ucapan presiden-malaysia menuju negara rahmah

34
Aluan Yang mulia Saudara Pengerusi; Yang dikasihi Yang Dipertua DPN, Timbalannya dan anggota sekteriat DPN; Yang dimuliakan Timbalan dan Naib-naib Presiden, barisan pimpinan JKP, Ketua Wanita, barisan pimpinan Sayap Wanita IKRAM Pusat, ahli-ahli DPN, barisan pimpinan Negeri-negeri dan Daerah-daerah dan para tetamu jemputan yang dikasihi. Ikhwah dan akhwat yang mulia, Pendahuluan Hari ini sekali lagi kita bertemu dalam Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) untuk kali keduanya. Perhimpunan ini direncanakan agar semua ahli IKRAM, khususnya yang datang pada hari ini dapat bermuayasyah, memperteguh ikatan ukhuwah, mempererat hubungan perjuangan, mendengar perutusan-perutusan daripada barisan pimpinan, pencerahan terhadap situasi perjuangan kita masa kini, pencerahan terhadap beberapa isu yang memerlukan pertukaran pandangan sesama kita untuk memahaminya dan kemudian menanganinya dengan sebaik-baiknya. Kepada para tetamu jemputan yang hadir bersama kita pada hari ini, kita mengharapkan dapat meningkatkan engagement, perbincangan, bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dengan mereka, agar semua tetamu dapat memahami visi dan misi IKRAM, ikut serta mendukung usaha-usaha IKRAM bagi menjayakannya agar negara kita dapat diangkat menjadi sebuah Negara Rahmah terhadap manusia sejagat dan dunia ور ف غ ورب ة ب ي ط لدة بSituasi dunia masa kini Analisis Global (politik, ekonomi, ideologi dan sistem) Barat yang diterajui Amerika Syarikat (US) dan dengan sikap membisu, mungkin juga persekongkolan kuasa-kuasa lain dunia, dewasa ini terus melakukan kezaliman terhadap manusia dan dunia, bertindak kejam, tetapi pada masa yang sama sedang kebingungan

Upload: syaheera-my

Post on 16-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Pertubuhan IKRAM

TRANSCRIPT

AluanYang mulia Saudara Pengerusi;Yang dikasihi Yang Dipertua DPN, Timbalannya dan anggota sekteriat DPN;Yang dimuliakan Timbalan dan Naib-naib Presiden, barisan pimpinan JKP, Ketua Wanita, barisan pimpinan Sayap Wanita IKRAM Pusat, ahli-ahli DPN, barisan pimpinan Negeri-negeri dan Daerah-daerah dan para tetamu jemputan yang dikasihi.Ikhwah dan akhwat yang mulia,

PendahuluanHari ini sekali lagi kita bertemu dalam Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) untuk kali keduanya. Perhimpunan ini direncanakan agar semua ahli IKRAM, khususnya yang datang pada hari ini dapat bermuayasyah, memperteguh ikatan ukhuwah, mempererat hubungan perjuangan, mendengar perutusan-perutusan daripada barisan pimpinan, pencerahan terhadap situasi perjuangan kita masa kini, pencerahan terhadap beberapa isu yang memerlukan pertukaran pandangan sesama kita untuk memahaminya dan kemudian menanganinya dengan sebaik-baiknya.Kepada para tetamu jemputan yang hadir bersama kita pada hari ini, kita mengharapkan dapat meningkatkanengagement, perbincangan, bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dengan mereka, agar semua tetamu dapat memahami visi dan misi IKRAM, ikut serta mendukung usaha-usaha IKRAM bagi menjayakannya agar negara kita dapat diangkat menjadi sebuah Negara Rahmah terhadap manusia sejagat dan dunia

Situasi dunia masa kiniAnalisis Global (politik, ekonomi, ideologi dan sistem)Barat yang diterajui Amerika Syarikat (US) dan dengan sikap membisu, mungkin juga persekongkolan kuasa-kuasa lain dunia, dewasa ini terus melakukan kezaliman terhadap manusia dan dunia, bertindak kejam, tetapi pada masa yang sama sedang kebingungan dan sedang meraba-raba. Mereka pada hakikatnya perlu kepada Islam untuk membantu mereka menyelamatkan diri lantaran Islam berupaya membimbing mereka berhadapan dengan dunia dan kehidupan, juga lantaran kedudukan umat Islam sebagai saksi, contoh ikutan dan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap penghunia alam semesta.Peradaban barat yang pernah menyinar dengan keindahan penemuan-penemuan ilmiahnya masa lampau serta pernah menundukkan dunia seluruhnya dengan hasil-hasil ciptaan ilmu-ilmu tersebut, dewasa ini sedang bankrap, bahkan membunuh dirinya. Asas-asas politiknya sedang dirobohkan oleh tindakan-tindakan kuku besi para diktator. Asas-asas ekonominya sedang diranapkan pelbagai kemelut. Asas-asas kemasyarakatannya sedang diruntuhkan oleh pelbagai prinsip yang ganjil dan liar dan tentangan-tentangan yang meletus di pelbagai tempat. Ia menyebabkan manusia kebingungan dan tersesat jalan dalam upaya untuk mengatasinya.Imam Hasan al-Banna

