universiti hakmilik universiti universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda...

26
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS T JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN C.PETA MINDA BERTAJUK .THERMOCI{EMISTRY' UftlTUK MAIA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN LIMA Saya SESI PDNGAJIAN: 2010/2011 WAN ZALIHA BINTI WAN YUSOF (HURUTBESAR) mengaku membenarkan tesis (PSMiSafma,zDek+erFakafth)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ({ ) ST]LIT TERHAD TIDAKTERHAD Alamat Tetap: 439 KAMPUNG BUKIT PUTERI. 22OOO JERTEH. TERENGGANU. Tarikh: 09Mei 2011 (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termakhrb di dalam (AKTA RAHSIA RASMr 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan Oleh n tl E ENCIK MUSLIM BIN JONID Nama penyelia Tarikh: 09 Mei 2011 (TANDATANGAN PENYELIA) CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkeaaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. o Tesis dinraksudkan sebagai tesis bagi tjazah Doktor Falsafah dan Satjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dal penyelidikan, atau Laporan Projek Sa{ana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 25-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS T

JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN C.PETA MINDABERTAJUK .THERMOCI{EMISTRY' UftlTUK MAIA PELAJARAN KIMIA TINGKATANLIMA

Saya

SESI PDNGAJIAN: 2010/2011

WAN ZALIHA BINTI WAN YUSOF(HURUTBESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSMiSafma,zDek+erFakafth)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ({ )

ST]LIT

TERHAD

TIDAKTERHAD

Alamat Tetap:439 KAMPUNG BUKIT PUTERI.22OOO JERTEH.TERENGGANU.

Tarikh: 09Mei 2011

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termakhrb di dalam(AKTA RAHSIA RASMr 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan Oleh

ntlE

ENCIK MUSLIM BIN JONIDNama penyelia

Tarikh: 09 Mei 2011

(TANDATANGAN PENYELIA)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkeaaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT

atau TERHAD.o Tesis dinraksudkan sebagai tesis bagi tjazah Doktor Falsafah dan Satjana secara penyelidikan,

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dal penyelidikan, atau Laporan Projek Sa{ana

Muda (PSM).

Page 2: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini danpadapandangan saya karya ini adalahmemadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahanljazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Kimia)"

Tandatangan :

Nama Penyelia : TUAN HAII MUSLM BIN JONID

Tarikh : 09 MEI2011

Page 3: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA

MINDA BERTAJUK “THERMOCHEMISTRY” UNTUK MATA

PELAJARAN KIMIA TINGKATAN LIMA

WAN ZALIHA BINTI WAN YUSOF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 4: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

PENGAKUAI{

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Nama Penulis : WAN ZALIHA BINTI WAN YUSOF

Tarikh : 09 MEI2011

Page 5: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani;

Kupanjatkan setinggi – tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat

dan kurniaMu. Alhamdulillah...

Kudedikasikan khas buat :

Bonda Tercinta,

Doa dan pengorbananmu tiada ternilai dan tidak mampu untuk kumembayarnya

dengan segala benda di dunia ini. Dikaulah ibu, juga pengganti ayah. Kasih

sayangmu padaku tidakkan luntur, meskipun masa kian berlalu. Semoga dirimu

sentiasa dalam kerahmatan, keredhaan, peliharaan, dan keberkatan Allah...

Arwah Ayahanda Tercinta,

Meskipun jasadmu telah tiada, namun harapanmu tetap terus membakar

semangatku untuk meneruskan perjuangan menjadi insan bergelar pendidik.

Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas Rohmu...

Ahli Keluarga Tercinta,

Terima kasih atas dorongan kalian. Sesungguhya, air dicincang takkan putus.

Semoga ikatan kasih sayang kekeluargaan antara kita kian terjalin kukuh...

Pensyarah yang dihormati,

Terima kasih diatas segala ilmu serta tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan.

Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan.

Sahabat-sahabatku Tersayang,

Tunjuk ajar kalian amat bernilai buat diriku. Terima kasih untuk persahabatan

yang terjalin. Terima kasih untuk segalanya...

