ujian amali sebatian ion vs kovalen skema

3
UJIAN AMALI KIMIA TINGKATAN 4 NAMA:……………………………….. KELAS:…………………… TARIKH:……………….. Aktiviti 5.3: Membandingkan sifat sebatian ion dan sebatian kovalen Tujuan: Mengkaji sifat sebatian ion dan sebatian kovalen dari segi a) takat lebur dan takat didih b) keterlarutan dalam air dan pelarut organik c) kekonduksian elektrik Bahan : Serbuk magnesium klorida, larutan magnesium klorida 2.0 mol dm -3 , dietil eter, naftalena, air, sikloheksana (pelarut organik) R adas: Mangkuk penyejat, tabung uji, spatula, bateri, suis, mentol, elektrod karbon, wayar penyambung dan klip buaya, tungku kaki tiga, alas segi tiga, penunu Bunsen. Prosedur: Bahagian A 1. Sediakan dua mangkuk penyejat. 2. Masukkan setengah spatula magnesium klorida, MgCl 2 dan tiga titis dietil eter secara berasingan pada setiap mangkuk penyejat. 3. Perhatikan keadaan fizik sebatian tersebut. Biarkan sebatian tersebut selama lima minit, kemudian perhatikan perubahan yang berlaku. Bahagian B 1. Masukkan setengah spatula serbuk magnesium klorida, MgCl 2 ke dalam sebuah tabung uji. 2. Tambahkan 5 cm 3 air dan goncangkan tabung uji itu. 3. Perhatikan keterlarutan magnesium klorida, MgCl 2 dalam air. 4. Ulang langkah 1- 3 dengan menggunakan sikloheksana, C 6 H 12 sebagai pelarut. 5. Ulang langkah 1- 4 dengan menggunakan setengah spatula naftalena, C 10 H 8 . Bahagian C 1. Isi mangkuk pijar dengan serbuk naftalena, C 10 H 8 sehingga setengah penuh. 2. Sediakan radas seperti dalam rajah. 1 Skema Jawapan mentol suis bater i Elektr od karbon naftale na Penunu Bunsen

Upload: kung-chui-ling

Post on 13-Apr-2016

2.889 views

Category:

Documents


213 download

DESCRIPTION

Perbezaan antara Sebatian Ion dan sebatian Kovalen

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian Amali Sebatian Ion vs Kovalen Skema

UJIAN AMALI KIMIA TINGKATAN 4

NAMA:……………………………….. KELAS:…………………… TARIKH:………………..

Aktiviti 5.3: Membandingkan sifat sebatian ion dan sebatian kovalen

Tujuan:Mengkaji sifat sebatian ion dan sebatian kovalen dari segia) takat lebur dan takat didihb) keterlarutan dalam air dan pelarut organikc) kekonduksian elektrik

Bahan : Serbuk magnesium klorida, larutan magnesium klorida 2.0 mol dm-3, dietil eter, naftalena, air, sikloheksana (pelarut organik)

R adas: Mangkuk penyejat, tabung uji, spatula, bateri, suis, mentol, elektrod karbon, wayar penyambung dan klip buaya, tungku kaki tiga, alas segi tiga, penunu Bunsen.

Prosedur:Bahagian A1. Sediakan dua mangkuk penyejat.2. Masukkan setengah spatula magnesium klorida, MgCl2 dan tiga titis dietil eter secara berasingan pada setiap

mangkuk penyejat. 3. Perhatikan keadaan fizik sebatian tersebut. Biarkan sebatian tersebut selama lima minit, kemudian perhatikan

perubahan yang berlaku.

Bahagian B1. Masukkan setengah spatula serbuk magnesium klorida, MgCl2 ke dalam sebuah tabung uji. 2. Tambahkan 5 cm3 air dan goncangkan tabung uji itu. 3. Perhatikan keterlarutan magnesium klorida, MgCl2 dalam air. 4. Ulang langkah 1-3 dengan menggunakan sikloheksana, C6H12 sebagai pelarut.5. Ulang langkah 1-4 dengan menggunakan setengah spatula naftalena, C10H8.

