universiti malaysia pahang - ump.edu.my · bersama-sama ini dilampirkan surat pekeliling...

4
Universiti Malaysia PAHANG RUJ. KAMI (OUR REF.) : RUJ. TUAN ('fOUR REF.) : UMP.02.01/10.12/2/1 (2) 2 Mei 2012 Dekanl Pengarahl Ketua Jabatan Ketua Timbalan Pendaftarl Timbalan Pendaftar Penolong Pendaftar Kananl Penolong Pendaftar Universiti Malaysia Pahang Tuan/Puan, EDARAN SURAT PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 2 TAHUN 2012: TINDAKAN TATATERTIB KE ATAS PEGAWAI YANG MENGEMUKAKAN SIJIL CUTI SAKIT PALSU ATAU MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT Dengan harmatnya saya diarah menarik perhatian berhubung perkara di atas. 2. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pekeliling Pentadbiran UMP Bil. 2 Tahun 2012 mengenai Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Yang Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu Atau Meminda Sijil Cuti Sakit untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan tug as, (HARYANI BINTI ABDULLAH) Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Sumber Manusia b.p Pendaftar Universiti Malaysia Pahang s.k: YH Data' Naib Canselar HA/sms d: Pekelilingl Pekelifing Pentadbiranlsuratl 2012 Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, 26300 Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur Tel: +609-5493232/2512 Fax: +609-5499181 www.ump.edu.my

Upload: phamcong

Post on 12-Mar-2019

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Universiti Malaysia PAHANG - ump.edu.my · Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pekeliling Pentadbiran UMP Bil. 2 Tahun 2012 mengenai Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Yang Mengemukakan

UniversitiMalaysiaPAHANG

RUJ. KAMI (OUR REF.) :RUJ. TUAN ('fOUR REF.) :

UMP.02.01/10.12/2/1 (2) 2 Mei 2012

Dekanl Pengarahl Ketua JabatanKetua Timbalan Pendaftarl Timbalan PendaftarPenolong Pendaftar Kananl Penolong PendaftarUniversiti Malaysia Pahang

Tuan/Puan,

EDARAN SURAT PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 2 TAHUN 2012:TINDAKAN TATATERTIB KE ATAS PEGAWAI YANG MENGEMUKAKAN SIJIL CUTISAKIT PALSU ATAU MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT

Dengan harmatnya saya diarah menarik perhatian berhubung perkara di atas.

2. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pekeliling Pentadbiran UMP Bil. 2 Tahun 2012mengenai Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Yang Mengemukakan Sijil Cuti SakitPalsu Atau Meminda Sijil Cuti Sakit untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tug as,

(HARYANI BINTI ABDULLAH)Timbalan PendaftarBahagian Pengurusan Sumber Manusiab.p PendaftarUniversiti Malaysia Pahang

s.k: YH Data' Naib Canselar

HA/smsd: Pekelilingl Pekelifing Pentadbiranlsuratl 2012

Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, 26300 Gambang, Kuantan, Pahang Darul MakmurTel: +609-5493232/2512 Fax: +609-5499181

www.ump.edu.my

Page 2: Universiti Malaysia PAHANG - ump.edu.my · Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pekeliling Pentadbiran UMP Bil. 2 Tahun 2012 mengenai Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Yang Mengemukakan

UniversitiMalaysiaPAHANG

SURAT PEKELlLlNG PENTADBIRAN UMP BIL. 2 TAHUN 2012

TINDAKAN TATATERTIB KE ATAS PEGAWAI YANG MENGEMUKAKAN SIJIL CUTI

SAKIT PALSU ATAU MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT

TUJUAN

1. Surat Pekeliling Pentadbiran ini bertujuan untuk menarik perhatian warga Universiti

Malaysia Pahang berhubung tatalaku yang perlu dikawal bagi mengelakkan

penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan

menjaga tingkahlaku dan perbuatan dalam menjalankan tugas.

LATAR BELAKANG

2. Berdasarkan Perintah Am 15 Bab C, pegawai yang sakit dan diperakukan oleh

Pegawai Perubatan Kerajaan atau Swasta akan diberi Sijil Cuti Sakit bagi tempoh

tertentu. Sijil berkenaan boleh melayakkan pegawai mendapat kemudahan Cuti

Sakit setelah dikemukakan kepada Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu.

3. Merujuk Perintah Am 17 Bab C Sijil Cuti Sakit pegawai dari pegawai perubatan

Kerajaan atau swasta yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah tidak

melebihi 90 hari bagi satu tahun kalendar (Januari-Disember). Manakala 90 hari

lagi sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta

boleh diluluskan oleh Pihak Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

sebagai Cuti Sakit Lanjutan bagi satu tahun kalendar.

4. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik

swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh

Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang

tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau bagi pegawai yang

menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit

yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan

Page 3: Universiti Malaysia PAHANG - ump.edu.my · Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pekeliling Pentadbiran UMP Bil. 2 Tahun 2012 mengenai Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Yang Mengemukakan

Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180

hari dalam sesuatu tahun kalendar.

5. Terdapat kecenderungan pegawai mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu atau

meminda Sijil Cuti Sakit. Tatakelakuan ini boleh disifatkan sebagai tidak jujur atau

tidak amanah dan tidak bertangungjawab iaitu melanggar Peraturan 3(2)(f) dan

3(2)(g), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun (AKTA 605) yang

menyatakan seperti berikut;

"3(2) Seseorang pegawai tidak boleh -

(f) tidak jujur atau tidak amanah; dan

(g) tidak bertanggungjawab."

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

6. Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam

melaksanakan tindakan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap pegawai

bawahannya sebagaimana diperuntukkan dalam Peraturan 24 dan 25, Peraturan-

Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun

(Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605) .

7. Bagi membendung gejala mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu atau meminda Sijil

Cuti Sakit, tindakan berikut hendaklah diambil;

7.1 Tindakan Ketua Jabatan;

a. perlu menyiasat kesahihan Sijil Cuti Sakit pegawai;

b. Mendapatkan pengesahan Sijil Cuti Sakit yang dikemukakan oleh pegawai

dari hospital atau klinik yang berkenaan sekiranya terdapat keraguan; dan

c. melaporkan jika didapati berlaku pelanggaran dengan menyertakan

dokumen-dokumen berkaitan.

7.2 Tindakan oleh Jabatan Pendaftar;

a. Membuat laporan polis jika didapati wujud unsur-unsur pemalsuan Sijil Cuti

Sakit oleh Sindiket;

b. Jika mendapat pengesahan daripada pihak Polis mengenai keujudan unsur-

unsur pemalsuan, kemukakan surat kepada Jabatan Bendahari untuk

pelucutan hak emolumen pegawai pada hari pegawai tidak hadir bertugas

tanpa cuti; dan

2

Page 4: Universiti Malaysia PAHANG - ump.edu.my · Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pekeliling Pentadbiran UMP Bil. 2 Tahun 2012 mengenai Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Yang Mengemukakan

c. Kemukakan kepada Unit Perundangan untuk dibawa ke Jawatan kuasa

Tatatertib.

8. Tindakan yang pantas dan tegas daripada pihak Ketua Jabatan diharap dapat

membendung perbuatan sedemikian daripada berulang dan menjadi langkah

pencegahan yang berkesan.

TARIKH KUATKUASA

9. Pekeliling Pentadbiran ini berkuatkuasa serta merta.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tugas,

~!J,.W;J...6fJ;.Mo.o1NIB RA HIM)

Tarikh :!OApril 2012

Edaran Kepada.:

Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Penolong Naib Canselor ( Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti)

Bendahari

Ketua Pustakawan

Semua Dekan/Pengarah I Ketua Jabatan

Salinan kepada.:

Naib Canselor

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Sbi/Pkh/c/pekeliling/SPP2_20123