ucapan pkhem perlantikan pengawas

Upload: zigong65gmailcom

Post on 14-Apr-2018

275 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Ucapan Pkhem Perlantikan Pengawas.

    1/2

    YANG BERUSAHA TUAN HAJI SORIAHIDAYAT BIN MOHAMMAD, PENGETUA SMK

    SIMPANG PULAI,YG. BERUSAHA PN.SABARIAH BT. WAN CHIK, PENOLONG KANAN

    YG. BERUSAHA ENCIK SABRI BIN YAHYA, BARISAN GURU BIDANG, PARA PENDIDIK

    DAN PARA PENUNTUT YANG DISAYANGI.

    Tujuan Majlis .

    Islam telah meletakkan tanggungjawab kepemimpinan kepada setiap umatnya

    selaras dgn kewujudan manusia di muka bumi . Dalam kehidupan anda sebagai

    seorang pelajar, bukan sahaja hanya mengurus diri tetapi boleh berperanan

    sebagai pemimpin kepada pelajar yang lain di sekolah ini, Walaupun ada

    sesetengah pelajar merasakan tugas kepemimpinan ini amat berat, sehingga

    meletak jawatan atau menarik diri di saat akhir persekolahannya tetapi sekurang-

    kurangnya anda mampu memimpin diri anda sendiri.

    Untuk lebih berkeyakinan, para barisan pemimpin pelajar di hadapan kita semua

    iniperlu berusaha memiliki ilmu/rajin-rajin belajar agar tidak dihina/caci oleh

    pelajar lain. Disamping menjaga akhlak mulia,menghormati satu sama lain dan

    berketrampilan. Kelak, apabila dirimu terdidik, kami sebagai pendidik tidak lagi

    merasa bimbang kerana telah Berjaya meninggal pewaris generasi yang akan

    datang.

    Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan , jangan pula disalahgunakan.

    Masing-masing memainkan peranannya seperti kata pujangga dahulu, yang buta

    meniup abu, yang pekak memasang meriam, yang tepok menghalau ayam, yang

    yang kurap meraut buluh.Begitulah tugas yang susun setiap unit untuk membantu

    pihak pentadbir dan guru di sekolah ini. Anda diibaratkan koperal dan sarjan dalan

    medan perjuangan.Anda perlu berjuang untuk diri sendiri dan menjaga imej

    sekolah. Marhum firman Allah s.w.t dalam al Quran;

    Sesungguhnya kami jadikan manusia itu sentiasa dalam perjuangan Surah al

    Balad ayat 4.

    Sinonimnya pelajar dengan sekolah, ilmu dengan penuntutnya, agama dengan

    akhlaknya malu dengan maruahnya. Sebagai seorang pelajar sepatutnya

    berperanan memelihara nama baik sekolah, meningkatkan prestasi akademiknya

    dan aktif dalam kokurikulum. Pelajar sepatutnya membuktikan bahawa sekolah

  • 7/27/2019 Ucapan Pkhem Perlantikan Pengawas.

    2/2

    tempat anda belajar, berbakti dan membina sahsiah untuk menjadi berguna

    kepada keluarga, masayarakat, agama dan negara.

    Cuba anda bayangkan, pada suatu nanti anda akan menjadi pemimpin masyarakat

    yang paling popular sedangkan semasa di sekolah atau masa remaja anda telahdisalahgunakan dengan terlibat buli rakan, terlibat dengan kes penyalahan

    gunaan dadah, merempit/lumba haram, mengadaikan maruah dan sebagainya.

    Mungkin juga di antara kawan anda menyimpan gambar lucah atau gambar tidak

    senonoh anda pada masa nama anda meniti zaman kegemilangan. Betapa

    malunya anda masa itu, barulah hendak lari tak cukup padang dan nak sembunyi

    tak ada dunia nak bersuara lidak dah kelu. Masa itu anda akan menyesal.

    Denganlah firman Allah s.w.t. dalam al Quran;

    Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami mencipta kamu secara-

    cara main-main saja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami.

    Surah al-Mukminun, ayat 115.

    Ayat tersebut mengingatkan manusia mengenai kewujudan manusia bukan untuk

    berpeluk tubuh, bergoyang kaki dan berseronok menikmati kemewahan hidup di

    dunia, tetapi kita ditugaskan sebagai pemimpin untuk meneruskan agendapenting untuk menjaga bumi ini dan menegakkan kalimah tauhid.

    Akhir kalam, saya ucapkan tahniah kepada pemimpin pelajar yang dinobatkan hari

    ini. Seterusnya saya PK HEM mengucapkan terima kasih kepada Guru-guru

    penasihat Badan Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Organisasi Kelas

    dan Guru Pembimbing Rakan Sebaya kerana sabar menanti hinggalah ke hari ini

    kita dapat melaksanakan tanggungjawab dan kita tunai apa yang dijanji dan telah

    kita tepati untuk anak didik kita.

    Sekian, terima kasih.