unit 7 pdf 2

Upload: nurulhuda-burns-daughter

Post on 03-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 unit 7 pdf 2

    1/10

    P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 78

    UNIT PELAJARAN 7

    TINGKAH LAKU BERMASALAH

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menerangkan definisi tingkah laku bermasalah

    2. Menjelaskan ciri-ciri tingkah laku bermasalah

    3. Menerangkan jenis-jenis tingkah laku bermasalah

    4. Menjelaskan teknik pemulihan tingkah laku bermasalah

    PENGENALAN

    Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang

    tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses

    pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian menunjukkan

    masalah murid di sekolah merujuk kepada dua iaitu positif dan negatif. Tingkah laku

    bermasalah positif dikenalpasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar

    cerdas dan proaktif. Manakala tingkah laku bermasalah negatif pula seperti

    perlakuan distruktif iaitu tingkah laku sosial, disruptif berkaitan tingkah laku

    menggangu dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Sama ada

    seseorang itu mempunyai tingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan

    yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang danmelaksanakan strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang

    negatif itu. Hal ini sangat penting untuk menjamin dan mengawal bilik darjah yang

    kondusif dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Antara faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan disiplin di dalam kelas adalah

    seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan

    seperti meja, kerusi dan almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan

    kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru untuk bergerak.

  • 7/28/2019 unit 7 pdf 2

    2/10

    P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 79

    Selain itu, alat bantu mengajar yang digunakan juga haruslah sentiasa ditukar untuk

    mengelakkan pelajar cepat bosan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    CIRI-CIRI TINGKAH LAKU BERMASALAH

    a. Tingkah laku positif

    Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka

    kerana adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk

    melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam merangsang pemikiran kanak-kanak ini

    terutamanya dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu mereka

    juga, guru dapat membina aktiviti yang boleh melibatkan penerokaan kerana pada

    tahap ini, kanaki-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.

    Kanak-kanak yang suka belajar juga merupakan tingkah laku yang positif. Hal

    ini kerana, memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sama

    dengan pelajar yang proaktif, kanka-kanak ini berbeza dengan kanak-kanak

    hiperaktif. Hal ini kerana, kanak-kanak proaktif mudah dikawal oleh guru. Kanak-

    kanak pintar cerdas pula jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti

    ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah

    bosan.

    b. Tingkah laku negatif

    Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan

    masalah dan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini

    kerana, tingkah laku ini bukan sahaja kanak-kanak yang suka menggangu rakan lain

    malahan mereka sering melakukan tingkah laku devian seperti memberontak dan

    melawan guru. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku seperti tingkah laku

    lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Sebagai contoh, semasa berbaris di

    kantin, tiba-tiba seorang murid lain memotong barisan tersebut. Selain itu,

  • 7/28/2019 unit 7 pdf 2

    3/10

    P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 80

    vandalisme juga merupakan contoh tingkah laku distruktif. Bagi kanak-kanak yang

    mempunyai tingkah laku distruptif pula, biasanya mempunyai ciri-ciri yang sama

    dengan hiperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak ini suka bergerak,

    suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan sikap yang agresif kepada rakan-

    rakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang

    sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai

    nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya bergantung kepada orang lain

    dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga

    merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

    JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

    Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku yang kurang tumpuan

    iaitu tidak selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak hiperaktif juga

    mudah lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam melakukan tugasan.

    Maka, mereka sukar untuk mengikut arahan dan gagal menyelesaikan kerja sekolah.

    Agresif pula adalah tingkah laku bermasalah yang dikenalpasti apabila

    terdapat perubahan pada individu itu sendiri. Antaranya seperti tidak dapat tidur

    malam dan mimpi ngeri, perasaan takut dan tingkah laku agresif. Selain itu, kanak-

    kanak ini juga cepat marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidak menerima

    teguran dari orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan menganggap diri

    mereka yang terbaik.Separation Anxietyjuga dikenali sebagai kebimbangan, tingkah

    laku ini apat ditunjukkan melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian

    bahawa sesuatu ynag tidak diingini berlaku. Perkara ini terjadi akibat pengalaman

    emosi yang tidak menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang.

