ulasan.docx

4
ULASAN TAJUK : PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN, KEBERTANGGUNGJAWABAB INISIATIF KENDIRI PENCERAMAH : DR. MOHD NASARUDDIN BASAR Pembangunan Profesionalisme adalah cara diri kita sendiri untuk menginisiatifkan Profesionalisme Keguruan itu sendiri. Berdasarkan kajian, kesan keberkesanan program- program pembangunan adalah berasaskan kehendak sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Terdapat empat aspek yang oleh penceramah dalam seminar tersebut iaitu konsep pembangunan profesionalisme, pembangunan profiesionalisme kendiri, kebertanggungjawaban guru dan laluan kerjaya. Menurut Dr. Nasaruddin bin Basar, guru perlu untuk menguasai pelbagai bidang dalam mata pelajaran lain bukan hanya tertumpu pada satu bidang sahaja. Melalui penguasaan guru dalam pelbagai bidang, mereka dapat berfikir secara positif dan luas. Selain itu, guru mestilah sentiasa untuk berusaha meningkatkan atau memantapkan kompetensi kendiri mereka bagi menghadapi transformasi pendidikan masa kini. Hal ini kerana, kehendak terkini dalam Pembangunan Profesionalisme Keguruan mengkehendaki seseorang guru berganjak daripada berfikiran vertikal kepada horizontal sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Upload: ieka-adila

Post on 10-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ULASAN

TAJUK : PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN, KEBERTANGGUNGJAWABAB INISIATIF KENDIRI

PENCERAMAH : DR. MOHD NASARUDDIN BASAR

Pembangunan Profesionalisme adalah cara diri kita sendiri untuk menginisiatifkan Profesionalisme Keguruan itu sendiri. Berdasarkan kajian, kesan keberkesanan program-program pembangunan adalah berasaskan kehendak sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Terdapat empat aspek yang oleh penceramah dalam seminar tersebut iaitu konsep pembangunan profesionalisme, pembangunan profiesionalisme kendiri, kebertanggungjawaban guru dan laluan kerjaya.

Menurut Dr. Nasaruddin bin Basar, guru perlu untuk menguasai pelbagai bidang dalam mata pelajaran lain bukan hanya tertumpu pada satu bidang sahaja. Melalui penguasaan guru dalam pelbagai bidang, mereka dapat berfikir secara positif dan luas. Selain itu, guru mestilah sentiasa untuk berusaha meningkatkan atau memantapkan kompetensi kendiri mereka bagi menghadapi transformasi pendidikan masa kini. Hal ini kerana, kehendak terkini dalam Pembangunan Profesionalisme Keguruan mengkehendaki seseorang guru berganjak daripada berfikiran vertikal kepada horizontal sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan ke empat, iaitu Mentransformasikan Profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Berdasarkan Dialog Nasional yang melebihi tiga ribu dialog melalui perbincangan meja bulat dari semua pihak termasuklah rakyat biasa, kumpulan pertengahan dan penasihat pakar dari luar Negara memfokuskan profiesion keguruan agar lebih berkualiti dan terjamin pada masa akan datang. Hal ini bermakna, masih terdapat ruang untuk menambahbaikan serta membangunkan kompetensi kita sebagai seorang guru sebelum kita dapat menghasilkan kemenjadian seseorang pelajar.

Modal insan akan menentukan masa depan negara dan generasi masa datang iaitu generasi y. dalam pembangunan Negara. Pendidikan yang berkualitiialah pendidikan yang mengalami penambahbikan seiring dengan peredaran zaman. Apabila menekankan kompetensi, ia bukan sahaja berkaitan dengan guru tetapi menyentuh juga kepada kemenjadian anak didik yang dibimbing. Seorang guru perlu berkebolehan untuk melahirkan tenaga kerja yang menepati persekitaran kerja.

Selain itu, kualiti guru sentiasa menjadi topik panas dalam semua perbincangan. Persoalan yang berkaitan kualiti guru ialah tahap pencapaiannya seiring dalam peningkatan dalam penghasilan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di sekolah. Hal ini kerana kualiti tidak tertumpu pada satu standard sahaja kerana kualiti bersifat sentiasa berubah dari semasa mengikut peredaran zaman. Oleh yang demikian, guru perlulah berusaha mentransformasikan pengetahuan mereka bagi mencapai kualiti yang diharapkan. Guru yang berkualiti adalah perlu bagi tujuan mencapai tahap modal insan Negara bagi menjamin pembangunan Negara pada masa akan datang. Guru perlu mengaplikasikan dan menilai sesuatu pengetahuan yang baru kerana kita perlu menangani kepantasan dalam penguasaan ilmu oleh pelajar pada masa kini. Kualiti seorang guru perlulah sentiasa maju ke hadapan dengan menunjukkan kualiti diri dan pembangunan yang sejajar.

Laluan kerjaya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah menyediakan instrument penilaian bersepadu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggolongkan guru kepada tiga kelompok iaitu prestasi tinggi, biasa dan rendah.

Kesimpulannya, seorang guru seharusnya berusah meningkatkan kompentensi diri seiring dengan kehendak duni pendidikan hari ini. Kompentensi diri mestilah diberi penambahbaikan dan membangunkan inisiatif kendiri. Kejayaan kompentensi seorang guru boleh menjamin kejayaan murid. Disamping itu, guru perlu sedar akan tanggungjawab mereka dalam menghasilkan modal insan bagi pembangunan Negara serta menjamin kemampuan untuk bersaing di persada dunia selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia.