buku perkhimatan diagnostik patologi kimia versi 6...7.0 ujian yang ditawarkan (makmal luar) 26...

35
BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 1

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 1

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 1

    ISI KANDUNGAN

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    1.0 PRAKATA 2

    2.0 POLISI PERKHIDMATAN 5

    3.0 PERMOHONAN UJIAN 10

    4.0 UJIAN AM DITAWARKAN 19

    5.0 UJIAN DITAWARKAN DI SEKSYEN IEM 25

    6.0 UJIAN DITAWARKAN DI MAKMAL PESAKIT LUAR 25

    7.0 UJIAN YANG DITAWARKAN (MAKMAL LUAR) 26

    Lampiran 1:Borang Permohonan Ujian Am 27

    Lampiran 2: Borang Permohonan Ujian Kecemasan 28

    Lampiran 3: Borang Permohonan Ujian Metabolik HUSM 29

    Lampiran 4: Borang Permohonan Spesimen Patologi IMR 30

    Lampiran 5: Borang Permohonan Ujian IEM (IMR) 31

    Lampiran 6: Borang Permohonan Ujian Multiple Myeloma (IMR) 33

    Lampiran 7: Borang Permohonan KKM 34

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 2

    PRAKATA

    Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana buku panduan ini dapat disediakan untuk

    meningkatkan kualiti makmal kepada pelanggan. Objektif utama buku panduan ini adalah untuk

    memberi maklumat serta polisi-polisi jabatan mengenai ujian-ujian yang dijalankan di Makmal

    Patologi Kimia. Diharap dengan adanya buku panduan ini, mutu perkhidmatan makmal dapat

    dipertingkatkan ke mercu dunia selari dengan misi pencapaian bertaraf APEX.

    Bagi pihak jabatan, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih terutama kepada semua

    kakitangan Patologi Kimia yang bertungkus lumus dalam penyediaan buku panduan ini. Semoga

    buku panduan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua.

    Sekian terima kasih

    PROFESSOR MADYA DR. JULIA OMAR

    Ketua Jabatan Jabatan Patologi Kimia 1 Januari 2019

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 3

    1.0 PENGENALAN

    Makmal Patologi Kimia merupakan sebuah makmal yang dilengkapi dengan peralatan diagnostik

    dan mempunyai sistem komputeran sepenuhnya yang menawarkan pelbagai ujian biokimia

    samada kuantitatif mahupun kualitatif. Keputusan ujian yang dilaporkan telah melalui kawalan

    mutu dalaman dan skim kawalan mutu luaran. Peranan ini dimainkan oleh satu pasukan yang

    terdiri dari Pakar Patologi Kimia, Pensyarah, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan,

    Pembantu Makmal dan staf sokongan yang berupaya menghasilkan satu perkhimatan diagnostik

    makmal yang mantap dan berkualiti. Makmal ini telah mendapat akreditasi MS ISO 15189:2007

    mulai tahun 2010

    1.1 PENUNJUK KUALITI

    1. Menerima dan menganalisa setiap permintaan ujian SEGERA 24 jam sehari termasuk

    hari cuti serta mengeluarkan keputusannya kepada wad/unit yang memesan dalam

    tempoh masa 1 jam daripada waktu makmal menerima spesimen.

    Nota: Pemantauan Objektif Kualiti mestilah mencapai 80% dan keatas.

    2. Tahap kejituan kawalan mutu analit glukosa (CV analitikal) tidak melebihi 2.3 %

    Nota: Pemantauan CV secara bulanan

    3. Peratus penolakan tidak melebihi 0.5%

    Nota: Pemantauan peratus penolakan secara bulanan

    1.2 PIAGAM PELANGGAN

    Kami berjanji untuk:

    1. Memproses dan menganalisakan semua spesimen yang diterima dengan baik untuk

    mengeluarkan keputusan yang tepat, jitu dan boleh dipercayai dalam jangkamasa yang

    ditetapkan.

    2. Mengamalkan carakerja yang selamat yang tidak membahayakan kakitangan, pesakit,

    orang awam serta persekitaran.

    3. Mengamalkan satu sistem pentadbiran berkomputer yang berkesan untuk mengwujudkan

    perkhidmatan diagnostik makmal yang cekap, cepat, tepat dan mesra.