    Overdependencyadalah tingkah laku bergantung kepada orang lain. Kanak-

    kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana mereka

    memiliki pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana

    kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlampau dan dimanjakan. Hal ini

    menyebabkan kanak-kanak itu kurang yakin dan sering merasa bimbang sekiranya

    tiada pertolongan diberikan.

    Withdrawal atau pengasingan adalah tingkah laku yang suka

    menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku

  • 7/28/2019 unit 7 pdf 2

    4/10

    P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 81

    yang ditunjukkan ini dijadikan sebab untuk membela dirinya supaya dapat

    elakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

    KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU

    Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan pelajar yang sanggup melaksanakan

    tanggungjawab pada diri, keluarga dan juga masyarakat. Tanpa tingkah laku yang

    baik, mereka tidak dapat melakukan tanggungjawab pada diri sendiri.Tingkah laku

    terpuji sangat penting bagi mewujudkan suasana yang tenang dan kondusif dalam

    bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan

    licin, berkesan dan ceria. Apabila pelajar bermasalah dari segi disiplin tidak wujud

    dalam kelas, tidak akan ada pelajar yang menggangu pelajar yang lain.

    Guru juga tidak perlu meninggikan suara atau bercakap kasar kepada pelajar

    disebabkan pelbagai masalah sebaliknya pelajar itu sendiri yang memahami

    peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung, hubungan guru

    dan murid dapat diperbaiki disamping minat untuk menimba ilmu dapat

    dipertingkatkan. Pelajar juga lebih tekun dan produktif. Mereka dapat melakukan

    sesuatu perkara dengan cara yang sistematik dan megikut laluan yang betul tanpa

    menyalahi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Mereka juga dapat

    memberikan dan menghasilkan idea yang menarik semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Masa juga dapat dijimatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

    Disiplin diri yang tinggi dapat membentuk mereka untuk menepati masa dan tidak

    membuang masa dengan melakukan tingkah laku bermasalah. Pembangunan tingkah

    laku yang terpuji dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih

    sayang, berkerjasama dan hormat-menghormati secara tidak langsung dapat

    diwujudkan apabila sudah tertanam dalam diri pelajar itu sifat-sifat yang baik dan tidak

    melakukan tingkah laku bermasalah.

  • 7/28/2019 unit 7 pdf 2

    5/10

    P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 82

    TEKNIK KAUNSELING

    Menurut Blocher (1974), teknik kaunseling merupakan satu proses untuk menolong

    individu lain supaya mereka sedar tentang diri mereka dan bagaimana individu lain

    dapat bertindak balas dengan persekitarannya. Menurut Corey (1977) pula,

    menyatakan bahawa teknik kaunseling adalah satu proses dimana seorang klien

    diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan mengenalpasti kehidupannya yang

    menimbulkan masalah pada dirinya. Seterusnya, menurut James (1982), teknik

    kaunseling adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan

    kepada proses membantu individu untuk mencapai objektif dan kehendaknya serta

    membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

    Bagi melaksanakan teknik ini, setiap sesi perlu mempunyai satu fasilitator

    yang memainkan peranan yang sangat penting untuk menjayakan sesi ini. Antara

    peranan fasilitator adalah termasuk memberi dan menyediakan program psikologi

    yang sesuai dan berkesan untuk individu membuat perubahan dengan

    mempertingkatkan keupayaan menbgurus diri, emosi, tingkah laku dan juga

    pemikiran.

    Selain itu, fasilitator hendaklah mampu untuk menggalakkan murid-murid

    dalam mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang

    ada pada diri sendiri serta dapat membimbimg murid-murid dalam membuat

    penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya berdasarkan persekitaran di dalam

    dan luar sekolah. Seorang fasilitatorseboleh-bolehnya mempunyai kemampuan untuk

    mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam dalam diri

    setiap murid agar mereka dapat meningkatkan konsep kendiri. Tambahan lagi, setiap

    murid seharusnya dapat membentuk tabiat, membiasakan diri belajar dengan cara

    yang berkesan serta dapat membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi

    individu yang berintegriti. Selain itu, fasilitator hendaklah membimbing muridnya

    supaya pandai untuk merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan

    dan matlamat hidupnya.