Page 6: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta

salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya

yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.

Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana

keizinan, rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menyempurnakan pembinaan e-

peta minda sebagaimana yang dirancang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muslim Bin Jonid, yang telah sabar menyelia

saya dan memberi tunjuk ajar, bimbingan, nasihat serta tunjuk ajar tanpa jemu. Tidak

dilupakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang menaja pengajian saya

selama di UTM.

Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima

kasih dan seribu penghargaan kepada rakan sepasukan yang turut sama-sama

menbangunkan e-peta minda yang telah banyak berkongsi ilmu dan menyumbangkan

idea dalam meyiapkan projek ini.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada

semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ibu saya, Maimunah Binti Md Salleh

serta ahli keluarga yang lain yang telah banyak memberi galakan dan dorongan

kepada saya.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam membantu saya sepanjang pembinaan e-peta minda ini, saya juga

mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran

daripada Allah SWT.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 7: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

v

ABSTRAK

Bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam menggunakan teknologi masa

kini untuk memastikan pendidikan di Malaysia maju seiring dengan kepesatan

teknologi pada hari ini. Pembangunan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta

minda adalah salah satu aplikasi teknologi dalam pendidikan. Bahan bantu

pengajaran yang bermutu amat diperlukan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Justeru,

satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan

Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar dengan keperluan pendidikan

masa kini yang memerlukan lebih banyak bahan pengajaran berbentuk elektronik.

Perisian ini mengandungi pelbagai bahan pembelajaran seperti nota, video, dan

gambar berikutan perisian ini menyediakan kemudahan kepada para pengguna. Di

dalam perisian ini, Microsoft Powerpoint 2007 digunakan sebagai platform utama

dan berdasarkan teori Kognitif. Selain itu, Adobe Photoshop CS4, Ulead Cool 3D,

Sony Sound Forge 8.0, Ulead GIF animator 5.0, Sound recorder serta Windows

Movie Maker telah digunakan dalam membangunkan perisian multimedia ini. Proses

pembangunan perisian bahan bantu mengajar ini menggunakan model ADDIE

sebagai panduan untuk mereka bentuk perisian ini. Tujuan pembangunan perisian e-

peta minda ini ialah untuk membangunkan satu perisian modul bahan bantu mengajar

yang disusun berpandukan sukatan pelajaran. Perisian ini telah dinilai oleh guru

Kimia yang berpengalaman. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pembangun

telah membuat rumusan tentang projek dan beberapa cadangan telah dikemukakan

sebagai rujukan untuk pembangunan pada masa hadapan.

Page 8: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

vi

ABSTRACT

The education sector is not lagging behind in using the latest and current

technology to ensure that education in Malaysia is developed in parallel wih rapid

development of today’s technology. The development of teaching aids based on e-

mind mapping is one of the latest applications of technology in education. Quality

teaching aids are needed in teaching and learning (T&L) processes to overcome the

incompatibility of teaching and learning materials. Thus, an e-mind mapping

software was developed in Chemistry subject entitled, Thermochemistry for Form

Five which is in line with the current educational needs that require more teaching

materials in electronic form. This software contains variety of learning materials

such as notes, video, and pictures as the purpose of this software is to provide facility

to users. Microsoft PowerPoint 2007 is used as the main platform of the

software and was developed based on the theory of cognitive. Besides, other

softwares like Adobe Photoshop CS4, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0, Ulead

GIF Animator 5.0, Sound Recorder and Windows Movie Maker has been used to

develop this multimedia software. ADDIE model was used as a guide in

designing this software. The purpose of this project is to develop a software module

on teaching aids which designed according to the syllabus. This software has been

evaluated by experience chemistry teachers. Based on the feedback obtained, from

the evaluation the developer has made a few improvement on the software and

proposed a few suggestions as reference for future development.