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 4

    1.3 LOKASI

    Makmal Patologi Kimia terletak di aras bawah blok 218 bangunan Hospital USM

    1.4 PERHUBUNGAN

    Lokasi Nombor telefon

    Ketua Jabatan 09-767 6500

    Pejabat Pentadbiran Jabatan 09-767 6504

    Kaunter Penerimaan Spesimen 09-767 4014

    Seksyen Diagnostik Am & Penanda Tumor 09-767 4014

    Seksyen Urin & Stool 09-767 6492

    Unit Metabolik 09-767 6472

    Bilik Pegawai Sains 09-767 4012

    Bilik JTMP Kanan 09-767 6508

    Makmal Pesakit Luar (OPD) 09-767 4025

    Faks 09-765 3370

    Website : www.medic.usm.my/chempath/

    Nota: Sebarang maklumbalas/aduan pelanggan sila berhubung dengan nombor tertera diatas

    http://www.medic.usm.my/chempath/

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 5

    2.0 POLISI PERKHIDMATAN

    2.1 WAKTU PERKHIDMATAN

    Waktu pejabat: Ahad – Rabu dari 8:10 pagi – 4:55 petang Khamis dari 8:10 pagi – 4:40 petang Selepas waktu pejabat : Ahad – Rabu dari 4.55 petang – 8.10 pagi Khamis dari 4.40 petang – 8.10 pagi Hari minggu & cuti umum dari 8.00 pagi – 8.00 pagi (24 Jam)

    2.2 PENGURUSAN SPESIMEN

    Spesimen adalah darah/urin/cecair tubuh lain yang dihantar ke makmal oleh wad/klinik Hospital

    USM, hospital kerajaan atau swasta untuk penganalisaan. Kriteria penerimaan dan penolakan

    spesimen dalam keadaan berikut:

    Spesimen sumber haiwan

    Makmal tidak akan menerima spesimen dari sumber haiwan.

    Projek penyelidikan dan clinical trials

    Spesimen projek penyelidikan akan diterima setelah mendapat kelulusan jabatan dan

    tuntutan akan dilakukan ke atas kos ujian mengikut kadar yang telah ditetapkan. Sila

    rujuk makmal untuk kadar kos ujian.

    Permohonan terus oleh staf

    Kakitangan USM yang ingin menjalani ujian makmal mesti melalui Klinik Rawatan

    Keluarga (KRK).

    Permohonan dari luar dan USAINS

    Permohonan dari pihak luar USM dan sayap korporat USM (USAINS) boleh diterima dan

    tuntutan akan dilakukan ke atas kos ujian selepas laporan dikeluarkan.

    Ujian dihantar ke Makmal Luar

    Kami sedia menerima spesimen bagi ujian biokimia yang tidak dijalankan dimakmal.

    Spesimen tersebut akan diproses, dibungkus dan akan diposkan kepada Makmal Luar.

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 6

    2.3 JENIS PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    Ujian Diagnostik Am : Ujian diagnostik am yang ditawarkan 24jam dan disiapkan di dalam tempoh 6 jam selepas penerimaan spesimen.

    Ujian Makmal Pesakit Luar : Ujian diagnostik am yang ditawarkan semasa hari bekerja dan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

    Ujian Diagnostik Khas : Ujian diagnostik bukan harian yang dilakukan pada tempoh masa 5 hari bekerja.

    Ujian Segera/STAT : Ujian diagnostik yang ditawarkan 24 jam sehari dan perlu disiapkan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh objektif kualiti Polisi Perkhidmatan Diagnostik Makmal Patologi Kimia.

    2.4 TEMPOH MELAPOR KEPUTUSAN UJIAN (TURN AROUND TIME - TAT)

    Penerimaan, penganalisaan dan pengeluaran keputusan ujian adalah dalam tempoh masa dari

    waktu makmal menerima spesimen. Berikut adalah TAT:

    Ujian segera/STAT/OPD 1 jam

    Ujian diagnostic am 5 jam

    Ujian urin/stool 6 jam (waktu pejabat : 8 pagi – 4 petang) 24 jam (selepas waktu pejabat/hari minggu)

    Ujian IEM 7 hari bekerja

    Ujian diagnostic khas 5 hari bekerja

    Ujian Protein Electrophoresis 1 bulan

    Ujian Makmal Luar Tertakluk kepada TAT Makmal Luar berkenaan

    Nota:

    Surat makluman penangguhan ujian akan dikeluarkan kepada pelanggan sekiranya berlaku

    masalah seperti kerosakan alat, kehabisan reagen dan sistem LIS

    2.5 PINDAAN PESANAN

    • Pembatalan ujian boleh dilakukan dengan menghubungi kakitangan makmal

    (sambungan 4014/ 6498) dengan menyertakan nama dan jawatan pemaklum.

    • Penambahan ujian yang dipohon TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 7

    2.6 PENGURUSAN KEPUTUSAN UJIAN

    2.6.1 Nilai panik

    Nilai panik atau kritikal adalah keputusan ujian yang tersasar dari julat rujukan dan

    membahayakan pesakit perhatian serta memerlukan tindakan segera oleh perawat. Semua

    keputusan ujian yang tergolong dalam nilai ini akan dimaklumkan dengan kadar segera kepada

    pemohon ujian melalui telefon. Maklumat penerima (Nama dan No.staf) perlu dicatatkan oleh

    pihak makmal.

