teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim ... tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu...

9
1 TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KAUNSELOR BERDAFTAR LEMBAGA KAUNSELOR 2015 PADA 12 OKTOBER 2015 DEWAN PERDANA NUR, KPWKM

Upload: hoanghanh

Post on 09-May-2018

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM ... tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu kaunselor 6 sebagai para kaunselor dengan mengikuti program latihan yang akan disediakan

1

TEKS UCAPAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN

SEMINAR KAUNSELOR BERDAFTAR LEMBAGA KAUNSELOR 2015

PADA

12 OKTOBER 2015

DEWAN PERDANA NUR, KPWKM

Page 2: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM ... tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu kaunselor 6 sebagai para kaunselor dengan mengikuti program latihan yang akan disediakan

2

Assalamualaikum W.B.T, Salam Satu Malaysia dan Salam Perpaduan.

MUKADIMAH

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul di Seminar Kaunselor

Berdaftar Lembaga Kaunselor 2015. Saya dimaklumkan seminar

kaunseling yang diadakan hari ini bertujuan untuk mengumpulkan

kaunselor profesional dari pelbagai agensi, pertubuhan bukan kerajaan dan

orang perseorangan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

Kaunselor Berdaftar dalam menyampaikan perkhidmatan kaunseling

seterusnya membantu kerajaan dalam menangani isu-isu sosial dan

pelbagai bentuk bencana yang melanda masyarakat dewasa ini.

Hadirin yang dihormati,

1. Dalam tempoh RMKe-11, tumpuan akan diberikan kepada usaha

memperkasa masyarakat bagi meningkatkan insklusiviti melalui

penyediaan keperluan komuniti termasuk keluarga, belia, wanita, kanak-

kanak, warga emas dan OKU. Dalam menjayakan pelaksanaan

tersebut, perkhidmatan kaunseling kepada ahli-ahli keluarga yang

memerlukan terutamanya yang mengalami kejutan, tekanan emosi dan

masalah kewangan akan diperkukuhkan dengan bantuan pakar dan

NGO berkaitan.

Page 3: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM ... tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu kaunselor 6 sebagai para kaunselor dengan mengikuti program latihan yang akan disediakan

3

CABARAN-CABARAN KAUNSELOR PROFESIONAL

Hadirin yang dihormati,

2. Perkhidmatan kaunseling dan kaunselor pada masa sekarang

menghadapi pelbagai cabaran berikutan peningkatan isu-isu sosial yang

semakin kompleks serta pelbagai bentuk bencana yang terpaksa

dihadapi oleh masyarakat masa kini. Masih segar diminda kita dengan

pelbagai insiden yang telah melanda negara kebelakangan ini. Bermula

dengan tragedi Lahad Datu diikuti dengan MH 370, MH 17, bencana

banjir besar dan yang terakhir baru-baru ini kita dikejutkan dengan

kejadian gempa bumi di Sabah. Semua insiden ini, telah membuka mata

masyarakat kita tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling dalam

menjalankan intervensi krisis kepada mangsa-mangsa dan keluarga

yang terlibat. Sehubungan itu, wajarlah kaunselor dari semasa ke

semasa mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan juga kemahiran-

kemahiran baru yang dapat membantu mangsa-mangsa dan keluarga

yang memerlukan perhatian khusus pada ketika itu.

Hadirin yang dihormati,

3. Dalam tempoh lima tahun akan datang, Malaysia akan melangkah ke

era baru sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Selari

dengan perkembangan tersebut, pola kehidupan masyarakat juga

dijangka akan bergerak ke arah yang lebih kompleks. Pelbagai

permasalahan yang berkaitan psikososial dijangka akan menjadi lebih

jelas dan meningkat. Sehubungan itu, perkhidmatan kaunseling yang

Page 4: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM ... tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu kaunselor 6 sebagai para kaunselor dengan mengikuti program latihan yang akan disediakan

4

profesional menjadi amat penting. Ini kerana, perkhidmatan kaunseling

yang profesional akan menjadi salah satu alat utama sistem sokongan

sosial dalam membantu mengurangkan permasalahan psikososial

dalam komuniti.