Page 9: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN

xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1

3

6

7

Page 10: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

viii

1.5 Kepentingan Projek

1.6 Skop Projek

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk

1.8 Definisi Tajuk

1.8.1 Bahan Bantu Mengajar

1.8.2 Multimedia

1.8.3 Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

1.8.4 Pengajaran Dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PPBK)

1.9 Penutup

7

8

9

10

11

11

12

13

13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Multimedia

2.3 Pengajaran Dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PPBK)

2.4 Teori Pengajaran Dan Pembelajaran

2.4.1 Teori Pembelajaran

Kognitif.

2.4.1.1 Pembelajaran Kognitif

Berdasarkan Model Ausubel.

2.4.1.2 Aplikasi Teori Kognitif Model

Ausubel Dalam e-Peta Minda

2.5 Bahan Bantu Mengajar

2.5.1 Kepentingan Bahan Bantu

Mengajar

14

15

16

18

20

21

23

24

26

Page 11: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

ix

2.6 Peta Minda (Mind Mapper)

2.6.1 Kebaikan Peta Minda

2.7 Penutup

27

29

30

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Pemilihan Rekabentuk Model

Pembangunan

3.2.1 Fasa Analisis (Analysis)

3.2.2 Fasa Rekabentuk (Design)

3.2.3 Fasa Pembangunan

(Development)

3.2.4 Fasa Perlaksanaan

(Implementation)

3.2.5 Fasa Penilaian ( Evaluation)

3.3 Prosedur Pembinaan Perisian

3.3.1 Penentuan Tajuk Dan Skop

3.3.2 Objektif Pembelajaran

3.3.3 Senarai Isi Kandungan

Pelajaran

3.3.4 Kumpulan Sasaran

3.4 Pemilihan Perisian Pembangunan

3.5 Pemilihan Perisian Multimedia

3.5.1 Adobe Photoshop CS4

3.5.2 Ulead GIF Animator 5

31

32

33

33

34

34

35

35

36

36

37

38

38

39

41

42

Page 12: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

x

3.5.3 Ulead Cool 3D Studio

3.5.4 Sound Forge 7.0

3.5.5 Windows Sound Recorder

3.5.6 Windows Movie Maker

3.5.7 Hotpotatoes 6

3.5.8 Sony Vegas 8

3.6 Pemilihan Perkakasan

3.7 Persekitaran Pengguna

3.8 Penutup

42

42

43

43

43

44

44

44

45

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan

4.2 e-Peta Minda

4.3 Perisian e-Peta Minda

4.4 Corak Mindmapper 2008

4.5 Laman Tajuk Utama Mindmapper

4.6 Laman Bagi Subtopik

4.7 Laman Bagi Setiap Subtopik

4.7.1 Introduction

4.7.2 Lesson

4.7.3 Games

4.7.4 Summary

4.7.5 Experiment

46

47

47

48

49

49

50

51

52

52

53

53

Page 13: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

xi

4.7.6 Links

4.8 Laman Di Dalam Bagi Setiap Subtopik

4.8.1 Introduction

4.8.2 Learning Outcomes

4.8.3 Lesson

4.8.4 Test Yourself

4.8.5 Tutorial

4.8.6 Video

4.8.7 Games

4.8.8 Glossary

4.8.9 Summary

4.8.10 Links

4.9 Penilaian Oleh Guru Matapelajaran Kimia

4.10 Penutup

53

54

54

55

56

57

59

60

60

61

62

63

63

65

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan Projek

5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi

5.3.1 Masalah Masa

5.3.2 Masalah Teknikal

66

67

68

69

69

Page 14: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

xii

5.3.3 Masalah Kepakaran

5.4 Rintangan Yang Dihadapi Dalam

Pembangunan e-Peta Minda

5.5 Kekuatan Dan Kelemahan e-Peta Minda

Dan Bahan Bantu Mengajar

(Powerpoint)

5.5.1 Kekuatan

5.5.2 Kelemahan

5.6 Cadangan

5.7 Kesimpulan

5.8 Penutup

70

70

71

71

72

73

74

75

RUJUKAN

76

Lampiran A

79

Lampiran B

84

Page 15: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Senarai isi kandungan 37