    Nota : Nilai panik akan diberitahu berdasarkan LOKASI permohonan pesakit di dalam sistem LIS

    2.6.2 Pindaan Keputusan Ujian

    Sebarang pindaan (pembetulan atau perubahan) ke atas keputusan yang telah dilaporkan, akan

    dimaklumkan kepada pemohon melalui telefon.

    2.6.3 Jaminan Kerahsiaan

    Semua keputusan makmal dikategorikan sebagai maklumat SULIT. Sebarang pemakluman

    melalui telefon hanya boleh disampaikan kepada jururawat/doktor yang merawat pesakit

    tersebut sahaja.

    2.7 PENOLAKAN PESANAN

    Bagi menjamin keputusan ujian yang dikeluarkan tanpa sebarang keraguan, kami akan menolak

    pesanan jika:

    - Terdapat kesilapan dalam proses pendaftaran pesanan

    Tidak mendaftar pesanan melalui sistem LIS

    Tidak menyertakan borang permohonan seperti ditetapkan

    Tidak mengisi maklumat pada LIS/ borang pesanan dengan lengkap.

    * Setiap borang wajib mempunyai nama dan RN pesakit

    - Tidak menepati prosedur

    Menggunakan borang yang salah bagi ujian yang memerlukan borang

    Memohon ujian yang tidak ditawarkan

    Memohon serentak ujian yang sama pada suatu masa

    Tidak menyertakan spesimen

    Menyertakan spesimen tetapi tidak mencukupi

    Ujian troponin T tidak dipohon melalui konsultan

    Ujian Ca125 dipohon untuk pesakit lelaki

    Ujian PSA dipohon untuk pesakit wanita

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 8

    - Integriti spesimen diragui

    Menggunakan jenis spesimen yang salah

    Menggunakan bekas spesimen yang salah

    Penghantaran spesimen tertentu tidak menepati kaedah seperti spesimen gas

    darah(ABG), ammonia dan lactate tidak didinginkan

    Sampel beku (clotted)

    Sampel ‘hemolyzed’

    - Maklumat pesakit dan pelabelan diragui

    Maklumat pada LIS/ borang dan label bekas spesimen tidak sepadan

    Tiada dicatat nama/RN

    - Memudaratkan keselamatan

    Tidak menggunakan bekas plastik khas yang mengasingkan spesimen /borang

    Bekas yang digunakan bocor atau tiris

    Borang atau bekas tercemar oleh specimen

    - Lain-lain

    Salah destinasi makmal

    Ujian tidak ditawarkan

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 9

    2.8 LAPORAN MAKMAL

    Bil Seksyen Kumpulan Ujian Cara pelaporan

    1. Diagnostik Am • RFT • LFT • Lipid Profile • Cardiac Enzyme • Glucose • Blood Gas • Billirubin • Magnesium • CKMB • Ammonia & Lactate • Troponin- T

    LIS

    2. Diagnostik Khas • CEA • PSA • CA125 • Iron /TIBC

    LIS

    • Serum Protein Electrophoresis Laporan bertulis/LIS

    3. Urin & Stool • Serum & Urin Osmolarity • Urine Spot Test (Qualitative & Quantitative) • Urine 24 Hours • Stool Qualitative Test

    LIS

    4. Inborn Error of Metabolism (IEM)

    Sila rujuk senarai ujian yang ditawarkan Seksyen IEM.

    Laporan bertulis/LIS

    5. Ujian Makmal Luar/ Rujukan

    Sila rujuk senarai ujian yang ditawarkan makmal luar.

    Laporan Bertulis/LIS /e-mail* ( [email protected] )

    mailto:[email protected]

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 10

    3.0 PERMOHONAN UJIAN

    Kualiti keputusan ujian biokimia sangat bergantung kepada mutu spesimen yang diterima oleh

    pihak makmal. Persediaan sebelum pungutan spesimen (penyediaan pesakit), semasa pungutan

    dan penghantaran spesimen menjadi faktor penentu mutu spesimen bagi menghasilkan

    keputusan ujian yang tepat.

    3.1 PROSEDUR PERMOHONAN UJIAN

    Semua permohonan ujian menggunakan sistem HIS-LIS Makmal Patologi Kimia Hospital USM

    dan hanya ujian-ujian di bawah masih memerlukan borang:

    • Gas darah

    • Semua ujian yang melibatkan spesimen urine & stool & body fluid

    • Serum dan urine osmolality

    • Ujian Khas (Protein Electrophoresis) Ujian Inborn Error of Metabolism (Unit Metabolik)

    • Agensi luar; IMR, HKL dsb.

