unit5

19
BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/1 civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail 5 Uni t BAHAN BUKAN LOGAM OBJEKTIF AM Mengetahui fakta khusus berkenaan dengan bahan bukan logam dan kegunaannya dalam pembinaan. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menyatakan jenis-jenis dan kegunaan bagi bahan-bahan berikut dalam binaan Kaca Plastik Bitumen dan asfalt Cat Bahan komposit

Upload: acai-kira

Post on 31-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/1

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

5Unit

BAHAN BUKAN LOGAM

OBJEKTIF AM

Mengetahui fakta khusus berkenaan dengan bahan bukan logam dan kegunaannya dalam pembinaan.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Menyatakan jenis-jenis dan kegunaan bagi bahan-bahan berikut dalam binaan

Kaca Plastik Bitumen dan asfalt Cat Bahan komposit

Page 2: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/2

INPUT

5.0 BAHAN BUKAN LOGAM

Kemajuan teknologi moden sekarang ini telah memungkinkan penghasilan berbagai-bagai jenis bahan bukan logam seperti kaca, plastik, bitumen dan asfalt, cat dan bahan komposit. Pada hari ini di mana-mana sahaja kita boleh melihat hasil daripada bahan bukan logam ini telah dipelbagaikan.

5.1.1 Kaca

Kaca merupakan bahan bukan logam yang dapat kita lihat setiap hari dengan pelbagai jenis. Antaranya ialah kaca optik, kaca keselamatan, kaca untuk memesongkan pancaran atau sinaran, jubin kaca dan blok-blok kaca untuk bangunan.

Jenis kaca yang paling ringkas ialah silika, tetapi disebabkan oleh takat leburnya yang sangat tinggi iaitu 1713 0C, kaca ini lebih mahal daripada jenis-jenis aloi kaca yang lain. Kaca borosilikat diperolehi dengan menggunakan boraks atau asid boric, di samping soda. Takat lebur yang rendah juga diperolehi dan kaca ini adalah lebih stabil dari segi fizikal dan kimia. Kaca kimia dan kaca pireks ialah contoh kaca borosilikat yang tidak mudah pecah apabila dikenakan suhu mengejut. Plumbum oksida kadang-kadang digunakan menggantikan kapur sebagai agen penstabil. Kaca tingkap dan flat kaca ialah dari jenis ini.

5.1.1.1 Jenis-jenis kacaKaca terbahagi kepada beberapa jenis iaitu;a. Kaca plat dimana kualiti permukaanya lebih baik daripada kaca

kepingan dengan kurang heroten.b. Kaca Kepingan memberi pandangan yang pada hakikatnya

terang dan tidak herut.c. Kaca Penyerap Haba merupakan kaca kepingan yang berwarna

atau kaca plat yang meyerap sejumlah besar sinaran matahari, mengurangkan pembentukan haba disekitar bagunan dan mengawal silauan.

d. Kaca bersepoh merupakan kaca yang dikuatkan dengan haba bagi meningkatkan ringtangan pada hentaman dan tegasan haba

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

INPUT

Page 3: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/3

e. Kaca berlapis keselamatan mengandungi kepingan nipis dan kukuh berlapiskan plastik lut sinar antara dua lapisan kaca kepingan atau kaca plat.

f. Kaca berdawai dimana jejaring dawai dimasukkan kedalam kaca yang digelekkan semasa pengilangan.

g. Kaca Penebat mengandungi dua lapisan kaca yang dipisahkan oleh ruang kedap udara untuk meyediakan penebatan haba dan menghadkan pemejalwapan.

5.1.2 Plastik

Plastik wujud disekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Campuran plastik dengan bahan-bahan lain boleh memperbaiki bahan tersebut seperti berikut:

a. kayu tidak mudah terbakar atau reput b. getah menjadi kuatc. besi tidak berkaratd. kertas bertambah kuat

Terdapat banyak plastik yang berlainan. Ada jenis-jenis plastik yang dibuat daripada selulos kayu, kapas dan tumbuhan lain. Sesetangah plastik terdiri daripada damar tulin seperti minyak aspal dan juga damar tiruan.

5.1.2.1 Jenis-jenis plastik:a. polysestar – merupakan bahan plastik yang lutsinardilenali

sebagai venil. Terdapat dua jenis venil iaitu lembut dan keras. Venil keras biasanya digunakan pada kemasan lantai dan juga paip untuk saliran air. Ia juga banyak digunakan dalam perusahaan membuat kabel dan dawai. Permukaan tangki asid dan gas yang mudah dihakis dikemaskan dengan bahan ini.

b. Acrylic plastik – ianya lebih jernih daripada kaca dan banyak digunakan untuk membuat kanta. Dalam industri binaan ianya digunakan pada papan tanda, tanda arahan di kilang-kilang dan juga bagi membuat tingkap kaca.

c. Polisterin – ianya digunakan dalam pembuatan cat yang boleh larut. Ianya memperbaiki mutu cat supaya dapat taahan lama dan kalis air.

d. Polyethylene – ianya amat ringan jika dibandingkan dengan plastik-plastik yang lain. Walaubagaimanapun, ianya amat kukuh dan pada masa sekarang ia mula pesat digunakan sebagai pengganti bingkat tingkap.

