ulasan gangguan seksual

Upload: mones

Post on 12-Mar-2016

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ulasan gangguan seksual oleh guru terhadap murid

TRANSCRIPT

Kes berkenaan berlaku di sebuah sekolah menengah di Ampang, Kuala Lumpur. Seorang guru displin yang berumur lewat 30-an diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 orang pelajar perempuan Tingkatan Tiga.

Pada hari kejadian berkenaan, kira-kira 7.30 pagi, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikut perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas. Ketika itu, seorang guru disiplin berkenaan sedang melakukan rondaan dan dia melihat 12 orang pelajar perempuan Tingkatan Tiga berada dalam kelas. Guru displin terbabit itu ingin mengambil tindakan terhadap semua pelajar perempuan berkenaan kerana tidak menghadiri perhimpunan.

Semua pelajar cuba untuk memberi penjelasan tetapi guru disiplin terbabit itu tidak mempedulikan apa-apa pun alasan yang diberi. Malah sebaliknya, guru terbabit tersebut memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua orang pelajar perempuan sebelum mengambil tindakan. Antaranya, guru disiplin terbabit tersebut gara-gara menjadi seorang doktor untuk memeriksa tahap degupan jantung 12 orang pelajar perempuan berkenaan. Guru disiplin yang terbabit tersebut menyatakan bahawa dia bimbang akan tahap kesihatan semua orang pelajar akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami apa-apa masalah sekiranya dirotan oleh dia. Dengan itu, guru disiplin tersebut memegang payu dara semua orang pelajar perempuan dan dia telah mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap orang pelajar pada peringkat pertama.

Oleh sebab semua orang pelajar perempuan berasa amat takut, maka mereka akur dengan tindakan yang dilakukan oleh guru displin yang terbabit itu. Malah tindakan yang keji dilakukan sekali lagi selepas tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama dengan memasukkan tangan ke dalam baju semua orang pelajar perempuan yang terbabit. Selepas mendapatkan kepuasan, guru disiplin tersebut merotan tangan semua orang pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan.

Sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan yang terbabit pun mengadu perbuatan guru displin tersebut kepada ibu bapa atau waris. Waris pun mendapatkan perkhidmatan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan berkenaan dengan membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah. Sebaik sahaja menerima laporan, sepasukan anggota polis pun menahan guru disiplin yang terbabit itu berhampiran dengan sekolah menengah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Akhirnya, guru disiplin yang keji itu direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan. Pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin telah dihubungi untuk mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

Menurut Lieberman, seorang tokoh pendidikan di Amerika Syarikat, beliau menyatakan bahawa profesion merupakan sesuatu perkhidmatan yang sangat unik dan penting. Sebagai seorang yang profesion, dia menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. Bukan sahaja begitu, ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan mempunyai kuasa autonomi serta pernah mendapatkan latihan kursus dalam sesuatu bidang kemahiran yang tertentu.

Konsep perguruan pula dapat didefinisikan atau diertikan sebagai pengajaran (mengikut Kamus Dewan 1989). Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru iaitu sesuatu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan seseorang guru. Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang, contohnya sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulia oleh masyarakat.

Menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding yang bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178), terdapat lima aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) antaranya yang paling diutamakan ialah Kecemerlangan Peribadi.

Kecemerlangan Peribadi yang dimaksudkan seperti: mempunyai nilai kendiri yang positif, berakhlak mulia, amanah, bertanggungjawab dan sebagainya. Namun, guru displin yang berumur lewat 30-an terbabit dalam kes mecabul sebelum merotan 12 orang pelajar perempuan tersebut, langsung tidak mempunyai ciri-ciri kecemerlangan peribadi yang dinyatakan di atas. Perbuatannya yang tidak berkemanusiaan ini tidak setandan dengan perkataan profesion. Sebagai seorang guru, mahupun guru disiplin mesti berakhlak mulia. Daripada sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kita hendaklah sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-sifat yang buruk dan keji serta memperbaiki kualiti diri dengan menambahkan amal ibadat dan mengamalkan sifat-sifat mulia dari semasa ke semasa.

Di samping itu, Personaliti Unggul juga merupakan salah satu kecemerlangan yang perlu dilaksanakan terutamanya kita sebagai seorang guru yang profesional. Personaliti merupakan perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti juga ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru tidak kira guru biasa ataupun guru cemerlang harus mempunyai ciri-ciri personaliti unggul sepertikesungguhan, konsep kendiri positif dan lain-lain lagi. Seperti apa yang dikatakan oleh orang ramai, guru merupakan role model kepada anak-anak murid. Oleh itu, tingkat laku kendiri seseorang guru mesti mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh diteladani oleh murid-muridnya.

Dalam kes ini, perbuatan yang dilakukan oleh guru disiplin terbabit berkenaan tidak menunjukkan dia seorang guru yang profesion lagi tidak berkelakuan positif. Sebagai seorang guru yang berteladan baik tidak mungkin akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk memegang payu dara kesemua-semua 12 orang pelajar perempuan sebagai alasan untuk memeriksa tahap degupan jantung mereka supaya pelajar tidak pengsan atau mengalami apa-apa masalah selepas dirotan. Tindakan yang keji lagi dilakukan oleh guru terbabit berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama. Malahan dia memasukkan tangan ke dalam baju semua orang pelajar perempuan untuk mendapatkan kepuasan kali kedua sebelum merotan tangan pelajar seterusnya meninggalkan kelas berkenaan. Adakah ini merupakan perbuatan yang betul untuk dilakukan oleh seseorang guru?

Selain itu, akuantabiliti seseorang guru terhadap negara adalah harus menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara dengan jelas. Guru harus mendidik anak bangsa untuk menjadi seseorang warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna. Tetapi dengan berlakunya kes yang begitu sedih ini, tidak mungkinlah guru displin yang terbabit itu dapat mendidik anak-anak muridnya dengan menjadi seorang rakyat Malaysia yang berguna. Etika atau dalam penjelasan pada Kamus Oxford, 1994, prinsip moral atau set prinsip moral, guru disiplin lelaki yang berumur lewat 30-an tersebut telah bermasalah.

Untuk menjadi seorang guru yang profesional, guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika adalah penting kerana ia menyediakan garis panduan bagaimana seseorang guru bertingkahlaku dalam profesion perguruannya. Tambahan pula, kod etika perguruan juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab seseorang guru terhadap pemagang amanah dalam bidang pendidikan. Seseorang guru harus faham dan jelas akan tanggungjawab diri sendiri. Perbuatan gara-gara guru displin yang ingin menjadi doktor itu telah mencemarkan sifat profesionalnya dan secara langsungnya telah menghilangkan kepercayaan daripada orang ramai terhadap profesion perguruannya. Guru yang terbabit itu juga telah menjatuhkan maruah dirinya dengan perkelakuan sedemikian. Sudah pastinya tidak ada lagi rasa hormat ke atas guru berkenaan.

Manusia dianugerahkan dengan deria dan fizikal antara lain untuk berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain. Komunikasi merupakan satu asas perhubungan yang bertujuan untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Malahan antara ciri-ciri kemahiran berkomunikasi yang perlu ada pada setiap guru ialah bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada, suara yang kuat dan bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat serta mudah difahami. Dengan itu, tidak mempunyai sebarang infomasi yang menyatakan seseorang guru berhak untuk melakukan sentuhan fizikal semasa berkomunikasi dengan pelajar, menyampaikan arahan kepada pelajar atau mendapatkan respon daripada pelajar. Lagipun guru disiplin yang terbabit itu tidak mempedulikan alasan yang cuba diberi oleh pelajar-pelajar perempuan dan sebaliknya guru tersebut ingin melakukan pemeriksaan pada degupan jantung pelajar sebelum merotan tangan mereka.

Kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001. kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optinum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan mesti diutamakan. Merujuk kepada kes yang dinyatakan, 12 orang pelajar perempuan tingkatan tiga iaitu hanya berumur 15 tahun yang tergolong dalam golongan kanak-kanak telah mengalami kes mencabul sebelum dirotan oleh seorang guru disiplin di sebuah bilik darjah. Guru disiplin yang terbabit tersebut bukan sahaja memegang payu dara pelajar-pelajar perempuan dengan alasan untuk memeriksan degupan jantung mereka, malah memasukan tangan ke dalam baju pelajar perempuan sehingga berpuas hati sebelum merotan tangan pelajar. Perbuatan yang hina ini amat menjatuhkan imej sebagai seorang guru.

Pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping akan menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka telah dianggap sebagai suatu serangan seksual yang sangat serius. Malahan pencabulan emosi tertumpu pada tiga perkara utama iaitu fizikal, emosi dan seksual. Cuba bayangkan sekiranya tidak mempunyai seorang pun daripada 12 orang pelajar perempuan berkenaan menyatakan kes yang dialami kepada waris mereka, apakah akibat atau masa depan yang akan terjadi oleh mereka? Adakah guru displin yang bertindakan keji itu dapat dikenakan hukuman?

