unit 1: pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · web viewhalangan dan...

174
PENGURUSAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DCE 3455 (UNIT 1 –10) Program B. S. (Pembangunan Sumber Manusia) JAMILAH OTHMAN, Ph.D. LAMBAK TOMPANG Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Darul Ehsan Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, salin foto, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL). 1

Upload: buixuyen

Post on 03-Mar-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

PENGURUSAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER

MANUSIA

DCE 3455 (UNIT 1 –10)Program B. S. (Pembangunan Sumber Manusia)

JAMILAH OTHMAN, Ph.D.

LAMBAK TOMPANG

Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang

Selangor Darul Ehsan

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini

dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, salin foto,

mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut

Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL).

1

Page 2: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

KANDUNGAN

Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan sumber manusia

Apakah pengurusan program

Kepentingan pengurursan peogram

Bentuk pengurusan program

Jenis pengurusan program

Proses pengurusan program

Tahap pengurusan program

Model pengurusan program

Unit 2: Ide-ide utama perencanaan program

Konsep perencanaan program

Perubahan

Inovasi

Ide Tyler

Ide Boone

Ide Freirie

Ide Houle

Ide Boyle

Ide Taylor

Unit 3: Perencanaan program

Apakah perencanaan program

2

Page 3: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Falsafah perencanaan program

Kepentingan perencanaan program

Pengisian perencanaan program

o Perancangan program

o Perlaksanaan program

o Penilaian program

Unit 4: Perancangan program

Mengkaji situasi

Pembentukkan objektif

o Kepentingan

o Bentuk

o Falsafah, konsep dan prinsip

o Strategi dan teknik

Pembentukkan dokumen

Unit 5: Perlaksanan program

Delegasi tugas

o Bentuk dan jenis

o Falsafah dan prinsip

o Strategi dan teknik

o Kepentingan

Perlaksanaan

3

Page 4: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

o Falsafah dan prinsip

o Strategi dan teknik

o Bentuk

Penyelarasan dan kerjasama

Pembentukkan dokumen

Unit 6: Penilaian program

Kepentingan

Tujuan

Bentuk

Strategi, teknik dan jenis

Indicator penilaian

Unit 7: Laporan program

Kepentingan

Jenis dan bentuk

Unit 8: Tindakan susulan

Kepentingan

Jenis dan bentuk

Unit 9: Isu, masalah dan cabaran

Dari dimensi budaya

4

Page 5: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Dari dimensi agama

Dari dimensi pengurusan

Gender

K ekonomi dan globalisasi

ICT

Staf-staf istimewa

Polisi dan dasar

5

Page 6: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

RUJUKAN UMUM

Buford, I.A.,Jr & Bederian, A. G. (1988). Management in extension. Alabama

CES : Auburn University.

Hall, J. (1988). Models for management: The structure of campetence.

Woodlands: Woodstead Press

Maimunah Ismail (1998). Pengembangan : Implikasi ke atas pembangunan

masyarakat (2nd ed.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Sohod & Siti Nadzrah Sheikh (1997). Pengurusan. (terjemahan). Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mondy, R. W. & Noe, R. M. (1999). Human resource management (7th ed.).

Singapore : Allyn & Bacon.

Yong, A. K. B. (1999). Malaysian human resource management. Kuala

Lumpur : Malaysian Institute of Management.

George, T. & Surjit Singh (2000). Human resource development in

organizations. Kuala Lumpur : INTAN.

Messmer, M. (1999). Human resources kit for dummies. United State : IDG

Books Worldwide.

Mc Cormack, M. H. (1996).On managing. United State : Dove Books.

Pace, R. W. , Smith, P. C. & Mills, G. E. (1991). Human resource

development : The field. New Jersey : Prentice Hall.

6

Page 7: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Marquardt, M. J. & Engel, D. w. (1993). Global human resource development.

New Jersey : Prentice Hall.

De Cenzo, D. A. & Robbins, S. P. (1994). Human resource management :

concepts and practices (4th ed.). Canada : John Wiley & Sons.

Griffin, R. W. (1999). Management (6th ed.). United State : Houghton Mifflin

Company.

Asma Abdullah (1999) Going glocal. Kuala Lumpur : Malaysian Institute of

Management.

7

Page 8: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Pengenalan

Kursus ini ditawarkan khas untuk memberi pengetahuan asas mengenai konsep

asas pengurusan program dan penyeliaan pembangunan sumber manusia, situasi

pengurusan program dan penyeliaan, dan teknik-teknik penyeliaan dan penyelarasan yagn

berkesan dalam pembangunan sumber manusia. Kursus ini merupakan kursus asas

kepada kursus kepemimpinan lanjutan yang lain.

Objektif

Di akhir kursus ini diharapkan anda akan dapat:

1. Mengenal pasti dan membezakan beberapa istilah asas pengurusan program,

penyeliaan program, penyelarasan program dan penilaian program yang

diaplikasikan dalam sesuatu program.

2. Mengenal pasti strategi dan teknik yang digunakan dalam pengurusan program

pembangunan sumber manusia.

3. Menjelaskan kepentingan pengurusan pembangunan sumber manusia dalam

menjana pembangunan masyarakat, dan organisasi.

4. Mengaitkan pengurusan program, penyeliaan dan penilaian dalam pembangunan

sumber manusia.

8

Page 9: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Prosedur penilaian

Pencapaian anda dalam kursus ini akan dinilai seperti berikut:

Ujian

Bilangan ujian : 1

Penilaian agihan markah : 30%

Skop ujian : unit 1 - 5

Tarikh ujian : akan ditentukan oleh IDEAL

Peperiksaan akhir

Peratus agihan markah : 40%

Skop ujian : unit 1 - 9

Tarikh peperiksaan : akan ditentukan oleh IDEAL

Tugasan

Membuat dan menghantar tugasan. Anda dikehendaki menyedia dan

menyelesaikan tajuk berikut. Anda amat digalakkan membuat semua tajuk-tajuk dalam

semua unit untuk menyediakan anda menghadapi peperiksaan.

Tajuk tugasan

Pengurursan program pembangunan manusia adalah satu proses yang berterusan

dan sentiasa berkembang sejajar dengan kehendak, keperluan dan matlamat bersama.

Sehubungan dengan itu, pengurusan pembangunan program manusia yang berkesan akan

melahirkan kecemerlangan dan kemanfaatan kepada manusia, masyarakat dan organisasi.

9

Page 10: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Berdasarkan pengalaman anda; sama ada memelalui pengalaman langsung ataupun

pemerhatian yang dilakukan, dan diperkukuhkan dengan sumber rujukan saintifik,

bincangkan satu aktiviti pengurusan program pembangunan sumber manusia. Kenalpasti

kekuatan, kelemahan dan cadangan pembaikkan.

Panduan membuat tugasan

Untuk melaksanakan tugasan ini, anda perlu membuat rujukan bahan-bahan yang

berkaitan dengan tajuk di pusat pembelajaran anda atau di mana-mana tempat yang

difikirkan sesuai. Adalah lebih baik jika anda dapat berbincang dahulu dengan

pensyarah/tutor anda atau sesiapa yang berpengalaman atau rakan sekursus sebelum

membuat tugasan.

Format penulisan tugasan (contoh)

1. Pendahuluan

2. Ide-ide penting

3. Data-data (jika ada)

4. Hujah dan kesimpulan

5. Kesimpulan

6. Sumber rujukan

7. Font 12 (times roman)

8. Langkau 2 baris (double spacing)

10

Page 11: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Penyerahan tugasan

Anda boleh menghantar pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun semua tugasan

mesti dihantar selewat-lewatnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir. Sila hantar

tugasan anda kepada IDEAL dan pastikan anda menyerahkan tugasan anda melalui

saluran yang betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Peringatan

Tugasan yang lambat tidak akan diambil kira dalam penggredan

Bilangan halaman tugasan : 15 – 20 halaman A4 ( boleh ditambah jika bersesuaian)

Peratus agihan markah : 30%

Panduan bagi ujian objektif

Soalan bagi ujian objektif adalah didasarkan kepada unit-unit dan bacaan yang

ditetapkan bagi unit-unit. Soalan lazimnya berbentuk ‘multiple choice’.

Anda harus ingat bahawa menjawab soalan objektif tidak seperti menjawab ujian

subjektif. Dalam ujian objektif tidak wajar bagi anda menjawab mengikut

idea/pengalaman anda sendiri. Jawapan soalan objektif adalah khusus seperti terdapat

dalam teks dan bacaan rujukan. Anda perlu memahami teks modul dengan baik kerana

soalan-soalan akan menguji kefahaman anda, bukan kemahiran anda menghafal fakta.

11

Page 12: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Panduan perancangan pembelajaran

Minggu Tajuk-tajuk Jam pembelajaran

1 Pengenalan kepada pengurusan program

pembangunan sumber manusia

4

2 Ide-ide utama perencanaan program 4

3 Perencanaan program 4

4 Perancangan program 8

5 Perlaksanaan program 8

6 Penilaian program 8

7 Laporan program 4

8 Tindakan susulan 4

9 Isu, masalah dan cabaran 4

12

Page 13: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Maklumat penulis

Nama : Dr. Jamilah Bte Othman

Alamat : Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan,

Fakulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia,

43400 UPM, Serdang,

Selangor.

No. telefon : 03 – 89486101 - # 8233

Fax : 03 - 89450455

Alamat e-mail : [email protected]

Nama : En. Lambak Bin Tompang

Alamat : Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan,

Fakulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia,

43400 UPM, Serdang,

Selangor.

No. telefon : 03 – 89486101 - # 8241

Alamat e-mail : [email protected]

13

Page 14: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan manusia

Pengenalan

Pengurusan program bukanlah satu aktiviti yang terlalu sukar. Malahan ianya

juga bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah. Dalam erti kata lain, pengurusan

program memerlukan satu siri tindakan yang dinamik, berkesan, mantap dan fleksibel

kerana ianya bukanlah rigid dan tidak pula terlalu fleksibel.

Secara umumnya pengurusan program ialah satu aktiviti tersusun dan terancang

yang dirangka untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah diputuskan dan dalam masa

yang sama membawa perubahan kepada kelompok sasaran. Malahan pengurusan

program juga mempunyai jangka masa yang khusus dalam perlaksanaannya.

Tajuk – tajuk dalam unit 1

Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalam unit ini ialah:

Apakah pengurusan program

Kepentingan pengurusan peogram

Bentuk pengurusan program

Jenis pengurusan program

Proses pengurusan program

Tahap pengurusan program

Model pengurusan program

Kepentingan Bentuk

14

Page 15: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Pengurusan

Program Tahap

Model

Proses

Jenis

Objektif pembelajaran

Setelah mempelajari unit ini, diharapkan anda dapat:

1. Menerang dan membincangkan apakah pengurusan program.

2. Mengenalpasti dan menggalurkan bentuk, jenis dan proses pengurusan program.

3. Menjelas dan membincangkan perihal pengurusan program dam konteks

pembangunan sumber manusia.

Apakah pengurusan program

Secara asasnya pengururan program berlandaskan dua disiplin utama iaitu

pengurusan dan program. Apakah pengurusan? Menurut Griffin (1999) pengurusan ialah

satu set aktiviti yang merangkumi perancangan dan pembuatan keputusan, penyelarasan,

mengetuai dan pengawalan) yang secara terus kepada sumber-sumber yang berada dalam

15

Page 16: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

organisasi (manusia, kewangan, fizikal dan maklumat) di mana tujuannya adalah untuk

mencapai matlamat organisasi secara berkesan dan sempurna.

Sementara itu menurut Jaafar (1999), satu proses mengagihkan input-input

organisasi (termasuk sumber ekonomi dan kakitangan) dengan cara perancangan,

perorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuak tujuan mengeluarkan output (segala

barangan dan perkhidmatan) yagn diperlukan oleh pelanggan-pelanggan supaya objektif

organsiasi tercapai)

Apakah pula program? Menurut Sulaiman et. al. (1982), program ialah satu

koleksi keperluan atau sesuatu yang telah dirancang yang bertujuan untuk membawa

perubahan. Ianya merangkumi perancangan, perlaksanaan dan penilaian.

Manakala Maimunah (1999) menjelaskan program ialah satu sitri yang dirancang

dalam satu jangka masa tertentu dan dilakukan untuk mencapai matlamat dan perubahan

di kalangan masyarakat.

Program boleh didefinisikan sebagai satu siri aktiviti yang dirancang dalam

jangka masa tertentu dan dilakukan untuk mencapai matlamat dan perubahan dikalangan

masyarakat. Suatu program akan melibatkan stretagi perancangan,perlaksanaan usaha

yang telah dirancang dan penilaian ke atas hasil perlaksanaan.

Program boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.Boyle(1981) mengkategorikan

program kepada tiga jenis iaitu program pembangunan,program pendidikan dan program

penerangan. Program pembangunan merupakan asas dan tulang belakang kepada fungsi

sesebuah perkhimatan organisasi. Ia akan dibentuk berasaskan kepada masalah dan

perubahan masyarakat supaya meraka setara dan dapat mengubahsuai dengan perubahan

persekitaran yag sangat pesat.

16

Page 17: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Sementara itu, program pendidikan pula mengadakan aktiviti untuk membawa

perubahan dan kemajuan daripada aspek pemikiran dan komunikasi antara manusia di

kalangan individu. Penyampaian pengetahuan dijalankan oleh agen perubahan dan

disifatkan sebagai pendidik dan menjalankan aktiviti mengikut prinsip pendidikan

dewasa.

Program penerangan pula merupakan,memberi dan menyalurkan maklumat

seberapa banyak yang mungkin daripada sumber maklumat kepada penerima. Program

penerangan merupakan langkah penting yang dilakukan pada pering kat awal program

pembangunan atau program pendidikan. Program penerangan ini bertujuan memberi

pengetahuan,kesederan dan minat kepada penerima.

Di sini di sertakan juga beberapa pengertian perihal program iaitu:

a. Program disama ertikan dengan kurikulum (dalam konteks pendidikan formal di

sekolah), yang membawa maksud satu siri hasil pembelajaran berstruktur yang

ingin dicapai.

b. Program adalah lebih luas daripada pengertian kurikulum. Ia merupakan satu

produk/hasil dari aktiviti perancangan program iaitu pengajar dan pelajar terbabit.

c. Program adalah susunan aktiviti yang dijalankan untuk mencapai sesuatu

matlamat.

d. Program adalah satu kenyataan tentang situasi, objektif, masalah dan

penyelesaian.

17

Page 18: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Oleh yang demikian, pengurusan program bolehlah dikatakan sebagai satu proses

mengagih, mengurus, menggunakan segala input yang ada dalam organisasi untuk

melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan proses perancangan, perlaksanaan dan

penilaian terhadap aktiviti tersebut yang membawa perubahan sama ada kepada

kelopmpok sasaran atau mencapai matlamat organisasi.

Secara mudahnya pengurusan program seperti rajah di bawah:

Perancangan

Perlaksanaan

Penilaian

Kepentingan pengurusan program

1. Garis panduan melaksanakan sesuatu program

2. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu program

3. Merancang segala keperluan untuk melaksanakan sesuatu program

4. Melaksanakan segala apa yang dirancangkan

5. Menilai setiap perancangan dan perlaksanaan program

18

Page 19: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

6. Merangka pelan tindakan untuk program seterusnya

Proses pengurusan program

Proses pengurusan program sepatutnya berlaku secara terus menerus dan

bukanlah hanya dilaksanakan apabila dilihat ianya perlu sahaja. Malah, pengurusan

program bukanlah secara ad hoc. Ianya memerlukan perancangan yang rapi, bijak,

mengambil kira segala aspek: sumber, kemampuan, kebolehan dan kewangan, dan

diyakini boleh diimplimentasikan.

Pengurusan program mempunyai beberapa proses iaitu :

1. Perancangan

2. Perlaksanaan

3. Penilaian

Perancangan

Perancangan adalah proses paling awal sebelum sesuatu program itu boleh

dilaksanakan. Perancangan adalah satu proses memilih, menyusun dan membina aktivti

yang sesuai mengikut jadual yang tersusun.

Perlaksanaan

Perlaksaaan adalah satu proses melaksana, mengerja atau mengimplimentasi

segala aktiviti yang dirancang untuk mencapai objektif yang ditentukan.

Penilaian

Penilaian adalah peringkat di mana penganalisisan hasil dan keberkesanan sesuatu

program yang dilaksanakan menepati seperti mana yang dirancangkan. Hasil

perancangan juga akan menjadi input untuk program yang akan dirancang seterusnya.

19

Page 20: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Perancangan

Perlaksanaan

Penilaian

Konsep pengurusan program

Pengurusan program adalah satu topik yang telah diperkatakan oleh ramai orang

dan ramai pengkaji dan membawa maksud yang luas sejajar dengan pemahaman

individu. Pengurusan program adalah satu bidang yang luas dan mencakupi pelbagai segi

dan dimensi. Perkataan asas kepada pengurusan ialah urus dan perbuatannya pula ialah

pengurusan. Manakala orang yang melaksanakannya dipanggil pengurus. Pengurusan

program adalah satu aktiviti asas untuk membina, menbangun dan membentuk kehidupan

yang bermakna, bernilai dan mempunyai hala tuju.

Aktiviti dan kegiatan dalam pengurusan program adalah penumpuan untuk

pencapaian matlamat melalui pengunaan sumber yang dimiliki dan diadunkan dengan

persekitaran.

Terdapat pelbagai definisi yang mendefinisikan istilah ini. Ianya boleh

ditakrifkan dalam konteks yang luas seperti pengurusan program negara atau sesebuah

20

Page 21: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

organisasi yang besar. Malahan pengurusan program juga boleh dilihat dalam konteks

yang kecil seperti pengurusan diri, keluarga dan perniagaan sendiri.

