penerangan ujian rintangan penebatan

5
KERTAS PENERANGAN TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI) 43

Upload: aman-zaki

Post on 28-Jul-2015

3.018 views

Category:

Documents


47 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penerangan ujian rintangan penebatan

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Ujian rintangan penebatan

Peraturan IEE mencadangkan bahawa dua jenis rintangan penebatan patut dijalankan iaitu

i. Ujian 1 – ujian di antara pengalir hidupa) Bagi sistem satu fasa - di antara fasa dengan neutral (L dan N)b) Bagi sistem tiga fasa - di antara pengalir fasa (R-Y, Y-B, B-R)

- di antara pengalir fasa dan neutral (R-N, Y-N, B-N)Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk memastikan tiada litar pintas berlaku dalam pemasangan.

ii. Ujian 2 – ujian di antara punca bumi dan semua pengalir membawa arus.a) Bagi sistem satu fasa - di antara fasa dan neutral dengan bumi (L-E, N-E)

b) Bagi sistem tiga fasa - di antara fasa dengan bumi (R-E, Y-E, B-E). - di antara neutral dengan bumi (N-E).

Tujuan ujian ini untuk memastikan tiada kerosakan ke bumi berlaku dalam pemasangan. Alat pengujian yang digunakan adalah Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester).

Tatacara menjalankan ujian 1.

1. Bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya 50 keluaran dengan bacaan meter 25 Megaohm.

2. Semua beban mesti ditanggalkan, sekiranya tidak boleh suis yang mengawalnya mesti di buka (OFF).

3. Semua suis yang mengawal litar mesti ditutup (ON).4. Suis utama di buka (OFF).

43

Page 2: Penerangan ujian rintangan penebatan

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

5. Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang 0.5 Megaohm bagi setiap litar akhir.6. Sambungan plambam penguji ialah L-N, R-Y, Y-B, B-R, R-N,Y-N, B-N.

Tatacara menjalankan ujian 2

1. Sama seperti tatacara ujian 1 nombor 1 hingga 4.2. Buat sambungan di antara semua pengalir fasa dan neutral.3. Sambung plambam seperti gambarajah di bawah. 4. Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang daripada 0.5 Megaohm.

Ujian penebatan ke atas alat-alat elektrik mudahalih.

Ujian penebatan mestilah dibuat secara berasingan daripada ujian penebatan ke atas pemasangan elektrik.

Tatacara menjalankan ujian.

1. Sambungkan plambam penguji seperti gambarajah di bawah2. Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang daripada 0.5 Megaohm.

44