4. Namun begitu, pada masa kini, perkhidmatan kaunseling profesional di

negara kita masih kurang signifikan kepada masyarakat. Perkara ini

berlaku mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah

faktor stigma masyarakat terhadap perkhidmatan kaunseling itu sendiri,

tahap kompetensi modal insan pemberi perkhidmatan kaunseling yang

terhad dan bilangan pemberi perkhidmatan kaunseling yang tidak

mencukupi.

Hadirin yang dihormati,

5. Berdasarkan kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Lembaga

Kaunselor menunjukkan pada tahun 2015 hanya seramai 6,095

kaunselor yang berdaftar. Iaitu nisbah pemberi perkhidmatan

kaunseling dengan penduduk Malaysia adalah seorang kaunselor

profesional kepada 4,938 penduduk (1:4938). Ini menunjukkan jurang

antara penduduk dengan kaunselor berdaftar amat besar dan

menyebabkan capaian kepada perkhidmatan kaunseling profesional

agak terhad. Lembaga Kaunselor mengunjurkan akan dapat

mendaftarkan seramai 11,000 kaunselor berdaftar menjelang tahun

2020. Pada tahun 2020, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah

32.4 juta orang. Berdasarkan kepada perangkaan tersebut, nisbah

Page 5: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM ... tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu kaunselor 6 sebagai para kaunselor dengan mengikuti program latihan yang akan disediakan

5

kaunselor profesional kepada penduduk akan dapat ditingkatkan kepada

seorang kaunselor profesional kepada 2,945 penduduk.

6. Saya difahamkan setakat ini terdapat sebanyak 16 institusi pengajian

tinggi awam dan swasta sedang menjalankan 22 program latihan

kaunseling di Malaysia. Usaha penarafan program-program tersebut

sedang giat dilaksanakan oleh Lembaga Kaunselor bagi tujuan

meminda Jadual Kedua Akta Kaunselor 1998. Selepas selesai usaha ini

nanti, saya percaya tahap pendidikan kaunselor di negara ini dapat

diselaraskan dan dalam masa yang sama urusan pendaftaran kaunselor

berdaftar menjadi lebih lancar dan usaha menambah bilangan kaunselor

profesional akan tercapai.

Hadirin yang dihormati,

7. Walaupun usaha-usaha yang sedang dilakukan sekarang bertujuan

untuk menurunkan nisbah antara kaunselor berdaftar dan penduduk,

namun bilangan yang dijangkakan itu masih belum mencukupi untuk

menampung keperluan yang semakin meningkat dalam kalangan

masyarakat. Sehubungan itu, saya berpandangan latihan formal kepada

pemberi perkhidmatan kaunseling perlu dilaksanakan. Sudah tiba

masanya kita perlu melatih pemberi perkhidmatan kaunseling yang

sebelum ini dikenali sebagai Para- Kaunselor bagi membantu kaunselor

profesional dalam menghadapi keperluan semasa. Sehubungan itu ,

saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar menjadikan

kaunseling sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian. Mereka

yang tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu kaunselor

Page 6: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM ... tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu kaunselor 6 sebagai para kaunselor dengan mengikuti program latihan yang akan disediakan

6

sebagai para kaunselor dengan mengikuti program latihan yang akan

disediakan.

8. Saya amat menyokong sebarang usaha untuk membudayakan

perkhidmatan kaunseling di negara ini bagi membuang stigma negatif

masyarakat terhadap perkhidmatan ini. Usaha ini amat penting

dilaksanakan bagi memastikan teras strategik pertama RMKe-11iaitu

memperkukuhkan insklusiviti kearah masyarakat yang saksama dapat

dicapai melalui program-program penambahbaikan perkhidmatan

kaunseling.

