universiti putra malaysia ...psasir.upm.edu.my/1340/1/...shift_dan_syarahan_edward_de_bono…nc -...

2
. NC - Rethinking Agriculture : A Paradigm Shift dan Syarahan Edward de Bono pada hari terakhir ICOT ke-14 Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha menyampaikan cenderahati kepada Edward de Bono pada akhir sesi persidangan KUALA LUMPUR, 26 Jun – Proses anjakan paradigma dalam sektor pertanian penting untuk menjamin pembangunan negara yang holistik, peningkatan kualiti hidup dan pembentukan kekayaan secara mampan. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah perkara itu didorong oleh perubahan senario semasa peringkat global dan dalam negara melalui penekanan terhadap isu seperti krisis makanan, kemiskinan dan pemeliharaan alam sekitar. Selain itu katanya, seruan dan fokus kerajaan untuk memperkasakan bidang pertanian dalam Rancangan Malaysia ke-9 turut menjadi faktor utama usaha transformasi selain kepesatan teknologi yang turut menyumbang kepada kemajuan sektor pertanian. ”Sektor pertanian perlu mendapat sokongan bidang lain ke arah pemikiran pertanian moden melalui integrasi pertanian dan teknologi pintar seperti bioteknologi, ICT, nanoteknologi dan pengurusan strategik. ”Persepsi pemikiran masyarakat harus diubah kerana kita sering mengaitkan pertanian dengan kerja yang kotor dan untuk golongan miskin, walhal pertanian merupakan kunci kepada segala aktiviti ekonomi yang lain seperti sektor pembuatan dan pengeluaran,” katanya. Beliau berkata ketika membentangkan plenary session bertajuk Rethinking Agriculture, a Paradigm Shift pada hari terakhir International Conference on Thinking (ICOT) 2009 kali ke-14 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini . Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha berkata stereotaip tersebut boleh diubah melalui aplikasi dan integrasi teknologi terkini dalam bidang pertanian contohnya melalui projek Wireless Sensor Network yang menjadi salah satu projek kolaborasi UPM dengan kerajaan yang menggambarkan setiap aktiviti pertanian hanya dijalankan melalui teknologi di hujung jari. ”UPM memainkan peranan penting dalam proses transformasi pertanian global melalui usaha menerajui bidang pertanian tropika berdasarkan Pelan Transformasi UPM. Semua pelajar UPM dari pelbagai bidang pengajian akan diberi pendedahan kepada pengetahuan umum untuk mencapai anjakan paradigma ke arah pertanian baharu,” katanya yang memberi banyak contoh mengenai pembaharuan dalam bidang pertanian di Malaysia terutama pengajian pertanian di UPM ketika pembentangannya di sini. Ucaptama sebelum sesi penutup pula disampaikan oleh tokoh revolusi pemikiran dan pembelajaran, Edward de Bono dengan tajuk The biggest problem facing the world is not climate change but inadequate thinking. Beliau amat terkenal dengan kajiannya yang mempunyai kesan penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta tokoh yang dikagumi dengan perkataan Lateral Thinking. De Bono menyentuh tentang pendekatan inovatif pemikiran seperti Six Thinking Hats, Lateral Thinking, Direct Attention Thinking Tools dengan berkongsi idea bersama para peserta mengenai pemikiran tersebut. Six Thinking Hats ialah teknik untuk membuat keputusan dengan cepat dan tepat dengan menggunakan enam jenis warna iaitu putih untuk informasi, merah untuk emosi, hitam untuk langkah berjaga-jaga, kuning untuk keuntungan dan nilai, hijau untuk kreativiti dan idea baharu dan biru untuk fokus . “Persepsi terhadap sesuatu idea merupakan kunci dalam pemikiran kreatif. Dalam proses pemikiran, jangkaan kemungkinan yang akan terjadi disebabkan sesuatu keputusan harus difikirkan untuk menjayakan idea tersebut,” katanya. Melalui pendekatannya beliau membolehkan manusia bebas daripada ikatan rasional yang terbatas dan membosankan sebaliknya menyebarluaskan pemikiran ke dalam dunia pemikiran yang spontan dan logik. Pada ucapan majlis penutup, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha percaya ICOT ke-14 berjaya menekankan aspek penting dalam pemikiran kreatif yang amat diperlukan untuk merealisasikan konsep “Satu Malaysia”. “Walaupun bengkel dan perbincangan yang dijalankan oleh speaker daripada latar belakang berbeza , mesej yang ingin disampaikan adalah sama,” katanya. Beliau berharap persidangan daripada pelbagai topik itu telah membuka ruang yang akan menjadi batu loncatan kepada para peserta persidangan bagi penghasilan idea baru . Majlis penutupan diserikan dengan persembahan tarian pelajar SMK Subang Utama dan tayangan multimedia penutup sebelum upacara menyerah hos ICOT edisi ke-15 oleh Pengarah ICOT ke-14, Prof. Madya Dr. Shameem Rafik-Galea kepada Carol Megan yang akan diadakan di Queen’s Universiti of Belfast, Nothern Ireland pada tahun 2011. ICOT edisi ke-14 yang berlangsung selama lima hari dari 22 hingga 26 Jun telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 800 peserta dari 42 negara dan peserta tempatan dengan New Zealand mencatat delegasi teramai iaitu 160 orang. . Universiti Putra Malaysia http://www.upm.edu.my/print.php?aktvt=berita&kod=200906291801012... 1 of 2 8/28/2009 10:57 AM