3.2 Pemilihan perisian multimedia 40

Page 16: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

xiv

SENARAI GAMBAR RAJAH

NO RAJAH PERKARA MUKA

SURAT

2.1 Contoh peta minda 28

4.1 Ikon Mindmapper 2008 48

4.2 Tajuk utama 49

4.3 Laman Utama Mindmapper 50

4.4 Laman subtopik Mindmapper 51

4.5 Skrin ikon Introduction 51

4.6 Skrin ikon Lesson 52

4.7 Skrin ikon Games 52

4.8 Skrin ikon Summary 53

4.9 Skrin ikon Experiment 53

4.10 Skrin ikon Links 53

4.11 Skrin Introduction 54

4.12 Skrin Learning Outcomes 55

4.13 Skrin Lesson 57

4.14 Skrin Test Yourself 58

Page 17: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

xv

4.15 Skrin Tutorial 59

4.16 Skrin Video 60

4.17 Skrin Games 61

4.18 Skrin Glossary 62

4.19 Skrin Summary 62

4.20 Skrin Links 63

Page 18: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

xvi

SENARAI SINGKATAN

AVI - Audio Video Interleave

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CBI - Computer Based Learning

GIF - Graphic Interchange Format

ICT - Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MPEG - MP3- MPEG-1 Audio Layer 3

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PDD - Photoshopdeluxe

PPBK - Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

PSD - Photoshop Document

WAV - Waveform Audio File Format

WMV - Window Media Video

Page 19: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A

Borang Pengesahan Tajuk (Projek Sarjana Muda)

79

B

Borang Senarai Semak

84

Page 20: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah

awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat

Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu

mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain

ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi

perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendatangkan kebaikan kepada semua

pihak. Selaras dengan itu, kurikulum abad ke-21 menjadi agenda

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memartabatkan pendidikan

ke arah kecemerlangan. Penekanan kurikulum sains edisi bestari dan abad

ke-21 adalah pada penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

Salah satu objektif dalam kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah

Page 21: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

untuk “membolehkan pelajar memilih, menganalisis dan menilai maklumat

berkenaan dengan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan” (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1998, h2 ).

Oleh yang demikian, sejajar dengan kepesatan penggunaan ICT, bidang

pendidikan turut tidak ketinggalan mengalami perubahan yang sama iaitu

penggunaan ICT dalam proses pendidikan masa kini. Faharol Razi (1998)

menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan pembelajaran diambil daripada

istilah asalnya dalam bahasa Inggeris iaitu Computer Based Instruction (CBI) yang

bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Selain itu, terdapat beberapa

contoh yang menunjukkan penggunaan teknologi moden dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) sama ada di sekolah-sekolah mahupun di institut-institut

pengajian tinggi seperti kelas maya (virtual class), pembelajaran e-learning dan

pendidikan melalui talian (online education). Secara tidak langsung, aplikasi-

aplikasi kesemua teknologi ini akan mengubah imej seorang guru daripada sebagai

sumber ilmu pengetahuan dan kebijaksaan kepada „facilitator of knowledge’. (Abu

Bakar Abd Majeed et. al, 2000 : 17).

Pada masa kini, semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,

para guru banyak menggunakan bahan bantu mengajar yang berasaskan komputer.

BBM yang berdasarkan e-peta minda bukan sahaja bertujuan untuk memberikan

kemudahan kepada para pendidik menguruskan bahan pengajaran serta

menghasilkan persekitaran pembelajaran yang efektif malah ia juga melibatkan

penyertaan aktif dalam kalangan pelajar semasa proses P&P. Proses

mengoptimumkan penggunaan bahan bantu mengajar ini adalah bagi

mempertingkatkan hasil pengajaran serta pengintegrasian P&P dengan melibatkan

penemuan dan penerimaan sumber, komunikasi, melakukan aktiviti P&P serta

menghasilkan e-peta minda ini. Oleh itu, untuk mengoptimumkan penggunaan BBM

ke arah pengajaran yang lebih berkesan, guru harus merancang aktiviti pembelajaran

di samping mengambil kira isi kandungan, penilaian formatif dan sumatif terhadap

pelajar, melihat keperluan dan pengalaman pelajar semasa membina dan menerbitkan

Page 22: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

bahan bantu mengajar serta mewujudkan unsur kolaboratif dan koperatif melalui

BBM yang digunakan.