Senario GlobalSenario global masa kini memberikan gambaran menyeluruh terhadap perkembangan dunia khususnya alam Islam serta pencerahan tentang di manakah umat Islam dalam menterjemahkan konsep rahmah yang menjadi harapan kita semua. Mungkin peristiwa-peristiwa di Timur Tengah boleh dijadikan titik tolak penilaian lantaran ia menjadi tumpuan dan fokus seluruh masyarakat antarabangsa. Tafsiran-tafsiran yang seringkali tidak jujur dan berat sebelah mendapat tempat istimewa dan popular di dada akhbar arus perdana dan saluran penyiaran media gergasi barat yang cuba mencorakkan pandangan masyarakat antarabangsa. Media barat ini sekarang telah dicabar oleh saluran media bebas dan wartawan-wartawan amatur yang diperkasakan dengan kemudahan teknologi maklumat yang canggih yang telah berjaya menghidangkan liputan yang lebih seimbang serta memaparkan realiti yang berlaku di lapangan pada saat atau waktu kejadian.Keadaan ini memberi kelebihan kepada umat Islam. Ia menjadi pemangkin kepada beberapa perubahan utama yang positif sejak sekurang-kurangnya suku abad yang lalu, ketika mana umat Islam di Asia Barat telah diadu domba dan dipecah perintah sehingga wujud sempadan-sempadan antarabangsa tanpa sebarang kewajaran sedikit pun demi memisahkan umat Arab kepada negara-negara bangsa yang celaru identiti. Surat menyurat (Syarif) Hussein McMahon (1914-15), Persetujuan Sykes-Picot (1916), Perjanjian Paris (1919) dan Mandat British ke atas Palestin (1922) adalah antara perjanjian yang membelenggu bangsa Arab di luar kehendak mereka. Pemecahan dan peminggiran umat Arab adalah batu asas kepada tegaknya negara haram Israel yang sempurna pengisytiharannya pada tahun 1948. Perancangan Imperialis barat berterusan dari British-Peranchis kepada US-Soviet pada pasca perang Dunia ke Dua sehinggalah pada tahun 1980an apabila seluruh Dunia Islam dari Afrika Utara sehingga Teluk Farsi dipantau oleh kuasa unipolar US. Perubahan lanskap politik dan dinamika perimbangan kuasa ini boleh dibahagikan kepada tiga fasa.Fasa pertama ditandakan oleh keadaan yang bergolak sejak 1980 dari Perang Iran-Iraq, campur tangan langsung US di Lubnan, Serangan Iraq ke atas Kuwait, OperasiDesert Storm,tuduhan ke atas Iraq memiliki WMD(weapons of mass destruction), sekatan ekonomi ke atas Iraq, pencerobohan ke atas Iraq, serangan ke atas WTC (World Trade Centre,US) dan pencerobohan US ke atas Afghanistan adalah dinamika yang disusun atur oleh US untuk menghalang mana-mana unsur yang boleh menggugat kestabilan Asia Barat yang akan menjejaskan kepentingan strategik US yang paling utama iaitu Israel.Fasa kedua menyaksikan perubahan yang memberi harapan baru kepada perjuangan pembebasan Palestin. Intifadah yang berlaku pada Disember 1987 benar-benar memerangkap Israel dalam keadaan luar jangka. Buat pertama kali, penentangan rakyat Palestin berlaku dalam bentuk gelombang kebangkitan massa yang dipelopori oleh rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak. Israel terpaksa berdepan dengan keberanian rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu. Intifadah ini merupakani inisiatif yang direbut oleh HAMAS pada saat yang tepat sehingga memaksa Israel mencari rakan perdamaian/perundingan pada Fatah (fraksi terbesar PLO) sekali gus merubah persamaan perjuangan antara pejuang-pejuang Palestin.Keadaan ini telah memaksa Amerika membuat eksperimen berisiko iaitu melaksanakan program demokrasi yang julung kali diadakan di Asia Barat ekoran kegagalannya di Algeria. Pilihan raya legislatif yang pertama di Palestin menyaksikan kemenangan HAMAS dan memberi ruang yang amat luas kepada HAMAS menawarkan program politiknya. Pengkhianatan US dan Israel ke atas hak rakyat Palestin dalam menyempurnakan proses demokrasi dengan mengenakan sekatan ekonomi dan kepungan ke atas Gaza telah memberikan ruang yang lebih luas kepada HAMAS untuk memacu sokongan melalui program advokasi/ pencerahan massa. Ia berjaya membentuk pandangan umum yang positif terhadap legitimasi perjuangan Palestin.Namun harga yang dibayar oleh penduduk Gaza amat besar apabila tiga serangan biadap secara besar-besaran dilancarkan pada akhir tahun 2008, 2012 dan yang terakhir pada tahun 2014. Kesemua serangan ini berakhir dengan kemenangan moral dan strategik kepada penduduk Gaza. Israel semakin terdesak kerana ia adalah kekalahan kesekian kalinya setelah pengunduran dari Lubnan selatan pada tahun 2000 dan diikuti dengan kekalahan mereka kepada Hizbullah pada tahun 2006. Fasa kedua memberi harapan baru kepada Dunia Islam yang terpukul dengan kemusnahan besar yang menimpa Iraq dan Afghanistan selepas kelegaan seketika kekalahan Soviet yang menamatkan riwayat Empayar Komunis yang bermula dengan Revolusi Bolshevik pada tahun 1917.Fasa ketiga daripada pergolakan ini bermula dari satu titik yang tidak diduga iaitu di Tunisia. Ia mencetuskan bantahan umat Arab di negara masing-masing. KejayaanRevolusi Jasminedisusuli dengan kemenangan Thaurah di Medan Tahrir dan tumbangnya Muammar Gaddafi di Libya dan Ali Abdullah Saleh di Yaman. Siri-siri kebangkitan rakyat ini mencetuskan pula kebangkitaan rakyat Syria. Fasa 3 ini mencerahkan harapan dunia Islam khususnya di Timur Tengah untuk menghirup udara kebebasan dari pemerintahan autokratik dan memiliki suara untuk memilih pemimpin daripada kalangan rakyat. Pemisahan bangsa Arab oleh garis-garis yang dicipta melaui Sykes-Picot 1916 dan perjanjian Paris mungkin menyaksikan episod pengakhiran.Fasa ketiga ini adalah fasa penentu. Meskipun ia bukan penamat kepada satu perjuangan yang panjang untuk membebaskan umat Islam daripada penindasan berpanjangan, namun ia merupakan satu persimpangan yang cukup penting dalam catatan sejarah umat masa hadapan. Pemilihan Presiden Morsi melalui proses demokrasi yang sah benar-benar menyesakkan Israel dan penajanya US. Tidak pernah US berasa begitu terancam sebelum ini. Perubahan kuasa politik di Mesir adalah berita buruk kepada Israel dan US. Ia bukan sekadar retorik berapi-api Gamal Abdul Nasser yang dipadamkan dengan serangan mengejut Perang Enam Hari yang menyaksikan kekalahan buruk Mesir, bahkan pencerobohan dan penaklukan Masjid al Aqsa.Presiden Morsi akan memadamkan semua pencapaian Israel dan bukan sahaja akan membebaskan Mesir dari cengkaman perjanjian Camp David yang melumpuhkan ekonomi dan politik Mesir bahkan akan berusaha bagi memerdekakan Palestin. Ancaman yang nyata ini menyebabkan terbentuknya satu pakatan yang melibatkan Israel, US, Arab Saudi dan UAE untuk menjayakan programTamarruddan mengangkat Jeneral Fatah as-Sisi menerajui kerajaan kudeta yang tidak sah dengan menggulingkan Presiden Morsi. Ia disusuli dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang membantah rampasan kuasa di medan Rabiah dan tempat lain sehingga menyaksikan tidak kurang 5,000 orang rakyat Mesir syahid dibunuh oleh rejim kudeta.Cubaan untuk menggagalkan kebangkitan rakyat ini juga berlaku di Tunisia. Tetapi Dr Rasyid Ganoushi dari Parti An Nahdah telah menggunakan kebijakan tertentu bagi menghalang berlakunya rampasan kuasa oleh kelompok liberal yang diterajui oleh kesatuan sekerja dan media. Kuasa rakyat berjaya dikekalkan meskipun An Nahdah melakukan tolak ansur yang menguntungkan perubahan di Tunisia untuk jangka panjang. Turki juga berhadapan dengan cubaan untuk menggagalkan Recep Tayyib Erdogan oleh kononnya pencinta alam sekitar di medan Taksim. Namun cubaan-cubaan ini berakhir dengan kedudukan Erdogan semakin mantap dengan menduduki jawatan Presiden dan mantan Menteri Luar Dr Ahmet Davutoglu menjawat jawatan Perdana Menteri, satu gandingan yang mantap dan dinamik.Kebangkitan rakyat di Syria pula sudah memasuki tahun keempat dengan peperangan tidak menampakkan tanda akan berakhir. Rejim Bashar Assad yang didukung Iran , Hizbul Syaitan di Lubnan dan militia Syiah Iraq yang telah terkepung kini mungkin mendapat ruang untuk bernafas apabila wujudnya perkembangan baru di Iraq dan Syria iaitu ISIL atau ISIS (Deish dalam sebutan Arab). Kewujudan ISIL ini tidak begitu mendapat perhatian sehinggalah mereka berjaya menawan bandar-bandar utama di utara Iraq. Bilangan mereka yang sedikit dapat mengalahkan tentera rejim Nouri al Maliki yang berundur dari kedudukan mereka dan memberi laluan kepada kumpulan bersenjata ISIS. Mereka kemudiannya mengisytiharkan khilafah Islam dan membentuk IS (Islamic State) serta menuntut semua memberibaiahatau kesetiaan kepada Khalifah di Mosul.Tindakan mereka telah ditolak oleh Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Dr Yusuf Qaradawi. Tindakan mereka yang jelas melampau dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas tawanan, membunuh orang awam sewenang-wenangnya, membunuh wartawan dan pekerja kemanusiaan memberikan gambaran yang salah tentang jihad dan Islam itu sendiri. Perbuatan mereka membunuh pekerja kemanusiaan Alan Henning dari United Kingdom, seorang pembawa teksi yang menyertai misi kemanusiaan di Syria untuk menghantar beberapa buah ambulan kepada rakyat Syria telah menyebabkan kemarahan masyarakat barat dan meningkatkan Islamofobia.Tindakan ISIS menyerang pejuang-pejuang FSA (Pejuang Pembebasan Syria) menimbulkan tanda tanya atas kewujudan mereka dan objektif mereka. Perkembangan terkini ialah ISIS telah menawan beberapa pekan penting di sempadan Turki. Amerika yang selama ini tidak bertindak ke atas Rejim Bashar Assad yang telah membunuh 200 ribu rakyat Syria, menerusi pengunaan bom kimia dan bombarrelke atas rakyat Syria dengan kesan yang amat dahsyat tiba-tiba dengan pantas melakukan serangan udara ke atas kedudukan ISIS. Tindakan berpilih oleh US ini seperti yang disuarakan oleh PM Turki, Dr Ahmet Davutoglu membayangkan ada agenda terselindung daripada serangan tersebut.Perkembangan yang berlaku di Syria dan Iraq adalah kesan langsung daripada tindakan kejam oleh kumpulan-kumpulan Syiah yang ditaja oleh Iran. Kezaliman militia Syiah (Maish) ke atas rakyat Sunni Iraq telah mencetuskan kebangkitan rakyat melalui gagasanHerak Syabi fiIraq. Kerajaan Nouri al Maliki yang bertindak ganas terhadap rakyat Sunni telah memberi laluan kepada kumpulan bersenjata ISIS untuk menguasai kawasan-kawasan Sunni dan melakukan pelbagai bentuk kezaliman dan penindasan kepada penduduk Iraq di sana, sebenarnya telah mengganggu proses kebangkitan rakyat Iraq dari cengkaman kerajaan Syiah Nouri al Maliki tajaan US yang bersekongkol dengan Iran.Gerakan militan Syiah yang terbaru ialah apabila puak al-Houthi telah mengambil alih kuasa di Yaman. Peranan Ikhwanul Muslimin (IM) yang sangat berpengaruh terutama di Universiti Iman perlu dibendung oleh bekas penyokong Ali Abdullah Saleh. Mereka telah berpakat dengan Syiah, US, Emirat (UAE), Saudi dan Iran untuk menghapuskan peranan IM di Yaman. US merancang agar IM bangkit memberikan tentangan bersenjata. Namun congakan US meleset. IM tidak terpancing dengan perancangan licik pakatan jahat yang diterajui oleh US. Iran telah mengambil kesempatan daripada perancangan US yang gagal ini untuk merampas kuasa di Yaman. US yang sepatutnya menyusun langkah untuk menguasai Yaman sekiranya berlaku konflik bersenjata di antara Syiah dan IM, telah berputih mata. Strategi mereka gagal kerana umpan mereka tidak mengena. Namun Syiah Houthi juga akan berhadapan dengan kesukaran kerana penduduk Yaman yang bermazhab Sunni tidak akan membiarkan Syiah Houthi menguasai Yaman.Di Libya pula, revolusi berdarah telah tercetus sebagai sebahagian daripada fenomena kebangkitan rakyat dunia Arab bagi menggulingkan bekas pemerintah diktator mereka kolonel Muammar al-Ghadafi telah tidak disenangi oleh pihak musuh. Sesudah pembunuhannya, negara dan rakyat Libya terus berhadapan dengan berbagai-bagai komplot untuk menggagalkan revolusi mereka, mengekalkan suasana krisis, pertempuran antara berbagai-bagai kumpulan bersenjata yang mendapat sokongan dan pembiayaan kuasa-kuasa luar, serantau atau antara bangsa yang tidak mahu melihat negara Libya baru yang sejajar dengan aspirasi rakyatnya dapat dibangunkan menerusi pendekatan damai, demokrasi dan permuafakatan sesama rakyat Libya.Perkembangan mutakhir ini mengambil bentuk pertarungan bersenjata antara kumpulan bersenjata aliran Islam daripada kalangan rakyat Libya dan pendukung-pendukung rejim lama yang diketuai Jeneral bersara Khalifah Haftar yang disokong secara langsung oleh rejim kudeta Mesir dan pemerintah Emirat.Di sebelah timur alam Islami, kita dapati perkembangan usaha-usaha dakwah yang bermakna dan perjuangan Islam tulen dan menyeluruh sedang berlangsung dalam fasa-fasa yang berbeza. Kemajuan-kemajuan yang ketara sedang berlaku walaupun mendepani pelbagai kemelesetan daripada pihak pedukung Islam lain yang pelbagai. Kemajuan-kemajuan sedang berlaku di Indonesia, koalisi parti-parti pembangkang pimpinan Jeneral (B) Prabowo yang dibangunkan menerusi inisiatif pimpinan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dan rakan-rakan insya-Allah akan dapat membendung kemungkinan-kemungkinan buruk yang mendepani perjuangan umat di sana pada masa hadapan walaupun mereka telah tewas dalam pilihan raya presiden Indonesia baru-baru ini.Menerusi koalisi di atas mereka dapat menguasai lebih daripada 65% ahli MPR, satu keadaan yang membolehkan mereka memenangi kerusi pimpinan MPR, speaker, komisi-komisi dalam MPR yang akan memantau kerja-kerja Presiden, kabinet dan pemeritah pusat Indonesia. Mereka juga telah berjaya meminda undang-undang pilihan raya 2004 yang dulunya menuntut dilaksanakan pilihan raya langsung bagi memilih setiap gabenor propinsi-propinsi seluruh Indonesia, walikota-walikota dan datuk-datuk bandar yang menelan kos sejumlah RM5 bilion. Berasaskan undang-undang baru tersebut, mereka semua akan dipilih oleh dewan parlimen wilayah/propinsi sahaja. Ia akan mejimatkan kos sebesar RM5 bilion tersebut di atas. Juga menerusi koalisi ini, 31 daripada 34 propinsi negara Indonesia akan dikuasai oleh mereka. Propinsi-propinsi tersebut memiliki 50% hasil sumber propinsi dan yang selebihnya diambil pemerintah pusat, kecuali Propinsi Aceh yang mana pembahagiannya adalah 60% untuk propinsi dan 40% diambil kerajaan pusat.

