ujian2-shp1363

3
THE RESEARCH UNIVERSITY UJIAN 2 SEMESTER 2 SESI 2014/2015 (TAKE HOME TEST) KOD MATA PELAJARAN : SHP 1363 MATA PELAJARAN : PRINSIP ASAS UNDANG-UNDANG MALAYSIA KURSUS : SHAR TARIKH : SUBMIT PADA 10 MEI 2015 MARKAH : 20 ARAHAN KEPADA CALON: Jawab semua soalan

Upload: sunarti-ahmad

Post on 26-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

murah je

TRANSCRIPT

THE RESEARCH UNIVERSITY

UJIAN 2 SEMESTER 2SESI 2014/2015(TAKE HOME TEST)

KOD MATA PELAJARAN: SHP 1363MATA PELAJARAN :PRINSIP ASAS UNDANG-UNDANG MALAYSIA KURSUS:SHARTARIKH:SUBMIT PADA 10 MEI 2015MARKAH:20

ARAHAN KEPADA CALON:Jawab semua soalan

1. Wak membuat tawaran kepada Abon untuk membeli kebunnya seluas 1 hektar yang terletak di Janda baik dengan harga RM25000. Abon bersetuju dengan tawaran tersebut dengan syarat anaknya Abon yang berada di London mengizinkannya berbuat demikian. Adakah situasi ini membentuk satu kontrak? (3 markah)

2. Tawaran boleh dibuat kepada pelbagai pihak. Terangkan dengan merujuk kepada kes-kes yang diputuskan.(6 markah)

3. Mawi ingin membeli motosikal RXZ kepunyaan Faizal keluaran tahun 2004 dengan harga RM1000. Semasa tawaran dibuat Faizal hanya mendiamkan diri sahaja. Apa yang difahami oleh Mawi, Faizal bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Berdasarkan situasi yang berlaku, adakah wujud penerimaan yang sah? (3 markah)

4. Ronald adalah seorang pemain hoki antarabangsa dari Sheffield, United Kingdom. Dia mengikat kontrak dengan kelab hoki antarabangsa di Perth, Australia. Ronald dan Jessica kembali ke United Kingdom pada April 2014 dan Jessica disahkan mengalami masalah buah pinggang yang serius. Berdasarkan nasihat doktor, Jessica memutuskan untuk tinggal di United Kingdom untuk beberapa bulan bagi meneruskan rawatan untuk penyakitnya. Ronald terpaksa kembali ke Perth tanpa Jessica kerana terdapat beberapa perlawanan antarabangsa yang perlu disertainya. Ronal berjanji untuk memberikan elaun bulanan kepada Jessica sebanyak 70000 USD sepanjang Jessica berada di United Kingdom dan juga membeikan sebuah rumah baru di London untuk Jessica. Ronald telah menandatangani perjanjian untuk pembelian rumah tersebut sebelum berlepas ke Pert. Walaupun begitu, Ronald gagal memberikan elaun bulanan kepada Jessica sebagaimana yang dijanjikan dan kesihatan Jessica semakin meruncing. Sebelum berlepas ke Perth juga Ronald telah memasuki satu perjanjian perniagagaan dengan Felix. Felix kemudiannya telah melanggari terma perjanjian tersebut dan perniagaan mereka mengalami kerugian. Nasihatkan Jessica dan Ronald terhadap tanggungjawab kontraktual mereka. Bincangkan jawapan anda dengan merujuk kepada prinsip undang-undang dan kes-kes yang diputuskan.(8 markah)