ucapan perasmian temasya sukan olahraga tahunan yang ke

2
Ucapan Perasmian Temasya Sukan Olahraga Tahunan Yang Ke 27 Sk Kepong (FRIM) Oleh Ketua Pengarah FRIM Dato’ Dr Abd Latif Mohmod 4 JULAI 2012, 8.30PAGI Padang FRIM Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia. Terima kasih, Saudari Pengacara Majlis. Yang Berusaha Tn. Saiyed Mohd. Sharif bin Saiyed Hasan, Guru Besar SK Kepong (FRIM) Yang Dihormati En. Abdul Jabar bin Hj. Sabli, Yang Dipertua PIBG, SK Kepong (FRIM) Guru-guru Penolong Kanan, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi, serta para hadirin yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak ekolah kerana telah berbesar hati menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-27, SK Kepong (FRIM). Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak didik sekalian, Temasya Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah. Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan, sukaneka atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi pewaris yang tercinta; walaubagaiman pun, matlamat utama sukan tahunan adalah untuk mengukur kemampuan pelajar bersukan di peringkat sekolah dan seterusnya memilih bakal atlet yang berkemampuan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan

Upload: dothuan

Post on 20-Dec-2016

237 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Perasmian Temasya Sukan Olahraga Tahunan Yang Ke

Ucapan Perasmian

Temasya Sukan Olahraga Tahunan Yang Ke – 27 Sk Kepong (FRIM)

Oleh

Ketua Pengarah FRIM

Dato’ Dr Abd Latif Mohmod

4 JULAI 2012, 8.30PAGI

Padang FRIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia.

Terima kasih, Saudari Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Tn. Saiyed Mohd. Sharif bin Saiyed Hasan,

Guru Besar SK Kepong (FRIM)

Yang Dihormati En. Abdul Jabar bin Hj. Sabli,

Yang Dipertua PIBG, SK Kepong (FRIM)

Guru-guru Penolong Kanan, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan para pelajar yang

dikasihi, serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi keizinan untuk berucap

di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak ekolah kerana

telah berbesar hati menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya

merasmikan Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-27, SK Kepong (FRIM).

Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak didik sekalian,

Temasya Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan yang dijalankan di

sekolah. Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan, sukaneka atau sukan

olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi pewaris yang

tercinta; walaubagaiman pun, matlamat utama sukan tahunan adalah untuk

mengukur kemampuan pelajar bersukan di peringkat sekolah dan seterusnya memilih bakal atlet yang

berkemampuan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Selain dapat

menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan

Page 2: Ucapan Perasmian Temasya Sukan Olahraga Tahunan Yang Ke

murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan

perpaduan sekaligus mengeratkan silaturrahim dan muhibah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga difahamkan bahawa SK Kepong (FRIM) walaupun berlatarbelakangkan sekolah

sederhana dari segi fizikal bangunan dan prasarana pendidikan namun cukup

berkemampuan dan berkebolehan untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja

cemerlang dalam bidang akademik malah cemerlang juga dalam kegiatan sukan dan

kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Syabas dan tahniah saya

ucapkan kepada setiap anak didik, guru dan warga iltizam SK Kepong (FRIM).

Saya sangat berharap SK Kepong (FRIM) akan berada seiring dengan sekolah-sekolah

lain dalam daerah Gombak di Negeri Selangor dalam bidang akademik dan sukan.

Semoga dengan kerjasama semua pihak kita dapat melonjakkan kecemerlangan SK

Kepong (FRIM) dalam semua lapangan yang diceburi.

Kepada pelajar yang akan bertanding hari ini, gunakanlah gelanggang ini untuk menunjukkan

kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik!. Diharap acara sukan tahunan ini menjadi

landasan kepada semua murid-murid untuk meningkatkan keupayaan diri agar dapat terus maju di

alam persekolahan.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Temasya

Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-27, SK Kepong (FRIM).

Majulah Sukan Untuk Negara!

Sekian, wabillahi taufik walhidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.