Lintas pandangPerkembangan Islam di peringkat antarabangsa memberikan gambaran menyeluruh tentang situasi ummah. Pergolakan yang berlaku di Timur Tengah atau Asia Barat dewasa ini, kebangkitan perlawanan ummah yang berterusan terhadap rejim kudeta di Mesir, rejim Nusairi di Syria, kejayaan Hamas mengekang usaha Israel untuk membakar hangus bumi Gaza, perlawanan sengit pejuang-pejuang Islam Libya mendepani campur tangan rejim kudeta Mesir, kerajaan Emirat dan sekutu mereka Jeneral (B) Khalifah Haftar di sana, tindakan parti Islah di Yaman berundur dari pertarungan bersenjata dengan kumpulan syiah al-Hauthi, kesemuanya telah meletakkan perjuangan gerakan Islam pada satu fasa baru. Ia menandakan bahawa gerakan Islam sudah bersedia mencorakkan harapan baru kepada kebangkitan umat (Arab Spring) dan kepimpinan dunia secara umum.Reaksi dan tindak balas dari rejim-rejim Arab di peringkat serantau dan persekongkolan dengan rejim zionis dan kuasa besar sudah pun dijangka untuk menghalang dan membantutkan proses pengislahan yang menyeluruh bermula dengan sistem pemerintahan, dengan penggulingan rejim-rejim diktator di sana. Kudeta di Mesir, campur tangan di Libya, perkembangan terbaru di Yaman dan pergolakan yang berpanjangan di Syria serta kehadiran kumpulan bersenjata ISIS di Iraq dan Syria adalah sebahagian daripada perancangan untuk menghalang perubahan lanskap politik yang memihak kepada umat Arab dan bersifat lebih madani (bercorak sivil dan demokratik), terutamanya ketika ia diterajui oleh pergerakan IM.Inilah sedikit gambaran mengenai senario global yang sedang berlaku di Alam Islam sebelum kita memberikan tumpuan kepada umat Islam di ASEAN dan Malaysia.

ASEAN: Kewujudan Komuniti Ekonomi 2015Negara kita sebagai sebahagian daripada negara-negara anggota Asean terlibat sama dalam usaha-usaha memperkukuh gagasan ASEAN. Pada tahun hadapan (2015) direncanakan kewujudan Komuniti Ekonomi Asean ASEAN sebagai sebuah organisasi serantau yang dibangunkan bagi meningkatkan keupayaan negara-negara anggota di Asia Tenggara bagi mendepani cabaran-cabaran persaingan diperingkat serantau dan antara bangsa, mengukuhkan kerjasama sesama anggota dalam berbagai-bagai bidang, mengekalkannya sebagai sebuah rantau yang aman, merdeka, maju dan berdaulat.Mendepani perkembangan ini, kita sebagai sebuah gerakan Islam akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan serantau yang strategik untuk merebut pelbagai peluang yang terbuka, apa-apa manfaat bagi umat serta menangani pelbagai cabaran yang mendepani usaha-usaha tersebut agar kita tidak terpinggir daripada perkembangan yang sedang berlaku atau yang seumpamanya pada masa hadapan.Yang kita inginkan daripada perkembangan-perkembangan ini dan seumpamanya ialah: kedudukan umat bertambah baik, bahaya ke atasnya tertangkis, Islam semakin dapat diterima, memainkan peranan mencorakkan perjalanan masyarakat Asean berbilang bangsa, agama dan budaya serta rantau ini bergerak dan berkembang ke arah kerjasama, kemajuan dan perdamaian.

Rumusan 1: Pernyataan Dasar IKRAM1. Menentang konspirasi barat memecahkan dunia Arab dan mewujudkan Israel di bumi Palestin.2. Menyokong umat Arab menentang penguasaan barat dan US terhadap dunia Arab.3. Menyokong hak umat Islam bangsa Arab memilih pemimpin-pemimpin negara mereka sendiri secara bebas dan demokratik.4. Menentang semua rejim diktator yang melakukan kekejaman dan pencerobohan terhadap hak asasi manusia di negara-negara Arab.5. Mengecam campur tangan US di Timur Tengah, pendirian dan polisi mereka mendukung Israel, memperkuat dominasinya, melemahkan dan melumpuhkan umat Arab dan umat Islam di sana.6. Menyokong hak rakyat Palestin membebaskan bumi Palestin.7. Menentang campur tangan Iran di Iraq, Syria, Lubnan, negara-negara Teluk dan Yaman.8. Menentang campur tangan Saudi, Emirat dan Iran di Yaman dan Mesir.9. Menentang campur tangan rejim kudeta Mesir dan pemerintah Emirat di Lybia.10. Menyokong rakyat Libya membentuk kerajaan dan negara mereka sendiri tanpa campur tangan asing.11. Menentang rejim kudeta Mesir dan menyokong hak rakyat Mesir memilih pemimpin dan membentuk kerajaan mereka secara bebas dan demokratik.12. Menentang serangan Israel terhadap Gaza, kekejaman mereka di Tebing Barat dan bumi Palestin.13. Menentang tindakan kejam kumpulan ISIS di Iraq dan Syria. Mereka tidak mewakiliummatan wasatantetapi mengancam perkembangan Islam yang sebenar.14. Menyokong kestabilan negara Indonesia, permuafakatan rakyatnya membangunkan negara secara bebas dan demokratik tanpa campur tangan asing,15. Menyokong ASEAN membangunkan rantau ASEAN yang maju, progresif, bersatu, bekerjasama, terbuka dan bebas.

