ujian bm ogos q&a.pdf

11
[ SULIT ] Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 1 SJK ( C ) PEI HWA BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 4 UJIAN BULAN OGOS 2012 Nama : __________________ ( ) Markah : ________ % Kelas : 4 ( ) Tarikh : __ /8/2012 T/tangan Ibu Bapa : ___________ KERTAS 1 MASA : 50 Minit Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 - 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Mak Cik Rozita memasukkan dua ____________ garam ke dalam masakan itu. A. hiris B. cubit C. helai D. titis Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Penoreh getah itu terserempak dengan seekor harimau yang ____________. A. peramah B. jinak C. buas D. bengis

Upload: dora-teng

Post on 18-Aug-2015

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

[ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 1 SJK ( C ) PEI HWABAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 4 UJIAN BULAN OGOS 2012 Nama: __________________ ()Markah: ________ % Kelas: 4 ( ) Tarikh: __ /8/2012 T/tangan Ibu Bapa: ___________ KERTAS 1 MASA : 50 Minit Arahan:Tiap-tiapsoalandiikutidenganempatpilihanjawapanA,B,CdanD.Jawab semuasoalan.Andadikehendakimemilihsatujawapanyangpalingtepat.Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 - 20Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1Mak Cik Rozita memasukkan dua ____________ garamke dalam masakan itu. A.hiris B.cubit C.helai D.titis Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2Penoreh getah itu terserempak dengan seekor harimau yang ____________. A.peramah B.jinak C.buas D.bengis [ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 2 3__________ berharap agar rakyat di negeri ini bersatu padu, titah Sultan Mahmud Syah. A.Beta B.Hamba C.Saya D.Mereka 4Jarak_________ Johor Bahru ________ Sungai Petani kira-kira 700 kilometer. A.daripada ke B.dari ke C.kepada di D.di kepada Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah. 5Pemain bola itu ___________ menggelecek bola hingga berjaya menjaringkan tiga gol untuk pasukannya. A.lembab B.keras C.lincah D.lembik 6Puan Chan menggantung beberapa keping lukisan sebagai _____________ dinding di rumah baharunya. A.hiasan B.perhiasan C.menghiaskan D.dihiaskan 7Sikap suka menabung perlu ditanam dalam diri kanak-kanak sejak kecil kerana ___________. A.musuh dalam selimut B.bumi mana yang tidak ditimpa hujan C.indah khabar daripada rupa D.melentur buluh biarlah dari rebungnya [ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 3 Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah. 8Aina ___________ anak perempuan kesayangan Puan Umi Kalsom. A.adalah B.yang C.akan D.ialah 9" ___________, tingginya bangunan itu!" kata Farid kepada Lucy. A.Wah B.Aduh C.Amboi D.Aduhai Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah. 10Encik Seng __________ dengan jiran baharunya itu. A.berpeluk-pelukan B.bertepuk-tepukan C.bersalam-salaman D.bersentuh-sentuhan 11Encik Satiya meletakkan __________ bagi setiap pasang kasut yang dijualnya. A.harga diri B.harga pokok C.harga modal D.harga tetap [ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 4 Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah. 12 Salmah __________ sambil memeluk erat ibu kandungnya yang hampir 15 tahunterpisah itu. A.menempelak B.menangis C.meraung D.mengejek 13Puan Wong ___________ apabila murid-muridnya tidak menyiapkan kerja sekolah. A.darah muda B.cangkul angin C.darah gemuruh D.naik darah Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah. 14Puan Ling ___________ tetamunya makanan dan minuman. A.mengadakan B.menyediakan C.menghulurkan D.menghidangkan 15Ibu jarang membeli makanan di kedai. ____________, ibu lebih suka menyediakan