ucapan teks perhimpunan

2
UCAPAN TEKS PERHIMPUNAN Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia. Semua murid diminta senyap, letakkan beg di sisi kerana majlis perhimpunan akan bermula sebentar lagi. Yang Berbahagia, Puan Norlia bt Abu Bakar Pengetua SMK Seksyen 24(2), Encik Sabri bin Baharom Penolong Kanan, Encik Mohd bin Mohd Said Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Syarifah bt Sarham Penolong Kanan Kokurikulum, barisan guru kanan matapelajaran, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. 1. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput (_______) untuk memimpin bacaaan doa.Dipersilakan. 2. Semua murid diminta senyap, berdiri dalam keadaan yang tegak untuk nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Semua murid diminta menyanyi dengan penuh bersemangat. 3. Seterusnya majlis mempersilakan (________) untuk bacaan ikrar, misi, visi dan moto sekolah. 4. Terima kasih diucapkan kepada pengawas yang bertugas membacakan ikrar, visi, misi dan moto sekolah. 5. Semua murid diminta duduk dalam keadaan senyap, keluarkan buku catatan perhimpunan. Murid yang tidak memakai tali leher dan lencana sekolah sila berdiri. Semua pengawas yang bertugas sila membantu. 6. Majlis perhimpunan pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan guru yang bertugas pada minggu lepas untuk membentangkan laporan. Dipersilakan. 7. Terima kasih diucapkan kepada guru yang bertugas pada minggu lepas. 8. Seterusnya, saya serahkan majlis kepada guru yang bertugas pada minggu ini. 9.Terima kasih diucapkan kepada guru yang bertugas. 10.. Perhatian kepada semua murid, disini ada beberapa pengumuman. 11..Bagi menyempurnakan majlis perhimpunan pada pagi ini, dijemput (_______) untuk menyampaikan ucapan. 12. Terima kasih diucapkan kepada (_______).

Upload: aishah

Post on 15-Apr-2016

259 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Ucapan Teks Perhimpunan

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Teks Perhimpunan

UCAPAN TEKS PERHIMPUNAN

Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia. Semua murid diminta senyap, letakkan beg di sisi kerana majlis perhimpunan akan bermula sebentar lagi.

Yang Berbahagia, Puan Norlia bt Abu Bakar Pengetua SMK Seksyen 24(2), Encik Sabri bin Baharom Penolong Kanan, Encik Mohd bin Mohd Said Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Syarifah bt Sarham Penolong Kanan

Kokurikulum, barisan guru kanan matapelajaran, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

1. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput (_______) untuk memimpin bacaaan doa.Dipersilakan.

2. Semua murid diminta senyap, berdiri dalam keadaan yang tegak untuk nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Semua murid diminta menyanyi dengan penuh bersemangat.

3. Seterusnya majlis mempersilakan (________) untuk bacaan ikrar, misi, visi dan moto sekolah.

4. Terima kasih diucapkan kepada pengawas yang bertugas membacakan ikrar, visi, misi dan moto sekolah.

5. Semua murid diminta duduk dalam keadaan senyap, keluarkan buku catatan perhimpunan. Murid yang tidak memakai tali leher dan lencana sekolah sila berdiri. Semua pengawas yang bertugas sila membantu.

6. Majlis perhimpunan pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan guru yang bertugas pada minggu lepas untuk membentangkan laporan. Dipersilakan.

7. Terima kasih diucapkan kepada guru yang bertugas pada minggu lepas.

8. Seterusnya, saya serahkan majlis kepada guru yang bertugas pada minggu ini.

9.Terima kasih diucapkan kepada guru yang bertugas.

10.. Perhatian kepada semua murid, disini ada beberapa pengumuman.

11..Bagi menyempurnakan majlis perhimpunan pada pagi ini, dijemput (_______) untuk menyampaikan ucapan.

12. Terima kasih diucapkan kepada (_______).

13.Dengan berakhirnya ucapan daripada (________) maka majlis perhimpunan bersurai. Kita akhiri majlis pada pagi ini dengan tasbih kafarah dan surah al asr. Dijemput (_____) untuk tampil ke pentas sekali lagi.

14. Semua murid diminta berdiri dalam keadaan senyap. Guru-guru tingkatan diminta mengambil kedatangan murid.

15. Murid diminta bergerak ke kelas masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan. Pengawas diminta mengawasi murid-murid.