Situasi negara (Malaysia) masa kiniApa yang tidak kena?Pemerintahan yang mengamalkan politik kepartian yang sempit, tidak mampu mengatasi jenayah korupsi, penyalahgunaan kuasa, ketirisan bajet Kerajaan Persekutuan, keadilan sosial yang meleset dan pengagihan kekayaan yang tidak adil. Rakyat pula berhadapan dengan fenomena kemiskinan yang semakin mencengkam, jurang pendapatan yang tambah meluas, kerosakan sosial dan akhlak yang semakin tenat, keruntuhan institusi-institusi keluarga yang semakin meningkat, perpaduan rakyat yang kembali terancam.Kerajaan yang ada juga tidak berupaya meletakkan umat di posisi yang kuat dan mantap, mengangkatnya lebih maju dalam semua bidang sama ada bidang politik, ekonomi, sosial, penguasaan ilmu, kepakaran-kepakaran bidang, teknologi maju dan canggih, bidang perusahaan dan perkhidmatan dan lain-lain. Dalam realiti, yang terjadi umat masih jauh ketinggalan dalam penguasaan bidang-bidang tersebut diatas. Peluang yang ada tidak dimanfaatkan dan akhirnya tidak dapat menjana kemajuan-kemajuan yang sepatutnya untuk umat lantaran kelemahan kerajaan sedia ada.Keadaan ini memerlukan pembaikan yang menyeluruh, perubahan yang mendasar yang boleh dilakukan oleh gabungan organisasi-organisasi masyarakat madani yang kuat, berdaya maju, mampu memimpin umat dan masyarakat atau gabungan parti-parti politik yang kuat, berdaya saing, memiliki keupayaan untuk menang PRU, menguruskan pentadbiran dan pengurusan perjalanan negara dengan lebih baik lagi.

Senario PolitikSebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun bagi tujuan memilih ahli-ahli parlimen dan kerajaan. Sehingga kini sudah 13 PRU dilakukan, semuanya dimenangi parti pemerintah sedia ada yaitu Parti Perikatan yang kemudiannya mengambil bentuk baru, Parti Barisan Nasional (BN). Walaupun demikian, dalam PRU12 BN telah mula kehilangan majoiriti 2/3 kerusi parlimen dan dalam PRU13 ia telah kehilangan undi popular pula yang telah beralih kepada parti pembangkang PR (Pakatan Rakyat) walaupun BN masih kekal memerintah lantaran lebihan kursi parlimen yang telah mereka menangi. Suasana baru ini memungkinkan semak imbang yang lebih baik antara parti pemerintah dan parti pembangkang berlaku dalam persidangan berkala parlimen atau di luarnya masa kini dibandingkan pada masa lalu.

Fokus IKRAM untuk pembaikan adalah pengukuhan sistem dwi-partiPertubuhan IKRAM Malaysia dalam hal ini beriltizam untuk memanfaatkan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Cara menfaatkannya ialah dengan memperkasakan semak imbang (check and balance) yang berkesan menerusi sistem dua parti yang utuh. Dalam konteks Malaysia, perlu wujud dua gabungan parti yang sama kuat, sama mampu bersaing secara sihat, bersih dan adil dan saling mampu memerintah, berupaya menjadi pemerintah. Persaingan ini akan mematangkan penguasaan rakyat terhadap proses demokrasi dan menyerlahkan yang terbaik daripada sistem tersebut. Kita perlu kepada sistem dua parti yang memberi ruang kepada semua pihak untuk mencabar penyalahan guna kuasa. (Power corrupts;Absolute power corrupts absolutely). Oleh itu, monopoli kuasa oleh mana-mana pihak perlu ditentang.Pimpinan IKRAM merasa bertanggungjawab untuk mewujudkan perubahan situasi politik negara ke arah situasi politik yang lebih baik, lebih sihat dan adil yang akan mewujudkam ruang yang luas dan berkekalan bagi pembaikan perjalanan negara menuju negara rahmah untuk manusia dan alam semesta. Untuk menjayakan hasrat tersebut pihak pimpinan akan sentiasa memantau keadaan dan perkembangan politik negara dan dunia, bertindak proaktif ke arah perkembangan-perkembangan tersebut agar umat tidak terpinggir, Islam akhirnya dapat dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya. Memimpin manusia dan dunia.Secara ringkas dan jelas, tanpa berselindung, kita ingin menegaskan kepada semua, kita akan mempersiapkan diri untuk menghadapi semua kemungkinan yang akan terjadi, agar umat memiliki pembela nasibnya yang tulen, pejuang cita-citanya yang manusiawi dan murni.

Isu-isu umat dan Islam di Malaysia(Bagaimana menanggapinya)Dewasa ini kita di Malaysia berhadapan dengan pelbagai isu yang menghantui fikiran umat, kerajaan yang memerintah tidak berupaya meletakkan umat di posisi yang kuat dan mantap, mengatasi pelbagai isu yang sedang berlaku seperti: Gerakan pelampauKumpulanyang diterajui golongan militan, mereka yang terpengaruh dengan kenaikan golongan ini di Timur Tengah terutamanya kumpulan ISIS di Syria dan Iraq. Perpecahan UmatPerpecahan umat yang sedang berlaku sebagai kesan dari perbezaan fahaman politik, kedudukan kemasyarakatan dan pencapaian ekonomi yang berbeza, tahap pendidikan dan lingkungan kehidupan yang bebeza, pengaruh luar yang menyerang negara termasuk pengaruh budaya asing yang dibawa masuk orang luar. Keadaan ini amat berbahaya kepadasurvivalmasyarakat Islam di Malaysia seperti apa yang dinyatakan Allah menerusi beberapa ayat dari kitabnya: Kelemahan kedudukan ekonomi dalam negara.Ia satu kelemahan yang amat ketara di mana nilai aset yang dikuasaiumat selain daripada aset milik GLC hanya 1.75% aset dalam negara, selebihnya dikuasai GLC 15 %, peniaga pengusaha Cina dan pelabur-pelabur asing. Kebanyakan peluang-peluang ekonomi terserah kepada golongan Ali Baba, kumpulan opportunis yang tidak mampu melaksanakan sendiri projek-projek ekonomi tersebut, akhirnya serah saja kepada taukeh-taukeh sedia ada yang sudah kaya raya untuk melaksanakan semua projek-projek tersebut. Gejala sosialdi kalangan belia dan remaja yang semakin memburukIa satu isu yang tidak mampu diselesaikan oleh pemerintah dan masyarakat lantaran kedua-dua institusi ini telah semakin melemah kesan daripada perkembangan sosio-budaya, institusi dan diri yang semakin mencabar, daya tahan yang semakin rapuh, pengaruh lingkungan yang semakin menyesakkan minda dan jiwa. Apa yang biasa kita temui ialah pergaulan bebas tanpa batas, bimbingan keluarga yang amat lemah, institusi keluarga yang goyah, atau runtuh berkecai, pendidikan agama yang amat tipis, masyarakat yang tidak peka dan menyantuni mereka sekurang-kurangnya dengan nasihat dan tunjuk ajar. Gerakan Syiahdan ajaran-ajaran sesatIa satu fenomena baru dan lama yang telah tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh dan berkesan bagi mengatasinya. Sebagai akibatnya, ia terus aktif menyebarkan dakyahnya ke pelbagai tempat di seluruh negara, mengorbankan mangsa yang terdiri daripada pelbagai golongan atau kumpulan yang kekosongan jiwa dan minda, kekurangan ilmu dan kefahaman yang boleh membawa mereka menemui Islam yang sebenar. Isu-isu perlembagaanPenafsiran perlembagaan negara (peruntukan tentang: Islam, hak keistimewaan kaum Bumiputera dan kedudukan institusi raja-raja Melayu). Ia merupakan isu sensitif yang boleh merangsang kebencian, pergaduhan, perasaan tidak puas hati, perkauman, curiga, berpuak-puak yang akan mengancam kesetabilan negara dan kerukunan hubungan kemasyarakatan.Kebijaksanaan yang tinggi serta kesabaran yang panjang perlu ada untuk merungkai isu ini selain dialog langsung, permuafakatan dalam suasana harmoni serta saling hormat menghormati antara semua pihak yang terlibat. Meletakkan kepentingan rakyat, kesejahteraan hidup mereka, serta kestabilan politik negara dan kelangsungansurvivalnya akan banyak membantu semua pihak bekerjasama menyelesaikan isu ini dengan sebaik-baiknya, pendekatan sama-sama menangwin-win) akan banyak membantu dalam merungkai isu sensitif ini.

Gagasan: Malaysia Menuju Negara Rahmah yang ingin kita jayakanCiri-cirinya:a) Fasa transisiMalaysia, di dalamnya Islam mencorak perjalanan negara dan kehidupan rakyat, Ulama di hadapan, Kepimpinan baru sebagai contoh, Parlimen dan Istana yang pro-syariah, Kehakiman yang adil dan bebas, Media yang bebas dan bertanggungjawab, Perkhidmatan awam yang professional, berkecuali dan berakhlak, pasukan keselamatan profesional dan pro-syariah, ekonomi berlandaskan syariah, dan Pembangunan sains dan teknologi untuk manusia.b) Fasa pengukuhan tahap Idealismenya, di peringkat nasional. Negara yang disebut di dalam al-Quran sebagai Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur. Negara yang berdiri atas asas Hakimiah Allah SWT Negara yang pemerintahnya terdiri daripada pimpinan yang adil, tidak melakukan pelanggaran-pelanggaran hukum yang besar, mungkin pernah melakukan maksiat yang kecil sahaja, mendaulatkan syariat sepanjang pemerintahannya. Negara yang menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya. Negara yang melaksanakan tuntutan syariah. Negara yang meletakkan maqasid syariah sebagai asas kepada pemerintahan dan pentadbiran. Negara yang menaungi semua rakyatnya atas prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaaan manusia sejagat. Negara yang memastikan hak-hak semua lapisan masyarakatnya tanpa mengira agama dan bangsa dipertahankan atas landasan syariat dan maqasid syariah. Negara yang mengamalkan pemerintahan yang didasarkan atas rundingan (syura) dan kesepakatan serta memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih kerajaan mengikut lunas-lunas perlembagaan. Negara yang memastikan risalah dan dakwah Islam ditegakkan dan menjadikannya ciri utama kepada kelangsungan pentadbirannya. Negara yang memastikan urus tadbir yang baik serta meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat penting dalam kewujudannya.Semua pernyataan ini bersesuaian dengan kehendak siyasah syariyyah yang menuntut pengurusan kehidupan rakyat dan pentadbiran negara sejajar dengan tuntutan-tuntutan syariah, unjuran-unjuran syariah bagi maksud menegakkan Islam dalam negara dan kehidupan manusia serta menertibkan perjalanan dunia berasaskan bimbingannya.Pernyataan ini sejajar dengan peryataan-pernyataan ulama-ulama ummah yang tersohor sewaktu berbicara tentangsiyasah syariyyahatau maksud daripada penegakan pemerintahan dan negara Islam: Maknanya: Siyasah syariyyahialah pengurusan seorang pemimpin yangadil terhadap urusan-urusan yang dikongsi bersama oleh semua rakyat sejajardengan kehendak-kehendak syariah. Maknanya: Penegakan agama dan pengurusan (perjalanan) negaradengan (bimbingan) agama (Islam).

