undang-undang tubuh negeri johor

Upload: eizuwaneizuddin

Post on 08-Jul-2015

197 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI JOHOR

SULTAN ABU BAKAR

KANDUNGAN Syarat-syarat bagi melantik atau menabalkan Sultan serta menetapkan wang-wang perbelanjaan dan aturan-aturan bagi menggantikan Sultan Johor itu hingga berketurunan; Peraturan-peraturan dan kewajipan-kewajipan Majlis Mesyuarat Menteri-menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri; Aturan-aturan berkenaan dengan agama Islam dalam negeri Johor;

Menetapkan asas hukuman-hukuman undang-undang yang akan dijalankan di dalam mahkamah-mahkamah keadilan; dan Mengenai perjanjian dengan negara-negara asing.

SEJAK 1895, UNDANGUNDANG TUBUH NEGERI JOHOR TELAH DIPINDA SEBANYAK EMPAT KALI:-

Pindaan Pertama (1 April 1908)

Pindaan Kedua (17 September 1912) Pindaan Ketiga (12 Mei 1914) Pindaan Keempat (17 Julai 1918)

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN Undang-undang Tubuh Negeri Johor telah memainkan peranan penting dalam kalangan masyarakat Melayu semasa menentang penubuhan Malayan Union. Faktor utama penentangan kerana kesemua Sultan di Negeri-negeri Melayu akan hilang kuasa dan kedaulatan mereka terhadap negeri masing-masing, selain daraipada cara Sir Harold MacMichael

mengugut untuk mendapatkan tanda tangan para Sultan.

Sultan Ibrahim dari Johor sendiri telah dipaksa oleh MacMichael untuk menandatangani perjanjian tersebut. Keadaan ini telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Melayu, sambil mendakwa bahawa menandatangani perjanjian tersebut adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri

Johor yang tidak membenarkan Sultan Johor daripada melakukan apaapa tindakan yang boleh menggugat kedaulatan negeri Johor.

Sebagai maklum balas terhadap penentangan tersebut, baginda menganjurkan perhimpunan agung pertama UMNO di istana baginda di Johor Bahru pada Mei 1946. Beliau turut sama memboikot perlantikan gabenor pertama Malayan Union. Hasil daripada kejayaan orang-orang Melayu menentang

penubuhan Malayan Union, para pemimpin negeri-negeri Melayu yanglain turut menggunakan Undang-undang Tubuh Negeri Johor sebagai model bagi perlembagaan masing-masing bagi melindungi kedaulatan negeri-negeri Melayu.

~TAMAT~