Kecanggihan teknologi dan media elektronik serta program aplikasi telah

mendatangkan kesan yang besar dalam pencapaian bidang pendidikan. Penggunaan

teknologi bukanlah bertujuan mengambil alih peranan guru sebagai pendidik, malah

ia di jadikan sebagai media utama pengajaran dan pembelajaran dengan guru

bertindak sebagai pemudah cara dalam proses tersebut. (Jaya Kumar C.Koran,

2001). Pada hari ini, di antara aplikasi teknologi yang boleh dilihat ialah

pembelajaran e-learning. Mark Nichols (2005) mendefinisikan e-learning sebagai

pembelajaran yang disokong oleh penggunaan isi kandungan dan alatan digital

melalui akses internet dan teknologi lainnya seperti komputer, cakera padat dengan

penglibatan interaktiviti secara online antara pelajar dengan guru dan sesama pelajar.

Oleh yang demikian, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu

anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi

(Wan Zahid,1996). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu

dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan

pemikiran kita sendiri, tanpa perlu bersandar dan berharap pada orang lain. Selagi

kita bertaraf pengguna, selagi itulah kita tidak mampu mengubah sesuatu perkara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, era perkembangan teknologi mempengaruhi setiap bidang

kehidupan masyarakat kita. Selari dengan perkembangan ini, aspek teknologi telah

digabungjalinkan dalam kurikulum di sekolah dan penggunaannya semakin meluas

dari semasa ke semasa. Ini adalah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan

memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya

Page 23: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada

yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan

teknologi terkini (KPM, 1997).

Bagi konteks kajian ini, pembangun memfokuskan kepada permasalahan

yang dihadapi oleh para guru yang mengajar mata pelajaran Kimia Tingkatan Lima

secara am dan secara khusus bagi topik Thermochemistry dalam subtopik Heat of

reaction (heat of precipitation, heat of displacement, heat of neutralisation and heat

of combustion). Dalam topik ini, para guru dikehendaki mendedahkan para pelajar

dengan fakta, konsep, hukum dan teori yang berkaitan dengan Termokimia. Para

guru juga perlu mendedahkan pelajar untuk mempelajari subtopik ini dengan lebih

mudah serta secara berkesan lagi.

Cara pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas memainkan

peranan penting untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu. Pelajar

akan merasa bosan dan jemu jika pengajaran yang disampaikan tidak menarik. Oleh

yang demikian, dengan adanya teknologi pada masa kini, pembangun memfokuskan

untuk membangunkan satu modul perisian yang boleh menarik minat para pelajar

untuk mempelajari topik ini tanpa rasa bosan. Ini juga membolehkan sesi pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas lebih berkesan dan menarik lagi.

Di samping itu juga, kekangan masa yang dihadapi oleh para guru pada masa

kini menyebabkan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan

bahan bantu mengajar yang baik untuk pelajar. Ini adalah kerana, untuk

menyediakan satu bahan bantu mengajar yang baik dan bermutu, ia memerlukan

masa dan komitmen yang tinggi dari guru. Ini adalah bagi merungkai kemelut dan

kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar dalam mempelajari topik

Thermochemistry di sekolah di mana mereka boleh mempelajari topik ini dengan

lebih berkesan.

Page 24: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

Selain daripada itu, masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar dalam

topik Thermochemistry adalah sukar memahami konsep asasnya dengan jelas dan

baik. Para pelajar tidak dapat memahami konsep yang sebenar kerana topik ini

adalah abstrak dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi daripada pelajar untuk

memahami konsep ini. Penggunaan video, grafik dan animasi mampu menolong

para guru untuk menerangkan konsep asas topik Thermochemistry ini dengan baik

dan seterusnya membantu pelajar untuk memahaminya dengan mudah. Manson Niaz

dan William R.Robinson menyatakan, sungguhpun para pelajar mampu

memanipulasikan dan menerbitkan persamaan serta mengaplikasikan algoritma

dalam penyelesaian masalah, mereka masih tidak berupaya untuk menerangkan

secara kualitatif fenomena yang berlaku dalam dunia realiti. Ini berkait dengan topik

Thermochemistry yang mana melibatkan tindak balas haba yang berbeza.