  • 7/28/2019 unit 7 pdf 2

    6/10

    P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 83

    a. Temuramah lingkungan hidup (Life-space).

    Temuramah lingkungan hidup(life-space) merupakan temuramah secara langsung

    mengenai pengalaman hidup kanak-kanak. Temuramah ini dibimbing oleh seorangfasilitator. Fasilitator juga boleh menemuramah ibu bapa dan kanak-kanak untuk

    mengetahui latar belakang kehidupan kanak-kanak itu.Melalui teknik ini, guru boleh

    mewujudkan suasana supaya kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah. Sebagai

    contoh, sekiranya murid itu berasal dari keluarga nelayan, wujudkan satu suasana

    perkampungan nelayan. Dalam hal ini juga, guru berperanan sebagai fasilitator. Guru

    haruslah membimbing murid supaya melakukan tingkah laku yang baik sahaja dan

    mengingatkan dan menegur murid sekiranya murid melakukan tingkah laku negatif.

    b. Terapi realiti

    Terapi realiti adalah bertujuan untuk memandu atau menyedarkan murid supaya

    dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang nyata. Selain itu, ia

    bertujuan untuk menambahkan keyakinan pada diri seseorang kanak-kanak tersebut

    dengan cara mengajar kesinambungan tingkah laku yang sepatutnya ditunjukkan oleh

    setiap murid.Melalui teknik ini, guru boleh mendedahkan diri murid dengan keadaan

    persekitaran supaya murid-murid dapat bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain

    seperti bermain, bergerak dalam anggota kumpulan dan sebagainya terutamanya

    ketika dalam kelas. Tujuan lain terapi realiti ini adalah untuk meningkatkan tahap

    sosial kanak-kanak dan membantu mereka mengenal dan memgetahui dunia yang

    bakal mereka tempuhi supaya mereka dapat membuat persediaan awal dari segi

    aspek fizikal, rohani, mental dan intelektual.

    c. Teknik Ekspressive Media

    Teknik Ekspressive Media adalah satu teknik untuk bertujuan menggalakkan kanak-

    kanak meluahkan perasaan, masalah dan emosi mereka melalui aktiviti kreatif yang

    dilaksanakan. Teknik ini hendaklah dijalankan dalam satu suasana atau keadaan dan

    setting yang terkawal dengan memberi keutamaan atau kelebihan kepada domain

  • 7/28/2019 unit 7 pdf 2

    7/10

    P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 84

    afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor. Banyak teknik yang boleh

    digunakan seperti mainan bebas, puppet dan seni ekspresi.

    d. Mainan bebas (free play)

    Terdapat banyak contoh mainan bebas yang boleh dilakukan. Antaranya adalah

    dengan bermainn congkak, bermain layang-layang, guli atau apa sahaja mengikut

    aktiviti yang digemari oleh murid dan berdasarkan kepada hobi mereka. Hal ini

    penting kerana secara tidak langsung, permainan bebas ini menjadi terapi dalam

    menangani masalah tingkah laku negatif yang ditunjukkan. Tujuan lai teknik

    permainan bebas ini adalah bagi menggalakkan dan membantu murid dalam

    meluahkan perasaan mereka. Kanak-kanak dijemput bermain dengan sebarang

    alatan permainan yang dipilih dan bersesuain dengan kegemaran mereka serta pada

    masa yang sama, guru sebagai fasilitator boleh menjadi pemerhati kepada tingkah

    laku kanak-kanak tersebut sama ada mereka bertindak balas negatif ataupun positif

    terhadap permainan yang dilakukan.

    Sebagai contoh adalah, murid yang mengalami trauma atau pernah menjadi

    mangsa sama ada mangsa buli, dera, dicabvul atau dirogol telah memilih watak polisdan watak hakim. Melalui watak ini,mereka akan mengawal suasana atau mengarah

    lakonan mengikut tindakan yang ingin mereka lakukan ataupun apa sahaja

    berdasarkan kemahuan mereka sendiri tanpa sebarang kongkongan. Hal ini dapat

    membantu murid supaya dapat menghayati watak mereka dan merberi hukuman

    kepada pesalah. Secara tidak langsung, daripada tindakan ini, mereka dapat

    mengekspresikan dan meluahkan perasaan atau emosi melalui watak mereka.

    Contoh yang lain pula adalah, murid diberikan watak seperti binatang iaitu

    sebagai contoh watak menjadi anjing, kucing, singa dan banyak lagi. Seperti yang kita

    ketahui, singa merupakan binatang yang mempunyai ciri-ciri yang ganas serta

    mempunyai kuasa berbanding binatang lain. Jesteru itu, melalui watak ini, murid

    dapat meluahkan perasaan marah serta tidak puas hatinya semasa memainkan

    peranan dan watak sebagai seekor singa ini. Secara tidak langsung, teknik ini

    memberi peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama lain dalam kumpulan

    mahupaun dalam kelas. Kepentingan yang boleh kita dapat ialah, murid akan semakin

  • 7/28/2019 unit 7 pdf 2

    8/10

    P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 85

    bertoleransi, dapat berkerjasama, mengurus kemarahan, berkawan dan belajar serta

    berfikir dalam menyelesaikan masalah.

    e. Teknik Puppet

    Teknik puppet pula adalah satu teknik yang dapat memberi peluang kepada murid

    untuk mereka mereka sebuah cerita berdasarkan kepada pengalaman mereka sendiri

    atau melalui imaginasi mereka sendiri. Hal ini bermankan, mereka boleh menjadi

    pelakon, pengarah ataupun apa-apa sahaja watak dan mereka berperanan untuk

    melakonkan dan bersuara kepada puppet mereka msaing-masing. Sebagai contoh

    adalah, murid diberikan puppet seperti singa. Seperti yang kita ketahui semua, singa

    mempunyai ciri-ciri yang ganas berbanding dengan binatang yang lain. Oleh itu,

    melalui watak singa ini, mereka boleh meluahikan perasaan mereka sama ada

    gembira, marah, tidak puas hatri dan sebagainya. Teknik ini sesuai digunakan dimana

    sahaja. Bukan sahaja di sekolah, tetapi apabila berada di rumah, ibu bapa boleh

    melakukan teknik ini kepada anak mereka sendiri.

    f. Seni ekspresi

    Melalui seni, kanak-kanak dapat mempraktikkan kemahiran tegas diri secara tidak

    langsung. Selain itu,seni ini boleh dijadikan jambatan (bridging) untuk membantu

    kanak-kanak melahirkan perasaan secara lebih kreatif. Terdapat pelbagai jenis seni

    yang boleh dijalankan untuk membantu murid melahirkan perasaan marah,

    kecewa,sunyi, malu dan cemburu yang dilaluinya. Antara seni tersebut ialah melukis,

    bermain alat muzik, pergerakan kreatif, menari, menyanyi, fotografi dan banyak lagi.

    Guru boleh memberikan tajuk yang dirasakan sesuai untuk menggalakan

    murid melukis berdasarkan luahan perasaan mereka. Sebagai contoh,memberikan

    tajuk keluarga. Arahkan murid melukis dan mewarnakan setiap keluarga dengan

    warna yang telah dijelaskan symbol atau lambangnya. Seperti warna hitam untuk

    penjahat dan saya benci kamu. Manakala warna biru untuk lambing orang yang

    sentiasa menceriakan dan sebagainya. Murid-murid akan melukis gambar seisi

    keluarganya dan mewarnakan setiap keluarganya dengan lambang yang diingini.

