ulasan jurnal - kaedah pengajaran pengetahuan agama islam di brunei darussalam

17
TAJUK : KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM. SINOPSIS JURNAL Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di daerah Brunei-Darussalam. Kajian ini ditulis oleh Hj Maimun Aqhsa Lubis dan Roslan Jaafar yang menuntut di UKM ,Bangi, Selangor. Tajuk kajian ialah Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam Di Brunei Darussalam. Objektif kajian mengenai tiga perkara penting iaitu perlaksanaan pengajaran Pengetahuan Agama Islam, kaedah popular digunakan oleh para guru dan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah Brunei- Darussalam. Format kajian ialah soal selidik ( temuduga ) ke atas pelajar dan guru dan pencerapan ke atas guru yang mengajar Pengetahuan Agama Islam. Responden terdiri daripada 26 orang guru yang mengajar tingkatan lima dan seramai 148 orang pelajar tingkatan lima. Metodologi kajian ialah penulis mengedarkan borang soal- selidik kepada pelajar dan guru. Borang soal selidik tersebut mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A berkenaan M/ Surat - 1

Upload: eelmarmono

Post on 02-Jul-2015

532 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di daerah Brunei-Darussalam.Kajian ini ditulis oleh Hj Maimun Aqhsa Lubis dan Roslan Jaafar yang menuntut di UKM ,Bangi, Selangor.

TRANSCRIPT

Page 1: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

TAJUK : KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI

DARUSSALAM.

SINOPSIS JURNAL

Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di daerah Brunei-Darussalam.

Kajian ini ditulis oleh Hj Maimun Aqhsa Lubis dan Roslan Jaafar yang menuntut di

UKM ,Bangi, Selangor.

Tajuk kajian ialah Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam Di Brunei Darussalam.

Objektif kajian mengenai tiga perkara penting iaitu perlaksanaan pengajaran Pengetahuan

Agama Islam, kaedah popular digunakan oleh para guru dan keberkesanan kaedah pengajaran

dan pembelajaran di sekolah menengah Brunei-Darussalam.

Format kajian ialah soal selidik ( temuduga ) ke atas pelajar dan guru dan pencerapan ke atas

guru yang mengajar Pengetahuan Agama Islam.

Responden terdiri daripada 26 orang guru yang mengajar tingkatan lima dan seramai 148

orang pelajar tingkatan lima.

Metodologi kajian ialah penulis mengedarkan borang soal-selidik kepada pelajar dan guru.

Borang soal selidik tersebut mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A berkenaan

perlaksanaan pengajaran Pengetahuan Agama Islam. Bahagian B mengenai kaedah popular

yang digunakan oleh guru dan Bahagian C berkaitan kaedah pengajaran berkesan. Penulis

juga mengemukan 10 soalan temuduga yang merangkumi aspek perkaedahan, bahan bantu,

masalah yang dihadapi oleh guru agama dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran Pengetahuan Agama Islam yang dijalankan

di sekolah –sekolah menengah di daerah Brunei-Muara berada pada tahap yang sederhana

iaitu tahap keberkesanannya belum mencapai tahap yang maksima.

M/ Surat - 1

Page 2: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

1.0) Pendahuluan

Pengajaran adalah satu proses berkerja bersama pelajar untuk membantu mereka

berkebolehan dan berkemungkinan untuk memperolehi ilmu . Ia melibatkan usaha mencari

dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan , mengambil

tindakan untuk memastikan perubahaan kefahaman dan mencipta konsep pengajaran yang

berkesan ( Ramsden, 1993 ; Trigwel , Prosser & Lyons, 1997) . Manakala pembelajaran di

sekolah merupakan satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya

menyelesaikan persoalan yang kompleks , mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep

sesuatu bidang pelajar dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam

menyelesaikan masalah di luar kelas. Ertinya pembelajaran itu berguna bagi mentafsir dunia

yang kita diami ini . Pembelajaran yang sebenar dapat mengubah kefahaman seseorang

mengenai sesuatu ( Ramsden , 1988 ) . Kaedah pengajaran pula boleh ditakrifkan sebagai

cara atau peraturan membuat sesuatu . Kaedah juga merujuk kepada satu tindakan guru yang

sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka masa

pendek . Dengan kata lain, kaedah pengajaran ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran

dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun .

Sebagai sebuah Negara yang mengamalkan falsafah Melayu Islam Beraja ( MIB )

kerajaan Negara Brunei Darussalam amat menitikberatkan ajaran islam sebagai pegangan

bagi setiap masyarakat khasnya bagi mereka yang menganuti agama Islam . Lantaran itu ,

kajian kaedah pengajaran Pengetahuan Agama Islam telah dijalankan . Di antara tujuan

utama kajian adalah untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang popular dan selalu

digunakan oleh guru-guru agama dan juga mengenal pasti kaedah pengajaran yang berkesan

M/ Surat - 2

Page 3: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam ( PAI ) . Kajian penulis mengenai tiga perkara

penting iaitu perlaksanaan pengajaran Pengetahuan Agama Islam , kaedah popular digunakan

oleh para guru dan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta halangan

keberkesanannya ke atas para pelajar.

2.0) Langkah Untuk Meningkatkan Keberkesanan Kaedah Pengajaran Pengetahuan

Agama Islam di Brunei Darussalam .

Mengikut kajian yang telah dibuat menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran

Pengetahuan Agama Islam di Brunei belum mencapai tahap yang maksima . Pancapaian ini

dapat ditingkatkan keberkesanannya dengan mengambil beberapa pendekatan . Antara

cadangan untuk mempertingkatkan keberkesanannya ialah :

2.1) Belajar secara berkumpulan.

Guru hendaklah mengadakan kerja berkumpulan , perbincangan dan guru bertindak

sebagai pemudah cara . Keberkesanan kaedah mengajar dan hubungan yang mesra di antara

guru dan pelajar di pusat - pusat pengajian dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi

adalah penting supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan

lebih tersusun dan memudahkan pencapaian matlamat yang telah digariskan .

2.2) Personaliti seorang guru .

Seorang guru semestinya mempunyai cirri-ciri yang mulia , kreatif , progresif , efektif

dan memastikan perkembangan setiap individu bertambah maju dan mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran . Sebaliknya, jika guru tidak berfungsi dengan baik

perkembangan dan keberkesanan ilmu dalam masyarakat akan terjejas . Peranan guru adalah

M/ Surat - 3

Page 4: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

untuk mempertingkatkan potensi sama ada jasmani , emosi , rohani dan intelektual ( Abdul

Halim 1986 ) .

2.3) Penguasaan ilmu dan mempelbagaikan kaedah pengajaran .

Menurut Azman ( 1987 ) menguasai isi kandungan pelajaran diajar sahaja tidak

mencukupi untuk menjamin prestasi pengajaran yang tinggi sebaliknya hendaklah menguasai

kaedah dan teknik untuk memyampaikan isi pelajaran tersebut. Guru hendaklah pandai

mengurus bilik darjah agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar ,

sempurna dan berkesan . Disamping itu , pihak sekolah juga hendaklah menyediakan

kemudahan-kemudahan alat bantu mengajar seperti lut sinar ( OHP ) , bilik pandang dengar ,

video , televisyen dan lain - lain alat bantu mengajar . Pembelajaran pelajar akan berlaku

dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah

pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar kemahiran .

Oleh itu , guru perlu mahir dalam mempelbagaikan kaedah mengajar . Kemahiran guru

adalah penting untuk proses tersebut .

2.4) Keterlibatan ibu bapa dan agensi –agensi kerajaan .

Guru-guru Pendidikan Islam dan pihak ibu bapa serta agensi-agensi kerajaan juga

memainkan peranan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran PAI . Sebagai contoh

Radio , Televisyen dan Kementerian Agama hendaklah membuat pita video dan cekera padat

yang sesuai dengan tajuk-tajuk pelajaran untuk menambahkan lagi kefahaman para pelajar .

M/ Surat - 4

Page 5: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

Disamping perkara yang telah disebutkan di atas, beberapa pendekatan lain yang perlu

diambil untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan

Agama Islam . Antaranya adalah sebagaimana berikut:

a) Pemantauan rakan sejawatan .

Rakan sejawatan boleh memainkan peranan positif sebagai pemantau menggantikan

pengetua . Rakan sejawatan boleh menghuraikan segala masalah yang berkaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran , mengenal pasti kelemahan atau membimbing rakannya

mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan . Tujuan utama

pemantauan hanya untuk memperbaiki dan memurnikan lagi persembahan atau strategi

pengajaran guru tersebut bukannya untuk mencari kesalahan seseorang ( Abdul Ghani

Abdullah, Mohd Yahya Fadzli Jusoh , 2009 : 67 )

b) Aktiviti Permainan dan Rekreasi .

Permainan dan rekreasi adalah merupakan salah satu aktiviti yang bercorak

pendidikan yang dirancangkan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan, selesa dan mengembirakan . Melalui aktiviti ini , pelajar akan mendapat

peluang tambahan untuk mengembangkan minat , daya kreativiti, sifat ingin tahu , sikap

berdikari , bakat kepimpinan dan membabitkan diri dalam membuat keputusan untuk diri

sendiri , kumpulan dan masyarakat ( Zaharah Noor Hashim , 2008 : 58 ) .