Secara dasarnya pengurusan program boleh ditakrifkan sebagai satu rangka kerja

yang menunjuk dan menerangkan segala tindakan mempunyai matlamat dan memiliki

tujuan yang eksplisit.

Pengurusan program bukan sekadar mengurus sesuatu aktiviti atau sumber, tetapi

lebih jauh daripada itu, pengurusan program adalah segala aktiviti yang dirancang,

diambil dan dilaksanakan bermula dari peringkat perancangan hinggalah peringkat

penilaian. Proses ini melibatkan satu rangka tugas yang luas dan ianya menitikberatkan

faktor pencapaian matlamat.

Peranan pengamal sumber manusia dalam pengurusan program

Pengamal sumber manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab yang luas dan

besar sebagai agen yang bertindak secara langsung dalam pembentukan program dalam

usaha memaksimumkan potensi manusia yang berada dalam sesebuah organisasi. Secara

asasnya peranan yang perlu dimainkan oleh pengamal sumber manusia dalam

pembentukan program pembangunan sumber manusia ialah :

1. Sebagai penggerak (catalyst)

2. Sebagai pembantu proses (proses facilitator)

3. Sebagai pemberi penyelesaian (problem solver)

4. Sebagai penghubung sumber (resource linker)

Sebagai penggerak (catalyst)

Pengamal sumber manusia perlu mewujudkan satu situasi di mana individu berasa

tidak puas hati dengan apa yang sedia mereka miliki dan laksanakan dalam tugas

21

Page 22: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

seharian. Di mana sebagai agen perubahan, pengamal sumber manusia akan bertindak

dengan mengujudkan ketidakpuasan dengan menampakkan keperluan-keperluan untuk

berubah kepada individu.

Sebagai pemberi penyelesaian (proses facilitator)

Peranan utama yang kurang dihiraukan oleh pengamal sumber manusia ialah

sebagai pembantu dalam proses-proses penyelesaian masalah dan menaja sesuatu perkara

baru. Bantuan yang dapat disalurkan dalam bidang ini ialah :

1. Menunjukkan pelanggan cara mana menggali dan menentukan keperluan

mereka

2. Menentukan cara mana pelanggan dapat meneliti masalah dan menentukan

matlamat mereka

3. Menunjukkan cara mana mendapatkan sumber-sumber yang perlu dan yang

berkaitan dengan sesuatu penyelesaian

4. Menunjukkan cara mana memilih dan mencai penyelesaian

5. Menunjukkan cara mana memilih sesuatu penyelesaian untuk mengetahui

penyelesaian itu benar-benar memberikan kepuasan kepada mereka.

Sebagai penghubung sumber

Penyelesaian yang berkesan memerlukan pertemuan yang tepat di antara

keperluan dengan sumber-sumber yang berkaitan. Penghubung dalam konteks ini

bermaksud orang yang menyatukan orang ramai, membantu pelanggan mencari dan

menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang ada di dalam ataupun di luar system

mereka.

22

Page 23: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Sebagai pemberi penyelesaian

Mereka yang ingin membawa perubahan mempunyai gambaran yang jelas

mengenai perubahanyang ingin di bawanya. Selain memepunyai corak penyelesaian

yang khusus tentang masalah yang tertentu, mereka juga mahukan orang lain

mengamalkan penyelesaian itu.

Kebanyakkan pengamal sumber mansuia mengaanggap diri mereka sebagai

penyelesai masalah sahaja. Sebab itulah timbulnya kekecewaan apabila merek agagal

menyelesaian masalah yang tertentu.

Halangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam

memainkan peranannya dalam pengurusan program

1. Kerjasama

2. Komitmen diri

3. Gangguan dan tekanan dan campur tangan pihak tertentu

4. Peraturan dan tradisi

5. Iklim organisasi

6. Desakan masa

7. Batasan sumber

Aktiviti

Berdasarkan pengalaman anda:

1. Senaraikan ciri-ciri pengurusan program yang berkesan

2. Dengan menggambarkannya dalam bentuk gambarajah, tunjukkan perkaitan

peranan pengamal sumber manusia dalam pengurusan proagram

23

Page 24: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Penutup

Dalam unit ini kita telah berbincang mengenai apakah yang dikatakan pengurusan

program penmbangunan sumber manusia. Pemahaman asas ini adalah penting untuk

membolehkan kita memahami dengan lebih lanjut apakah sebenarnya pengurusan

program pembangunan sumber manusia. Hampir setiap orang berpengalaman menyertai

mana-mana program yang dianjurkan sama ada oleh organisasi tempat bertugas,

masyarakat setempat ataupun mana-mana program yang dianjurkan oleh pihak

pemerintah ataupun swasta.

Ringkasan

Perkara penting yang anda perlu faham selepas mengikuti unit ini ialah:

1. Pengurusan program adalah satu konsep yang luas.

2. Terdapat beberpa peranan yang perlu dimainkan oleh pengamal sumber manusia

dalam pengurusan program.

3. Tiga konsep asas pengurusan program ialah perancangan, perlaksanaan dan

penilaian.

4. Pengurusan program secara konseptualnya lebih luas daripada kurikulum.

5. Pengurusan program sepatutnya fleksibel.

Rujukan

1. Boyle, P.G. (1981). Planning better programs. USA: Mc Graw-Hill Book

Company.

2. Griffin, R. W. (1999). Management (6th. Ed.). USA: Houghton Miffin Company.

24

Page 25: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

3. Jaafar, M. (1999). Asas pengurusan (2nd. Ed.). Kuala Lumpur: Printmate Sdn.

Bhd.

4. Sulaiaman M. Yassin, Raja Ahmad Tajuddin Syah, Alang Perang Zainuddin,

Azahari Ismail, Saiden The, Mohd. Nasir Ismail, zaharah Susan, Abu Daud

Silong, Ng Choon Sim & Mariam Mujie Keregero (1982). Programming: ASEAN

modular training program for trainers of population and development personnel in

extension methods and technique.

Unit 2: Ide-ide utama perencanaan program

Pendahuluan

Perencanaan program telah dibicarakan oleh ramai penulis dan perancang

program pembangunan terutamanya yang terlibat secara langsung dalam merancang,

melaksana dan menilai program-program pembangunan dan pengembangan khususnya

untuk aktiviti pembangunan sumber manusia. Dalam konteks Malaysia, kerja-kerja

25

Page 26: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

perencanaan program giat dilaksanakan dalam tahun-tahun 70-an dan 80-an khususnya

untuk membantu para petani luar Bandar dalam merangka strategi bagaimana

meningkatkan taraf kehidupan. Universiti Pertanian Malaysia (UPM) mempunyai sebuah

unit khas dalam tugas-tugas sebegini dan agen-agen pengembangan bertindak sebagai

perancang, pelaksana dan penilai terhadap setiap program yang secara khususnya dapat

membantu membangunkan sumber manusia dalam mana-mana kelompok yang

dikenalpasti.

Justeru perencanaan program bukanlah satu perkara baru dalam konteks Malaysia,

maka banyak ide-ide telah difahami dan diguna pakai khususnya untuk lebih memahami

apakah perencanaan proagram. Setiap ide yang dikemukakan mempunyai keistimewaan

tersendiri dan lazimnya dibangunkan berlandaskan pemahaman, pengalaman dan

perkembangan dan juga berkait rapat dengan persekitaran setempat dan keperluan

manusia.

Dalam unit ini kita akan berbincang beberapa ide yang selalu diimplimentasikan

dalam perencanaan program dan setiap ide memiliki kelebihan dan keistimewaan

tersendiri. Namun, sebelum kita memahami ide-ide utama dalam perencanaan program

adalah penting untuk kita memahami beberapa perkara asas perihal perencanaan program

iaitu konsep perencanaan, perubahan dan inovasi.

Tajuk-tajuk dalam unit ini

Konsep perencanaan program Perubahan Inovasi Ide Tyler Ide Boone Ide Freirie

26

Page 27: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Ide Houle Ide Boyle Ide Taylor

Objektif pembelajaran

Setelah mengikuti unit ini diharapkan anda dapat:

1. Mengenalpasti ide-ide asas dalam perencanaan program.

2. Mengenalpasti dan memahami konsep asas perencanaan program

3. Mengenalpasti proses perubahan dan inovasi dalam perencanaan program.

4. Menyenarai dan membincangkan bentuk perencanaan program berdasarkan ide-

ide penulis tertentu.

5. Memahami dan mengenalpasti bentuk perencanaan program berdasarkan cirri-ciri

yang membezakannya antara satu ide dengan ide lain.

Konsep perubahan

Perubahan adalah satu fenomena dalam kehidupan manusia. Sama ada disedari

atau tidak, manusia sentiasa mengalami perubahan. Perubahan adalah perlu dan menjadi

pra syarat dalam manamana pembentukan program khususnya yang berkaitan dengan

pembangunan sumber manusia.

Dengan perkembangan pesat dalam kehidupan dan kecanggihan teknologi,

individu bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan perubahan, malahan lebih penting

adalah untuk bersedia atau bersiap untuk menerima perubahan.

27

Page 28: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Apakah perubahan

Perubahan adalah kompleks. Ianya berlaku dalam pelbagai aspek dan dengan

kadar yang berlainan. Ada yang berlaku engan sekelip mata dan ada yang memerlukan

masa yang lama. Ada perubahan yang boleh dilikat dan ada perubahan yang tidak boleh

dilihat.

Tidak semua perubahan mmendatangkan kesan positif kepda manusia. Hanya

perubahan yang berlaku mengikut perancangan yang dikehendaki sahaja yang akan

menjamin kebaikkannya.

Banyak perubahan yang berlaku di luar jangkaan dan jangkauan manusia dan

ianya berlaku secara evolusi. Banyak juga perubahan yang berlaku secara tidak sengaja.

Oleh itu, kesan daripada perubahan yang berlaku tidak dapat dipastikan. Dalam konteks

perubahan dalam pembangunan sumber manusia, kita tidak boleh berharap sangat

perubahan yang berlaku secara evolusi kerana bukan sahaja kesannya sukar untuk

dikenalpasti, malahan juga ianya memerlukan masa yang panjang. Oleh itu dalam

pembentukan prohgram pembangunan sumber manusia, adalah perlu perubahan yang

diinginkan, direncanakan agar skop, had dan jangkamasa sesuatu perubahan itu dpat

ditentukan.

Perubahan berencana

Setiap usaha yang dilakukan dalam pembangunan sumber mansuia perlulah

berinspirasikan perubahan berencana. Mengikut Lippit (1996), perubahan berencana

adalah satu usaha yang dilakukan dengan sengaja dan teliti untuk memperbaiki sesuatu

28

Page 29: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

system dan mendapatkan bantuan dari agen luar untuk membawa kemajuan. Pada

pendapat Bennis et. al pual perubahan berencana adalah satu usaha yang secara sedar,

disengajakan dan bersepadu untuk memperbaiki operasi system manusia, sama ada

system diri, system social atau system budaya melalui penggunaan pengetahuan yang

sesuai.

Model perubahan berencana

Terdapat banyak model yang membicarakan perihal perubahan berencana.

Walaubagaimana pun, terdapat tiga model yang begitu popular yang secara langsung

cukup jelas memperihalkan perubahan berencana iaitu :

Model Kurt Lewin

Beliau menyarankan tiga peringkat dalam perubahan berencana iaitu:

1. Mencair (unfreezing)

2. Berubah ke tahap baru (refreezing)

3. Membeku pada tahap baru (freezing)

Model Lippitt

Terdapat tujuh peringkat dalam model ini yang mengandungi :

1. Wujud keperluan untuk berubah

2. Wujudkan hubungan di antara agen pengembangan dan penerimaan

3. Mengenalpasti masalah

4. Mentuk matlamat

5. Laksanakan rancangan

29

Page 30: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

6. Membeku atau menstabilkan perubahan

7. Memeutuskan hubungan berkaitan dengan perubahan tersebut

Model Ralph Tyler

Dalam merangka model yang diasaskan kepada model pembentukan kurikulum,

beliau telah mengemukakan empat persoalan iaitu :

1. Objektif pembelajaran yang hendak dicapai

2. Pengalaman pembelajaran yang patut dipilih

3. Menyusun pengalaman pembelajaran

4. Menilai objektif

Jenis-jenis perubahan

1. Perubahan individu

Individu adalah unit asas sesuatu system social. Individu berubah dari segi

pengetahuan, sikap dan kemahiran

2. Perubahan kumpulan

Perubahan dari segi perhubungan antara individu –individu dalam sesuatu

kumpulan

3. Perubahan budaya

Merangkumi perubahan dari segi nilai, norma, tradisi dan moral sesuatu system

sosial

4. Perubahan politik

30

Page 31: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Menitikberatkan perubahan pada undang-undang yang mempengaruhi elemen-

elemen sesuatu system social

5. Perubahan teknologi

Perubahan ini dirangka untuk memperbaiki serta produktiviti dalam sesuatu

sistem social

6. Perubahan ekonoomi

Perubahan ekonomi mempengaruhi keupayaan sesuatu system untuk mencapai

matlamatnya.

Sementara itu Steele (1967) membahagikan perubahan kepada dua kategori utama

iaitu perubahan persekitaran dan perubahan pendidikan

1. Perubahan persekitaran

Perubahan yang diusahakan oleh manusia untuk mengubah keadaan fizikal, social

dan ekonomi tempat meeka tinggal

2. Perubahan pendidikan

Kadangkala diistilahkan sebagai perubahan perlakuan iaitu perubahan yang

berlaku dalam diri mansuia. Perubahan pendidikan dipecahkan kepada tiga iaitu :

a. Perubahan amalan

Perubahan pada perlakuan amalan seseorang. Perubahan ini boleh dilihat

b. Perubahan pembangunan

Perubahan dari segi kebolehan, personality atau keperibadian seseorang

untuk menjadi seorang yang lebih bernilai

31

Page 32: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

c. Perubahan pembelajaran spesifik

Perubahan dari segi pengetahuan, sikap dan kemahiran seseorang.

Strategi perubahan

Setiap usaha yteknologi atau inovasi yang hendak disarankan dan perubahan yang

hendak di bawa, ianya bertujuan untuk membawa kebaikan kepada masyarakat.

Persoalannya mengapakah terdapat individu yang menolak perubahan. Antara sebab

individu menolak perubahan ialah:

1. Tanggapan yang berbeza berkaitan dengan perubahan. Walaupun pada

pandangan pengamal sumber manusia, perubahan itu baik kepada kepada

kelompok sasaran, tapi individu mungkin mempunyai tanggapan yang berbeza.

2. Matlamat projek/program yag tidak jelas. Keadaan ini akan menimbulkan banyak

persoalan dalam diri individu/kelompok sasaran.

3. Individu terlalu terikat dengan tradisi lama. Apabila sesuatu perubahan itu

berentangan dengan tradisi lama, individu akan menentangnya.

4. Faedah yang bakal diperolehi tidak banyak bezanya dengan keadaan yang ada.

5. Masyarakat rasa selesa dengan keadaan yang sedia ada. Tiada keperluan untuk

berubah.

6. Perubahan mungkin mengakibatkan risiko yang tinggi, terutama kepada

masyarakat yang berpendapatan kecil atau miskin.

7. Masyarakat tidak faham dengan punca masalah. Justeru itu individu tidak nampak

bahawa sebenarnya usaha-usaha yang dibuat adalah ke arah menyelesaikan

masalah mereka.

32

Page 33: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

8. Pengalaman lepas yang pahit dan banyak menemui kegagaloan akan

menyebabkan masyarakat merasa sangsi dan curiga terhadap perubahan.

Penerimaan inovasi

Penerimaan inovasi adalah satu proses mental yang dilalui oleh individu dalam

membuat keputusan terhadap inovasi. Inovasi berlau adalah dalam satu corak tertentu

yang mempunyai enam peringkat iaitu :

1. Kesedaran – peringkat awal dalam proses penerimaanguna inovasi. Individu

didedahkan kepada kewujudan sesuatu inovasi.

2. Minat – setelah mengetahui akan adanya sesuatu inovasi, diperingkat ini individu

akan berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang inovasi tersebut bagi

membolehkan beliau membuat pertimbangan di peringkat seterusnya.

3. Penilaian – berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang diperolehi, individu

akan membuat pertimbangan secara mental, dari segi kesesuaian serta faedah

perbandingan inovasi tersebut terhadap beliau. Sekiranya penilaian positif di

capai, proses ini akan berterusan.

4. Percubaan – biasaya individu akan mencuba inovasi tersebut secara kecil-kecilan

untuk melihat kesan sebenar dari penggunaan inovasi itu.

5. Amalan – berdasarkan kepada hasil percubaan yang dibuat, individu akan

mengambil keputusan sama ada untuk mengamal atau menolak inovasi tersebut.

Perlu dijelaskan di sini bahawa penolakan boleh berlaku pada setiap peringkat,

dari peringkat kesedaran lagi.

33

Page 34: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

6. Integrasi – individu akan mencapai peringkat ini sekiranya amalan menjadi sebati

dengan dirinya. Beliau juga dapat menggunakan pengalaman serta pembelajaran

yang diperolehi tentang sesuatu perkara untuk digunakan dalam situasi yang

berlainan.

Ide-ide utama perancangan program

Pendahuluan

Terdapat banyak tokoh akademik yang membicarakan perihal perencanaan

program. Setiap satunya memiliki kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Seterusnya

kita akan membicarakan ide-ide daripada beberapa tokoh yang popular. Secara

mudahnya, boleh dilihat berdasarkan rajah di bawah.

Tyler Boone

Freirie

Ide-ide utama/

Tokoh

Houle

34

Page 35: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Boyle

Taylor

Ide Tyler

Tyler merupakan antara pelopor dalam pembentukkan program. Beliau

memfokuskan ide, pandangan dan penulisannya dalam pembentukkan program dalam

kontek pembentukkan program pendidikan. Ide-ide yang dikemukakan oleh Tyler

banyak mempengaruhi ide perancang-perancang prigram.