Bahagian C1. Isi mangkuk pijar dengan serbuk naftalena, C10H8 sehingga setengah penuh.2. Sediakan radas seperti dalam rajah.

3. Hidupkan suis dan perhatikan sama ada mentol menyala ataupun tidak.4. Padamkan suis dan panaskan serbuk naftalena, C10H8 sehingga melebur. 5. Hidupkan suis semula dan perhatikan sama ada mentol menyala ataupun tidak.6. Ulang langkah 1-3 dengan menggunakan serbuk magnesium klorida, MgCl2 dan larutan magnesium klorida,

MgCl2 2.0 mol dm-3.

1

Skema Jawapan

mentol suisbateri

Elektrod karbon

naftalena

Penunu Bunsen

Page 2: Ujian Amali Sebatian Ion vs Kovalen Skema

Pemerhatian:Eksperimen Sebatian/ Bahan PemerhatianBahagian A(Perubahan keadaan jirim pada suhu bilik)

Serbuk magnesium klorida

Kekal dalam keadaan pepejal.

Dietil eter Titisan dietil eter mongering dan mengewapBahagian B(Keterlarutan dalam air dan pelarut organik)

Serbuk magnesium klorida

Terlarut dalam airTidak larut dalam sikloheksana

Naftalena Terlarut dalam sikloheksanaTidak larut dalam air

Bahagian C(Kekonduksian elektrik)

Magnesium klorida

Keadaan pepejal Mentol tidak menyala

Keadaan cecair Mentol menyala

Naftalena Keadaan pepejal Mentol tidak menyala

Keadaan cecair Mentol tidak menyala

[10 markah]1. a) Bandingkan takat lebur dan takat didih di antara sebatian ion dan sebatian kovalen.

Takat lebur dan takat didih sebatian ion adalah lebih tinggi daripada sebatian kovalen.[2 markah]

b) Beri sebab bagi jawapan anda.Daya tarikan elektrostatik yang kuat menarik bersama ion-ion dalam sebatian ion. [1m]Lebih banyak tenaga haba diperlukan utk mengatasi daya tarikan ini. [1m]Oleh itu, takat lebur dan takat didih sebatian ion adalah tinggi. [1m]Molekul-molekul dalam sebatian kovalen hanya ditarik oleh daya tarikan antara molekul/daya tarikan Van der Waals yang lemah. [1m]Hanya sedikit haba diperlukan untuk mengatasinya. [1m]Oleh itu, takat lebur dan takat didih sebatian kovalen adalah rendah.[1m]

[6 markah]2. Nyatakan keterlarutan sebatian ion dan sebatian kovalen dalam air dan dalam pelarut organik.

Sebatian ion larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik.[2m]Sebatian kovalen larut dalam pelarut organik tetapi tidak larut dalam air. [2m]

[4 markah]3. Namakan jenis zarah yang terdapat dalam sebatian berikut:

magnesium klorida: ion [1m] naftalena: molekul [1m][2 markah]

4. Terangkan kekonduksian elektrik magnesium klorida dalam keadaan pepejal dan cecair.a) Dalam keadaan pepejal:

Pepejal magnesium klorida tidak mengkonduksikan elektrik kerana tiada ion-ion yang bebas bergerak untuk membawa cas-cas elektrik.

[2 markah]b) Dalam keadaan cecair:

Larutan magnesium klorida dapat mengkonduksikan elektrik kerana terdapat ion-ion yang bebas bergerak untuk membawa cas-cas bergerak.

[2 markah]5. Terangkan kekonduksian elektrik bagi naftalena.

Naftalena tidak mengkonduksikan elektrik. Hal ini kerana naftalena terdiri daripada molekul-molekul sahaja.

[2 markah]

2