IKRAMLintasan sejarah IKRAMPertubuhan IKRAM Malaysia lahir hasil daripada gabungan semua agensi dan institusi yang telah dibangunkan sebelumnya oleh ahli-ahli IKRAM sebelum ia dimunculkan secara rasmi. Ia merupakan usaha-usaha gabungan lulusan seberang laut yang telah memperolehi pendedahan dakwah dan tarbiah semasa belajar di sana. Usaha-usaha tersebut telah mereka lanjutkan ke dalam negara sesudah pulang dan berkerja dan berkeluarga. Usaha-usaha mereka banyak tertumpu dalam relung dakwah, tarbiah ahli dan amal bersama masyarakat. Ia akhirnya berkembang luas mencakupi berbagai-bagai bidang baru yang amat mencabar.Hasil daripada usaha-usaha tersebut, lahirlah berbagai-bagai institusi dan agensi yang digunakan untuk mengurus aktiviti-aktiviti mereka yang pelbagai itu dengan cara yang lebih tersusun, lebih berkesan dan cekap sehinggalah ke satu tahap mereka merasakan keperluan mewujudkan sebuah organisasi induk yang memayungi semua.Organisasi induk tersebut akhirnya telah dapat ditubuhkan dan memperolehi status legalnya pada tahun 2009. Itulah IKRAM, sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang telah dibangunkan sebagai wahana perjuangan bagi menegakkan cita-cita umat hidup sepenuhnya di bawah naungan panji-panji at-tauhid, bimbingan Islam.Peranannya:Merubah, memperbaiki, menyempurnakan, menyatukan dan membina, menyampaikan risalah, membangun ummah, membina kekuatan, memenangi kekuasaan sebagai wasilah bagi penegakan Islam yang syumul sebagai satuorderyang adil untuk manusia dan dunia.Bagi IKRAM, cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di peringkat global dan setempat menyediakan cabaran baru ke arah perlaksanaan syariat yang sempurna di Malaysia. Islam sebagai agama fitrah adalah satu sistem yang mengambil kira kepelbagaian kaum dan agama.SahifahMadinah(Perlembagaan Madinah) adalah contoh hidup dalam sejarah bagaimana sistem pemerintahan Islam itu berjalan dalam sebuah masyarakat majmuk di mana hak dan tanggungjawab anggota masyarakatnya dipersetujui secara rundingan (syura). Tidak ada pihak di kalangan bukan Islam merasakan diri mereka diketepikan atau dinafikan hak dalam sebuah pemerintahan yang adil dan saksama. Bahkan model Piagam Madinah ini terus menjadi rujukan dalam membangunkan masyarakat pelbagai bangsa di Andalus, Baghdad, Damsyik, Baitul Maqdis dan Istanbul. Bahkan dengan semangat yang sama, masyarakat majmuk di seluruh dunia Islam dibangunkan dengan model-model operasional di India dan di alam Melayu.Inilah cabaran yang akan ditangani oleh IKRAM dengan pendekatan yang positif meskipun dalam suasana yang negatif yang cuba dibentuk oleh pelbagai isu-isu perkauman dan keagamaan yang diketengahkan kepada masyarakat. Sebahagian daripada keresahan yang dibangkitkan oleh umat Islam dan bukan Islam memang berasas sedang sebahagian isu sengaja dibangkitkan untuk memenuhi agenda sempit politik golongan yang merasakan kuasa mereka sudah terhakis dan mereka semakin terpingir. Dalam semua kemelut dan keserabutan yang dibangkitkan berkaitan hak umat Islam dan hak bukan Islam dan isu-isu antara agama, akan ditangani melalui saluran pemuafakatan dan musyawarah. Garis-garis kasar panduan bertindak IKRAM tetap dalam rangkaengagement.IKRAM yakin di dalam sebuah negara seperti Malaysia, pendekatan dialog bukan sahaja terbaik bahkan anjuran Al-Quran dalam surah An-Nahl ayat 125:Firman Allah SWT:Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.Inilah asas kepada penglibatan IKRAM dalam pelbagai gabungan yang melibatkan pihak-pihak yang mewakili umat Islam dan bukan Islam. Dengan terbentuknya jaringan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Islam seperti GBM (Gabungan Bertindak Malaysia), maka isu-isu Islam dan bukan Islam di Malaysia dapat dibincang secara langsung dan berterus terang. Pendirian Islam dalam pelbagai isu dapat dikongsikan supaya apa-apa persepsi yang salah yang timbul daripada tindakan umat Islam dapat diperbetulkan. Segala salah faham yang berpunca daripada liputan media atau prejudis yang tidak benar terhadap Islam dapat diluruskan. Penglibatan IKRAM dalam masyarakat madani dalam isu-isu yang berlegar dalam kalangan rakyat Malaysia memberi peluang untuk meluaskan isu-isu umat Islam seperti isu kudeta Mesir dan isu serangan Israel ke atas Gaza ke dalam perhatian mereka agar kita dapat menarik sokongan masyarakat bukan Islam, masyarakat berbilang bangsa dan agama demi solidariti bersama penduduk Gaza atas dasar kemanusiaan sejagat.Isu perkauman, prejudis agama dan sentimen anti-Persekutuan telah mendorong IKRAM untuk bersama membentuk satu pergerakan Negara-Ku yang melibatkan beberapa NGO dan tokoh-tokoh masyarakat. Pergerakan Negara-Ku bertujuan untuk mengembalikan keharmonian hubungan sesama rakyat atas falsafah Rukun Negara, perjanjian penubuhan Negara Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan. Keharmonian dan semangat muhibbah yang terbina selama ini tercalar akibat sikap curiga dan kesangsian yang terus ditanam terutama dalam kalangan generasi muda. Bukan sahaja ia boleh merungkai perpaduan yang menjadi asas penting kepada pembangunan negara, bahkan boleh menjejaskan usaha-usaha pengislahan, pemupukan kesefahaman dan dialog antara agama dan kaum sebagai wahana penting kepada penyebaran Islam dalam masyarakat majmuk. IKRAM terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmah dan kata-kata nista daripada rakan-rakan badan-badan Islam sendiri yang menilai secara negatif terhadap penglibatan IKRAM dalam pergerakan Negara-Ku. IKRAM beranggapan penglibatannya dalam Negara-Ku adalah dalam rangka mengajak rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini supaya lebih bersikap positif kepada Islam.Ada yang mencabar IKRAM supaya mengemukakan hujah-hujah syarak. Bukankah mengajak kepada Islam dengan hikmah dan nasihat yang baik serta berhujah dengan lebih baik dengan mereka (bukan Islam) adalah hujah syarak yang paling relevan untuk terlibat dalam Negara-Ku? Bagaimana lagi ini boleh dilakukan selain berada dalam satu platform yang memberi ruang kepada interaksi dan dialog bagi menghadapi sentimen perkauman dan kecurigaan agama yang semakin meruncing?IKRAM tidak akan membiarkantrendpolarisasi kaum semakin jelas di negara ini. Lantaran ia tidak akan membawa natijah yang menguntungkan dalam proses pembinaan negara. Ia meliarkan golongan bukan Islam daripada orang melayu yang melihat mereka sebagai ancaman dengan mempersoalkan kesetiaan mereka kepada negara dan menyudutkan mereka dengan stigma kaum pendatang dan penceroboh. Apakah mungkin kaum bukan Melayu/bukan Islam membangunkan negara ini dengan jiwa raga mereka apabila merela terus digelar pendatang dan penceroboh sedangkan negara ini adalah tanah tumpah darah mereka? Kesannya kepada dakwah Islam sudah tidak perlu dinilai lagi.IKRAM sama sekali tidak akan menggunakan pendekatan pujuk rayu apatah lagi paksaan untuk menyeru kepada dakwah Islam. Bukan sahaja dakwah Islam memerlukan suasana bebas dan hormat, bahkan perlaksanaan syariat itu sendiri perlu berlaku dalam suasana aman, bebas dan saling menghormati. Jika suasana tegang dalam masyarakat berbilang kaum akibat daripada isu-isu perkauman dan keagamaan terus disemarakkan, maka salah faham akan terus berlaku terhadap usaha dakwah bahkan akan mematikan usaha dakwah yang dilakukan oleh semua pihak dalam masyarakat. Oleh itu, imej Islam sebagai agama damai dan agama dialog harus dikekalkan