Upload: buikien

Post on 06-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Universiti Putra Malaysia ...psasir.upm.edu.my/1340/1/...Shift_dan_Syarahan_Edward_de_Bono…NC - Rethinking Agriculture : A Paradigm Shift dan Syarahan Edward de Bono pada ... Edward

.NC - Rethinking Agriculture : A Paradigm Shift dan Syarahan Edward de Bono padahari terakhir ICOT ke-14

Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha menyampaikan cenderahati kepada Edward de Bono pada

akhir sesi persidangan

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Proses anjakan paradigma dalam sektor pertanian pentinguntuk menjamin pembangunan negara yang holistik, peningkatan kualiti hidup danpembentukan kekayaan secara mampan.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullahperkara itu didorong oleh perubahan senario semasa peringkat global dan dalam negaramelalui penekanan terhadap isu seperti krisis makanan, kemiskinan dan pemeliharaan alamsekitar.

Selain itu katanya, seruan dan fokus kerajaan untuk memperkasakan bidang pertaniandalam Rancangan Malaysia ke-9 turut menjadi faktor utama usaha transformasi selainkepesatan teknologi yang turut menyumbang kepada kemajuan sektor pertanian.

”Sektor pertanian perlu mendapat sokongan bidang lain ke arah pemikiran pertanian modenmelalui integrasi pertanian dan teknologi pintar seperti bioteknologi, ICT, nanoteknologi danpengurusan strategik.

”Persepsi pemikiran masyarakat harus diubah kerana kita sering mengaitkan pertaniandengan kerja yang kotor dan untuk golongan miskin, walhal pertanian merupakan kuncikepada segala aktiviti ekonomi yang lain seperti sektor pembuatan dan pengeluaran,”katanya.

Beliau berkata ketika membentangkan plenary session bertajuk Rethinking Agriculture, aParadigm Shift pada hari terakhir International Conference on Thinking (ICOT) 2009 kalike-14 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung di Pusat KonvensyenKuala Lumpur di sini .

Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha berkata stereotaip tersebut boleh diubah melalui aplikasi danintegrasi teknologi terkini dalam bidang pertanian contohnya melalui projek Wireless SensorNetwork yang menjadi salah satu projek kolaborasi UPM dengan kerajaan yangmenggambarkan setiap aktiviti pertanian hanya dijalankan melalui teknologi di hujung jari.

