unit 8 ( ujian pemadatan di makmal )

10
PEMADATAN C 3008/8/1 Di akhir pembelajaran , pelajar dapat menerangkan dan membuat analisis kepada keputusan ujian pemadatan di makmal. Di akhir unit ini, pelajar akan dapat : 1. menerangkan ujian pemadatan proctor piawai. 2. menerangkan ujian pemadatan proctor ubahsuai. 3. menerangkan ujian ketumpatan nisbi. Untuk mempastikan bangunan tu tidak ‘terbenam’, asas tanahnya haruslah dipadatkan dengan sempurna ..

Upload: zara-nabilah

Post on 31-Oct-2015

577 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

PEMADATANC 3008/8/1Di akhir pembelajaran , pelajar dapat menerangkan dan membuat analisis kepada keputusan ujian pemadatan di makmal.Di akhir unit ini, pelajar akan dapat : 1. 2. 3. menerangkan ujian pemadatan proctor piawai. menerangkan ujian pemadatan proctor ubahsuai. menerangkan ujian ketumpatan nisbi.Untuk mempastikan bangunan tu tidak ‘terbenam’, asas tanahnya haruslah dipadatkan dengan sempurna ..PEMADATANC 3008/8/28.0Pengenalan.Dalam Unit 7, kita telah mempelajari dan m

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 8 ( UJIAN PEMADATAN DI MAKMAL )

PEMADATAN C 3008/8/1

Di akhir pembelajaran , pelajar dapat menerangkan dan membuat analisis kepada

keputusan ujian pemadatan di makmal.

Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

1. menerangkan ujian pemadatan proctor piawai.

2. menerangkan ujian pemadatan proctor ubahsuai.

3. menerangkan ujian ketumpatan nisbi.

Untuk mempastikan bangunan tu tidak ‘terbenam’, asas tanahnya haruslah dipadatkan dengan sempurna ..

Page 2: Unit 8 ( UJIAN PEMADATAN DI MAKMAL )

PEMADATAN C 3008/8/2

8.0 Pengenalan.

Dalam Unit 7, kita telah mempelajari dan memahami tentang proses pemadatan dan

tujuan kerja pemadatan tanah dilakukan. Ukuran untuk mempastikan darjah pemadatan

tanah telah dicapai adalah dengan merujuk kepada ketumpatan kering maksimum dan

kandungan air yang optimum. Di makmal, ketumpatan kering maksimum dan kandungan

air optimum boleh ditentukan dengan menjalankan ujian Pemadatan Proctor Piawai dan

ujian Pemadatan Proctor Ubahsuai. Dalam ujian ini, pemadatan dilakukan dengan

menggunakan satu tukul yang dijatuhkan beberapa kali keatas satu contoh tanah di

dalam acuan. Di dalam ujian ini juga, jisim tukul, tinggi kejatuhan, jumlah hentaman,

jumlah lapisan tanah dan isipadu acuan ditentukan.

8.1 Ujian Pemadatan Proctor Piawai.

Ujian pemadatan proctor piawai merupakan satu ujikaji yang sering dilakukan di makmal

untuk menentukan kandungan air yang optimum dan ketumpatan kering maksimum bagi

kerja-kerja pemadatan tanah. Kerja di makmal akan dimulakan dengan mencampurkan

3kg tanah sampel dengan peratusan air yang akan ditentukan. Sampel tanah hendaklah

melepasi ayakan bersaiz 20 mm. Tanah akan dipadatkan ke dalam satu acuan selinder

yang berisipadu 1000 cm3 dan diisi dengan tiga lapisan. Setiap lapisan dihentak 27 kali

hentaman dengan pemadat piawai (rammer) seberat 2.5 kg pada jarak kejatuhan 300 mm

bagi setiap hentaman.

Setelah selesai pemadatan, tanggalkan kolar acuan dan tanah dipotong searas dengan

permukaan selinder dengan menggunakan penggerok besi . Sampel tanah dan acuan

Page 3: Unit 8 ( UJIAN PEMADATAN DI MAKMAL )

PEMADATAN C 3008/8/3

ditimbang untuk memperolehi ketumpatan pukal sampel tanah tersebut. Seterusnya,

kandungan air tanah (lembapan) ditentukan dan dengan ini ketumpatan kering tanah

boleh dikira. Ujian ini diteruskan dengan menambahkan sedikit air kepada sampel

tanah ( biasanya sebanyak 2 % ) dan proses yang sama diulangi sehingga berat tanah

melepasi nilai maksimum dan mula berkurangan. Satu lengkung ketumpatan kering

lawan kandungan air dapat dilukis.