    Terdapat 3 jenis borang permohonan ujian Patologi Kimia (dalaman) iaitu:

    • Borang permohonan ujian am (Lampiran 1)

    • Borang permohonan ujian kecemasan (Lampiran 2)

    • Borang permohonan ujian metabolik HUSM (Lampiran 3)

    Disamping itu terdapat 4 jenis borang Makmal Luar bagi ujian yang tidak ditawarkan di Makmal

    Patologi Kimia iaitu:

    • Borang permohonan ujian biokimia (IMR) (Lampiran 4)

    • Borang permohonan ujian metabolik (IEM) (IMR) (Lampiran 5)

    • Borang permohonan ujian Multiple Myeloma (IMR) (Lampiran 6)

    • Borang permohonan ujian biokimia (HKL) (Lampiran 7)

    Untuk kegunaan borang & LIS, maklumat seperti di bawah perlu dilengkapi

    • Nama pesakit

    • Nombor Pendaftaran (RN) dan/atau No Kad Pengenalan

    • Jantina

    • Umur

    • Ringkasan klinikal

    • Tarikh dan masa pungutan spesimen

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 11

    • Wad/Klinik/Hospital/Pusat Kesihatan

    • Tandatangan doktor (borang sahaja)

    • Ujian yang dipesan *

    * Ujian yang dipesan boleh secara profil (panel) seperti renal profile, liver function tests, blood

    sugar, cardiac enzymes dan lipid profile serta juga secara ujian individu seperti dalam senarai

    ujian yang ditawarkan (muka surat 19 – 23). Pesanan akan ditolak jika maklumat pada borang

    dan/atau bekas spesimen tidak lengkap atau salah.

    Semua permohonan ujian melalui LIS WAJIB didaftarkan di lokasi pesakit berada.

    3.2 TATACARA PERMOHONAN UJIAN SEGERA

    Keutamaan akan diberi kepada pesanan dan spesimen yang digolongkan sebagai SEGERA Sila

    rujuk 4.1 senarai ujian SEGERA. Semua ujian SEGERA harus dimaklumkan kepada makmal

    melalui telefon. Permohonan boleh dibuat dengan langkah berikut:

    Telefon sambungan 4014 maklumkan nama pesakit, RN, wad/klinik dan ujian yang

    dipesan.

    Pungut dan hantar spesimen dengan SEGERA.

    Ujian segera yang tidak dimaklumkan melalui telefon dianggap sebagai RUTIN

    Nota : Untuk ujian Troponin T,dan ujian yang tidak disenaraikan, pemohon hendaklah

    mendapatkan kebenaran daripada Konsultan Makmal sebelum penghantaran spesimen

    3.3 PERSEDIAAN SEBELUM PENGAMBILAN SPESIMEN

    Terdapat beberapa faktor variasi yang mempengaruhi keputusan ujian semasa pengambilan

    spesimen. Variasi-variasi ini terbahagi kepada pelbagai termasuk pengambilan makanan, postur

    badan, ketegangan (stress) dan lain-lain lagi. Prosedur pengambilan spesimen harus mengambil

    kira variasi-variasi ini. Contonnya, ujian Glucose dan Lipid pesakit harus berpuasa selama 8 -12

    jam. Pengambilan ubat dibenarkan dengan segelas air kosong.

    Langkah berikut adalah perlu sebelum pungutan dilakukan

    Pastikan pesakit yang betul dengan bertanya nama atau periksa identiti (nama/RN)

    yang terdapat pada pesakit.

    Rehatkan pesakit secukupnya sebelum pengambilan darah dilakukan terutama ujian

    bagi analit yang boleh dipengaruhi oleh aktiviti lasak dan senaman seperti Creatine

    kinase (CK).

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 12

    Amalkan teknik aseptik semasa pungutan bagi mengelak sebarang jangkitan kepada

    pesakit dan spesimen dicemari oleh mikroorganisma.

    Untuk ujian urin, berikan arahan yang jelas kepada pesakit berkenaan langkah-

    langkah pungutan spesimen urin yang betul.

    3.4 PERLABELAN DAN TAG

    Labelkan bekas specimen sebelum pungutan dilakukan di sebelah pesakit. Label mestilah

    dibuat dengan jelas dan lengkap dengan maklumat berikut:

    i. Nama pesakit

    ii. Nombor Pendaftaran (RN) dan/atau No Kad Pengenalan

    iii. Tarikh dan masa pungutan

    iv. Wad/Klinik/Hospital

    v. Ujian yang dipesan

    3.5 PUNGUTAN SPESIMEN

    Jenis spesimen dan bekas yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ujian yang dipohon.

    Isipadu yang dipungut juga harus mencukupi dengan keperluan setiap ujian.

    3.5.1 Pungutan Darah

    Kebanyakan ujian biokimia dilakukan pada plasma (ada antikoagulan), serum atau darah utuh

    berantikoagulan (ujian ABG).