Tyler dalam penulisannya mengemukakan empat konsep asas dalam pembentukkan

program iaitu:

1. Objektif

2. Pengalaman pembelajaran

3. Penyusunan

4. Penilaian

35

Page 36: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Objektif

Menurut Tyer dalam mana-mana pembentukkan program, objektif menjadi tulang

belakang dan seterusnya menjadi pemandu dalam memastikan kejayaan dan

kesempurnaan sesuatu program.

Oleh yang demikian, Tyler menyatakan bahawa sebelum sesuatu objektif program

dibentuk, beberapa perkara perlulah difahami dan dikenalpasti untuk memastikan

Objektif yang dibangunkan adalah sejajar dengan kelompok sasaran. Perkara-perkara

tersebut ialah:

1. Kepentingan objektif

2. Keperluan objektif

3. Pengalaman pembelajaran yang hendak disalurkan

4. Permudahkan objektif agar ianya doleh direalisasikan

5. Mengambarkan perancangan boleh dibuat sebaik mungkin

6. Panduan untuk merancang segala aktiviti dalam program

Malahan Tyler juga menyatakan bahawa beberapa perkara perlulah dititikberatkan

dalam pembentukkan objektif program iaitu:

1. Bagaimana tentukan objektif

2. Kepentingan objektif

3. Kemungkinan kejayaan program yang dirancang

4. Apakah objektif program memenuhi keperluan peserta

36

Page 37: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Bukanlah satu yang mudah menurut Tyler untuk membangun dan membentuk

objektif program. Setiap aspek perlu diambil kira dan diteliti. Oleh yang demikian

beliau menyatakan bahwa perkara-perkara berikut perlulah sentiasa difikirkan iaitu:

1. Bagaimana capai objektif

2. Bagaimana objektif disusun

3. Bagaimanakah penglibatan yang dfitunjukkan oleh peserta dan penganjur

program

4. Apakah tujuan pengalaman yang ingin disampaikan dalam program

5. Peluang merenung kembali objektif yang dibentuk

Pengalaman pembelajaran

Dalam konteks pengalaman pembelajaran, Tyler menyatakan bahawa

pembentukkan sesuatu program perlulah memberikan pengalaman pembelajaran yang

bermakna kepada peserta. Pengalaman pembelajaran menurut Tyler perlulah

merangkumi perkara berikut iaitu:

1. Apakah aktiviti yang dirancang membawa perubahan tingkahlaku peserta

2. Apakah aktiviti pembelajaran yang dirancang membawa kepuasan kepada peserta

3. Bagaimanakah aktiviti yang dirancang mampu menghasilkan tindak balas dan

akhirnya pengalaman pembelajaran boleh dicapai

4. Pengalaman yang dilalui sepanjang program akan memberikan hasil yang

bermakna

37

Page 38: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Penyusunan

Penyusunan aktiviti dalam program yang dibangunkan akan menentukan sama

ada objektif dan pengalaman pembelajaran boleh direalisasikan atau tidak. Justeru itu

Tyler melihat bagaimana penyusunan aktiviti adalah penting. Oleh yang demikian beliau

menyarankan bahawa penyusunan aktivit dalam sesuatu program yagn dibangunkan

perlulah mengambilkira perkara –perkara berikut iaitu:

1. Mendatangkan kegunaan dan akhirnya membentuk kemahiran yang bermakna

2. Penyusunan mestilah mampu memberi dan memudahkan penyaluran maklumat

3. Dapat mengenalpasti dan menentukan sikap social kelompok peserta

4. Berlandaskan minat peserta

5. Penyusunan organisasi –untuk mengukukuhkan pengalaman pembelajaran

6. Mengenalpasti hubungan, kesinambungan, turutan dan integrasi dalam

penyusunan aktiviti

Penilaian

Tyler dalam idenya juga menekankan bagaimana pentingnya penilaian dalam

sesuatu program yang dibangunkan. Menurut beliau, dalam setiap program, penilaian

akan memainkan peranan yang tersendiri khususnya untuk menentukan sama ada objektif

yang telah dibentuk itu, dalam perlaksanaannya; berjaya atau tidak. Oleh yang demikian,

Tyler telah menyatakan kenapa penilaian penting iaitu:

1. Untuk mendapatkan maklumbalas daripada peserta mengenai program, aktiviti

dan perlaksanaan

2. Mengenalpasti apakah objektif program tercapai atau tidak

38

Page 39: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

3. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program

4. Sebagai bukti bahawa wujudnya perubahan tingkahlaku dari pada peserta

5. Sebagai prosedur untuk pembentukkan objektif untuk program seterusnya

Malahan menurut Tyler, penilaian perlulah dilakukan sepanjang masa dan bukan

sahaja setelah selesainya sesuatu program.

Ide Boone

Boone (1985) menyatakan bahawa pembinaan program adalah satu proses yang

memiliki asas yang luas dan kompleks. Tujuan utama pembentukkan program adalah

menghasilkan perubahan tingkahlaku sama ada dalam system dan perubahan kelakuan di

kalangan peserta. Pembinaan program adalah suatu proses yang dinamik, berterusan,

memiliki kitaran dan ianya memerlukan usaha dan penglibatan yang berterusan daripada

semua pihak. Penglibatan menyeluruh dan berterusan daripada semua pihak adalah

penting dalam memastikan sesuatu program yang dirancang mencapai objektif seperti

mana yang direncanakan.

Boone telah mengemukakan beberapa andaian dalamperancangan program iaitu:

1. Program haruslah menumpukan kepada perubahan kelakuan individu, kumpulan

pelajar dan system

2. Pembinaan program adalah satu proses pembuatan keputusan

3. Pembinaan program adalah satu usaha yang beterusan yang menggabungkan

organisasi pendidikan dan pelajar

4. Pembinaan program adalah satu system di mana setiap bahagian saling

bergantungan

39

Page 40: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

5. Maklum bals amat penting dalam pembinaan program kerana dengan maklum

balas setiap kelemahan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan keberkesanan

program

Langkah utama dalam perancangan program

Perancangan

Adalah proses awal dalam pembinaan program. Proses ini bermula dengan

mengenalpasti keperluan sesuatu program dengan dilakukan penyelidikan atau analisis ke

atas kumpulan sasaran.

Rekabentuk dan perlaksanaan

Peringkat ini ialah di mana langkah menyediakan kaedah (metodologi) untuk

melaksanakan program dengan berkesan dilakukan. Seterusnya dengan menggunakan

metodologi yang telah dirangkakan itu dalam mengendalikan program yang

dirancangkan.

Penilaian dan akauntabiliti

Aspek penilaian pembinaan program pula difokuskan kepada menilai

keberkesanan program yang dijalankan berdasarkan penentuan sama ada objek program

tercapai atau tidak. Boone mencadangkan agar penilaian ditum[pukan kepada penilaian

perubahan tingkahlaku dikalanganpeserta bila mana mereka menyertai program. Data-

data yang didapati dalam proses penilaian ini boleh digunakan untuk menentukan

sebarang bentuk kelemahan yang ada dan dengan itu ianya akan menjadi asas dalam

pengubahsuaian atau penambahbaikkan program akan datang.

40

Page 41: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

1.6 : Ide Houle

Ide dan konsep dalam pembinaan program

Mengenalpasti aktiviti/program Keperluan aktiviti dikenalpasti pendidikan yang diperlukan dari rasa keperluan individu,

kumpulan dan institusi

Membuat keputusan untuk Pertimbangan perlaksanaan program, melaksanakan program sumber dan bagaimana capai objektif

Mengenalpasti dan memilih Pembinaan dan pemilihan objektifobjektif yang sesuai pastikan halatuju program berdasar

Kan matlamat

Membina format program Pertimbangan kepada sumber, ketua,

41

Page 42: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

yang akan dilaksanakan kaedah, jadual, turutan, peneguhan Sosial, peraturan, pertalian, criteriaPenilaian dan kesahihan reka bentuk

Menyesuaikan format program Format program disesuaikan dengan dengan realiti individu, kumpulan corak kehidupan berdasarkan dan institusi bimbingan, cara hidup, kewangan

dan interpretasi individu, kumpulandan institusi

Melaksanakan program Laksanakan semua pendekatandalam program yang dirancang

Pengukuran dan penilaian Penilaian kepada program yangProgram yang dilaksana. Tumpuan

pada tentukan objektif tercapai atau tidak. Hasil penilaian digunakan untuk merangkan strategi baru program jika perlu

Ide Freire

Dalam buku ‘Pedagogi Kaum Penindas’ Freire mengemukakan ide dan

pandangannya bagaiman membangunkan ssatu program yang khusus untuk menentang

ide dan ideology kaum penindas yang sentiasa berusaha memastikan penguasaan dan

kekuasaan mereka dikekalkan.

Menurut Freire alat paling berkesan untuk berhadapan dengan golongan tertindas

daripada kaum penindas ialah program mempedagogikan manusia. Proses

mempedagogikan manusia ialah satu program di mana pemimpin revolusianari

mengamalkan konsep pendidikan ‘tujuan bersama’.

Freire mensifatkan konsep dan pembentukan program pendidikan kaum penindas

adalah berkonsepkan ‘bank’ iaitu guru hanya menyampaikan segala perancangan

42

Page 43: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

program pendidikan yang telah dibentuk iaitu guru bertindak sebagai pendeposit

manakala pelajar adalah penerima deposit tanpa pelajar mempunyai peluang dan ruang

untuk mengeluarkan ide secara kritis dan melakukan sebarang ingkuiri.

Freire mencadangkan pembinaan program berasaskan pedagogi pendidikan paling

berkesan untuk kaum tertindas adalah melalui ‘dialog’. Dalam konteks ini semua

perancang program perlulah mengadakan beberapa siri dialog dengan subjek (kaum

tertindas) iaitu individu yang akan menerima program yang dirancangkan itu.

Maklumbals yang diterima daripada siri dialog yang dilakukan digunakan dalam proses

penyiasatan dan seterusnya membangunkan tema-tema generatif dan dari tema-tema

generatif itu kemudiannya perancang program membentuk kodifikasi iaitu

membahagikan tema-tema kepada tema yang lebih spesifik dalam pembentukkan

program.

Freire telah mengemukakan dua pendekatan dalam pembentukkan program iaitu:

Tindakan antidialogikal

Merupakan pendekatan yang diambil oleh kaum penindas untuk merencanakan

aktiviti dalam program yang dibentuk kepada golongan tertindas. Konsep ‘bank’ menjadi

asas dalam tindakan ini. Tindakan antidialogikal mengandungi merangkumi beberapa

cirri iaitu:

1. Penaklukkan

2. Pisah dan perintah

3. Manipulasi

4. Pencerobohan budaya

Tindakan dialogikal

43

Page 44: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Merupakan pendekatan program yang menekankan konsep ‘ pendidikan tujuan

bersama’. Di mana komunikasi menjadi elemen dan agen utama dalam menyalurkan

sebarang maklumat dan seterusnya menjadi intipati kepada pendekatan ini. Malahan

komunikasi menjadi asas utama dalam pembentukkan program. Antara cirri-ciri dalam

pendekatan ini ialah:

1. Kerjasama

2. Perpaduan

3. Organisasi

4. Sintesis budaya

Ide Boyle

Boyle (1981) mengemukakan satu bentuk pengurusan program yang tersendiri

apabila membicarakan perihal pembentukan program. Secara mudahnya ide Boyle ini

dapat digambarkan seperti berikut:

1. Mengenalpasti rasional program

2. Mengkaji situasi

3. Merangka objektif

44

Page 45: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

4. Mengenalpasti sumber dan sokongan

5. Merangka jadual aktiviti

6. Melaksanakan aktiviti

7. Melihat akauntabiliti program

8. Mendokumenkan hasil penilaian

Ide Taylor

Dikenali juga sebagai ‘Bapa Pengurusan Saintifik’

Idea utama :

Taylor telah mengemukakan beberapa ide utama dalam perancangan program

yang mengkhusus kepada aspek pengurusan. Ide-ide utama tersebut ialah:

4. Tingkatkan daya pengeluaran melalui kecekapan lebih tinggi

5. Pembayaran lebih tinggi kepada pekerja mengguna kaedah saintifik

6. Tekankan penggunaan sains

7. Mencipta kerjasama

45

Page 46: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

8. Keharmonian kumpulan

9. Mencapai output maksimum

10. Memajukan pekerja

11. Kerja harian yang saksama

12. Bayaran harian yang saksama

Perspektif prinsip

Malahan Taylor juga telah mengemukakan satu gagasan bagaimana untuk

menjadikan sesuatu pengurusan itu khusunya yang berkaitan dengan sumber manusia

boleh mencapai output yang maksimum. Taylor menamakannya sebagai prinsip yang

perlu dititikberatkan agar, bukan sahaja output dapat ditingkatkan; malahan dalam masa

yang sama sumber manusia yang ada dalam sesuatu organisasi itu turut mendapat

manfaat daripadanya. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

1. Gantikan peraturan kebiasaan dengan sains (pengetahuan teratur)

2. Dapatkan keharmonian dalam tindakan kumpulan, bukan perbalahan

3. Capai kerjasama manusia, bukan individualisme

4. Kerja untuk output yang maksimum, bukan output yang terbatas

5. Bentuk semua pekerja capai tahap pencapaian paling tinggi untuk kemewahan

diri dan syarikat

Konteks Skop Falsafah Perspektif Bidang Tema Lain-lain

46

Page 47: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Tyler Asas,

Permulaan,

Tinggi

Kurikul

um

pendidi

kan/

progra

m

Turutan

logic

Pembangunan

kurikulum

yang formal

Rasionaliti

Formaliti

Pembang

unan

kurikulu

m

pendidika

n dewasa

secara

formal

4 soalan

asas

Kekuatan

falsafah

formal

khusus kepada

individu

berasaskan nilai

sistematik

Boone Pendidikan

dewasa,

Houle

Freire

Aktiviti

1. sama ada melalui pengalaman sendiri ataupun dengan menyertai

Penutup

Dalam unit ini kita telah berbincang apakah yang dikatakan perubahan dan

kenapa perubahanitu penting. Malahan kita juga telah membincangkan ide-ide tokoh

tertentu yang menyatakan perihal pengrusan program. Adalah penting untuk memahami

ide-ide ini untuk membolehkan kita menganalisis apakah yang dimaksudkan dengan

pengurusan program pembangunan sumber manusia sebenarnya.

Ringkasan

47

Page 48: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

1. Perubahan sentiasa berlakusama ada dirancang atau tidak.

2. Perubahan secara dasarnya melibatkan konsep KASA.

3. Terdapat banyak ide mengenai pengurusan program.

4. Setiap ide mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

5. Pemahaman mengenai ide-ide asas akan memudahkan dilakukan penganalisisan

terhadap sesuatu pengurusan program.

Rujukan

Boyle, P. G. (1981). Planning better programs. New York : Mc Graw Hill book Company.

Fessler, D. F. (1976). Facilitating community change.

Lippitt, G. L. (9166). Overcoming human resisitance to change. A paper presented at the second national extention workshop in community resource development. Michigan state university.

Steele, S. (1967). The nature of the changes that are our responsibility. A paper presented at the new extension worker’s conference.

Tyler, R. W. (1964). Basic principles of curriculum and instruction.

Freire, P. (1970). Pedagogy of the oppressed. New York: Seabury Press.

Boone, E. J. (1985). Developing programs in adult educatuion. New Jersey: Prentice-

Hall.

Houle, C. O. (1972). The design of eduation. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

48

Page 49: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Unit 3: Perencanaan program

Pendahuluan

Perencanaan program meliputi tiga aspek ataupun peringkat penting yang perlu

dibuat dengan teliti jika kita berkehendakkan sesuatu program itu berjaya dan berkesan.

Aspek-aspek tersebut ialah :

a. Perancangan

b. Perlaksanaan

c. Penilaian

Ketiga-tiga aspek tersebut sangat penting dalam proses perencanaan program.

Proses-proses ini saling berkaitan dan setiap satunya perlulah diberikan penekanan yang

sama supaya sesuatu program itu akan mencapai kejayaan sepenuhnya.

49

Page 50: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Tajuk-tajuk dalam unit ini

Apakah perencanaan program

Konsep perencanaan program

Kepentingan perencanaan program

Falsafah perencanaan program

Pengisian perencanaan program

o Perancangan program

o Perlaksanaan program

o Penilaian program

Dokumen program

Model perencanaan program

Definisi Konsep

Kepentingan

Falsafah

Perencanaan

Program

50

Page 51: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Perancangan

Pengisian

Perlaksanaan

Penilaian

Dokumen

Modul

Objektif pembelajaran

Di akhir unit ini dharapkan anda dapat:

1. Menerangkan apakah perencanaan program

2. Meyenaraikan kepentingan perencanaan program

3. Membangunkan atau membentuk satu dokumen program yang sesuai

Apakah perencanaan program

Perencanaan program adalah satu proses yang berterusan atau satu siri tindakan

serta keputusan yang diambil oleh perancang beserta dengan wakli-wakli penerima

(kelompok sasaran) yang terlibat dengan program yang diaturkan.

Dalam satu konsep yang lain, perencanaan program adalah satu proses pendidikan

yang berterusan di mana proses merancang, melaksana dan menilai adalah komponen-

komponennya. Proses pendidikan yang dimaksudkan di sini adalah satu proses

51

Page 52: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

membentuk kesedaran di kalangan penerima tentang alternatif – alternatif, peluang-

peluang dan pilihan-pilihan yang terbuka kepada mereka supaya mereka boleh membuat

keputusan sendiri. Keputusan dan tindakan yang di ambil dalam proses merencana

sesuatu program adalah hasil daripada penglibatan penerima.

