unit 8

109
Unit 8 Isu Perundangan Dalam Penerbitan Elektronik Objektif Unit: Setelah mempelajari unit ini, anda akan; mempelajari jenis dan bentuk perundangan yang melibatkan teknologi penerbitan elektronik mengetahui kesesuaian pemakaian bentuk perundangan dalam teknologi sistem penerbitan elektronik semasa meninjau kesan pemakaian perundangan ke atas sistem dan teknologi penerbitan elektronik Kandungan: 1. Pengenalan 2. Latar Belakang Perundangan Siber dan Komunikasi di Malaysia 3. Jenis-jenis Undang-undang Siber di Malaysia

Upload: alex-lee

Post on 08-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ICT

TRANSCRIPT

Unit 8

Isu Perundangan Dalam Penerbitan Elektronik

Objektif Unit:

Setelah mempelajari unit ini, anda akan;

mempelajari jenis dan bentuk perundangan yang melibatkan

teknologi penerbitan elektronik

mengetahui kesesuaian pemakaian bentuk perundangan dalam teknologi sistem penerbitan elektronik semasa

meninjau kesan pemakaian perundangan ke atas sistem dan teknologi penerbitan elektronik

Kandungan:

1. Pengenalan

2. Latar Belakang Perundangan Siber dan Komunikasi di Malaysia

3. Jenis-jenis Undang-undang Siber di Malaysia

4. Pemahaman Mengenai Istilah Multimedia5. Aspek Perundangan Dalam Multimedia6. Perkembangan Teknologi Internet di Malaysia

7. Pendekatan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

8. Kesimpulan

Latihan:

Soalan Tutorial:Unit 8

Isu Perundangan Dalam Penerbitan Elektronik

1.Pengenalan

Teknologi Penerbitan Elektronik telah membawa implikasi yang bukan sahaja melibatkan perkembangan teknologi dan sistem kandungan maklumat, tetapi juga menyebab berlakunya perubahan dalam pemakaian dan penggubalan bentuk perundangan yang dapat memenuhi keperluan teknologi tersebut.

Di peringkat antarabangsa, undang-undang telekomunikasi yang digubal di Amerika Syarikat pada tahun 1996, boleh dikatakan sebagai suatu pemula kepada bentuk perundangan yang dapat memenuhi keperluan teknologi penerbitan elektronik, terutamanya penerbitan siber yang makin berkembang di Republik tersebut.

Berikutan dengan penggubalan undang-undang bentuk perundangan tersebut, timbul pula persoalan di kalangan aktivis NGO Amerika yang menganggap bahawa perundangan-perundangan baru yang digubal itu memberi kesan kepada status kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Utama republik tersebut. Contohnya, penggubalan Communication Decency Act (DCA) telah ditentang oleh kebanyakan daripada pengamal undang-undang dan NGO di Amerika yang akhirnya menyebabkan akta tersebut didapati tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan republik itu. Ia dikatakan tidak selari dengan konsep kebebasan bersuara dan memperolehi maklumat yang termaktub di dalam perlembagaan utama Amerika Syarikat.

Sementara itu pula, Malaysia mengorak langkah mengguybal satu set perundangan siber, termasuk menggubal Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dikatakan akta pertama digubal di dunia mengenai bentuk perundangan penggabungan media di negara ini. Kehadiran bentuk perundangan yang baru ini boleh dikaitkan dengan terbentuknya suatu rancangan jangka panjang mengenai penubuhan Lebuh Raya Koridor Multimedia (MSC) yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan dan kemajuan bidang teknologi siber dan multimedia di negara ini. Oleh sebab itu, perundangan-perundangan baru yang diwujudkan ini dijangka akan dapat memenuhi keperluan teknologi tersebut dan mencapai matlamat penubuhan MSC tersebut.

2.Latar Belakang Perundangan Siber dan Komunikasi di Malaysia

Keperluan untuk mewujudkan suatu kumpulan perundangan siber (Cyberlaws) di Malaysia bermula apabila Kerajaan Malaysia mewarwarkan suatu pelan pembangunan IT yang lebih kompleks menerusi program Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996. Walau bagaimanapun, penubuhan MSC adalah satu rancangan untuk menangani masalah perubahan daripada zaman industri kepada zaman teknologi maklumat.

Dengan mewujudkan suatu kawasan kecil berlatarkan teknologi IT, semua maklumat dapat diketahui, diperolehi dan diagihkan supaya maklumat tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh negara. Ia merupakan suatu percubaan di dalam semua gerakan masyarakat yang melibatkan teknologi maklumat supaya masyarakat dapat mengesan implikasi penggunaan IT dalam kehidupan mereka (Mahathir, 1997).

Sebab itulah suatu pengawalan berbentuk perundangan perlu diwujudkan bagi menyesuaikan perkembangan teknologi maklumat tersebut dengan peruntukan undang-undang berkaitan terhadapnya. Persoalan ini juga dibangkitkan di dalam suatu kenyataan Dr. Mahathir semasa mengadakan suatu taklimat khusus mengenai MSC di London pada 20 Mei 1997 yang berbunyi:

For the MSC to function we must have the necessary laws, cyberlaws. These laws are designed to facilitate the use of multimedia and include protection of intellectual property, validation of digital signatures and computer transactions, prevention of computer crimes, laws on the convergence between telecoms, broadcasting, computers, and other system and a host of others not presently covered by existing laws.

Teknologi baru memerlukan suatu pendekatan regulasi yang sesuai, fleksibel dan mengikut arus perkembangan teknologi tersebut. Dalam erti kata lain, perubahan teknologi menyebabkan berlakunya suatu pembaharuan dari sudut nilai kehidupan masyarakat, peranan kerajaan, penerbitan sub-sub bidang teknologi yang berkaitan dan memerlukan tenaga mahir di dalam bidang tertentu. Tonny Benn menyifatkan bahawa kewujudkan teknologi baru akan mengundang pelbagai implikasi berbentuk teknikal, sosiologikal ataupun psikologikal kepada golongan tertentu, melibatkan suatu perubahan terhadap minda dan perlakuan seseorang individu. Beliau berpendapat bahawa:

New technology and the way it is handled has other important implications for democracy. On of the frightening things about high technology is that, because it requires a high degree of scientific education in those who work in it, a new priesthood develops (Tony Benn, A. 1979).

Pengenalan terhadap undang-undang siber di negara ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu keseimbangan dalam perubahan teknologi maklumat dengan bidang-bidang kerja lain, sama ada di dalam bentuk perniagaan, kerjasama, perundingan atau pencantuman teknologi (convergence). Aspek-aspek yang diberi perhatian dalam regulasi ini adalah dari sudut penentuan status undang-undang urus niaga digital, perlindungan pengguna dan meminimumkan penyalahgunaan undang-undang (Norkhanizan, 1998).

Pengurus Kanan, Jabatan Undang-undang Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDC), Dr. Khaw Lake Tee berpandangan bahawa aspek yang perlu diberi perhatian dalam perancangan dan pelaksanaan undang-undang siber di Malaysia, iaitu dari segi penggubalan akta sedia ada.

Undang-undang siber di negara ini merupakan suatu perundangan yang baru, kompleks dan perlu disesuaikan dengan sistem perundangan dalaman negara serta bersesuaian pula dengan keperluan dan identiti masyarakat.

Oleh sebab itu, suatu penelitian secara menyeluruh dengan mengambil kira aspek-aspek psikologikal, sosiologikal masyarakat dan perkembangan teknikal di dalam teknologi perlu diambil kira dalam penggubalan akta. Ia membolehkan akta tersebut dikatakan relevan dengan perubahan atau perkembangan teknologi buat suatu tempoh tertentu.

Oleh yang demikian, kerja-kerja penciptaan dan penggubalan undang-undang siber seperti ini merupakan suatu tugas yang agak rumit, memandangkan jarak perubahan teknologi maklumat yang terkandung di dalam undang-undang sedia ada adalah jauh. Ia memerlukan suatu tugas teknikal yang kompleks untuk mengimbangi perubahan teknologi yang berlaku masa kini dengan teknologi terdahulu supaya ia dapat menepati dasar dan falsafah negara.

Aspek lain yang terlibat di dalam persoalan undang-undang siber di negara ini ialah dari segi penguatkuasaan undang-undang itu sendiri. Penggubalan undang-undang siber di negara ini juga adalah berdasarkan kepada kajian dan penelitian terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang yang serupa di Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.

Beberapa penyesuaian dan penokokan aspek-aspek perundangan dan teknikal dibuat ke atas Akta 588, misalnya adalah merujuk kepada persekitaran dan kepentingan bidang perindustrian di negara ini, pelindungan pengguna dan keperluan masyarakat mengikut amalan kehidupan, identiti bangsa dan falsafah negara.

Leo Moggie pula menegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang siber di negara ini akan mengundang kepada perubahan proses, kaedah dan prosedur kerja dan keperluan tenaga mahir di peringkat pelaksanaan perundangan. Beliau menyenaraikan lima perkara asas yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan undang-undang siber ini seperti isu kerjasama antarabangsa, prinsip harta intelek, undang-undang, keselamatan dan peribadi individu dan organisasi serta kemahiran pekerja intelek.

Di peringkat antarabangsa pula, keperluan untuk menggubal undang-undang siber berikutan dengan perubahan teknologi yang berlaku di dunia pada masa kini, jelas membayangkan keprihatinan sesebuah organisasi ataupun negara memastikan bahawa perubahan teknologi tersebut dapat mengimbangi keperluan negara dan kepentingan masyarakatnya. Persoalan sedemikian ada dibayangkan di dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur semasa berlangsungnya Persidangan Diplomatik di Geneva pada 20 Disember 1996 oleh Pertubuhan Hak Milik Intelektual Sedunia (WIPO);

the need to introduce new international rules and clarify the interpretation of certain existing rules in order to provide adequate solutions to the questions raised by the new economic, social, cultural and technology developments.

Pertubuhan tersebut juga berpandangan bahawa keperluan penggubalan undang-undang baru ini adalah merupakan suatu pendekatan terhadap kesan daripada perubahan teknologi dan penggabungan maklumat dan teknologi komunikasi bagi memelihara hak keintelektualan di kalangan para karyawan di dalam bidang-bidang tersebut.

Di Malaysia, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dapat dilihat sebagai suatu peluang terbuka kepada negara mewujudkan suatu senario baru di dalam bidang kemahiran berasaskan kepada teknologi dan perundangan siber itu sendiri. Menurut Syed Hussein (2000), Malaysia telah mengambil langkah yang bijak dan berani dalam menguatkuasakan undang-undang siber. Ia adalah untuk memudahkan pembangunan dan program nasional berkaitan dengan era IT dan pencantuman teknologi. Perubahan pesat di dalam bidang IT di negara ini, menurutnya akan menyediakan Malaysia menghadapi era kemajuannya yang sedia diwarwarkan menerusi program Wawasan 2020.

Bagi mencapai matlamat tersebut, suatu pendekatan baru dalam penggubalan perundangan siber telah diwujudkan sejak tahun 1997. Walau bagaimanapun, penokokan peruntukan teknologi kepada bidang perundangan di negara ini bermula pada tahun 1993 apabila Akta Pembuktian (Evidence Act) dipinda.

Kandungan di dalam akta ini memperuntukan penerimaan pembuktian mana-mana dokumen yang diistilahkan sebagai inter alia, iaitu data elektronik yang disimpan di dalam komputer, disket magnetik atau maklumat yang dihasilkan oleh komputer yang disah atau ditandatangani oleh individu yang terlibat di dalam operasi atau pengurusan dokumen komputer berkenaan. Ia adalah suatu keperluan dalam perundangan bagi membolehkan bahan-bahan maklumat elektronik ini digunakan semasa pengendalian kes-kes perundangan di mahkamah-mahkamah di negara ini.