    Tatacara

    a. Pilih salur darah yang sesuai dengan ujian yang dipohon. Kebanyakan ujian biokimia

    menggunakan darah vena. Darah arteri cuma diambil untuk ujian Arterial Blood Gases

    (ABG).

    b. Elakkan kesilapan memilih kedudukan venapuntur kerana ia boleh mempengaruhi

    keputusan ujian. Oleh itu cuba jauhi daripada:

    i. menggunakan lengan sebelah mastectomy

    ii. kawasan terdapat edema dan atau haematoma

    iii. lengan yang sedang ditransfusi darah atau cairan IV

    iv. lengan berfistula atau graf vaskular

    v. bahagian atas kanula IV

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 13

    c. Sapukan alkohol (70%) pada kulit di kawasan venapuntur dan pastikan ia kering sebelum

    jarum ditusuk bagi mengelakkan kemungkinan lisis sel darah yang boleh mempengaruhi

    keputusan.

    d. Elakkan stasis vena yang berpanjangan dengan membebaskan tourniquet sebaik sahaja

    jarum menusuk vena. Stasis vena yang berpanjangan mengakibatkan peningkatan

    kepada aras beberapa analyte/keputusan ujian seperti Protein, Cholesterol, Calcium dan

    hormon.

    e. Lakukan dengan cermat bagi mengelak hemolisis dan trauma kepada tisu sekeliling yang

    boleh meningkatkan aras Potassium, LDH, CK dan AST.

    f. Pindahkan darah ke dalam tiub yang bersesuaian (Gambar 1) memenuhi bekas sehingga

    tanda pada tiub. Ini adalah untuk memastikan nisbah darah : antikoagulan yang betul

    dicapai.

    Tiub gel separator

    Tiub lithium heparin Tiub NAF Oxalate

    Gambar 1: Jenis tiub darah

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 14

    g. Jika lebih daripada satu jenis spesimen darah diperlukan, pindahkan darah ke dalam

    bekas seperti aturan di bawah mengikut “Order Of Draw”. Ini bertujuan bagi

    meminimakan kemungkinan kesalahan pra-analitikal akibat kontiminasi silang untuk

    additives.

    h. Sebatikan dengan cermat bekas spesimen berantikoagulan 6 – 10 kali sebaik sahaja

    selepas spesimen dimasukkan. Biarkan darah dalam tiub plain membeku pada suhu bilik.

    i. Untuk ujian ABG pungut darah arteri ke dalam picagari berheparin dan pastikan tiada

    sebarang gelembung udara terperangkap di dalam picagari. Tutup kemas picagari pada

    bahagian terbuka bagi mengelakkan darah terdedah kepada udara. Label dengan jelas

    dan rendamkan picagari dalam air berais

    j. Buang bahan dari pengutipan spesimen kedalam Sharp Bin/ Biohazard bin

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 15

    3.5.2 Pungutan urin

    Kebanyakan penaksiran biokimia urin, pungutan spesimen bertempoh seperti 24 jam sering

    digunakan. Maklumat masa pungutan hendaklah dicatatkan dalam borang permohonan ujian.

    Pungutan urin ini harus dilakukan dengan pemantauan yang tinggi. Berikan arahan cukup jelas

    kepada pesakit berkenaan masa pengosongan pundi kencing (urin perlu dibuang) dan masa

    pungutan terakhir (urin mesti pungut). Arahkan pesakit memungut semua urin (termasuk semasa

    buang air kecil mahupun buang air besar) sepanjang tempoh pungutan. Arahan ini amat penting

    terutama bagi pungutan urin bertempoh singkat kerana ia memberi kesan yang besar jika

    terdapat urin tidak dipungut.

    Pastikan terdapat pengawet di dalam bekas pada permulaan pungutan bagi penaksiran analyte

    yang memerlukan bahan tersebut. Pengawet ini mungkin bersifat racun atau mengkakis. Pesan

    pesakit agar jangan membuang pengawet tersebut dan perlu mengendalikan bekas urin secara

    berhati-hati.

    Beri perhatian kepada pemakanan dan ubat-ubatan sebelum dan semasa pungutan spesimen

    bagi ujian tertentu. Elakkan makanan yang mengandungi pisang, kopi, kaffein, nenas, kacang

    walnut, garam, aspirin dan drug antihipertensif bila memungut urin untuk ujian Cotecholamines

    dan VMA. Elakkan ketegangan (stress), latihan fizikal yang melampau, merokok dan kesakitan

    sebelum dan semasa urin dikumpulkan.

    Langkah-langkah pungutan urin 24 jam

    a. Pilih bekas pungutan yang sesuai (Gambar 2)

    Gambar 2: Bekas spesimen urin

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 16

    b. Buang urin di awal pagi dan mulakan pungutan selepas itu. Rekodkan tarikh dan

    masa di label yang terdapat pada bekas, contoh: 15/8/2009, 8:00 am.

    c. Pungut urin untuk tempoh 24 jam berikutnya. Jika pesakit ingin buang air besar,

    pundi kencing harus dikosongkan dulu untuk mengelakkan kehilangan urin dan

    tinja mencemari urin yang dipungut.

    d. Hentikan pungutan dan kumpul urin pada pagi berikutnya, tepat 24 jam.

    e. Spesimen urin ini disyorkan disimpan dalam peti ais sepanjang tempoh pungutan.

    f. Labelkan bekas urin dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad, tarikh, waktu

    pungutan dan ujian yang dipesan.