8.2 Ujian Pemadatan Proctor Ubahsuai.

Ujian Pemadatan Proctor Ubahsuai. Tujuannya adalah sama dengan ujian Pemadatan

Proctor Piawai iaitu menentukan ketumpatan kering maksimum dan kandungan air

optimum bagi pemadatan tanah. Acuan bagi ujian ini adalah sama dengan ujian

Pemadatan Proctor Piawai . Berat alat pemadat (rammer) bagi ujian ini adalah 4.5 kg.

Sampel tanah dipadatkan sebanyak lima lapisan dengan 27 kali hentakan bagi setiap

lapisan. Manakala jarak kejatuhan tanah adalah 450 mm.

Setelah selesai pemadatan, tanah dipotong searas dengan permukaan selinder dan

ditimbang untuk memperolehi ketumpatan pukal sampel tanah. Seterusnya, kandungan

lembapan tanah ditentukan dan dengan ini ketumpatan kering tanah boleh dikira. Ujian

ini diteruskan dengan menambahkan sedikit air kepada sampel tanah ( tambahan air

sebanyak 2 % ) dan proses yang sama diulangi sehingga berat tanah melepasi nilai

maksimum dan mula berkurangan. Satu lengkung ketumpatan kering lawan kandungan

air dapat dilukis.

Prof.. tak sama ke ujian proctor piawai dengan proctor ubahsuai….

Tujuan ujian sama jee..Cuma yang bezanya bilangan lapisan tanah, bilangan hentaman dan jisim pemadat yang digunakan.

Page 4: Unit 8 ( UJIAN PEMADATAN DI MAKMAL )

PEMADATAN C 3008/8/4

8.3 Ujian Ketumpatan Nisbi.

Ujian ini dilakukan menentukan ketumpatan bandingan tanah tidak berjelekit. Satu acuan

berbentuk selinder berisipadu 1000cm3 diisi dengan pasir dalam lima lapisan. Tiap-tiap

lapisan hendaklah dihentak 25 kali dengan cara mengangkat tepi acuan setinggi 5 cm dan

melepaskanya. Dengan menggunakan spatula, ratakan sampel agar sama aras dengan

pinggir atas acuan. Dapatkan ketumpatan sampel ini. Ketumpatan ini dikenali sebagai

ketumpatan maksimum. Gunakan sampel yang sama untuk mendapatkan ketumpatan

minimum dengan kaedah menuangkan pasir dengan menggunakan serombong ke dalam

acuan. Gerak-gerakkan serombong membentuk bulatan dengan hujung serombong 3 cm

dari permukaan pasir. Pastikan acuan tidak terusik.

Berikut ialah cara pengiraan Ketumpatan Nisbi.

Ketumpatan Nisbi, KN = x 100%

= x 100%

di mana ;

= ketumpatan tanah kering dengan nisbah lompang e.

= ketumpatan kering minima dengan nisbah lompang emaks

= ketumpatan kering maksima dengan nisbah lompang e min

Page 5: Unit 8 ( UJIAN PEMADATAN DI MAKMAL )

PEMADATAN C 3008/8/5

Soalan 1

Apakah tujuan Ujian Pemadatan Proctor dijalankan ?

Soalan 2

Berikan 3 perbezaan antara Ujian Proctor Piawai dan Ujian Proctor Ubahsuai.

Page 6: Unit 8 ( UJIAN PEMADATAN DI MAKMAL )

PEMADATAN C 3008/8/6

Jawapan 1

Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk menentukan kandungan air optima dan

ketumpatan kering maksima bagi sesuatu pemadatan tanah.

Jawapan 2.

3 perbezaan :

Proctor Piawai Proctor Ubahsuai

(1) Jisim pemadat 2.5 kg 4.5 kg

(2) Bilangan lapisan 3 lapisan 5 lapisan

(3) Jarak kejatuhan pemadat 300 mm 450 mm

Page 7: Unit 8 ( UJIAN PEMADATAN DI MAKMAL )

PEMADATAN C 3008/8/7

.

Soalan 1.

Berikan dua ukuran yang digunakan untuk mempastikan darjah pemadatan telah

tercapai ?

Soalan 2

Berikan tiga peralatan utama yang digunakan dalam Ujian Proctor di makmal.

Soalan 3.

Apakah tujuan Ujian Ketumpatan Nisbi dijalankan?

Uji kefahaman anda dengan menjawab semua soalan dibawah.Selamat mencuba…

Page 8: Unit 8 ( UJIAN PEMADATAN DI MAKMAL )

PEMADATAN C 3008/8/8

Jawapan 1

Dua ukuran yang digunakan :

(i) ketumpatan kering maksimum

(ii) kandungan air optimum.

Jawapan 2

Peralatan utama Ujian Proctor di makmal :

(i) acuan silinder 1000 cm3

(ii) tukul berjisim 2.5 kg

(iii) ayak saiz ¾ inci dan pancinya

(iv) penggerok besi

Jawapan 3

Rujuk bahagian 8.3

Bandingkan jawapan anda dengan jawapan pensyarah..