Penglibatan penerima dalam proses perencanaan program akan menjadikan

mereka merasa bahawa program itu adalah program mereka sendiri dan akan merasa

lebih bertanggungjawab terhadap tindakan yang perlu diambil semasa perlaksanaan

program.

Dengan erti kata lain, perencanaan program mestilah dibuat bersama penerima

kerana perencanaan program adalah satu proses membuat keputusan berkenaan dengan

perubahan yang ingin di bawa untuk memperbaiki keadaan penerima. Oleh itu program

yang dikendalikan perlulah berasaskan pendidikan dengantujuan untuk membimbing

penerima kearah kesempurnaann hidup melaui perubahan dari segi pengetahuan, sikap,

kemahiran dan inspirasi.

Konsep perencanaan program

1. Mewujudkan satu struktur organisasi ( kumpulan, jawatankuasa atau ‘task force’)

untuk menganalisis, mentafsir serta membuat keputusan tentang keadaan yang

wujud serta mengenalpasti sumber-sumber ( fizikal, masa, tenaga dan kepakaran)

yan g ada, keperluan dan masalah

2. Menentukan keutamaan mengenai keperluan dan masalah yang perlu diberi

perhatian atau diambil tindakan dengan cepat

3. Membentuk objektif yang ingin dicapai berdasarkan keperluan/masalah utama

52

Page 53: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

4. Merancang rangka tindakan dengan mengambil kira sumber-sumber serta

sokongan yang ada untuk mencapai objektif program yang berkesan

5. Melaksanakan program mengikut rangka atau rancangan kerja yang telah diatur

6. Menilai program – dari peringkat awal hinggalah peringkat akhir program serta

menentukan sama ada program patut diteruskan, diubahsuai atau diberhentikan

7. Melaporkan hasil pencapaian program kepada pihak majikan yang membiayai

projek, masyarakat/ perserta yang terlibat serta individiu lain yang berminat

Kepentingan perencanaan program

1. Membuat pertimbangan yang teliti tentang apa dan mengapa hendak membuat

sesuatu.

2. Membentuk objektif yang akan menjadi asas untuk menilai pencapaian atau

kemajuan.

3. Ruang untuk memilih antara masalah penting dengan masalah kurang penting.

4. Mengenalpasti potensi serta sumber yang ada dan memastikan penggunaan

sumber yang berkesan.

5. Membantu dalam proses pembangunan kepemimpinan.

6. Mengelakkan masa dan wang serta meningkatkan keberkesanan.

7. Membentuk penerusan.

Ciri-ciri umum perencanaan program

1. Dibentuk berdasarkan analisis data tentang sesuatu situasi

2. Mempunyai objektif yang jelas dan sempurna

53

Page 54: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

3. Mengambil kira nilai-nilai sosiobudaya kumpulan sasaran

4. Berterusan dan berteraskan pendidikan

5. Penggalakkan penglibatan aktif kumpulan sasaran

6. Mempunyai satu rancangan kerja yang terperinci tetapi memiliki ruang untuk

sebarang pengubahsuaian

7. Mewujud dan menggalakkan penyelarasan di antara pihak-pihak yang terlibat

8. Mempunyai skop yang luas

9. Proses penilaian yang berterusan

Ciri-ciri program yang baik

1. Penglibatan organisasi dan individu

Sebelum membentuk sesuatu program haruslah diketahui apakah

penekanan organisasi , peranan dan penglibatan individu.

2. Penganalisisan situasi

Untuk merencana sesuatu program mestilah berdasarkan maklumat-

maklumat asas mengenai penerima di mana program akan dilaksanakan.

Menganalisis situasi akan mendedahkan keperluan, kepentingan program,

rintanga-rintangan yang mungkin dilalui, sumber-sumber setempat yang

boleh didapati dan kebolehan sendiri untuk melaksanakannya.

3. Penentuan objektif program

Objektif am program harus menyatakan apakah yang ingin dicapai atau

diperbaiki dari segi material, kerohanian, social, kebudayaan atau keadaan

sekeliling; dan apakah bukti yang boleh digunakan untuk menentukan

bahawa objektif tersebut dicapai. Dalam menentukan objektif program,

54

Page 55: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

harus juga difikirkan apakah kesan-kesan dari objektif tersebut ke atas

penerima. Objektif-objektif yang lebih khusus dan spesifik akan

ditentukan dalam peringkat pembentukkan program. Untuk mengadakan

satu program yang baik, haruslah disediakan dokumen program yang

membentangkan secar kasar latar belakang program (dari penganalisisan

situasi) dan juga objektif program secar am.

4. Penentuan keperluan sumber dan sokongan

Sesuatu program yang baik memerlukan sumber-sumber (tenaga, masa,

kewangan dan bahan-bahan tertentu) dan juga sokongan-sokongan dari

semua pihak yang terlibat. Juga perlu ditentukan sumber-sumber untuk

program tersebut dan pastikan sumber-sumber tersebut ada apabila

diperlukan. Begitu juga dengan sokongan yang harus diperolehi. Harus

juga diperbincangkan tentang penglibatan individu yang tertntu dan

berkaitan dengan program tersebut untuk mendapatkan sokongan yang

memuaskan.

5. Penyusunan program

Ianya satu tugas untuk menghubungkan objektif am denganpenerima yang

ingin didampingi dan juga menentukan kaedah bagaimana untuk

mendekati mereka. Tugas ini termasuklah menentukan isi kandungan

secar kasar yang sesuai dengan masalah atau keperluan penerima.

Tentukan juga kaedah yang akan digunakan bersesuaian dengan masalah

ataupun keperluan pembelajaran penerima.

6. Penyediaan jadual kerja

55

Page 56: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Jadual kerja patut disediakan untuk membentangkan kegiatan-kegiatan di

sepanjang program dijalankan. Aspek-aspek yang perlu ada dalam jadual

kerja ialah:

i. Pengalaman pembelajaran yang spesifik

ii. Objektif-objektif yang spesifik

iii. Sumber-sumber yang akan digunakan

iv. Masa untuk aktiviti yang akan dijalankan

7. Penilaian program

Program yang baik harus dinilai secar berterusan oleh orang-orang yang

terlibat dalam program tersebut. Bukti-bukti seperti reaksi penerima,

tindakan yang diambil, pencapaian objektif, masalah-masalah yang telah

diselesaikan dan keperluan-keperluan yang telah dipenuhi yang mungkin

diperlukan. Keputusan dari penilaian boleh digunakan untuk memperbaiki

program tersebut serta memberikan implikasi untuk membangunkan

program pada masa hadapan.

8. Laporan keputusan program

Sesuatu program yang baik juga harus disertakan dengan laporan yan

gdisampaikan kepada orang-orang utama yang mengendalikan program

tersebut, peserta-peserta program, penasihat-penasihat, pentadbir dan

mereka yang terlibat secar langsung dalam program tersebut. Laporan

boleh disampaikan dengan pelbagai cara, sama ada melalui lisan secara

bertulis adalah bergantung kepada penerima. Walau bagaimanapun aspek

yang patut dalam laporan ialah:

56

Page 57: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

i. Mengapa program itu diadakan

ii. Tindakan-tindakan yang telah dilakukan

iii. Peranan agensi yang mengendalikan

iv. Pencapaian dan kesan utama

v. Reaksi penerima

Falsafah perencanaan program

1. Patut berdasarkan perkembangan semasa setempat, wilayah atau negara.

2. Masalah, keperluan dan minat kelompok sasaran dikenalpasti memlalui analisis

dan interpretasi maklumat/data yang dikumpulkan.

3. Kepompok sasaran patut dilibatkan dalam embuat keputusan tentang program

yang endak dirancang/dilaksanakan. Perancangan dibuat bersama mereka dan

bukan untuk mereka (kelompo sasaran).

4. Perencanaan adalah satu proses pendidikan.

5. Program sepatutnya merangkumi konsep pembangunan yang menyeluruh dari

aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.

6. Pemahaman terhadap system social yang sedia ada.

7. Penglibatan semua pihak akan memudahkan perencanaan program dan bkannya

menyusahkan.

Andaian asas dalam perencanaan program

1. Keadaan yang wujud masih tidak memuaskan dan masih banyak yang boleh

dibuat untuk memperbaiki keadaan

2. Perubahan dalah perlu dan menjadi pra syarat kepada kemajuan

57

Page 58: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

3. Manusia akan meneruskan cara berfikir dan bertindak sehingga mereka

mengalami sesuatu pengalaman baru yang menyebabkan meeka menolak cara

yang sedia dimiliki dan menerima cara baru.

4. Perubahan dari perspektif sikap, pengetahuan, kemahiran dan aspirasi penerima

adalah pra syarat kepada perubahan ekonomi, sosial dan teknologi.

Apakah yang diperolehi melalui perencanaan program

1. Menentukan supaya program yang dibentuk menumpukan perhatian kepada

masalah, minat dan keperluan penerima.

2. Menentukan keutamaan objektif program yang patut dibentuk

3. Membentuk keyakinan bahawa program yang dikendalikan adalah berasaskan

maklumat yang tepat.

4. Menentukan sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan program

dengan lebih berkesan.

5. Memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dalam perencanaan program

bertemu untuk membuat penyelarasan dan menyelesaikan masalah.

6. Menyediakan susunan rangka aktiviti yang teratur untuk perlaksaaan program.

7. Menyediakan peraturan yang sistematik untuk membuat penilaian yang

berterusan.

8. Menentukan supaya sesuatu program itu berjalan terus menerus walaupun ada

pertukaran pengendali.

58

Page 59: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Pengisian perencanaan program

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, perencanaan program

mengandungi tiga perkara utama iaitu perancangan, perlaksanaan dan penilaian.

Walaupun setiap satunya saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain, tetapi

untuk proses pemahaman yang labih jelas, maka setiap satu aspek ini akan dibincangkan

secara sendirian kerana setiap aspek ini mengandungi komponen-komponennya yang

tersendiri.

Perancangan

Adalah penting untuk mengetahui dan memahami perihal perancanagn program.

Tanpa pemahaman yang jelas, maka sesuatu program yang dilaksanakan itu tidak akan

membuahkan hasil seperti mana yang diharapkan. Kegagalan merancang sesuatu

program dengan berkesan dan baik, secara langsungnya akan menggambarkan program

tersebut adalah satu program yang dibuat hanya sambil lewa ataupun sekadar memenuhi

syarat sahaja.

Perlaksanaan

Setelah sesuatu program itu dirancang, maka langkah seterusnya adalah

melaksanakan program tersebut. Dalam perlaksanaan ini, segala apa yang dirancang

akan diimplimentasikan. Perlaksanaan turut berperanan penting untuk memastikan

segala yang dirancang dapat diimplimentasikan dengan tepat. Tanpa perlaksanaan, sgala

perancangan tidak bererti dan perancangan satu tindakan yang sia-sia.

59

Page 60: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Penilaian

Penilaian dilakukan setelah program yang dirangkan itu dilaksanakan. Dalam erti

kata lain, penilaian adalah proses akhir dalam sesuatu perencanaan program. Penilaian

penting dilakukan untuk mengenalpasti dan menentukan sama segala objektif yang

dirancang, berjaya atau tidak berjaya dicapai. Malahan penilaian akan menjadi batu asas

kepada perancangan dan pembentukkan program untuk masa akan datang.

Aktiviti

Penutup

Di dalam unit ini telah dibincangkan mengenai apakah yang dikatakan sebagai

perencanaan program. Perencanaan program sebenarnya bukanlah satu perkara yang

mudah kerana ianya melibatkan banyak aspek dan setiap satunya saling berkaitan.

Adalah penting untuk difahami apakah perencanaan program agar setiap program yang

dirancang, akan mencapai objektifnya.

Ringkasan

1.

Rujukan

1. Maimunah, I. (1999). Pengembangan

2. Tyler, R. W. (1964).

60

Page 61: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

3.

UNIT 4: Perancangan program

Pengenalan

Dalam unit ini kita akan membicarakan lebih mendalam apakah yang dikatakan

perancangan program. Malahan kita juga akan memahami bagaimana untuk

menghasilkan satu perancangan program yang berkesan dan baik.

Tajuk-tajuk dalam unit ini

Mengkaji situasi

Pembentukkan objektif

o Kepentingan

o Bentuk

o Falsafah, konsep dan prinsip

o Strategi dan teknik

Pembentukkan dokumen

Objektif pembelajaran

Setelah mengikuti unit ini, diharapkan anda dapat:

1. Menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan mengkaji situasi dan perkara

yang berkaitan dengannya.

2. Mengenalpasti dan membentuk pembentukkan objektif yang baik dan berbesan.

3. Menyenaraikan apakah unsur-unsur penting dalam perancangan program.

61

Page 62: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Sepatutnya?

Sekarang

Mengukur jurang perbedaan

62

Page 63: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Mengkaji situasi Menilai jurang perbedaan

Kepentingan

Perancangan program Objektif Bentuk

Falsafah, Konsep & Prinsip

Pembentukan dokumen Strategi & Teknik

Sebelum

Selepas

Perancangan

Apakah perancangan? Perancangan secara asasnya adalah proses pemilihan

aktiviti dan memasukkan aktiviti tersebut dalam jadual. Maimunah (1999) mendefinikan

perancangan ialah proses memilih dan menyusun aktiviti yang disesuaikan mengikut

jadual. Ianya melibatkan proses membuat keputusan.

63

Page 64: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Sesuatu perancangan tanpa diikuti dengan tindakan adalah sia-sia sahaja; tetapi

tindakan tanpa perancangan adalah merbahaya.

Pernyataaan di atas merumuskan dua perkara penting iaitu :

1. Sesuatu perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan memakan masa dan

belanja yang banyak akan menjadi sia-sia sahaja jika ianya disimpan di dlam fail

tanpa diikuti dengan sebarang tindakan yang perlu bagi mencapai matlamat

program yang telah dibentuk.

2. Sesuatu tindakan yang dibuat secara melulu tanpa perancangan teliti terlebih

dahulu biasanya tidak akan mencapai kejayaan seperti mana yang diharapkan.

Malahan kadangkala, tindakan yang sebegini akan membawabanyak keburukan

daripada kebaikan.

Sebaik-baiknya setiap perancangan hendaklah diikuti dengan tindakan sewajarnya

untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dan setiap tindakan perlulah

dirancangkan terlebih dahulu supaya proses pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

akan berjalan lancar lagi berkesan.

Tujuan perancangan

Menurut Wan Azmi (1998) perancangan bertujuan untuk bertindak demi

memprogramkan system supaya segala gerak balas akan berterusan dan sesuai. Lebih

nyata perancangan boleh:

1. Menjelaskan setepat sasaran yagn sering bergerak dan berubah (kehendak amalan

yang sering berubah dan keupayaan dan kemampuan kelompok sasaran).

2. Mengesan dan memilih kemudahan yang sesuai atau sumber-sumber dalam

persekitaran institusi.

64

Page 65: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

3. Merpatkan jurang perbezaan yang memungkinkan tindakan berat sebelah.

4. Mengelak daripada pertindihan.

5. Mengelak daripada kepungan atau gerak balas yang keterlaluan dan tidak

mustahak.

6. Mengelak daripada kurikulum yang tidak boleh dilentur.

7. Mentaksir kehendak, keupayaan dan kemampuan kelompok sasaran dan institusi.

8. Mengkaji dan memilih kurikulum.

9. Menentukan keutamaan dalam memilih kurikulum.

10. Memperbetulkan keutamaan setelah mendapat malum balas.

Langkah-langkah perancangan

1. Mengenalpasti skop program

2. Mengkaji situasi

3. Mengenalpasti masalah

4. Mengumpul maklumat

5. Menganalisis maklumat yang dikumpul

6. Mengenalpasti cadangan alternatif

7. Membentuk objektif

8. Membentuk pengalaman pembelajaran

9. Memutuskan pelan tindakan

Mengkaji situasi

Mengenal situasi ataupun memahami keadaan sekeliling penerima adalah asas

kepada perancangan program. Sebelum merancang sesuatu program, terlebih dahulu

65

Page 66: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

hendaklah diketahui kehendak dan keinginan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh

penerima.

Untuk mengetahui situasi penerima, mereka perlulah dilibatkan dalam proses

perancangan. Malahan dengan merujuk kepada pakar dalam sesuatu bidang, dokumen

dan segala bentuk maklumat lain akan membolehkan gambaran sebenar berkaitan situasi

penerima.

Terdapat empat tahap yang perlu diikuti untuk menkaji situasi iaitu:

1. Apakah keadaan sepatutnya

2. Apakah keadaan sekarang

3. Mengukur jurang perbedaan

4. Menilai jurang perbedaan

Apakah keadaan sepatutnya

Terdapat beberapa punca untuk mengetahui keadaan ini iaitu:

1. Dari pihak penerima – bertanya terus kepada pihak penerima apakah kehendak

dan masalah yang dihadapi.

2. Dari alam persekitaran – mengetahui melalui pemerhatian dan pergaulan dengan

penerima.

3. Dari pakar-pakar rujuk – dapat memberikan maklumat mengenai sesuatu perkara

untuk memudahkan membuat jangkaan.

Apakah keadaan sekarang

Punca-punca untuk mengetahui keadaan sekarang ialah:

1. Dari pihak penerima – mengetahui perkara atau amalan yang dilakukan dan ianya

akan memberikan maklumat.

66

Page 67: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

2. Dari alam persekitaran – memerhatikan corak perlakuan penerima, masalah yang

dihadapi dan pegangan.

3. Dari pakar-pakar rujuk – membentu menentukan keadaan sekarang.

4. Dari fail-fail /dokumen – memberikan gambaran serba sedikit keadaan semasa.

Mengukur jurang perbedaan

Peringkat ini adalah untuk mengetahui perbedaan antara peringkat keadaan

sepatutnya dengan keadaan sekarang. Punca/maklumat yang boleh diperolehi untuk

mengetahui peringkat ini ialah:

1. Dari pihak penerima – dilibatkan dalanm proses pengumpulan dan penganalisisan

maklumat supaya mereka faham keadaan mereka sebenarnya.