Pindaan terhadap beberapa peraturan yang termaktub di dalam Akta Hakcipta pada tahun 1997 juga merupakan suatu kaedah pendekatan untuk mengisi kesempurnaan dan keseimbangan unsur-unsur teknologi baru dengan pemeliharaan hak peribadi atau keintelektualan di kalangan karyawannya. Akta yang selesai mengalami proses pindaan perundangan ini diharapkan dapat mendokong penjanaan MSC sebagai inkubator pembangunan teknologi maklumat di negara ini. Penjelasan terhadap pindaan yang dilakukan ke atas Akta Hakcipta 1997 menyebut bahawa:

Technology development, especially information technology has challenged traditional concepts of copyright protection. The Purpose establishment of the Multimedia Super Corridor (MSC) will generate both challenges and oppurtunities for Malaysia. The success of the MSC will, to a certain extent, be determined by the contents that move through it. These include educational works, entertainment products and information that are protected under the copyright law. For the MSC to realise its full potential, it is essential that adequate legal protection be made available to these works.

Oleh yang demikian, kewujudan suatu sistem perundangan siber di negara ini boleh disifatkan sebagai suatu persediaan perundangan yang memberi ruang kepada sebarang bentuk teknologi maklumat diadaptasikan di dalam bidang-bidang tertentu. Ia tidak menimbulkan masalah dari sudut perundangan sebab bentuk regulasi yang terkandung di dalam sistem perundangan ini adalah berasaskan kepada suatu konsep liberal, fleksibel dan boleh disesuaikan dengan perkembangan teknologi maklumat semasa.

3. Jenis-jenis Undang-undang Siber di Malaysia

Akta Hakcipta (Pindaan) 1997

Pindaan yang dibuat ke atas Akta Hakcipta asal 1987 ini adalah unjuran saranan daripada WIPO untuk menangani pelbagai persoalan atau kemungkinan-kemungkinan yang tidak dijangka berikutan perkembangan teknologi Internet di negara ini.

Di bawah Seksyen 41 di dalam akta ini menyebut bahawa terdapat tiga bentuk baru pencerobohan ke atas perlindungan hakmilik intelektual, selain daripada perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Akta Hakcipta 1987. Pelanggaran ini meliputi;

a) menggunakan dengan bebas mana-mana pengukuran teknologi efektif yang digunakan oleh karyawan berhubung dengan hak menjalankan tugas mereka dan mana-mana akta yang tidak dibenarkan ke atas mereka;

b) penyingkiran atau pengubahsuaian mana-mana maklumat pengurusan secara elektronik tanpa kebenaran; dan

c) menganggu, mengimport untuk pengedaran atau menyebarkan maklumat kepada orang ramai tanpa kebenaran, apa-apa juga hasil karya atau salinan karya daripada mana-mana maklumat pengurusan secara elektronik yang telah disingkirkan atau diubahsuai tanpa kebenaran.

Jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan denda maksimum RM250,000.00 (dua ratus lima puluh ribu ringgit) atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan berikutnya, dendanya ialah RM500,000.00 (lima ratus ribu ringgit) atau penjara tidak lebih daripada lima tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Pengenalan kepada bentuk hak pemeliharaan intelektual ini adalah merupakan suatu pendekatan baru kerajaan untuk mengawalselia mana-mana maklumat yang dipaparkan secara elekronik, sama ada dalam bentuk visual, audio ataupun on-line, menggunakan mana-mana teknologi elektronik dan menghalang berlakunya pencerobohan ke atas maklumat-maklumat tersebut. Dalam erti kata lain, menjadi suatu kesalahan bagi seseorang individu mengubah, menyingkir atau membuat apa juga pindaan ke atas maklumat organisasi atau individu yang disiarkan menerusi visual seperti laman web.

Akta Jenayah Komputer 1997

Akta ini merupakan komponen daripada peruntukan di bawah Akta 563 Undangundang siber yang diperkenalkan bagi menangani masalah penyalahgunaan maklumat atau akses komputer yang boleh menganggu operasi sistem pengkomputeran. Akta yang telah diluluskan di dalam Parlimen pada bulan Mac 1997 ini disifatkan menyerupai UK Computer Misuse Act 1990, terutamanya berhubung dengan penjenisan kesalahan-kesalahan penyalahgunaan komputer seperti memperkenalkan virus komputer, penipuan (fraud), ataupun pemansuhan program komputer tanpa kebenaran.

Beberapa pendekatan terhadap kesalahan di bawah ini adalah dirujukkan di bawah Seksyen 3 hingga 6 dalam akta ini, meliputi perkara-perkara seperti berikut;

a) Capaian tanpa kuasa kepada bahan komputer (unauthorised access to computer material) atau lebih dikenali sebagai hacking. Ia boleh terdiri daripada Capaian tanpa kuasa dalam keadaan biasa (Seksyen 3) yang dianggap sebagai suatu kesalahan di bawah Bahagian II Seksyen 3(1) apabila seseorang itu didapati;

menyebabkan suatu komputer melaksanakan apa-apa fungsi dengan niat untuk mendapatkan capaian kepada mana-mana atur cara (program) atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer;

capaian yang dia berniat untuk didapati adalah tanpa kuasa (tanpa izin atau kebenaran pihak-pihak berkenaan); dan

dia tahu semasa dia menyebabkan komputer itu melaksanakan fungsi itu, demikian berlakunya (sama ada perbuatannya itu sedar ataupun tidak).

Seksyen 3 (2) pula menyebut bahawa perbuatan individu itu tetap salah biarpun dia tidak menunjukkan perbuatannya itu kepada mana-mana program atau data tertentu, atau kepada suatu program atau data yang disimpan di dalam mana-mana komputer tertentu.

Bagi kesalahan jenis ini, seseorang individu boleh didenda tidak melebihi RM50.000 (lima puluh ribu ringgit) atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

b) Capaian tanpa kuasa dengan niat tertentu (unauthorised access with intent to commit or facillitate futher offence). Ia dirujukkan di bawah Seksyen 4 yang meliputi kesalahan-kesalahan seperti;

melakukan penipuan (fraud), kecurangan atau menyebabkan kecederaan atau mudarat yang ditakrif dalam Kanun Keseksaan (Seksyen 4 (1));

Pencerobohan itu memudahkan atau membolehkan berlakunya satu kesalahan, sama ada oleh penceroboh itu sendiri atau oleh orang lain

Kesalahan jenis ini dianggap serius kerana ia dikatakan lebih membahayakan komputer dan memerlukan bukti yang cukup mengenai mens rea (niat jahat) pihak yang melakukan kesalahan itu ketika dia melakukan pencerobohan tersebut (Salleh Majid, 1998). Jika seseorang itu disabitkan kesalahan, dia akan didenda tidak melebihi RM150,000 (seratus lima puluh ribu ringgit) ataupun penjara tidak melebihi 10 tahun ataupun kedua-duanya sekali.

c) Pengubahsuaian tanpa kuasa kepada kandungan komputer (unauthorised modification of the contents of a computer)

Jenis kesalahan ini dirujukkan di bawah Seksyen 5. Ia meliputi perkara-perkara seperti pengubahsuaian maklumat, data, kandungan (content) atau program komputer yang dilakukan tanpa mendapat kebenaran daripada pihak-pihak yang berkenaan. Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 (seratus ribu ringgit) atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya niat individu itu bersabit pula dengan bentuk kecederaan yang ditakrifkan di bawah Kanun Keseksaan, hukuman yang dikenakan ialah denda tidak melebihi RM150, 000 (seratus lima puluh ribu ringgit) atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

d) Komunikasi salah (wrongful communication of the means of access).

Kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 6 ini pula mengkategorikan individu yang melakukan kesalahan komunikasi salah apabila individu tersebut, secara langsung atau tidak langsung telah membocorkan maklumat-maklumat data seperti nombor, kod, kata laluan (password) atau cara capaian lain kepada orang lain yang tidak berhak meneruima maklumat tersebut (Salleh Majid, 1998).

Adalah dikhuatiri bahawa kebocoran maklumat atau data tersebut akan menjejaskan sistem pengkomputeran atau boleh juga terdiri daripada mana-mana kesalahan yang terkandung di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau OSA.

Bagi kesalahan jenis ini, seseorang individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 (dua puluh lima ribu ringgit) ataupun dipenjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Peruntukan di bawah Seksyen 7 pula menyebut bahawa mana-mana individu yang membantu atau mempunyai niat untuk melakukan kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan hukuman berdasarkan kepada keyakinan penuh pihak-pihak tertentu terhadapnya.

Sementara itu pula, Seksyen 8 di dalam akta ini menghalang individu yang memelihara atau mengawal mana-mana program, data atau mana-mana maklumat yang terdapat di dalam komputer tanpa kebenaran. Ia boleh dikira melanggari undang-undang dengan cara memiliki akses yang tidak mendapat kebenaran sah bagi memperolehi data atau maklumat tersebut.

Akta ini juga memberi kuasa yang luas kepada pihak polis untuk mengadakan penyiasatan ataupun penangkapan bagi kesalahan-kesalahan yang terkandung di dalam akta ini.

Biarpun akta ini boleh disifatkan sebagai pelindung kepada perbuatan penyalahgunaan komputer oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti penyebaran virus, hacking ataupun fraud, masih terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti seperti;

a) kesukaran memperolehi bukti yang kukuh bagi mendakwa pesalah-pesalah;

b) kekurangan maklumat yang boleh diperolehi oleh pihak polis mengenai sesuatu kejadian penyalahgunaan kuasa disebabkan oleh sistem perolehan data yang kompleks;

c) kekurangan pemahaman terhadap bidang teknologi maklumat di kalangan polis ataupun hakim (Adeline, 1999).

Secara umumnya, Akta Jenayah Komputer (Pindaan) 1997 memberikan suatu dasar pengawalseliaan terhadap keselamatan dan peribadi komputer di negara ini sebagai suatu persediaan menghadapi isu-isu berhubung dengan teknologi maklumat dari semasa ke semasa.

Akta Tandatangan Digital 1997

Akta Tandatangan Digital telah digubal pada tahun 1997 dan dikuatkuasakan pada 1 Oktober 1998 di bawah kumpulan undang-undang siber di Malaysia. Tujuan utama akta ini digubal ialah untuk menyokong perancangan negara untuk mengembangkan konsep perdagangan elektroniik menerusi pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Penggubalan akta ini juga membolehkan syarikat-syarikat perniagaan atau individu menggantikan tandatangan tulisan tangan kepada tandatangan digital yang sah di dalam transaksi perniagaan yang berkaitan dengan perdagangan elektronik. Keadaan ini membenarkan kerja-kerja pendaftaran secara online atau memiliki lesen secara online.

Akta ini dikatakan melindungi pengumpulan royalti ke atas hakmilik intelektual individu atau organisasi menerusi peruntukan perundangan tertentu. Menurut Alistair Kelman, seorang peguam dan pakar litigasi Britain di dalam perundangan komputer, akta ini dapat digunakan sebagai model seragam (unified model) untuk menjadi garis panduan standard kepada negera-negara lain.

Secara keseluruhannya, akta ini merupakan satu undang-undang yang menyentuh hak, tanggungjawab pengguna, pihak berkuasa pemerakuan (Certification Authorities) dan reponsitories yang terlibat di dalam hal-hal berhubung dengan tandatangan digital di dalam urusan-urusan tertentu.

