ucapan yb datuk seri noh bin haji omar, menteri pertanian dan industri asas tani malaysia majlis...

7
1 Talking point Ucapan YB DATUK SERI NOH BIN HAJI OMAR, MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TRANSFORMASI TEKUN NASIONAL ( TTP ) & PERASMIAN PERSIDANGAN PENGURUS TEKUN KAWASAN ( PTK ) SELURUH MALAYSIA 2011 TEMPAT: GRAND BALLROOM, HOTEL SUMMIT, USJ RABU - 19 JANUARI 2011 WAKTU KETIBAAN – 8.30 MALAM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Terima kasih Pengacara Majlis. Y. Berbahagia Dato’ Haji Mohd. Hashim bin Abdullah KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berbahagia Dato’ Abdul Rahim Hassan KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TEKUN YBrs. Ustaz Ahmad Syukri Yusof Penasihat Syariah TEKUN Nasional yang mengetuai bacaan doa Ketua-Ketua dan Wakil Jabatan dan Agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Para Pengurus TEKUN seluruh negara Para Jemputan, Wakil Media dan wargakerja TEKUN yang dihormati sekelian. 1. Terlebih dahulu saya ingin merafakkan rasa syukur saya kehadarat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat bersama hadir pada majlis yang gilang gemilang ini. 2. Oleh itu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak TEKUN yang telah menjemput saya untuk meraikan majlis pada malam ini di samping menyampaikan sepatah dua kata sempena Pelancaran Program Tranformasi Tekun

Upload: kementerian-pertanian-dan-industri-asas-tani

Post on 27-Jul-2015

156 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Majlis Pelancaran Program Transformasi Tekun Nasional ( TTP ) & Perasmian Persidangan Pengurus

1

Talking point Ucapan

YB DATUK SERI NOH BIN HAJI OMAR,

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TRANSFORMASI TEKUN NASIONAL ( TTP ) &

PERASMIAN PERSIDANGAN PENGURUS TEKUN KAWASAN ( PTK ) SELURUH MALAYSIA

2011

TEMPAT: GRAND BALLROOM, HOTEL SUMMIT, USJ

RABU - 19 JANUARI 2011

WAKTU KETIBAAN – 8.30 MALAM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih Pengacara Majlis.

Y. Berbahagia Dato’ Haji Mohd. Hashim bin AbdullahKSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,

Yang Berbahagia Dato’ Abdul Rahim HassanKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TEKUN

YBrs. Ustaz Ahmad Syukri YusofPenasihat Syariah TEKUN Nasional yang mengetuai bacaan doa

Ketua-Ketua dan Wakil Jabatan dan Agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Para Pengurus TEKUN seluruh negaraPara Jemputan, Wakil Media dan wargakerja TEKUN yang dihormati sekelian.

1. Terlebih dahulu saya ingin merafakkan rasa syukur saya kehadarat illahi kerana

dengan limpah kurnianya saya dapat bersama hadir pada majlis yang gilang gemilang ini.

2. Oleh itu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak TEKUN

yang telah menjemput saya untuk meraikan majlis pada malam ini di samping

menyampaikan sepatah dua kata sempena Pelancaran Program Tranformasi Tekun

Page 2: Ucapan YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Majlis Pelancaran Program Transformasi Tekun Nasional ( TTP ) & Perasmian Persidangan Pengurus

2

Nasional dan Perasmian Persidangan Pengurusan Tekun Kawasan Seluruh Negara pada

malam ini

3. Sememangnya saya sebelum ini telah banyak hadir di pelbagai program TEKUN

kerana saya mempunyai keyakinan dan pengharapan yang tinggi bahawa TEKUN telah

berjaya melaksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh

Kerajaan, Kementerian serta rakyat Malaysia.

4. Sebagai sebuah organisasi, saya perhatikan TEKUN telah mempamirkan

kecemerlangan, kesungguhan, ketelitian dan standard yang tinggi dalam pelbagai program

dan aktiviti yang dilaksanakan. Kejayaan ini menjadi ikutan dan ’benchmark’ yang cuba

diikuti atau disaingi oleh pihak-pihak lain sehingga melonjak nama TEKUN dan juga

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di suatu tahap yang cemerlang dan

membanggakan. Oleh itu, SYABAS TEKUN !

Hadirin sekelian,

5. Kita sedia maklum TEKUN Nasional telah ditubuhkan oleh kerajaan 13 tahun yang

lalu sebagai sebuah badan menawarkan pinjaman kecil kepada para usahawan

bumiputera. Sepanjang tempoh penubuhannya TEKUN Nasional telah berjaya memainkan

peranan dalam membantu membangunkan usahawan bumiputera di negara ini. Malah

kini TEKUN Nasional turut memanjangkan perkhidmatan pinjaman mikro kredit bagi

membantu usahawan bukan bumiputera. Ini adalah sejajar dengan Slogan 1Malaysia,

Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

6. Sehingga 31 Disember 2010 , TEKUN Nasional telah menyediakan pembiayaan

sebanyak RM 1.6 bilion kepada 176,343 orang usahawan diseluruh negara. Sepanjang

tahun 2010 TEKUN Nasional telah mengeluarkan pinjaman berjumlah 179.48 juta kepada

seramai 25,912 orang usahawan.