2. Dari alam persekitaran – mengetahui siapakah yang berpengaruh dalam sesuatu

kelompok dan mereka jangan ditinggalkan.

3. Dari pakar-pakar rujuk – membantu menganalisis maklumat yang dikumpul dan

membantu membuat tafsiran dan rumusan berkaitan situasi tersebut.

Menilai jurang perbedaan

Diperingkat ini ditentukan keutamaan dan membuat keputusan berdasarkan

maklumat yang telah dikumpul dan seterusnya meninjau pendapat dan situasi dari:

1. Pihak penerima – sejauh mana kehendak dan masalah mereka ditinjau dan

ditekankan dalam proses perancangan. Apakah matlamat yang hendak dicapai

benar-benar mencerminkan kehendak dan bolehkah mereka mencapainya.

67

Page 68: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

2. Alam sekitar - bolehkan keadaan fizikal mempercepatkan proses perubahan yang

dikehendaki. Dan sudahkah orang-orang yang berpengaruhi dilibatkan.

3. Pakar-pakar rujuk – menentukan teknologi yang sesuai untuk digunakan dan

membantu membentuk objektif program yang ingin dicapai seperti mana yang

dikehendaki oleh penerima.

Objektif

Kejayaan sesuatu program bergantung kepada banyak faktor dan setiap faktor

saling berkaitan. Antaranya program tersebut perlulah mempunyai arah dan matlamat

yang jelas. Matlamat program yang dikenalpasti dan dibentuk perlulah selari dengan

tujuan dan kemampuan sesuatu organisasi.

Matlamat program sebenarnya adalah hasil yang dijangkakan terhadap

perlaksanaan sesuatu siri aktiviti program.

Kepentingan objektif

1. Kompas dalam proses pembentukan program

2. Memberi arah pendekatan dan strategi program

3. Mencadangkan jenis aktiviti dan sumber yang diperlukan

4. Gambaran siapa dan bilangan kumpulan sasaran

5. Menggambarkan jenis perubahan yang ingin di capai

6. Menjelaskan persediaan daripada pihak penerima

7. Asas kepada penilaian

8. Membuka jalan untuk membuat keputusan, ramalan dan cadangan program

seterusnya

9. Mencadangkan jenis maklumat yang diperlukan

68

Page 69: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

10. Cara mengumpul, menganalisis dan mengintepretasi maklumat

Jenis-jenis objektif

Jenis-jenis objektif yang dibentuk bergantung kepada beberapa faktor iaitu :

1. Jangka masa untuk mencapai objektif tersebut – jangkamasa panjang/jangkamasa

pendek

2. Objektif umum dan objektif khusus

3. Objektif peringkat individu, keluarga atau kumpulan

Objektif jangkamasa pendek

Matlamat yang perlu dicapai dengan segera dan biasanya melibatkan masalah-malasah

keperluan asas.

Objektif jangkamasa panjang

Matlamat yang perlu dicapai hasil gabungan daripada semua objektif-objektif

jangkamasa pendek untuk keseluruhan tempoh program. Ia juga di manakan objektif

program keseluruhan.

Objektif umum

Kurang jelas parameter dan sukar dibuat pengukuran

Objektif spesifik

Mempunyai parameter yang jelas mengenai penerima yang ditujukan, jenis

perubahan yang dikehendaki dalam jangkamasa yang dikenalpasti. Objektif ini lebih

mudah dinilai.

69

Page 70: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Objektif peringkat individu dan keluarga

Menitikberatkan pencapaian daripada segi perubahan perlakuan sama ada secara

kognitif, efektif atau psikomotor. Unsur-unsur pendidikan sangat dipentingkan dalam

menjalankan aktiviti-aktiviti bagi mencapai objektif diperingkat ini. Objektif diperingkat

ini lebih dinamik kerana perubahan yang dialami adalah lebih ketara dan mudah diukur.

Objektif peringkat kumpulan

Objektif peringkat kumpulan mempunyai banyak persamaan dengan objektif

jangka panjang dan objektif umum. Objektif peringkat ini sukar dinilai kerana ianya

melibatkan masa yang panjang dan individu yang ramai.

Peringkat-peringkat objektif

Terdapat tiga bentuk peringkat-peringkat objektif iaitu :

1. Peringkat nasional

2. Peringkat program

3. Peringkat penerima

Objektif peringkat nasional

1. Dibentuk mengikut mandat dan tanggungjawab yang diberikan

2. Berdasarkan falsafah dan rasional penibuhan sesuatu organisasi

3. Bertujuan memperbaiki taraf ekonomi, social dan insfrastruktur.

70

Page 71: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Objektif peringkat program

1. Situasi yang hendak dicapai diakhir sesuatu program melalui aktiviti yang

dilaksanakan

2. Bergantung kepada jenis program yang dirancangkan

3. Lebih menyeluruh dan banyak bergantung kepada gabungan objektif

jangkapendek yang lain

Objektif peringkat penerima

1. Sebahagian daripada objektif peringkat jangkapendek

2. Dipengaruhi oleh banyak faktor iaitu:

a. Kesediaan untuk menerima oleh penerima

b. Jenis program yang diikuti

c. Interaksi antara penerima dengan penganjur

d. Keadaan persekitaran dan faktor luaran

e. Perlu selari dan saling menyokong program-program atau misi sesebuag

organisasi

3. Dikenali juga sebagai objektif pembelajaran (learning objective)

Objektif di peringkat kebangsaan

71

Page 72: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Objektif di peringkat program

Objektif di peringkat penerima

Aktiviti pembelajaran

Teknik membentuk objektif spesifk

1. Menunjukkan secara spesifik siapa penerima, arah dan magnitud perubahan yang

hendak dicapai dan jangkamasa yang diperlukan

2. Boleh dikur bukan ssahaja secar kuantitatif tetapi juga secar kualitatif

3. Dirangka mengikut kebolehan dan keupayaan penerima

4. Munasabah, tidak emosional dan mampu dilakukan dalam konteks setempat

Prinsip pembentukan objektif

1. Objektif yang dibentuk memerlukanpenglibatan semua pihak supaya kerjasama

dan persefahaman dapat menjayakan objektif yang dibentuk

2. Setiap objektif yang dibentuk perlu dikaji dan dianalisis supaya tidak berlaku

sebarang masalah

Peranan pengamal sumber manusia dalam pembentukan objektif

1. Analisis persekitaran luaran dan dalaman organisasi

2. Strategik dan berdaya saing

3. Berkaitan isu-isu yang sejajar denganmatlamat organisasi

4. Membawa input kepada organisasi

5. Bersepadu, berkesan dan mempunyai rangka mana (frame time)

72

Page 73: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

6. Rangka matlamat yang jelas, mantap dan efisyien

Pembentukan objektif perlu dibuat mengikut akronim SMART iaitu:

Kriteria pembentukkan objektif

1. S pecific Adakah aktiviti yang dirancang jelas menerangkan objektif?

2. M easurable Adakah hasil yang diperoleh dapat dilihat dengan jelas selepas

tugasan projek?

3. A chievable Adakah keseluruhan tugasan dapat dijalankan secara fizikal

walaupun ia mencabarkan?

4. R ewarding Bagaiamana projek dapat mendatangkan ganjaran kepada

organisasi, pasukan dan individu?

5. T ime-bound Apakah tarikh akhir bagi penyelesaian tugasan projek?

Selain pembentukan objektif, analisis SWOT juga perlu dibuat untuk mengenal

pasti konflik dan tekanan yang wujud dalam dan luar organisasi ke arah pembentukkan

objektif. SWOT adalah:

1. S trengths Kekuatan dalam organisasi

2. W eaknesses Kelemahan dalam organisasi

3. O pportunities Peluang yang berada di luar organisasi

4. T hreats Ancaman yang berada di luar organisasi

Kedua-dua peluang dan ancaman yang berada di luar organisasi adalah sukar

untuk dikawal dan sekiranya ia tidak diurus dengan baik, kedua-dua ini akan

menggagalkan program yang akan dijalankan itu. Peluang yang datang sekiranya tidak

digunakan akan terlepas begitu sahaja tetapi ancaman yang dihadapi akan sentiasa berada

73

Page 74: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

di situ. Apabila membuat analisis SWOT, adalah perlu untuk mengenal pasti masalah dan

keperluan program dijalankan. Masalah merupakan jurang perbezaan antara keadaan

sebenar dan keadaan sepatutnya. Keperluan juga diibaratkan sebagai keinginan yang

belum dicapai iaitu satu jurang atau perbezaan yang wujud antara apa yang sebenarnya

dengan apa yang sepatutnya.

Apa yang sepatutnya

Masalah/ keperluan

Apa yang sebenarnya

Terdapat dua jenis keperluan iaitu keperluan yang dirasai dan keperluan yang

tidak dirasai. Keperluan yang dirasai atau felt need adalah di mana kedua-dua perancang

dan penerima program bersama-sama sedar dan merasai keperluan sesuatu perkara itu

untuk pembangunan. Keperluan yang tidak dirasai atau unfelt need pula adalah apabila

hanya perancang program sahaja yang merasai bahawa sesuatu perkara itu perlu untuk

pembangunan sosio-ekonomi sedangkan penerima program sendiri tidak menyedari dan

mengetahui tentang keperluannya.

Model perencanaan program

Setiap model merangkumi suatu siri aktiviti yang dirancang dan disusun

sedemikian rupa bersesuaian dengan jenis program dan kumpulan penerima yang

ditujukan. Antara model pengurusan program pengembangan ialah seperti yang

dipopularkan oleh Leagans(1955), Kelsey dan Hearne(1963), Pesson(1966),

Raudabaugh(1967), Burger dan Duvel(1981) dan Boyle(1981).

74

Page 75: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

1) Modal Leagans;

Merupakan model pengurusan program pengembangan yang terulung dijumpai

dalam penulisan ilmiah. Ia merangkumi lima tahap utama iaitu mengkaji situasi,

membentuk objektif, merangka dan melaksana jadual kerja, penilaian dan merancang

semula.

2) Model Kelsey dan Hearne;

Lebih terperinci walaupun didapati merangkumi tahap-tahap yang terdapat

dalam model Leagans. Perbezaan yang ketara ialah model Kelsey dan Hearne tidak

menyatakan pembentukan objektif sebagai satu daripada tahap utama sebagaimana yang

terdapat dalam model Leagans.

3) Model Pesson;

Model ini membahagikan perencanaan program kepada tiga komponen utama

perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan terdiri daripada lima tahap iaitu

mengumpul maklumat, menganalisis situasi dan mengenalpasti masalah. Ketiga-tiganya

mempunyai kepentingan yang berlainan sebelum objektif program dibentuk. Hasil

penilaian digunakan untuk tujuan perancangan semula yang mana ia terdiri daripada tiga

aktiviti iaitu merangka jadual kerja, melaksana rancangan dan menentukan kemajuan.

Komponen penilaian dalam model ini menekankan yang ia dijalankan pada keseluruhan

peringkat program bukan sahaja di peringkat akhir seperti dalam model terdahulu.

4) Model Raudabaugh;

Mempunyai persamaan dengan model Leagans. Perbezaannya ialah model

Raudabaugh mengasingkan tahap membentuk dan melaksanakan jadual kerja kepada dua

tahap berdekatan. Penilaian dilakukan di peringkat akhir program.

5) Model Burger dan Duvel;

75

Page 76: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Model ini menghuraikan secara terperinci bagi tiap-tiap peringkat perancangan,

penyiasatan, persediaan, perlaksanaan dan penilaian yang menyerupai siri aktiviti dalam

proses membuat keputusan.

6) Model Boyle;

Model ini memperkenalkan konsep akauntabiliti dalam program yang juga

merupakan sebahagian daripada komponen penilaiannya, dan memperlihatkan

kepentingan membuat dokumentasi pada akhir sesebuah program.

Jika diteliti model-model yang disebutkan di atas, di dapati proses perencanaan

program mempunyai tiga komponen utama sebagai rangka konsepnya iaitu perancangan,

perlaksanaan dan penilaian. Ketiga-tiga komponen ini sama pentingnya dalam setiap

model dan mengikut reality pelaksanaan, ketiga-tiga komponen ini sangat saling

mempengaruhi antara satu sama lain dan ada kalanya bertindan lapis.

Contoh-contoh Model Perencanaan Program:

Merangka dan Melaksana

Jadual Kerja

(3)

76

Page 77: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Membentuk Penilaian

Objektif (2) (4)

(5)Mengkaji Merancang semula

Masalah (1) (Pertimbangan semula)

Model Leagans

B. Model Kelsey dan Hearne

77

Page 78: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

C. Modal Pesson

D. Model Boyle

78

Page 79: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

MODEL PERENCANAAN PROGRAM DAN TAHAP-TAHAP

Satu Model Operasional Pengurusan Program Pengembangan

Pada setiap tahap, berlaku empat perkara penting iaitu proses membuat keputusan,

merancang, tindakan dan penilaian. Model ini mempunyai lapan tahap yang disusun

mengikut tertib. Tahap-tahap itu ialah seperti berikut:

Tahap 1: Memahami falsafah asas program

Dengan adanya pemahaman mengenai falsafah sesuatu program, pihak perancangan

akan merasa lebih bertanggungjawab bekerja bersungguh-sungguh, bersikap positif

terhadapnya dan berasa jujur dalam apa sahaja yang dilakukan.

Tahap 2: Membentuk kelompok bertugas

Kumpulan petugas terdiri daripada wakil agensi, organisasi-organisasi tidak formal

atau daripada kalangan penerima. Perwakilan daripada pelbagai pihak adalah penting

untuk mendapatkan sokongan yang kuat dan setiap pihak boleh memberi sumbangan

material dan bukan material untuk menjayakan program.

79

Page 80: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Tahap 3: Mengkaji situasi

Tujuan mengenali situasi bagi sesuatu program yang akan dibentuk ialah untuk

mengenali latar belakang kawasan, mengenalpasti masalah, isu dan keperluan yang perlu

diambil perhatian untuk jalan penyelesaian. Ini dapat membantu mengetahui masalah dan

keperluan yang berkaitan dengan penerima.

Tahap 4: Pembentukan objektif

Objektif yang jelas akan memandu perlaksanaan program ke destinasinya.

Objektif program terbentuk berdasarkan masalah, keperluan dan hasrat masyarakat yang

dikenalpasti melalui analisis situasi.Objektif sesuatu program pembangunan akan

membawa perubahan-perubahan social, ekonomi dan alam persekitaran.

Tahap 5: Merangka jadual program dan jadual kerja

Jadual program merupakan carta penjadualan semua tahap utama program untuk

keseluruhan jangkamasa program. Jadual kerja merupakan satu kalendar aktiviti yang

lebih terperinci, yang disusun supaya segala tindakan dapat dilakukan secara sistematik

oleh individu yang bertanggungjawab dan pengagihan sumber dapat dirancang

bersesuaian dengan objektifnya.

Tahap 6: Melaksana jadual kerja

Tahap perlaksanaan aktiviti yang telah dirangka dalam jadual program dan jadual

kerja. Tempoh perlaksanaan sesuatu program bergantung kepada jenis program

pembangunan.

Tahap 7: Menilai prestasi

Penilaian merupakan tahap yang penting kerana memberi peluang untuk

mengetahui sejauh mana objektif program dicapai. Penilaian perstasi membantu dalam

membuat kerja-kerja susulan sama ada daripada segi memperbaiki program yang sedia

ada, membentuk program baru atau mengulangi program tersebut jika didapati gagal.

80

Page 81: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Tahap 8: Membuat dokumentasi program dan cadangan

Laporan amat berguna bukan sahaja kepada penganjur program latihan tetapi juga

bagi setiap individu yang terlibat dalam program seperti kumpulan petugas, penasihat,

pegawai daripada agensi yang berkenaan, masyarakat penerima dan orang ramai. Setiap

dokumen perlu menyatakan kepentingan program, perjalanan program secara ringkas,

peranan individu yang terlibat, hasil dan kesan utama program, faedah program, serta

sambutan dan reaksi masyarakat secara keseluruhan.

Aktiviti

Penutup

Unit 5: Perlaksanaan program

Pendahuluan

Pelaksanaan pengurusan program merupakan tugas-tugas penting dalam

melaksanakan sesuatu program. Tugas-tugas ini adalah bagi persiapan yang rapi untuk

memastikan kejayaan program yang telah dirancangkan. Antaranya adalah untuk

membentuk program berdasarkan kritiria-kritiria tertentu seperti perancangan (proses

awal memulakan program) rekabentuk dan perlaksanaan ( menyediakan kaedah-kaedah

dan menggunakannya dengan berkesan) dan penilaian (peringkat akhir untuk menilai

keberkesanan program).

81

Page 82: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Tajuk-tajuk dalam unit ini

Unit 5: Perlaksanan program

Delegasi tugas

o Bentuk dan jenis

o Falsafah dan prinsip

o Strategi dan teknik

o Kepentingan

Perlaksanaan

o Falsafah dan prinsip

o Strategi dan teknik

o Bentuk

Penyelarasan dan kerjasama

Pembentukkan dokumen

Objektif pembelajaran

Di akhir unit ini diharapkan anda dapat

1. Menyenaraikan komponen-komponen penting dalam perlaksanaan program.

2. Mengenalpasti

82

Page 83: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Bentuk & jenis

Falsafah & Prinsip

Delegasi

Strategi & Teknik

Kepentingan

Perlaksanaan

Program

83

Page 84: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Perlaksanaan Bentuk

Strategi & Teknik

Penyelarasan

& Kerjasama Falsafah &

Prinsip

Dokumen

Sebelum Selepas

Apakah perlaksanaan program

Proses perlaksanaan pula ialah proses menjalankan aktiviti-aktiviti yang

dijadualkan itu dengan baik supaya objektif yang dikenalpasti itu dapat dicapai. Dalam

proses perlaksanaan ini, apa yang telah dirancang perlu diikut sehampir yang mungkin.