Tandatangan digital yang dimaksudkan di dalam akta ini adalah merupakan suatu kaedah untuk membenarkan seseorang menerima mesej elektronik dengan melakukan penyiasatan ke atas identiti penghantar. Ia juga merupakan suatu sistem yang dapat memastikan kesahan sesuatu mesej (authenticity of messages) dapat dihantar melalui sistem rangkaian maklumat komputer dengan sistem kripto tak simetri (Asymmetric Cryptosystem). Sistem ini diperakui sah seperti yang diamalkan pada sistem pengenalan tandatangan atau cap jari.

Istilah tandatangan digital yang dimaksudkan di bawah undang-undang ini bererti penjelamaan sesuatu mesej dengan menggunakan suatu sistem kripto tak simetri dengan sedemikian seseorang yang mempunyai mesej awal itu dan kunci awam penandatangan boleh menentukan dengan tepat sama ada penjelmaan itu dihasilkan dengan menggunakan kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam penandatangan tersebut. Ia juga boleh diuji dengan menentukan sama ada mesej itu telah diwujudkan sejak penjelmaan itu dibuat.

Di bawah seksyen 64 dan 65 di dalam akta itu menyatakan bahawa tandatangan digital itu merupakan suatu mesej yang ditandatangani hendaklah sah, berkuatkuasa dan berkesan, seolah-olah ia telah ditulis di atas kertas ataupun dokumen asal.

Menerusi sistem kripto tak simetri yang dijelaskan di dalam akta tersebut, terdapat dua jenis kunci yang menentukan kesahihan tandatangan digital, iaitu kunci awam dan kunci persendirian. Kunci awam adalah kunci yang digunakan untuk mengesahkan (to verify) suatu tandatangan digital, manakala kunci persendirian pula digunakan untuk menghasilkan suatu tandatangan digital. Kuasa untuk mengeluarkan perakuan bentuk tandatangan digital ini ditentukan oleh pihak berkuasa pemerakuan, iaitu pegawai yang mengawasi dan menyelia aktiviti pihak berkuasa pemerakuan di bawah seksyen 3(1).

Pada bahagian V, seksyen 62(2) di dalam akta ini ada menyatakan bahawa tandatangan digital yang disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan ini adalah sah dan penting seperti tandatangan tulisan tangan atau cap ibu jari. Tandatangan digital yang tertera pada sesuatu dokumen boleh disifatkan sebagai suatu tandatangan yang mengikat di sisi undang-undang.

Di dalam akta ini juga dibekalkan dengan peruntukan denda ke atas mana-mana pihak berkuasa pemerakuan yang beroperasi tanpa lesen. Jika disabitkan kesalahan, ia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Akta Teleperubatan 1997Akta ini terkandung di dalam senarai Undang-undang Siber yang diwartakan oleh Kerajaan pada tahun 1997. Tumpuan profesionalisme di dalam bidang perubatan di negara sebelum ini hanyalah berasaskan kepada sistem formal, iaitu sistem perubatan bersemuka dengan pesakit secara fizikal.

Akta ini dikatakan agak istimewa kerana struktur perkhidmatan perubatan yang dibekalkan oleh seseorang doktor kepada pesakitnya boleh dilakukan pada sebarang masa, sebarang keadaan dan sebarang tempat dengan menggunakan teknologi siber.

Akan tetapi, selepas pelaksanaan akta ini, seseorang doktor dibolehkan merawat pesakitnya secara jarak jauh tanpa berinteraksi secara fizikal, sebaliknya menggunakan teknologi komunikasi tertentu yang membolehkan semua maklumat, data dan kedudukan pesakit dihantar oleh pesakit kepada doktor berkenaan untuk dibuat pengesahan kedudukan kesihatan pesakit yang dirawatinya.

Di Amerika dan Eropah, teknologi maklumat berkaitan dengan bidang perubatan ini boleh dikatakan popular. Pesakit berinteraksi dengan doktornya hanya melalui komputer. Penggunaan alatan-alatan perubatan tertentu seperti mesin tekanan darah, mesin pengesan denyutan jantung dan sebagainya disalurkan menerusi komputer sebelum suatu analisis tahap kesihatan dibuat oleh doktor berkenaan di kliniknya.

Pada kebiasaannya, kes sebegini berlaku di kawasan pendalaman yang menyukarkan perjalanan doktor ke kawasan itu ataupun penyakit-penyakit tertentu yang memerlukan kepakaran doktor dari klinik atau hospital yang terletak jauh daripada tempat tinggal pesakit.

Seksyen 2 di dalam akta ini mendefinisikan teleperubatan sebagai suatu amalan perubatan menggunakan audio, visual dan komunikasi data. Akta ini membolehkan para pengamal perubatan berlesen di Malaysia dan mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia memberikan rundingan perubatan secara jarak jauh kepada para pesakit. Kemudahan ini menjadikan Malaysia sebagai negara ASEAN yang pertama memperkenalkan kemudahan teleperubatan menerusi sidang video, rekod kesihatan dan perundingan langsung dengan pesakit (Zulkifli, 1998).

Keberkesanan teknologi perubatan siber ini telah pun diuji semasa berlangsungnya Temasya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur. Menurut Pakar Perubatan Kecemasan Fizikal di Hospital Kuala Lumpur, suatu hubungan teleperubatan daripada Hospital Kuala Lumpur dan Pantai Medical Centre disalurkan kepada beberapa buah pusat kesihatan yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti Massachussets General Hospital, John Hopkins Hospital dan London Clinic.

Para pakar kesihatan fizikal di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perkampungan Perubatan di Bukit Jalil boleh menghantar dokumen-dokumen perubatan seperti X-ray dan ECG secara elektronik dan membolehkan suatu interaksi bersemuka dilakukan di antara pakar perubatan fizikal dari luar negara dengan pesakit yang berada di Kuala Lumpur. (Sangal, 1999)

Walau bagaimanapun Seksyen 3 di dalam akta ini menyebut bahawa tidak ada seseorang pun yang boleh membekalkan perkhidmatan teleperubatan ini dengan syarat;

a. memiliki sijil perubatan yang sah dan mendaftar sebagai pengamal perubatan yang dibenarkan;

b. bagi pengamal perubatan yang mendaftar atau memiliki lesen di luar Malaysia haruslah;

(i) memiliki sijil amalan teleperubatan yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia;

(ii) mengamalkan teleperubatan di luar Malaysia menerusi pendaftaran amalan perubatan yang sah dengan memiliki sijil amalan perubatan yang dibenarkan

Seksyen yang sama juga memperuntukkan penalti yang dikenakan kepada pengamal teleperubatan yang didapati melanggari syarat-syarat tersebut, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM500,000 (lima ratus ribu ringgit) atau penjara tidak melebihi lima tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Akta Cakera Optik 2000

Akta Cakera Optik ini dikuatkuasakan pada 15 September 2000 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Ia boleh dianggap sebagai salah satu daripada rangkaian undang-undang siber yang dilaksanakan di negara ini. Ia merangkumi takrifan teknologi yang media yang luas yang melibatkan isu hakcipta dan pemilikan hak milik intelektual ke atas perekaan dan penggunaan bentuk-bentuk media tersebut. Skop akta ini meliputi pengawalan di peringkat sumber teknologi media, peniruan program komputer, filem, muzik atau permainan video yang dianggap memiliki peruntukan hak cipta sama ada dari segi program, aplikasi program, perekaan kandungan dan sebagainya.

Pelaksanaan akta ini dapat dilihat sebagai usaha kerajaan untuk membasmi gejala cetak rompak yang melibatkan peniruan perisian atau program komputer dan sistem peniruan terhadap penyalinan karya muzik, sama ada di dalam bentuk video, kaset, CD-ROM, DVD, ataupun terdapat kes penyalinan dan pemindahan data-data berkenaan ke dalam komputer, Internet ataupun sistem rangkaian maklumat tanpa mendapat keizinan hakcipta daripada karyawan asal.

Ia dikatakan sebagai satu usaha yang progresif dalam membendung masalah yang berkaitan dengan isu hakcipta dan hak milik intelektual karyawan ke atas karya-karya mereka yang diterbit atau dipindahkan ke dalam bentuk teknologi optik atau pengkomputeran di negara ini.

Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2000

Rang undang-undang ini diperkenalkan pada bulan September 2000 dan diwujudkan selepas penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia. Ia dikatakan bakal menjadi pendokong kepada kesempurnaan akta-akta siber yang lain. Ini adalah kerana ia menyediakan suatu peruntukan perundangan yang khusus berkaitan dengan kesempurnaan pemeliharaan peribadi data seseorang pengguna. Perundangan yang terkandung di dalam rang undang-undang ini juga dapat mengelakkan perbuatan pencerobohan, peniruan atau penyalinan data tanpa kebenaran yang dilakukan oleh seseorang individu atau organisasi secara manual mahupun elektronik.

Tujuan digubal akta sedemikian ialah untuk mewujudkan suatu bentuk perundangan yang berhubung dengan pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data peribadi oleh individu atau organisasi dengan membekalkan perlindungan terhadap data peribadi individu dan mengawalselia peribadi maklumat individu tersebut. Ia juga menyediakan suatu garis panduan penyelenggaraan dan pemeliharaan data peribadi oleh individu atau organisasi.

Rang undang-undang ini mengandungi 116 seksyen beserta dua jadual. Pendekatan utama yang diberi penekanan di dalam rang undang-undang ini ialah mengenai kesempurnaan pengendalian peribadi data individu. Sekyen pertama di dalam rang undang-undang ini dengan jelas menyenaraikan sembilan prinsip perlindungan data. Ia termasuklah;

a) bentuk pengumpulan data peribadi

b) tujuan pengumpulan data peribadi

c) penggunaan data peribadi

d) pendedahan data peribadi

e) ketepatan data peribadi

f) tempoh masa penyimpanan data

g) akses dan pembetulan yang dibuat ke atas data

h) keselamatan dan peribadi data peribadi

i) maklumat data yang diperolehi secara umum

Seperti Akta 588, rang undang-undang ini juga memperuntukkan suatu klausa yang mewujudkan penubuhan sebuah suruhanjaya bagi mengurus dan mengawalselia penguatkuasaan dan pembangunan akta ini nanti. Fungsi lain bagi suruhanjaya tersebut ialah untuk membentuk kod-kod amalan pemeliharaan peribadi data yang disyorkan oleh sebuah Forum pengguna yang dilantik.

Di samping itu juga, suatu Tribunal Rayuan akan diwujudkan bersama dengan suruhanjaya berkenaan sebagai usaha untuk merangsang ketelusan di dalam mengimbangi keputusan-keputusan pentadbiran. Ia juga bertujuan untuk mempercepat dan mengurangkan kos rayuan yang berhubung dengan keputusan-keputusan kes yang dibuat oleh suruhanjaya.

Bagi kesalahan kerana mencerobohi atau menyalahgunakan peribadi data peribadi ini, kompaun atau denda bernilai RM50,000 hingga RM250,000 boleh dikenakan kepada individu atau organisasi yang didapati melanggar peruntukan perundangan di dalam akta itu nanti. Akta ini juga dikatakan bersifat pelindung kepada pemeliharaan hak peribadi data individu atau organisasi sekiranya perkara-perkara berikut dipatuhi;

a) Akta ini digunapakai ke atas data peribadi yang bersifat automasi atau bukan automasi (manual);

b) Pengguna data perlu mengikut format amalan penggunaan data yang sedia ada.

