa Melayu dengan menewaskan 17pemidato IPT lain.

Shamsul yang berpidato dengan tajuk “Kestabilan Ekonomi Teras KelestarianKemerdekaan” membawa pulang wang tunai RM 5,000, piala pusingan, piala iringan,cenderamata dan sijil penyertaan pada pertandingan yang diadakan di Pusat Kebudayaandan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

“Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Sekyen Pembangunan Pelajar,Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM dan rakan-rakan yang sentiasa menyelia latihansecara berterusan,” katanya yang merupakan pelajar Tahun Tiga Bacelor PendidikanPengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Azali Mohamed, ketikaditemui sejurus selepas pertandingan tersebut berkata, BHEP sentiasa menggalakkan danmelaksanakan program pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar.

“Aktiviti pidato merupakan salah satu medium yang boleh membantu meningkatkankemahiran komunikasi pelajar,” katanya.

Dua lagi kejohanan utama debat menyusul dalam kalendar MADUM iaitu PidatoKepemimpinan Harmoni (Peniti) dan Pidato Komoditi pada tahun ini dan Bahagian HalEhwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia telah mengambil langkah proaktif denganmengadakan latihan pusat kepada pemidato-pemidatonya.

Zamir Hamdy dan Mohd. Shamsul Salleh bergambar bersama Dr. Hou Kok Chung.

“Saya dan rakan –rakan beriltizam untuk memastikan Universiti Putra Malaysia sekali lagimuncul sebagai johan dalam dua pertandingan akan datang”, kata anak kelahiran BatuPahat, Johor ini.

Sementara itu, Mohd. Izat Jonid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)mendapat Naib Johan dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Azri Zahier Azmi dari UniversitiMalaya (UM), masing-masing membawa pulang wang tunai RM 3,000 serta RM 1,000bersama piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.

Dalam kategori Bahasa Inggeris pula, Zamir Hamdy dari UIAM muncul Johan sementaraAshwin Charles dari Universiti Malaysia Pahang memenangi naib johan dan Firdaus NejimAl-Asedi dari UM mendapat tempat ketiga dengan hadiah yang sama seperti kategoriBahasa Melayu.

Pertandingan saringan telah dijalankan dari 15 hingga 17 Ogos yang lalu dan pertandinganakhir yang diadakan ini telah dianjurkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman, KementerianPengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia(MADUM) dan Universiti Teknologi MARA.

Pengarah pertandingan Tajul Ariffin Adam berkata sebanyak 21 IPT Awam dan Swastadalam kedua-dua kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris iaitu kira-kira 50 pemidatomengambil bahagian pertandingan itu.

Pertandingan pusingan akhir itu dinilai oleh tujuh hakim iaitu lima dari MADUM, seorangdari Yayasan Tunku Abdul Rahman dan seorang hakim jemputan sementara TimbalanMenteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dr. Hou Kok Chung telah menyampaikan hadiahpemenang pertandingan.

Sementara itu dalam Pidato Piala Belia Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukanpada 10 Mei lalu, Shamsul turut muncul sebagai johan dengan membawa pulang pialapusingan dan hadiah wang tunai berjumlah RM3500.

Tajuk Pidato beliau “Pembangunan Belia Dari Perspektif Pembangunan Aset” telah berjayamenarik perhatian hakim dan penonton menewaskan 17 peserta IPTA yang lain.

.

Universiti Putra Malaysia http://www.upm.edu.my/print.php?aktvt=berita&kod=200808272401723...

1 of 2 11/4/2009 10:02 AM

Page 2: Universiti Putra Malaysia €¦psasir.upm.edu.my/1862/1/UPM_Johan_Pidato_Kemerdekaan_IPT.pdf · Tajuk Pidato beliau “Pembangunan Belia Dari Perspektif Pembangunan Aset ... Universiti

Mohd. Shamsul Salleh bergambar dengan Prof. Dr. Azali Mohamed dan Fahmi Azar

Mistar

Oleh Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, UPM.

Hak Cipta Terpelihara 2007Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia http://www.upm.edu.my/print.php?aktvt=berita&kod=200808272401723...

2 of 2 11/4/2009 10:02 AM