Ini dilakukan dengan kerjasama erat bersama perancang-perancang yang lain dan

penerima-penerima program, membuat pemantauan apabila diperlukan untuk memastikan

perlaksanaan adalah ke arah pencapaian objektif dan menyelesaikan masalah apabila

menghadapinya kerana perlaksanaan mungkin berbeza sedikit daripada apa yang telah

dirancang tetapi adalah dibenarkan selagi ia tidak lari jauh daripada apa yang sebenarnya

dan objektif program dicapai.

84

Page 85: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Falsafah

Semua sumber manusia (tenaga buruh) seharusnya memberi perhatian yang

sewajarnya terhadap kewujudan falsafah am bagi perlaksanaan pengurusan program

pembangunan sumber manusia. Mana-mana falsafah sekalipun, tidak akan memberikan

sebarang makna jika sumber manusia tidak menerima, tidak mempercayai serta tidak

mengamalkan falsafah tersebut1. Menurut beliau juga terdapat beberapa perkara yang

berkaitan dengan konsep falsafah ini:

I. Pengetahuan mesti sentiasa dipraktikan.

II. Manusia boleh mengubah diri sendiri melalui pendidikan.

III. Perbezaan di antara seseorang dengan orang lain dapat dikurangkan jika

peluang untuk mereka belajar diberikan.

IV. Perubahan yang kekal boleh didorong dengan adanya pendidikan.

V. Pendidikan akan memberikan lebih banyak impak jika pendidikan tersebut

berdasarkan proses demokrasi.

VI. Pendidikan mestilah berasaskan maklumat yang sah.

Prinsip

Permahaman yang jitu akan dapat membolehkan pengurus program pembangunan

sumber manusia menjalankan tugas mereka sebagai pengamal program pembangunan

sumber manusia setelah semua sumber manusia menerima, mempercayai dan

85

Page 86: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

mengamalkan falsafah pembangunan sumber manusia. Antara prinsip yang penting

dalam perlaksanaan program adalah seperti berikut2:

I. Perlaksanaan program adalah berdasarkan pada keadaan yang sedia ada.

II. Program adalah melibatkan jumlah sumber manusia yang ramai dalam apa

jua tindakan yang akan diambil untuk kebaikan mereka.

III. Rancangan-rancangan dalam program yang hendak dibentuk dan

dilaksanakan perlu dilaksanakan secara beransur-ansur.

IV. Rancangan-rancangan yang hendak dibentuk dan dilaksanakan wajib

berdasarkan kehendak-kehendak pihak yang menerima.

V. Perlaksanaan program yang dijalankan wajib menggunakan proses

demokrasi.

VI. Perlaksanaan program yang dijalankan perlu mendapat kerjasama dari

semua pihak agensi-agensi yang sedia wujud.

VII. Perlaksanaan program yang dijalankan juga perlu menggunakan pekerja-

pekerja yang terlatih.

VIII. Proses perlaksanaan program memerlukan penilaian yang berterusan.

IX. Kegiatan program yang dijalankan perlu meliputi semua golongan atau

lapisan masyarakat.

X. Perancangan program perlu selaras dengan polisi-polisi kebangsaan.

Strategi Dan Teknik Perlaksanaan

86

Page 87: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Setiap aktiviti pembelajaran memerlukan strategi pengajaran yang berbeza. Pada

ini masa terdapat begitu banyak pilihan dalam menentukan teknik dan strategi yang akan

digunakan dalam perlaksanaan program. Apabila jurulatih memilih sesuatu teknik yang

tidak berasaskan kritiria yang jelas, jurulatih tersebut sesungguhnya tidak berlaku adil

terhadap para pelatih kerana prestasi pembelajaran pelatih akan menurun apabila mereka

menggunakan teknik yang tidak sesuai3. Seseorang jurulatih gagal memilih teknik dan

strategi perlaksanaan yang sesuai adalah kerana kos yang terlalu tinggi,

tidak ada kemahiran dalam menggunakan teknik tersebut dan tidak mempunyai maklumat

yang mencukupi tentang keberkesanan, kelebihan atau kelemahan setiap strategi dan

teknik tersebut. Oleh itu seorang jurulatih akan terus menggunakan teknik yang

disukainya atau yang dia sudah biasa menggunakannya tanpa membuat penilaian

terperinci terhadap teknik latihan tersebut.

Nadler (1983) seorang penulis dan pengkaji yang menjelaskan sembilan puluh

lima jenis strategi dan teknik pengajaran untuk dipilih oleh jurulatih. Manakala Sredl dan

Rothwell (1986) pula memberikan panduan kepada jurulatih bagaimana menggunakan

tiga belas teknik pembejaran dengan berkesan. Antara teknik dan strategi yang biasa

digunakan ialah4:

I Syarahan

- Syarahan adalah satu kaedah untuk menyampaikan maklumat kepada

pelatih secara lisan (komunikasi secara sehala).

87

Page 88: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

- Kebaikan teknik ini boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat

pada kumpulan yang besar, cepat dilaksanakan, mudah dikawal dan

kos rendah.

- Limitasi teknik ini ialah kekurangan peluang untuk pelatih melibatkan

diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Teknik ini terbatas pada

perbincangan dan peluang untuk bertanya soalan. Sekiranya teknik ini

digunakan secara berlebihan, maka teknik ini akan membosankan

peserta.

- Implikasi dari teknik ini merupakan satu teknik yang paling rendah

dari segi tahap simulasi (persamaan) dengan keadaan sebenar dan

tidak sesuai untuk latihan kemahiran. Jika disepadukan dengan teknik-

teknik yang lain ia akan memberikan kesan yang baik, tetapi tidak

berupaya memberikan kesan pemindahan latihan kepada pelatih.

II Program Pengajaran

- Teknik ini mengajar peserta melalui penerangan bertulis yang disusun

rapi mengikut langkah-langkah yang tertentu. Kaedah ini digunakan

untuk menjelaskan sesuatu perkara secara spesifik. Ia tidak melibatkan

jurulatih dalam proses pengajaran. Sebaliknya tertumpu pada

pembelajaran persendirian.

- Kebaikan program ini ialah pelatih dapat mempejari sesuatu perkara

pada bila-bila masa sahaja mengikut kelapangan.

88

Page 89: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

- Limitasi kaedah ini ialah fokus pembelajaran hanya mengkhusus pada

apa yang ditulis dalam program atau manual latihan sahaja. Banyak

masa diperlukan untuk menyediakan sesuatu manual. Kandungannya

susah untuk disesuaikan dengan keperluan kebanyakan pelatih.

- Implikasi, keberkesanan teknik ini ialah tidak dipengaruhi oleh

bilangan peserta. Sekiranya ramai peserta yang ingin dilatih, pihak

pengajur perlu mencetak lebih banyak manual agar setiap pelatih

memilikinya. Teknik ini juga tidak sesuai untuk mengubah sikap

pelatih dan tidak menjamin pemindahan latihan.

III Kajian Kes

- Kajian kes merupakan satu siri peristiwa yang berlaku pada masa

lampau atau yang sedang berlaku dan terdapat beberapa masalah untuk

diatasi serta keputusan-keputusan tertentu untuk diambil. Ia boleh

dipersembahkan kepada pelatih dalam bentuk filem, lisan atau

dokuman bertulis. Program yang dilaksanakan biasanya menggunakan

beberapa jenis kajian kes seperti berikut:

a. Kes Deskriptif:

Kes ini menjelaskan sesuatu situasi dan selalunya diubahsuai

mengikut beberapa teori yang telah dipelajari.

b. Kes Sejarah:

Kes ini merupakan peristiwa sejarah yang telah berlaku di

sesuatu tempat.

89

Page 90: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

c. Kajian Kes:

Jenis ini dirujuk pada kes yang direka di Harvard Graduate

School Of Business Administration. Dokumen kes

membentangkan prihal peniagaan secara benar atau rekaan

kepada pelatih. Kes ini sangat komprehensif dan memerlukan

penyelesaian yang profesional terhadap masalah yang

dikemukan.

d. Kes Samaran

Kes ini didokumenkan dengan mengubah nama lokasi, orang

dan data sebenar untuk menggelakkan salah faham serta

menjaga nama baik pihak yang terlibat.

e. Kes Desk:

Ia ditulis berdasarkan pengalaman penulis tanpa merujuk

pada situasi sebenar.

- kebaikan kajian kes ialah para peserta dapat berbincang tentang

sesuatu pristiwa tanpa tekanan. Teknik ini menggalakkan peserta

berintraksi dan bertukar pendapat semasa berbincang tentang masalah

dalam kes dan mencari penyelasaiannya.

- Limitasi teknik ini ialah penyediaan kes memerlukan banyak masa dan

kos yang tinggi. Bagi memasti keberkesanan kes, semua peserta

semestinya mempunyai pengetahuan asas yang berkaitan dengan kes

tersebut. Jika tidak, mereka akan menghadapi kesukaran untuk

90

Page 91: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

mengenalpsati masalah dan punca masalah. Sekiranya tidak dijelaskan

dengan baik, pelatih akan membentuk sangkaan dan harapan yang

salah tentang pengalaman yang diprolehi dari kajian kes. Mereka

mungkin tidak dapat membezakan keputusan yang dibuat untuk

menyelesaikan masalah kes dengan masalah sebenar.

- Implikasi teknik ini berupaya membantu pelatih mendapatkan

kemahiran dalam membuat keputusan. Penggunaan kajian kes dalam

perlaksanaan program memberikan peluang kepada pelatih untuk

mempraktikan pengetahuan yang telah dipelajari semasa kursus. Ia

membolehkan pelatih mengingat kembali dan menggunakan teori dan

prinsip yang telah dipelajari. Sekiranya sesuatu itu ditulis berdasarkan

situasi sebenar, maka pengalaman yang didapati oleh pelatih dapat

dipindahkan.

IV Perbincangan Kumpulan

- Teknik ini melibatkan perbincangan oleh sekumpulan pelatih tentang

sesuatu tajuk, isu atau persoalan dengan tujuan memahaminya atau

mencari penyelesaian persoalan tersebut. Saiz kumpulan biasanya

diantara enam hingga dua puluh orang peserta dengan seorang

jurulatih sebagai permudah cara.

- Keberkesanan perbincangan bergantung pada dua perkara iaitu kualiti

soalan dan perlakuan ahli kumpulan. Soalan yang baik memerlukan

permikiran yang mendalam dan berupaya menggalakkan percambahan

91

Page 92: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

idea. Pendapat yang bernas tidak memberi sebarang makna sekiranya

ahli kumpulan tidak melibatkan diri dalam perbincangan. Sebaliknya,

penglibatan yang aktif juga tidak berkesan sekiranya tiada persoalan

yang memberangsangkan yang boleh mencungkil pengalaman dan

intelek peserta.

- Teknik ini juga merangkumi kumpulan baz (buzz group) iaitu

beberapa kumpulan kecil yang dibentuk sebagai susulan kepada

perbincangan dalam kumpulan besar untuk mencari penyelesaian

kepada sesuatu persoalan. Sebarang pembelajaran yang diprolehi oleh

perserta datang daripada peserta itu sendiri.

- Kebaikan teknik ini dapat memberikan peluang kepada peserta belajar

daripada peserta lain dan secara tidak langsung dapat mengeratkan

hubungan sesama mereka. Komunikasi dua hala wujud dan peserta

diberi kebebasan untuk mengelurkan pendapatnya tentang sesuatu

perkara yang dapat mengubah persepsi, sikap dan tingkah laku pelatih.

- Limitasi teknik ini adalah memerlukan seorang jurulatih yang mahir

dan kurang berkesan jika peserta tidak mempunyai maklumat yang

mencukupi untuk sesuatu tajuk.

- Implikasi teknik ini berupaya menukar sikap dan perlakuan peserta

jika jurulatih mahir. Teknik ini sesuai untuk mengasah kemahiran

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

V Simulasi

92

Page 93: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

- Teknik ini merupakan kegiatan pembelajaran yang menerangkan

situasi sebenar (Cash,1977).

- Kebaikan teknik ini dapat meningkatkan minat dan motivasi pelatih

semasa latihan kerana pelatih dapat merasai kejayaan atau kegagalan

hasil perlakuannya. Kandungan teknik ini dapat disesuaikan dengan

pelbagai peringkat kemahiran pelatih.

- Limitasi teknik ini memerlukan persiapan rapi dari segi penyediaan

pensimulasi model dan bahan untuk latihan.

- Implikasi dari teknik ini adalah sesuai untuk semua bidang

(Ibrahim,1993). Ini adalah kerana teknik yang digunakan adalah

hampir sama dengan situasi sebenar dan pelatih tidak menghadapi

masalah untuk mempraktikannya.

VI Pertunjukkan Kaedah

- Pertunjukkan kaedah melibatkan satu operasi atau kaedah secara

sistematik mengikut beberapa langkah khusus dari awal sehingga ke

akhir operasi. Ia dimulakan dengan penerangan, demonstrasi cara

perlaksanaan mengikut langkah-langkah, peserta mencuba dan diakhiri

dengan sesi soal jawab.

- Kebaikan teknik ini adalah mudah disepadukan dengan teknik-teknik

yang lain. Ia berkesan untuk bidang kemahiran dan boleh diulang.

93

Page 94: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

- Limitasi teknik ini adalah tidak sesuai untuk kumpulan besar dan

memerlukan kos yang tinggi untuk mengadakan ruang khas dalam satu

tempat program dilaksanakan.

- Implikasi dari teknik ini adalah memberi kesan pada pemindahan

latihan yang lebih baik.

Objektif Program Latihan Teknik dan strategi yang paling berkesan

1. Pemerolehan pengetahuan Syarahan2. Mengubah sikap Perbincangan kumpulan3. Kemahiran menyelesaikan masalah Kajiana kes

4. Kemahiran berkomunikasi antara perseorangan Lakonan peranan

5. Penerimaan pelatih Kajian kes6. Pengekalan pengetahuan Program pengajaran

Keberkesanan strategi dan teknik mengikut objektif program

Newstrom, 1980

Peranan Dan Tanggungjawab Pengamal Pembangunan Sumber Manusia Dalam

Perlaksanaan Pengurusan Program

Seorang professional pembangunan sumber manusia perlu bersedia memengang

pelbagai tangungjawab dan memainkan pelbagai peranan. Skop bidang kerjanya kadang-

kala terlalu luas. Chalopsky dan Reinhart (1988) menyatakan bahawa bidang tersebut

akan menjadi lebih mencabar pada masa hadapan apabila mereka akan menghadapi

kesukaran membuat keputusan yang berkait dengan pembangunan sumber manusia,

kerana pengurusan bidang ini terlalu kompleks.

94

Page 95: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Menurut Nedler (1979), bahawa individu yang bertanggungjawab untuk

membangunkan sumber manusia adalah seorang individu yang memainkan peranan yang

paling kritikal dalam sesebuah organisasi. Namun apa yang jelas ialah bahawa individu

yang bertanggungjawab dalam bidang pembangunan sumber manusia mempunyai latar

belakang dan kemahiran yang berbagai-bagai dengan sedikit persedian awal untuk

memikul tugas membangunkan sumber manusia. Menurut Abu Daud Silong (1989),

menyatakan bahawa seorang pengamal pembangunan sumber manusia yang profesional

mempunyai dua belas peranan dan tanggungjawab5.

a. Pengatur Strategi

- Pengatur strategi adalah seseorang yang membentuk perancangan

pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk memastikan

pencapaian visi dan misi sesuatu program atau organisasi.

b. Pengurus

- Peranan pengurus adalah melibatkan kerja merancang, melaksana,

mengurus dan mengawasi sesuatu program. Sebagai pengurus kita

hendaklah memastikan semua kemudahan latihan seperti peralatan,

bahan-bahan dan hal-ehwal logistik serta semua yang terlibat.

c. Penganalisis Keperluan Latihan

95

Page 96: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

- Tugas ini adalah memainkan peranan menentukan keperluan sesuatu

program. Peranan ini merupakan peranan yang paling mencabar dan

memerlukan kepakaran yang tinggi dalam seseuatu bidang.

________________________________________________________________________

d. Pereka Bentuk Program

- Peranan ini merangkumi pembentukan objektif latihan, menyusun

kandungan kursus, merangka strategi penyampaian dan merancang

penilaian berasaskan analisis keperluan program.

e. Penulis Bahan Pengajaran

- Peranan ini merangkumi penyediaan bahan untuk mengajar seperti

nota kursus, skrip, kes, filem dan pelbagai jenis alat bantu mengajar

yang lain.

f. Perlaksana Atau Pengajar

- Pengajar berperanan menyampaikan pengetahuan dengan berpandukan

reka bentuk program. Keberkesanan program adalah bergantung

kepada pengajar untuk memudahkan sistem pembelajaran yang

berkesan.

g. Permudah Cara

96

Page 97: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

- Peranan sebagai permudah cara adalah penting untuk mengendalikan

perbincangan kumpulan dan menggalakkan proses intraksi dalam

kumpulan.

h. Kaunselor

- Sebagai kaunselor, dia membantu pelatih menilai keistimewaan dan

kelemahan diri, mengenalpasti individu, matlamat hidup, masalah dan

puncanya serta semangat kumpulan dikalangan peserta.

i. Pakar Multimedia

- Peranan ini memerlukan penyediaan bahan pengajaran dalam bentuk

multimedia. Dia juga perlu mahir dalam pelbagai teknologi

multimedia.

j. Agen Perubahan

- Sumbangan jurulatih masih diperlukan walaupun sesuatu program itu

telah tamat. Jurulatih perlu membantu para pelatih untuk

mempraktikan apa yang telah dipelajari.

k. Sebagai Penilai

97

Page 98: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

- Jurulatih perlu bertanggungjawab menilai program yang dilaksanakan.

Ini adalah untuk memastikan setakat mana pelatih telah mempelajari

apa yang telah diajar dan kesan program tersebut ke atas prestasi

mereka.

l. Penyelidik Dan Ahli Teori

- Peranan ini ditumpukan kepada usaha membentuk dan menguji teori

pembelajaran, menguji keberkesanan palbagai pendekatan dan usaha

mengkaji perlakuan dan peranan jurulatih dan semua pihak yang

terlibat dalam program tersebut.

Bentuk-bentuk Perlaksanaan Pengurusan Program

Perlaksanaan pengurusan program merangkumi tugas-tugas persedian sebelum

sesuatu program dimulakan6. Persediaan-persediaan adalah seperti pemilihan peserta,

persiapan peralatan, tempat dan penjadualan. Manakala tugas-tugas semasa program

dilaksanakan adalah seperti tugas pengumpulan rekod serta aktiviti susulan selepas

program dilaksanakan.

Persedian sebelum perlaksanaan program dijalankan

Pemilihan peserta

98

Page 99: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Penganjur perlu menyemak semula laporan analisis keperluan program untuk

memastikan peserta yang diperlukan. Pemilihan peserta tersebut harus

berpandukan minat. Pemberian latihan kepada peserta yang ramai dalam sesuatu

unit atau bahagian, akan memberikan kesan yang lebih baik ke dalam organisasi.

________________________________________________________________________

Pemberitahuan peserta

Pihak penganjur perlu memberitahu peserta secara rasmi bahawa dia telah dipilih

untuk mengikuti sesuatu program tersebut. Pemberitahuan hendaklah dilakukan

dengan segera bagi persediaan peserta sebelum program dilaksanakan.

Penyediaan kemudahan, peralatan dan bahan

Pihak penganjur perlu menyediakan segala kemudahan dan peralatan yang dapat

membantu aktiviti pembelajaran dalam program tersebut. Penganjur juga

menyediakan alternatif bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Senarai semak butiran yang diperlukan perlu ada dan juga setiap sesi seharusnya disusun

dengan rapi untuk menjelaskan masa, semua tajuk sesi, aktiviti yang terlibat, tempat dan

peralatan.

Semasa perlaksanaan program

99

Page 100: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Sesuatu program biasanya dimulakan dengan pendaftaran dan para peserta akan

mengisi borang pendaftaran bagi tujuan mengetahui latar belakang, minat dan keperluan

peserta. Para peserta juga akan diberikan ujian yang bertujuan untuk mengetahui tahap

pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang-bidang tertentu sebelum program

dimulakan. Pengurus seharusnya bertanggungjawab melaksanakan majlis pembukaan

program yang diatur secara rasmi dan fomal. Setelah sesi program dijalankan dengan

lancar, seterusnya ialah mengatur majlis penutupan program tersebut.

Selepas perlaksanaan program

Setelah program tamat, semua yang terlibat akan diberikan ucapan terima kasih

secara bertulis kerana sumbangan mereka dan dibayar seperti yang telah dipersetujui

dalam surat jemputan. Terdapat juga program yang memerlukan penganjur membuat

aktiviti susulan untuk meningkatkan pemindahan proses pembelajaran dalam program

tersebut yang telah berlaku.

Kesimpulan

Perancangan perlaksanaan program yang dibincangkan adalah supaya setiap

program yang hendak dilaksanakan perlu dibuat suatu perancangan dan setiap aktiviti

yang hendak dilaksanakan adalah bersistematik. Dengan ini setiap aktiviti yang hendak

dilaksanakan benar-benar akan mengatasi masalah golongan sasaran.

Perancangan program ini akan menjadi garis panduan dalam menjalankan tugas

dan juga asas penilaian bagi mengukur kejayaan atau kegagalan sesuatu program yang

100

Page 101: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

dilaksanakan. Penilaian harus dibuat dari masa ke semasa terhadap program yang telah

dilaksanakan bagi tujuan memperbaiki dan mengatasi sebarang kelemahan untuk

mencapai beberapa objektif perlaksanaan program. Akhirnya setiap program yang

dilaksanakan perlu diikuti dan menjadi tanggungjawab setiap pengamal pembangunan

sumber manusia untuk melaksanakannya.

Penyelarasan dan pengurusan program

Pendahuluan

Peyelarasan pula merupakan satu bentuk kerjasama yang dibentuk untuk

dijadikan “ flat form’ dalam penyelesaian masalah yang wujud apabila hendak menjalan

sesuatu program tidak kira program pembangunan ,program pendidikan atau program

penerangan.

Oleh itu,setiap program sama ada program pendidikan atau penerangan harus

mempunyai badan penyelaras yang akan menjadi sebuah badan kerjasama atau antara

semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesuatu program.

Bentuk-Bentuk Penyelarasan Dan Pengurusan Program

Penyelarasan pula boleh didefinisikan sebagai proses mengintegrasikan matlamat

dan aktiviti bahagian-bahagian. Kerjasama diantara satu sama lain amat diperlukan

supaya organisasi dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang tidak dapat

diramalkan. Struktur organisasi yang membahagikan bahagian-bahagian tertentu,

101

Page 102: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

memerlukan penyelarasan untuk menyatukan kegiatan di setiap bahagian kearah

pencapaian matlamat organisasi. Dalam membuat penyelarasan, pengurus sumber

manusia mestilah mengikut model pembentukan program yang betul. Diantara tahap-

tahap model pembentukan program yang perlu diikuti oleh pengurus sumber manusia

ialah :-

Penyusunan sesebuah organisasi merangkumi susunan dan pembahagian tugas

mengikut fungsi, mengikut kawasan atau mengikut pengeluaran dan berdasarkan objektif

dan strategi organisasi. Pembahagian kuasa atau autoriti, sistem penyelarasan dan sistem

komunikasi juga ditekankan didalam penyusunan organisasi.

Organisasi yang mempunyai susunan struktur yang baik dapat menghalang

daripada berlakunya penindihan kuasa atau penduaan tugas sama ada dikalangan

kakitangan diantara bahagian-bahagian fungsi. Penyusunan yang baik juga dapat

meningkatkan produktiviti, memberikan dorongan kepada kakitangan serta menjamin

keharmonian didalam tempat kerja.

Mengenalpasti bentuk-bentuk penyelarasan dan pengurusan program yang akan

dijalankan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengamal sumber manusia untuk

mengenalpasti apakah jenis program yang akan dijalankan barulah bentuk penyelarasan

dan kerjasama dapat dijalankan dengan baik. Dalam tugasan ini ,saya telah cuba untuk

mengetengahkan bentuk-bentuk penyelarasan yang yang akan dijalankan dalam Seminar

Kecemerlangan Belajar 2001 yang akan dianjurkan oleh sekumpulan pelajar yang

mengikuti kursus DCE3455 Pengurusan Program Pembangunan Sumber Manusia

Sebagai langkan pertama untuk menentukan kejayaan program yang akan

dijalankan telah digariskan beberapa bentuk penyelarasan yang perlu diikuti sebagai garis

102

Page 103: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

panduan agar program dapat dijalankan dengan sebaik yang mungkin nanti. Bentuk

penyelarasan yang pertama adalah,mempereratkan kerjasama antara semua yang terlibat

dalam menjayakan program yang akan dijalankan seperti pihak penganjur,pensyarah

yang menjadi pembimbing, penyedia tempat atau dewan seminar dan sebagainya.

Ini kerana kerjasama yang erat akan dapat mewujudkan suasana yang harmoni

sebelum,semasa dan selepas program dijalankan nanti.

Selain itu, penyelarasan antara ahli-ahli jawatan kuasa penganjur juga harus ada

sebab ketelusan dan kelancaran program yang akan dijalankan adalah bergantung kepada

sejauh mana ahli jawatan kuasa penganjur dapat menjalankan tugas mereka dengan baik

dan sempurna.oleh itu,adalah menjadi tanggungjawab ahli jawatan kuasa menimbang

segala kemungkinan kejayaan dan kelancaran serta kecacatan program yang akan

meraka jalankan kelak. Dalam penyelarasan ahli-ahli jawatan kuasa ini meraka haruslah

berusaha untuk bekerjasama dengan sebaik yang yang mungkin kerana tanpa kerjasama

yang erat antara meraka yang terlibat program tersebut akan gagal.

Bentuk penyelarasan yang ketiga adalah membincangkan pelbagai prosedur dan

karenah birokasi yang mungkin akan menjejaskan program yang akan dijalankan.ini

penting sebab seperti yanag diketahui,dalam menjalankan sesuatu program,terdapat

banyak prosedur yang akan dilalui dan ianya bukan semudah yang dijangkakan

memandangkan banyak urusan surat menyurat dan sebangainya yang terpaksa dijalankan

sebelium sesuatu program dijalankan ini termasuklah surat kebenaran menjalankan

program,surat kelulusan program.selain itu,karenah birokasi pula akan menjadi satu

masalah sebab terlalu banyak peringkat yang akan dilalui sebelum program dapan

dilaksanakan.

103

Page 104: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Selain itu,dalam pembangunan wilayah yang dijalankan oleh Malaysia juga kita

dapat melihat satu bentuk penyelarasan yang dikenali sebagai IADP.

IADP adalah satu strategi pembangunan wilayah luar Bandar yang melibatkan

pelbagai sector dan disiplin bertujuan untuk meningkatkan kualiti hudup

masyarakat,meningkatkan produktiviti produk pertanian ,menyamaratakan ekuiti faedah

sosioekonomi dan menyeimbangkan pembangunan dari segi kawasan yang kaya dengan

kawasan yang miskin.

Rasional dalam pelaksanaan IADP adalah kerana kewujudan terlalu banyak

agensi dalam sesuatu kawasan yang menimbulkan banyak masalah dari segi pengunaan

sumber,penyelarasan aktiviti,keutamaan program dan yang paling penting sekali adalah

penerima sukar membuat keputusan tentang program agensi yang harus mereka

terlibatkan. Oleh yang sedemikian melalui IADP, penyelarasan program pembangunan

luar Bandar di Malaysia dapat dijalankan dengan sempurna sehingga ke hari ini.

Selain daripada bentul penyelarasan yang telah dinyatakan di atas,terdapat banyak lagi

bentuk penyelarasan yang ada,sebagai contoh MajlisTanah Negara ditubuhkan oleh

kabinat adalah bertujuan untuk menyelarasakan pembukaan tanah,mengambilan tanah

oleh kerajaan pusat. Ia melibatkan kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri

Secara keseruhannya,bentuk-bentuk penyelarasan ini akan dibuat apabila berlaku

masalah dalam menjalankan sesuatu program sama ada program pembangunan atau

sebaliknya.Seterusnya,matlamat penyelarasan program adalah untuk memudahkan

sesuatu program dijalankan serta meningkatkan keberkesanannya.

Sebenarnya,bentuk-bentuk penyelarasan juga boleh dibahagikan kepada dua lagi

iaitu program dibawah kerajaan puat dan juga program di bawah pentadbiran kerajaan

104

Page 105: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

negeri selain program-program sukarela . Kesemua program ini adalah untuk

mewujudkan pertumbuhan yang meningkatkan arus pembangunan masyarakat dan juga

bagi mendekatkan masyarakat dengan pemahaman yang lebih jelas tentang hubungan

antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Strategi dan Teknik Dalam Penyelarasan Dan Pengurusan Program

Dalam menjalankan sesuatu program pembangunan, adalah wajar dan

sepatutunya setiap program tersebut mempunyai strategi yang tertentu supaya program

tersebut dapat dijalankan sengan baik dan sempurna kelak. Biasanya strategi dan teknik

yang digunakan dalam penyelarasan dan pengurusan program akan bergantung kepada

jenis program yang akan dijalankan. Strategi dan teknik boleh ditakrifkan sebagai satu

kaedah atau cara untuk melakukan sesuatu kerja atau program dan ianya akan menjadi

prosedur wajib dalam setiap peringkat sesuatu program yang dijalankan.

Dalam badan penyelarasan tugas yang dilaksanakan dalam program Seminar

Kecemerlangan Belajar 2001 ,terdapat beberapa strategi yang digunakan untuk

menxcapai objektif program tersebut. Antaranya adalah, mengadakan mesyuarat sekerap

yang boleh bagi membincangkan masalah yang berlaku dan yang dihadapi oleh ahli

jawatan kuasa penganjur program tersebut.

Sementara itu,bagi mengeratkan hubungan sesama ahli jawatankuasa pula,sesi

beramah mesra perlu dijalankan supaya setiap ahli yang terlibat akan mengenali antara

satu sama dengan yang lain.ini penting bagi mengeratkan hubungan mesra yang menjadi

agenda penting dalam kekuatan sesebuah kumpulan teguh yang menjadi tunjang kepada

kejayaan sesuatu program yang dijalankan.

105

Page 106: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Jika dilihat kepada Majlis Tanah Negara yang ditubuhkan oleh kabinet Malaysia,

ia adalah salah satu badan penyelarasan yanag amat penting kerana peranannya dalam

penyelarasan tanah antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Majlis Tanah Negara akan

menjadi satu badan khas yang amat berguna untuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri

bagi menyelesaikan pelbagai kekalutan yanag melibatkan pengambilan tanah sesebuah

negeri olah kerajaan pusat untuk menjalankan projek pembangunan bagi meningkatkan

taraf hidup rakyat di kawasan yang terbabit dalam projek berkenaan.

Bagi menjadikan ia sebagai sebuah badan penyelarasan yang berkesan ,ia telah

mengariskan beberapa strategi dan teknik yang boleh digunakan untuk mencapai

objektifnya sebagai sebuah badan penyelarasan. Majlis Tanah Negara akan mengadakan

menyuarat setiap bulan bagi membincangkan masalah tanah yang dihadapi oleh kerajaan

pusat dan kerajaan negeri.ini kerana seperti sedia maklum,perkara yang berkaitan dengan

tanah adalah hak kerajaan negeri dan bukannya kerajaan pusat.

Melalui majlis tanah negara juga pihak kerajaan pusat akan melobi kawasan tanah

kerajaan negeri yang boleh dimajukan kerana potensinya untuk kemakmuran penduduk

setempat.jadi dalam menguruskan soal tanah, strategi yang berkesan amat penting supaya

program pembangunan tanah dapat dijalankan dengan baik dan sempurna bagi

kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, jika kita lihat pula pada strategi penyelarasan melalui

IADP,pelbagai strategi telah digunaskan oleh kerajaan bagi mencapai objektif penubuhan

IADP.IADP dikenali sebagai program pembangunan secara bersepadu( Integreted

Agriculture Development Programme).Jadi melalui IADP kerajaan telah melaksanakan

empat stretegi pembangunan wilayah iaitu,strategi pembukaan tanah baru, strategi

106

Page 107: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

pembangunan pertanian bersepadu dan pembangunan in-situ, strategi memperluaskan

kawasan perindustrian dan strategi memperbandarkan kawasan desa melalui

pembentukan pusat-pusat bandar.

Secara kesimpulannya, strategi yang digunakan dalam penyelarasan dan

pengurusan program pembangunan adalah bertujuan untuk mencapai objektif utamanya

iaitu untuk kesejahteraan hidup masyarakat di negara ini.Oleh yang sedemikian semua

strategi yang dijalankan oleh badan penyelarasan haruslah yang terbaik supaya setiap

program yang dijalankan akan memberi manfaat kepada masyarakat dan bukannya hanya

untuk membuang wang ringgit dengan begitu sahaja.

Bagaimana Penyelarasan Dan Pengurusan Program Mempengaruhi Pengamal

Sumber Manusia

Pada kebiasaannya, pengamal sumber manusia adalah seorang pakar dalam

bidang pembangunan sumber manusia dan semestinya akan merancang keperluan tenaga

manusia dalam sesuatu program pembangunan atau pendidikan yang akan dijalankan

terlebih dahulu. Pengamal sumber manusia akan menjadi sumber rujukan utama untuk

mendapatkan jumlah atau bilangan tanaga manusia yang diperlukan apabila program

akan dijalankan oleh sesebuah agensi sama ada agensi kerajaan,swasta atau persendirian

mahupun pertubuhan-pertubuhan tertentu.

Penyelarasan sesuatu program pembangunan atau pendidikan akan mempengaruhi

bagai mana seseorang pengamal sumber manusia untuk mengurus tentang penggunaan

sumber manusia supaya penggunaan sumbar sentiasa maksimum. Perkara yang paling

penting perlu dipertimbangkan oleh seorang pengamal sumber manusia adalah

107

Page 108: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

penggunaan sumber manusia adalah terhad. Pembentukan dan perlaksanaan sesuatu

program biasanya akan memerlukan penggunaan sumber manusia yang banyak

sedangkan sumber manusia seperti diketahui adalah terhad.

Oleh yang demikian,pengamal sumber manusia perlu membuat penilaian melalui

badan penyelarasan agar penggunaan sumber manusia tidah terbazir dengan begitu sahaja

dalam sesuatu masa tetentu.Ini bagi memastikan penggunaan sumber manusia dalam

sesuatu program sentiasa maksimum.

Selain itu,hasrat kearah keberkesanan pengurusan juga akan menjadi agenda

pentng kepada seseorang pengamal sumber manusia dalam sesuatu program yang akan

dijalankan kelak.bagi memastikan keberkesanan pengurusan,sesuatu program haruslah

dibuat secara sistematik. Keseluruhan program dan pentadbiran program dapat

ditingkatkan keberkesanannya kerana setiap tahap akan dijalankan dengan teratur dan

berhati-hati. Pengurusan melalui mesyuarat dan pengurusan melalui objektif yang

bertjuan menjalankan penilaian, pengawalan,dan pengawasan demi mempertingkatkan

keberkesanan pengurusan program. Ini bermakna seorang pengamal sumber manusia

perlu bijak mengurus sesuatu program memalui badan penyelarasan yang telah dibentuk

supaya setiap program yang dijalankan akan mencapai matlamat dan objektifnya.