Rang undang-undang ini boleh disifatkan sebagai suatu kelengkapan bagi mencapai kesempurnaan pengurusan data dan diharapkan dapat menyelesaikan masalah penyelewengan atau penyalahgunaan data peribadi di dalam era digital pada hari ini.

6.Pemahaman Mengenai Istilah Multimedia

Istilah multimedia berasal daripada bahasa Inggeris yang merujuk kepada suatu gabungan teknologi audio, visual dengan sistem teknologi maklumat. Teknologi multimedia ini dikatakan wujud apabila sistem teknologi maklumat yang berdasarkan kepada sistem pemperosesan data berkembang di Amerika Syarikat dan Eropah (Awanglah, 2000). Multimedia boleh disifatkan sebagai suatu sistem penghantar maklumat yang komprehensif, imaginatif dan realible kerana ia memaparkan data-data menerusi suatu sistem gambaran atau persembahan yang dapat menimbulkan kesan kepada audien.

Terdapat beberapa pengertian atau pemahaman terhadap teknologi seperti ini. Jeniffer Thomas (1999) membahagikan istilah multimedia ini kepada dua, iaitu MULTIple dan Media. Beliau menyifatkan bahawa multimedia ini dibina daripada suatu prinsip yang mudah, tetapi diperkembang dan dipertingkatkan keupayaannya melewati dunia videoteks, animasi, imej 3- dimensi, grafik dan bunyi. Secara umumnya, peranan multimedia, menurut beliau;

to define the process of bolting all these wonderful things together within the confines of a computer. Never underestimate the power of the spoken word or a musical clip to add an element of realism or professionalism to a multimedia application.

Istilah multimedia sebagai suatu bentuk gabungan teknologi ini mula digunakan pada tahun 1960an (Mashkuri dll., 1999) apabila suatu bentuk visual slaid dipersembahkan bersama pita audio untuk mendapatkan impak atau kesan penayangan yang interaktif. Pada tahun 1978 pula cakera-video Laservision yang diusahakan oleh syarikat Philips adalah merupakan suatu penjelmaan kepada perkembangan teknologi CD-ROM dan Video CD di rantau Asia dan kemudiannya diikuti oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Penggabungan teknologi interaktif ini pula diaplikasikan ke adalam sistem teknologi maklumat dan pengkomputeran bagi membolehkan suatu persembahan gabungan teknologi secara interaktif dapat diusahakan lebih komprehensif serta memenuhi pengisian keperluan teknologi maklumat semasa.

Secara umumnya, multimedia merupakan suatu konsep penggabungan media secara interaktif yang boleh menyokong sistem pembekalan maklumat data, pemindahan dan pencantuman data bagi membolehkan suatu persembahan maklumat dibuat dengan sistematik dan berkesan. Konsep ini diperjelaskan oleh Mashkuri sebagai;

Sistem multimedia dicirikan sebagai dikawal-komputer, penghasilan bersepadu, pengolahan, persembahan, pensetoran dan komunikasi bagi maklumat bebas yang dikodkan sekurang-kurangnya menerusi perantara selanjar (bersandar pada masa) dan diskrit (tiada persandaran masa)

Konsep tersebut membawa kepada empat pendekatan asas kepada suatu sistem multimedia yang dibentuk. Ia meliputi;

a) pendekatan format perisian multimedia secara digital yang bersesuaian dengan

sistem komputer;

b) penghasilan data secara berasingan sebelum ia digabungkan di dalam suatu format

yang teratur dan sempurna;

c) data-data disetorkan sebelum diagihkan ke dalam format yang bersepadu mengikut tempoh masa yang diperlukan; dan

d) persembahan data adalah berbentuk interaktif selepas sesuatu data dikumpulkan dan diolah mengikut keperluan perisian teknologi maklumat semasa.

Mohd. Jamil Sulaiman (1999) pula membahagikan multimedia kepada dua peringkat, iaitu peringkat asas yang meliputi persembahan teks dan gambar statik dan peringkat lanjutan yang merangkumi data interaktif seperti video, animasi, imej, bunyi dan teks. Beliau berpandangan bahawa teknologi ini boleh memperkayakan ilmu pengetahuan dan pengalaman minda pengguna kepada suatu corak pembelajaran yang dinamik.

Haniram Jayaram (1991) pula mengaitkan bentuk teknologi komunikasi ini dengan proses penggabungan data di dalam media-media yang wujud secara berasingan. Beliau menjelaskan bahawa;

Multimedia is a form of media which incorporates information on differing genres and expresses them in binary form, a digital code using 0s and 1s. Information which once handled separately in various form eg. as literacy, artistic, musical works through books, paintings and records, may be presented and accessed in an integrated manner.

Beliau menyifatkan bahawa data-data daripada media berasingan ini akan mewujudkan suatu kombinasi penyempurnaan data yang dapat dipersembahkan ke dalam suatu medium yang interaktif dan fleksibel.

Universiti Multimedia Malaysia (MMU) pula merujuk definisi teknologi multimedia ini dalam suatu konsep pengembangan fungsi atau peranan teknologi itu sendiri. Multimedia dikatakan dapat menjelmakan beberapa bentuk perusahaan teknologi yang berkaitan seperti sistem telekomunikasi, teknologi maklumat, pembangunan perisian, penghasilan kandungan maklumat dan pengurusan perniagaan. Menurutnya;

The word Multimedia will encapsulate the entire spectrum of multimedia, that is, from the infrastructure to the application and management of multimedia. At one end of the spectrum is the enabler of multimedia technology that will cover telecommunication and network and at the other end is the application and management of content.

Khaw (2000) mengaitkan bahawa proses penggabungan teknologi media pada hari ini adalah berasaskan kepada pembangunan sistem multimedia yang berkembang pesat dan mempengaruhi persekitaran media secara keseluruhannya. Menurut beliau, impian Kerajaan Malaysia untuk menjayakan konsep MSC adalah merupakan suatu usaha berterusan Kerajaan membangunkan teknologi multimedia di rantau ini secara besar-besaran, bersepadu dan sistematik.

Pemahaman mengenai konsep sistem pembangunan multimedia ini adalah penting kerana ia mendirikan suatu sistem penggabungan industri media yang berhasil menciptakan bidang-bidang industri atau perniagaan media yang baru. Leo Moggie (1999) menyifatkan bahawa pendekatan sistem penggabungan media menerusi saluran multimedia yang bersepadu ini boleh mengembangkan peranan sesebuah industri tempatan dalam menghasilkan produk perkhidmatan yang mengikut piawaian antarabangsa. Tambah beliau;

The convergence business model covers a global market place between phsically anonymous buyers and sellers, dealing with scores of weightless and invisible products that are exchanged with non-tangible currency.

Satu aspek yang agak penting terkandung di dalam sesuatu sistem multimedia ialah kandungan maklumat. Ia dikatakan memberi kesan terhadap corak persembahan multimedia, pengisiannya dan juga penerimaannya di kalangan masyarakat. Kandungan maklumat ini mencerminkan bagaimana teknologi ini dapat digunakan dengan sempurna kepada audien dan memberikan suatu gambaran menyeluruh mengenai motif persembahan sesuatu multimedia yang dipertontonkan. Thomas J. Sumedinghoff (1994) menjelaskan pengisian kandungan maklumat di dalam sistem multimedia:

The content for the multimedia product is typically created, copied, and adapted via a variety of software tools, sewed together using a software product known as an authoring tool, presented to the user via a user interface, and navigated by the user through the use of a software search engine or other software tool.

Menurut beliau, kandungan maklumat yang dipilih, akan diedit, diperkembangkan dan diadaptasikan kepada perisian tertentu yang direka bagi tujuan tersebut. Pemilihan terhadap kandungan maklumat ini perlu berasaskan kepada ketepatan maklumat, relevan maklumat kepada topik dan bagaimana maklumat tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk audio, visual atau grafik yang mudah difahami oleh audien.

Secara keseluruhannya, teknologi multimedia ini menyediakan suatu platform rangkaian fungsi mengikut bidang yang diperlukan untuk mengisi objektif sistem jalinan lebuh raya maklumat. (Information Super Highway). Bidang-bidang yang dibangunkan menerusi perkembangan teknologi multimedia tersebut ialah perundangan siber, pengurusan perniagaan, sistem pemasaran digital, pembangunan kandungan dan pendidikan, pembangunan perisian dan kemajuan di dalam industri telekomunikasi.

Platform rangkaian ini diperlukan bagi memenuhi konsep persekitaran global yang banyak menggunakan teknologi maklumat sebagai penghantar utama proses komunikasi.

5.Aspek Perundangan Dalam MultimediaSistem multimedia merupakan suatu kesan inovatif terhadap teknologi maklumat dan media yang mengandungi kandungan maklumat tertentu. Pemindahan sesuatu data maklumat ke dalam suatu sistem penyatuan data yang meliputi penggabungan aplikasi data yang lain ini, mengandungi berbagai persoalan perundangan yang berkaitan dengannya.

Thomas (1994) telah mengenalpasti empat komponen teknikal yang mendirikan suatu pengertian kepada sistem multimedia ini, mengikut perspektif perundangan. Ia termasuklah penggabungan perisian dan kandungan dari pelbagai format, kandungan berasaskan bentuk digital, data yang disimpan dan dipindahkan melalui teknologi komputer dan ia digunakan secara interaktif serta bersifat bukan linear.

Pertama, proses penggabungan perisian kandungan di dalam sistem multimedia, menurut beliau memerlukan suatu regulasi tersendiri yang meliputi prosedur kerja, pengambilan dan pemindahan data. Persoalan yang ditimbulkan di sepanjang proses ini ialah dari segi pemilikan hak intelektual dan hakcipta. Perolehan, pengumpulan dan pemindahan data dari suatu sumber melibatkan pihak pemegang hakcipta dan pengguna maklumat tersebut. Di dalam hal ini, beberapa aspek perundangan diperlukan pada tahap ini.

Kedua, produk multimedia itu sendiri terdiri daripada format digital. Pendigitalisasian maklumat daripada kandungan asal yang berasingan kepada kod-kod maklumat berbentuk data yang kemudiannya disalin, dimanipulasi, dicantum, diadaptasi dan disedarkan kepada suatu format digital, juga memerlukan suatu rangka struktur prosedur yang jelas. Ia banyak melibatkan soal pemilikan hakcipta intektual yang boleh diselesaikan menerusi regulasi tertentu.

Ketiga, pemindahan data gabungan di dalam sistem multimedia kepada bentuk CD-ROM ataupun Sistem Pengkalan Data (Data Networking System) adalah diperlukan untuk menyimpan data-data tersebut bagi suatu tempoh masa yang tertentu. Data-data dari sistem multimedia juga boleh dipindahkan kepada media lain seperti sistem telefon WAP, televisyen kabel, satelit dan sebagainya. Urusan pemindahan dan penyimpanan data-data sebegini memerlukan suatu kaedah atau proses yang perlu dipatuhi dan juga tertakluk kepada peraturan atau undang-undang tertentu.

Keempat, penggabungan data di dalam sistem multimedia ini mengandungi kerja-kerja teknikal yang mewujudkan suatu persekitaran maklumat yang bersifat interaktif. Sistem multimedia juga, menurut Thomas, adalah anjal, fleksibel dan bukan linear.

Ia bermakna bahawa seseorang pengguna tidak perlu mengikut peraturan akses tertentu di dalam sistem multimedia bagi mendapatkan maklumat yang dikehendakinya. Ia memadai dengan menekan butang pada kategori laluan maklumat yang tersenarai pada papan buletin atau monitor. Kemudahan ini juga merangkumi beberapa penggabungan aspek teknikal di dalam suatu sistem maklumat bersepadu.