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

Page 4: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/4

5.1.2.1 Ciri-ciri plastik.

a. Mempunyai kekuatan tegangan tinggi dan kadar kekenyalan yang rendah

b. Tindakbalas dalam suhu yang tinggi iaitu menjadi lemah apabila dikenakan suhu yang tinggi.

c. Tindakbalas dalam kebakaran iaitu plastik boleh dibakar tetapi dalam penambahan bahan tambahan tahan api.

d. Pengaliran haba bagi plastik yang padat sama seperti kayu.e. Pengaliran elektrik menjadi penebat elektik yang baik.f. Pergerakan Haba iaitu mengembang dengan banyaknya

apabila panas dengan kadar lebih tinggi daripada logam.g. Pergerakan kelembapan iaitu kebanyakan plasti menyerap

air dengan amat sedikit.h. Daya ketahanan iaitu plastik tidak berkarat.

5.1.3 Bitumen dan Asfalt

Bitumen ialah nama am untuk semua hidro karbon. Bahan yang tergulung dalam keluarga bitumen ialah asfalt, tar dan pitch. Asfalt ialah pepejal atau separa pepejal yang didapati dari dalam keadaan semulajadi yang juga dihasilkan dengan memproses petroleum. Asfalt semulajadi boleh didapati dalam bentuk;

a. Lake Asfalt (pasir asfalt) didapati dalam tanah.b. Rock asfalt (batu asfalt) didapati dicelah batu.c. Glisonite didapat melalui bumi seperti arang batu.

Tar pula terhasil apabila proses mereputkan bahan-bahan seperti arang batu, kulit-kulit kerang, tulang-tulang binatang dan benda-benda lain.Manakala pitch pula terhasil apabila tar diproseskan melalui proses distillation keatas tar.

5.1.3.1 Ciri-Ciri Bitumen

a. Warna coklat gelap atau hitam b. Tahan air atau wapc. Tahan serangan asid dan alkali tetapi tidak tahan pada minyakd. Menjadi lembut apabila terdedah kepada cahaya matahari

5.1.3.2 Kegunaan Asfalt

a. Sebagai bahan kalis air dan kalis lembab b. Bahan perekat dan filmc. Hasilan catd. Jubin lantai.

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

Page 5: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/5

5.1.4 Cat

Cat adalah bahan yang memberi perlindungan dan kecantikan kepada permukaan bahan-bahan binaan. Ianya dilakukan untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan lebih lama, menambahkan keberkesanan cahaya lampu dan menambah keselamatan.

Jenis-jenis cat :a. cat minyak – cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak

linseed. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.

b. cat air – cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air semasa digunakan. Cat ini diperbuat daripada getah tiruan dan menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit.

c. cat distemper – cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati, dibancuh dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasa digunakan untuk mengecat papan siling, tembok bata dan konkrit.

d. cat kegunaan khas cat aluminium – digunakan sebagai cat asas bagi kayu

yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.

Cat bitumen – ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan ayng mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan permandangannya tidak diutamakan.

Cat kalis kulat – cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaannya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.

Cat tahan api – cat ini mengandungi ammonium fosfat yang digunakan untuk menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

Page 6: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/6

AKTIVITI 5A

1. Nyatakan bahan untuk membuat kaca?2. Apakah jenis kaca?3. Apakah bahan-bahan untuk membuat plastik?4. Nyatakan jenis-jenis plastik?

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

Page 7: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/7

MAKLUMBALAS 5A

1. Jenis kaca yang paling ringkas ialah silika, tetapi disebabkan oleh takat leburnya yang sangat tinggi iaitu 1713 0C, kaca ini lebih mahal daripada jenis-jenis aloi kaca yang lain. Kaca borosilikat diperolehi dengan menggunakan boraks atau asid boric, di samping soda. Takat lebur yang rendah juga diperolehi dan kaca ini adalah lebih stabil dari segi fizikal dan kimia. Kaca kimia dan kaca pireks ialah contoh kaca borosilikat yang tidak mudah pecah apabila dikenakan suhu mengejut. Plumbum oksida kadang-kadang digunakan menggantikan kapur sebagai agen penstabil. Kaca tingkap dan flat kaca ialah dari jenis ini.

3. Jenis kaca ialah kaca optik, kaca keselamatan, kaca untuk memesongkan pancaran atau sinaran, jubin kaca dan blok-blok kaca untuk bangunan.