Sebagai seorang pakar dalam pembangunan sumber manuis ,seorang pengamal

pembangunan sumber manusia harus mengambil kira pembangunan masyarakat secara

amnya.setiap program yang dijalankan harus mencapai objektif pembangunan kerana ia

melibatkan sumber manusia daripada masyarakat. Dengan kata lain program yang

dijalankan harus memberi manfaat dan kesejahteraan kepada masyarakat. Pembentukan

institusi sosial juga akan menpengaruhi pengamal sumbar manusia .Organisasi sosial

108

Page 109: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

perlu dibentuk apabila sesuatu program dijalankan supaya ia dapat berfungsi untuk

menghubungkan masyarakat dengan pihak kerajaan atau pentadbir di kawasan

setempat.contohnya membantuk JKKK( Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung).Ini kerana ia adalah sebuah organisasi sosial yang amat penting dalam kerja

pengembangan dan pembangunan masyarakat.

Penyelarasan juga akan menyebabkan berlakunya penglibatan masyarakat dalam

sesuatu program pembangunan yang akan dijalankan kerana setiap program yang

dijalankan sudah tentu akan mengembleng sumber masyarakat yang ramai dan

banyak,jadi sesuatu program semestinya memerlukan penglibatan masyarakat yang aktif

dan produktif supaya program yang dijlankan akan memberi manfaat yang berguna

kepada golongan masyarakat.sehubungan dengan itu, melalui penyelarasan antara agensi

kerajaan pusat atau pihak berkuasa tempatan ia akan memudahkan pengamal sumber

manusia dalam merancang penggunaan sumber manusia dalam sesuatu program

pembangunan.

Kesimpulannya, melalui badan penyelarasan yang dibentuk untuk mewujudkan

kerjasama antara satu dengan yang lain dalam menjalankan sesuatu program pengamal

sumber manusia akan dapat merancang,mengurus an menilai keperluan tenaga manusia

untuk menjayakan sesuatu program pembangunan. Dengan kata lain,seorang pengamal

sumber manusia akan mengembleng,mnggunakan dan membangunkan sumber tempatan

secara cekap melalui sumber manusia yang ada dalam pemguruskan sesuatu program

pembangunan.

Peranan Pengamal Sumber Manusia Dalam Penyelarasan Dan Pengurusan

Program

109

Page 110: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Seorang pengamal sumber manusia mempunyai banyak peranan dalam

penyelarasan dan pengurusan program yang dijalankan oleh sesebuah organisasi atau

agensi. Seorang pengamal sumber manusia itu biasanya menpunyai tugas sebagai ejen

pengembangan kerana program yang akan dijalankan adalah untuk kepentingan

masyarakat keseluhannya dan bukannya untuk dirinya sendiri.

Mengikut Havelock(1973), seorang pengamal sumber manusia akan bertugas

dalam suatu sistem masyarakat yang mempunyai empat peranan utama dalam

memnbangunkan sumber manusia yang ada dalam masyarakat.

Seorang pengamal sumber manusia akan menjalankan peranan sebagai pengerak.

Tugas pengamal sumber manusia sebagai pengerak ini bermakna,memecahkan suasan

yang ada kepadasuatu keinginan dan keperluan terhadap sesuatu perubahan kehidupan

yang lebih sempurna dan sejahtera.ini bermakna sesuatu program yang dijalankan

mentilah mendatangkan manfaat yang banyak dan baik kepada aspek kehidupan

masyarakat.

Seorang pengamal sumber manusia juga merupakan seorang penyelesai masalah.

Ini bermakna seorang ejen perubahan itu harus mengetahui bila dan bagaimana hendak

melaksanakan penyelesaian yang sedang dihadapi dalam sesuatu program yanag

dijalankan dan bukannya setakat mengetahui bentuk penyelesaian terhadap sesuatu

masalah.dengan itu seorang pengamal sumber manusia harus menpunyai kepakaran

khusus seperti kepakaran kaunseling dan sebagainya.

Dalam perlaksanaan dan pengurusan program,seseirang pengamal sumber

manusia juga akan menjadi pembantu proses.Apa yang dikatakan sebagai pembantu

proses ini adalah,pakar pembangunan sumber manusia akan menjadi seorang pendidik

110

Page 111: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

kepada mereka yang terlibat dalam program yang dijalankan .disini ia akan melibatkan

proses penerimaan masalah yang dihadapi oleh peserta program yang dijalankan diikuti

denngan penyelesaian masalah tersebut dan penerimaan pembaharuan yang berlaku

melalui program yang dijalankan itu.

Peranan pengamal sumber manusia yang keempat dan terakhir mengikut kajian

yang dijalankan oleh Havelock(1973) adalah sebagai penghubung sumber.Tugas sebagai

penghubung sumber ini bermakna,memberi jalan dan menunjuk ajar siapa dan apa

barangan yang diperlukan ,bagaimana mendapat input tersebut,dan cara mengunakan

input tersebut dengan sempurna. Ini kerana matlamat akhir sesuatu program biasanya

adalah agar penerima atau peserta sesuatu program itu akan berdikari pada akhir proses

perubahan yang dilaluinya sama ada perubahan dari segi kognitif.afektif dan psikomotor.

Menurut Beal( 1981),dia telah menberi lima peranan pengamal sumber manusia

dalam penyelarasan sesuatu program iaitu, sebagai

pendidik,penyelidik ,perunding,pentadbir dan sebagai pemimpin.

Walaupun telah banyak peranan yang dinyatakan oleh pakar falsafah dalam

pembangunan sumber manusia tentang peranan seorang pengamal sumber manusia dalam

pengurusan program dan penyelarasan namun,tujuannya adalah sama sahaja kerana setiap

pengamal sumber manusia akan memainkan peranannya yang menjadi etika sebagai

pakar dalam bidang yang mereka pelopori.

Bagi memastikan program yang dirancang dan dilaksanakan mencapai objektifnya,

seorang pengurus sumber manusia haruslah berperanan sebagai berikut :-

1. perancangan (planning)

2. pengorganisasian (organizing)

111

Page 112: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

3. pemimpinan (leading)

4. pengawalan (controlling)

Pengurus sumber manusia juga mesti membuat penyelarasan supaya objektif

program yang dijalankan menepati dan selari dengan objektif organisasi atau jabatan.

Dalam membuat penyelarasan, pengurus sumber manusia mestilah mengikut model

pembentukan program. Diantara tahap-tahap model pembentukan program yang perlu

diikuti oleh pengurus sumber manusia ialah :-

1. memahami falsafah asas program.

(dengan adanya pemahaman mengenai falsafah sesuatu program, pihak

perancangan akan merasa lebih bertanggungjawab bekerja secara bersungguh-

sungguh, bersikap positif terhadapnya dan berasa jujur dalam apa sahaja usaha

yang dilakukan).

2. membentuk jawatankuasa bertugas.

(untuk mendapatkan sokongan yang kuat dan setiap pihak boleh memberi

sumbangan material dan bukan material untuk menjayakan program).

3. mengkaji situasi.

(untuk mengetahui situasi bagi sesuatu program yang perlu diambil perhatian

untuk jalan penyelesaian).

4. membentuk objektif.

(objektif dibentuk dengan cermat dan sempurna pada peringkat awal perancangan

dan objektif program mestilah selari dengan objektif organisasi atau jabatan).

5. merangka jadual program dan jadual kerja.

112

Page 113: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

(jadual program merupakan carta penjadualan semua tahap utama program untuk

keseluruhan jangka masa program).

6. melaksana jadual kerja.

(merupakan tahap perlaksanaan aktiviti yang telah dirangka dalam jadual program

dan jadual kerja).

7. menilai prestasi.

(bertujuan untuk mengetahui sejauh mana objektif program dicapai dan

merupakan asas dalam menentukan kejayaan program keseluruhannya).

8. mendokumenkan program dan menbuat cadangan.

(merupakan peringkat menyediakan laporan tentang program keseluruhan dan

daripada laporan ini akan jelas kelihatan nilai program yang sebenarnya).

Jadi,sememangnya seorang pengamal sumber manusia akan memainkan banyak

peranan dalam penyelarasan dan pengurusan sesuatu program yang akan dijalankan. Ini

kerana keperluan sumber manusia untuk menjayakan progaram itu akan diputuskan oleh

pakar sumber manusia yang dilantik oleh sesebuah organisasi.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, terdapat banyak bentuk-bentuk penyelarasan yang ada

apabila sesuatu program pembangunan kumuniti atau masyarakat dijalankan .

Penyelarasan dan kerjasaama ini wujud apabila berlakunya masalah yang menyebabkan

ketidaklancaran sesuatu program yang dijalankan oleh sesebuah agensi atau badan-badan

113

Page 114: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

tertentu.badan-badan penyelarasan yang dibentuk ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu badan

penyelarasan tetap dan badan penyelarasan sementara. Badan penyelarasan tetap adalah

satu badan penyelarasan yang ditubuhkan mengikut undang-undang persekutuan yang

termaktub dalam perlembagaan atau undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri.

Sementara badan penyelarasan sementara pula adalah satu bentuk badan penyelarasan

yang dibentuk hanya untuk menyelaras program jangka pendek sahaja contohnya badan

penyelarasan antara ahli-ahli jawatankuasa penganjur Seminar Kecemerlangan Belajar

2001 ,.manakala contoh badan penyelarasan tetap ialah Majlis Tanah Negara.

Sementara itu,strategi dan teknik penyelarasan program adalah berkaitan dengan

cara dan bagaimana sesebuah badan penyelarasan akan berkerjasama antara satu sama

dengan yang lain .Biasanya strategi dan teknik penyelarasan ini akan melibatkan cara dan

bidang kerja badan penyelarasan tersebut dalam mencapai objektif program

pembangunan dan sebagainya yang mereka telah rancang untuk dijalankan kelak.

Dalam pada itu, seorang pengamal sumber manusia juga sangat penting dalam

menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu program yang melibatkan penyelarasan

kerana penggunaan sumber tenaga manusia secara maksimum dan ekonomik akan

menjadi agenda utama sesuatu program pembangunan yang akan dijalankan .ini kerana

pengamal sumber manusia akan membuat penilaian,pengambilan dan segala kerja yang

berkaitan dengan penggunaan sumber manusia sebagai gunatenaga kepada sesebuah

organisasi atau agensi.

Biasanya pengamalan sumber manusia akan mempengaruhi penyelarasan dan

pengurusan program pembangunan yang akan dijalankan kerana apabila sesuatu badan

114

Page 115: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

penyelarasan dibentuk dan ditubuhkan maka sudah tentu ia akan melubatkan penggunaan

sumber manusia bagi menjayakan sesuatu program yang akan dijalankan.secara amnya

badan-badan penyelarasan akan menggunakan pelbagai strategi yang berlainan dsalam

penggunaan sumbar tenaga manusia ,dengan itu segala keperluan tenaga manusia akan

diputuskan oleh badan penyelaras yang ditubuhkan bagi menyelaras segala perkara yang

berkaitan dengan program yang akan dijalankan nanti.sekiranya badan penyelarasan

mahukan banyak tenaga manuasia terlibat dalam sesuatu program yang akan dijalankan

maka sudah tentu pengamal sumber manusia akan mencari lebih banyak lagi peserta atau

klein yang akan menjayakan program yang akan dijalankan.

Oleh yang sedemikian ,memang tidak dapat dipisahkan bahawa hubungan antara

penyelarasan dan pengurusan adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu

program yang akan dijalankan dan sudah tentu setiap program tersebut akan memberi

manfaat yang banyak badan berguna kepada masyarakat khasnya dan negara amnya.

Unit 6: Penilaian program

Pengenalan

Penilaian sebagai sebahagian daripada elemen penting dalam pembentukan dan

perancangan program pembangunan sumber manusia. Walaupun banyak program yang

dilaksanakan, tetapi penilaian telah tidak dilakukan dengan berkesan. Akhirnya program

yang dirancang dengan sempurna, perlaksanan yang cemerlang tidak mendatangkan

output seperti mana yang diharapkan kerana penilaian tidak dilakukan dengan berkesan.

115

Page 116: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Tajuk-tajuk dalam unit ini

Definisi

Kepentingan

Tujuan

Bentuk

Strategi, teknik dan jenis

Indikator penilaian

Borang penilaian

Definisi Kepentingan

Tujuan Bentuk

Penilaian program

116

Page 117: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Strategi, Teknik Indikator

& Jenis

Borang penilaian

Objektif pembelajaran

Di akhir unit ini diharapkan

1. Menyenaraikan kepentingan penilaian program

2. Mengenalpasti tujuan dan bentuk penilaian program

3. Menggalurkan indikator utama penilaian program

Definisi penilaian

Menurut Steele, penilaian adalah satu proses untuk menentukan nilai sesuatu

program. Penentuan ini dilakukan dengan cara membandingkan bukti tentang keadan

program sekarang dengan criteria sebagaimana program sepatutnya

117

Page 118: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Kriteria

Pertimbangan

Bukti

Penilaian melibatkan tiga peringkat utama iaitu

1. Menentukan criteria

2. Pengumpulan bukti

3. Membuat pertimbangan

Jenis-penilaian

Penilaian formal dan tidak formal

Penilaian boleh dibuat secara formal atau sebaliknya mengikut cara penilain itu

dibuat. Dalam penilaian formal, criteria ditentukan terlebih dahulu, diikuti dengan

mendapatkan bukti dan seterusnya pertimbangan. Penilaian jenis ini amat digakkan

dalam pembentukan program kerana mempunyai maklumat yang sah dan boleh dijadikan

asas kukuh untuk membuat keputusan

Kriteria bukti pertimbangan

118

Page 119: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Sebaliknya, dalam penilaian tidak formal, pertimbangan dibuat terlebih dahulu tanpa

mempunyai bukti serta criteria yang tertentu. Proses ini mengkun melibatkan unsure-

unsur ‘bias’.

Pertimbangan bukti Kriteria

Penilaian formatif dan sumatif

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat semasa sesuatu program

dijalankan. Manakala penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dilakukan diakhir

sesuatu program

Penilaian KIPH

Secara asasnya penilaian bertujuan untuk menyediakan maklumat untuk membuat

keputusan tentang sesuatu situasi. Stufflebeam telah mengemukakan model penilaian

KIPH iaitu:

1. Penilaian konteks/situasi

2. Penilaian input

3. Penilaian proses

4. Penilaian hasil

Penilaian konteks

Dilakukan untuk mengenalpasti dan mengetahui keadaan persekitaran yang

hendak diubah dan seterusnya mengenalpasti keperluan masalah yang wujud. Hasil

daripada penilaian ini ialah pembentukan objektif program

119

Page 120: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Penilaian input

Bertujuan menentukan sumber-sumber yang diperlukan, cara penggunaan

sumber-sumber itu dan pengemblengan sumber, dan kaedah untuk mencapai objektif

program. Penilaian ini akan menghasilkan satu rangka tindakan atau jadual kerja untuk

melaksanakan program.

Penilaian proses

Dikenali juga sebagai pengawasan(monitoring). Bertujuan memberi maklumbalas

ke arah pengubahsuaian serta pembaikan rangka tindakan. penilaian ini cuba mengetahui

kelemahan serta kekuatan dalam rangka tindakan serta perlaksaan. Di antara perkara

yang diawasi ialah saluran komunikasi, tempat, kefahaman dan penerimaan program,

kecukupan sumber, hubungan intrapersonal dan kemudahan fizkal.

Proses penilaian

Dalam membuat satu rangka penilaian, terdapat beberapa peringkat yang perlu

diikuti iaitu :

1. Tentukan apakah tujuan dilakukan penilaian

2. Tentukan criteria penilaian yang akan dibangunkan

3. Tentukan bukti-bukti yang diperlukan sertacara untuk mendapatkannya

4. Buat pertimbangan dengan membadingkan bukti dengan criteria

5. Laporkan hasil penilaian

120

Page 121: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Kriteria penilaian

Banyak perkara yang bioleh digunakan sebagai criteria penilaian. Berikut

dipaparkan tatatingkat criteria penilaian yang merangkumi tujuh tahap. Lagi tinggi tahap

criteria yang dibangunkan adalaj lebih baik. Dan seterusnya memberikan ganbaran yang

lebih jelas dari segi kejayaan seyuatu program itu.

Peringkat menganalisis hasil dan keberkesanan program dan sama ada program

terlaksana seperti yang dirancang atau tidak dikenali sebagai proses penilaian. Proses

penilaian boleh dibuat dengan menggunakan Model 7 S McKinsey yang dilihat dari segi

S trategy, S ystems, S taff, S kills, S tyle, S hared values dan S tructure dan Kaedah

Penyoalan atau Lampu Isyarat di mana merah mewakili apa yang tidak patut diteruskan,

jingga mewakili apa yang patut dipertimbangkan sama ada untuk memberhentikan atau

meneruskan sesuatu perkara dan hijau pula mewakili apa yang baik yang harus diteruskan

dan disampaikan kepada penerima yang akan datang. Proses pengurusan program

dikatakan berlaku secara terus-menerus kerana hasil daripada proses penilaian ini akan

dijadikan sebagai input untuk merancang program yang akan datang.

Matlamat diri

Perubahan amalan

Perubahan KASA

121

Page 122: Unit 1: Pengenalan kepada pengurusan program pembangunan ... dce3106.doc  · Web viewHalangan dan rintangan yang dilalui oleh pengamal sumber mansia dalam ... Objektif peringkat

Reaksi

Penglibatan

Aktiviti

Input

Penilaian dan proses membuat keputusan

Langkah-langkah dalam membuat keputusan

1. Menentu dan mencari punca maklumat

2. Menentu dan mencari pilihan/alternatif

3. Membanding dan menganalisa alternatif

4. Memilih alternatif yang paling baik

122