  • 7/28/2019 unit 7 pdf 2

    9/10

    P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 86

    Dengan bermain alat muzik, murid juga dapat meluahkan perasaan mereka

    melalui alunan muzik yang dihasilkan. Contoh alat muzik yang boleh diberikan ialah

    tamborin, gendang, seruling, piano dan macam-macam lagi. Murid akan lebih focus

    untuk bermain dan mengelakkan bertingkahlaku negative.Membuat pergerakan

    seperti binatang, menyatakan dan meniru bunyi-bunyi binatang. Tujuan pergerakan

    kreatif diadakan untuk menambahkan pengetahuan mereka selain mengelakkan

    mereka bertingkahlaku negatif.

    Guru akan memerhati tingkahlaku kanak-kanak tersebut disamping memberi

    tunjuk ajar kepada mereka. Selain itu, pergerakan kreatif ini mampu menarik minat

    pelajar untuk belajar dan berada dalam kelas. Selain itu, guru boleh mengajak

    murid-murid menari bagi menarik minat belajar murid dalam set induksi. Guru boleh

    memainkan lagu yang sesuai agar murid-murid dapat menari dan berasa gembira

    dengan tarian tersebut sehingga menyebabkan mereka lupa untuk bertingkah laku

    negative. Guru hendaklah sentiasa memerhatikan muridnya.

    Selain menyanyi, murid juga digalakkan untuk membaca syair atau pantun dengan

    intonasi yang betul. Selain itu, murid juga boleh diberikan tajuk untuk mereka

    mereka cipta lagu atau syair melalui luahan hati mereka. Dengan aktiviti ini,

    mereka akan lebih focus untuk belajar. Terdapat juga segelintir murid yang sangat

    suka menangkap gambar atau telah menjadi hobi mereka. Oleh itu, tidak salah jika

    guru mengadakan lawatan untuk menggalakan murid melakukan hobinya. Situasi

    ini hendaklah terkawal.

    RUMUSAN

    Terdapat banyak jenis tingkah laku yang akan dihadapai oleh guru-

    guru pendidikan khas kelak. Setiap guru hendaklah peka terhadap

    setiap tingkah laku yang menganggu pengajaran dan kelas. Kajian

    yang teliti tentang factor yang mendorong murid bertingkah laku

    negative amat perlu dititikberatkan oleh semua guru agar dapat

    memilih teknik yang sesuai dan berkesan dalam menangani masalah

    tingkah alku yang timbul.

    Telah dinyatakan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam

    menangani dan mencegah tingkah laku negatif serta teknik untuk

  • 7/28/2019 unit 7 pdf 2

    10/10

    P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 87

    membimbing tingkah laku yang positif. Melalui tugasan ini, setiap bakal

    guru hendaklah bijak memilih dan mempelbagaikan teknik yang sesuai

    untuk menangani masalah tingkah laku yang difokuskan.

    Kesimpulannya, melalui maklumat ini, banyak memberikan kaedah-

    kaedah yang boleh membanyu dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran terutamanya dalam pengurusan tingkah laku pelajar

    bermasalah. Langkah-langkah yang betul harus diikuti agar tingkah

    laku pelajar dapat dikawal dengan baik dan dalam landasan yang

    betul. Semoga melalui maklumat ini juga, kami akan dapat mengetahui

    dan memahami dengan lebih baik ciri-ciri serta model yang betul

    berkenaan pengurusan tingkah laku dan memperbaiki sekaligus cara

    mengurangkan tingkah laku bermasalah murid-murid juga dapat

    diatasi.

    RUJUKAN

    Friend, M. (2008). Special education: contemporary perspective for schoolprofessionals (2nd ed.). Boston: Allyn and Bacon.

    Hallahan, D. &. (2003). Exceptional Learners: An Introduction to Special Education

    (Ed. ke-9). Boston: Pearson.

    Jamila K.A. Mohamed, (2006). Pendidikan khas untuk murid-murid istimewa. ZafarSdn. Bhd.

    Wehmeyer, M. & Schwartz, M. (1997). Self-determination and positive adultoutcomes: A follow-up study of youth with mental retardation or learningdisabilities. Dalam Jurnal The Council for Exceptional Children, 6 (2), 245-255.

    Tiwi Binti Kamidin, Pendekatan Sistem Mentor Dalam Pengurusan Tingkah LakuBermasalah, Jurnal penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004.