4. Ada jenis-jenis plastik yang dibuat daripada selulos kayu, kapas dan tumbuhan lain. Sesetangah plastik terdiri daripada damar tulin seperti minyak aspal dan juga damar tiruan.

5. Jenis-jenis plastik ialah;

a. Polysestarb. Acrylic plastikc. Polisterind. Polyethylene

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

Page 8: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/8

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, MESTILAH MENJAWABSEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI

OLEH PENSYARAH ANDA……….!!!

1. Terangkan tatacara pengawetan kayu.

2. Nyatakan kegunaan kayu berserta contoh-contohnya.

3. Berikan empat jenis-jenis kayu yang biasa didapati di negara ini.

4. Terangkan salah satu kaedah pengerinagan kayu.

5. Terangkan dua sebab utama berlakunya kecacatan pada kayu.

6. Apakah perbezaan di antara papan lapis dengan papan gentian.

7. Bagaimanakah pengeringan tanur dilakukan.

8. Namakan Empat jenis tanggan melebar?

9. Nyatakan kegunaan tanggam berikut :

a. Tanggam penetap

b. Tanggam lubang dan putting berbahu tinggi rendah

c. Tanggam skaf

d. Tanggam bajang hujung litup

10. Nyatakan lima jenis-jenis kaca.

11. Terangkan empat jenis plastik yang anda ketahui.

12. Nyatakan kegunaan asfalt.

13. Terangkan empat jenis-jenis cat.

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

PENILAIAN KENDIRI

Page 9: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/9

1. Tatacara pengawetan kayu: dengan kaedah sapuan, semburan, rendaman dan tekanan;

Ini merupakan pengawetan pada permukaan kayu sahaja. Kemasukan ubat awet ke dalam kayu biasanya tidak melebihi 3mm. Minyak kreosot panas digunakan untuk menyapu. Bahan kimia cecair dalam digunakan sebagaai bahan untuk pencelup.

Kayu basah sesuai dicelupkan ke dalamnya kerana ubat awet yang pekat mudah diserap oleh sel-sel kayu. Selepas dicelup, kayu disusun tanpa menggunakan beroti selama beberapa minggu. Pengawetan pada kayu lapis dilakukan dengan mencampurkan ubat awet yang beracun seperti klordan atau arsenik trioksida ke dalam glu semasa kayu lapis dilapikkan. Pengawetan ini menjamin kayu lapis tidak dimakan anai-anai atau dirosakkan oleh serangga lain.

Kaedah tekanan pula memerlukan satu silinder yang bertekanan tinggi, tudungnya ditutup dan kayu dimasukkan kedalamnya.

2. Terdapat banyak kegunaan kayu dan contohnya ialah: Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang, lantai,

dinding, rasuk, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya. Sebagai bahan perabot Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat Untuk membuat alatan dan pemegang Sebagai bahan laritan (turnery) dan patung permainan Dijadikan venir, papan lapis dan papan gantian.

3. Empat Jenis kayu ialah; Kayu lembut: damar minyak Kumpulan kayu keras yang berat: cengal, balau/selayan batu, kekatung,

merbau, tembusu dan resak. Kumpulan kayu keras yang sederhana berat: kapur, kempas, keruing dan

tualang. Kumpulan kayu keras yang ringan: jelutung, meranti, nyatuh, ramin,

sepetir dan kayu getah.

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

MAKLUM BALAS

Page 10: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/10

4. Salah satu kaedah pengeringan kayu ialah Pengeringan tanurDengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam.Selain kaedah-kaedah yang tersebut di atas, terdapat juga kaedah lain seperti pengeringan air, dimana kayu balak dimasukkan ke dalam sungai supaya sebahagian besar sap dikeluarkan oleh air.Proses pengeringan ini lambat dan mengambil masa yang panjang. Dalam proses ini kayu basah disusun dengan cara yang teratur dan dilindungi di bawah bumbung. Kayu tersebut dibiarkan menjadi kering sendiri. Jangkamasa yang diperlukan adalah bergantung kepada:

Jenis kayuKandungan lembapan kayuCara susunannyaIklim cuaca semasa pengeringan dilakukan

Proses pengeringan ini sukar dikawal. Oleh sebab itu, mutu kayu yang dihasilkan dengan cara ini tidak seragam.

5. Dua sebab utama berlakunya kecacatan kayu ialah;a. Semulajadi

Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami disepanjang pertumbuhannya boleh menyebabkan kecacatan. Kecacatan yang disebabkan oleh faktor ini ialah berbuku, rekah kipas, rekah bintang, rekah bulat dan ira berpintal.

Lumut menyerang kayu apabila kayu tersebut lembap dan akan mengakibatkan kayu itu reput. Contoh kecacatan ini ialah reput kering reput basah dan sebagainya.