Di samping itu, menurut J.C Adidwe (1981) kemahiran penyelesaian masalah

adalah sukar dikuasai oleh para pelajar sekolah menengah kerana ianya melibatkan

struktur intelektual yang kompleks. Malahan, penguasaan kemahiran penyelesaian

masalah yang berada pada tahap rendah ini adalah merupakan penyebab utama

kegagalan pelajar dalam subjek Sains dan Matematik di sekolah. Ini berkait dengan

topik Thermochemistry yang mana melibatkan pengiraan. Subjek Kimia bukan

sahaja mengandungi fakta, konsep, hukum atau teori semata-mata. Sebaliknya,

subjek ini mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan ilmu dan kemahiran

Matematik. Oleh itu, perisian e-peta minda ini adalah untuk merungkai kemelut dan

kesukaran yang dihadapi oleh para guru dan pelajar.

Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar ini menyediakan kemudahan

dengan menyokong persekitaran pembelajaran alternatif yang mempunyai ciri

interaktif yang amat memuaskan melalui pembelajaran informal, sama ada terhadap

pendidik, mahupun para pelajar. Kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar

(BBM) membawa kesan yang positif kepada para pelajar. Namun begitu, harus

diingat bahawa tidak semua bahan bantu mengajar adalah berkesan dan bermanfaat

kepada para pelajar.

Page 25: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

1.3 Pernyataan Masalah

Pada zaman yang serba canggih dan moden ini, penggunaan komputer

semakin meluas dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Sejajar dengan

perkembangan ini, terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang berasaskan

komputer dihasilkan. Ini adalah kerana ia menghasilkan banyak kebaikan kepada

semua pihak, sama ada kepada golongan pendidik mahupun para pelajar.

Namun begitu, terdapat pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh para guru

dan pelajar yang perlu diatasi oleh pembangun dalam pembinaan perisian modul

bahan bantu mengajar ini. Di antaranya ialah :

i) Alat bantu mengajar kurang menarik boleh menyebabkan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas membosankan.

ii) Guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan bantu

pengajaran yang baik kepada pelajar.

iii) Guru sukar untuk menerangkan konsep pengiraan dengan jelas kepada pelajar

tanpa bantuan bahan bantu mengajar.

iv) Untuk merungkai kemelut dan kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar

dan guru dalam mempelajari topik Thermochemistry ini.

Lantaran itu, pembangun merasakan perlunya sebuah perisian multimedia

berasaskan e-peta minda bagi subjek Kimia Tingkatan Lima untuk topik

Thermochemistry yang memiliki ciri-ciri pembelajaran aktif, konstruktif dan

interaktif dihasilkan.

Page 26: Universiti hakmilik Universiti Universiti - fp.utm.my · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar

1.4 Objektif Projek

Objektif utama projek ini direkabentuk ialah untuk :

i. Membangunkan satu perisian modul bahan bantu mengajar dalam

pendidikan berasaskan e-peta minda yang bertajuk Thermochemistry

yang disusun berpandukan sukatan pelajaran untuk subjek Kimia

Tingkatan Lima.

ii. Menghasilkan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda yang

menggabungkan unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik,

animasi,audio dan video.

1.5 Kepentingan Projek

Pembangunan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan e-peta minda ini

dikenal pasti mempunyai beberapa kepentingan yang secara tidak langsung memberi

kemudahan dan kelebihan kepada pengguna. Antara pihak yang dikenal pasti

mendapat kepentingannya ialah :

a) Guru

i. Membolehkan guru menarik minat pelajar untuk mempelajari topik

Thermochemistry dengan mudah dan efektif.