unit 23 ( penyaliran air tanah )

Upload: zahirah-nabilah

Post on 06-Jul-2015

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/1

Di akhir pembelajaran , pelajar dapat memahami cara penyaliran dan pengawalan air tanah dengan kaedah penyaliran lubang korekan, penyaliran belakang tembok penahan, peparit pasir, peparit pugak dan penyaliran cerun.

Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

1. menyatakan cara-cara pengaliran dan pengawalan air tanah 2. menerangkan kaedah penyaliran lubang korekan 3. menerangkan kaedah penyaliran belakang tembok penahan 4. menerangkan kaedah penyaliran peparit pasir 5. menerangkan kaedah penyaliran peparit pugak 6. menerangkan kaedah penyaliran cerun

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/2

23.0

Pengenalan

Kita sering kali kedengaran kejadian tanah runtuh, cerun runtuh dan lain-lain masalah semasa kerja pembinaan seperti takungan air di kawasan tapak binaan, masalah tanah yang mempunyai aras air bumi tinggi. Untuk mengatasi masalah ini, kerja-kerja penyaliran dan pengawalan air tanah adalah penting. Dalam kerja kejuruteraan awam, terdapat beberapa kaedah untuk menyalirkan air tanah dan juga mengawal air tanah. Antara kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut :(a) (b) (c) (d) (e) Penyaliran lubang korekan Penyaliran belakang tembok penahan Peparit Pasir Peparit pugak Penyaliran cerun

23.1

Penyaliran Lubang Korekan

Di tapak bina, biasanya penyaliran air dari lubang korekan dilakukan dengan mengepam air keluar dari lubang tersebut. Terdapat tiga cara untuk menyalirkan air dari lubang korekan, iaitu pengepaman takungan dalaman, pengepaman telaga luaran, dan cantas (cut-off).

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/3

23.1.1 Pengepaman Takungan Dalaman Kaedah pengepaman takungan dalaman adalah sesuai untuk projek kecil dan beroperasi jangka pendek. Takungan air dipamkan keluar dengan lebih pecat.

23.1.2 Pengepaman Telaga Luaran Kaedah pengepaman telaga luaran adalah merupakan satu kaedah di mana telaga yang dalam dikorek dan dibentuk di tapak bina supaya peralatan pengepaman boleh masuk dan tenggelam dalam telaga. Air dipam keluar dari telaga tersebut. Tujuan kaedah ini adalah untuk merendah paras air bumi.

23.1.3 Cantas Kaedah cantas ini merupakan satu kaedah kekal pengawalan halangan pugak bagi kawasan kalis air dari pencemaran dan lebih selamat. Ia menggunakan cara perekat (grouting), dinding diafram, suntikan bahan kimia dan lain-lain.

23.2

Penyaliran Belakang Tembok Penahan

Air yang berada di belakang tembok dapat menambahkan lagi tekanan jumlah yang bertindak. Retak tegangan , zc, yang terjadi di belakang tembok dapat juga mengumpul air, terutamanya selepas hujan lebat dan ini akan menghasilkan tekanan sisi pada tembok. Rajah 23.1 menunjukkan beberapa sistem penyaliran yang biasanya digunakan untuk tembok penahan ( smith, 1984). Tekanan air hidrostatik lebihan di sepanjang satah kegagalan dapat ditentukan dengan kaedah jaringan aliran .

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/4

Rajah 23.1 : Penyaliran Belakang Tembok Penahan

23.3

Peparit Pasir

Kaedah ini menggunakan peparit pasir tegak bagi mempercepatkan pengukuhan tanah subgred untuk mampat di bawah benteng yang dibina. Peparit pasir ini dibina dengan mengorek lubang tegak menembusi lapisan benteng pertama, melalui tanah boleh mampat ( sub gred) sehingga menemui lapisan tanah kukuh. Luas lubang peparit ini bergantung pada rekabentuk berkenaan dan selalunya dalam lingkungan garis pusat 500 800 mm dan ukuran dalamnya antara 10 20 m. Pada kebiasaannya, jika jarak ukuran kedalamannya kurang daripada 4 m penggunaan peparit pasir ini akan menjadi tidak ekonomi. Setelah dikorek, lubang peparit itu dipenuhkan dengan pasir kasar yang bersih dan seragam. Di bahagian atas peparit pasir dan lapisan pembinaan permulaan ini dibina pula satu lapisan selimut pasir

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/5

daripada jenis pasir yang sama, setebal antara 0.75 1.5 m. Benteng seterusnya dibina di atas lapisan selimut pasir dengan cara biasa. Sekiranya perlu, tanah tambahan akan digunakan di atas benteng tersebut. Rajah 23.2 menunjukkan binaan peparit pasir yang tipikal. Jarak ufuk antara peparit pasir akan bergantung pada reka bentuk dan selalunya dalam lingkungan 3 6 m. Seperti yang telah dinyatakan, tujuan penggunaaan peparit pasir adalah untuk mempercepatkan pengukuhan dan penstabilan tanah boleh mampat dengan cara memendekkan masa air liang keluar. Dengan mengadakan laluan peparit yang lebih pendek, masa tersebut akan menurun dengan banyak kerana masa pengukuhan berfungsikan panjang peparit berganda dua. Disamping itu, apabila menemui peparit pasir, air akan mengalir ke atas dengan cepat disebabkan kebolehtelapan pasir yang lebih tinggi dan air ini kemudiannya akan mengalir keluar melalui lapisan selimut pasir yang telah dibina.