”UPM memainkan peranan penting dalam proses transformasi pertanian global melaluiusaha menerajui bidang pertanian tropika berdasarkan Pelan Transformasi UPM. Semuapelajar UPM dari pelbagai bidang pengajian akan diberi pendedahan kepada pengetahuanumum untuk mencapai anjakan paradigma ke arah pertanian baharu,” katanya yangmemberi banyak contoh mengenai pembaharuan dalam bidang pertanian di Malaysiaterutama pengajian pertanian di UPM ketika pembentangannya di sini.

Ucaptama sebelum sesi penutup pula disampaikan oleh tokoh revolusi pemikiran danpembelajaran, Edward de Bono dengan tajuk The biggest problem facing the world is notclimate change but inadequate thinking.

Beliau amat terkenal dengan kajiannya yang mempunyai kesan penting dalam pengajarandan pembelajaran serta tokoh yang dikagumi dengan perkataan Lateral Thinking.

De Bono menyentuh tentang pendekatan inovatif pemikiran seperti Six Thinking Hats,Lateral Thinking, Direct Attention Thinking Tools dengan berkongsi idea bersama parapeserta mengenai pemikiran tersebut.

Six Thinking Hats ialah teknik untuk membuat keputusan dengan cepat dan tepat denganmenggunakan enam jenis warna iaitu putih untuk informasi, merah untuk emosi, hitam untuklangkah berjaga-jaga, kuning untuk keuntungan dan nilai, hijau untuk kreativiti dan ideabaharu dan biru untuk fokus .

“Persepsi terhadap sesuatu idea merupakan kunci dalam pemikiran kreatif. Dalam prosespemikiran, jangkaan kemungkinan yang akan terjadi disebabkan sesuatu keputusan harusdifikirkan untuk menjayakan idea tersebut,” katanya.

Melalui pendekatannya beliau membolehkan manusia bebas daripada ikatan rasional yangterbatas dan membosankan sebaliknya menyebarluaskan pemikiran ke dalam duniapemikiran yang spontan dan logik.

Pada ucapan majlis penutup, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha percaya ICOT ke-14 berjayamenekankan aspek penting dalam pemikiran kreatif yang amat diperlukan untukmerealisasikan konsep “Satu Malaysia”.

“Walaupun bengkel dan perbincangan yang dijalankan oleh speaker daripada latarbelakang berbeza , mesej yang ingin disampaikan adalah sama,” katanya.

Beliau berharap persidangan daripada pelbagai topik itu telah membuka ruang yang akanmenjadi batu loncatan kepada para peserta persidangan bagi penghasilan idea baru .

Majlis penutupan diserikan dengan persembahan tarian pelajar SMK Subang Utama dantayangan multimedia penutup sebelum upacara menyerah hos ICOT edisi ke-15 olehPengarah ICOT ke-14, Prof. Madya Dr. Shameem Rafik-Galea kepada Carol Megan yangakan diadakan di Queen’s Universiti of Belfast, Nothern Ireland pada tahun 2011.

ICOT edisi ke-14 yang berlangsung selama lima hari dari 22 hingga 26 Jun telah mendapatsambutan yang menggalakkan daripada 800 peserta dari 42 negara dan peserta tempatandengan New Zealand mencatat delegasi teramai iaitu 160 orang.

.

Universiti Putra Malaysia http://www.upm.edu.my/print.php?aktvt=berita&kod=200906291801012...

1 of 2 8/28/2009 10:57 AM

Page 2: Universiti Putra Malaysia ...psasir.upm.edu.my/1340/1/...Shift_dan_Syarahan_Edward_de_Bono…NC - Rethinking Agriculture : A Paradigm Shift dan Syarahan Edward de Bono pada ... Edward

Edward de Bono dalam sesi persidangan menerangkan formula pemikiran beliau

Hak Cipta Terpelihara 2007Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia http://www.upm.edu.my/print.php?aktvt=berita&kod=200906291801012...

2 of 2 8/28/2009 10:57 AM