dan unsur-unsur ugutan, amaran dan hasutan yang semakin berleluasa pada hari ini mesti dibanteras.IKRAM menyedari bahawa usaha-usaha untuk mengarus perdanakan dakwah di negara ini memerlukan penggemblengan tenaga di semua peringkat masyarakat. Semua portfolio JKP (Jawatankuasa Pusat IKRAM) bergerak menurut Perancangan IKRAM (PI) yang diletakkan bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia bersama ke arah kebaikan Islam dan menyokong perlaksanaan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. IKRAM sentiasa meletakkan kerja-kerja amal dakwah sebagai tunggak kepada PI yang dirangka setiap empat tahun. Hidayah Centre yang merupakan agensi dakwah kepada bukan Islam sejak sebelum penubuhan IKRAM lagi berusaha untuk mengekalkan keharmonian kaum agar proses dialog antara agama dapat berlaku dalam suasana harmoni dan saling menghormati.IKRAM yakin dengan kecenderungan manusia kepada agama fitrah ini dan dengan itu meletakkan sasaran 80% rakyat Malaysia beragama Islam menjelang satu tempoh yang diizinkan oleh Allah SWT. Jika Islam is the fastest growing religion in the westdengan rekod kemasukan Islam yang melibatkan ribuan masyarakat barat di satu satu tempat dan di satu satu masa seperti di Germany, maka fenomena yang sama tidak mustahil berlaku di negara ini. Oleh itu, imej Islam sebagai agama damai dan agama dialog harus dikekalkan dan unsur-unsur ugutan, amaran dan hasutan yang semakin berleluasa pada hari ini mesti dibanteras.Jawatankuasa Masyarakat Madani, Pembangunan Ummah dan Khidmat Masyarakat kesemuanya melaksanakan sasaran strategik berdasarkan PI yang bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia bersama ke arah kebaikan Islam dan menyokong perlaksanaan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.Peranan wanita sangat penting dalam sebuah negara. Maka dengan itu, IKRAM mengiktiraf penglibatan wanita melalui Jawatankuasa Pusat Wanita IKRAM. Wanita IKRAM meletakkan sasaran untuk memperkasakan wanita dengan ilmu kontemporari dan fiqh semasa di samping meningkatkan kecerdasan intelek dan emosi agar wanita menyumbang secara signifikan ke arah pembinaan keluarga dan masyarakat seutuhnya.Golongan muda juga berperanan penting dalam masyarakat. Kerana itu beberapa portfolio penting diterajui oleh golongan muda seperti Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa dan Jawatankuasa Pembangunan Remaja dan Belia. Di samping itu, IKRAM juga berusaha untuk menyantuni belia merentasi kaum, agama, status sosial dan pendidikan melalui agensinya GEMA. Pembangunan mahasiswa luar negara juga tidak dilupakan dengan diwujudkan di bawah Pejabat Presiden iaitu Biro Seberang Laut yang diketuai oleh Timbalan Presiden. IKRAM berhasrat mahasiswa luar negara boleh memimpin perubahan menuju Negara Rahmah setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air. Mahasiswa dalam bidangdeeniyyahpula dipersiapkan oleh Jawatankuasa Ulama untuk menjadi pelapis dan seterusnya bakal-bakal ulama yang progresif dan menjadi rujukan umat dalam pelbagai isu yang rumit dan mencabar dewasa ini. Jawatankuasa Pendidikan pula diamanahkan untuk menyediakan satu generasi yang akan memastikan kesinambungan amal-amal dakwah melalui agensi MUSLEH yang menguruskan SRI dan SMI (Rangkaian sekolah rendah dan menengah Islam) di seluruh negara. Tunggak kepada semua amal-amal pengislahan ini adalah ahli-ahli IKRAM sendiri. Dengan itu pembinaan ahli melalui sistem pentarbiahan yang syumul dikendalikan oleh Jawatankuasa Tarbiah Pusat. Misi Jawatankuasa Tarbiah ialah berusaha secara berterusan membina dan membentuk duat yang memenuhi piawaian IKRAM serta mampu menggerakkan dakwah secara aktif melalui manhaj tarbiah yang syumul. Jawatankuasa Tarbiah berhasrat untuk menyemai kesungguhan kepada semua ahli IKRAM untuk menyebarkan risalah suci ini kepada semua orang di semua tempat dan pada setiap masa.IKRAM juga meletakkan kepentingan yang utama kepada kecekapan pentadbiran dan pengurusan. Jawatankuasa Pentadbiran yang digerakkan oleh Pejabat Setiausaha Agung berusaha untuk melancarkan lagi pengurusan dan pentadbiran jentera IKRAM di semua peringkat. Kursus Kesetiausahaan yang diadakan baru-baru ini yang dihadiri oleh Setiausaha dan Penolong Setiausaha Negeri, Wanita Negeri, Daerah dan Wanita Daerah telah banyak membantu para setiausaha untuk memainkan peranan yang sewajarnya bagai memastikan enjin IKRAM sentiasa bergerak lancar dan efisien. Namun, kita bukan sahaja menekankan isu pengurusan secara yang difahami oleh organisasi biasa, kerana:Kita sedang mengurus sebuah perjuangan, bukan sekadar mengurus pejabat.Dalam aspek pentadbiran, Pertubuhan IKRAM Malaysia sekarang ini diterajui oleh kepimpinan baharu yang telah dipilih untuk sesi 2014-2018 yang terdiri daripada 22 ahli JKP, bersamanya jawatan Presiden yang mengandungi berbagai-bagai biro dan 111 ahli DPN dan 3 orang ahli Badan Timbang Tara. Bersempena dengan itu, IKRAM juga telah memperolehi bangunan baru iaitu Kompleks IKRAM yang menempatkan pusat pentadbirannya. Ini adalah pencapaian yang besar pada tahun ini. Kompleks ini dibeli melalui sumbangan ahli-ahli IKRAM serta IKRAM Negeri dan Daerah. Kami ingin mengucapkanjazakumullahukhairan kathirakepada semua yang telah menyumbang dan membantu dalam pembelian kompleks ini. Dengan hampir semua agensi, portfolio dan kakitangan berada dalam satu bangunan, beserta kemudahan-kemudahan yang lebih baik, kita mengharapkan kecekapan danoutputdakwah kita akan meningkat, insya-Allah.Jawatankuasa Penerangan dan Media pula akan berusaha untuk mewujudkan saluran hebahan rasmi IKRAM di semua peringkat bagi membina dan membentuk pemikiran masyarakat, meningkatkan imej IKRAM sebagai jurubicara umat, juga sebagai penyebar maklumat yang tepat dan terkini. Setakat ini, antara pencapaiannya ialah IKRAM telah mempunyai portal sendiri - ikram.org.my. Begitu juga portal Malaysia Harmoni dan facebook Pertubuhan IKRAM Malaysia. Pelancaran TV IKRAM adalah satu lagi pencapaian IKRAM yang akan melonjakkan usaha dan amal-amal Islam di dalam masyarakat.Kedudukan kewangannya berimbangan sehingga kini, dengan segala pengurusan akiviti-aktiviti IKRAM dapat ditampung dengan baik walaupun ia berhadapan dengan keadaan defisit berkala. Sumbangan KIMB (Koperasi Islah Malaysia Berhad) menunjukkan prestasi yang amat baik dalam tahun-tahun kebelakangan ini.Untuk Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat pula, satu institusi kemanusiaan nasional yang baru telah dibangunkan iaitu Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang memayungi beberapa institusi sedia ada iaitu Aqsa Syarif, IKRAM4Syria (i4S), Salam Iraq, Rose2Rose (R2R), Projek-projek Khas dan Institusi R&D seperti PACE (Palestine Centre of Excellence) dan NICE (Nusantara Centre of Excellence). Bagi dalam negeri pula, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat sedang menggerakkan i-Bantu sebagai institusi khidmat masyarakat serta memanfaatkan institusi-institusi sedia ada seperti PAKSI-IKRAM, Raudhatus Sakinah (RS) dan IKRAM Health.Jawatan Kuasa Pusat (JKP) sebagai barisan kepimpinan secara umumnya berperanan mengerakkan Jawatankuasa (JK) masing-masing dalam relung-relung amal yang telah diperuntukkan, fokus kepada bidang-bidang tersebut bagi menjayakan PI dalam bidang-bidang mereka, mengaktifkan usaha-usaha untuk mengerakkan operasi yang perlu dilakukan bagi mencapai sasaran-sasaran strategik yang telah ditetapkan.