Rajah 23. 2 : Penyaliran Peparit Pasir.

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/6

23.4

Peparit Pugak

Kaedah peparit pugak menggunakan prefabrik (rajah 23.3) yang dipasang secara pugak pada kedalaman melebihi 65 meter. Air dalam tanah di bawah tekanan hidrostatik akan mengalir melalui penapis peparit fabrik dan mengalir ke permukaan tanah. Kemudian air ini akan mengalir ke longkang yang berhampiran. Kesan daripada kaedah ini, ia boleh mempercepatkan proses pengukuhan. Rajah 23.4 menunjukkan peparit pugak.

Rajah 23.3 : Prefabrik

Rajah 23.4 : Kaedah Pemasangan Peparit Pugak

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/7

23.5

Penyaliran Cerun Longkang ufuk

Penyaliran boleh menolong memulihkan kestabilan cerun .

mungkin boleh dijadikan langkah penstabilan yang berkesan. Longkang penegang juga mungkin berkesan untuk menstabilkan cerun yang mengandungi tanah berjelekit sekiranyaa jisim yang tergelincir masih agak tidak terusik. Longkang penegang dibina dengan cara mengorek longkang pada cerun berkenaan sehingga melebihi kedalaman bulatan gelincir. Paip-paip tertebuk kemudian diletakkan di dalam longkang tersebut dan ditimbus dengan bantuan yang sesuai untuk bertindak sebagai longkang yang akan mengeringkan permukaan gelinciran dan juga sebagai sagang untuk menahan gelincir. Rajah 23.5 menunjukkan kaedah penyeliran cerun.

Rajah 23.5 : Penyaliran Cerun

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/8

Soalan 1 Nyatakan jenis-jenis penyaliran air tanah yang biasanya dilakukan di tapak bina.

Soalan 2 Terangkan bagaimana kaedah peparit pasir boleh mengawal penyaliran air di tapak bina.

Soalan 3 Terangkan bagaimana penyaliran cerun dilakukan.

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/9

Jawapan 1 Kaedah penyaliran air tanah :(i)

Penyaliran lubang korekan (ii) (iii) (iv) (v) Penyaliran belakang tembok penahan Peparit Pasir Peparit pugak Penyaliran cerun

Jawapan 2 Dengan mengadakan laluan peparit pasir yang lebih pendek, masa air mengalir akan menurun dengan banyak kerana masa pengukuhan berfungsikan panjang peparit berganda dua. Disamping itu, apabila menemui peparit pasir, air akan mengalir ke atas dengan cepat disebabkan kebolehtelapan pasir yang lebih tinggi dan air ini kemudiannya akan mengalir keluar melalui lapisan selimut pasir yang telah dibina. Jawapan 3 Longkang ufuk mungkin boleh dijadikan langkah penstabilan yang berkesan. Longkang penegang juga mungkin berkesan untuk menstabilkan cerun yang mengandungi tanah berjelekit sekiranyaa jisim yang tergelincir masih agak tidak terusik. Longkang penegang dibina dengan cara mengorek longkang pada cerun berkenaan sehingga melebihi kedalaman bulatan gelincir. Paip-paip tertebuk kemudian diletakkan di dalam longkang tersebut dan ditimbus dengan bantuan yang sesuai untuk bertindak sebagai longkang yang akan mengeringkan permukaan gelinciran dan juga sebagai sagang untuk menahan gelincir.

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/10

Ujikan kefahaman anda berkenaan pelajaran dalam unit ini dengan menjawab soalan-soalan berikut. Soalan 1 Nyatakan tiga cara penyaliran lubang korekan. Soalan 2 Terangkan bagaimana penyaliran belakang tembok penahan dilakukan. Soalan 3 Terangkan perbezaan di antara penyaliran peparit pasir dan peparit pugak.

Bandingkan jawapan anda dengan pensyarah anda. Jika sama, anda boleh meneruskan unit berikutnya. Selamat Maju Jaya.!!

Jawapan 1 Tiga cara penyaliran lubang korekan :

KEKUATAN RICEH TANAH

C3008/23/11

(a) (b) (c) Jawapan 2

Pengepaman takungan dalaman Pengepaman Telaga luaran Cantas

Rujuk bahagian 23.2 Jawapan 3 Rujuk bahagian 23.3 dan 23.4.