Thomas beranggapan bahawa sifat keanjalan yang terdapat di dalam sistem multimedia ini mendorong kepada beberapa persoalan perundangan, seperti aspek pelesenan, pemilikan teknologi dan sebagainya dapat diselesaikan dengan sempurna.

Jika ditinjau dari perspektif perundangan, terdapat beberapa jenis undang-undang yang dikatakan meliputi kandungan multimedia yang dibincangkan di atas. Kebanyakan daripada undang-undang berikut telah pun dilaksanakan di Malaysia. Namun begitu, penekanan terhadap beberapa aspek yang berhubung dengan teknikal dalam teknologi multimedia masih memerlukan pengisian perundangan yang secukupnya bagi membolehkan sesuatu undang-undang itu bersifat relevan terhadap perubahan teknologi semasa.

Khaw (2000) telah menggariskan beberapa penekanan terhadap aspek perundangan yang perlu diambilkira dalam melaksanakan sistem multimedia di negara ini seperti aspek hakcipta bahan, pemilikan hakcipta kandungan intelektual, trademark dan paten produk. Undang-undang yang dimaksudkan adalah seperti berikut;

a)Undang-undang Hakcipta.

Undang-undang jenis ini, menurut Thomas (1994) merupakan asas kepada perkembangan pengisian teknologi dalam sistem multimedia. Suatu sistem multimedia memerlukan banyak penekanan peraturan terhadap proses kerja pindahan, penyalinan dan pemilikan intelektual terhadap sesuatu karya yang dijadikan input di dalam suatu sistem multimedia yang dibangunkan.

Melainkan sesuatu kandungan maklumat itu dicipta khusus bagi tujuan tersebut, kebanyakan kandungan maklumat di dalam sistem multimedia adalah berasaskan kepada kerja-kerja pindaan atau penyalinan daripada suatu sumber utama atau sumber asal.

Malaysia telah pun menerajui pembangunan perundangan hakciptanya apabila Akta Hakcipta 1987 yang asal dipinda pada tahun 1997, sebagai suatu persediaan menghadapi teknologi siber. Pindaan kepada akta tersebut meliputi soal pemilikan hakcipta menerusi peralatan siber seperti sistem digital dan seumpamanya yang tidak diperjelaskan di dalam peruntukan peraturan di bawah akta yang asal.

b) Undang-undang Penjenamaan Produk

Aspek penjenamaan (trademark) produk yang diberi penekanan di dalam sistem multimedia ialah personaliti, simbol atau jenama produk yang digunakan bagi tujuan pengisian kandungan multimedia. Perwatakan simbol kartun Walt Disney seperti Mickey Mouse, Donald Duck ataupun watak kartun tempatan seperti kartun Lat atau Ujang, misalnya perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemegang lesen jenama produk berkenaan. Perundingan dari segi bayaran honorium atau royalti dibuat di antara pengguna jenama produk berkenaan dengan pemegang lesen asal jenama produk.

Malaysia belum memiliki undang-undang penjenamaan produk yang khusus, tetapi ia tertakluk di bawah beberapa akta lain seperti Akta Perdagangan dan Akta Hakcipta 1987. Sementara itu pula, Akta Perlindungan Pengguna, secara tidak langsung juga ada membekalkan peruntukan perundangan berhubung dengan pemeliharaan pengeluaran barangan di kalangan peniaga.

c)Undang-undang Anti-Persaingan

Undang-undang jenis ini meliputi hal-hal yang berkaitan dengan ketidakadilan dalam sesuatu persekitaran persaingan produk. Ia dikatakan berpunca daripada sikap pengeluar produk multimedia yang tidak mendapatkan kelulusan menggunakan sesuatu bahan kandungan dari sumber asal dan kemudiannya mengedarkan bahan tersebut di pasaran. Gejala penciplakan, penyalinan haram atau cetak-rompak merupakan contoh kegiatan pengeluaran yang disabitkan sebagai suatu kesalahan di dalam undang-undang sebegini.

Di Malaysia, kegiatan-kegiatan bersifat anti-persaingan tersebut dikategorikan di bawah kumpulan peraturan di dalam Akta Hakcipta 1987, Pindaan Akta Hakcipta 1997, Akta Perdagangan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

d)Undang-undang Perdagangan

Sistem multimedia juga tertakluk kepada peraturan-peraturan perdagangan yang mengawal pengedaran kandungan dan pembangunan teknologinya supaya terpelihara dan tidak dimanipulasikan oleh pihak yang semata-mata mahu mengaut keuntungan daripada pembangunan teknologi produk multimedia tersebut.

Di antara aspek yang diberi penekanan di dalam undang-undang perdagangan sebegini ialah seperti operasi pengeluaran dan pemasaran produk multimedia, pembangunan fizikal produk serta pengisian teknologi produk berkenaan. Ia merujuk kepada elemen-elemen penting yang terkandung di sebalik pembangunan teknologi produk multimedia yang menyokong perisian atau peralatan dalam sesebuah sistem multimedia yang dibangunkan.

Seseorang pengeluar produk multimedia perlu mendapatkan hak untuk melindungi pembangunan teknologi di sebalik sistem multimedia yang dibentuknya. Ini membolehkannya memelihara kesempurnaan teknologi supaya tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Pemasaran produk multimedia ini juga memerlukan suatu bentuk perundangan yang memelihara kepentingan perdagangan dan pengedaran produk berkenaan, sekiranya ia dipasarkan secara terbuka di pasaran. Ini membolehkan pengeluar produk tersebut mengawal kadar pengedaran dan penjualan produk supaya ia dikatakan seimbang dengan kos pengeluaran produk berkenaan. Misalnya, Microsoft Corp. memiliki hak untuk memelihara kepentingan pemasaran produknya bagi mengelakkan produknya dicetak rompak.

Di Malaysia, pengeluaran dan pemasaran produk tertakluk kepada Akta Perdagangan yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

e) Undang-undang Hasutan

Perkara-perkara yang berhubung dengan kepentingan individu, kumpulan atau organisasi yang meliputi nama, suara, imej, atau kandungan maklumat yang dikatakan boleh menjejaskan kepentingan kumpulan tersebut ataupun keselamatan negara, adalah tertakluk di bawah undang-undang sebegini. Sebarang kenyataan atau gambaran yang dimanipulasi atau disalahgunakan oleh seseorang individu atau organisasi dalam proses pengeluaran sistem atau produk multimedia ini boleh disabitkan sebagai suatu kesalahan dari kategori ini. Ia adalah suatu keperluan untuk memelihara reputasi, kedudukan dan kepentingan sesuatu pihak berikutan berkembangnya industri multimedia dari semasa ke semasa.

Di Malaysia, kesalahan-kesalahan sedemikian terkandung di dalam Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1997.

f) Undang-undang Paten

Sesuatu produk sistem multimedia yang dibangunkan oleh individu atau organisasi tertentu boleh didaftarkan untuk memperolehi paten bagi produk berkenaan atau teknologi yang dibangunkan itu. Pemilikan paten bagi sesebuah produk multimedia ini penting untuk memastikan produk atau sistem yang dibangunkan itu tidak ditiru oleh pihak lain dengan sewenang-wenangnya. Ia juga dikatakan bertujuan untuk memelihara imej produk yang dibangunkan.

Malaysia masih belum mempunyai undang-undang paten yang memberi pengkhususan terhadap pembangunan teknologi maklumat seperti sistem multimedia ini. Namun begitu, sesuatu produk perdagangan yang dibangunkan di dalam negara ini adalah tertakluk kepada Undang-undang Hakcipta dan Undang-undang Perdagangan yang memberi ruang kepada peraturan-peraturan perundangan mengenai pembangunan dan pemilikan hak paten sesuatu produk yang dihasilkan.

g) Undang-undang Perlindungan Peribadi

Di dalam proses penghasilan suatu produk multimedia, beberapa perkara penting perlu diambilkira oleh seseorang penerbit, seperti pemeliharaan hak peribadi kandungan maklumat atau individu dan apa sahaja yang berkaitan dengan kesempurnaan maklumat. Penerbit produk multimedia perlu menghormati hak peribadi individu tatkala menggunakan sesuatu kandungan maklumat seperti audio, bunyian, visual, fotografi, petikan ucapan, kenyataan, perbualan atau apa sahaja yang boleh disifatkan sebagai suatu pemilikan peribadi individu, organisasi atau kumpulan tertentu.

Pencerobohan terhadap hak peribadi tersebut, sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja, boleh disabitkan menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang peribadi. Contohnya, seorang penerbit multimedia menggunakan fotografi seorang individu untuk memberi suatu perumpamaan telah melakukan suatu perbuatan jenayah atau seumpamanya. Penerbit tersebut boleh didakwa kerana telah menyebabkan imej individu berkenaan tercemar dan mendatangkan kecelakaan kepadanya.

Di Malaysia, belum ada undang-undang peribadi yang dikuatkuasakan. Satu Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (2000) yang digubal dan dipamerkan kepada umum untuk diteliti, berkuatkuasa daripada 1 September 2000, boleh dianggap sebagai suatu lagi cabang kumpulan perundangan siber baru yang diperkenalkan di negara ini. Rang undang-undang tersebut secara keseluruhannya mengandungi peruntukan-peruntukan perundangan yang melindungi hak intelektual pemilik ke atas data dan pengaliran data secara elektronik ataupun secara siber.

Suatu kenyataan rasmi daripada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyebut bahawa kewujudan bentuk perundangan tersebut membolehkan kedudukan industri telekomunikasi dan multimedia di negara ini akan dapat dipelihara, berikutan masalah pencerobohan data peribadi atau penciplakan data menerusi sistem teknologi maklumat semakin membimbangkan para pengusaha industri berkenaan dalam era globalisasi hari ini. Namun begitu, sebarang kesalahan lain yang seumpamanya boleh disabitkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Ordinan Fitnah 1957.

6.Perkembangan Teknologi Internet Di Malaysia

Teknologi Internet mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1996. Sehingga pertengahan tahun 2000, terdapat tiga pembekal perkhidmatan Internet yang beroperasi walaupun enam lesen ISP telah pun dikeluarkan sebelum ini. Pembekal-pembekal perkhidmatan Internet sedia ada adalah seperti TMNet, MaxisNet, dan Time Telecom.

Bilangan pelanggan Internet pula meningkat daripada 68,000 pada tahun 1996; 205,000 tahun 1997; 405,000 tahun 1998; 700, 000 tahun 1999 dan dianggarkan sebanyak satu juta pada tahun 2000. Jumlah ini dijangka akan berlipat ganda apabila lebih banyak rangkaian komputer dipasang di dalam kawasan kediaman, perniagaan ataupun sekolah dan institusi pengajian tinggi tempatan. Sehingga kini, terdapat 2.2 juta komputer yang digunakan oleh penduduk Malaysia (Mazni Buyong, 2000).

Mengikut kenyataan daripada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (1999), sektor pengendalian talian Internet ini mengalami satu pertumbuhan yang mengkagumkan, iaitu 468% pada tahun 1996, 338% pada tahun berikutnya dan 182% pada tahun 1998. Adalah dianggarkan pertumbuhan sebanyak 200% pada tahun 2000 kerana pengendalian operasi perkhidmatan Internet bertambah apabila semua pemegang lesen ISP telah pun memulakan operasi perkhidmatan mereka.

Perkembangan teknologi maklumat yang pantas di negara ini menyebabkan suatu penyelarasan terhadap bentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh bidang-bidang telekomunikasi dan komunikasi perlu mencapai standard yang boleh digunapakai di peringkat domestik mahupun di peringkat antarabangsa. Oleh sebab itu, beberapa perubahan atau peralihan dalam pendekatan perundangan siber di negara ini adalah diperlukan bagi memastikan bahawa teknologi-teknologi sebegini boleh diadaptasikan dalam konteks kehidupan dan amalan komunikasi di Malaysia.