9. Di kesempatan ini, saya ingin menggalakkan semua kaunselor

profesional di negara ini, bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan

serta badan-badan kebajikan untuk terus merancang aktiviti-aktiviti

yang boleh disertai oleh semua golongan masyarakat di setiap peringkat

usia. Sudah tiba masanya, persepsi bahawa perkhidmatan kaunseling

yang ditawarkan hanya untuk insan yang bermasalah dan mampu

membayar perkhidmatan diubah. Sebaliknya, perkhidmatan ini

hendaklah diberikan kepada semua lapisan masyarakat sama ada

kepada golongan yang mampu atau orang kurang upaya. Untuk itu,

pihak terlibat harus membuktikan kaunseling bukan sahaja mampu

membantu mereka yang bermasalah namun pada masa yang sama

mampu meningkatkan kesejahteraan individu dan masyarakat.

Page 7: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM ... tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu kaunselor 6 sebagai para kaunselor dengan mengikuti program latihan yang akan disediakan

7

PENINGKATAN PROFESIONALISME KAUNSELOR BERDAFTAR

Hadirin yang dihormati,

10. Seminar Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor 2015 kali ini

bertemakan “Peningkatan Profesionalisme Kaunselor Berdaftar ”.

Tema ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan

perkhidmatan kaunseling profesional yang diberikan oleh kaunselor

yang berilmu dan berkemahiran dalam menyelesaikan pelbagai

permasalahan masyarakat moden masa kini .

11. Perkhidmatan kaunseling profesional amat dipengaruhi oleh tahap

kompetensi modal insan pemberi perkhidmatan kaunseling itu sendiri.

Perkhidmatan kaunseling profesional perlu diberikan oleh kaunselor

yang mempunyai tahap profesionalisma yang tinggi. Pakar-pakar dalam

bidang kaunseling menggariskan beberapa ciri kaunselor profesional

seperti memiliki satu set ilmu pengetahuan dan kemahiran yang khusus,

mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai Kod Etika serta

mengamalkannya, Mereka juga dikawal selia oleh undang-undang dan

sebuah badan profesional. Dalam konteks negara kita Malaysia,

kaunselor profesional tertakluk di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta

580) yang di kawal selia oleh Lembaga Kaunselor.

Hadirin yang dihormati,

12. Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, saya berpandangan

sudah sampai masanya negara kita melahirkan kaunselor profesional

Page 8: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM ... tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu kaunselor 6 sebagai para kaunselor dengan mengikuti program latihan yang akan disediakan

8

yang mengkhusus kepada bidang tumpuan yang tertentu. Sehubungan

dengan itu, Lembaga kaunselor diharapkan perlu mengorak langkah

untuk menyediakan rangka program latihan yang bersesuaian.

Berdasarkan kepada piawaian antarabangsa yang kini sedang

digunakan dinegara-negara maju seperti Council for Accreditation of

Counselling & Related Educational Programme (CACREP) di Amerika

Syarikat, terdapat enam bidang tumpuan utama yang diberi penekanan

iaitu Kaunseling Perkahwinan & Keluarga, Kaunseling Ketagihan,

Kaunseling Sekolah, Kaunseling Kerjaya, Kaunseling Kesihatan Mental

dan Kaunseling Institusi Pengajian Tinggi.

13. Saya percaya sekiranya kaunselor-kaunselor profesional dalam bidang-

bidang tumpuan utama tersebut dapat dilahirkan, usaha untuk

menangani permasalahan psikososial yang dihadapi oleh masyarakat

akan menjadi lebih mudah, profesional dan berkesan.

14. Di samping memberikan penekanan kepada bidang tumpuan khusus

tersebut, kaunselor juga perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran

lain yang berkaitan seperti kemahiran-kemahiran intervensi khususnya

bagi membantu mangsa-mangsa bencana.

Page 9: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM ... tidak mempunyai asas atau kemahiran boleh membantu kaunselor 6 sebagai para kaunselor dengan mengikuti program latihan yang akan disediakan

9

PENUTUP

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Lembaga

Kaunselor dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan seminar kali ini.

Dengan lafaz Saya, dengan sukacitanya merasmikan Seminar Kaunselor Berdaftar

Lembaga Kaunselor Tahun 2015.

Sekian.

Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamu’alaikum W.B.T.