Page 3: Ucapan YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Majlis Pelancaran Program Transformasi Tekun Nasional ( TTP ) & Perasmian Persidangan Pengurus

3

7. Dalam pada itu sepanjang tempoh dari 1999 hingga akhir tahun lalu, jumlah

kutipan hutang yang berjaya dikutip oleh pihak TEKUN adalah berjumlah RM982 juta.

Tahun sahaja RM154.6 juta hutang telah dikutip daripada peminjam TEKUN.

Hadirin sekelian,

8. TEKUN Nasional harus senantiasa berusaha untuk memantapkan lagi operasi

institusi ini serta melakukan perubahan dan pembaharuan mengikut keperluan dan

kehendak semasa.

9. Disamping itu juga TEKUN Nasional hendaklah memantapkan lagi sistem

penyampaiannya supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan

sasar yang menjadi pelanggan-pelanggannya.

10. Sehubungan dengan itu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada TEKUN

kerana berjaya merangka Program Transformasi TEKUN Nasional atau TEKUN Nasional

Transformational Program ringkasnya TTP sebagai satu Inisiatif Strategik dan daya usaha

ke arah mempertingkatkan lagi keberkesanan Sistem Penyampaiannya ( Delivery System

).

11. Dengan adanya Program Tranformasi ini saya berharap TEKUN dapat

berperanan dengan lebih cekap dan berkesan serta memberikan perkhidmatan yang

lebih baik bagi memenuhi hasrat dan matlamat penubuhannya. Program

Transformasi TEKUN Nasional TTP ini juga adalah selari dengan Program Transformasi

Kerajaan ( GTP ) untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada rakyat

menerusi Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

12. Program Transformasi TEKUN Nasional TTP berteraskan kepada 7 Tonggak iaitu : -

1. Mentransformasikan Persepsi dan Keyakinan Rakyat Terhadap TEKUN Nasional

dengan memberikan keutamaan kepada pelanggan selaras dengan aspirasi Rakyat

didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

2. Membina Golongan Warga Kerja TEKUN Nasional yang Berintegriti, Berwibawa dan

Mengutamakan Pelanggan.

Page 4: Ucapan YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Majlis Pelancaran Program Transformasi Tekun Nasional ( TTP ) & Perasmian Persidangan Pengurus

4

3. Memantapkan lagi Organisasi dan Operasi Pelaksanaan TEKUN Nasional ( Business

Process ) supaya sistem penyampaiannya ( Delivery System ) mantap dan berkesan

serta menjadi sebuah Organisasi Kerajaan yang boleh diharapkan oleh Rakyat .

4. Menguruskan Dana Pembiayaan Pinjaman TEKUN dengan lebih Sistematik, Cekap dan

Berhemah.

5. Mempertingkatkan Bayaran Balik dan Kutipan Hutang TEKUN Nasional dengan

lebih berkesan supaya wang diperolehi akan dapat disalurkan kepada orang lain pula yang

memerlukan.

6. Memajukan lagi Usahawan TEKUN supaya mereka menjadi Golongan Usahawan yang

lebih berjaya serta bermanfaat kepada Negara dan Bangsa.

7. Mengujudkan Komuniti Usawahan TEKUN yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif

dengan penubuhan Kelab Komuniti Usahawan TEKUN ( KKUT ) di seluruh negara sebagai

satu Platform Jaringan serta Wadah Pembangunan Ekonomi yang strategik dan amat

berkesan.

Hadirin yang saya hormati sekelian,

13. Sempena majlis ini tiga lagi program besar TEKUN akan turut kita lancarkan.

Antaranya PROGRAM MEMPERTINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT PMPR.

14. Program ini adalah merupakan satu inisiatif strategik TEKUN Nasional untuk

membantu seberapa ramai rakyat Malaysia untuk mempertingkatkan pendapatan diri dan

keluarga mereka menerusi penglibatan dalam usaha-usaha yang boleh menjana

pendapatan secara kecil-kecilan dengan bantuan pinjaman modal dari pihak TEKUN

Nasional. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan matlamat Kerajaan ke arah

mempertingkatkan pendapatan rakyat dan seterusnya dapat memperkukuhkan lagi taraf

dan kedudukan ekonomi mereka.

Page 5: Ucapan YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Majlis Pelancaran Program Transformasi Tekun Nasional ( TTP ) & Perasmian Persidangan Pengurus

5

15. Golongan sasar untuk program ini adalah terdiri dari golongan miskin dan

berpendapatan rendah, suri rumahtangga yang tidak bekerja, ibu-ibu tunggal serta orang-

orang kurang upaya. Bagi menjayakan program ini, TEKUN Nasional akan mengenalpasti

syarikat-syarikat yang boleh menyediakan peluang-peluang penjanaan pendapatan dan

perniagaan yang berpotensi dan berdaya maju yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh

mereka yang terlibat dengan program ini. Syarikat-syarikat berkenaan akan menjadi

pembimbing dan mentor. Program ini juga akan dilaksanakan dengan Kerjasama

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibawah Program 1 Azam.