    Langkah-langkah pungutan urin random

    a. Pungut urin dalam bekas universal (Gambar 3)

    Gambar 3: Bekas universal

    b. Labelkan bekas urin dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad, tarikh, waktu

    pungutan dan ujian yang dipesan.

    3.5.3 Pungutan Stool, CSF dan lain-lain cairan badan

    a. Pungut stool, CSF dan lain-lain cairan badan dalam bekas universal (Gambar 3).

    b. Labelkan bekas dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad dan tarikh.

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 17

    3.6 PROSEDUR PENGHANTARAN

    Bagi menjaga keselamatan kakitangan yang mengendalikan spesimen serta menjamin

    keputusan ujian yang bermutu dapat dikeluarkan, dalam proses penghantaran langkah- langkah

    berikut haruslah dipatuhi:

    a. Dinginkan spesimen (2°C – 8°C) untuk ujian Arterial Blood Gases (ABG), Ammonia,

    Lactate dan Metabolic Diseases/Inborn Error of Metabolism (IEM). Ini boleh membantu

    merencatkan metabolisme sel darah seterusnya menstabilkan konstituen yang mudah

    dirosak oleh haba. Pendinginan boleh menggunakan ketulan ais atau campuran air/ais.

    Pastikan spesimen dilitupi pendingin yang digunakan dan dihantar kemakmal dengan

    segera selepas diambil.

    b. Semua spesimen kecuali urin 24 jam mesti dihantar di dalam beg plastik spesimen

    biohazard (Gambar 4). Spesimen dan borang pesanan perlu diasingkan di poket yang

    berbeza bagi mengelakkan borang dicemari jika berlaku sebarang ketirisan.

    Gambar 4: Beg plastik spesimen (biohazard)

    c. Hantar semua spesimen ke makmal secepat mungkin (dalam masa 2 jam selepas

    pungutan). Ini dapat membantu mengelakkan perubahan morfologi/kerosakan

    (deterioration) pada sel/komponen darah dan seterusnya boleh mengakibatkan

    keputusan yang salah (erroneous results).

    d. Jika beberapa spesimen dimasukkan ke dalam satu beg plastik, dan berlaku kebocoran

    spesimen, semua spesimen akan DITOLAK.

    *Satu beg plastik adalah untuk spesimen pesakit yang sama.

    e. Spesimen bersama borang diserahkan di kaunter penerimaan Makmal Patologi Kimia.

    Sahkan waktu penghantaran spesimen pada borang pesanan dengan menggunakan

    perakam masa yang disediakan di kaunter.

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 18

    3.7 GANGGUAN KUALITI SPESIMEN

    Kualiti spesimen boleh terganggu jika yang berlaku kesalahan pada sebelum/ semasa pungutan,

    dalam tempoh penghantaran dan juga sewaktu pemprosesan. Beberapa masalah dan penyebab

    yang dikenal pasti adalah seperti berikut :

    Masalah Penyebab Akibat

    Salah tiub atau antikoagulan Tiada perencat enzim Rendah glukos

    Tiub EDTA untuk ujian biokimia rutin

    Tinggi K, rendah Ca

    Lipaemia Spesimen dipungut selepas pengambilan makanan berlemak atau pesakit hipertrigliceridaemia

    Gangguan optikal bagi kebanyakan ujian Rendah Na (palsu)

    Darah dicemari oleh cairan infusi

    Dextrans berberat molekul tinggi

    Aras protein total meningkat

    Dextrose Tinggi glucose

    Larutan crystalloid Keputusan palsu Na, K, Cl

    Phosphate Rendah ionized Ca

    Citrate Tinggi Na (jika garam Na)

    Gelembung udara untuk ABG Picagari bocor/Tidak cukup penyumbat

    Peningkatan pCO2

    Hemolisis Sampel darah dipaksa keluar melalui jarum semasa diisi dalam bekas -Sebati spesimen dengan kasar -Penghantaran terlalu lewat

    Tinggi K, Phosphate, ALP, AST,LDH,ALT,CK, Mg, Ca, Alb,TP, Fe Rendah troponin, bilirubin, amylase, bikarbonat, Na.

