18eprints.usm.my/39997/1/...ke-43_mampu_tingkat_mutu_sukan_olahrag…usm, pula u pinang, 18 april...

5
4/9/2018 USM News Portal - TOT KE-43 MAMPU TINGKAT MUTU SUKAN OLAHRAGA USM https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4886-tot-ke-43-mampu-tingkat-mutu-sukan-olahraga-usm 1/5 USM, PULAU PINANG, 18 April 2017 – Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia (USM) yang ke-43 melabuhkan tirai dengan menobatkan Satiyaseelan A/L K. Mahalingam daripada Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan sebagai atlet terbaik lelaki dalam acara 5000 meter (M) jalan kaki dengan catatan masa 30.5 saat manakala Farn Mei Nie daripada Desasiswa Restu sebagai atlet terbaik wanita dalam acara melempar cakera dengan rekod 27.6 m. Menurut Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein, TOT ke-43 ini telah berjaya mencapai matlamat murninya iaitu ke arah meningkatkan mutu sukan olahraga bukan sahaja pada peringkat universiti tetapi juga pada peringkat yang lebih tinggi lagi. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... TOT KE-43 MAMPU TINGKAT MUTU SUKAN OLAHRAGA USM 18 APR

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 18eprints.usm.my/39997/1/...KE-43_MAMPU_TINGKAT_MUTU_SUKAN_OLAHRAG…USM, PULA U PINANG, 18 April 2017 – Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Unive rsiti Sains Malaysia (USM) yang ke-43

4/9/2018 USM News Portal - TOT KE-43 MAMPU TINGKAT MUTU SUKAN OLAHRAGA USM

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4886-tot-ke-43-mampu-tingkat-mutu-sukan-olahraga-usm 1/5

USM, PULAU PINANG, 18 April 2017 – Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia(USM) yang ke-43 melabuhkan tirai dengan menobatkan Satiyaseelan A/L K. Mahalingam daripadaDesasiswa Aman Damai Fajar Harapan sebagai atlet terbaik lelaki dalam acara 5000 meter (M) jalankaki dengan catatan masa 30.5 saat manakala Farn Mei Nie daripada Desasiswa Restu sebagai atletterbaik wanita dalam acara melempar cakera dengan rekod 27.6 m.

Menurut Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA),Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein, TOT ke-43 ini telah berjaya mencapai matlamat murninya iaitu kearah meningkatkan mutu sukan olahraga bukan sahaja pada peringkat universiti tetapi juga padaperingkat yang lebih tinggi lagi.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

TOT KE-43 MAMPU TINGKAT MUTU SUKAN OLAHRAGAUSM18

APR

Page 2: 18eprints.usm.my/39997/1/...KE-43_MAMPU_TINGKAT_MUTU_SUKAN_OLAHRAG…USM, PULA U PINANG, 18 April 2017 – Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Unive rsiti Sains Malaysia (USM) yang ke-43

4/9/2018 USM News Portal - TOT KE-43 MAMPU TINGKAT MUTU SUKAN OLAHRAGA USM

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4886-tot-ke-43-mampu-tingkat-mutu-sukan-olahraga-usm 2/5

“Saya berharap agar pengalaman dalam penganjuran kejohanan ini akan dihargai dan dimanfaatkansebaik mungkin khususnya kepada warga USM sekaligus membantu melonjakkan nama USM sebagaiinstitusi penganjuran program sukan terbaik,” tegas Adnan semasa perasmian penutup TOT baru-baruini.

“Syabas dan tahniah kepada kontingen dan atlet yang berjaya merangkul kejuaraan. Bagi atlet yangtidak berjaya, usah putus asa, berusaha lagi untuk mencipta kecemerlangan pada masa akan datang.Semangat kesukanan yang tinggi dan usaha yang kental haruslah dipupuk dalam sanubari setiapatlet,” tambah Adnan.

Adnan turut merakamkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan OlahragaAmatur Pulau Pinang (PAA) dan pengadil atas sokongan dan kerjasama yang dihulurkan demipelaksanaan Temasya ini.

Page 3: 18eprints.usm.my/39997/1/...KE-43_MAMPU_TINGKAT_MUTU_SUKAN_OLAHRAG…USM, PULA U PINANG, 18 April 2017 – Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Unive rsiti Sains Malaysia (USM) yang ke-43

4/9/2018 USM News Portal - TOT KE-43 MAMPU TINGKAT MUTU SUKAN OLAHRAGA USM

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4886-tot-ke-43-mampu-tingkat-mutu-sukan-olahraga-usm 3/5

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengelola TOT ke-43, Muhammad AminnudinRaihanulazmi, untuk mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak dalam penganjurantemasya olahraga ini amatlah mencabar demi memenuhi aspirasi universiti ke arah kecemerlanganpembangunan sukan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua kontingen dan atlet yang telahberjaya merangkul kejuaraan dan juga beraksi dengan penuh cemerlang pada tahun ini. Saya berharapdengan kejayaan ini dapat membakarkan semangat anda dalam melibatkan diri dalam bidang sukansama ada pada taraf universiti atau peringkat yang lebih tinggi,” tambah Aminnudin.

Keputusan keseluruhan dirangkul oleh Desasiswa Jaya bagi kategori lelaki manakala bagi kategoriwanita, dirangkul oleh Desasiswa Nurani.

Page 4: 18eprints.usm.my/39997/1/...KE-43_MAMPU_TINGKAT_MUTU_SUKAN_OLAHRAG…USM, PULA U PINANG, 18 April 2017 – Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Unive rsiti Sains Malaysia (USM) yang ke-43

4/9/2018 USM News Portal - TOT KE-43 MAMPU TINGKAT MUTU SUKAN OLAHRAGA USM

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4886-tot-ke-43-mampu-tingkat-mutu-sukan-olahraga-usm 4/5

Sementara itu, bagi anugerah-anugerah lain seperti ‘Fair Play’ telah dinobatkan kepada DesasiswaSaujana; Khemah terbaik dinobatkan kepada Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan, Restu dan Tekun.Bagi perbarisan terbaik, pemenangnya ialah Desasiswa Tekun, Aman Damai Fajar Harapan dan Restu.Bagi maskot mesra pula, disanjungi oleh Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan, Lembaran dan Tekun.Manakala, anugerah terakhir iaitu sorak terbaik telah dimenangi oleh Desasiswa Restu, Tekun danAman Damai Fajar Harapan.

Yang turut hadir ialah isteri TNC BHEPA, Datin Kamaliah Siarap; Pengerusi Penggawa USM, ProfesorDr. Mahmod Sabri Haron; Pengarah Pembangunan Pelajar BHEPA, Dr. Nazarudin Zainun; PengarahPusat Sukan & Rekreasi USM, Tuan Haji Muhamad Mohd Hanif; pegawai-pegawai universiti danpenggawa desasiswa.

Teks: Ruziatun Amirah Ismail (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

Share This

Page 5: 18eprints.usm.my/39997/1/...KE-43_MAMPU_TINGKAT_MUTU_SUKAN_OLAHRAG…USM, PULA U PINANG, 18 April 2017 – Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Unive rsiti Sains Malaysia (USM) yang ke-43

4/9/2018 USM News Portal - TOT KE-43 MAMPU TINGKAT MUTU SUKAN OLAHRAGA USM

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4886-tot-ke-43-mampu-tingkat-mutu-sukan-olahraga-usm 5/5

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015