16. Selain PMPR, Tekun juga akan menjayakan PROGRAM PEMBANGUNAN

USAHAWAN WANITA PPUW ). Program Pembangunan Usahawan Wanita atau ringkasnya

PPUW adalah merupakan inisiatif strategik untuk menggalakkan lebih ramai golongan

wanita untuk mencebur diri dalam bidang usaha niaga dan perniagaan yang

berpotensi dan berdaya maju.

17. Bagi melaksanakan program ini dengan lebih berkesan dan tersusun, TEKUN

Nasional akan mengenalpasti syarikat-syarikat yang berpotensi dan kukuh yang boleh

menyediakan peluang-peluang perniagaan ( Business Opportunities ) kepada para peserta

yang menyertai program ini. Syarikat-Syarikat tersebut juga adalah merupakan Syarikat-

Syarikat Rakan Strategik yang terlibat dengan Program Rakan Niaga yang bertindak

sebagai pembimbing dan mentor.

18. Menerusi program ini TEKUN Nasional dengan kerjasama Syarikat-Syarikat Rakan

Strategik tersebut akan menyediakan maklumat, peluang-peluang perniagaan, pinjaman

modal , khidmat nasihat dan bimbingan, sokongan perniagaan serta jaringan ( networking

) di kalangan usahawan yang terlibat dengan program ini. TEKUN Nasional juga akan

bekerjasama dengan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

bagi menjayakan program ini.

19. Di samping itu juga TEKUN Nasional berbangga dengan keyakinan yang tunjukkan

oleh pihak Japan International Cooperation Agency ( JICA ) yang telah bersetuju untuk

Page 6: Ucapan YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Majlis Pelancaran Program Transformasi Tekun Nasional ( TTP ) & Perasmian Persidangan Pengurus

6

memberikan dana khas dalam bentuk geran bagi menjayakan program ini menerusi

Program Kerjasama antara Kerajaan Jepun dengan Kerajaan Malaysia. Dengan

pelaksanaan program ini adalah diharapkan bahawa lebih ramai golongan wanita akan

menceburi bidang perniagaan dan seterusnya menjadi usahawan yang berjaya di negara

ini.

20. Dan yang terakhir sekali PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA ( PPUM ).

Program ini adalah juga merupakan satu inisiatif strategik TEKUN Nasional untuk

menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan muda serta belia untuk mencebur diri

dalam bidang usaha niaga dan perniagaan. Bagi melaksanakan program ini dengan lebih

tersusun dan berkesan, pihak TEKUN Nasional akan mengenalpasti Syarikat-Syarikat yang

berpotensi untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan ( Business Opportunities )

kepada para belia yang terlibat dengan program ini.

21. Syarikat-Syarikat ini juga adalah merupakan Syarikat Rakan Strategik kepada

TEKUN Nasional yang terlibat dengan Program Rakan Niaga serta Syarikat-Syarikat yang

berpotensi dan kukuh yang akan bertindak sebagai pembimbing dan mentor. Menerusi

Program ini, TEKUN Nasional dengan kerjasama Syarikat-Syarikat Rakan Strategik tersebut

akan menyediakan maklumat, peluang-peluang perniagaan, pinjaman modal, khidmat

nasihat dan bimbingan, sokongan perniagaan serta jaringan usahawan kepada para belia

yang menyertai program ini. TEKUN Nasional juga akan bekerjasama dengan pihak

Kementerian Belia dan Sukan bagi menjayakan program ini.

22. Adalah diharapkan semoga dengan pelaksanaan program ini maka lebih ramai

golongan muda serta para belia dan golongan siswazah terutamanya dapat mencebur diri

dalam bidang perniagaan dan seterusnya menjadi usahawan muda yang berpotensi dan

berjaya.

23. Akhir kata, saya berharap agar program-program yang telah saya nyatakan ini

dapat kita laksanakan dengan sebaik-baiknya agar transformasi yang kita harapkan dapat

benar-benar membawa faedah kepada rakyat dan negara. Setinggi-tinggi penghargaan

kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan, sokongan dan kerjasama mereka

Page 7: Ucapan YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Majlis Pelancaran Program Transformasi Tekun Nasional ( TTP ) & Perasmian Persidangan Pengurus

7

kepada TEKUN Nasional selama ini. Semoga dengan sokongan, bantuan dan kerjasama ini

TEKUN Nasional akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah

diamanahkan dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi hasrat dan matlamat penubuhan

institusi ini.

24. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Pengurusan TEKUN yang memberi

saya kesempatan untuk bersama memeriahkan majlis ini.

25. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya melancarkan Program Transformasi

Tekun Nasional dan merasmikan Persidangan Pengurus Tekun Kawasan Seluruh Malaysia

dan tiga Program Utama Tekun pada malam ini.

Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.