M/ Surat - 5

Page 6: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

3.0) Kekangan Keberkesanan Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam ( PAI ) .

Antara kekangan yang menghalang keberkesanan kaedah pengajaran PAI ialah :

a). Proses pengajaran dan pembelajaran yang pasif .

Pengajaran dan pembelajaran guru yang pasif dan kurang kreatif , penyampaian yang

membosankan , kaedah mengajar yang kurang berkesan mengakibatkan pelajar kurang

meminati mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam .

b). Masa atau period mengajar terlalu singkat .

Peruntukan period mengajar mata pelajaran PAI terlalu singkat iaitu satu masa atau

period sahaja sementara itu terdapat pelajar yang ramai dalam sebuah bilik darjah . Oleh itu ,

guru PAI terpaksa menggunakan kaedah pengajaran yang mudah serta menjimatkan masa .

Penggunaan kaedah ini berlaku disebabkan kurangnya pendedahan guru – guru terhadap

kursus, bengkel dan seminar tentang perkaedahan pengajaran mata pelajaran Pengetahuan

Agama Islam .

c).Isi pelajaran tidak sesuai dengan kaedah pengajaran guru.

Isi pengajaran tidak sesuai dengan kaedah pengajaran.Ini kerana kekurangan bahan

bantu mengajar seperti lut sinar ( OHP ) , komputer ,bilik sumber dan buku teks yang masih

menggunakan ejaan lama . Halangan ini berlaku disebabkan ramai di antara guru yang

menggunakan bahan bantu mengajar sedangkan alat tersebut tidak mencukupi dan amat

terhad .

M/ Surat - 6

Page 7: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

4.0) Kaedah popular pengajaran Pengetahuan Agama Islam ( PAI ) .

Kajian menunjukan terdapat empat kaedah pengajaran yang popular dan berkesan

digunakan oleh guru-guru agama dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam terhadap

pelajar iaitu :

a) Kaedah nasihat .

Pelajaran Pengetahuan Agama Islam yang disampaikan dengan kaedah ini memberi

kesan kepada pelajar untuk berfikir dengan cara yang islamik .

b) Kaedah Hafalan.

Penggunaan kaedah hafalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah

mendorong minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut .

c) Kaedah bercerita.

Proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah bercerita telah memberi kesan

kepada pelajar untuk mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian mereka .

d) Kaedah lakonan.

Mengikut pengkaji, kaedah lakonan memberi kesan yang mendalam terhadap pelajar

di mana pelajar dapat memperbaiki akhlak dan perangai , membantu pelajar menilai dan

menerapkan nilai-nilai islam , membina rasa tanggung jawab pelajar terhadap diri sendiri ,

keluarga dan masyarakat . Di samping itu, para pelajar juga dapat menyesuaikan diri dalam

masyarakat . Pengajaran melalui kaedah lakonan juga dapat membantu pelajar mengamalkan

ajaran islam dengan baik dalam kehidupan seharian mereka .

M/ Surat - 7

Page 8: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

5.0) Ulasan dan Kesimpulan.

Pada pendapat saya, penerimaan dan pemahaman seseorang pelajar banyak

dipengaruhi oleh kaedah dan penyampaian seseorang guru yang bersistematik dan berkesan.

Keberkesanan kaedah pengajaran adalah penting dalam membina tingkah laku pelajar dan

sahsiah yang mulia disamping kejayaan akademik mereka . Keberkesanan ini juga banyak

dipengaruhi oleh kemahiran guru dalam mengendalikan isi pengajaran dan cara penyampaian

kepada para pelajar dapat menarik minat mereka untuk mempelajari subjek Pengetahuan

Agama Islam .