Serangga merosakkan kayu dengan memakannya. Serangga seperti kumbang, penggerik dan anai-anai menyebabkan kayu berlubang-lubang dan kadangkala terus meruntuhkan sesebuah binaan

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

Page 11: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/11

b. Faktor luaran Kecacatan juga berlaku semasa pengeringan. Ini

disebabkan kayu-kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam, hawa terlalu tinggi, peredaran udara tidak cukup dan sebagainya. Contoh-contoh kecacatan ialah melengkung, piuh, pecah dan menggeleding.

Kecacatan berlaku semasa kayu balak diproses. Ini disebabkan oleh mesin atau cara kerja. Antara kecacatan jenis ini ialah pecah ira, lekuk, ira pepenjuru dan sebagainya

6. Beza antara papan lapis dengan papan gentian ialah; Papan lapis – merupakan lapisan venir yang diglukan secara

bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan denagn ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

Papan gentian – papan ini diperbuat daripada gentian kayu. Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan. Papan ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja dalaman seperti dinding, siling, panel, pintu rata, permuakaan perabot ayng berangka dan sebagainya.

7. Pengeringan tanur dilakukan;Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam.

Selain kaedah-kaedah yang tersebut di atas, terdapat juga kaedah lain seperti pengeringan air, dimana kayu balak dimasukkan ke dalam sungai supaya sebahagian besar sap dikeluarkan oleh air.

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

Page 12: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/12

8. Empat jenis tanggam melebar ialah;a. Tanggam glu geselb. Tanggam penetapc. Tanggam lidah dan lurahd. Tanggam tetingkat.

9. Kegunaan tanggam berikut ialah ;a. Tanggam Penetapb. Tanggam lubang dan putting berbahu tinggi rendah-c. Tanggam skafd. Tanggam bajang hujung litup

10. Lima jenis-jenis kaca ialah;a. Kaca plat dimana kualiti permukaanya lebih baik daripada kaca

kepingan dengan kurang heroten.b. Kaca kepingan memberi pandangan yang pada hakikatnya terang

dan tidak herut.c. Kaca penyerap haba merupakan kaca kepingan yang berwarna atau

kaca plat yang meyerap sejumlah besar sinaran matahari, mengurangkan pembentukan haba disekitar bagunan dan mengawal silauan.

d. Kaca bersepoh merupakan kaca yang dikuatkan dengan haba bagi meningkatkan ringtangan pada hentaman dan tegasan haba

e. Kaca berlapis keselamatan mengandungi kepingan nipis dan kukuh berlapiskan plastik lut sinar antara dua lapisan kaca kepingan atau kaca plat.

11. Empat jenis plastik yang saya ketahui ialah;

a. polysestar – merupakan bahan plastik yang lutsinardilenali sebagai venil. Terdapat dua jenis venil iaitu lembut dan keras. Venil keras biasanya digunakan pada kemasan lantai dan juga paip untuk saliran air. Ia juga banyak digunakan dalam perusahaan membuat kabel dan dawai. Permukaan tangki asid dan gas yang mudah dihakis dikemaskan dengan bahan ini.

b. acrylic plastik – ianya lebih jernih daripada kaca dan banyak digunakan untuk membuat kanta. Dalam industri binaan ianya digunakan pada papan tanda, tanda arahan di kilang-kilang dan juga bagi membuat tingkap kaca.

c. polisterin – ianya digunakan dalam pembuatan cat yang boleh larut. Ianya memperbaiki mutu cat supaya dapat taahan lama dan kalis air.

d. polyethylene – ianya amat ringan jika dibandingkan dengan plastik-plastik yang lain. Walaubagaimanapun, ianya amat kukuh dan pada

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

Page 13: UNIT5

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/13

masa sekarang ia mula pesat digunakan sebagai pengganti bingkat tingkap.

12. Kegunaan asfalt ialah;a. Sebagai bahan kalis air dan kalis lembab b. Bahan perekat dan filemc. Penghasilan catd. Jubin lantai.

13. Empat jenis-jenis cat ialah;a. cat minyak – cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed.

Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.

b. cat air – cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air semasa digunakan. Cat ini diperbuat daripada getah tiruan dan menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit.

c. cat distemper – cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati, dibancuh dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasa digunakan untuk mengecat papan siling, tembok bata dan konkrit.

d. cat kegunaan khas i. cat aluminium – digunakan sebagai cat asas

bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.

ii. Cat bitumen – ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan ayng mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan permandangannya tidak diutamakan.

iii. Cat kalis kulat – cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaannya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.

iv. Cat tahan api – cat ini mengandungi ammonium fosfat yang digunakan untuk menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

GOOD LUCK !!!!!!!!!!

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail