ulasan artikel rekabentuk 2.doc

Upload: thivya-narayasamy

Post on 07-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ulasan Artikel 2

Pemerkasaan dengan media sosial: Aplikasi facebook dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Artikel tersebut ditulis oleh Lyndon, Suhana, Sivapalan, Azima, Mohd Yusof Hussain, Abd Hair Awang, Zaimah, Sarmila dan Lim Jie Wei daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal ini di ambil daripada GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 1 (78 - 86) 78.

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pandangan mahasiswa terhadap facebook dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan strategi penyelidikan abduktif di mana pembelajaran Bahasa Inggeris dalam facebook diukur berdasarkan pada fenomena, pengalaman dan pengetahuan mereka sendiri sebagai ahli facebook. Di dalam kajian ini fenomena, pengalaman dan pengetahuan yang hendak dikaji mestilah yang dialami dalam kehidupan harian dan bukannya fenomena yang dicipta oleh situasi eksperimental. Pengkaji telah menggunakan kaedah pengumpulan data secara temu bual dengan mendalam. Seramai sejumlah 30 orang mahasiwa telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dan persampelan snowball. Kesahihan dan kebolehpercayaan data kajian ini ditentukan menggunakan pendekatan member checked. Hasil kajian mendapati pandangan mahasiswa terhadap facebook dalam pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dibahagikan kepada enam tema utama iaitu penulisan, perbincangan, mempelajari perkataan baru, panduan tatabahasa, kemahiran mendengar dan bertutur dan akhir sekali kemahiran menterjemah. Pengkaji merasakan bahawa keenam-enam tema ini dilihat telah meningkatkan keyakinan mahasiswa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan sama ada dalam situasi formal dan tidak formal. Hasil kajian yang serupa turut diperolehi oleh Sturgeon dan Walkers (2009) apabila mereka berdua mendapati penggunaan aplikasi facebook dalam pembelajaran Bahasa Inggeris telah berjaya membantu para pelajar dalam penulisan, berhujah dan berbincang.

Fokus utama kajian ini ialah untuk meneliti hasil pembelajaran Bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh aplikasi Facebook berdasarkan pandangan pelajar sosiologi dan antropologi. Pengkaji telah mengaitkan teori dan amali (Buzzeto, 2012; Gafni & Deri, 2012; Goodwin & Vetere, 2010). Di dalam teori ini beliau menyatakan bahawa isu penggunaan facebook harus diteliti kerana pembinaan soft skills memang memerlukan pembentukan pemikiran kritis, mahir berkomunikasi, berbahas, berhujah dan mengaitkan aspek teori dan amali di dalam pembelajaran.Kajian ini telah menggunakan sembilan langkah dan prinsip dalam usaha untuk menghasilkan sifat-sifat tentang realiti sosial dan menghasilkan kategori dan tema yang boleh membentuk asas pemahaman atau penerangan terhadap permasalahan yang ingin diselidiki (Blaikie, 2007). Langkah-langkah dan prinsip-prinsip tersebut adalah seperti memasuki dunia facebook dengan menjadi ahli dan menubuhkan kumpulan facebook serta mempunyai kepekaan terhadap beberapa tema utama sebagai panduan tetapi tema tersebut haruslah bertindak secara non-directive. Seterusnya, menerangkan makna tema dan kategori tersebut dalam kumpulan facebook. Aktiviti ini berterusan sepanjang kajian lapangan seterusnya memperhalusi dan menyempitkan lagi permasalahan yang ingin diselidiki. Mereka yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada rakan facebook dengan melibatkan diri secara berterusan dengan kehidupan dan aktiviti mereka. Kemudian, merekodkan semua komen dan kelakuan yang berkaitan dengan tema atau kategori utama. Seterusnya, tema dan kategori yang telah dikenal pasti wujud telah diuji semula dengan informan.Dalam kajian ini, data telah dikutip dengan menggunakan temubual mendalam dalam tempoh selama empat bulan. Temubual mendalam dalam kajian ini melibatkan perbualan antara dua belah pihak iaitu antara penyelidik dan informan dengan satu tujuan khusus iaitu untuk memahami hasil pembelajaran Bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh aplikasi Facebook. Kebanyakan daripada temubual yang dijalankan mengambil masa selama dua jam hingga ke tiga jam dan terdapat juga sesetengah daripada temubual yang dijalankan mengambil masa yang agak lama. Data kajian ini dikutip menggunakan kaedah persampelan non-probability iaitu persampelan bertujuan dan snowball. Sejumlah 30 orang informan telah berjaya ditemubual secara mendalam. Saiz tentang sampel kajian ini telah dicapai melalui sokongan yang berterusan terhadap ukuran atau kriteria tentang ketepuan teoritikal. Dalam kajian ini kesemua temubual akan ditranskripsikan dan diformatkan untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data Nvivo dan digunakan untuk mencipta kategori dan untuk mengindeks data. Nvivo adalah merupakan perisian yang dicipta atau direka khas untuk membantu menyimpan dan menguruskan keseluruhan analisis data kualitatif kajian. Memandangkan data adalah dalam bentuk transkrip, maka kaedah yang digunakan lebih menjurus kepada pembentukan kategori, membuat indeks atau mengkoding dokumen, sorting data untuk mengesan pola, menghuraikan pola dan menghasilkan tema.Kajian mendapati pandangan pelajar program Antropologi dan Sosiologi terhadap aplikasi facebook dalam pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dibahagikan kepada enam tema utama yang terdiri daripada aspek penulisan, perbincangan, mempelajari perkataan baru, panduan tatabahasa, kemahiran mendengar dan bertutur dan akhir sekali kemahiran menterjemah. Dari segi rangkingnya, tema penulisan, perbincangan dan mempelajari perkataan baru merupakan tema yang paling tinggi mendapat perhatian dalam kalangan informan.Penggunaan aplikasi facebook telah dilihat sebagai medium terbaik dalam meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa antropologi dan sosiologi terutama sekali dari aspek penulisan, perbincangan, perkataan baru, panduan tatabahasa dan kemahiran mendengar dan bertutur. Hal ini kerana aplikasi facebook menyediakan ruang yang seluas-luasnya untuk berkongsi maklumat, ilmu dan pengetahuan sama ada secara verbal atau audio visual secara terbuka serta merentasi sempadan tanpa mewujudkan perasaan malu atau rendah diri dalam kalangan mahasiwa. Walaupun demikian, majoriti informan dalam kajian ini berpandangan bahawa aplikasi facebook banyak membantu mereka menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dari segi susunan ayat, penggunaan struktur ayat, bentuk kata, struktur kata, makna, ejaan, istilah, idea dan sebagainya. . Ia juga mampu merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan meluahkan perasaan, memberi peluang kepada pelajar ini untuk mempelajari istilah Bahasa Inggeris. Justeru kajian ini mampu menunjukkan bahawa facebook banyak membantu penulisan yang baik di kalangan mahasiswa ini Kesimpulannya, aplikasi facebook dilihat sebagai landasan yang bersifat terbuka dalam mempelajari Bahasa Inggeris. Tidak ada seorang pun yang dilihat lebih tinggi kemahiran Bahasa Inggerisnya daripada orang lain. Tambahan pula pembinaan kumpulan facebook dalam kalangan mereka telah menyediakan ruang kepada mereka untuk belajar berbahasa Inggeris secara maya dan melalui pendekatan audio visual. Sehubungan dengan itu, sudah tiba masanya proses pembelajaran dan aktiviti pengajaran di universiti harus difokuskan kepada pencapaian hasil pembelajaran dalam empat domain utama yang terdiri daripada domain kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran fizikal), afektif, dan sosial melalui penggunaan teknologi dan internet. Pernyataan umum bahawa teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dalam kehidupan manusia hari ini. Penggunaan teknologi misalnya melalui laman sosial dengan memberi penekanan kepada keempat-empat domain ini akan membantu melahirkan mahasiswa yang seimbang dan berdaya saing dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan fizikal. Jelaslah di sini facebook merupakan medium yang sangat membantu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun ada kalanya penggunaan facebook banyak meninggalkan kesan buruk, setiap individu terutamanya pelajar haruslah bijak menggunakan medium ini supaya dapat meningkatkan kemahiran diri dan bersaing di dalam arus pembangunan teknologi yang semakin rancak. 1