Apa yang sudah pastinya ialah mangsa dalam kes mestiah pelajar perempuan yang terbabit. Kesan daripada tindakan guru yang tidak bermoral ini adalah sikap murid akan berubah, berkemungkinan besar pelajar akan menjadi lebih murung atau mejauhkan diri daripada orang lain ataupun akedemik pelajar semakin merosot. Pelajar mula pudar dan tidak bermotivasi untuk berjaya. Dengan itu, pencabulan tidak boleh dibiarkan secara berterusan dan saya yakin ia kelak membawa kesan yang sangat negatif terhadap perkembangan seseorang pelajar yang terbabit.

Menurut Santrock (2008), perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Malahan Mok Soon Sang (2009) berkata, pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Pelajar perempuan yang berumur 15 tahun sedang mengalami akil baligh. Perubahan saiz badan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum akil baligh. Oleh itu, apabila mencapai akil baligh, bentuk badan seseorang perempuan akan mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula bertumbuh. Dengan merujuk kepada kes ini, pelajar perempuan semuanya hanya berumur 15 tahun, mereka masih dalam pertumbuhan dan perkembangan dari pelbagai segi tidak kira segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan terutamanya dari segi fizikal. perbuatan guru displin yang terbabit ini sangat tidak seharusnya dan dia mungkin akan menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar terutamanya pelajar perempuan.

Justeru, tugas pendidik atau sebagai seorang guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi juga merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan itu. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik. Malah kes yang dibincangkan sekarang bukan hanya menghukum anak-anak murid tetapi mencabul 12 orang pelajar perempuan di bilik darjah sebelum merotan tangan mereka. Seseorang guru yang bertanggungjawab lagi penyayang seharusnya harus menjaga anak muridnya dengan ikhlas hati dan bukannya mencabul mereka.

Seorang guru, peranan dan sifat-sifat yang harus melayakkan dirinya untuk menjadi seorang role model atau contoh tauladan yang bik kepada anak-anak murid dan masyarakat. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai role model yang baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Oleh itu, untuk menjadi seorang role model yang baik, perkara yang paling perlu kita diperhatikan ialah imej yang baik. Imej seseorang guru boleh diperlihat melalui peribadi seseorang di mana daripada cara berbahasa, cara berhubung, tingkah laku, tatasusila, kebolehpercayaan, bersifat positif dan sebagainya. Malah malangnya guru berkenaan langsung tidak berhak untuk diberi kelayakkan untuk menjadi role model untuk anak-anak muridnya. Imej yang ditonjolkan tidak sepadan dengan profesionnya. Seorang guru tidak mungkin dan tidak patut mengemukakan syarat sedemikian (memegang payu bara pelajar perempuan untuk memeriksa degupan jantung) untuk menghukum anak-anak muridnya.

Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan guru akan menjadi ikutan oleh pelajar. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya akan diperhatikan. Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan mind set seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan kasih sayang sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka. Guru merupakan orang paling penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak didiknya akan berasa sekolah seperti rumah keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pula membentuk apa yang dikatakan Sekolah tanpa takut (No fear school). Kalau dapat diwujudkan suasana seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan yang pastinya suasana pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah mewujudkan sekolah penyayang.

Tetapi cuba kita fikirkan adakan sekolah menengah di Ampang, Kuala Lumpur ini dapat mewujudkan suasana yang kondusif atau mewujudkan sebagai sekolah penyayang? Pada pendapat saya, hal ini tidak mungkin direalisasikan. Selepas kes mencabul sebelum merotan ini berlaku, tidak hanya murid dalam kelas berkenaan berasa takut akan guru displin tersebut, malah saya pasti seluruh warga sekolah pun akan berasa fobia untuk datang ke sekolah. Kes ini bukan sahaja akan menjejaskan emosi pelajar semasa belajar dalam sekolah itu, malah juga akan memburukan nama sekolah berkenaan. Seorang guru yang bertindak tidak moral ini akan menjejaskan seluruh nama sekolah.

Kesimpulannya, profesion perguruan pada era yang mencabar ini tidak semudah seperti apa yang dianggap oleh kebanyakan orang (kerja mudah, separuh hari bekerja dan cuti yang panjang). Guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah dipertanggungjawab untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru, kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara, khususnya kegagalan guru itu sendiri. Seperti apa yang dikatakan oleh orang ramai, kegagalan membentuk masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini. Dengan itu, antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan memperolehi suatu teladan yang baik. Guru perlu memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga serta sentiasa berfikiran lagi bertindak positif. Mereka juga perlu bersikap suka membantu dan membimbing serta berperanan sebagai role model kepada pelajar. Guru mesti berwawasan dan menyintai pekerjaannya