Asas pemikiran dakwah IKRAM Dakwah yang benar dimulai oleh para Rasul dan Anbia`. Dakwah Islam mensasarkan penyampaian hidayah kepada seluruhmanusia di seluroh pelusuk dunia. Semua manusia memiliki potensi untuk menjadi muslim atau kufur,faktor diri dan linkunganlah yang akan mendorong mereka membuat pilihan. Dakwah bertujuan menegakkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah sertaubudiyahmanusia dan makhluk-makhluknya. Dakwah sebenar membawa manusia beriman kepada Islam sahaja dan kufur kepada selainnya. Misi dakwah Islam dapat dilaksanakan menerusi langkah-langkah yang bijaksana, nasihat menasihati juga dailog yang terbaik. Misi dakwah Islam dapat dipikul dengan lebih sempurna menerusi pendekatan amal jamai, amal organisasi yang tersusun. Tugas pendakwah ialah berusaha melaksanakan dakwah dengan cara yang terbaik, hidayah pula hanya dengan izin Allah SWT.

Asas asas Syara kewujudan IKRAM1. Al-Quran ..Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasul (Muhammad SAW) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.2. Hadis" "Maksud hadis:Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh, tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Pengharapan IKRAMNegara ini kembali mempertahankan keharmonian antara kaum dan agama yang menjadi ciri negara Malaysia semenjak kelahirannya (kemerdekaan). Rakyat di negara ini tidak bertindak atas dasar prejudis kaum, agama atau bertindak dalam kerangka pemikiran kesukuan, sebaliknya sentiasa memikirkan bagaimana keharmonian boleh ditegakkan melalui prosesengagementatau permuafakatan serta kerjasama.Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2: Maksud ayat: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat pedih siksaan-Nya.Firman Allah Taala lagi dalam surah Ali Imran ayat 159:Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.Umat Islam di negara ini mengambil sikapwasataatau kesederhanaan di bawah rahmat dan petunjuk Allah demi memimpin seluruh rakyat ke arah Negara Rahmah yang didambakan.Umat Islam terus menunjukkan sikap berdamai dan mengajak kepada dialog ke atas apa-apa perselisihan dan percanggahan, termasuklah dalam isu-isu yang melibatkan kedudukan Islam dan pentafsirannya dari segi undang-undang dan pentadbiran negara.Pendukung-pendukung IKRAM terus mempamerkan kemuliaan akhlak dan keluhuran budi dalam menegakkan hukum dan prinsip-prinsip Islam.

Ahli-ahli IKRAM? Pendukung dakwahCabaran-cabaran di hadapan ialah:a) Meningkatkan keupayaan ahlib) Memperkuatkan IKRAMc) Menggerakkan ahlid) Menggerakkan masyarakatSemuanya disempurnakan berasaskan PI, menerusi inisiatif ahli sebagai peribadi atau sebagai ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia, semuanya bersiap sedia untuk dimobilisasi, mendukung pelaksanaan PI pada setiap masa.Menerusi usaha-usaha perjuangan ini, semua kita terlibat menyampaikan risalah sebaik-baik dan sesempurna mungkin, membangunkan sebaik-baik umat,ummatan wasatan,bekerja keras membangun keupayaan-keupayaan yang akan dapat menjana kekuatan-kekuatan yang akan dimiliki IKRAM, kekuatan-kekuatan yang akan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi memenangi kekuasaan pemerintahan.Ayuh!Marilah semua kita berusaha bersungguh-sungguh, menyingsing lengan, memerah keringat menyempurnakan tanggungjawab, melaksanakan tugasan-tugasan yang akan menghantar IKRAM kepada kejayaan yang didambakan: membangun Malaysia sebagai Negara Rahmah menerusi pengabdian kepada Allah dan kecintaan kepada Rasul-Nya dalam bentuk: Penyampaian risalah Pembangunanummatan wasatan Penjanaan kekuatan-kekuatan dan Pemenangan kekuasaan untuk Islam dan UmmahJayakan menerusi perjuangan yang dipandu dan dipelopori IKRAM .Keberhasilan: (Risalah, Ummah, Shaukah dan Sultah)Ikhwah dan akhwat yang dikasihi,

Rumusan 2: Pernyataan Dasar IKRAM1. IKRAM akan berusaha memperbaiki keadaan dalam negara Malaysia menerusi pendekatan aman, dakwahbil husna, pendekatan demokratik.2. IKRAM menyokong usaha-usaha penyatuan rakyat berbilang kaum menerusi dialog, permuafakatan,engagementdengan semua.3. IKRAM menentang politik kepartian sempit politik perkauman yang memecah belah dan melemahkan rakyat.4. IKRAM mendukung sistem politik dwiparti, pengukuhan polisi semak dan imbang.5. IKRAM meyokong pertukaran pemerintahan, peralihan kuasa secara aman menerusi pilihan raya yang bersih, bebas, adil dan demokratik.6. IKRAM menentang penyalahgunaan kuasa, pemusatan kuasa dalam tangan pemerintah, urus tadbir negara yang tidak profesional, tidak bijaksana dan cekap.7. IKRAM menyokong usaha-usaha institusi masyarakat madani memperkasakan peranan mereka, membangunkan negara sivil, demokratik yang menghormati hak-hak rakyat.8. IKRAM menyokong usaha-usaha penyatuan umat, memperkasakan peranan Islam dalam negara, pembelaan nasib majoriti rakyat dalam perkongsian pembangunan dan kemakmuran ekonomi negara.9. IKRAM menyokong usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar secara lestari untuk manfaat semua generasi.

Akhirnya dalam kesempatan ini, saya ingin menegaskan kepentingan kita berusaha untuk meningkatkan keupayaan ahli-ahli IKRAM, memperkuat organisasi IKRAM, menggerakkan ahli ke medan amal, dalam pelbagai relung-relungnya dan masyarakat bersama-sama dengannya. Dengan usaha-usaha tersebut, kita semua akan dapat menjana kejayaan untuk IKRAM, kemenangan untuk Islam, kemuliaan untuk umat, negara kita menjadi Negara Rahmah, Syariah didaulatkan dan Maqasidnya ditegakkan.Sekian,wa billahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.

Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh AhmadPresidenPertubuhan IKRAM Malaysia

1 Muharram 1436 H25 Oktober 2014 M

[Artikel] Malaysia Menuju negara Rahmah- Mampukan IKRAM?Pertama kali penulis mendengar tema bagi Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) 2014 yang berlangsung pada 25 Oktober 2014 bersamaan 1 Muharam 1436H bertemakan Malaysia Menuju Negara Rahmah yang berjaya menghimpunkan 2500 aktivis dan penggerak serta ahli-ahli IKRAM di seluruh Malaysia, hati penulis berasa terpanggil untuk mnghayati dan menggarap maksud sebenar di sebalik tema yang bagi pandangan kerdil penulis merupakan satu tema yang membawa satu misi dan visi yang besar dalam gerak kerja IKRAM.Menariknya, di saat masyarakat semakin diracuni pemikirannya dengan sogokan yang berunsurkan perkauman, prejudis terhadap agama dan bangsa oleh segelintir kumpulan yang dilihat cuba memporak-perandakan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia, dengan alasan ingin menegakkan syiar agama dan mempertahankan hak-hak bangsa, IKRAM tampil dengan lantang menegaskan prinsip-prinsip pegangan IKRAM yang sentiasa mengimpikan islam berperanan sebagai agama dialog dan agama yang membawa rahmah kepada semua.

Perancangan bersistematik yang dianjurkn oleh IKRAM dalam misi untuk membawa Malaysia menuju negara rahmah patut diberi pujian dan disokong oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik mahupun ideologi. IKRAM semakin lantang dalam menyuarakan pandangan, sehinggakan mampu membawa corak pemikiran baharu di kalangan masyarakat hari ini apabila wujudnya misi untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Rahmah.Usaha murni IKRAM dalam mencorak pemikiran baharu ini, mampu mengubah persepsi masyarakat yang semakin berselirat dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang tidak tepat, serta kefahaman yang tidak jelas terhadap agama dan bangsa. Langkah ini ternyata merupakan satu percaturan matang yang dilihat mampu membina satu anjakan paradigma, disaat negara sedang bergolak dengan pelbagai konspirasi dan masalah perselisihan kefahaman. Disamping itu juga, usaha ini mampu menyemai benih kasih sayang dan suasana mawaddah diantara ahli masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). (Surah al-Hujurat : 13)Sepertimana firman Allah s.w.t dalam keterangan ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa agama Islam itu mengunjurkan kasih-sayang sesama makhluk tanpa mengira bangsa agar manusia itu saling berkenal-kenalan, beramah mesra di antara satu sama lain. Ayat ini jelas menerangkan konsep permuafakatan yang sepatutnya berlaku dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Maka, seharusnya, konflik perkauman, agama dan bangsa tidak wajar dicetuskan dalam masyarakat hari ini, terutamanya oleh umat Islam.Negara Rahmah dari kacamata IKRAMSetelah menghadam beberapa noktah penting dalam teks ucapan dasar, yang disampaikan oleh presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad sempena PTI 2014 baru-baru ini, penulis begitu tertarik untuk mengulas beberapa perkara yang menjelaskan dengan terperinci tentang model sebuah negara rahmah yang menjadi hasrat dan impian IKRAM.Antara ciri negara rahmah mengikut pandangan IKRAM adalah negara yang disebut di dalam Al-Quran sebagai "Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur". Islam itu merupakan agama rahmatan lilalamin. Rahmah buat seluruh makhluk tanpa ada batasan. Ini jelas disebut dalam al-Quran dalam surah Al-Anbiya, ayat 107 yang bermaksud;Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam. (Al-Anbiya: 107)Negara rahmah ini bukanlah idea baru dari IKRAM, malahan, seruan rahmah ini telah lama tercatat dalam Al-Quran sebagaiBaldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur iaitu negara yg baik dan diampunkan Tuhan . Misi utama IKRAM adalah untuk mendaulatkan syariah di negara ini supaya Malaysia menjadi seperti yg disebut dalam Al-Quran iaitu negara yang membawa kedamaian,keberkatan dan kerahmatan untuk seluruh umat.Demi mencapai misi utama ini, IKRAM bertindak meletakkan dasar-dasar yang jitu ke arah negara rahmah supaya semua ahli bekerja ke arah itu dan masyarakat dapat sama-sama menyokong dan membantu membawa Malaysia menuju negara rahmah.Selain itu, ciri negara rahmah itu adalah negara yg meletakkan maqasid syariah sebagai asas kepada pemerintahan dan pentadbirannya. Ini antara ciri yang menekankan betapa pentingnya pemeliharaan kepada perkara asas maqasid syariah dalam konteks perjuangan menegakkan agama yang merangkumi nilai nyawa(Hifzu ad Hayah),agama(Hifzu ad Deen), intelektual(Hifzu al-Aqli),keturunan(Hifzu an-Nasab)dan harta(Hifzu al-Mal).Asas Maqasid Syariah ini harus diambil perhatian dan dititikberatkan dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara bagi memastikan perjalanan sesebuah negara itu berlaku dalam keadaan adil, harmoni dah penuh rahmah.Ciri yang dijelaskn diatas, amat bersinambungan dengan ciri negara rahmah yang seterusnya, iaitu menghasilkan sebuah negara yang menaungi semua rakyatnya atas prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan manusia sejagat. Ciri ini sangat penting dalam melahirkan sebuah negara rahmah kerana konsep adil dan kesamarataan merupakan antara elemen terpenting yang perlu difahami dan diteliti dengan sejelasnya oleh tampuk pimpinan sesebuah negara. Kefahaman yang rapuh terhadap konsep adil dan saksama ini antara punca utama berleluasanya ketidakadilan dan diskriminasi dalam sistem pemerintahan yang akhirnya akan mencetuskan rasa ketidakpuasan hati dan rasa teraniya dikalangan masyarakat khususnya rakyat marhean.Ciri negara rahmah yang turut menarik perhatian penulis adalah negara yang mengamalkan pemerintahan yang didasarkan atas rundingan (syura) dan kesepakatan serta memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih kerajaan mengikut lunas-lunas perlembagaan.Penulis amat bersetuju dengan ciri yang dikemuka oleh IKRAM kerana ini merupakan asas yang perlu dipahatkan dalam jiwa setiap pemimpin hari ini. Konsep syura dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan dapat mengelakkan keputusan yang lebih bersifat mementingkan diri sendiri dan juga mencegah segala tindakan berat sebelah yang diambil tanpa memikirkan kemaslahatan bersama.Ciri ini juga mampu mempertahankan hak-hak rakyat dalam menyuarakan pandangan dan pendapat dalam memilih pemimpin disamping dapat menggalakkan sikap terbuka para pemimpin dalam meraikan penglibatan rakyat dalam takbir urus negara.Kesimpulannya, sepertimana harapan IKRAM supaya Malaysia kembali mempertahankan keharmonian antara kaum dan agama, penulis juga mengharapkan perkara yang sama serta ingin mengajak semua muslimin dan muslimat diseluruh negara supaya memainkan peranan dalam menunjukkanqudwah hasanahiaitu contoh teladan yang baik terutamanya kepada kaum bukan islam disamping mengamalkan sikap wasata atau bersederhana demi memimpin Malaysia menuju negara rahmah yang kita dambakan.http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/malaysia-menuju-negara-rahmah-mampukah-ikram-nik-khatijah-nik-mudTulisan oleh: Nik Khatijah Nik Mud

Alhamdulillah, selesai sudah Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) 2014 yang telah berlangsung di Kompleks Tan Sri Jeffrey Cheah, SJK(C) Chee Wen, Subang Jaya pada 25 Oktober 2014, Sabtu lalu bersamaan 1 Muharram 1436 Hijrah.PTI yang diadakan secara tahunan ini dianggap sesuatu yang unik dan istimewa buat para ahli dan penggerak Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) kerana pada perhimpunan inilah ahli IKRAM dari seluruh negara berjumpul dengan semangat persaudaraan, bersama-sama mendengar dan menghayati amanat pimpinan IKRAM terutamanya Ucapan Dasar Presiden.PTI 2014 yang merupakan kali kedua penganjurannya tahun ini bertemakan Malaysia Menuju Negara Rahmah yang juga merupakan intipati penting Ucapan Dasar Presiden.Aspirasi Kesederhanaan (Wasatiyyah)Dalam Ucapan Dasarnya, Presiden IKRAM, Mohd Parid Sheikh Ahmad telah menegaskan betapa pentingnya untuk kita semua menentang fahaman dan gerakan pelampau dan ekstremis, baik yang berasal dari luar negara mahupun yang sedang berakar dalam negara ini. Hal ini secara asasnya merupakan seruan Islam itu sendiri yang konsisten menegaskan prinsip kesederhanaan dalam pendekatannya.Memetik firman-Nya dari Surah Al-Baqarah ayat 143:Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang pertengahan (adil) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamuAtas dasar inilah IKRAM, tanpa berselindung menyatakan tentangan kepada kumpulan pelampau biarpun kumpulan tersebut mengaku kononnya mewakili Islam sekalipun. Malah, kumpulan pelampau seperti Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) merupakan suatu ancaman yang besar kerana bukan sahaja mereka melakukan kezaliman kepada Muslim dan bukan Muslim malah juga mewajarkan tindakan mereka atas nama Islam.Tidak dinafikan bahawa terdapatnya percubaan menanam ideologi ekstrem ini dalam kalangan orang muda. Sememangnya golongan muda ini golongan yang bersemangat dalam perjuangan, apatah lagi jika ditawarkan syahid atas jalan-Nya. Namun begitu, spektrum perjuangan Islam sebenarnya lebih luas dan pemahaman pada perjuangan Islam itu sendiri perlu diperkukuh terlebih dahulu agar semangat pemuda ini dipandu hikmah dan kebijaksanaan seperti mana berbunyi ungkapan terkenal, Semangat pemuda [adalah seiringan dengan] kebijaksanaan orang terdahulu.Maka, IKRAM sebagai pertubuhan dakwah menyedari cabaran dalam mentarbiah anak muda khususnya anak muda IKRAM sendiri bagi menanam pemahaman Islam yang syumul dan mantap agar tidak terjebak dengan gerakan ekstremis.Agenda inklusifIKRAM juga sentiasa komited dalam menterjemahkan seruan Islam sebagai rahmat buat semua. Malah secara fundamentalnya, inilah yang merupakan antara sebab mesej Islam ini diturunkan dan disebarkan melalui Nabi Muhammad:Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya: 107)Dengan kata lain, misi rahmat Islam ini bukanlah untuk dimanfaatkan untuk orang Islam sahaja malah untuk semua golongan kaum dan agama.Malangnya, lewat ini, ada golongan tertentu yang berkepentingan peribadi sering sahaja bermain api dengan isu perkauman dan agama. Ada juga yang ungkit-mengungkit tentang asal-usul masing-masing.Masalah ini lambat laun jika tidak ditangani dengan bijak dan hikmah, bukan sahaja akan merugikan penyebaran mesej rahmat ini, malah menjauhkan lagi manusia daripada dakwah Islam.Untuk mencapai hasrat ini, IKRAM terus progresif mengorak langkah dalam memimpin umat dan rakyat Malaysia dalam gabungan pertubuhan masyarakat madani seperti Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Negara-Ku. Meskipun dilemparkan kata-kata nista, fitnah dan tohmahan daripada golongan muslim sendiri, trend polarisasi kaum dan agama yang menafikan mesej rahmat Islam tidak boleh dikompromi lagi.Banyak pihak hari ini cuba menguar-uarkan kononnya mereka mewakili Muslim namun saban hari membawa mesej kebencian dan label-melabel yang jauh sekali daripada prinsip asas dakwah Islam. Malah penglibatan IKRAM ini dipersoal kepatuhan syaraknya. Mungkin kita perlu mengimbau ayat 125 dari Surah An-Nahl:Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.Tanyalah kembali diri sendiri; bukankah mengajak dengan nasihat yang baik itu sendiri hujah syarak yang paling relevan untuk terlibat dalam gabungan masyarakat ini?Kita sudah terlalu lama menanam syak wasangka gara-gara kegagalan kita untuk mengenali satu sama lain dek kerana ada antara kita yang membesar dalam komuniti kaum tertentu sahaja. Walaubagaimanapun hal ini tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus mencurigai dan memfitnah. Gerakan Islam-lah yang perlu ke hadapan dalam memulihkan kembali hubungan masyarakat yang makin retak ini.IKRAM kini yang telah berusia lima tahun akan terus aktif dengan semangat persaudaraan membawa Malaysia menuju negara rahmah kerana akhirnya, keredaan Allah akan mampu menjadi realiti jika dakwah Islam ini diteruskan di samping memperjuang keadilan buat semua.Penulis ialah ahli Sekretariat Politik IKRAM Siswa Nasional