    Nisbah antikoagulan:darah tidak betul (

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 19

    4.0 UJIAN AM DITAWARKAN

    Kami menawarkan ujian biokimia dalam darah utuh, plasma serum, urin random, urin 24 jam,

    stool, dan lain-lain cairan tubuh seperti berikut:

    Petunjuk: L = Lelaki B = Bayi P = Perempuan R = Random D = Dewasa F = Berpuasa K = Kanak-kanak *** = pesanan mesti dibuat melalui temujanji Bagi pungutan spesimen darah bayi dan kanak-kanak:

    i) Tiub bullet (1-1.5 mL) boleh menggantikan tiub Plain

    ii) Tiub lithium heparin (0.5 mL)

    Analyte Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

    Julat rujukan

    Alanine transaminase (ALT, GPT)

    Serum/plasma+ 2.5 mL dalam tiub plain

    atau lithium heparin L

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 20

    Analyte

    Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

    Julat rujukan

    CSF biochem 1. Protein 2. Globulin 3. Glucose 4. Lactate 5. Chloride

    CSF 1.5 – 2.5 mL dalam bekas universal

    Sila berhubung dengan makmal

    CA 125 (Tumour marker)

    Serum 2.5 mL dalam tiub plain ≤ 35 U/mL

    Calcium Serum/plasma+ 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

    2.15 – 2.55 mmol/L

    Urin random 20 mL dalam bekas universal

    Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam 2.50 – 7.5 mmol/24 jam

    Carcinoembryonic antigen (CEA)

    Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

    ≤ 5.2 ng/mL

    Chloride Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

    98 – 107 mmol/L

    Urin random 20 mL dalam bekas universal

    Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 110 – 250 mmol/24 jam

    Cholesterol Total

    Serum Berpuasa 8-12 jam: 2.5 mL dalam tiub plain

    Range (mmol/L)

    Child Desirable

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 21

    * berdasarkan kpd insert kit yang digunakan

    Analyte

    Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

    Julat rujukan

    Creatinine clearance Serum 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin

    75 – 135 mL/min

    Urin 24 jam Bekas urin 24 jam Gamma glutamyl transferase (GGT

    Serum 2.5 mL dalam tiub plain L : 12 – 64 U/L P : 9–36 U/L

    Glucose Plasma Berpuasa 8-12 jam: 2.5 mL dalam tiub NAF oxalate

    Puasa: < 6.1 mmol/L Random: 5.1 mmol/L 120 min : > 7.8 mmol/L Malaysian CPG : Management of Diabetes in Pregnancy 2017

    Haemosiderin Urin random 20 mL dalam bekas universal

    Negatif

    Haemoglobin Urin random 20 mL dalam bekas universal

    Negatif

    High density lipoprotein cholesterol (HDL)

    Serum Berpuasa 8-12 jam: 2.5 mL dalam tiub plain

    Range (mmol/L)

    Major risk factor for heart disease < 1.04 Negative risk factor for heart disease

    ≥ 1.55

    ( ATP III )

    Iron Serum 2.5 mL dalam tiub plain L : 10.6 – 28.3 µmol/L P : 6.6 – 26.0 µmol/L

    Lactate Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium heparin dan dihantar SEGERA dalam air ais

    0.50 – 2.20 mmol/L

    Lactate Dehydrogenase (LDH)

    Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 22

    Analyte

    Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

    Julat rujukan

    Magnesium Serum/plasma* 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin

    0.73 – 1.06 mmol/L

    Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam 3 - 5 mmol/24 jam

    Occult Blood Stool Dalam bekas universal berpenutup

    Negatif

    Osmolality Serum 2.5 mL dalam tiub plain 275 -295 mOsmol/kg H2O

    Urin random 20 mL dalam bekas universal

    300 – 900 mOsm /kg H2O

    Phosphate (PO4)

    Serum/plasma* 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin

    D: 0.84 - 1.45 mmol/L K: 1.25 – 2.50 mmol/L

    Urin random 20 mL dalam bekas universal

    Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam 12.9 – 42.0 mmol/24jam

    Potassium Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin

    3.5 – 5.0mmol/L

    Urin random 20 mL dalam bekas universal

    Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam 25 – 125 mmol/24 jam

    Prostate Specific Antigen (PSA)

    Serum 2.5 mL dalam tiub plain < 4 ng/mL

    Protein Serum 2.5 mL dalam tiub plain 64 – 83 g/L

    Urin random* 20 mL dalam bekas universal

    0 – 140 mg/L

    Urin 24 jam* Bekas urin 24 jam < 300 mg/day

    Malaysia CPG on Diabetic Nephropathy July 2004

    * berdasarkan kpd insert kit yang digunakan

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 23

    Analyte

    Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

    Julat rujukan

    Protein : Creatinine Ratio (PCR)

    Urin random Bekas universal

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 24

    4.1 UJIAN SEGERA

    Bilangan Ujian

    1. Sodium

    2. Potassium

    3. Urea

    4. Calcium

    5. Glucose

    6. Creatinine

    7. Amylase

    8. Magnesium

    9. Total Bilirubin

    10. Uric Acid

    11. Total Creatine Kinase (CK)

    12. CKMB

    13. Arterial Blood Gas (ABG)

    14. Cerebral Spinal Fluid Biochemistry (CSF)

    15. Ammonia

    16. Lactate

    17. Troponin T

    18. Alanine Transaminase (ALT)

    19. Aspartate Amino Transferase (AST)

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 25

    5.0 UJIAN YANG DITAWARKAN DI SEKSYEN IEM

    Kami juga menawarkan ujian biokimia khas bagi kes Inborn Error Metabolism seperti berikut:

    Analyte Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

    Julat rujukan

    Amino acid Plasma 2.5 mL dalam tiub lihium heparin

    Sila hubungi makmal

    Organic acid Urin random 20 – 30 mL dalam bekas universal

    NBS Dried blood spot Kertas turas S&S no 903

    Mucopolysaccharides (GAG)

    Urin random 20 ml dalam bekas universal

    Kami juga boleh menerima ujian IEM selain daripada senarai di atas. Sila hubungi Makmal Metabolik

    sambungan telefon 6472 atau 6490.