makanan sendiri di rumah. A.Di samping itu B.Sebaliknya C.Selepas itu D.Semenjak itu [ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 5 Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah. 16Lembu-lembu itu di tempatkan di dalam ________ supaya mudah untuk mengawal pergerakannya. A.raga B.reban C.kandang D.sangkar 17 "Ayah sentiasa berdoa ___________ kalian berjaya dalam hidup, kata Encik Razalikepada anak-anaknya. A.jikalau B.meskipun C.untuk D.agar Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah. 18Air dalam botol itu tinggal __________ kerana tumpah. A.sepuluh B.setiap C.pelbagai D.separuh 19Setelah mencapai kejayaan, dia lupa akan ibu bapanya di kampung. Perbuatan itu seperti _____________. A.dihiris dengan sembilu B.kacang lupakan kulit C.isi dengan kuku D.melepaskan anjing tersepit [ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 6 Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah. 20Tetamu yang hadir ____________ Selamat Hari Jadi kepada Mimie yang menyambut hari jadinya yang ke-10. A.merayakan B.mengucapkan C.meraikan D.menyampaikan 21Kakak Jenny bertubuh langsing dan lampai. Perkataan seerti bagi lampai ialah A.tinggi B.kurus C.rendah D.tegap 22Dia telah berjanji dengan kawannya untuk bercuti di Pulau Langkawi. Perkataan berlawan bagi bercuti ialah A.bersantai B.berjalan C.bekerja D.berehat Soalan 23 dan Soalan 24 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23IAdik suka makan telur separuh masak. IIBuah mangga yang masak itu enak dimakan. IIIBaju yang dijemur oleh Mak Cik Shima belum masak. IVMekanik itu sedang membaiki basikal yang masak. A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV [ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 7 24IDafi mengikat tali itu dengan kemas. IIPuan Anita membeli barang kemas. IIIRambut pemuda itu disikat dengan kemas. IVFauziah sedang kemas bilik tidurnya. A.I dan III B.I, II dan III C.II, III dan IV D.I. II, III dan IV Soalan 25Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. 25Bagaimanakah perasaan saudari apabila diumumkan sebagai pemenang? A.Saya baru menerima berita itu semalam. B.Saya berasa sungguh gembira apabila diumumkan sebagai pemenang. C.Pengumuman itu akan saya sampaikan secepat mungkin. D.Sudah sebulan saya tidak menerima sebarang pengumuman. Soalan 26 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. 26 Pihak pemaju yang membina taman permainan di situ. A.Apakah tujuan taman permainan itu dibina? B.Bilakah pembinaan taman permainan itu akan siap? C.Siapakah yang membina taman permainan di situ? D.Siapakah yang menyuruh taman permainan itu dibina? Soalan 27 hingga Soalan 28 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 27Rambutan yang saya beli di gerai itu dimakan oleh abang. A.Rambutan yang abang beli di gerai itu dimakan oleh saya. B.Abang memakan rambutan yang saya beli di gerai itu. C.Abang makan rambutan yang dibelinya bersama saya di gerai itu. D.Rambutan di gerai itu dimakan oleh saya dan abang setelah dibeli. 28Di manakah kamu beli buku itu? tanya Yi Sheng. A.Saya bertanya kepada Yi Sheng di manakah buku itu dibeli. B.Yi Sheng bertanya adakah buku itu saya beli. C.Saya bertanya adakah buku itu Yi Sheng beli. D.Yi Sheng bertanya tempat saya membeli buku itu. [ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 8 Soalan 29 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 29A.Dia belum sembuh daripada sakit. B.Jihan membeli dua biji goreng ayam. C.Kebakaran di rumah itu berjaya dihapuskan. D.Pak Cik Mohan membelikan baju adik semalam. 