Menurut Prof Dr. Sidek Baba , ada lima faktor yang sangat penting yang

membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan dalam melahirkan insan

yang berkeribadian mulia . Pertama , kaedah tradisi yang menggunakan kaedah pengingatan

dan hafalan . Ia adalah permulaan suatu kaedah belajar yang baik . Asas ilmu dan formula

memahami memerlukan pendekatan mengingat dan menghafal. Ia boleh membantu pelajar

memahami ilmu dan juga pemikiran seseorang terhadap ilmu. Kedua , kaedah kefahaman

amat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Tidak dikatakan pengajaran dan

pembelajaran mengambil tempat sekiranya proses kefahaman tidak berlaku. Para guru

hendaklah mencari cara dan kemahiran yang terbaik bagaimana ilmu yang disampaikan dapat

difahami oleh pelajar . Pada zaman tradisi islam, seseorang pelajar tidak boleh mengalihkan

topik pembelajaran selagi yang dipelajari tidak difahami . Dalam konteks pendidikan kini

adakah kaedah ini dapat dilaksanakan ? . Pendidikan kita pada hari ini adalah berorientasikan

peperiksaan. Ketiga, kaedah pemikiran amat perlu supaya ilmu yang difahami tidak diterima

begitu sahaja tanpa pengembangan pemikiran . Dalam pengurusan pengajaran dan

M/ Surat - 8

Page 9: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

pembelajaran pemahaman yang tidak menghasilkan pemikiran boleh membawa kepada

kebekuan dan kemandulan berfikir . Pemahaman dan pemikiran bakal menjana maklumat

dan ilmu yang bermanfaat . Inilah tradisi keilmuan silam yang dapat melahirkan ahli fikir

yang manpu menjana tamadun . Keempat , kaedah penyerapan atau internalisasi amat

penting dalam menghubungkan sistem nilai ( insan ) dengan pelajar . Ilmu yang

dikembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harus mempunyai domain afektif .

Kelima , kaedah amalan atau manifestasi adalah natijah dari proses pengajaran dan

pembelajaran . Proses pendidikan dan pengilmuan tidak akan berlangsung sekiranya ilmu

tidak difahami , tidak terjadi perkembangan pemikiran , nilai kemanusiaan tidak dapat

diserapi dalam kehidupan seorang pelajar . Oleh itu , proses amalan adalah hasil adanya nilai

murni pada diri yang memberi kesan terhadap perubahan akal , sikap dan aplikasi nilai

terhadap amalan dan tingkah laku seseorang .

Seorang guru yang baik ialah seorang guru yang boleh mengajar dengan berkesan.

Guru yang berkesan selalu memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam

pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar .

Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain . Guru

yang berkesan akan sentiasa sensitif dan perihatin dengan keperluan pelajar .

Guru yang berkesan juga menyediakan objektif pengajaran dengan jelas . Isi pelajaran

dan aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan . Isi pengajaran juga

disampaikan menurut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar .

Seterusnya dapat menyumbang kepada pencapaian pelajar . Pengajaran yang tersusun dan

M/ Surat - 9

Page 10: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

jelas akan meningkatkan proses pembelajaran pelajar . Sesuatu pembelajaran itu bermakna

apabila perkara yang dipelajari diingat dan diaplikasikan dalam situasi yang baru .

Kesimpulannya, keberkesanan kaedah pengajaran banyak bergantung kepada

kebolehan guru - guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan

yang digunakan dalam proses tersebut dapat membentuk tingkah laku dan kefahaman pelajar.

Seorang guru hendaklah mempunyai ciri-ciri yang mulia, kreatif, progresif, efektif dan

memastikan perkembangan setiap individu pelajar bertambah maju dan mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran . Sekiranya guru tidak memainkan fungsi dengan baik sebagai

pendidik , perkembangan dan keberkesanan ilmu dalam kehidupan masyarakat akan terjejas .

Peranan guru juga adalah untuk mempertingkatkan segala potensi pelajar dari segi rohani ,

emosi , rohani dan intelektual . Jadi seorang guru semestinya memperlengkapkan dirinya

dengan ilmu sebaik mungkin untuk memikul amanah dan tanggung jawab ini . Tidak

ketinggalan semua pihak termasuk ibu bapa , agensi – agensi kerajaan dan masyarakat

bertanggung jawab untuk menjayakan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran .

M/ Surat - 10

Page 11: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

Bibliografi

1) Abdul Ghani Abdullah, Mohd Yahya Fadzli Jusoh, Pendidik, Disember 2009

Bil:67.

2). Abd Razak Dr, Prof Madya ( 2003) Prinsip Teknologi Pengajaran.Shah Alam :

Malindo Printers Sdn. Bhd.

3).Ee Ah Meng. (1995) Pendidikan sebagai satu proses AsasPendidikan 1. Shah Alam

Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.

4). www.ipbl.edu.my/intm/penyelidikan/1998/1998_ 03 Lim .pdf- masalah dan sikap

Murid tahun lima.

5). Zaharah Noor Hashim. Pendidik.Oktober 2008, Bil:53.

M/ Surat - 11

Page 12: ULASAN JURNAL - KAEDAH PENGAJARAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM DI BRUNEI   DARUSSALAM

M/ Surat - 12