    6.0 UJIAN YANG DITAWARKAN DI MAKMAL PESAKIT LUAR

    Kami menawarkan pemeriksaan gula darah (glukometer), ujian kandungan (pregnancy test) dan ujian urin

    random.

    Analyte Jenis sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran

    Julat rujukan

    Urinalysis Urin random 20 mL dalam bekas universal

    Leucocytes : Negatif Nitrite : Negatif Urobilinogen : Normal Protein : Negatif pH : 4.7 – 7.8 Blood : Negatif SG : 1.005 –1.030 Ketone : Negatif Bilirubin : Negatif Glucose : Negatif

    Mikroalbumin Urin random 20 mL dalam bekas universal

    Negatif

    Kristal/cast Urin random 20 mL dalam bekas universal

    Sila hubungi makmal

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 26

    7.0 UJIAN YANG DITAWARKAN (MAKMAL LUAR)

    Kami menerima pesanan ujian biokimia yang pengujiannya tidak dijalankan di Makmal Patologi Kimia.

    Spesimen akan diproses, dibungkus dan akan diposkan kepada makmal luar yang menawarkan

    perkhidmatan ujian tersebut. Senarai ujian yang dihantar ke makmal luar adalah seperti di bawah:

    Nama ujian Bekas Isipadu Penghantaran Julat rujukan Amino acid, plasma Tiub

    Lithium heparin

    2.5 ml Dalam air ais

    Amino acid, urin Urin spot 20 ml Dalam air ais α1 –Antitrypsin, serum Tiub plain 2.5 ml 1.30 – 2.90 g/L BJP, urin 24 jam dan Protein electrophoresis for multiple myeloma,serum

    Urin 24 jam dan tiub plain

    2.5 ml

    Caeruloplasmin, serum Tiub plain 2.5 ml 0.15 – 0.60 g/L Carnitine, plasma Tiub Lithium

    heparin

    2.5 ml Dalam air ais Total : 32 – 84 µmol/L Free : 26 – 60 µmol/L

    Catecholamines, urin 24 jam Urin 24 jam + 10 ml HCL pekat

    Epineprine : 1.7 – 22.4 µg/24 jam Norepineprine : 12.1 – 85.5 µg/24 jam Dopamine : < 498.1 µg/24 jam

    Copper, serum Tiub plain 2.5 ml 11 – 20 µmol/L Copper, urin 24 jam Urin 24

    jam + HNO3

    < 0.9 µmol/L

    Free light chain, serum Tiub plain 5 ml Haptoglobin, serum Tiub plain 2.5 ml 36.0 – 195.0 mg/dl Homocystine, plasma Tiub

    Lithium heparin

    2.5 ml Dalam air ais 5.5 – 17.0 µmol/L

    Lead (Plumbum), serum Tiub EDTA / Lithium heparin

    2.5 ml < 10 µg/dl

    β2 – Microglobulin, serum Tiub plain 2.5 ml 1.2 – 2.5 mg/L Organic acid, urin spot Urin spot 20 ml Dalam air ais Orotic acid, urin spot Urin spot 20 ml Dalam air ais < 2 minggu :

    1.3 – 5.3 mmol/mol Creat 2 minggu – 1 tahun : 1.0 – 3.2 mmol/mol Creat 1 – 10 tahun : 0.5 – 3.3 mmol/mol Creat > 10 tahun : 0.4 – 1.2 mmol/mol Creat

    .

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 27

    Lampiran 1 : BORANG PERMOHONAN UJIAN AM

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 28

    Lampiran 2 : BORANG PERMOHONAN UJIAN KECEMASAN

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 29

    Lampiran 3 : BORANG PERMOHONAN UJIAN METABOLIK HUSM

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 30

    Lampiran 4 : BORANG PERMOHONAN SPESIMEN PATOLOGI IMR

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 31

    Lampiran 5 : BORANG PERMOHONAN UJIAN IEM (IMR)

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 32

    Lampiran 5

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 33

    Lampiran 6 : BORANG PERMOHONAN UJIAN MULTIPLE MYELOMA (IMR)

  • BUKU PERKHIMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA VERSI 6| 34

    Lampiran 7 : BORANG PERMOHONAN UJIAN KKM