Bidang telekomunikasi di negara ini sebelum tahun 1998 didokong dan diselia di bawah Akta Telekomunikasi 1950, sehinggalah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dikuatkuasakan dengan memansuhkan akta lama itu. Pemansuhan ke atas Akta Telekomunikasi 1950, menurut Leo Moggie merupakan suatu tindakan yang wajar. Ini adalah disebabkan oleh penekanan di dalam dasar kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak persaingan di dalam industri telekomunikasi tersebut.

Pada amnya, Akta Telekomunikasi 1950 yang menjadi input kepada Dasar Telekomunikasi Negara hanya mengetengahkan aspek teknikal berhubung dengan pelesenan perkhidmatan telekomunikasi, bentuk-bentuk kandungan telekomunikasi yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan pengawalan daripada perbuatan penyalahgunaan perkhidmatan telekomunikasi seperti mencuri talian, kabel dan sebagainya.

Peruntukan terhadap perundangan di dalam Akta Telekomunikasi 1950 ini tidak mengambil kira soal-soal impak, teknologi semasa dan dikhuatiri akan menjejaskan kemajuan bidang telekomunikasi di negara ini sekiranya ia masih terus diamalkan.

Menurut Dr. Syed Hussein, peningkatan terhadap kemajuan bidang telekomunikasi dan penyiaran di negara ini memerlukan suatu pendekatan perundangan yang fleksibel supaya pengisian terhadap pembinaan teknologi di dalam bidang-bidang berkenaan tidak ditangani secara kompleks ataupun membebankan pihak pembekal perkhidmatan rangkaian.

Akta Penyiaran 1988 juga terlibat di dalam proses pemansuhan dan peralihan perundangan di negara ini. Akta tersebut meliputi perkara-perkara perundangan seperti pengenaan lesen kepada para pengguna atau pembekal perkhidmatan dan agak keliru kerana peruntukan perundangan yang dikenakan di bawah akta ini hanyalah terhad kepada monitor televisyen dan tidak menyentuh mengenai monitor komputer. Ia juga tidak menyentuh mengenai hal perundangan terhadap perkhidmatan rangkaian TV kabel dan satelit secara khusus.

Oleh yang demikian, pemansuhan akta ini juga mendorong para pembekal rangkaian perkhidmatan TV di negara ini mengembang dan meningkatkan mutu teknologi penyiaran sebagai suatu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Pengembangan Teknologi di rantau ini.

Pendekatan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Akta Komunikasi dan Multimedia merupakan suatu bentuk perundangan yang meliputi perihal pencantuman media telekomunikasi, penyiaran dan multimedia. Ia dirangka sejak tahun 1996 selepas Telecommunication Act di Amerika Syarikat diluluskan oleh Clinton. Rang undang-undang akta ini dibentangkan di Parlimen pada bulan Julai 1997, diwarta dan dikuatkuasakan pada tahun berikutnya.

Ketiga-tiga media komunikasi yang terangkum di dalam akta ini dipilih untuk digabungkan di dalam suatu perundangan siber adalah kerana media-media tersebut dianggap sebagai suatu penghantar medium komunikasi yang penting, berdaya maju dan membangun seiring dengan perkembangan teknologi siber dari semasa ke semasa (Lee Moggie, 1997).

Menurut beliau bidang multimedia boleh disifatkan sebagai asas dan pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara. Oleh yang demikian, suatu penyusunan semula struktur dan instrumen dasar, institusi kawal selia, perundangan dan pembangunan industri adalah diperlukan bagi memenuhi kriteria negara maju.

Justeru itu, pelaksanaan perundangan yang dapat merangkumi ketiga-tiga medium tersebut boleh dianggap sebagai suatu kejayaan yang besar kepada Malaysia. Ini adalah kerana tidak satu pun di kalangan negara-negara di dunia berjaya memperkenalkan bentuk perundangan sebegini sehinggalah apabila akta ini dikuatkuasakan.

Bagi kebanyakan negara, pelaksanaan akta ini boleh disifatkan sebagai suatu persediaan awal untuk menghadapi era globalisasi siber yang menjangkaui sempadan ekonomi negara. Akta ini dijangka memenuhi keperluan tersebut dengan membekalkan suatu regulasi khusus terhadap pembangunan teknologi siber yang diperkembangakan di negara ini. Ia merupakan suatu eleman asas kepada pelaksanaan Dasar Komunikasi Negara yang sedang dirangka untuk dilaksanakan (Leo Moggie, 1999).

Secara proaktifnya, penguatkuasaan akta ini dianggap sebagai suatu jalan penyelesaian bagi Malaysia untuk menghadapi persaingan dalam pembangunan teknologi pengkomputeran di kalangan negara-negara jirannya seperti Singapura, Thailand, Jepun dan Korea. Dengan mengambil langkah awal ini, kerajaan berharap dapat memajukan industri pengkomputeran digital negara secara menyeluruh dan komprehensif serta memikat pelaburan asing di dalam bidang IT ke Malaysia. Projek MSC yang membekalkan kemudahan perniagaan, teknologi dan industri kepada para pelabur IT boleh dijadikan suatu platform asas kepada pengisian konsep pembangunan teknologi siber yang dipergiatkan di negara ini.

Namun begitu, penekanan terhadap persekitaran teknologi pengkomputeran siber yang pantas di negara ini boleh menyebabkan masyarakat Malaysia menghadapi dilema dalam membuat penyesuaian terhadap persekitaran yang dianggap asing dan masih terlalu awal di negara ini. Masyarakat menghadapi kesukaran untuk meningkatkan pengetahuan mereka pada tahap yang lebih tinggi dan dinamik di dalam bidang pengkomputeran ini. Masalah ini lebih cenderung dihadapi oleh golongan masyarakat luar bandar yang tidak terdedah kepada bentuk teknologi IT ini.

Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu mengambil langkah yang drastik untuk mengurangkan jurang perbezaan dalam literasi komputer di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar di negara ini. Leo Moggie, semasa membentangkan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia pada tahun 1996 memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi penekanan kepada aspek-aspek kecekapan pengurusan sumber ekonomi, kepentingan pengguna, penggalakkan nilai dan budaya negara serta perkara teknikal mengenai instrastruktur sistem teknologi yang dapat meningkatkan kecekapan industri, meningkatkan persaingan yang sihat dan menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi bersilang.

Penjelasan tersebut memberikan suatu harapan baru kepada pertumbuhan ekonomi negara berasaskan kepada sistem teknologi maklumat dan K-Economy yang dipadankan dengan persekitaran dunia global masa kini. Penekanan berimbang terhadap pembangunan teknologi akan dapat membantu negara untuk mencapai Wawasan 2020.

Latar Belakang Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588)

Perkembangan teknologi telekomunikasi, komunikasi dan multimedia yang pesat di negara ini telah menimbulkan suatu fenomena baru yang menjangkaui aliran pembekalan dan penerimaan maklumat yang pantas, sistematik dan canggih. Fenomena ini telah lama wujud di negara-negara maju dan sedang berkembang di Negara-negara Dunia Ketiga. Fenomena yang dimaksudkan itu ialah Penaklukan Maklumat.

Ia terjadi apabila syarikat-syarikat yang terlibat di dalam industri berkenaan menyambungkan usaha dagang mereka dan memperluaskan saiz pasarannya menerusi pengambilalihan oleh syarikat besar, penokokan nilai pelaburan dalam sektor-sektor tertentu, ataupun menerusi penggabungan syarikat-syarikat kecil menjadi beberapa buah syarikat gergasi yang bertindak memonopoli kegiatan-kegiatan sesuatu sektor.

Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) ini dirancang untuk diwujudkan di Malaysia sebagai suatu usaha untuk menyelaras, mengawalselia, dan mengimbangi kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi yang semakin hebat dengan penguatkuasaan peraturan-peraturan berkaitan yang sedia ada di nagara ini. Akta ini digubal dengan mengambil kira beberapa faktor pembangunan dan peningkatan usaha dalam sektor-sektor telekomunikasi, komunikasi dan multimedia seperti berikut;

Perancangan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai pusat tampungan kegiatan syarikat-syarikat IT yang beroperasi di Malaysia memerlukan suatu regulasi yang mantap dan berkeupayaan memantau pengaliran maklumat dan perkhidmatan. Ia juga diperlukan untuk menggalakkan peningkatan mutu pengeluaran IT dan memperkembangkan skop pelaburan IT di negara ini;

Suatu undang-undang yang pragmatik, tersusun dan menepati zaman adalah diperlukan bagi menggantikan beberapa undang-undang sebelumnya. Ini adalah kerana banyak peraturan yang terkandung di dalam akta-akta berkaitan sebelum ini kurang menekankan kepada aspek teknikal seperti pelaksanaan sistem pelesenan yang mudah dan cekap, konsep pemberian dan penerimaan perkhidmatan, penggabungan urusniaga, pemeliharaan kepentingan pengguna dan masyarakat.

Akta 588 yang digubal ini meliputi beberapa perkara teknikal baru yang menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan bidang teknologi maklumat dan komunikasi negara.

Peningkatan kegiatan di dalam sektor IT dan komunikasi telah memberi kesan langsung kepada pengguna dan masyarakat, terutamanya dari segi perubahan sikap, cara kerja, pemikiran dan kebebasan memperolehi maklumat. Perubahan sosial yang bersifat radikal ini telah mendorong masyarakat untuk memperolehi sebanyak maklumat dari rangkaian IT dan komunikasi dan berkeupayaan untuk mempercayai atau dipengaruhi oleh isi kandungan maklumat yang diterimanya.

Oleh sebab itu, suatu strategi penggubalan semula peraturan yang terkandung di dalam undang-undang IT, siber dan komunikasi diperlukan untuk mengekalkan kerukunan, keharmonian dan pemeliharaan sosiobudaya masyarakat majmuk di negara ini.

Penggubalan akta ini juga membolehkan berlakunya peningkatan bidang IT dan komunikasi di negara ini dari segi nilai pelaburan, penubuhan syarikat-syarikat IT dan komunikasi yang baru dan berdaya saing tinggi dan keberkesanan perkhidmatan dan kegiatan urusniaga syarikat-syarikat tersebut. Keadaan ini akan mendorong kepada suatu bentuk persaingan yang positif dikalangan syarikat-syarikat berkenaan yang berlumba-lumba memasarkan produk dan perkhidmatan yang bermutu dan terbaik untuk pengguna dan masyarakat.

Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia yang telah digubal ini dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Julai 1998 oleh Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Leo Moggie untuk dikuatkuasakan pada 1 April 1999. Perubahan-perubahan besar yang berlaku dengan penguatkuasaan Akta 588 ini adalah seperti berikut;

Sehingga 31 Mac 1999, bidang telekomunikasi di negara ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam Akta Telekomunikasi 1950 yang diurus selia oleh Jabatan Telekomunikasi Malaysia, Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos, manakala bidang penyiaran tempatan pula tertakluk di bawah Akta Penyiaran 1988 yang diurus selia oleh Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Penerangan.

Selepas tarikh kuatkuasa Akta 588 pada 1 hari bulan April 1999, kedua-dua sektor berkenaan adalah tertakluk kepada regulasi-regulasi di dalam akta tersebut, bagi menggantikan peraturan di dalam akta-akta yang lama. Ia adalah suatu strategi kerajaan untuk memantau pembangunan bidang IT dan komunikasi di negara ini agar dapat bergerak selari dengan kepesatan bidang IT dan komunikasi dunia;

Suatu akta tambahan yang menampung perjalanan dan urus selia kandungan undang-undang ini juga telah digubal dan dibentangkan. akta tersebut dikenali sebagai Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 589) yang membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMCA).

Di antara peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh MCMCA ialah mengurus dan memantau pembangunan sektor IT dan komunikasi di negara ini menerusi pengambilalihan tugas pembekalan lesen perkhidmatan kepada syarikat-syarikat IT dan komunikasi (sebelum ini dilakukan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia), kegiatan-kegiatan pengaliran dan penyiaran maklumat oleh syarikat-syarikat serta lain-lain lagi. Suruhanjaya ini disifatkan sebagai pemangkin kepada peningkatan usaha dalam bidang IT dan komunikasi negara ini;

Suatu peraturan penggabungan (convergence) teknologi bagi sektor-sektor IT, komunikasi dan multimedia dibuat secara komprehensif di dalam akta ini. Peraturan-peraturan tentang pembekalan perkhidmatan, pengawalan mutu produk, pemilikan modal syarikat-syarikat IT, komunikasi dan multimedia diberikan suatu pendekatan yang menyeluruh. Ia dibuat supaya keperincian dalam dasar-dasar IT, komunikasi dan multimedia negara dapat difahami dan berpadanan dengan perkembangan teknologi sektor-sektor tersebut mengikut aliran masa dan zaman;

Nama Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos telah ditukarkan kepada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia bagi menggambarkan pendekatan fungsi kementerian ini dalam usaha membantu meningkatkan lagi bidang IT, komunikasi dan multimedia di negara ini.

Akta 588 ini juga dijadikan platform utama pembentukan Koridor Raya Multimedia, bersesuaian dengan dasar dan fungsi negara untuk mengharapakan suatu perubahan yang menguntungkan di antara kerajaan dengan syarikat-syarikat IT, komunikasi dan multimedia yang melabur di negara ini. Ia juga dijadikan teras kepada kejayaan dan pembangunan berterusan Pusat Pentadbiran Kerajaan di Petrajaya yang melibatkan aspek-aspek teknikal, pembekalan IT dan produk-produk penyiaran.

MCMCA menyifatkan bahawa Akta 588 sebagai the new act that have been designed around the principles of transparency and clarity, and less rather more regulation based on the concept of industry self-regulation.Penggubalan ke atas Akta 588 ini mengundang kepada suatu pendekatan kerajaan yang bersikap terbuka dan prihatin terhadap suasana perkembangan sektor IT, komunikasi dan multimedia. Akta ini dilengkapi dengan peraturan-peraturan tertentu yang mengambil kira kepentingan kerajaan, pelabur-pelabur, syarikat-syarikat tempatan dan masyarakat supaya ia menepati objektif pembangunan bidang tersebut yang sedia ada.

Leo Moggie, di dalam suatu ucapan pembentangan Rang Undang-undang tersebut di Parlimen pada bulan Julai 1998 menyatakan bahawa:

Ia (Akta) merupakan perundangan yang tunggal (single legislation) yang akan mempunyai impak yang positif dan meluas untuk menyokong usaha negara untuk menjayakan pembangunan projek Koridor Raya Multimedia serta bagi mencapai matlamat-matlamat menjadikan Malaysia pusat komunikasi serantau dan mewujudkan masyarakat bermaklumat.

Dalam hal ini, beliau berpendapat bahawa penggubalan akta ini akan mendorong Malaysia untuk tampil sebagai negara pelopor dalam melaksanakan satu struktur dasar yang menyeluruh dalam menangani proses pencantuman (convergence) yang berlaku dalam sektor-sektor telekomunikasi, komputer dan penyiaran.

Objektif Akta 588

Akta 588 ini digubal bagi membolehkan perjalanan sektor-sektor IT, komunikasi dan multimedia di negara ini dapat bergerak dengan sempurna, berdaya saing dan tidak ketinggalan mengikut perubahan teknologi, masa dan zaman. Pendekatan perundangan pada akta ini hanya terbatas kepada bentuk media elektronik dan tidak meliputi media cetak. Ia juga turut tidak menyentuh perundangan am sedia ada seperti soal keselamatan, dan perkara-perkara yang termaktub di bawah Ordinan Fitnah 1957 dan Akta Hakcipta 1987.

Dari segi pemakaiannya pula, akta ini jelas tidak menyentuh ruang lintup perundangan lain yang sedia ada untuk mengawalselia perkhidmatan media dan kandungan tradisional. Namun begitu, beberapa perundangan di dalam akta ini juga tidak bertujuan untuk menyekat kemajuan bidang komunikasi dan multimedia di negara ini. Sebaliknya, akta ini mewujudkan suatu sistem kerja atau tatacara yang dapat memenuhi Dasar Komunikasi Negara yang berupaya membentuk identiti masyarakat majmuk di negara ini.

Penguatkuasaan akta ini boleh disifatkan sebagai suatu usaha kerajaan untuk memupuk budaya kefahaman dan kemahiran teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia kepada golongan pengguna dan masyarakat. Sikap liberal kerajaan dalam memberi peluang kepada syarikat-syarikat swasta dan antara bangsa untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang yang berkaitan ini merupakan salah satu daripada reformasi ekonomi negara.

Akta yang diwujudkan ini juga memberi penekanan terhadap suatu set generik peruntukan pengawalseliaan yang berdasarkan kepada generik pasaran dan kegiatan perkhidmatan. Ia melibatkan penyertaan peserta-peserta berikut:

a) Pembekal kemudahan rangkaian yang terdiri daripada pemunya stesen bumi, kabel optik gentian jalur lebar, ibu sawat dan talian telekomunikasi, kelengkapan penghantaran radiokomunikasi, stesen pangkalan komunikasi mudah gerak, menara dan kelengkapan penghantaran penyiaran;

b) Pembekal perkhidmatan rangkaian yang menyediakan sambungan dan lebar jalur asas untuk menyokong aplikasi;

c) Pembekal perkhidmatan aplikasi yang berfungsi menyediakan perkhidmatan suara, perkhidmatan data, perkhidmatan berasaskan kandungan dan perdagangan elektronik;

d) Pembekal perkhidmatan aplikasi kandungan yang menyediakan perkhidmatan tambahan kepada pembekal perkhidmatan aplikasi kandungan seperti perkhidmatan peyaiaran tradisional dan perkhidmatan baru seperti percetakan, perkhidmatan maklumat dan sebagainya. (Akta; 1998)

Peluang untuk menubuhkan suatu pusat pengurusan dan gagasan kegiatan bidang IT, komunikasi dan multimedia ini telah mewujudkan suatu dasar kerajaan yang boleh diterima oleh semua pihak, terutamanya pelabur-pelabur asing dari Eropah dan Amerika Syarikat yang berlumba-lumba memasang strategi pemasaran produknya ke negara-negara Asia dan Negara-negara Dunia Ketiga seperti Malaysia.

Oleh yang demikian, tumpuan kepada sepuluh perkara asas yang menjadi dasar Kerajaan yang hendak dicapai menerusi penggubalan Akta ini ada dinyatakan dalam seksyen 3 subseksyen (2) seperti berikut;

menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;

mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;

mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan

mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran akta ini.

Matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh kerajaan menerusi penggubalan Akta ini jelas menunjukkan bahawa bidang IT, komunikasi dan multimedia boleh dijadikan bidang kemahiran teras yang mendampingi bidang-bidang teknikal dan profesional yang lain di negara ini.

Matlamat yang sama juga ditujukan kepada masyarakat bagi melahirkan suatu sosiobudaya masyarakat majmuk di Malaysia yang berteraskan kepada penyatuan kefahaman terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dan berlatarkan unsur budaya yang sihat bagi melahirkan imej negara yang bersih dan dihormati oleh negara-negara lain.

Pembentukan matlamat-matlamat tersebut adalah hasil daripada deklarasi sepuluh perkara dalam matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia, sepertimana yang tertera di dalam Seksyen 3(2) akta tersebut. Deklarasi sepuluh perkara tersebut adalah seperti berikut;

menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia;

menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup;

mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia;

mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir;

menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu;

memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada;

mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna akhir;

memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan aset kerajaan;

menggalakkan pembinaan keupayaan dan kecekapan dalam industri pencantuman Malaysia; dan

menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Rangka kerja dasar ini adalah diperlukan untuk:

memastikan wujud ketelusan dan konsistensi dalam meningkatkan kefahaman di kalangan pihak-pihak berkepentingan mengenai pencantuman teknologi serta usaha-usaha pembangunan sektor komunikasi dan multimedia negara;

menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia sebagai asas penting kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara. Pada usaha kita untuk mewujudkan masyarakat madani serta kepada usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat utama bagi industri komunikasi dan multimedia; dan

bagi menjamin kepentingan-kepentingan tertentu seperti kepentingan pengguna dari segi kualiti dan kos perkhidmatan, bagi memastikan keselamatan sistem dan rangkaian dan bagi mewujudkan persaingan yang sihat serta pasaran yang lebih teratur.

Sistem kawal selia seumpama ini dibentuk dengan menumpukan kepada kehendak-kehendak struktur pasaran pencantuman media supaya ia selari dengan kehendak protokol antarabangsa, berupaya mencapai objektif-objektif semasa dan mengikut perkembangan teknologi yang amat pesat pada masa ini (Leo Moggie, 1998).

Bagi memenuhi hasrat kerajaan tersebut, penggubalan akta ini dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa ciri dan penyesuaian yang penting terhadap pembangunan dan peningkatan fungsi sektor-sektor IT, komunikasi dan multimedia;

Pertama, kerajaan memberikan penekanan kepada aspek kepentingan soal obligasi perkhidmatan sejagat (universal service obligation). Bagi merealisasikan matlamat ini, kerajaan perlu memastikan bahawa semua golongan masyarakat dan kawasan-kawasan yang terdapat di Malaysia boleh diakseskan atau dibekalkan dengan perkhidmatan dan kemudahan berkualiti, Di samping mewujudkan sistem-sistem ganjaran atau insentif tertentu yang telah dikenalpasti kepada pihak pengusaha mahupun pengguna supaya hasrat untuk perkhidmatan yang dikehendaki tersebut dapat dipenuhi.

Kedua, penjanaan kecekapan pengurusan sumber ekonomi, kepentingan pengguna, pemeliharaan nilai dan budaya negara serta perkara-perkara teknikal infrastruktur seperti pembangunan mutu siaran, spektrum dan sebagainya dirancang serta dilaksanakan secara khusus, komprehensif dan bersepadu. (Leo Moggie, 1998). Ia adalah bertujuan untuk memastikan bahawa kecekapan industri akan terus diberikan bagi meningkatkan persaingan yang sihat, penggunaan infrastruktur secara berkesan dan menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi bersilang.

Penjelmaan dan peningkatan mutu perkhidmatan dan persaingan ini membantu Kerajaan untuk menyemarakkan atau mempelbagaikan kegiatan-kegiatan ekonomi berasaskan kepada perkhidmatan. Di dalam Pelan Induk Perindustrian Kedua, sektor perkhidmatan yang digolongkan di dalam pembangunan industri berasaskan kelompok dijangka akan berkembang dan meningkatkan sumbangannya kepada KDNK daripada 44.2 peratus pada tahun 1995 kepada 47.0 peratus pada tahun 2005. (MITI, 1996).

Sektor yang merangkumi pengisian dari sudut teknologi, sistem bersepadu menggunakan IT dan multimedia ini dijangka tumbuh sebanyak 8.4 peratus setahun dalam tempoh 1996-2000 dan 9.0 peratus setahun dalam tempoh 2001-2005. Peningkatan peratusan ini adalah disebabkan oleh pelaksanaan besar-besaran projek IT gergasi di negara ini, iaitu pembentukan tujuh aplikasi flagship di dalam program MSC, termasuklah penjelmaan Cyberjaya, Sistem Kerajaan Elektronik, MDC dan sebagainya.

Ketiga, penekanan juga diberikan kepada para pengguna dengan cara memperkenalkan suuatu dasar penetapan harga yang adil, kompetetif, pengendalian hal-hal kepenggunaan secara berkesan, menguruskan aduan-aduan awam, memperbaiki keselamatan infrastrukur dan mengawal selia mutu perkhidmatan yang dibekalkan kepada pengguna.

Ini membolehkan tahap keyakinan pengguna terhadap mutu perkhidmatan yang dibekalkan oleh para pengusaha media dapat ditingkatkan. Pengguna akan terdorong untuk meningkatkan daya self-awareness terhadap kredibiliti program-program yang ditawarkan oleh pengusaha media bagi memastikan bahawa kepentingan pengguna terus terpelihara.

Keempat, menurut Leo Moggie, penekanan kerajaan terhadap pembinaan rangka kerja kawal selia baru ini juga meliputi peningkatan hubungan dan ketelusan pengguna infrastruktur teknologi penyiaran atau telekomunikasi di negara ini. Ia disifatkan sebagai suatu usaha untuk mempelbagaikan pilihan rangkaian yang boleh digunakan oleh pembekal dan pengguna.

Oleh sebab itu, rangka kerja kawal selia yang baru ini memastikan wujudnya iatu dasar kemudahan laluan sama rata dan sambung tara (equal access and interconnection). Ia adalah berdasarkan kepada penekanan kos yang rendah, pulangan yang seimbang atau berpatutan dan sebaran perkhidmatan yang meluas.

Kerajaan mengekang perniagaan bersifat monopolistik, sebaliknya menggalakkan persaingan sihat di dalam industri media ini adalah untuk memastikan bahawa pengusaha bersedia menawarkan perkhidmatan standard dengan harga yang rendah mengikut pasaran ataupun menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pengguna.

Christopher Zull, Pengarah Urusan Cutler and Co., sebuah syarikat perunding telekomunikasi Australia, dalam suatu temu ramah dengan Business Times pada 31 Mac 1999 mengulas bahawa Akta 588 ini digubal sebegitu rupa bagi menjadikannya fleksibel dan mengandungi kurang peraturan-peraturan yang mengongkong industri-industri berkenaan, berbanding dengan komposisi peraturan di dalam akta-akta yang lama.

You can only justify market intervention in two instances, a market failure and inconsistency with policy objectives. We set out the policy objectives first of all and then designed the digital value chain and finally tried to decide what areas the authorities would want to influence by regulation and when it would want to be active.

Dalam erti kata yang lain, penstrukturan peraturan-peraturan di dalam akta ini dibuat berdasarkan kepada relevannya kepada industri dan pihak-pihak berkuasa tempatan. Penyesuaian ke atas beberapa dasar dan peraturan di dalam akta ini juga mencerminkan sikap keprihatinan kerajaan terhadap pembinaan kolektif bidang-bidang tersebut serta menyebabkan berlakunya peningkatan fungsi bidang-bidang itu dalam jangka masa yang panjang.

Then, we designed the regulation with flexibilitiy, such that it is full of procedures and powers which can be exercised by the Minister and/or the Commission and many of these are reserve powers. (Zull, 1999).

Penguatkuasaan ke atas peraturan-peraturan di dalam akta itu, menurut Zull, bergantung kepada kebebasan menggunakan kuasa yang telah diperuntukkan di dalam akta tersebut. Ini bermakna bahawa menteri atau suruhanjaya berhak menggunakan peruntukan kuasa mereka sekiranya dikehendaki tetapi haruslah mengikut regulasi-regulasi yang terkandung di dalam akta tersebut.

Akta 588 ini dirangka berdasarkan kepada konsep teknologi neutral kerana perkembangan teknologi yang semakin rancak membolehkan seseorang individu atau organisasi bebas memilih apa juga jenis teknologi yang hendak digunakan asalkan ia memenuhi matlamat regulasi dan dasar-dasar kerajaan yang dibentuk.

The new act has a built-in change mechanism as there is a provision in the Act which calls for the subsidary regulations to be reviewed every three years or whatever required. (ibid, 1999)Keanjalan terhadap penggunaan regulasi yang terdapat di dalam akta ini membolehkan pihak berkuasa seperti Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, suruhanjaya dan majlis-majlis tempatan tidak perlu berasa gusar tentang kehadiran mana-mana teknologi baru, sebaliknya jika perlu, beberapa peraturan di dalam akta berkenaan boleh dipinda atau diubahsuai mengikut keadaan masa dan zaman.

Kandungan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588)

Akta 588 ini boleh dikatakan banyak mengungkapkan prosedur teknikal seperti pemilikan modal syarikat telekomunikasi, penyiaran, dan multimedia, pembekalan perkhidmatan kepada pengguna dan pelesenan perkhidmatan atau produk.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dalam kenyataannya mengulas tentang konsep pembentukan akta ini sebagai;

the act seeks to provide a generic set of regulatory provisions based on generic definitions of market and service activities and service. The jurisdiction of the Acts is restricted to networked services and activities only.

Ini bermakna bahawa pemakaian akta ini boleh disifatkan sebagai global, meluas dan tidak semestinya menjuruskan kepada sektor-sektor tertentu sahaja. Ia juga dilihat sebagai suatu platform pemula kepada siri beberapa regulasi atau pengawalseliaan yang melibatkan media-media cetak, pengawalan bahan-bahan elektronik dan teknologi yang lain di negara ini pada masa akan datang.

Leo Moggie (1998) pula menganjurkan supaya keanjalan bentuk perundangan yang terdapat pada akta ini terus dikekalkan supaya ia dapat digunapakai di dalam suatu tempoh yang panjang tanpa perlu merujuk kepada apa-apa bentuk pindaan sekiranya berlaku perubahan teknologi. Fleksibiliti regulasi yang terdapat di dalam akta ini lebih menekankan kepada proses pembuatan keputusan supaya industri komunikasi dan multimedia yang dibangunkan di negara ini berorientasikan kepada konsep disiplin kendiri (self-disipline).

Ia juga mencerminkan suatu daya penjanaan persaingan industri media yang proaktif kepada persekitaran pasaran semasa bagi membolehkan industri media di negara ini terus berkembang mengikut aliran kemajuan global tanpa perlu terkongkong dengan pelbagai peraturan yang boleh membantutkan pertumbuhannya.

Walau bagaimanapun, kandungan akta yang berorientasikan kepada prosedur perkhidmatan dan kegiatan sektor-sektor tertentu ini boleh disifatkan sebagai suatu akta yang panjang dan kompleks. Ini menyebabkan ia sukar difahami, terutamanya bagi mereka yang tidak berpengetahuan mengenai selok-belok industri berkenaan. (Salleh Majid, 1998)

Akta ini terbahagi kepada 10 bahagian, 282 Seksyen dan satu jadual. Setiap bahagian mengandungi regulasi-regulasi tertentu berdasarkan kepada jenis penstrukturan dan pemakaiannya.

Kebanyakan daripada kandungan dalam regulasi pada akta ini merupakan sesuatu yang baru tetapi terdapat juga beberapa regulasi yang berlatarkan penggunaan teknologi media lama dan masih releven kepada kedudukan pembangunan teknologi industri komunikasi dan multimedia di negara ini. Regulasi-regulasi dari akta lama yang terpaksa disingkirkan boleh disifatkan sebagai peraturan-peraturan yang boleh mengongkong industri dan membantutkan perkembangan sektor tersebut.

Di bawah akta ini, beberapa perkara penting diambilkira untuk diregulasikan, seperti:

Pembekalan Kemudahan Kepada Rangkaian Bermaklumat (Network Facilities Providers)

Pembekalan Perkhidmatan Kepada Rangkaian Bermaklumat (Network Services Providers)

Pembekalan Kepada Permohonan Perkhidmatan (Application Service Providers)

Pembekalan Kepada Permohonan Kandungan Perkhidmatan (Content Applications Service Providers)

Bahagian I di dalam akta ini memperuntukkan tajuk akta, tarikh berkuat kuasa akta, matlamat, pemakaian di dalam dan di luar wilayah, kuasa-kuasa Menteri untuk mengecualikan pemakaian akta ini kepada individu, kawasan geografi tertentu dan kepada aktiviti pemegang lesen yang memiliki pasaran antarabangsa tetapi mempunyai kesan di Malaysia. Bahagian I ini juga membuat penafsiran istilah perundangan dan terma di dalam akta.

Pendekatan kepada Bahagian I dalam akta ini merujuk kepada objektif akta yang hendak dicapai dan hubungannya dengan Dasar Komunikasi dan Multimedia Negara (SubSeksyen 2), sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini. SubSeksyen 2 ini boleh dikatakan sebagai suatu rujukan utama terhadap pengukuran keberkesanan pelaksanaan Akta 588 ini dalam suatu tempoh tertentu.

Sementara itu pula, Subseksyen 3 yang berbunyi Tiada apa-apa jua dalam akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet boleh ditafsirkan sebagai suatu pendekatan atau dasar kerajaan terhadap perkembangan teknologi Internet di negara ini.

Ketelusan Kerajaan Malaysia terhadap kandungan maklumat yang boleh diperolehi daripada Internet ini menjadi persoalan kepada masyarakat. Ini adalah kerana, budaya timur yang diamalkan di kalangan negara-negara Asia amat mementingkan cara hidup yang bertatasusila, bermoral tinggi dan berlatarkan pula dengan skop kebudayaan yang dapat diterima masyarakat.

Terdapat kandungan maklumat di dalam Internet yang mengundang kepada pencerobohan budaya dan moral masyarakat timur seperti ponografi, maklumat palsu, fitnah dan sebagainya. Ia memberi kesan buruk kepada golongan masyarakat yang berpegang kepada prinsip kerukunan budaya timur, terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak, jikalau ia tidak dapat dikawal dengan bijaksana.

Dalam zaman maklumat ini, perenggan ataupun sempadan antara negara-negara tidak bermakna lagi. Kita tidak boleh sekat kemasukan maklumat dengan mengadakan tentera di sempadan umpamanya kerana maklumat ini datang melalui angkasa dan kita tidak mungkin menghalang penerimaan maklumat ini oleh rakyat Malaysia. Justeru itu kita terpaksa mencari jalan supaya maklumat ini dapat ditangani oleh kita dengan cara yang tidak memburukkan keadaan kita. (Mahathir, 1999).

Menurut Dr. Mahathir, pengawalan atau pemantauan maklumat di dalam Internet ini boleh dilakukan oleh setiap individu dalam masyarakat atau organisasi sekiranya mereka mengamalkan kaedah self-censorship. Ia boleh dilaksanakan menerusi langganan program-program pemantauan Internet seperti Cyber Petrols, Net Nanny, Firewalls dan lain-lain serta pemantauan dalam sistem intranet di dalam sesebuah organisasi.

Walau bagaimanapun, konsep self-censorship ini adalah bersifat subjektif kerana tidak ramai di kalangan masyarakat yang berhasrat menyekat kebebasan mereka daripada mendapatkan maklumat-maklumat siber, terutamanya melib