30IPasukan kami berjaya ke peringkat akhir. IIDi bulan hadapan, kami akan pergi bercuti. IIIPanggung wayang itu sesak penuh dengan penonton. IVSaya dan dia mempunyai minat yang sama. A.I dan III B.II dan IV C.I dan IV D.III dan IV Soalan 31 - 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 31Apakah fungsi utama hidung kepada manusia? A.Membolehkan manusia menghidu dan membezakan kira-kira 4000 jenis bau.B.Menapis dan memerangkap kotoranyang melalui saluran hidung. C.Menjadi saluran agar udara boleh disedut masuk dan dihembus keluar. D.Melembapkan udara yang masuk ke paru-paru. 32Alahan terhadap makanan, habuk, kutu atau pijat merupakan punca berlakunya masalah A.jangkitan kuman. B.pendarahan hidung. C.resdung. D.selesema. Hidungmerupakanorganyangpentingkepadamanusia.Denganmenggunakanhidung, manusia dapat menghidu dan membezakan kira-kira 4000 jenis bau. Selainitu,hidungjugamerupakansebahagiandaripadaorganuntuksistem pernafasankita.Menerusisalurandidalamhidung,udaradisedutmasukdandihembus keluar. Bulu hidung pula bertindak untuk menapis kotoran yang besar manakala bakteria dan bahan-bahanyanghalusdiperangkapolehbendaliryangdikenalisebagaimukus.Namun demikian,fungsihidungyangutamaadalahuntukmelembapkanudarayangmasukke paru-paru. Justeru, hidung perlulah sentiasa dijaga. Jika tidak, pelbagai masalah yang berkaitan denganhidungakantimbul.Antaramasalahyangseringberlakutermasuklahselesema, pendarahan hidung dan resdung. Selesemakebiasaannyaberpuncadaripadajangkitankumanpadaronggahidung. Pendarahanhidungpulaberlakuapabilahidungkitamengalamikecederaan.Disamping itu,menyedutudarayangterlalusejukatauterlalukeringjugabolehmenyebabkan berlakunyamasalahini.Seterusnya,resdungberpuncadaripadaalahanterhadaphabuk, kutu, pijat, atau makanan tertentu. [ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 9 33Antara berikut adalah masalah yang sering dikaitkan dengan hidung kecuali A.selesema. B.resdung. C.kanser tekak. D.pendarahan hidung. 34Perkataan alahan dalam petikan bermaksud A.alergi. B.hormon. C.radang. D.penyakit 35Mukus merupakan sejenis bendalir dalam hidung bertindak A.menapis kotoran yang besar. B.menyedut masuk dan menghembus keluar udara melalui saluran hidung. C.melembapkan udara yang masuk ke paru-paru.D.memerangkap bakteria dan bahan-bahan halus yang melalui saluran hidung. Soalan 36 - 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 36Buah-buahan banyak dijual di A.dusun. B.ladang. C.pekan sari. D.tepi sungai. Buah betik buah rambutan, Banyak ditanam di tepi perigi; Rasanya enak bila dimakan, Banyak dijual di pekan sari. Buah durian kulit berduri, Berbuah pula mengikut masa; Banyak khasiat pada diri, Segala vitamin ada di dalamnya. Buah pulasan buah delima, Ditanam di ladang juga di dusun; Enak dimakan tidak terkira, Boleh didapati setiap tahun. Berbudi pada tanah yang subur, Tanah subur anugerah Tuhan; Rakyat sihat negara makmur, Hidup harmoni sepanjang zaman. [ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 10 37Buah apakah yang berbuah mengikut musim? A.BetikB.Jambu C.Delima D.Durian 38Frasa boleh didapati setiap tahun bermaksud A.mudah diperoleh pada bila-bila masa. B.sukar diperoleh apabila perlu. C.buah-buahan senang ditanam. D.buah-buahan mempunyai banyak khasiat. 39Apabila rakyat hidup sihat negara akan A.miskin. B.makmur. C.huru-hara. D.kacau-bilau. 40Apakah jenis puisi di atas? A.Syair B.Sajak C.Pantun D.Gurindam Disediakan oleh: Encik Ikhwari Bin Ismail Disemak oleh: Cik Azlinawatty Binti Daraman [ SULI T ]

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 11 SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 4/ UJIAN OGOS 2012 1. B 11. D 21. A 31. D 2. C 12. B 22. C 32. C 3. A 13. D 23. A 33. C 4. B 14. D 24. D 34. A 5. C 15. B 25. B 35. D 6. A 16. C 26. C 36. C 7. D 17. D 27. B 37. D 8. D 18. D 28. D 38. A 9. A 19. B 29. A 39. B 10. C 20. B 30. C 40. C